Bab 7

Drama Series 2228

“Do you know who is Aina?” Tanya Rayqal kepada perempuan yang sedang berdiri di hadapannya. Perempuan berambut blonde itu menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

“Siapa Aina?” Tanya dia mendatar.

“AINAk kahwin dengan you.” Rayqal mengenyitkan matanya. Terus wajah perempuan itu membahang merah.
“You ni pandai je melawak kan?” Tersenyum lebar perempuan itu dek penangan pickup line yang diberikan oleh Rayqal tadi.

Rayqal membetulkan rambutnya yang sudah terjuntai ke depan. Dia tidak pernah lagi menyimpan rambut melebihi paras bahu, ini adalah pertama kalinya. Itupun bukannya dia nak simpan sangat pun, cuma dia malas nak pergi gunting.

“Eh mana ada I melawak. I seriuslah. I terjatuh dekat you pada pandangan pertama lagi.” Rayqal masih tidak berhenti dari test market.

Perempuan tersebut tergelak kecil, “Kita baru jumpa beberapa minit yang lepas tau, berbual pun belum sampai lima minit. Nama I pun you tak tahu apa lagi.” Katanya dengan mesra, geli hati juga dia melihat gelagat buaya di hadapannya ni.

‘Nasib baik muka pan-asia, kalau muka macam patak kuali memang aku dah reject dah.’ Bisik hatinya, alah bajet macam dia tu lagi lawa dari Ainul Mardhiah la pulak. Matanya terus melekat di wajah manis Rayqal.

“Apa nama you?” Tanya Rayqal bersahaja. Sebenarnya, dia sudah tak berminat dengan perbualan mereka. Baginya, perempuan yang berada di hadapannya ini low class sangat.

Perempuan itu mendekatkan bibirnya di cuping telinga Rayqal, “Nama I Shiraz, Shiraz Athirah.” Bisiknya di telinga Rayqal dengan nada menggoda.

Bukan setakat nada menggoda yang dipayungnya, dia kemudiannya mengigit bibir bawahnya untuk mengoda Rayqal.

‘Nak muntah aku.’ Dalam hati Rayqal, sudah macam-macam yang dikatakannya. Nak muntah dia dengan perangai Shiraz ni. Orang bagi ringan je, dia nak main kasar pulak.

Shiraz kembali menatap wajah Rayqal, “Ingat nama I tau. Ni business card I. Nanti contact la I.” Shiraz menghulurkan sekeping kad kepada Rayqal.

Rayqal menolak kad tersebut, “Takpelah, thanks. Simpan je kad tu untuk daddy daddy sugar kau. Aku tak pandang pun perempuan macam kau ni. Setakat yang macam kau ni, tepi jalan pun ada berlambak.” Rayqal melemparkan paku buah keras yang pertama kepada Shiraz.Terdiam seketika Shiraz dibuatnya, sentap mungkin.

Rayqal mendekatkan hidungnya di rambut Shiraz, “Rambut you berbau lah. You tak basuh rambut ek?” Tegur Rayqal. Mata pelanggan lain terhala ke arah mereka berdua. Shiraz menundukkan wajahnya menahan malu.

Tidak cukup dengan itu, Rayqal melepaskan pula paku buah kerasnya yang ketiga, “Sayanglah. Nama you bukan main lawa. Shiraz bermaksud rupa yang elok. Athirah pula yang mulia. Tapi perangai you tak macam nama pun.”

Terus Shiraz mengangkat wajahnya dan memandang Rayqal, “You ni kan!” Hampir sahaja tangannya naik ke wajah Rayqal, Rayqal menayangkan reaksi bersahaja.

“I tegur you sebab kita ni sama-sama umat Islam tau. Baju yang tutup aurat ada, tak pulak you nak pakai. Pakaian yang tak cukup kain ni jugak you pakai. Kalau macam tu, baik telanjang je.” Tegur Rayqal. Merah padam wajah Shiraz menahan malu.

Pelanggan-pelanggan lain sudah mula berbisik sesama sendiri tentang Shiraz. ‘Tak guna! Aku kena game!’ Bentak hati Shiraz geram.

Shiraz memijak kaki Rayqal dengan tumit high heels nya, “Eh sorry! I tak sengaja!” Shiraz meminta maaf.

‘Memang aku sengaja pun.’ Dalam hati, sudah macam-macam kata cacian dilontarkan olehnya kepada Rayqal.

“Kau ingat aku sakit ke?” Tanya Rayqal mendatar. Tiada reaksi yang diukirkan diwajahnya. Aura dingin Rayqal keluar, Shiraz dijelingnya tajam.

Giliran Shiraz pula untuk membuat pesanan, terus dia memesan minumannya. Rayqal yang berdiri di belakangnya dianggap tidak wujud, gerun dia melihat jelingan tajam Rayqal tadi.

Nada dering telefon pintar Rayqal berdering, nama Hayqal tertera di kaca telefonnya. ‘Hayqal? Ala along ni, orang dah ambil cuti pun nak ganggu lagi ke?’ Gumam hatinya. Mesti ada tugas yang nak diberikan oleh abang kembarnya kepadanya.

“Kau nak apa?” Tanya Rayqal seperti nak cari gaduh.

“Aku nak kau balik rumah harini jugak. Aku ada hal penting nak bincang dengan kau.” Jawab Hayqal. Seraya menghabiskan kata-katanya, terus panggilan diputuskan.

“Eh dasar abang tak bertatauliah. Aku tak sempat jawab lagi dia dah end call. Estupido.” Omel Rayqal sendirian.

‘Baru je aku nak enjoy percutian aku. Kuang hajo punya abang.’ Kutuk hatinya tidak berpuas hati.

Dia dah apply cuti seminggu kot demi percutian dia, ni tiba-tiba abang dia suruh dia balik sebab ada hal penting. Apa yang penting sangat sampai dia kena korbankan masa percutian dia ni?

“Caramel macchiato” Rayqal membuat pesanannya setelah Shiraz sudah berambus dari hadapannya. Wajah cashier perempuan itu bertukar merah melihat wajah kacak Rayqal.

“Nama?” Tanya gadis itu tersipu malu.

“Naqib Daniel.” Balas Rayqal ringkas, senyuman mesra disertakan. Berdegup kencang hati gadis itu melihat senyuman Rayqal.

‘Cair!’ Jerit hatinya. Siapa je yang tak cair bila menatap Rayqal. Dahlah muka pan-asia, anak mata pula bewarna kelabu. Boleh meletup ovari gadis-gadis di luar sana melihatnya. Opss!

Tidak sampai tiga minit, pesanan Rayqal sudah tersedia di hadapannya. Dia membuat pembayaran lalu berlalu keluar dari kedai tersebut. Dia melihat baki yang berada di tangannya, ada sekeping nota terselit disitu.

“Aira ?” Rayqal tersenyum sumbing. Kertas itu dibuangnya ke dalam tong sampah.

‘Aku terlalu kacak untuk semua ini.’ Kata hatinya dengan bangga. Kemana-mana sahaja dia pergi, pasti ada yang nak menguratnya. Dia dah terbiasa dengan semua ini.

Bbuk. Seorang gadis telah merempuhnya, dagunya berlaga dengan dahi gadis itu. “Ma.. maaf!” Gadis itu meminta maaf, dia menundukkan kepalanya. Rayqal mengangkat tangannya tanda tidak mengapa. Bukannya dia dapat rasa pun kesakitan tersebut.

“Dahi awak merah.” Tegur Rayqal apabila terlihat dahi gadis itu.

Dia memegang dahinya, “Em biarkan jelah, saya kena lari sebelum diorang dapat kejar saya?” Kata gadis itu dengan cemas.

Kelihatan tiga orang lelaki berpakaian kasual berkaca mata hitam sedang menuju ke arah mereka. Pantas gadis tadi dimasukkan ke dalam pelukannya, “Stay still.” Pesan Rayqal. Dia menarik penutup hoodie gadis itu lalu menutup kepalanya.

Salah seorang dari mereka memegang bahu Rayqal, “Boleh kau bagi balik perempuan ni dekat kitorang tak?” Tanya salah seorang dari mereka dengan sopan. Rayqal menggelengkan kepala tanda tidak.

“Jangan paksa aku guna kekerasan.” Kata temannya, dia sudah menunjukkan buku limanya.

Rayqal menyeluk poketnya lalu mengeluarkan kad namanya, “Nak lingkup ke?” Tanya Rayqal dengan senyuman sumbing.

Mereka bertiga menelan air liur dengan pahit setelah melihat nama yang tertera di kad tersebut. Terus mereka bertiga menundukkan wajah dan meminta maaf. Mereka bertiga bersurai meninggalkan Rayqal dan gadis tadi berdua.

Rayqal melepaskan gadis tersebut, “Diorang dah pergi dah.” Kata Rayqal. Gadis itu mengangkat wajahnya untuk memandang Rayqal yang berketinggian 180cm.

Reaksi lega terukir di wajahnya, “Terima kasih!” Ujar gadis itu, senyuman manis dilontarkan kepada Rayqal. Lesung pipitnya yang dalam timbul apabila senyumannya mekar.

“Nama saya Nada Arina.” Nada meletakkan sesuatu di telapak tangan Rayqal sebelum dia menghilang di balik manusia-manusia yang sedang berpusu-pusu menuju ke fun fair.

Rayqal melihat telapak tangannya, ada seutas rantai di situ, dia tersenyum lebar. ‘I think I found my missing piece, Nada Arina.’ Senyuman langsung tidak lekang dari wajahnya. Rantai itu dimasukkan ke dalam poketnya.

Tangannya meraba-raba poketnya mencari dompetnya, “Sh*t! Aku tertinggal dekat cafe tadi!” Rayqal terus berpatah balik ke arah cafe tadi. Waduh! Macam mana lah dia boleh terlupa dompet dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience