Bab 3

Drama Series 2228

Iris menyorok di balik meja dapur, dia memegang sebilah pisau pemotong daging. Badannya menggigil ketakutan. Deruan tapak kaki semakin lama semakin dekat dengannya.

‘Jesus,Jazmin mana kau ni? Kenapa kau belum balik? Tolonglah balik secepat mungkin, aku takut!’ Jerit hatinya. Air mata sudah membasahi wajahnya, hanya tuhan yang dapat mengetahui betapa takutnya dirinya disaat ini.

“Awak, awak menyorok dekat belakang meja ke?” Tanya suara garau itu dengan nada yang kedengaran seperti seorang psychopath.

Iris menekup mulutnya, ‘Tolonglah jangan perasan aku.’ Bisik hatinya.

Lelaki itu mengetuk-ngetuk meja dapur dengan kayu besbol yang dipegangnya, “Keluar jelah. Aku bukan nakkan kau, aku nak kawan kau je.” Kata lelaki itu mendatar. Iris tidak membalas.

“Kau nak main kasar ke?” Tanya lelaki itu, Iris mengekalkan situasi yang sama. Dia terus mendiamkan dirinya.

Lelaki itu akhirnya memanjat meja dapur itu dan menatap wajah Iris, “Kak Iris. Susah sangat ke nak bawa Kak Jazmin jumpa dengan Jun ni?”

Hati Iris hampir gugur, hampir sahaja dia melibas pisau ke arah Jun tadi. “Jun! Ingat lawak ke buat macam tu?” Marah Iris. Wajahnya merah menahan marah, Jun pula sudah tergelak terbahak-bahak.

“Haa gelak la gelak! Kau nasib baik tau akak tak bagi pisau tu tadi, kalau tak dah jadi arwah dah kau ni!” Bebel Iris kepada Jun, adik angkatnya.

Mata Jun meliar ke sekelilingnya, “Mana Jazmin? Tak nampak pun kelibat dia.” Tanya Jun, niatnya ke sini adalah untuk menjenguk housemate kakaknya itu, tapi tak pula nampak kelibat Jazmin.

Iris mencapai gelas yang berada di kabinet lalu mengisi air kosong ke dalamnya, “Aku pun tak tahu dia kemana. Dari pagi tak balik-balik lagi minah tu.” Bebel Iris tanpa henti.

Jun menggosok-gosok telinganya, boleh bernanah telinga dia kalau hari-hari dengar kakak dia membebel.
“Kau tak kerja ke?” Tanya Iris, dia meneguk air kosong tadi.

Jun menggelengkan kepalanya, “Aku off minggu ni. Kerja dekat sana banyak sangat, aku serahkan dekat Moses dulu.” Balas Jun dengan terperinci. Iris menganggukkan kepalanya tanda faham.

“Daddy dengan mummy sihat?” Tanya Iris acuh tak acuh.

Jun mencubit pipi tembam Iris, “Sampai bila kau nak perang dingin dengan diorang ek? Kau tak nak balik jenguk dorang ke?” Tanya Jun, Iris menunjukkan wajah tidak berminatnya terhadap topik tersebut.

“Aku hidup ke mati ke bukannya diorang kisah pun.” Iris membasuh gelas tadi lalu diletakkannya di raga yang berada di tepi sinki.

Jun mengeluh, “Daddy tak okey. Kau kena balik jenguk dia. Aku takut kau tak sempat je.” Nasihat Jun. Keadaan kesihatan ayah mereka yang tak menentu selalu membimbangkannya. Kerap ayahnya berkata bahawa masanya dah bakal tiba.

Iris menghadap ke arah Jun, dia berpeluk tubuh. “Kenapa aku kena balik jenguk dia? Perlu ke? Siapa yang buang aku dulu? Bukan ke dia yang halau aku dari rumah tu?” Bertalu-talu pertanyaan dilemparkan oleh Iris kepada Jun.

Jun mengeluh, “Hari-hari daddy hidup dalam penyesalan. Kalau boleh dia undurkan masa, dah lama dia undurkan masa dan baiki kesilapan dia tu. Tapi masa tak boleh diputar balik.” Jun masih cuba untuk memujuk Iris, namun wajah Iris tetap tidak berminat.

“Luka dekat hati aku ni tak terubat lagi tau. Kau ingat tak sakit ke kena halau dengan parents macam tu je?” Tanya Iris, dia cuba mengawal emosinya sebaik mungkin.

“Sebenci mana pun kau dekat daddy dengan mummy, kau kena ingat. Tanpa diorang, takkan wujud kau.” Tegas Jun.

Kedengaran tawa sinis dari Iris, “Kau dah habis ke? Kalau dah habis, balik la ya. Kau jalan keluar dari dapur ni, lepastu kau jalan terus nanti kau jumpa pintu okay?” Iris terus berlalu ke ruang tamu, malas dia nak melayan sinetron dari keluarganya. Semua hanya dusta semata-mata.

“Masing-masing ego.” Komen Jun, kadang-kadang panas juga hatinya dengan perangai kakaknya, namun apa kan daya, luka mengambil masa juga untuk dirawat.

Keluhan berat dilepaskan. Mengenangkan konflik keluarga angkatnya, konflik keluarga sendiri pun dia masih tidak mampu nak selesaikan, inikan pula keluarga orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience