Bab 55

Drama Series 2228

Kompang dipalu pengantin baru.
Duduk bersanding, tersipu malu.
 
Sungguh meriah majlis persandingan Jun dan Syaf yang dibuat di rumah ayah saudara Syaf. Walaupun majlisnya hanya ringkas, namun ianya amat bermakna buat mereka berdua.

Ed tersenyum gembira melihat sahabatnya yang sudah menjadi raja sehari. Alhamdulillah, tak sangka kerana dia menjualkan Syaf kepada Jun tempoh hari, mereka akan berakhir di atas pelaminan.

“Sayang nak makan?” tanya Hayqal kepada isterinya. Jazmin menggelengkan kepalanya, dari kelmarin lagi tubuhnya terasa seperti tidak bertenaga, nak demam mungkin.

Morio memerhatikan wajah pucat isteri sahabatnya itu, “Pinjam tangan.” Pinta Morio. Jazmin mengangkat tangannya lalu diletakkan ke atas meja. Morio menyentuh nadi di tangan Jazmin, mekar sekuntum senyuman di bibirnya.

“Ada good news ke?” tanya Jun yang sedari dari tadi lagi berada di situ. Dari jauh lagi dia dapat melihat wajah pucat kakaknya, risau pula dia jika kakaknya tiba-tiba pitam.

Morio menganggukkan kepala, “You gonna be a father soon.” Kata Morio kepada Hayqal dengan teruja. Murah betul rezeki kawannya itu, moga-moga kandungan kali ini dapat dilahirkan dengan selamat dan tiada kecelakaan yang bakal menimpa Jazmin lagi.

“Alhamdulillah.” Tak terkata syukur Hayqal kepada tuhannya. Ingin sahaja dia bangkit dari kerusi dan mengumumkan berita gembira ini kepada para tetamu, namun dia haruslah menjaga majlis adik iparnya.

Jun yang seakan-akan memahami apa yang sedang bermain di dalam kepala abang iparnya terus mencapai gelas kaca yang berada di atas meja, dia mengetuk-ngetuk gelas itu dengan sudu besi sehingga mata para tetamu terhala ke arah mereka.

“I have a good news. My sister is pregnant, I’m gonna be a uncle soon!” pengumuman Jun disambut dengan tepukan gemuruh dari para tetamu. Juga ada diantara mereka mengucapkan ‘Alhamdulillah.’

Fack menepuk bahu Jun, “Untunglah jadi kau.” Kata Fack lalu mereka berdua ketawa terbahak-bahak.

Di balik kegembiraan mereka semua, ada sepasang mata sedang memerhatikan Syaf yang sedang beramah mesra dengan tetamu dengan pandangan yang penuh kebencian.

“Kau dah bersedia?” tanya Moses kepada Clara yang sedang mengetap bibir untuk menahan rasa amarahnya.

Clara menoleh ke arah Moses lalu menganggukkan kepalanya. “Jom.” Moses mengeluarkan pistolnya lalu menapak ke arah Syaf.

“Moses?” Lucas memandang lelaki itu hairan, bukan ke sepatutnya lelaki itu sedang berada di China sekarang ini? Macam mana dia boleh muncul disini? Mata mereka semua terhala ke arahnya.

Moses meletakkan pisau di leher Syaf, sedas tembakan dilepaskan ke udara. “Don’t move.” Para tetamu memandangnya dengan penuh ketakutan, kedengaran tangisan dari kanak-kanak kecil. Moses terus membawa Syaf lari dari situ. Syaf dipaksanya untuk masuk ke dalam van yang dipandu oleh Clara sebelum ia hilang dari pandangan mereka semua.

“Ya Allah Syaf!” Mak Su Kiah jatuh terduduk di lantai. Pak Su Yusof memegang dadanya, nafasnya mula tak teratur. Dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Abang!” Mak Su Kiah mendapatkan suaminya, nampaknya penyakit jantung suaminya sudah datang bertandang.

Jun mengepal penumbuknya. “Tak guna!” gertaknya. Dia terus menuju ke kenderaannya lalu diikuti yang lain kecuali Morio kerana dia harus memeriksa keadaan Pak Su Yusof dulu.

Jun terus masuk ke dalam perut keretanya lalu pedal minyak dipijaknya. Dia harus cepat sebelum Clara berjaya melarikan diri dari kampung Syaf. Nasib baik jalan di perkampungan itu lurus dan tiada selok-belok, kalau tidak ia akan menyukarkan Jun untuk menjejaki keberadaan isterinya.

Kelajuan kenderaan Jun semakin perlahan, dia menghentikan kenderaannya di bahu jalan. “Ala pancit la pulak!” Jun menendang tayar keretanya yang sudah kempis, mungkin tercucuk paku.

Dari tadi lagi Moses menunggu di balik belukar untuk menculik Jun. Dia mengaturkan kakinya dengan lincah dan senyap, terus mulut Jun ditekupnya dari belakang. “I’m sorry Junnie.”

Jun yang sudah tidak menyedarkan diri itu diangkatnya lalu diletakkan di bahunya. Sebelum itu, dia mengapai iPhone milik Jun lalu GPS dibukanya, dia juga turut menghantar lokasi terkini mereka kepada Fack.

Moses memasukkan telefon pintar itu kembali ke dalam kocek Jun, dia terus berlari menuju ke arah van yang berada tidak kejauhan dengan mereka. Jun diletakkan di sebelah isterinya lalu Moses masuk ke tempat di sebelah penumpang.

Clara meneruskan pemanduannya, senyuman kejahatan langsung tidak lekang dari bibirnya. “Kau tak takut ke kalau Jun bunuh kau nanti?” soal Clara sinis.

Moses mendengus sinis, “Tak.” Balasnya ringkas. Clara ingat dia bodoh sangat ke nak ikut telujuk dia?soal Clara sinis.

Moses sudah memaklumkan perkara ini kepada mereka semua, ini bermaksud mereka sudah tahu tentang kes penculikan yang bakal berlaku ini. Dan mereka hanya menghulurkan kerjasama untuk menjayakan lakonan ini sahaja. Kali ini, mereka akan menghapuskan Clara.

Clara mengerling ke arah Jun dari rear-view mirror, “Aku yang cantik ni dia tak nak, perempuan yang muka cacat ini lah yang dia terhegeh-hegeh kan.” Kata Clara dengan menyampah. Kalau tempoh hari Moses tidak menyelamatkan Syaf, sekarang pasti dia yang sedang menyandang gelaran isteri kepada Jun.

“Jun tu tak memilih rupa, dia memilih aklak je. Kau ada akhlak ke?” dengan selamba Moses membidas si perempuan yang tidak sedar diri itu. Perangai dah mengalahkan syaitan, ada hati nak bersuamikan Jun.
‘Talk to my as* la.’ Sindir hati Moses.

Membahang wajah Clara, dia menjeling tajam ke arah Moses. “Kau nak cakap aku tak ada akhlak la ni?” tanya Clara dengan nada yang sedikit meninggi. Matanya masih tajam menatap Moses.

Moses menghenjutkan bahunya, “Well, siapa makan lada, siapa rasa pedas.” Katanya bersahaja. Terasa? Kalau terasa memang betul lah gadis itu tidak mempunyai akhlak.

Clara menghentikan van mereka di satu kilang terbiar, cat kilang itu sudah tanggal dan rumput-rampai sudah menjalar di dindingnya.

“Bawa diorang masuk.” Arah Clara kepada Moses, dia berlalu ke pintu utama lalu mangga kunci yang sudah berkarat itu dipukul olehnya menggunakan sebatang kayu.

Setelah pintu berjaya dibuka, dia melangkah masuk ke dalam. Moses turut menyusul bersama dengan Jun dan Syaf yang diletakkan di atas bahunya. Boleh tahan berat juga mereka berdua ni, nasib baik pinggangnya tidak patah.

Clara menarik pintu kilang lalu menguncinya dari dalam. Tanpa dia sedari, terdapat sekumpulan penyanggak yang sedang memerhatikan mereka di balik semak-samun. Jika Hayqal dan yang lain tidak tiba lagi di sini, mereka berempat berkemungkinan akan kehilangan nyawa mereka.

.
 
Alat pengesan lokasi yang dimasukkan oleh Lucas ke dalam poket baju Melayu Jun tadi memberikan isyarat kepada mereka semua. Fack sudah mendahului mereka dengan menggunakan lokasi yang dihantar oleh Moses tadi.

iPhone milik Luca berdering, tertera nama ‘Fadzlin CK’ di skrin. Terus dia menjawab panggilan tersebut. “Dah jumpa ke?” Tanya Luca kepadanya.

“We  have a big trouble here.” Nada Fack kedengaran cemas.

“What is it?” soal Luca lagi. Tidak pernah lagi Fack secemas ini, apakah masalah yang bakal dilanda oleh mereka sehingga mampu menakutkan Fack? Talian Fack terputus.

“Ala b*bi!” marah Luca, disaat genting begini pula lah talian nak terputus. Yang lain menoleh ke arahnya dengan hairan, dah kenapa tiba-tiba sahaja Luca menjadi kalut?

“Kau dah kenapa?” soal Ed, dia mengkedip-kedip matanya tanpa henti. Ala comel! Cairlah!

Luca mencampak telefonnya ke atas kusyen kereta, “Fack cakap ada masalah. Bila aku tanya masalah apa, terus talian terputus.” Terang Luca dengan nada bengang.

Ed menganggukkan kepalanya, dia sudah dapat meneka bakal ada satu masalah besar yang akan melanda mereka semua. Nasib baik dia dah buat persediaan awal. Dia menarik keluar senapang patah miliknya dari bawah kerusi, sebuah briefcase berwarna hitam yang berisikan bom tangan dan beberapa lagi senjata api turut dikeluarkannya.

Luca tergamam, sejak bilakah Ed menyorokkan barangan itu di bawah kerusinya, kenapa dia langsung tidak tahu akan kewujudan barang-barangan itu di situ?

“Chill.” Ed tersenyum tenang, dia membuka briefcase tadi lalu bom tangan diberikan sebiji kepada mereka semua. Pistol Glock 17 juga turut diagihkan. Walaupun mereka semua sudah mempunyai pistol sendiri, tetapi dua lebih berguna dari satu.

Lucas menghentikan kenderaan mereka apabila sudah tiba di depan kilang tadi. Kelihatan salah seorang dari penyangak tadi sedang berlari ke arah mereka dengan membawa sebilah pisau di tangannya.

“Kolotnya.” Ziqal mengkritik lelaki itu. Ini dah abad ke-21 kot, mana ada dah orang yang pakai pisau. Sekarang ni orang pakai pistol la, baru ada class.

Lelaki itu mengacah pisau kepada Lucas, “Jangan bergerak. Ikut cakap aku kalau tak nak mati.” Ugutnya. Lucas tersenyum sinis, terasa lucu pula apabila dirinya diugut bunuh.

Mata Lucas terarah kepada Fack yang sedang berdiri di atap kilang, Fack membuat isyarat ‘OK’ yang bermaksud lelaki itu boleh dibunuh sahaja oleh mereka kerana ia tidak akan mengundang bahaya kepada mereka.

Lucas terus mencengkam rambut lelaki itu lalu kepalanya dihantukkan ke bonet keretanya. “Si*l la kau ni. Ukur baju di badan sendiri dulu sebelum nak ugut bunuh aku.” Kata Lucas mendatar. Tak sedar diri betul si penyangak ni.

“Sakitlah si*l!” Penyangak itu cuba melawan Lucas. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.
“Diam!” Lucas memasukkan tangannya ke dalam mulut lelaki itu, lidahnya ditarik lalu lucas memotong lidahnya. Darah merah memenuhi mulutnya, dia sudah tidak mampu berkata apa-apa, dia hanya mampu terdiam menanggung sakit.

Sekelip mata sahaja Fack sudah berada di hadapan mereka, Lucas melontarkan lidah itu kepadanya. “Do whatever you want.” Katanya. Fack hilang dari depan mereka, dia kembali berdiri di atas atap kilang tadi.

Fack melempar lidah itu ke dalam kilang, ia mendarat tepat di atas kepala ketua penyangak. “Apa benda ni?” Dia mengambil lidah itu lalu ditelitinya.

“A tongue.” Kata anak buahnya. Dengan spontan tangannya melempar objek itu ke arah Clara yang sedang diikat bersama dengan mereka yang lain.

“F*ck!” carut Clara. Tak guna punya penyangak, penakut!

Lucas menendang pintu utama, dia mencampak penyangak yang menyerangnya tadi terdahulu. Pisau-pisau berterbangan dengan laju menuju ke arah lelaki itu. Lucas tersenyum sinis, taktik anjing jalanan.

Jazmin dan suaminya serta adik iparnya tiba. Jazmin menolak Lucas ke tepi, machine gun yang berada di tangannya melepaskan tembakan tanpa henti ke arah penyangak-penyangak itu. Separuh dari mereka sudah tumbang di lantai.

Ketua penyangak tadi menoleh ke arah anak buahnya yang masih bernyawa, “Bodoh! Korang tunggu apa lagi? Seranglah!” marahnya. Mereka memandangnya dengan ragu-ragu, kalau mereka mematuhi arahannya dan menyerang kumpulan mafia itu, nyawa mereka akan melayang.

“Let’s go.” Jerit salah seorang daripada mereka, mereka semua melarikan diri dari pintu belakang.

“Penakut.” Kritik Jazmin. Ketua penyangak tadi juga turut cuba untuk melarikan diri, namun dengan pantas Hayqal melepaskan tembakan ke arah kakinya, dia jatuh terjelopok di lantai.

Hayqal menapak perlahan ke arahnya, “Have a break? Click clack.” Hayqal mengacukan mulut pistolnya ke dalam mulut lelaki itu, tembakan dilepaskan lalu peluru itu menembusi leher lelaki itu. Nyawanya terputus di situ.

Clara sudah berjaya meloloskan dirinya, dia mengacukan pistolnya di pinggang Jun. “Apa yang aku tak dapat, orang lain pun tak akan dapat!” jeritnya yang sudah obses terhadap bekas majikannya.

“Abang!” Syaf menggelengkan kepalanya, dia memandang Clara dengan wajah menagih simpati.

Clara ketawa terbahak-bahak, “Dia, aku punya. Kau boleh pergi mati!” dia menyambung tawanya lagi.

Lucas dah mula menyampah dengan hilaian tawa gadis itu, dia mengacukan pistolnya ke arah Clara. “Kau ni sumpah annoying. Masuk neraka jelah kau.” Katanya, picu pistol sudah ditariknya.

Clara tersenyum sinis, “Sure. But with Jun.” Clara melepaskan tiga das tembakan di perut Jun. Mereka semua terbungkam, mereka tidak menjangka Clara akan tergamak menembak Jun.

“F*ck you b*tch!” Fack melepaskan tembakan tepat di kepala Clara, Clara jatuh mencium lantai.

Jazmin menerpa ke arah Jun,ikatan mereka semua dibukanya. “Damn it! Please hold on Jun.” Katanya dengan cemas, air mata merembes-rembes keluar dari matanya.

Jun menyentuh cecair merah yang mengalir dengan laju dari lukanya, Syaf memegang bahu suaminya. “Jun, tolong jangan tinggalkan Syaf.” Rayu Syaf, air matanya menitis membasahi wajah Jun.

Jun memaksa dirinya untuk senyum walaupun hanya senyuman tipis yang mampu diberikan. “Ma... afkan Jun.” Katanya tersekat-sekat. Makin dia cuba untuk berbicara, makin sakit kawasan kecederaannya.

Fack melutut di sebelah Jun, tangan Jun digenggamnya. “Don’t worry. You won’t die.” Kata Fack dengan yakinnya. Dia mendukung Jun lalu dibawa ke kenderaanya. Syaf megangkat gaun pengantinnya untuk mengejar langkah Fack.

Moses menggelengkan kepalanya dengan rakus, “Tak. Sepatutnya dia tak akan ditembak.” Moses tidak dapat menerima kenyataan tadi. Mereka sudah merancang dengan teliti, patutnya yang ditembak ialah Clara dan bukan Jun.

Rayqal menepuk bahunya, “Ini semua ketentuan Illahi.” Kata Rayqal lalu tersenyum tipis.

Tangisan Jazmin masih tidak terjeda, dia menghamburkan tangisannya di dada suaminya. Sepatutnya hari ini ialah hari terbahagia adiknya, namun ia bertukar menjadi tragis dalam sekelip mata.

“Fadzlin, tolong aku.” Jun memanggil nama sebenar Fack buat kali pertama dalam hidupnya.

“Jangan bercakap, keep quiet.” Marah Fack. Dia tidak mahu Jun membazirkan tenaganya, mereka harus segera berangkat ke hospital untuk mendapatkan rawatan atau nyawa Jun bakal melayang terbang.

“Ja... gakan S..yaf untuk a...ku.” Jun tersenyum tipis buat kali terakhir sebelum matanya tertutup rapat.
 
Flashback:

“Kau yakin ke nak teruskan rancangan kita ni?” tanya Moses kepada Jun. Jun menganggukkan kepalanya. Dia sudah nekad untuk membunuh Clara, wanita itu harus dihapuskan secepat mungkin.

“Walaupun nyawa kau akan melayang sekalipun?” tanya Ed kepada Jun. Jun tetap menganggukkan kepalanya.

“I won't die. Trust me.” Kata Jun lalu senyuman diukirkan. Mati atau tidak, itu ialah ketentuan Illahi. Jika kali ini, nyawanya akan melayang. Maka, Clara akan mengikutinya bersama. Dia tidak akan membiarkab sesiapa pun menganggu Syaf.

Andai tertulis dia berjodoh dengan maut, biarlah dia pergi demi Ana Syafiqah. Jika jodohnya dengan Syaf kuat, mereka pasti akan bertemu semula nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience