Syaf memasukkan tangannya ke dalam tas tangannya, sekeping not wang ringgit yang bernilai RM10 dikeluarkan lalu dihulurkan kepada gelandangan yang sedang menadah tangannya kepada Syaf.
“Adik dah makan?” Tanya Syaf kepada kanak-kanak yang bajunya sudah bercompang-camping itu, wajahnya juga comot. Pantas kanak-kanak itu menggelengkan kepala.
Syaf menoleh ke arah lelaki yang berada di samping kanak-kanak itu, abangnya mungkin, fikir Syaf. “Boleh akak pinjam adik kamu kejap?” Tanya Syaf dengan penuh budi bahasa. Pemuda itu hanya menganggukkan kepalanya.
“Jom.” Syaf memimpin tangan kanak-kanak itu lalu berlalu ke sebuah kedai makan yang berada di berdekatan.
Tanpa Syaf sedari, dari jauh ada seseorang memerhatikannya. “Ana Syafiqah. I got you.” Kata Clara lalu tersenyum sinis.
Patutlah Jun menolak cintanya, rupa-rupanya sebab perempuan kampung ni. Kolot. Clara menilik cara pemakaian Syaf, berbaju kurung, rambutnya disanggul. Naik menyampah Clara melihat Syaf.
“Perempuan materialistik.” Tanpa selidik terdahulu, terus Clara melabel Syaf sebagai wanita yang tergila akan harta orang.
Dan tanpa Clara sedari juga, sebenarnya Moses sedang memerhatikannya dari jauh. Dari detik pertama Clara meletak jawatan lagi, Moses sudah mula memerhatikannya.
Moses melirik ke arah skrin smart phonenya, ada pesanan ringkas dari Jun. Jun menghantar gambar kepadanya, terus Moses melihat gambar tersebut.
Dia melihat gambar itu lalu memandang ke arah Syaf berselang-seli, rasanya itu ialah gadis yang dimaksudkan oleh Jun.
Tapi… kenapa Clara nak perhatikannya?
.
Jazmin mencelik matanya, terasa sukar pula nak buka matanya. Namun silauan dari cahaya mentari telah menganggu tidurnya. Hidungnya menangkap aroma bunga ros, terus dia bangun dari perbaringannya.
“Dah bangun?” Kedengaran nada Hayqal menyapa gegendang telinga Jazmin. Terus Jazmin menoleh ke arah Hayqal.
“Macam mana saya ada dekat sini?” Tanya Jazmin dengan nada terperanjat.
“Kau lupa ke?” Hayqal menyoal Jazmin kembali.
Wajah Jazmin kelihatan berkerut, dia berusaha untuk mengingati kejadian yang berlaku. ‘Malam tu, Amir ceroboh rumah aku, lepastu dia bawa aku pergi banglo usang haritu. Lepastu… lepastu apa?’ Jazmin mengetuk-ngetuk kepalanya dengan tangannya, dia cuba untuk mengingati kejadian itu namun sukar.
Fack yang dari tadi lagi berdiri di tingkap menyampuk, “Lepastu Hayqal mengintip kau, dia pergi banglo tu. Kau dah bunuh lelaki tu, kau siap ma…” belum sempat Fack menghabiskan ayatnya, Hayqal sudah menerpa ke arahnya. Terus mulut Fack ditekup oleh Hayqal.
“Ma apa?” Tanya Jazmin dengan wajah keliru.
Hayqal tersenyum janggal, “Takde pape.” Kata Hayqal, dia tidak mahu Jazmin mengingati kejadian malam itu, bahaya!
Lucas meluru masuk ke bilik Hayqal, “Hay. Aku dah jumpa orang yang hantar Iris kesini.” Kata Lucas dengan wajah cemas.
Jazmin menoleh ke arahnya, wajahnya kelihatan terperanjat. “Iris? Dia buat apa dekat sini?” Tanya Jazmin, pelbagai soalan mula menyelubungi dirinya.
Fack dan Hayqal menjeling tajam ke arah Lucas, Lucas menelan air liurnya apabila melihat jelingan maut itu. “Kau duduk sini jap.” Pesan Hayqal kepada Fack.
Hayqal melangkah ke arah Lucas, “Ha.. hayqal.” Panggil Jazmin. Hayqal menoleh ke arahnya dengan wajah yang beku.
“Nak ikut boleh?” Pinta Jazmin, dia menayangkan wajah menagih simpatinya. Hayqal melirik ke arah Fack, Fack menganggukkan keplanya.
“Come.” Kata Hayqal mendatar, Jazmin terus turun dari katil dan berlari anak ke arah Hayqal. Pelik, badannya terasa ringan sedikit. Selalunya bila bangun dari tidur, Jazmin akan merasa sakit kepala yang teramat. Bahunya juga akan terasa berat, seperti ada sesuatu yang sedang bertinggung di situ.
Jazmin mengikuti langkah Hayqal yang sedang menuju ke penjara bawah tanah. Dadanya berdegup kencang, ‘Kenapa Iris boleh ada dekat sini?’ Tanya Jazmin kepada dirinya. Persoalan itu bermain-main di benak fikirannya.
Hayqal membuka pintu lalu melangkah masuk ke dalam, Jazmin juga turut mengikutinya. Kelihatan seorang perempuan sedang diikat di sebelah Iris versi cetak rompak. “Kau?” Jazmin memandang perempuan itu dengan wajah yang terkejut. Itu ialah teman wanita bekas tunangnya!
Perempuan itu memandang Jazmin dengan jelingan tajam. Hayqal berdiri di hadapan perempuan itu, “Nama kau apa?” Tanya Hayqal kepadanya.
“Lizlynn.” Balasnya mendatar. Matanya masih tidak lari lagi dari Jazmin.
“Kau dah kenapa pandang orang aku macam nak telan orang?” Tanya Hayqal mendatar, dia berpeluk tubuh.
Lizlynn meludah ke arah Jazmin yang sedang berdiri di belakang Hayqal, “Kau tu acah alim! Sebab tu Badz tinggalkan kau!” Habis mengaturkan ayatnya, terus dia ketawa sampai lupa dunia.
Jazmin mengelap air liur yang bertepek di wajahnya, Hayqal hampir sahaja melepaskkan buku limanya kepada Lizlynn, namun pantas Jazmin memegang tangannya, menghalangnya dari melakukannya.
Jazmin berdiri tepat di hadapan Lizlynn, “Aku diam tak bermaksud aku lemah.” Kata Jazmin dengan nada mendatar.
Jazmin menoleh ke arah Hayqal, “Boleh turunkan dia tak?” Pinta Jazmin. Hayqal menoleh ke arah Lucas, dia mengisyaratkan Lucas untuk menurunkan Lizlynn. Lucas menolak suis yang berada di sebelah pintu lalu Lizlynn jatuh terjelopok di lantai.
Jazmin menarik rambut Lizlynn kasar, “Kau ingat kau siapa nak main ludah atas muka aku ni?” Tanya Jazmin mendatar.
“Sa.. sakit.” Lizlynn mengaduh.
“Sakit ke?” Tanya Jazmin dengan nada bersimpati.
“Alololo kesian dia sakit ya?” Jazmin mula memainkan permainannya. Dia mencengkam pipi Lizlynn, “Dah tahu sakit tu, tak payah la ludah dekat aku!” Jazmin menjerkah Lizlynn. Dia melepaskan tangannya ke pipi Lizlynn berulang kali.
Hayqal sedikit terperanjat dengan sikap Jazmin itu, tidak tahu pula dia bahawa Jazmin bersikap begitu. Lucas yang berdiri di kejauhan juga turut terpempam dengan tindakan Jazmin. Fuh, ingatkan Jazmin jenis yang akan membiarkan sahaja dirinya dibuli oleh orang lain, rupa-rupanya dalam diam makan dalam.
Lizlynn memandang Jazmin dengan mata redup, “Kenapa? Takut? Sakit?” Tanya Jazmin kepada Lizlynn, Lizlynn menggelengkan kepalanya tanda tidak.
Jazmin menghulur tangan ke arah Hayqal, “Kunci.” Terus Hayqal menghulurkan segugus kunci kepada Jazmin, Jazmin mencapainya lalu membuka rantai yang menggari kedua-dua kaki dan tangan Lizlynn.
Lizlynn tersenyum sinis, setelah tangannya dilepaskan, dia terus menyeluk poketnya lalu mengeluarkan pisau lipat. Dia melibas pisau itu ke arah Jazmin. Jazmin terus mengangkat kakinya lalu menendang Lizlynn, Lizlynn terdorong ke belakang. Jazmin mencampak kunci tadi kepada Hayqal. Jazmin menapak ke arah Lucas, pisau yang terletak di atas meja bersebelahan dengan Lucas dicapainya.
Tatkala Lizlynn bangun dan ingin meluru ke arahnya, terus dia mencampak pisau itu ke arah Lizlynn. Lizlynn terbungkam, pisau itu tepat mengenai dahinya, dia terjelopok di lantai. “Dah mati ke?” Soal Jazmin kepada Hayqal.
Hayqal membalikkan badan Lizlynn, jarinya diletakkan di hidung Lizlynn untuk merasai nafasnya. Nafasnya dah terputus, Hayqal menganggukkan kepalanya sahaja.
Jazmin melirik ke atas meja, sudah tiada pisau di situ. “Ada lagi tak?” Tanya Jazmin kepada Lucas. Lucas terus menyeluk sakunya lalu mengeluarkan pisau rambonya.
“Terima kasih.” Kata Jazmin dengan senyuman mesra, tangannya melempar pisau itu ke arah Iris tanpa menoleh pun ke arahnya. Pisau itu tertanam tepat di kepala Iris.
“Saya penatla, saya naik atas dulu.” Jazmin meminta diri, terus Hayqal mengejar langkahnya untuk mengiringinya ke bilik, khuatir jika Jazmin tersesat di dalam kediaman mereka pula nanti.
Share this novel