Bab 30

Drama Series 2228

Rania mencampak gelas-gelas kaca yang berada di hadapannya. Dia memegang gambar Jazmin, “Aku akan bunuh kau!” Rania mengutip serpihan kaca di lantai lalu menoreh-noreh gambar Jazmin.

“Hayqal milik aku! Dia tak akan jadi milik kau! Tak akan!” Jerit Rania. Dia mengenggam serpihan-serpihan maca yang berterabur di atas lantai. Darah mula mengalir di telapak tangannya.

Rania menyentuh gambar Hayqal yang diletakkannya di dalam bingkai gambar, “Abang, abang milik Rania je tau. Tunggu Rania datang ya?” Kata Rania lalu dia mengilai seperti puntianak.

.
 
Faaeqa mengetuk pintu bilik Jazmin, “Kakak, orang nak keluar beli barang dapur ni. Nak ikut?” Tanya Faaeqa dari luar.

Pantas Jazmin bangun dari perbaringannya, “Nak! Kejap, akak nak pakai tudung.” Kata Jazmin. Jazmin terus mencapai tudung sarung dan hoodienya yang oversized lalu disarungkan ke badannya. Dia mencapai tas tangannya, iPhonenya dimasukkan ke dalam tas tangan.

“Dah.” Kata Jazmin kepada Faaeqa yang sedang berdiri di depan pintu biliknya.

“Lajunya, baguslah akak ni.” Puji Faaeqa, selalunya perempuan ambil masa lama untuk bersiap, tapi Jazmin hanya mengambil masa 2 hingga 3 minit sahaja untuk siap.

“Jom.” Kata Jazmin. Faaeqa mengatur langkah ke bawah. Dia mencapai kunci kereta yang terletak di atas rak kasut. Jazmin sudah menunggunya di kereta.

Sempat Faaeqa mengeluarkan iphonenya lalu mengirim pesanan ringkas kepada abangnya, “Adik nak pergi hypermarket ni.” Dan bukan hanya kepada Fack dia menghantar pesanan ringkas tersebut, namun juga kepada Hayqal. Setelah itu, dia masuk ke perut kereta dan memulakan pemanduannya ke destinasinya.
 
.

“Maaf!” Dengan cemas Jazmin menundukkan kepalanya sebagai tanda minta maaf apabila dia terlanggar seseorang.

“Panjang betul ya jodoh kita?” Apabila terdengar suara itu, terus Jazmin mengangkat wajahnya. Dia mendongak memandang gerangan itu.

“Hayqal?” Aik, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Hayqal muncul di sini. ‘Dia mengintip aku ke?’ Bisik hati Jazmin.

Jazmin menoleh ke arah Faaeqa yang berdiri di sampingnya, “Faae… qa?” Eh? Faaeqa sudah tiada di sampingnya. Kemana pula adik perempuan Fack itu menghilang.

Hayqal menarik penutup hoodie yang menutup kepala Jazmin, “Jom. Aku belanja aiskrim, nak?” Umpan Hayqal agar Jazmin mengikutinya.

Jazmin menarik penutup hoodienya lalu kepalanya dilitupi kembali, “Tak nak.” Balas Jazmin ringkas dan mendatar. Jazmin menapak ke arah rak yang mempamerkan coklat, terus tangannya mencapai beberapa paket coklat berjenama Cadbury.

“Kalau kau ikut aku, aku belanja kau coklat.” Hayqal masih mencuba untuk memujuk Jazmin agar mengikutinya.

Jazmin menjeling tajam ke arah Hayqal, “Arwah ibu cakap, tak boleh layan orang yang tak dikenali.” Jazmin terus menolak trolinya ke lorong sebelah.

Hayqal masih mengikutinya, Hayqal menggoyang lengan baju Jazmin. “Jom la, kejap je.” Pinta Hayqal dengan wajah menagih perhatian.

Jazmin mengeluh kecil, “Apa masalah awak ni?” Tanya Jazmin dengan nada tidak berpuas hati. Ketika dia berada di rumah mereka, tidak pula Hayqal beria nak menganggunya. Sekarang, apabila dah pindah keluar baru nak beria menganggunya, menyemakkan mata betul lah.

Seorang remaja wanita yang sedang mencuba untuk mencapai bijiran yang terletak di rak atas sekali telah melanggar Jazmin dengan secara tidak sengaja apabila dia melompat.

Akibatnya, Jazmin termasuk ke dalam pelukan Hayqal. Jazmin terkaku seketika, telinganya melekat di dada Hayqal. Dia dapat mendengar degupan jantung Hayqal yang berdetak laju itu.

“Ma.. maaf!” Ujar gadis tadi. Hayqal mengangkat tangannya tanda tidak mengapa. Gadis itu terus berlalu pergi setelah mendapatkan bijiran yang dikehendakinya.

“Ehem.” Hayqal berdehem, “Tak nak lepas lagi ke?” Tanya Hayqal mendatar. Senyuman nakal sudah terbit di bibirnya.

Terus Jazmin melepaskan badan Hayqal, wajahnya membahang merah. Hayqal terfikirkan satu cara untuk mengusik Jazmin, dia mendepakan tangannya. “Rasa nak kena peluk lagi lah.” Kata Hayqal dengan nada mengada.

Luas mata Jazmin mencerlung ke arahnya, ‘Ish dia ni! Bukannya orang sengaja pun!’ Bentak hati Jazmin bengang. Dia melihat Hayqal kecil besar kecil besar je. Kalau Hayqal ni kentang, memang dah lama dia cincang-cincang, tak pun tumbuk sampai lunyai. Dasar otak kuning!

Fack dan Faaeqa yang sedang memerhatikan mereka berdua dari jauh tergelak kecil. “Aduh, jahatnya abang Fack ni!” Faaeqa memukul manja lengan abangnya. Ada ke patut abangnya menyuruh gadis itu melanggar Jazmin semata-mata nak Jazmin terjatuh ke dalam pelukan Hayqal.

“Ala, tak jahat sangat pun. Daripada kita tunggu diorang yang memulakan langkah pertama, ada baiknya kita sendiri yang buat. Angah boleh berjanggut tau tunggu diorang.” Fack meluahkan segala yang terbuku di hatinya kepada adiknya.

Fuh, silap-silap nanti bila Hayqal sudah memulakan langkah pertamanya, Fack sudah berjanggut rasanya. Dah boleh dah dia join geng surau nanti bila dia dah berjanggut. Bab kata Taehyung BTS, ‘My name is V, I’m a good boy.’.

Hayqal berpeluk tubuh, “So… Kau dah ambil kesempatan ke atas aku tadi. Kau nak ganti rugi macam mana?” Tanya Hayqal. Seronok pula dia mengusik Jazmin, comel wajahnya apabila bertukar merah, rasa nak cubit-cubit je.

Mencerlung Jazmin memandang Hayqal, “Eh eh awak ni! Saya yang ambil kesempatan ke awak yang ambil kesempatan?” Tanya Jazmin dengan nada tidak puas hati. ‘Dia yang ambil kesempatan, boleh pula tuduh kita.’ Gumam hati Jazmin bengang. Jangan sampai dia campak si miang ni dalam tong sampah.

“Awak yang peluk saya, atau saya yang peluk awak?” Soalan yang diberikan oleh Hayqal itu berjaya membuatkan Jazmin terdiam tanpa kata.

‘Tapi, tadikan perempuan tu yang terlanggar aku. Jadi, aku atau dia, dua-dua takde salah la kan?’ Tanya Jazmin kepada dirinya.

Hayqal mendekatkan wajahnya dengan wajah Jazmin, “Teman aku makan aiskrim, aku anggap takde apa-apa berlaku antara kita tadi.” Hayqal menggunakan peluang itu untuk mengumpam Jazmin.

Jazmin mendengus kasar, “Yelah, yelah. Saya teman awak makan aiskrim.” Balas Jazmin dengan terpaksa.

‘Dasar lelaki miang! Dahlah gatal, lepastu suka ambil kesempatan. Nasib baik dulu kau pernah tolong aku tau! Kalau tak dah lama aku cekik kau, biar masuk neraka jahanam terus.’ Bentak hati Jazmin geram. Dia menolak trolinya menuju ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran terlebih dahulu.

Selesai membuat pembayaran, Hayqal membantunya mengangkat barang-barang yang dibeli olehnya tadi. ‘Ouh ya, kenapa aku tak gunakan peluang ni untuk tanya dia siapa Naqib?’ Tiba-tiba terdesis di hati Jazmin tentang Naqib.

Jazmin menoleh ke sebelahnya, ‘Eh? Mana pula Hayqal ni?’ Tadi elok-elok sahaja Hayqal terpacak di tepinya, ini tiba-tiba menghilang pula. Jazmin mengeluh kecil, tadi dia yang beria ajak orang makan aiskrim, ni tiba-tiba pula hilang.

Bahu Jazmin dicuit oleh seseorang, Jazmin menoleh ke arahnya. Seekor maskot beruang sedang berdiri di belakangnya, “Hai.” Tegur maskot itu.

Senyuman terus menghiasi wajah Jazmin. Tambahan pula dia memang gemar dengan beruang, terus dia menjengketkan kakinya lalu pipi maskot itu dipegang olehnya. Pandangan orang ramai tertumpu ke arah mereka berdua.

Maskot itu memegang tangan Jazmin, “Saya ada soalan yang ingin ditanya.” Katanya kepada Jazmin.

“Tanyalah.” Balas Jazmin dengan nada teruja. Matanya bersinar-sinar, dia bertentang mata dengan orang yang berada di dalam maskot itu.

‘Eh? Inikan mata Hayqal?’ Desis hati Jazmin.

Tiba-tiba, maskot itu melutut di lantai. “Sudikah awak jadi isteri saya?” Dia mengeluarkan sejambak bunga gypsophila yang disorokkan di belakangnya dari tadi lagi.

Kotak cincin yang berada di atas bunga itu diambilnya lalu dibuka, “Will you?” Tanya gerangan itu. Fack dan Faaeqa muncul dari kedai yang berada tepi, Fack mencabut kepala maskot yang dipakai oleh Hayqal.

Jazmin menutup mulutnya, dia tergamam. Tubir matanya terasa hangat, air sudah berkumpul di situ dan sudah bersedia untuk dialirkan oleh Jazmin.

“Yes, I will.” Balas Jazmin, air matanya mengalir dengan deras. Dia terharu dengan lamaran dari Hayqal. Hayqal bangun lalu menyarungkan cincin tadi ke tangan Jazmin.

“No cheating. You’re mine, Syahida Nafisah.” Kata Hayqal, dia mencuit hidung Jazmin. Nasib baik dia memakai sarung tangan, dia sebolehnya tidak ingin menyentuh Jazmin sebelum mereka berdua diijab kabulkan.

“Ingat lawak ke tiba-tiba hilang macam tu?” Jazmin berpeluk tubuh berpura-pura merajuk.

Wajah Hayqal sudah kelihatan panik. ‘Ala merajuk lah pula.’ Waduh, buntu Hayqal kalau begini. Dia mana pandai memujuk makhluk yang bernama wanita ini. Jazmin tergelak kecil melihat wajah panik Hayqal, begitu juga dengan Fack dan Faaeqa.

‘We never lose by loving. We only lose by holding back while waiting for the impossible to happen.’ Bisik hati Fack. Lega hatinya melihat Hayqal yang sudah menjumpai jodohnya. Faaeqa juga turut tumpang gembira. Moga-moga cinta mereka berdua dapat berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience