Bab 31

Drama Series 2228

iPhone model 8 Plus berwarna hitam milik Jazmin berdering, tertera nama ayahnya di skrin. “Assalamualaikum papa. Min ingatkan baru nak call tadi.” Kata Jazmin dengan nada ceria.

“Amboi anak papa ni, ceria je papa dengar suara tu. Ada berita baik ke?” Tanya Tan Sri Syah Vinci, senyumannya sudah mekar di wajahnya.
“Ada!” Kata Jazmin dengan teruja.

Tan Sri Syah Vinci tergelak, “Papa pun ada berita baik jugak untuk kamu.” Kata ayahnya, dapat di dengari dengan jelas oleh Jazmin betapa terujanya ayahnya dengan berita yang bakal disampaikan.

“Min dah bersedia ke nak dengar good news dari papa ni?” Tanya Tan Sri Syah Vinci. Harap-harap anak angkatnya itu tidak terperanjat la dengan berita yang bakal disampaikan ini.

“Dah!” Balas Jazmin bersungguh-sungguh.

Faaeqa yang duduk di sebelahnya sudah memerhatikan gelagatnya dengan wajah nakal, ‘Berbual dengan Hayqal la tu.’ Sangka Faaeqa. Semenjak dilamar Hayqal semalam, senyuman Jazmin tidak pudar dari menghiasi wajahnya. Faaeqa suka benar melihat wajah Jazmin itu, cahaya kebahagiaan terpacar jelas di wajahnya. Aura pengantin baru pun sudah terserlah di wajahnya.  

“Semalam, ada orang masuk meminang kamu. Papa dah terima pinangan tu. Akad kamu Insyaallah minggu depan.” Cerita Tan Sri Syah Vinci, berita tentang penceraian Jazmin dengan Rayqal telah pun Jazmin maklumkan kepadanya. Bukan Jazmin sahaja, Rayqal juga turut memaklumkan berita itu kepadanya.

Pada awalnya, Tan Sri Syah Vinci tidak menyokong keputusan Rayqal yang ingin bercerai dengan Jazmin. Namun setelah Rayqal menceritakan punca penceraian mereka, dia bersetuju. Baginya, tiada apa lagi yang lebih berharga daripada kebahagiaan Jazmin walaupun Jazmin hanyalah anak angkatnya.

Allah, terasa kelam seketika dunia Jazmin apabila ayahnya memaklumkan berita gembira itu. Jazmin diam tidak berkutik, matanya langsung tidak berkedip. Dia kaku di situ. Sangkanya berita gembira yang dibawakan oleh ayahnya ialah tentang syarikatnya, atau tentang keluarga mereka. Sekelip mata, berita itu bertukar menjadi berita duka kepadanya.

“Min? Are you there?” Tanya Tan Sri Syah Vinci, hairan pula dia apabila Jazmin tiba-tiba senyap. Takkanlah dah pitam?

Faaeqa mengapai-ngapai tangannya di hadapan Jazmin, terus Jazmin kembali ke realiti. “Ya papa. Ada je ni.” Balas Jazmin kaget.
Terdengar tawa dari ayahnya di hujung talian, “Kamu ni, dah kenapa diam tu? Papa ingat ke kamu dah kena telan dengan handphone kamu dah tadi.” Kata ayahnya yang cuba untuk berjenaka.

Jazmin tergelak kecil untuk menutupi rasa janggalnya, “Ada je dekat sini.” Kata Jazmin mendatar, senyuman tawar menghiasi wajahnya. Naik hairan pula Faaeqa melihat reaksi Jazmin. Tadi bukan main gembira apabila ayahnya menelefonnya, ni tiba-tiba wajahnya bertukar sedih.

“Kamu tak payah balik Itali tau. Papa dengan mama dah ada dekat Malaysia ni. Majlis kamu pun kitorang rancang nak buat dekat sini je.” Kata Tan Sri Syah Vinci, gembira bukan kepalang dirinya.

“Baik papa.” Balas Jazmin ringkas, tiada lagi senyuman yang menghiasi wajahnya.

“Papa end call dulu. Assalamualaikum.” Terus panggilan ditamatkan oleh ayahnya tanpa sempat Jazmin menjawab salam yang diberikan tadi.

‘Waalaikummussalam.’ Jawab Jazmin di dalam hatinya. Dia meletakkan iPhonenya di atas meja, keluhan kecil kedengaran di bibirnya.

“Kenapa ni akak?” Tanya Faaeqa, tangannya asyik menyumbat makanan ringan ke dalam mulutnya.

Jazmin menanggalkan cincin di jarinya lalu diberikan kepada Faaeqa, “Tolong bagi ni dekat Hayqal.” Jazmin tersenyum tawar.

Faaeqa terkedu, “Kenapa?” Tanya Faaeqa dengan nada yang sedikit meninggi. Dah kenapa tiba-tiba nak pulangkan cincin lamaran Hayqal? Mereka bergaduh ke?

“Akak tak mampu kahwin dengan dia, ayah akak dah terima pinangan dari orang lain.” Bergenang air mata Jazmin. Dia baru nak memaklumkan tentang lamaran Hayqal yang telah diterimanya, namun berita yang dibawa oleh ayahnya itu membatalkan niatnya. Dia tidak mahu derhaka terhadap orang tuanya.

Terus Faaeqa memeluk Jazmin untuk memberi semangat, “Sabar ya akak? Faaeqa selalu ada dengan akak.” Kata Faaeqa untuk memberi semangat kepada Jazmin. Akhirnya air mata Jazmin gugur jua. Jodoh memang suka bersenda dengannya. Kenapa di kala dia sudah bertemu dengan Naqib, ayahnya menerima pinangan orang lain? Sepatutnya ayahnya berbincang dulu dengan dia, bukan terima pinangan itu tanpa pengetahuannya.

“Dah jangan nangis.” Faaeqa menepuk-nepuk belakang Jazmin, makin berderai air mata Jazmin. Dia tidak akan menerima lamaran Hayqal semalam jika  dia tahu semua ini bakal berlaku. Kenapa takdir suka mempermainkan dirinya? Kenapa?

.
 
Dinihari itu, Moses berdiri di luar kediaman Khadijah untuk menanti kemunculan Syaf. Dia dapat lihat kelibat Khadijah yang sedang sibuk memasak di dapur.

“Rajin betul anak dara ni, pukul 5 dah memasak.” Puji Moses. Matanya asyik memerhatikan Khadijah, sehingga azan subuh sudah berkumandang pun tidak disedari olehnya.

Khadijah keluar dari rumahnya, selipar disaut olehnya lalu kaki diatur ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya. Mata dan kaki Moses masih mengikuti langkah Khadijah, kemana sahaja Khadijah pergi, dia pasti akan mengikuti dari belakang. Dan dia telah melupakan tugasnya iaitu memerhatikan Syaf.

Syaf menjenguk kepalanya ke luar, lelaki itu sudah tiada. Terus dia memikul beg bajunya lalu menghidupkan enjin motosikal. “Syaf, nak pergi mana tu?” Tegur Zainab, kakak kepada Khadijah.

“Stesen bas, akak boleh tolong hantarkan?” Pinta Syaf. Sekurang-kurangnya tidak perlu la dia tinggalkan satu-satunya kenderaan yang ada di rumah Khadijah di stesen bas nanti. Lagipun, kalau motosikal itu hilang ataupun dicuri, susah hidup keluarga Khadijah nanti.

Terus Zainab menyaut seliparnya, Syaf turun dari motosikal lalu Zainab duduk di hadapan, Syaf memegang begnya dengan erat. Tiket bas sudah diletakkan di dalam poketnya. Di sepanjang perjalanan mereka ke stesen bas, langsung tiada perbualan yang kedengaran antara mereka.

“Jaga diri elok-elok ya?” Pesan Zainab kepada Syaf apabila Syaf menyalami tangannya.

“Insyaallah. Akak pun.” Balas Syaf, dia menghadiahkan senyuman manis kepada Zainab.

“Assalamualaikum.” Syaf memberi salam kepada Zainab, dia melambai-lambai kepada Zainab, kakinya sudah diaturkan ke arah bas yang berada tidak kejauhan dari mereka.

‘Waalaikummussalam.’ Zainab menjawab salam itu di dalam hatinya. Dia melambai kembali kepada Syaf. Setelah Syaf sudah berada di dalam bas, Zainab meninggalkan kawasan stesen bas tersebut.

Syaf mengambil tempat belakang sekali, pandangannya dihalakan ke luar tingkap. Keluhan kecil kedengaran. “Tak baik mengeluh.” Kedengaran suara seorang gadis menyapa telinganya.

Syaf memandang ke hadapan, seorang gadis sedang memandangnya. “Syaf?” Gadis itu memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

“Alya?” Syaf juga memandangnya dengan pandangan terkejut. Alya ialah sahabat penanya, mereka sudah tidak berhubung selama 3 tahun apabila Alya telah berpindah tanpa memaklumkan alamat barunya. Dia juga tidak pernah menghubungi Syaf atas sebab-sebab tertentu.

“Macam mana kau boleh ada dekat sini?” Tanya mereka berdua serentak, habis semua mata memandang ke arah mereka. Terus mereka tergelak kecil.

Mata Alya melekat di luka yang telah mencacatkan wajah Syaf, “Pipi tu kena apa?” Tegur Alya. Luka itu tidak kelihatan seperti terjatuh, namun sepertinya ada seseorang yang sengaja menoreh pipi Syaf.

Syaf menutup lukanya, “Jatuh.” Bohong Syaf.

“Kau tipu kan?” Tanya Alya dengan nada yang sedikit meninggi.

Orang yang duduk di sebelah Alya menegur mereka, “Maaf, boleh senyap tak? Saya tak suka dengan bunyi bising.” Katanya. Terus mereka berdua berdiam diri. Syaf melontar pandangannya ke luar tingkap, Alya pula kembali menyandar di kusyennya.
 
.

Faaeqa tidak sampai hati nak memberitahu Hayqal tentang Jazmin. Setelah berbincang dengan Jazmin, Faaeqa memutuskan untuk mengaturkan perjumpaan di antara Jazmin dan Hayqal di rumahnya. Hayqal berdiri di hadapan pagar rumah Faaeqa bertemankan Fack. Faaeqa mengeluh kecil, dia terus keluar dan membuka pagar.

“Masuklah.” Pelawa Faaeqa, mereka berdua terus menapak masuk ke dalam. Tatkala mereka berdua menginjak kaki ke ruang tamu, terus mata Hayqal bertembung dengan mata Jazmin. Mata Jazmin kelihatan sembab, terus sahaja dia meluru ke arah Jazmin.

“Kenapa mata sembab ni? Ada orang buli awak ke?” Tanya Hayqal prihatin. Panggilan ‘Kau’ dan ‘Aku’ telah digantikan dengan panggilan ‘Saya’ dan ‘Awak’ agar tidak kedengaran kasar di telinga Jazmin.

Jazmin menjauh sedikit daripada Hayqal, dia meletakkan cincin pemberian Hayqal di atas meja. “Maaf, saya tahu saya salah sebab saya baru tolak lamaran awak sekarang.” Kata Jazmin dengan nada bersalah. Kepalanya ditundukkan, dia tidak berani memandang Hayqal.

Hayqal mengambil cincin tersebut, “Kenapa?” Tanya Hayqal, emosinya cuba dikawal agar dia tidak menjerkah Jazmin atau membuat tindakan yang tidak sepatutnya kepada Jazmin.

“Saya tak rasa saya akan bahagia dengan awak.” Tipu Jazmin. Nadanya mendatar, dia cuba mengawal perasaan sebaik mungkin. Dia tidak mahu air matanya mengalir disitu.

“Kenapa?” Tanya Hayqal lagi. Dia langsung tidak percaya dengan kata-kata Jazmin. Tak mungkin Jazmin akan menolak lamarannya, kecuali jika Jazmin diugut ataupun mengalami masalah peribadi.

“Awak pembunuh. Saya tak nak nanti masa depan saya gelap. Saya tak nak anak-anak kita jadi pembunuh, sebab ayah dia pembunuh juga.” Jazmin memberikan alasan yang paling logik baginya, namun tidak bagi Hayqal.

“Tapi kau pun membunuh jugak. Kau dah bunuh Iris cetak rompak dengan perempuan yang nama Lidzlynn tu, kau dah lupa ke?” Ungkit Hayqal. Alasan tidak masuk akal apakah yang diberikan oleh Jazmin ni?

Jazmin bangun dari duduknya, “Ikut awaklah Hayqal! Yang penting, saya tak nak kahwin dengan awak!” Jazmin mencampak bantal yang sedang dipeluk olehnya ke arah Hayqal. Dia terus berlari naik ke biliknya, air matanya juga sudah tidak dapat dibendung lagi.

Faaeqa mengeluh kecil, “Tak baik lah kau ni Hayqal.” Kata Faaeqa. Kalau ya pun, janganlah sampai nak mengungkit perkara yang sudah berlalu.

“Kau ni bengap la Hay. Tak payah la sampai tahap macam tu.” Giliran Fack pula mengata Hayqal.

Hayqal berpeluk tubuh, “Habistu nak aku buat macam mana lagi? Nak aku cium dia? Macam tu?” Tanya Hayqal bersahaja.

Ingin sahaja Faaeqa menunjal-nunjal kepala kotak Hayqal tu, dalam otak tu asyik fikir nak cium, cium, cium je! Eeee miang! Perangai mengalahkan Syaitan Laknatullah.

Fack berpeluk tubuh, “Hay. Jangan jadi bodoh boleh?” Kepalanya dipicit-picit kerana pening melihatkan perangai tak semenggah Hayqal tadi. Sebelum ini tidak pernah pula mereka melihat kedungulan Hayqal, ini baru terserlah kedungulannya.

Hayqal menghenjut bahu menandakan yang dia tidak kisah pun. Hayqal mengambil cincin yang ditinggalkan oleh Jazmin tadi lalu dimasukkan ke dalam poketnya. ‘Nantikan kejutan daripada aku.’ Bisik hati Hayqal. Senyuman nakalnya terbit di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience