Bab 34

Drama Series 2228

Tangan Tan Sri Syah Vinci dicium oleh Jazmin, “Jaga diri tau papa.” Pesan Jazmin kepada ayahnya.

Tan Sri Syah Vinci tersenyum lebar, “Kamu pun.” Dia mengusap kepala Jazmin. Giliran Hayqal pula untuk menyalami tangan bapa mertuanya.

“Jaga Nafisah elok-elok.” Itu sahaja pesan daripada ayah mertuanya. Dia tidak menggunakan nama Jazmin, sebaliknya nama sebenar Jazmin. Hayqal menganggukkan kepalanya lalu menghadiahkan senyuman kepada ayah mertuanya.

“Papa nak cucu.” Sempat lagi Tan Sri Syah Vinci membisikkan ayat itu ke telinga mereka berdua. Membahang wajah Jazmin mendengar ayat itu.

Hayqal tergelak kecil, “Untuk papa, semua boleh.” Kata Hayqal lalu disambut dengan tawa ayah mertuanya.

Ibu mertua Hayqal memaut lengan suaminya, “Abang, jom. Kalau tak masuk lagi, nanti kena tinggal.” Kata Puan Sri Psychlia mendatar. Hayqal langsung tidak dipandangnya.

Tan Sri Syah Vinci memeluk Jazmin dan Hayqal. Jazmin menyalami tangan ibunya, Hayqal juga turut menghulur tangan untuk menyalami tangan mak mertuanya namun mak mertuanya tidak menyambut tangannya.

Jazmin menjadi janggal dengan situasi itu, dia terus menarik tangan Hayqal. Ibunya menjeling tajam kepada Hayqal sebelum berlalu pergi.

“Awak jangan ambil hati sangat dengan mama, dia memang macam tu.” Kata Jazmin yang cuba untuk menyedapkan hati Hayqal. Risau juga dia kalau Hayqal terasa dengan ibunya.

Hayqal tersenyum biasa, “Abang ok je.” Balasnya mendatar. Jazmin mengenggam tangan Hayqal. Dia yakin, walaupun Hayqal kata dia ok, tapi hakikatnya pasti hati suaminya terluka juga sipi-sipi kerana perbuatan ibunya tadi.

Hayqal melirik ke arah jam tangannya, jarum panjang berhenti di nombor 12, jarum pendek pula terhenti tepat di nombor 11. Baru Hayqal teringat akan mesyuaratnya dengan wakil dari syarikat Intan Sdn. Bhd.

“Sayang, abang kena pergi office lah. Ada meeting.” Kata Hayqal dengan nada serba salah. Aduh, takkanlah dia nak tinggalkan isterinya sorang-sorang dekat sini? Kalau nak bagi Jazmin balik dengan teksi, dia risau akan keselamatan Jazmin.

Jazmin melepaskan tangan Hayqal, “Awak pergi la dulu. Nanti saya call Faaeqa.” Kata Jazmin. Hayqal menggelengkan kepalanya. Dia tidak bersetuju dengan rancangan Jazmin.

Tangan Jazmin digenggamnya, “Sayang ikut abang pergi kerja.” Kata Hayqal dengan wajah serius. Jazmin ingin membangkang, namun melihatkan wajah Hayqal yang serius, dia terpaksa akur.

Dari jauh, Rania sedang memerhatikan mereka. “Aku akan pastikan Hayqal jadi milik aku.” Senyuman sinis terbit di bibir Rania. Cepat atau lambat, abang tirinya tetap akan jatuh ke dalam perangkapnya.

 ‘Just wait and see Abang Hayqal.’ Bisik hati Rania dengan yakinnya. Akan dia singkirkan wanita yang bergelarkan isteri kepada abang tirinya itu. Selamanya, Hayqal adalah miliknya. Tiada sesiapapun yang dapat merampas lelaki itu daripada dia.

.

Ed menatap wajah Idris, wajah Idris kelihatan familiar. Kalau diperhatikan dengan teliti, wajahnya iras-iras wajah adik tiri Hayqal. “Mana ibu Idris?” tanya Ed kepada Idris yang sedang melukis sesuatu.

“Ibu dekat kelab malam.” Balas Idris acuh tak acuh. Setiap kali teringatkan ibunya yang selalu ke kelab malam, hatinya pasti akan mendidih.

“Ayah Idris?” tanya Ed lagi. Sekurang-kurangnya nanti maklumat itu dapat membantunya untuk mencari kediaman Idris. Tak elok jika Idris berkeliaran di luar berkeseorangan begini. Pasti ibunya sudah risaukannya.

“Idris takde ayah.” Balas Idris mendatar. Bukannya dia tiada ayah, tapi ayahnya siapa pun dia tidak tahu. Dia selalu dihina oleh masyarakat sekeliling, mereka semua memandangnya dengan pandangan jijik hanya kerana dia ialah anak luar nikah.

Alya muncul dengan menatang dulang yang berisi makanan untuk Idris. “Idris, makan.” Kata Alya. Terus Idris berhenti melukis. Alya duduk di sebelahnya.

Mata Ed terus tertancap di wajah Alya, “Makan apa?” tanya Idris teruja.

Alya mencuit hidung Idris yang sedikit kempis itu, “Kakak buat onigiri harini.” Kata Alya. Dia terus mengepit seketul onigiri lalu disuapkan ke dalam mulut Idris.

“Sedap?” tanya Alya. Laju Idris menganggukkan kepalanya. Kalau hari-hari dia boleh makan disuap begini, dia pun nak tinggal di sini.

Ed mencebik, “Idris je ke? Abang Ed punya takde?” tanya Ed dengan nada mengada. Alya menjeling tajam ke arahnya.

Terus Idris mengambil seketul onigiri lalu dimasukkan ke dalam mulut Ed. “Sedap kan?” tanya Idris, senyuman menghiasi wajahnya.

Membulat mata Ed memandangnya, “Tangan dah basuh ke belum?” tanya Alya kepada Idris. Laju Idris menggelengkan kepalanya, dengan selamba dia tersengih seperti kerang busuk.

Ed sudah menelan onigiri tadi, mereka bertiga kemudiannya tergelak. Mata Ed meliar mencari kelibat Arif Syah, dari pagi lagi kelibat kanak-kanak itu tidak kelihatan. “Arif tak datang ke harini?” tanya Ed mendatar. Alya menggelengkan kepalanya tanda tidak.

‘Pelik.’ Bisik hati Ed. Arif akan berkunjung ke rumah kebajikan mereka setiap hari untuk mendapatkan makanan, tak pun meluangkan masa bersama mereka yang lain. Dan itu juga antara salah satu sebab Ed selalu melawat rumah kebajikannya, untuk memerhatikan Arif. Namun harini tidak pula kelihatan bayang kanak-kanak kecil itu.

‘Jangan-jangan dia ditimpa kemalangan?’ Bisik hati Ed. Hatinya mula rasa tidak sedap hati. Dia bangkit dari duduknya lalu menuju ke kenderaannya. Dia perlu mencari kelibat kanak-kanak itu sehingga dapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience