Di depan sebuah bilik yang menghadap pantai, staf perhotelan yang bernama Christ mula membuka kunci.
“Ini bilik Encik Rayqal, jemputlah masuk.” Pelawa staf itu. Lain macam betul layanan hotel lima bintang ni, sampai ke pintu pun tak nak lepaskan lagi.
Rayqal merampas kunci dari tangan Christ, “Kau dah boleh blah.” Walaupun kedengaran seperti kasar, namun Christ faham, setiap pelanggan mempunyai sikap yang berlainan.
Christ menunduk hormat kepada Rayqal sebelum dia melangkah pergi. Rayqal menolak bagasinya ke dalam bilik hotel, langsir dikuaknya.
Rayqal menolak sliding-door di hadapannya, dia berdiri di luar balkoni untuk menghirup udara segar. Akhirnya, dapat juga dia merehatkan mindanya.
Rayqal menggeliat dengan malasnya, matanya terarah ke arah seorang wanita yang dikenalinya, “Itu Nada kan?” Katanya. Dia mengecilkan bebola matanya, tidak salah lagi, memang sah itu ialah Nada Arina yang ditolongnya tempoh hari.
Terus dia berlari turun ke bawah dan bergegas ke persisiran pantai.
Rayqal membetulkan rambutnya yang sudah berserabai dek ditiup angin pantai, “Hai Na-” baru je dia nak menegur Nada, namun hatinya seperti dihiris sembilu apabila seorang lelaki memeluk Nada dari belakang.
Rayqal melepaskan rantai milik Nada yang berada di dalam genggamannya. Niatnya adalah untuk memulangkan rantai tersebut dan beramah mesra dengan Nada, namun hampa. Rupa-rupanya wanita itu sudah berpunya! Rayqal menapak pergi meninggalkan persisiran pantai dengan hati yang berkecai.
“Ryan! Apa main peluk peluk kak chik ni?” Nada cuba meleraikan pelukan adik lelakinya.
Ryan menongkatkan dagunya di bahu Nada, “Ala, orang nak bermanja pun tak boleh.” Kata Ryan dengan nada merajuk. Dia meleraikan pelukannya.
Nada menyerabaikan rambut Ryan, “Mengada je lebih kau ni.”
Mata Nada menangkap bayangan benda bersinar di pepasir. ‘Macam rantai je tu.’ Bisik hatinya, dia terus mendapatkan rantai yang ditinggalkan oleh Rayqal tadi.
“Dia?” Mata Nada terus meliar ke sekelilingnya mencari kelibat lelaki tersebut namun dia sudah tiada disitu.
“Siapa dia? Pakwe ke?” Usik Ryan. Takkanlah kakak dia ni dah berpunya? Tak nampak macam orang yang sedang dilamun cinta pun. Nada tidak menjawab pertanyaan adiknya, matanya terus meliar mencari kelibat Rayqal.
.
Kotak bijiran berjenama X yang berada di rak atas sekali cuba dicapai Jazmin, “Ala tak sampai la pula.” Rungut Jazmin. Dia sudah menjengketkan kakinya namun masih tidak kesampaian.
Hayqal yang baru selesai menimbang berat udang mentah terus membantu Jazmin, “Lain kali kalau tak sampai bagitahu.”
Hayqal menghulurkan tangannya dan mencapai bijirin yang ingin diambil oleh Jazmin tadi, “Yang ni ke?” Tanya Hayqal.
Jazmin terus merampas bijirin tersebut dari tangan Hayqal, “Terima kasih.” Ujar Jazmin tidak ikhlas. Dia sudah mencebik.
‘Aik takkan lah dah marah?’ Orang tolong ambilkan pun nak marah ke?
Jazmin mengerling ke arah seorang perempuan yang sedang memerhatikan Hayqal dari tadi lagi, “Awak kenal ke dia tu?” Jasmin menjuihkan bibirnya ke arah perempuan itu.
Hayqal menoleh ke arahnya, ‘Ala khinzir. Macam mana dia boleh ada dekat sini?’ Tidak lain tidak bukan, perempuan itu ialah adik tirinya, Rania.
“Tolong boleh?” Pinta Hayqal kepada Jazmin.
“Tolong apa?” Tanya Jazmin ringkas.
“Perempuan tu. Dia adik tiri saya, tapi saya tak suka dia. Hayqal pun sama. Tolong jangan bagi dia dekati saya boleh?”
Jazmin tidak membalas pertanyaan Hayqal, dia mengerling ke arah Rania. Dari tadi lagi mata Rania tidak lekang dari memandang Hayqal, ‘Ni dah kes obses ni.’ Gumam hatinya.
“Ada lagi tak barang yang belum ambil?” Tanya Jazmin. Hayqal mengeluarkan senarai barang basah yang harus dibelinya, “Semua dah ambil.” Balas Hayqal.
Jazmin menolak troli menuju ke kaunter pembayaran. “Kalau macam tu, jom balik.”
Rania terus mengikuti mereka berdua. Jazmin menghentikan troli, “Awak pergi kaunter dulu boleh? Saya terlupa nak ambil coklat.” Jazmin terus berpisah dengan Hayqal.
“Kau nak apa sebenarnya?” Jazmin menegur Rania yang sedang berpura-pura memilih makanan ringan.
Rania tersenyum mesra, “Nak dia.” Rania menunding jari ke arah Hayqal. Jazmin tersenyum sinis, “Lupakan jelah. Dia, aku punya.”
Jazmin mencapai coklat dan berlalu pergi meninggalkan Rania. Mendidih hati Rania dengan lagak Jazmin itu, berlagak betul! ‘Tunggu kau!’ Rania membentak geram.
Jazmin meletak coklat tadi ke dalam troli, “Nak pergi tengok wayang tak?” Tanya Hayqal. Jazmin menoleh ke arah Hayqal, biar betik dia ni? Tak takut aku lari ke? Gumam hati Jazmin.
Jazmin menggelengkan kepalanya, “Takpelah. Saya malas la nak berlama dekat luar.” Tolak Jazmin lembut.
Mata Hayqal singgah di kedai bunga segar yang berada di sebelah butik, satu idea singgah di akal fikirannya. Senyuman nakal terbit di bibirnya.
Selesai membuat pembayaran, Hayqal menyuruh Jazmin untuk menunggunya di tempat parking. Hayqal masuk ke dalam kedai bunga tadi dan membeli sejambak bunga bayi bernafas untuk dihadiahkan kepada Jazmin. *bayi bernafas : baby breath
Hayqal tersenyum lebar sambil berjalan membawa bunga itu menuju ke arah Jazmin yang sedang menunggunya.
Tatkala Hayqal melangkah menuju ke arah Jazmin, sebuah kereta Myvi berwarna kuning merempuhnya dengan laju.
Terbungkam Jazmin melihat Hayqal yang sudah terbaring kaku di lantai. Pemilik kereta tadi sudah melarikan dirinya.
Orang ramai mula berkumpul, dua pemuda mengusung Hayqal ke dalam kereta mereka dan menghantar Hayqal ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Air mata Jazmin merembes-rembes keluar dengan laju. Pelbagai perkara yang ngeri telah berlaku sejak akhir-akhir ini, dirinya diselimuti ketakutan.
‘Tolonglah jangan mati.’ Pinta Jazmin dalam hati kecilnya. Dia tidak ingin lagi sesiapa meninggal kerana dia. Sudah cukupkah umi dan abahnya menjadi korban demi nyawanya dulu.
Share this novel