Baju kemeja berwarna putih dikenakan ke badan Hayqal, “Sayang! Tolong ambilkan tali leher abang boleh?” Jerit Hayqal kepada Jazmin dengan nada separa meminta.
Jazmin berdiri di hadapan Hayqal dengan dua tali leher yang berlainan warna, hitam dan royal blue. “Abang nak yang mana?” tanya Jazmin kepada suaminya.
Di tangan Hayqal terdapat blazer yang berwarna royal blue, belum sempat Hayqal menjawab pertanyaannya tadi, dia sudah memutuskan tali leher yang akan dipakai oleh suaminya. “This one look nice with you.” Dia menghulurkan tali leher tersebut kepada suaminya.
“Sayang pakaikan?” pinta Hayqal, dia menayangkan muka tidak tahu malu. Lapar perhatian betul lah si Hayqal ni.
Jazmin menarik leher Hayqal untuk mendekatinya, tangannya mula bergerak lincah mengikat tali leher Hayqal. “Malam ni abang ada dinner, sayang nak ikut?” tanya Hayqal.
“Dinner? Dinner apa?” Pertanyaan Hayqal tadi dibalas dengan satu pertanyaan lain. Takkanlah Hayqal nak buat kejutan makan malam seperti tempoh hari lagi? Banyak pula masanya nak dihabiskan untuk diluangkan bersama-sama dengan isterinya.
“Annual dinner.” Balas Hayqal ringkas. Sebenarnya dia tidak bercadang pun untuk menghadiri majlis tersebut. Lagipun pada tahun-tahun sebelum ini pun dia tidak pernah menghadiri jamuan tersebut. Bukan dia tak mesra alam, tapi malas nak beramah mesra dengan orang.
Terpancar sinar teruja di wajah Jazmin, “Macam best je! Tapi...” air mukanya berubah keruh.
“Tapi?” Aik isteri dia ni dah kenapa? Tadi teruja, ni tiba-tiba muram pula. Rasanya bendera merah isterinya sudah berangkat pergi, takkanlah dia kembali bertandang lagi?
Jazmin mengherot-herotkan bibirnya, “Min takde baju yang sesuai lah.” Ujar Jazmin dengan jujur. Baju dia banyak je dalam almari, tapi rasanya semua sudah tak muat kerana badannya sudah semakin berisi.
Hayqal tergelak kecil, “Laa isteri abang ni, abang ingatkan apa lah tadi.” Nakal betul isteri dia ni, soal baju pun nak bermasam muka.
Hayqal melirik ke arah jam tangannya, “Abang pergi dulu ya? Dah nak lewat dah ni.” Kata Hayqal. Dia tak nak kerana dia lewat ke pejabat, reputasinya sebagai pemilik Matteo C.O terjejas.
Jazmin menyalami tangan suaminya, “Abang balik makan tengah hari tak?” laung Jazmin kepada Hayqal yang sudah menginjak keluar dari bilik tidur mereka.
Hayqal berundur setapak, dia menghulurkan kepalanya di pintu bilik. “Abang ada mesyuarat, tak balik kot.” Sesudah dia menjawab soalan Jazmin, terus dia hilang dari pandangan Jazmin.
Jazmin mengeluh kecil, “Ayam punya suami.” Jazmin mengutuk suaminya. Tidak mengapa, bukannya suami dia tahu pun. Dia sudah mereput akibat selalu berkurung di dalam rumah, dia pun ingin keluar juga, pergi membeli-belah, keluar jalan-jalan dengan Iris dan lain-lain lagi.
Jazmin menoleh ke arah kabinet bajunya, sliding door ditolaknya untuk mencari baju yang sesuai untuk ke Annual Dinner syarikat suaminya malam nanti. Dia kenalah berdandan rapi juga untuk menjaga reputasi suaminya. Nanti apa pula kata pekerja-pekerja suaminya nanti. ‘Eee kolotnya isteri bos, pakai baju kurung je.’, ‘Eee tudung labuh. Macam ustazah!’ macam-macam lagi kata-kata negatif singgah di fikiran Jazmin.
“Eish tak boleh ni! Aku kena minta tolong Iris carikan baju untuk aku!” kata Jazmin dengan penuh bersemangat. iPhone 8 Plus nya dicapai lalu kontak Iris dicarinya. Terus dia menghantar pesanan ringkas buat Iris,
Iris.
Kau ada dekat mana?
Tidak sampai seminit, Iris sudah memberikan balasan kepada soalannya tadi.
Pejabat, ada meeting sikit.
Kenapa?
“Ooo ada meeting. Takpelah, malas la nak ganggu Iris.” Gumam Jazmin. Kesian sahabatnya itu, dahlah kerja lagi, lepastu nak kena bantu dia lagi. Malu pula dia nak menyusahkan Iris walaupun dah selalu dia menimbulkan masalah kepada kawannya itu.
Takde apa-apa la.
Bye! Goodluck for the meeting! >3
Terus Jazmin mengunci skrin telefonnya, dia melepaskan keluhan kecil. Nampaknya, dia tidak dapat menghadiri jamuan makan malam tersebut. Baru sahaja dia nak keluar dari ‘sangkarnya’ dan menikmati kehidupannya yang bebas walaupun hanya seketika.
.
Bunyi jam penggera yang telah ditetapkan oleh Jazmin telah menganggu tidurnya. Dia menggeliat sebelum mencapai telefon pintarnya. “2 petang?” terbeliak mata Jazmin. Ya Allah, macam manalah dia boleh terlelap sampai petang ni?
Deras Jazmin ke tandas untuk mencuci mukanya dan mengambil wudhuk untuk menunaikan solat fardhu zohor. Selesai menunaikan solat, dia menuju ke dapur untuk menyediakan sedikit makanan untuk mengalas perutnya. Perutnya sudah berkeroncong dengan kuat, lapar sangat barangkali.
“Baru sedar ke?” Tegur Hayqal yang sedang menyisip air nescafe yang dibancuhnya tadi.
Jazmin menggosok-gosok matanya berulang kali, “Abang cakap tak balik kan pagi tadi?” soal Jazmin.
Hayqal tersenyum biasa, “Meeting cancel. Abang rindu isteri abang ni, itu yang balik nak makan dengan sayang. Tapi orang tu tertidur, jadi kita makan sorang sorang je lah.” Terang Hayqal, terdengar nada merajuk di hujung ayatnya.
Jazmin tersengih seperti kerang busuk, “Mengantuklah, maaf abang.” Jazmin menarik kerusi kosong di sebelah suaminya lalu kepalanya disandarkan di bahu Hayqal.
“Dah makan?” tanya Hayqal. Jazmin tidak membalas. Hayqal melarikan bahunya, memang sah isterinya masih belum makan dari tadi lagi.
Jazmin menoleh ke arahnya dengan wajah mencuka. Baru sahaja Jazmin nak mulakan bebelannya, Hayqal sudah menyumbat roti bakar yang disediakannya tadi ke dalam mulut Jazmin. “Makan.” Kata Hayqal.
Laju Jazmin mengunyah roti tersebut. Hayqal meneruskan lagi suapannya sehingga roti di tangannya habis. “Dah kebulur sangat dah ni sayang.” Usik Hayqal.
Jazmin tersengih seperti kerang buat kesekian kali, senyumannya mati apabila teringat akan jamuan makan malam syarikat suaminya. Jazmin memegang lengan sasa suaminya, “A..abang, dinner malam ni Min tak pergi tau.” Kata Jazmin dengan nada mendatar.
“Kenapa?” Tanya Hayqal. Tolong jangan katakan ini ialah tentang bajunya kerana Hayqal sudah membeli sehelai dress berwarna hijau buat isterinya tadi.
“Takde baju lah...” tepat sekali sangkaan Hayqal, ia memang berkaitan dengan baju.
Hayqal menghulurkan satu beg kertas kepada isterinya, “Nah.” Jazmin menjongketkan keningnya, apa benda pula suami dia bagi ni? Jazmin terus mengeluarkan isi di dalam beg kertas tersebut, sehelai dress berwarna hijau bercorakkan bunga ros pink, baju itu turut dihiasi dengan sedikit labuci di pangkal lengannya.
“Cantiknya!” kata Jazmin denga teruja. Geram pula dia dengan baju itu, tapi persoalannya ialah... muatkah baju itu dengan dia yang sudah mengembang macam pau ni?
iPhone 11 berwarna hitam milik Hayqal berdering, tertera nama adik kembarnya di skrin telefonnya. “Got to go sayang, Ray dah call.” Hayqal mengucup ubun-ubun Jazmin sebelum bergegas ke keretanya.
Sibuk benar suaminya sejak dua menjak ni. Masa yang diluangkan dengannya pun sudah semakin sikit. Kadang-kadang hujung minggu pun suaminya harus ke pejabat, entah apalah yang sedang disibukkan olehnya.
Ting tong! Bunyi loceng kedengaran menandakan ada tetamu yang bertandang ke kediamannya. Jazmin mengintai gerangan tersebut dari kamera interkom, kelihatan seorang nenek tua sedang berdiri di hadapan pintu.
“Cu... boleh tolong nenek?” kata nenek itu melalui alat interkom. Jazmin ragu-ragu untuk membuka pintu.
‘Nak atau tak nak? Tapi kalau nenek ni memang memerlukan pertolongan, nanti berdosa aku sebab tak hulurkan bantuan.’ Hati Jazmin berperang dengan perasaannya. Suaminya pernah melarangnya dengan keras, dilarang membuka pintu kepada sesiapa yang tak dikenali. Takkanlah dia nak langgar arahan suami dia pula?
Jazmin mencapai beberapa bilah jarum sebagai senjata untuk digunakannya jika keadaan mendesak. Jazmin menuju ke pintu pagar, matanya meliar ke sekeliling terlebih dahulu untuk memastikan tiada kenderaan yang mencurigakan.
“Ya nenek, apa yang boleh saya bantu?” Tanya Jazmin penuh sopan santun. Pintu pagar tidak dibuka pun olehnya.
Warga emas tersebut memegang perutnya, “Nenek dah tak makan 3 hari. Kamu ada makanan tak? Sisa pun boleh, nenek dah lapar sangat ni.” Katanya dengan terketar-ketar, badannya juga kelihatan mengigil.
Bersimpati pula Jazmin dengan warga emas itu, dia terus membuka pintu pagar lalu menjemput nenek itu ke dalam. “Nenek jemputlah masuk, saya masakkan untuk nenek.” Kata Jazmin.
Pantas nenek itu melangkah masuk ke kediaman Jazmin, dia mengikuti langkah Jazmin. Tatkala Jazmin memasukkan kata laluan untuk membuka pintu utama, warga emas itu mengeluarkan pisau yang digengamnya dari tadi lagi lalu bersedia untuk membenamkan ia ke tubuh Jazmin.
“Lambat.” Jazmin mencampak jarum-jarum tadi ke arahnya, dua bilah jarum tertusuk di bebola matanya, sebilah jarum lagi tertusuk di lehernya.
“Headshot Puan Husna.” Jazmin menyentap kasar rambut palsu yang dipakai oleh ibu tiri Hayqal itu.
“Ma... cam mana k...au bo...leh cam aku?” Tanya Puan Husna, matanya terbeliak menatap Jazmin. Tak guna! Dah cukup teliti rancangan ini disusunnya namun ia tetap juga kantoi.
“I’m not that innocent.” Jazmin menolak jarum yang tertusuk di leher Puan Husna sehingga ia hilang dari penglihatannya. Nampaknya si perosak kebahagiaan rumah tangga arwah ibu Hayqal telah tewas di tangannya, Jazmin tersenyum sinis. Puan Husna berkemungkinan hanya mempunyai masa antara 30 minit atau 1 jam sahaja untuk hidup kerana jarum tadi sudah masuk ke pembuluh darahnya.
“Assalamualaikum mak mertua.” Jazmin memberi salam sebelum meninggalkan Puan Husna di luar rumahnya. What you give, you get back. Dia hanya memulangkan kembali penderitaan yang pernah diberikan oleh Puan Husna kepada suaminya.
Jazmin menghubungi Faaeqa dan menyuruhnya untuk menguruskan bakal jenazah yang sedang bertarung dengan sakaratul maut di luar rumahnya. Dia tidak ingin mengotorkan tangannya dengan menyentuh ‘binatang liar’ tadi, tak pasal-pasal nanti dia kena samak tangannya.
Share this novel