Badz mencampak cincin pertunangannya ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya, “Kita putus. I dah penat dengan you.” Kata Badz, wajahnya beku, langsung tiada reaksi yang terukir di wajahnya.
Jazmin terlopong, “Ta... tapi kenapa?” Tanya Jazmin seperti tidak mempercayai kata-kata dari tunangnya.
Badz berpeluk tubuh, “Aku dah penat la dengan perangai acah alim kau tu. Tu tudung kau tu, labuh sangat. Acah ustazah.” Jujur Badz mengatakan ketidakpuasan hatinya terhadap cara pemakaian Jazmin.
Berderau darahnya mendengar rungutan tersebut. ‘Ustazah? Aku pakai tudung labuh sebab nak tutup aurat tau. Dasar iblis bertopengkan manusia.’ Jazmin mengutuk-ngutuk tunangnya.
“Woi! Kau dengar tak aku cakap apa tadi?” Herdik Badz. Terhenjut bahu Jazmin dibuatnya.
Jazmin membetulkan tudungnya yang sudah berserabai dek ditiup oleh angin pantai, “Kenapa awak jadi macam ni? Sebelum ni kan awak yang nak saya berubah, menutup aurat dengan sempurna. Sekarang kenapa awak nak mempertikaikan benda ni?” Tanya Jazmin bertalu-talu.
Menyampah pula Badz dengan perangai Jazmin ni, “Kau ingat aku nak sangat ke dekat kau? Dulu tu aku hanya nak kan kau sebab kau freehair la, kalau tak memang tak lah aku nak suka dekat kau.” Jawab Badz dengan penuh kebiadaban.
Jazmin berpeluk tubuh, nafasnya naik turun dengan laju. Di dalam situasi begini, dia tidak boleh terlalu mengikut emosinya.
“Kalau sebab tu je awak memilih untuk tinggalkan saya, saya hormat keputusan awak. Tapi jangan nak kaitkan dengan pemakaian saya. Saya pakai tudung sebab tu kewajiban saya. Saya ada agama, bukannya macam awak. Tak ingat Tuhan langsung.” Bidas Jazmin yang tepat terkena batang hidung Badz.
“Kau!” Tangan lelaki berdarah Jerman itu naik ke pipi Jazmin dengan laju. Terbungkam mata Jazmin menatap Badz. Mata mereka yang berada berdekatan turut terarah ke arah mereka berdua.
“Dasar sundal tak guna!” Badz melemparkan fitnah kepada Jazmin, fitnah yang amat besar yang mampu membuatkan hidup Jazmin terumbang-ambing dilanda kata makian dan cacian dari masyarakat sekeliling.
“Astaughfirullah. Bila masa saya sundal? Awak jangan nak fitnah saya!” Jazmin memberi amaran keras kepada Badz. Ini sudah melampau sampai tahap nak menfitnah dia ni.
“Dari dulu lagi kau adalah sundal di mata aku.” Kata Badz. Dia mengakhiri pergaduhan mereka lalu meninggalkan Jazmin sendirian di sana.
Air mata Jazmin jatuh berguguran. Sudahlah ditinggalkan, dirinya ditabur fitnah lagi oleh bekas tunangnya.
Jazmin terduduk di atas pepasir pantai, dia memeluk lututnya. Segala janji-janji manis yang pernah ditaburi oleh Badz terimbau kembali di dalam kotak memorinya.
“Badz, saya rasa nak bertudung lah lepas kita bertunang nanti.” Jazmin menyatakan hasratnya kepada lelaki yang dicintainya, Badrul Capo atau nama sebenarnya sebelum memeluk Islam, Badz Capo.
Badz menoleh ke arah Jazmin dengan senyuman teruja, “Baguslah tu kalau you nak bertudung! Mesti comel kan nanti bakal isteri I ni!” Nampak jelas reaksi teruja dan gembira terpancar di wajah Badz. Senang hati Jazmin melihat reaksi yang diberikan oleh teman lelakinya itu.
Namun segala-galanya berubah semenjak bulan ketiga tali pertunangan mereka diikat. Kerap Jazmin terserempak dengan Badz yang keluar dengan seorang perempuan berpakaian serba jarang, namun Jazmin cuba untuk menyedapkan hatinya dengan menganggap bahawa perempuan itu ialah teman sekerjanya.
‘Allahuakbar. Mama dah pasang pelamin, apa aku nak jawab dekat mama nanti?’ Jazmin teringat akan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung dalam tiga minggu lagi.
Makin berserabut kepalanya memikirkan kos yang telah banyak dibazirkan oleh ibunya untuk menyediakan persiapan perkahwinan mereka.
‘Kalau aku setia menunggu kehadiran Naqib, pasti perasaan aku takkan dimainkan lagi.’ Jazmin memarahi dirinya. Sepatutnya dia setia menunggu kehadiran Muhammad Naqib, bukannya sibuk mencari pengganti.
Jazmin mengangkat wajahnya apabila ada seseorang mencuit bahunya, “Akak boleh tolong Harraz tak?” Kelihatan seorang kanak-kanak sedang berdiri di hadapannya.
Jazmin tersenyum tawar, “Adik cari orang lain boleh? Akak perlukan masa untuk bersendirian.” Tolak Jazmin lembut. Wajah Harraz yang pada awalnya ceria berubah menjadi mendung.
Harraz mencebik, “Tapi... Harraz takutlah dengan orang lain.” Harraz bermain dengan jarinya untuk menghilangkan rasa takutnya terhadap orang di sekelilingnya.
Rasa serba salah menyelubungi hati Jazmin, “Nama adik Harraz kan?” Tanya Jazmin untuk memastikan nama kanak-kanak kecil itu. Harraz yang baru berusia 5 tahun menganggukkan kepalanya.
“Harraz nak akak tolong apa?” Tanya Jazmin lembut.
Senyuman mekar di wajah Harraz, “Akak boleh tolong Harraz carikan abang Harraz tak?” Harraz menyatakan permintaannya.
Jazmin menganggukkan kepalanya, senyuman manis menghiasi wajahnya, “Boleh.” Balas Jazmin ringkas.
Harraz menarik tangan Jazmin menuju ke arah satu sudut yang tidak dikunjungi oleh pengunjung lain. Harraz menunding jari ke arah gerai yang bernama ‘Mat Mee Celup’, “Tadi abang Fack ada dekat sana” kata Harraz.
‘Abang apa? Abang Fack?’ Jazmin menahan tawanya, geli hati pula dia mendengar nama tersebut. Kalau dia menukarkan perkataan 'A' dengan perkataan 'U', pasti nama itu akan berubah menjadi kata yang membawa maksud tidak elok.
Senyuman Jazmin mati apabila ternampak kelibat Badz yang sedang menikmati mee celup bersama dengan seorang perempuan yang berpakaian seperti tidak cukup kain. Dia ingat perempuan itu, perempuan yang selalu keluar dengan Badz.
“Patutlah kau beria nak putuskan tali pertunangan dengan aku!” Jazmin mengumam tidak puas hati.
Mata Harraz terarah ke arah Badz, “Siapa lelaki tu? Tadi Harraz nampak dia tampar kakak.” Tanya Harraz yang diselimuti tanda tanya.
Jauh disudut hatinya, api kemarahannya sedang membara. Berani sungguh lelaki itu menampar kaum hawa di khalayak ramai. Dia yang baru berumur 5 tahun pun pandai menghormat kaum hawa, lelaki itu yang sudah dewasa pula tidak pandai menghormat kaum hawa, ‘Perros.’Harraz memaki Badz di dalam hatinya.
Kalau diikutkan perasaan amarahnya, sudah lama kepala lelaki itu ditembusi peluru dari pistol Glock 19 milik abangnya.
Jazmin memegang bahu Harraz, “Harraz tunggu sini kejap boleh? Kakak nak pergi sana sekejap.” Pinta Jazmin. Harraz menganggukkan kepalanya dengan laju, senyuman lebar diukirkan untuk menyenangkan hati Jazmin.
“Dasar lelaki tak guna! Jahanam kau!” Jazmin melangkah menuju ke arah Badz, lengan bajunya dilipat, mujur dia memakai handsock di dalam. Tidak sampai tiga minit, Jazmin sudah muncul di hadapan Badz.
Badz menghentikan suapannya, “Kau nak apa lagi?” Tanya Badz dengan nada tidak berpuas hati.
Jazmin tidak membalas pertanyaan Badz, sebaliknya, Jazmin memegang kepala Badz dan teman wanita Badz itu lalu disembamkan ke dalam mangkuk mee celup.
“Argh! Panas!” Jerit teman wanita Badz, habis solekannya cair sehingga menampakkan kulit wajahnya yang kusam. Mata pelanggan lain terarah kearah mereka bertiga.
“Sampah macam ni memang layak untuk kau.” Bisik Jazmin di cuping telinga perempuan itu. Tersenyum girang Harraz yang melihat aksi Jazmin tadi.
Tatkala Jazmin merancang untuk mengatur langkahnya pergi dari situ, Badz menarik tudungnya. “Tunggu!” Terdorong Jazmin ke belakang.
Terbuntang luas mata Harraz, “Muy rudo!” Harraz terus mengeluarkan pistol milik Ziqal yang diambilnya tadi lalu melepaskan tembakan kepada Badz.
Peluru tersebut menuju laju ke arah Badz, sup, peluru tersebut tertanam di kepala Badz. Jazmin menoleh ke arah Harraz, dia terpempam melihat Harraz yang sedang memegang pistol.
Pekikan kedengaran, pelanggan-pelanggan mula lari bertempiaran. “Polis! Cepat call polis!” Jerit pemilik premis tersebut.
Jazmin terus berlari mendapatkan Harraz, namun seseorang mencekup mulutnya dari belakang. Jazmin jatuh terkulai di dalam pangkuan gerangan itu. Sebelum matanya tertutup, dia nampak Harraz didukung oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam.
.
“Harraz!Estas loco? Nak mati ke guna pistol dekat public?” Fack memarahi Harraz. Nasib baik dia sempat melarikan Harraz tadi, kalau tidak malam ini memang tidur lokap la kanak-kanak kecil tu.
Ziqal mengerling ke arah Jazmin yang tersandar di sebelah Harraz, “Sebenarnya, apa fungsi kita bawa perempuan tu?” Tanya Ziqal, matanya tidak lekang dari menilik wajah polos milik Jazmin. Terasa debaran di jantungnya.
Wajah Harraz mencuka, “Bukan Harraz nak guna pun! Kalau bukan sebab lelaki tu tarik tudung kakak ni tadi, Harraz tak akan gunakan pistol tu!” Harraz menjawab.
“Dah berani menjawab? Harraz nak jadi apa ni asyik menjawab je?”marah Fack, makin lama makin naik lemak pula Harraz ni.
Siren polis kedengaran jelas dicuping telinga mereka semua, “Ala bodoh. Dia ikut kita lah!” Ziqal memandang jarak kereta peronda yang makin lama makin dekat dengan kenderaan mereka.
“Haziq Alfredo, kau tahu apa yang kau patut buat kan?” Tanya Luca mendatar, matanya focus memandang jalan raya.
Ziqal menganggukkan kepala. Seraya itu, Luca memperlahankan kenderaanya, salah satu kereta peronda sudah berada di sebelah kenderaan mereka.
“Hola bebe.” Ziqal mengenyitkan matanya ke arah pengawai polis yang sedang memandu, entah sejak bila Ziqal memakai rambut palsu berwarna blonde.
“Nak muntah aku.” Kata pemandu itu kepada rakan sekerjanya. Mereka masing-masing memandang Ziqal bengis.
Ziqal mengeluarkan pistolnya, “Sikit je ni. Tak sakit pun.” Katanya. Satu tembakan dilepaskan tepat ke arah tangki minyak. Seusai itu, Luca terus memecutkan kenderaan mereka.
Kedengaran bunyi letupan yang kuat dari belakang, “Buen trabajo Ziqal.” Puji Luca. Ziqal tersenyum bangga.
“Aku rasa kita ada masalah lain ni.” Wajah Fack kelihatan gusar dan gelisah.
“Masalah apa?” Tanya Luca mendatar, dia mengintai Fack dari rear-view mirror.
“She is shaking.” Balas Fack, tubuh Jazmin jelas kelihatan menggigil seperti kesejukan. “Aku tak buka aircond.” Kata Ziqal, sangkanya Jazmin kesejukan kerana penghawa dingin namun salah.
“Fack! Her eyes opened!” Jerit Harraz ketakutan, anak mata Jazmin yang pada awalnya berwarna Hazel bertukar menjadi serba hitam, begitu juga dengan mata putihnya.
Jazmin bertindak agresif dengan menghantuk kepalanya di tingkap berkali-kali sehingga menghasilkan kesan retakan di cermin. Dahinya juga turut terluka, darah merah pekat mula mengalir.
“Dayum! Kereta aku wei! Mahal ni!” Luluh hati Ziqal melihat cermin keretanya yang sudah retak seribu itu.
Harraz menarik keluar sapu tangan dari poketnya, ubat penenang sudah dibubuhnya dari awal lagi untuk memudahkan dia menggunakannya apabila mempunyai kecemasan.
Harraz terus menekup mulut Jazmin, Harraz membacakan surah Al-Fatihah di telinga Jazmin. Jazmin menggelepur sebelum jatuh terkulai di atas peha Harraz.
“Nak bunuh terus ke?” Soal Luca kepada Fack.
Fack mengerling wajah polos Jazmin sekilas, “Aku rasa dia berguna untuk kita. Ada baiknya kalau kita bawa dia balik dulu.” Balas Fack mendatar.
Luca menganggukkan kepalanya tanda faham. Malas dia nak bertanya banyak, lagipun Fack tidak suka disoal banyak.
Luca memasuki ladang kelapa sawit yang berada di sebelah kirinya dan meneruskan perjalanan sehingga mereka tiba di villa mereka yang tersorok jauh di dalam hutan.
Share this novel