Bab 9

Drama Series 2228

“Hah? Kau gila ke long? Tak nak aku!” Rayqal membantah cadangan Hayqal mentah-mentah. Memang tak la dia nak bersetuju dengan perancangan bodoh abang dia tu.

“Nak tak nak, kau tetap kena kahwin dengan dia.” Tegas Hayqal, Rayqal berpeluk tubuh.

“Kalau aku cakap tak nak tu tak nak lah! Tak payah lah paksa aku!” Rayqal menjeling tajam ke arah Hayqal.

“Setengah tahun. Setengah tahun je kau berumah tangga demgan dia, lepastu kau bebas untuk ceraikan dia.” Morio menawarkan idea yang boleh dikatakan masuk akal jugalah bagi Rayqal.

Rayqal berfikir sejenak, “Tiga bulan.” Rayqal cuba memendekkan jangka masa rumah tangganya dengan Jazmin. Hayqal dan Morio berpandangan sesama sendiri.

“Tiga bulan. Dah tak boleh kurang.” Sekurang-kurangnya Rayqal dah bersetuju untuk kahwin dengan Jazmin.

“Tapi, aku ada syarat.” Nada Rayqal berubah serius, keadaan menjadi tegang seketika.

“Bagi aku tempoh 2 bulan untuk aku terima benda tak masuk akal ni.” Kata Rayqal. Sememangnya dia memerlukan waktu untuk menerima idea bodoh ni.

Hayqal juga turut terdiam. Dia mengangkat kakinya lalu diletakkan di atas meja, kakinya disilangkan. “Kau tahu aku paling tak suka orang bazirkan masa aku kan?” Hayqal tidak memandang adik kembarnya.

“Kau tak boleh paksa aku. Sekurang-kurangnya aku dah setuju dengan perancangan ‘pintar’ kau ni.” Kata Rayqal dengan nada sinis, perkataan ‘pintar’ sengaja ditekan olehnya.

“Aku tak kisah kau ketua mafia ke, abang aku ke. Aku hanya perlukan masa.” Tambah Rayqal lagi.

Sejujurnya dia malas nak bertengkar dengan abangnya, tapi siapa je yang boleh terima kalau mereka dijodohkan dengan orang yang tidak mereka cintai dan tidak dikenali oleh mereka.

Hayqal menurunkan kakinya, “Aku boleh bagi kau dua bulan tu. Tapi lepas dua bulan tu, kau terus kahwin dengan dia. No excuses.” Hayqal memutuskan kata putus. Rayqal terpaksa akur sahaja.

‘Takpe Ray, dua bulan tu lama. Kau cari je cara untuk kahwinkan perempuan tu dengan orang lain. Masalah selesai.’ Bisik akal fikirannya.

Dia tersenyum lebar, “Okay long!” Balasnya dengan teruja.

Luca menguak daun pintu, “Ray, kau stay sini kan harini?” Tanya Luca. Rayqal menganggukkan kepalanya.

“Ajar aku buat tteobokki boleh? Aku dah lupa lah nak buat macam mana.” Luca mengumpan Rayqal untuk membantunya di dapur. Padahal dia dah bersepakat dengan Hayqal untuk mengenalkan Jazmin dan Rayqal. Ehem, mana tahu cinta pandang pertama ke. Kan?

Pantas Rayqal berlari ke arah Luca, “Haa jom. Bahan dah ada ke?” Tanya Rayqal.

“Dah.” Balas Luca ringkas, terus Rayqal memecut ke dapir meninggalkan dia sendirian.

“Laa aku nak masak ke dia yang nak masak ni?” Luca bertanya kepada dinding.

Rayqal ni kalau suruh buat benda lain, mesti malas je memanjang. Tapi kalau suruh memasak, ala tak payah panggil dia masuk dapur pun gatal nak masuk. Rajin dia tu, mengalahkan anak dara.
 
.

Harraz menghulurkan bag kertas yang berisi sehelai baju kurung moden berwarna ungu kepada Jazmin,senyuman manis disertakan. Tertayanglah gigi Harraz yang sudah ronggak kerana makan gula-gula banyak sangat. “Kakak, pakai ni.”, katanya.

Jazmin menyambut beg kertas tersebut, “Untuk apa?” Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nak dia pakai baju ni. ‘Jap, baju apa ni? Jangan-jangan...’

Pantas tangan Jazmin mengeluarkan isi di dalam beg kertas tersebut, dia menghela nafas dengan lega. ‘Nasib baik baju kurung. Aku ingatkan dia suruh aku pakai lingeria tadi. Kalau suruh aku pakai lingeria, aku belasahlah diorang nanti.’ Rupa-rupanya, otak Jazmin dah mengembara jauh ke alam dewasa. Ish ish ish, bahaya betul ni.

Harraz mengeluarkan benda yang disoroknya di belakangnya, “Nah. Harraz yang belikan untuk kakak.”

Jazmin melihat benda yang dihulurkan oleh Harraz, tudung rupanya. Baru Jazmin perasan di dalam beg baju itu tidak mempunyai tudung. “Terima kasih Harraz.” Rambut Harraz diusapnya lembut, Harraz tersenyum gembira.

“Akak bersiaplah dulu, Harraz nak cari abang Hayqal kejap.” Harraz meminta diri sebelum berlari keluar, pintu bilik ditutupnya rapat. Khuatir nanti kalau ada yang mengintai Jazmin.

Abang-abang dia ni bukan boleh diharapkan sangat pun. Lebih-lebih lagi Haziq Alfredo dengan Lucas Richardo tu, gatal!

Nasib baik je abang kandungnya, Ed tidak sebumbung dengan mereka semua. Kalau tak, dengan Ed sekali yang terkena virus ulat bulu mereka berdua tu.
 
.

Jazmin merenung baju kurung yang diberikan oleh Harraz tadi dengan pandangan kosong. Haih, hidupnya terasa kosong. Iris sudah dihantar pulang oleh Morio petang tadi, itupun Morio merahsiakannya daripada dia.

'Kalau macam ni, nak mati jelah.’ Suara jahat mula membisikkan kata-kata negatif ke dalam diri Jazmin.

Jazmin menatap kain langsir putih yang tergantung di tingkap, dia melihat pula kipas syiling. Otaknya sudah melahirkan idea jahat.

‘Kalau bunuh diri, nanti tak dapat masuk syurga.’ Bisik hati baiknya.

‘Buat apa nak kisahkan syurga neraka lagi? Kau nak terseksa hidup di neraka dunia ke?’ Tempelak hati jahatnya pula.

“Kau masih ada aku Jazmin.” Pantas Jazmin berpaling ke sebelah kirinya apabila terdengar bisikan halus. Tiada sesiapa pun di situ.

“Siapa kau?” Tanya Jazmin yang mula ketakutan.

“Aku ialah kau, kau ialah aku. Lupakah kau yang aku sudah sebati dengan kau?” Suara itu terus menganggu Jazmin.

Jazmin menutup telinganya, “Tak! Aku tak kenal kau siapa! Kau pergi! Pergi kau dari sini!” Jerit Jazmin, rambutnya yang tadi terikat kemas sudah berserabai.

“Aku takkan tinggalkan kau, tak akan Jazmin. Selamanya, kau milik aku.” Bisik suara halus itu, terasa ada hembusan nafas di lehernya. Berdiri tegak bulu roma Jazmin.

Jazmin teringat akan gunting yang berada di dalam laci meja sebelah katilnya. Semalam dia terjumpa gunting itu dan menyimpannya di dalam laci, risau dia kalau Harraz terjumpa gunting itu. Jazmin terus mendapatkan gunting tersebut, “Kau siapa? Baik kau bagitahu sebelum aku bunuh kau!” Jazmin mengugut pemilik suara halus tersebut.

Persoalan Jazmin tadi dibalas dengan tawa hilai yang seram, “Aku ada dekat sini lah.” Jazmin memalingkan wajahnya ke arah pintu apabila suara itu kedengaran berada di sana.

Kelihatan kelibat makhluk yang bertubuh tegap dan berbulu lebat sedang berdiri di sana, “Tak guna kau!” Jazmin meluru ke arah makhluk tersebut.

“Kakak dah siap ke be-?” Pertanyaan Harraz terhenti apabila Jazmin meluru ke arahnya dengan sebilah gunting tajam. Matanya terbuntang luas. Kakinya kaku, badannya seperti diikat membuatkan dia tidak dapat bergerak.

“Harraz!” Hayqal memeluk Harraz, gunting yang tadi sepatutnya tertusuk kepada Harraz telah tertusuk di bahu Hayqal. Terbuntang luas mata Hayqal menahan sakit.

Air mata bergenang di tubir mata Harraz. Apakah yang sudah berlaku? Otaknya gagal mentafsir apa yang sedang berlaku namun air matanya mengalir keluar apabila melihat bahu Hayqal yang ditusuk dengan gunting.

Harraz mematap Jazmin dengan pandangan yang sukar dipercayai, “Kenapa kakak nak bunuh Harraz?” Tanya Harraz, nadanya kedengaran kecewa. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri, Jazmin sedang mengengam sebilah gunting dan menerpa ke arahnya.

Jazmin menggelengkan kepalanya, “Tak... tak... bukan, a.. akak. Akak tak buat semua ni.” Jazmin memegang kepalanya yang berat. Fikirannya bercelaru.

Hilaian tawa tadi mula kedengaran kembali di telinga Jazmin, Jazmin duduk di lantai,lututnya dipeluk. “Jangan ganggu aku! Tolonglah, jangan ganggu aku!” Jazmin menutup telinganya. Air matanya mengalir dengan laju, seperti air terjun yang mengalir tanpa henti.

Fack muncul di depan pintu, “Allah, dah kenapa ni Hay?” Tanya Fack terperanjat.

Hayqal menolak Harraz kepada Fack, “Bawa Harraz turun dulu.” Arah Hayqal.

Fack tidak bertanya lagi, terus dia membawa Harraz turun ke bawah. Dia mendukung Harraz, tangisan Harraz masih tidak berhenti. "Syy jangan nangis, Harraz budak baik kan? Budak baik tak nangis.” Pujuk Fack, dia menepuk-nepuk belakang Harraz.

Hayqal mencabut gunting yang tertanam di bahunya, boleh kira dalam juga lukanya. Dia mengetap bibir menahan sakit.

Hayqal menoleh ke arah Jazmin, “Tolong jangan ganggu aku lagi...” Rintih Jazmin dengan penuh sayu. Dia menutup telinganya seperti ada seseorang sedang membisikkan kata-kata cacian kepadanya namun disitu hanya dia dan Hayqal berdua.

Hayqal menyentuh bahu Jazmin, Jazmin menghenjutkan bahunya, “Aku dah cakap jangan ganggu aku! Pergilah!” Jerit Jazmin seperti orang yang hilang akal.

Hayqal mengangkat wajah Jazmin, “Ini aku lah! Hayqal!” Jerkah Hayqal yang membuatkan Jazmin kembali ke alam nyata.

Jazmin memandang Hayqal dengan pandangan redup. Terus Hayqal dipeluknya. Mata Hayqal terbuntang luas,“Kau.. kau dah kenapa?” Tanya Hayqal tergagap-gagap. Tiba-tiba sahaja Jazmin memeluknya, takkan lah dah hilang akal?

Hayqal memegang bahu Jazmin, rasa sakit dek ditikam tadi ditahan olehnya. “Kau okay tak ni?” Tanya Hayqal kepada Jazmin, risau pula dia dengan keadaan Jazmin.

‘Jap. Kenapa aku perlu risau pasal dia ni?’ Hayqal menanyakan soalan itu kepada dirinya.

Jazmin mengangkat wajahnya untuk memandang Hayqal, pandangannya kabur sebelum dia jatuh terkulai di dalam pangkuan Hayqal.

Hayqal membalikkan mata putihnya, “Pengsan lah pulak.” Gumamnya.
Dia mengerling lukanya, “Kau tahanlah dulu.” Katanya kepada lukanya. Macamlah luka tu boleh balas, ‘Baik Hayqal.’ Eh agak-agak kalau luka tu balas, apa je reaksi Hayqal?

Hayqal mendukung Jazmin ke atas katil, darah merah pekat yang mengalir dari lukanya membasahi cadar katil yang berwarna putih. Hayqal menyelimuti badan Jazmin, rambut Jazmin yang berjuntai di wajahnya dikuaknya ke belakang. Kepala Jazmin diusapnya, tanpa sedar sebuah senyuman terukir di wajahnya.

Wajah itu tampak familiar dimatanya, seperti dia sudah lama mengenali Jazmin, padahal tidak pun. Hayqal menyelimuti Jazmin, dia terpaksa mengikat kaki tangan Jazmin dengan kemas untuk mengelakkan Jazmin membuat tindakan merbahaya seperti tadi lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience