Mata staf-staf Hayqal terarah ke arah Jazmin tatkala mereka berdua menapak ke dalam Matteo C.O. ‘Eee siapa perempuan tu? Kolotnya.’, ‘Perempuan kampung mana tu?’ Dan macam-macam lagi yang diumpatkan oleh staf-staf Hayqal. Jazmin menundukkan wajahnya kerana malu.
Hayqal menepuk belakang Jazmin, “Jalan tengok depan.” Katanya mendatar. Tangannya mengenggam erat tangan Jazmin.
Staf-staf Hayqal terlopong melihat tindakan Hayqal yang mengenggam tangan Jazmin. Hayqal berhenti di kaunter, “Introduce my wife to all of you, Jazmin.” Hayqal mengangkat tangannya yang sedang memgenggam erat tangan Jazmin untuk mempamerkan kemesraannya.
“Congratulations!” Ucap staf-staf nya serentak. Buat pertama kali dalam sejarah mereka, Hayqal beramah-mesra dan menghadiahkan senyuman kepada mereka. Sebelum-sebelum ini memang tidak pernah dia bermesra dengan pekerjanya.
Hayqal menarik tangan Jazmin lalu mereka menuju ke lift. Butang lift VIP ditekan oleh Hayqal. Tidak sampai seminit, pintu lift sudah terbuka luas. Mereka melangkah masuk ke dalam. Keadaan di antara mereka sunyi sepi.
Hayqal memeluk pinggang Jazmin untuk mendekatkan jarak mereka. “Eh awak buat apa ni?” Tanya Jazmin terkejut. Dia cuba meleraikan pelukan Hayqal.
“Nak bermanja dengan sayang lah. Asyik pulaukan abang je, tak kesian ke dekat abang?” Tanya Hayqal, sengaja dia menayangkan wajah menagih simpatinya.
Pipi Hayqal dicubit manja oleh Jazmin, “Kalau ya pun nak bermanja, bukan dekat sini.” Kata Jazmin. Ada ke patut nak bermanja dekat syarikat? Nanti kalau pekerja Hayqal terlihat kemesraan mereka kan tak elok.
Hayqal mencebik tanda memprotes. Makin kuat Jazmin mencubit pipi suaminya, “Haa cebik la cebik. Malam nanti saya bagi awak tidur dekat luar.” Ugut Jazmin. Terus Hayqal berhenti mencebik.
‘Tau pun takut.’ Bisik hati Jazmin dengan penuh rasa kemenangan. Pintu lift terbuka, kelihatan Luca dan Lucas sedang tercegat di depan pintu.
Mereka berpandangan sesama sendiri. “Eh Lucas, kenapa tak masuk lagi dalam lift tu? Masuklah cepat, nanti tak sempat pulak.” Kata Luca, kewujudan Jazmin dan Hayqal sengaja diabaikan olehnya. Terus mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut lift.
Jazmin menoleh ke arah lain, malu mula menguasai dirinya. Lucas terfikirkan satu idea untuk mengenakan pasangan pengantin baru itu.
“Long, kau tau tak? Semalam aku terdengar bunyi kucing mengiao. Bingit gila wei. Sakit telinga aku, nak tidur pun tak boleh.” Kata Lucas, dia sebenarnya mengiaskan ayat itu kepada Hayqal. Lucas tersenyum nakal melihat telinga Hayqal yang sudah merah itu.
Luca meraup rambutnya ke belakang, “Ya ke? Tak perasan pulak aku.” Kata Luca yang masih lagi tidak dapat menangkap kiasan tersebut.
Lucas menjuih bibirnya ke arah Hayqal yang sedang berdiri di hadapan mereka berdua. Baru Luca mengerti apa yang cuba disampaikan oleh adik kembarnya.
“Oh aku dah ingat. Aku pun ada dengar semalam. Biasalah, ini kan musim mengawan.” Sengaja Luca menekankan perkataan ‘mengawan’.
Hayqal menoleh ke arah mereka berdua, “Nak kena ke?” Tanya Hayqal dengan senyuman seram yang menghiasi wajahnya. Ala dia ugut orang, macamlah diorang berdua takut dengan ugutannya tu.
“Tachod ah baby. Tachod!” Lucas cuba mengimik suara salah seorang pengguna tiktok. Luca menahan tawanya dari terhambur. Memang adiknya ni nak kena bahan dengan Hayqal ni.
Hayqal mencubit lengan Lucas, “Aduh aduh aduh! Sakit!” Lucas mengaduh. Luca pura-pura tidak berada di situ. Itulah, bengap sangat. Kan dah mengena.
Jazmin menarik lengan kemeja Hayqal, “Dah dah la tu. Kesian dia.” Kata Jazmin yang cuba untuk menghentikan Hayqal dari terus mencubit Lucas. Hayqal melepaskan sepitnya.
Lucas memeluk lengan Jazmin, “Jazmin sayang aku, dia tak sayang kau. Blerk.” Lucas sempat menjelir kepada Hayqal. Memang sah Lucas dah tak sabar nak masuk alam barzakh ni.
“Bini aku tu!” Terus Hayqal menarik telinga Lucas. Oh tadi nak mengusik dia, samakan dia dengan kucing yang tengah mengawan. Ni nak peluk-peluk lengan isteri dia pulak. Memang tak lama riwayat seketul Lucas Richardo ni.
Pintu lift terbuka luas, kelihatan Fack dan Rayqal sedang berdiri di sana. Tergeleng kepala mereka melihat karenah Lucas dan Hayqal yang dah mengalahkan kanak-kanak.
“Sorang dah nak masuk 25 tahun, sorang lagi dah jadi suami orang. Tapi perangai mengalahkan budak-budak.” Dengan selamba Fack mengatakan ayat itu. Terus Hayqal melepaskan telinga Lucas. Dia bernasib baik je Fack ada. Kalau tak, mandul Lucas dikerjakannya hari ni.
Hayqal menarik tangan Jazmin keluar dari lift, pejabatnya yang berada di hujung sekali ditujunya. Daun pintu dikuak, kelihatan ayahnya berada si sana.
Hayqal melindungi Jazmin agar tidak dilihat oleh ayahnya. “Kau buat apa dekat sini?” Tanya Hayqal dengan nada tidak senang hati. Kedatangan ayahnya langsung tidak dialu-alukan olehnya.
Encik Sulaiman bangun dari duduknya, dia menapak ke arah Hayqal. “Saja nak datang jenguk anak aku. Alang-alang tu, nak tengok menantu aku jugak. Tak boleh ke?” Tanya Encik Sulaiman. Senyuman yang penuh maksud tersirat terukir di wajahnya. Dia sesekali melirik ke arah Jazmin yang dilindungi oleh badan sasa Hayqal.
Hayqal mendengus sinis, “Ouh reti pulak nak jenguk anak? Mana kau pergi dulu masa mak aku mati? Tak pulak aku nampak muka kau. Ke kau sendiri pun dah mati masa tu?” Tanya Hayqal dengan biadab. Buat apa dia perlu berbudi bahasa dan menghormati lelaki yang berdiri di hadapannya ini? Kerana lelaki itulah, dia kehilangan ibu kandungnya. Dia kehilangan semuanya dalam sekelip mata hanya kerana lelaki tak guna ini.
Encik Sulaiman berpeluk tubuh, “Aku pergi carikan mak tiri lah untuk kau. Lagipun, mak kau tu bukannya boleh hidup lama pun. Kalau aku tolong dia sekalipun, dia akan menyusahkan aku je.” Jawapan yang diberikan olehnya membuatkan api kemarahan Hayqal membara. Dasar tua bangka tak guna!
Hayqal melepaskan tangan Jazmin yang digenggamnya, dia mengepal penumbuk. Memang hancur muka dasar tua kerepot ni dikerjakannya nanti. Jazmin memegang tangan Hayqal, ‘Jangan.’ Bisik Jazmin kepada Hayqal.
Jazmin berdiri di hadapan ayah mertuanya, “Saya tak kisah awak ni ayah mertua saya atau apa-apa sahaja, tapi saya dan suami saya tak mengalukan kedatangan awak.” Kata Jazmin tegas. Wajahnya tegang.
Jazmin menunding jarinya ke arah pintu, “Encik nampak pintu tu? Tu pintu keluar, Encik dipersilakan keluar.” Jazmin menghalau ayah mertuanya dengan cara yang elok.
Encik Sulaiman tersenyum sinis, “Kita akan berjumpa lagi.” Dia mengenyitkan matanya kepada Jazmin. Hampir sahaja Jazmin memuntahkan segala sisa makanan yang berada di dalam perutnya. Tak sedar rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari betul orang tua tu.
Hayqal kelihatan amat marah dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya tadi, sehingga dadanya masih berombak laju. “Hayqal.” Panggil Jazmin, Hayqal memandangnya dengan pandangan tajam.
“Tutup mata.” Arah Jazmin. Walaupun marah, Hayqal tetap menuruti kata-kata isterinya. Kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Hayqal bukan manusia jenis bersikap begitu.
Pabila Hayqal sudah menutup matanya, Jazmin memeluk Hayqal. “Allahuakbar.” Jazmin melafazkan kalimah itu kepada Hayqal berulang kali untuk mengurangkan kemarahannya. Dada Hayqal yang tadinya berombak laju sudah kembali normal.
“Marah lagi ke?” Soal Jazmin kepada Hayqal. Hayqal memandang ke dalam matanya, dia menggelengkan kepalanya tanda tidak. Badan kecil isterinya dirangkul erat olehnya.
Tiba-tiba sahaja, Ziqal menerjah pejabatnya tanpa mengetuk pintu. “Hay aku-” Lidah Ziqal kelu apabila melihat mereka berdua sedang berpelukan di hadapannya.
“Maaf.” Terus Ziqal menutup pintu lalu kembali ke biliknya. ‘Ya Allah, sampai hati dia seksa orang single macam aku ni.’ Oh bukan main sweet ya abang sepupu dia tu. Dah kahwin terus lupa dunia. Nak bersemut pun agak-agaklah, ini kan tempat kerja. Ish!
Jazmin meleraikan pelukannya, dia melirik ke arah jam yang tergantung di dinding. “Dah pukul 11.55 ni, awak ada meeting kan?” Tanya Jazmin kepada suaminya.
“Eh Ya Allah! Abang terlupa lah!” Kata Hayqal dengan kelam-kabut. Patutlah Ziqal menerjah pejabatnya tadi, rupa-rupanya nak panggil dia ke bilik mesyuarat.
Jazmin tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, ‘Itulah tu, marah lagi. Kan dah kelam kabut.’ Bisik hati kecilnya.
“Sayang duduk dalam ni, abang pergi mesyuarat dulu tau. Jangan lari pergi mana-mana pun. Duduk je dalam ni.” Pesan Hayqal kepada Jazmin sebelum dia keluar dari pejabatnya.
Jazmin tergelak kecil, comel pula perangai suaminya bila menggelabah. Jazmin duduk di atas kerusi pejabat milik Hayqal, dia menyandarkan kepalanya di kerusi itu.
Mata Jazmin mengukur setiap inci pejabat Hayqal “Luas jugak bilik ni.” Komen Jazmin. Tangannya sudah menarik laci meja. Jazmin terlopong seketika. Terdapat dua pucuk pistol di situ. Satu berwarna emas dan satu lagi berwarna silver.
Jazmin mengeluarkan pistol yang berwarna emas itu lalu diteliti olehnya. Dia pun sudah lama tidak menggunakan senjata itu, mungkin dia harus mengambil kembali kelas menembak untuk mengasah tekniknya.
Jazmin menyimpan kembali pistol itu ke dalam laci, dia melentokkan kepalanya di atas meja. Matanya sudah layu, akhirnya dia terlelap.
Share this novel