Rayqal menerjah wad persendirian Hayqal, “Kau okay tak? Ada patah-patah tulang tak?” Dahlah datang dengan tak bagi salam, lepastu terjah macam tu je. Tanya banyak soalan pulak tu, hayun.
Hayqal mengerling Jazmin yang berada di sebelahnya dengan hujung mata, seperti mengisyaratkan Rayqal untuk berlakon sebagai dirinya. Rayqal menoleh ke arah Jazmin, ‘Lawa lah jugak.’ Komen hati kecilnya. Memang lah lawa, tapi hatinya tak terusik pun.
“Kau keluar kejap boleh tak?” Pinta Rayqal kepada Jazmin. Jazmin terus bangun dan keluar dari situ.
Hayqal mengeluh lega, “Awal balik.” Perlinya kepada adik kembarnya.
Rayqal duduk di atas kerusi yang ditinggalkan Jazmin tadi, “Entahlah. Tiba-tiba takde mood nak tenangkan fikiran, lebih-lebih lagi bila aku tahu kau kena langgar.” Jelas Rayqal.
Padahal akal fikirannya sedang berserabut memikirkan Nada dengan lelaki semalam. Dah berpunya tu tak usahlah memberi harapan kepadanya, siap tinggalkan rantai bagai. Panas pula hatinya.
Hayqal memerhatikan wajah Rayqal yang tegang semacam tu, “Ada masalah ke?” Tanya Hayqal mendatar.
“Boleh percepatkan tak majlis aku dengan perempuan yang kau cakap tu?” Pertanyaan Rayqal sedikit-sebanyak telah memeranjatkan Hayqal.
Hayqal terdiam sejenak, mimpi yang dialaminya itu segar di dalam fikirannya. Mimpi itu berkemungkinan hanyalah mainan tidur. Tambahan pula, sikap Jazmin tidak sama seperti wanita idamannya.
“Boleh ke tak?” Tanya Rayqal yang mengembalikan Hayqal ke alam realiti.
“Tunggu sampai aku pulih sepenuhnya. Kalau tak nanti dia tahu aku ni Hayqal.” Balas Hayqal. Khuatir juga dia kalau bocor rahsia penyamarannya, nanti gadis itu membalas dendam dengan menghentikan alat pernafasannya, Innalillah lah jawabnya.
“Kau dah kenapa tiba-tiba ubah fikiran?” Tanya Hayqal kepada Rayqal. Wajah adiknya kelihatan mendung, tidak ceria seperti selalu.
“Tak tahulah.” Rayqal memberi jawapan yang langsung tidak muhasabah.
Kalau dia memberi jawapan, ‘Teruja nak kahwin’, ‘Nak merasa malam pertama’ atau yang seangkatan dengannya masih logik lagi, tapi dia bagi jawapan ‘tidak tahu. “Kau ada masalah ke?” Tanya Hayqal lagi.
Seperti tadi, Rayqal memilih untuk tidak bercerita. Dia menggelengkan kepala tanda tiada masalah.
“Masalah cinta?” Duga Hayqal lagi. Rayqal mendiamkan dirinya, bukannya dia bercinta pun dengan Nada, mereka berdua hanyalah orang asing.
“Kalau kau nak cari cinta sejati kau, pergilah. Aku tak nak memaksa kau kahwin dengan orang yang kau tak suka.” Tiba-tiba Hayqal menukar buah fikirannya. Rayqal pula yang naik hairan.
“Kau suka dia ke?”
.
Di satu sudut yang lain, Fack dan yang lain sedang bergelut dengan sekumpulan ahli kongsi gelap bawahan.
Fack melibas parang ke arah leher lelaki yang menyerangnya tadi. Kepala lelaki itu terpisah dengan badannya. “Lucas, watch out!” Fack menolak Lucas menyebabkan Lucas terjatuh di atas kotak-kotak kosong.
Sebutir peluru berselisih dengan lengan Fack, ia kemudiannya tertanam di kepala salah seorang dari mereka yang sedang bergelut dengan Ziqal.
“Kurang ajar, dia main tembak-tembak la pulak!” Ziqal mengelap darah segar yang masih mengalir di hujung bibirnya.
“Ziqal.” Panggil Luca. Dia mencampakkan dua pucuk pistol ke arah Ziqal.
Luca berlari mendapatkan Fack, “Kau okay tak?” Tanya Luca cemas.
Fack mengetuk kepala Luca dengan pistolnya, “Selisih je bodoh.” Kata Fack mendatar.
Kedengaran bunyi tembakan tanpa henti dilepaskan oleh Ziqal. Habis semua jatuh tersungkur di lantai kecuali dua orang lelaki yang sedang berdiri di atas. Fack boleh sahaja muncul di tepi mereka berdua sepantas kilat namun jika dibuat begitu, tidak seronoklah permainan mereka.
Bahagian cermin di bumbung dipecahi oleh dua orang yang turun dari helikopter, mereka berdua menarik kedua-dua lelaki tadi ke atas. Salah seorang dari mereka melemparkan bom tangan sebelum masuk ke dalam helikopter.
“Anak haram!” Jerit Lucas. Mereka berempat berlari keluar dari gudang tersebut sebelum satu letupan terhasil.
Lucas mengambil nafas tercungap-cungap, “Bodoh. Kurang ajar siak anak haram tu. Dahlah lari macam tu je.” Bentak Lucas geram. Kalau dia jumpa lagi lelaki berdua tu, dia siat kulit mereka nanti.
“Fack, darah.” Tegur Ziqal. Luka di lengan Fack tidak henti mengeluarkan darah. Fack menarik keluar kain putih yang disimpannya di dalam poket, dia membalut luka tersebut dengan kain itu dahulu.
“Kenapa tak tutup je luka kau tu?” Soal Ziqal. Setahunya, Fack boleh memulihkan lukanya begitu sahaja.
“Nanti balik nanti aku suruh Morio balutkan.” Fack tidak membalas pertanyaan Ziqal sebaliknya dia hanya memberi alasan lain.
“Nak kena balik buat laporan dulu ke dekat Hayqal?” Tanya Lucas. Luca mengetuk kepala dungu adiknya itu.
“Hayqal kan masuk hospital.” Kata Luca. Lucas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh lupa pula dia tentang Hayqal yang kemalangan itu.
Siren polis kedengaran, mereka berempat tidak pula cuak. Anggota polis berlari masuk ke dalam gudang tadi. Bau bahan api yang kuat menyukarkan pernafasan mereka.
Seorang inspektor wanita menapak ke arah mereka berempat, “Long time no see.” Tegur inspektor yang bernama Amanina itu.Senyuman manis mekar di bibir Fack, senyuman yang hanya dapat dilihat oleh orang yang disukai olehnya.
Amanina memegang lengan Fack, “Kau luka lah. Sakit tak?” Tanya Amanina penuh prihatin.
Fack menjatuhkan lengannya, “Sakitlah.” Aduh Fack. Yang lain memandangnya, ‘Mengadanya.’ Bisik hati mereka bertiga. Fack menjeling tajam ke arah mereka bertiga. Mereka bertiga memandang ke arah lain, pura-pura tidak nampak adegen mereka berdua.
Amanina menarik Fack menuju ke arah keretanya, dia datang berasingan dengan anggota polis yang lain. First aid kit yang berada di dalam bonet diambil Amanina.
Amanina menanggalkan kain putih yang diikat Fack tadi, “Lain kali kalau luka, dapatkan rawatan terus.” Nasihat Amanina. Fack tidak memberi respon, dia hanya menatap Amanina yang sedang membersihkan lukanya.
Seorang inspektor lelaki menuju ke arah Luca, Lucas dan Ziqal. “Amanina mana?” Tanya lelaki itu. Lucas menjuih ke arah Amanina yang sedang merawat luka Fack.
Inspektor lelaki itu hanya tersenyum laku menggelengkan kepalanya melihat Amanina, “Baik kan Amanina tu?” Puji Ziqal ikhlas dari hati.
“Bertuah siapa dapat dia nanti.” Tambah Lucas. Tersipu malu Inspektor lelaki tadi mendengar ayat itu.
“Hadi kan?” Tegur Luca, lupa pula dia dengan nama inspektor itu. Mereka pernah berjumpa sebelum ini. Inspektor Hadi menganggukkan kepalanya.
“Aku ada nak bagi sesuatu, tapi tertinggal dekat kereta.” Kata Inspektor Hadi. Dia bergegas ke keretanya lalu mencapai sekeping kad jemputan perkahwinan yang berada di atas dashboard.
Inspektor Hadi kembali ke arah Luca, kad itu dihulurkan kepadanya. “Nanti jemput datang lah ya.” Kata Hadi dengan wajah gembira.
Luca membaca nama yang tertera di atas kad jemputan itu, “Hadi dan Amanina? Wahh tahniah!” Ucap Luca.
Sejurus itu, Lucas dan Ziqal berpaling ke arah mereka berdua. Terus kad jemputan yang berada di tangan Luca dirampas oleh Ziqal.
“Hadi dan Amanina?” Dia memandang ke arah Inspektor Amanina yang sedang merawat luka Fack.
“Friendzone?” Soal Lucas.
Hadi menepuk-nepuk lengan Luca, “Aku pergi dulu.” Hadi meminta diri dan berlalu masuk ke dalam gudang untuk memulakan penyiasatannya.
“Fack kena friendzone ke?” Tanya Lucas kepada Ziqal. Luca memeluk bahu adik kembarnya, “Agak-agaknya, begitulah cerita dia.” Komen Luca. Mereka memandang Fack yang sedang ralit menatap Amanina.
Fack itu lelaki yang baik, namun selalu diberi harapan palsu oleh perempuan yang disukainya. Sebelum ini kakak Ed, Felicia. Sekarang ini, Inspektor Amanina pula.
“Haih, apalah nasib Fack. Selalu gagal dalam percintaan.” Omel Ziqal yang bersimpati dengan nasib Fack.
Luca menepuk bahu Ziqal, “Cinta tu lumrah hidup manusia, cinta tak dapat dipaksa.” Luca memberikan kata-kata hikmah kepada Ziqal.
“Lagipun, Fack jadi heartless lepas dia dikecewakan kan? Jadi ada baiknya jugak dia selalu kecewa dalam percintaan. Dia kan bakal mewarisi kelab yakuza ayah dia.” Tambah Lucas.
Sememangnya Fack bakal mengetuai yakuza yang sekarang sedang diketuai oleh ayahnya, Encik Itsuki Kaito. Fack, lelaki yang berdarah Jepun dan Melayu itu selalu berjaya dalam hidupnya, tidak kiralah dalam bidang perniagaan mahupun bidang kegelapan. Satu-satunya bidang yang selalu gagal ialah bidang percintaan.
.
Syaf tercegat di hadapan rumahnya. Rumahnya sudah dipagari dengan garisan polis. Rumahnya sudah menjadi kawasan larangan untuk dimasuki.
Dia menangis teresak-esak di hadapan rumahnya, “Arif...” Syaf memanggil nama adik lelakinya.
“Syaf?” Seorang wanita yang sudah berusia menyentuh bahunya, Syaf menoleh ke arahnya.
“Maksu.” Syaf mengelap air matanya yang masih lagi bersisa. Dia menyalami tangan maksunya.
“Kamu cari Arif ke?” Tanya Maksu Kiah. Syaf menganggukkan kepalanya dengan laju.
“Maksu nak tuntut hak penjagaan Arif, tapi ayah kamu tak bagi. Dia dah bawa Arif Syah pindah ke Terengganu.” Terang Mak su Kiah. Rasa bersalah menguasai dirinya. Dia tahu malang pasti menimpa Arif jika kanak-kanak itu tinggal bersama ayahnya.
Hampir gugur jantung Syaf apabila mengetahui ayahnya telah melarikan diri ke Terengganu. Macam mana dia nak cari Arif? Malaysia ni besar, bukannya kecil.
Iris muncul di belakang Mak su Kiah, “Maaf menganggu, lama lagi ke?” Tanya Iris kepada Syaf.
Berkerut dahi Syaf melihat kemunculan Iris disini. Sejak bila pula Iris mengikutinya? “Mak.. maksu pergi dulu la ya Syaf.” Mak su Kiah meminta diri apabila ternampak ada tiga lelaki berbadan sasa sedang menuju ke arah mereka bertiga.
Salah seorang dari mereka bertiga memegang bahu Iris, Iris tersenyum serong. Nasib baik dia tahu cara-cara untuk menyerang seorang lelaki dengan mudah.
Dengan memakai kasut tumit tinggi, Iris mengangkat kakinya dan menendang bahagian sulit lelaki itu, senak wajah lelaki itu memegang alat sulitnya.
Iris menanggalkan kasut tumit tingginya lalu dicampakkan tepat ke arah dahi kedua-dua rakan lelaki tadi. Iris terus menarik tangan Syaf dan berlari menuju ke kenderaannya. Iris terus memecut keretanya dengan laju meninggalkan kawasan kampung tersebut.
Share this novel