Aryanna termenung dibalkoni biliknya. Sudah 2 hari dia keluar dari hospital namun dia belum kembali ke kolej. Cuti sakitnya masih berbaki. Kaki langit yang meremang senja di pandang lama. Hatinya kuat mengatakan dia akan kembali ke alam Daffa Haiyan malam ini. Masa itu mungkin sudah tiba.
'Damiya, jom masuk. Dah senja ni' ajak Aryanna kepada Damiya yang leka melihat telefon bimbitnya.
'Ye la, dah nak magrib. Jom, solat sekali' balas Damiya.
'Hrmmm...alang2 kau pegang handphone tu, boleh tak kau suruh Aiden datang sini lepas isyaq'
'Haii...rindu ke?'
'Kau ni tak habis2 rindu...rindu. Suruh je la'
'Ye, ok Cik Aryanna Delara' balas Damiya.
Selesai menunaikan solat magrib, lama Aryanna duduk di sejadah mententeramkan jiwa yang gelisah 'Sudah bersedia kah aku?' soalnya sendiri. Jantungnya berdegup laju. Hatinya berdebar. Dia masih belum menceritakan apa2 pada keluarganya. Dapatkah keluarganya dan Aiden Adrien menerima cerita hidupnya. Walid sendiri mahu memaklumkan perkara itu kepada keluarganya namun dia melarang. Doa mahu berdepan dengan mereka sendiri kerana ini pilihannya.
'Kenapa kau macam resah je?' soal Damiya.
'Tak ada apa2. Aku nak tunggu Isyaq. Kau turun la dulu. Nanti lepas solat aku turun' jawabnya.
Selesai solat Isyaq, Aryanna melipat telekung dan sejadah. Kemudian dia membuka almari pakaiannya. Mengeluarkan sepasang baju hitam yang dijahit Abiyah untuknya. Dia menyarung seluar ke kakinya. Kemudian mengikat lilitan kaki kedua2 belah seluarnya. Kemas ikatan itu melilili betisnya. Sehelai baju hitam tanpa lengan disarungkan kebadan. Kemudian mengenakan jubah labuh ke paras lututnya. Dia mengikat ketat ikatan tali jubah itu dipinggang. Didada, bahu dan lengan jubah itu berjahit bagai lapisan kulit yang tebal. Kemudian mengemaskan lilitan di kedua2 lengannya. Beza jubah luar yang dimilikinya dengan Daffa dan Dahin hanyalah jubah miliknya memiliki hoodie.
Aryanna melihat dirinya dicermin. Rasa gementar semakin tebal didada. Dia memejam mata seketika dan beristighfar. Andai perjuangan ini meragut nyawanya, biarlah ketika dia selesai melaksanakan tanggungjawabnya. Semoga Allah melindungi keluarganya. Perlahan dia membuka mata. Mengemaskan ikatan rambutnya. Lalu mengikat ikatan kepalanya. Hoodie jubahnya ditarik menutupi kepalanya.
Deruan enjin motorbike Aiden Adrien kedengaran memasuki perkarangan rumah. Aryanna mengeluh perlahan. 'Maafkan aku, Aiden. Aku akan pergi menyelesaikan dendam lama. Andai aku gagal pulang, aku doakan kau ketemu perempuan yang jauh lebih baik dari aku' bisiknya. Sepasang kerambitnya di sisipkan ke pinggang. Dua pedang milik Daffa Haiyan di sarung dibelakang.
Perlahan kakinya melangkah turun anak tangga. Semua ahli kelurganya memandangnya dengan penuh tanda tanya. Aiden terbangun dari duduknya. Aryanna menghampiri mereka. Dia memandang seorang demi seorang. Aiden, Abah, Papa, Daniyal dan Damiya. Matanya berkaca namun dia cuba tersenyum.
'Aryanna, what are you doing and where are you going' soal Aiden. Dia tidak mahu membenarkan apa yang berada difikirannya ketika itu. Baju itu mengingatkannya pada kejadian ketika Adan, Daffa dan Dahin mahu menghantarnya kembali lebih setahun dulu.
Suara ngauman harimau kedengaran ditelinganya. Wangsoo sudah tiba. Pasti Daffa dan Dahin juga ada bersama.
'Abah, Papa, Abang, Damiya, Aiden. Maafkan Aryanna sebab lambat beritahu semua. Aryanna tak mahu menyusahkan hati semua orang tapi Aryanna yang buat pilihan ini'
'Adik cakap apa ni?' soal Daniyal cemas. Aiden sudah hilang kata2. Telahannya pasti benar. Damiya pula terpinga2.
'Abah tak faham apa maksud, adik' ujar Daim.
'Ya, Aryanna. Apa semua ni? Jangan buat kami takut' tokok Haris pula.
Aryanna tunduk seketika, mencari kekuatan. Dia kemudian membuka pintu rumahnya. Daffa dan Dahin muncul dari balik hijab, memberi salam lalu masuk ke dalam rumah.
Daim dan yang lain2 memerhatikan mereka bertiga yang berpakaian hampir serupa.
'No! Aku tak nak kau pergi! Kau baru balik Aryanna. Aku tahu apa dalam fikiran kau. No! Please, dont do this to me, to your family' Aiden memegang lengannya.
'Daffa, Dahin, kau nak bahayakan Aryanna?' tambah Aiden lagi. Dimatanya terbayang makhluk jahat yang menyerang Daffa Haiyan ketika kejadian itu. Daffa dan Dahin tunduk, kalau diberi pilihan, mereka juga tidak mahu membabitkan Aryanna.
'Aryanna Delara, apa yang Aiden cakap ni. Abah tak faham' soal Daim cemas.
'Aryan, apa ni?' Damiya mencelah.
'Aryanna minta maaf pada semua. Aryanna perlu pergi. Dendam antara makhluk alam sana dan keluarga Aryanna, hanya Aryanna saja yang boleh tamatkan. Daffa, Dahin dan Walid juga tidak mahu babitkan Aryanna. Tapi kami tiada pilihan. Jangan risau, sepanjang Aryanna koma, Walid, Daffa & Dahin banyak mengajar Aryanna. Dengan ilmu yang ada, Aryanna akan jaga diri sebaiknya. Dan Aryanna akan pulang semula' jelas Aryanna.
'Abah tak izinkan' jawab Daim. Dia tidak sanggup melepaskan Aryanna.
'Abah, adik terpaksa pergi juga. Kalau abah tak izinkan, perjuangan ni akan jadi lagi susah. Jika adik tak tamatkan sekarang, bukan saja alam sana susah tapi adik lebih susah lagi untuk hidup. Mereka akan tetap datang mencari adik. Abah, papa, abang dan Dami nak tengok adik sakit selamanya ke?' suara Aryanna bagai tersekat dikerongkong.
'Saya dan Dahin akan jaga Aryanna, Walid juga. Maafkan kami terpaksa membabitkan Aryanna' celah Daffa dengan suara yang agak perlahan.
Mereka diam seketika. Keadaan Aryanna yang parah dikejarkan ke hospital sebulan lalu masih lagi sedar dalam ingatan mereka. Tidak sanggup untuk berdepan dengan situasi itu lagi.
'Baiklah, abah izinkan. Walau berat hati abah tapi abah tahu berat lagi apa yang adik tanggung selama ini' Daim akhirnya mengalah. Dia tahu meskipun dia melarang, Aryanna akan tetap dengan pendiriannya. Dua hari balik dari hospital, anaknya seharian menghabiskan masa berlatih di halaman rumah. Kini dia faham tekad anak gadisnya itu.
'Tapi abah...' Daniyal cuba membantah.
'Kita tak mampu merawat adik, Dani. Sampai bila kita nak adik berdepan masalah ini semata2 untuk kepuasan hati kita sendiri' balas Daim menahan sebak didada. Haris mengeluh berat mendengar keputusan Daim.
'Aryanna, aku tak nak kau pergi. Walaupun aku tak tahu apa2, aku tak nak kau pergi. Please, Aryan. Kau tak sayang aku ke?' rayu Damiya memeluknya erat.
'Aku sayang kau lah aku kena pergi, Dami. Aku tak nak berterusan susahkan hati semua orang, aku nak hidup dengan kau dan keluarga kita dengan tenang. Kau percaya aku kan, Dami?'
tangan Damiya digenggam erat. Damiya menangis sambil mengangguk.
'Kau kejam, Aryanna. Kau selalu buat aku macam ni' keluh Aiden.
'Kau akan tunggu aku kan, Aiden Adrien?' soal Aryanna pada Aiden yang wajahnya penuh resah.
'Hrmmm...aku akan tunggu kau' jawabnya dengan nada pilu.
'Aku akan pastikan Aryanna kembali pada kau, Aiden' tokok Daffa Haiyan.
'Kau janji pada aku, Daffa' ujar Aiden.
'Ya, walau nyawa aku jadi gantinya' jawab Daffa. Aryanna memandangnya. Dia dapat membaca hati gadis itu. Hati itu masih menyimpan rindu padanya. Dan gadis itu sanggup berjuang bersama mereka juga adalah kerana kasih gadis itu padanya.
'Aryanna perlu pergi sekarang. Maafkan semua kesilapan Aryanna dan halalkan makan minum Aryanna' ujar Aryanna tersenyum.
Damiya menangis sekuat hatinya mendengar kata2 Aryanna. Daniyal segera memeluk Aryanna erat. 'Abang nak Rian balik kepada kami. Kami tunggu Rian'
Aryanna angguk, dia bersalaman dengan Daim, Daniyal dan Haris. Kemudian memeluk Damiya dan mengesat airmata gadis itu. 'Aku sayang kau dunia akhirat, Damiya'
Mereka kemudian mengiringi Aryanna, Daffa dan Dahin keluar dengan rasa berat dihati.
'Wangsoo!!' panggil Aryanna.
Bagai mengerti makna panggilan Aryanna itu, Wangsoo muncul dari balik hijab. Mereka terkejut melihat harimau putih yang tinggi dan besar itu, berdiri didepan Aryanna. Kemudian tunduk kepada Aryanna. Aryanna membelai kepala Wangsoo.
'Semua jangan risau, dia akan jaga Aryanna. Aiden, aku dah jumpa Wangsoo aku. Handsome kan dia?' seloroh Aryanna.
'Crazy. Not funny Aryanna' balas Aiden Adrien.
'So semua tak nak senyum kat Aryanna la ni sebelum kami pergi?' soal Aryanna cuba untuk mengubah suasana pilu itu.
'Adik jaga diri baik2. Kami tunggu adik balik' jawab Daim tersenyum.
'Papa sayang Aryanna, ingat tu' ujar Haris pula.
'Aku sayang kau, Aryan. Kau balik siap Kau! Aku cari kau kat sana' ucap Damiya pula.
'Uitt...jangan. Aku takut kau yang tak nak balik nanti. Oppa2 kat sana handsome2 tau. Kalau kau tengok Dahin ni, baru setakat level 2/10 je kat sana' selorohnya memandang Dahin dan Daffa yang sedari tadi dengan riak muka bersalah.
'Kau ni' Dahin menunjal kepalanya.
'Kalau Dahin 2/10. Aku pun 2/10 la?' soal Daffa cuba ikut bergurau.
'Hahh??? Tak! Kau....' Aryanna membatalkan kata2nya memandang kearah Aiden Adrien.
'Ye, aku tahu Daffa Haiyan tu 1000/10 kan?' balas Aiden. Aryanna hanya diam.
Daffa Haiyan tertawa dan berseloroh 'Well...you know!'
'Ye aku tahu. Tak kisah la, yang penting kau hantar Aryanna balik' balas Aiden Adrien.
'Tengok la macamana nanti!' jawab Daffa Haiyan. Aryanna pantas menepuk bahunya.
Daffa Haiyan tersenyum 'Ye, aku akan pastikan. Tadi kan aku cakap kalau nyawa aku gantinya pun aku akan hantar dia balik'
'Abang, tak nak cakap apa2 ke?' Aryanna menarik2 tangan Daniyal.
'I hate you!' jawab Daniyal.
'But I love you very2 much' balas Aryanna memeluk abangnya itu erat.
'Hrmmm...abang love you more. Please jaga diri' ucap Daniyal. Aryanna angguk. Dia mengesat airmatanya.
Wangsoo menundukkan badannya. Aryanna melompat naik ke atas belakang Wangsoo. Daffa dan Dahin juga naik ke atas Qawas dan Wardu.
Aryanna Delara tersenyum dan melambai mereka. 'Jaga diri semua, doakan kami dan semoga kita jumpa nanti'
'Aryanna Delara, aku sayang kau' ujar Aiden.
'Hrmmm...aku tahu. Tolong tengokkan family aku' jawab Aryanna tersenyum.
'Assallamualaikum. Kami pergi dulu' ucap Daffa Haiyan.
Mereka hanya mampu memerhatikan Aryanna yang berada dibelakang harimau putih besar itu hilang ditelan kabus tebal.
Share this novel