Bab 35 : Setulus Cinta

Fantasy Completed 1367

Aiden Adrien menutup surah Yassin yang usai dibacanya kemudian merenung tubuh yang kaku diatas katil itu. Seminggu lebih berlalu, Aryanna Delara masih belum membuka matanya. Kata doktor, gadis itu sudah mampu bernafas sendiri. Malah semua wayar yang memenuhi tubuh itu sebelum ini sudah pun dibuka semalam. Namun Aryanna masih lena didalam koma.

'Aiden, kamu pergi la makan dan balik berehat. Dah seminggu dari pagi sampai malam kamu disini. Sarah beritahu kamu makan pun tak jaga. Tak pergi ke kolej. Jangan macam ni Aiden. Kesihatan kamu kena jaga juga' Daim mengusap lembut belakang Aiden.

'Aiden nak teman Aryanna, Uncle. Boleh kan?' soal Aiden. Suara hampir tiada. Selimut yang membaluti tubuh Aryanna dibetulkan supaya menutupi hingga ke bahu gadis itu.

Daim Anding menarik kerusi dan duduk disebelah Aiden. Wajah itu sudah keletihan. Hampir setiap hari Aiden setia duduk disisi anaknya. Sesudah Subuh dia tiba dan sehingga tengah malam baru dia pulang. Dan setiap hari juga menangis.

'Uncle tak keberatan pun Aiden teman Aryanna tapi jangan sampai kesihatan Aiden juga terjejas' balas Daim. Dia risau melihat Aiden.

'Aiden ok uncle. Kalau Aiden tak duduk dengan Aryanna, Aiden lagi susah hati' jawab Aiden.

'Aiden pernah dengar tak orang kata kalau dalam koma, kita masih boleh mendengar apa yang berlaku sekeliling kita. Macamana kalau Aryanna tahu Aiden macam ni? Tak ke kolej, tak makan, tak rehat, tak happy. Lagi dia susah hati, lagi lambat dia sembuh' Daim cuba memujuk Aiden. Dia tidak mahu menceritakan kepada Aiden mengenai Habib yang datang menemuinya memberi perkhabaran tentang Aryanna. Bimbang menambah resah anak muda itu.

Aiden diam seketika. Apakah benar seperti itu? Benarkah Aryanna boleh mendengar suaranya? Dan apakah gadis itu tahu perasaannya saat itu?

'Uncle keluar sekejap. Aiden jangan lupa makan. Uncle ada beli makanan tu. Jamah sikit pun tak pe' Ujar Daim menepuk bahu Aiden perlahan.

'Baik, uncle' jawab Aiden. Dan hanya memerhati Daim keluar dengan pandangan kesah. Jika dia sesakit itu menerima apa yang terjadi, apatah lagi perasaan Daim sebagai seorang ayah.

Perlahan dia mencapai makanan yang dibungkus Daim untuknya dan dibuka penutup bekas makanan itu.

Dia cuba menelan bubur ayam itu mestipun seleranya tiada. 'Aryanna, aku makan dulu ye. Kau mesti jealous kan? Abah kau sekarang dah sayang aku. Dia risau kan aku. Aku...' suaranya tersekat. Tidak mampu untuk terus menjamah. Menutup semula bekas makanan dan diletakkan di meja. Wajahnya tunduk memandang lantai sambil memegang lengan Aryanna.

'Aku rindukan kau, Aryanna. Bangun lah. Sakit...aku sakit, Aryanna. Terlalu sakit tengok kau macam ni. Aku rindu kau marah aku. Aku rindu gelak tawa kau. Berapa lama kau nak seksa aku? Berapa lama lagi? Bertahun aku tunggu kau. Baru je kau terima aku dan sekarang kau diam macam ni? Kenapa terlalu sakit menyanyangi kau, Aryana Delara?' airmatanya bercucuran jatuh.

'Jadi kau dah boleh give up sekarang!'

Aiden mengangkat wajahnya. Menoleh ke arah suara itu. 'Daffa? Dahin?' soalnya melihat lelaki yang berdiri sisi kanan kepala katil Aryanna.

'Daffa!' jawab Daffa Haiyan. Tidak terniat untuk munculkan diri tapi melihat keadaan Aiden Adrien itu membuatnya simpati bercampur marah.

'Macamana kau ada kat sini?' soal Aiden Adrien.

'Kau tanya soalan yang kau dah tahu jawapan?' Daffa bersoal pula. Mustahil Aiden tidak tahu dia boleh muncul begitu.

'Kau nak apa, Daffa? Aku tak kan benarkan kau ambil Aryanna. Aku tahu aku berhutang nyawa dengan kau. Tapi biar aku je yang balas, jangan ambil Aryanna' balas Aiden Adrien.

'Tadi bukan kau kata terlalu sakit sayangkan Aryanna?'

'Ya. Sakit. Tapi aku tak kan berhenti'

'Walaupun kau tahu dia sayangkan aku?'

Aiden Adrien diam. Kata2 Aryanna kepada Daffa Haiyan sebelum Aryanna tidak sedarkan semasa kejadian malam itu sememangnya menghantui dirinya. Pedih menerima hakikat itu.

'Aku dan Aryanna lebih sakit lagi. Aku sayang dia dan dia sayang aku tapi alam memisahkan kami. Dan kami menerima hakikat tu. Kau tahu sakitnya macamana? Sesakit itu ke kau rasa?' soal Daffa Haiyan, suaranya sebak.

Aiden Adrien masih berdiam. Kata2 Daffa Haiyan menambah pedih di hatinya.

'Apakah aku salah memilih kau untuk Aryanna? Selemah ini jiwa kau!' keras suara Daffa Haiyan.

'Aku rindu Aryanna, Daffa. Aku terlalu rindu dia' suara Aiden serak dek tangisan.

'Setiap kali aku rindukan Aryanna, jiwa aku semakin kuat. Kenapa tidak kau lakukan perkara yang sama?' soal Daffa.

'Mudah bagi kau sebab kau tahu Aryanna sayangkan kau, Aryanna rindukan kau. Tapi aku? Merindui orang yang tak pernah merindui aku, menyayangi orang yang tak pernah sayangkan aku' luah Aiden Adrien, hatinya benar2 pedih saat itu.

'Kau mahu tukar tempat dengan aku? Kau mahu jadi aku? Merindui dan menyayangi orang yang turut merindui dan menyanyangi kau tapi dia tak ditakdirkan untuk kau? Kau mahu?' wajah Daffa Haiyan serius meskipun nadanya berbaur sedih.

Aiden Adrien kelu. Apakah sakit yang dirasakan Daffa Haiyan jauh lebih sakit darinya.

'Aku sangat ingin menjadi kau, Aiden. Berkongsi alam yang sama dengan Aryanna. Jadi dia boleh menjadi takdir untuk aku. Dan rindu yang aku rasa akan jadi kekuatan buat aku hingga rindu aku tu akan merubah hati Aryanna untuk menyanyangi aku. Kalau la aku boleh menjadi Aiden Adrien' tutur Daffa Haiyan melepaskan keluhan kecil.

'Boleh ke Aryanna sayang aku sepertimana dia sayangkan kau?' soal Aiden curiga.

'Jangan tamak, Aiden. Jika Aryanna mampu sayang kau sudah memadai. Jangan dibanding dengan aku atau sesiapa' balas Daffa Haiyan.

'Kau rela Aryanna merubah hati?' soal Aiden lagi menduga.

'Cinta takkan mati dengan mudah, Aiden. Kau anggap saja aku tak rela tapi aku cuma mengalah pada hukum alam. Dan hati Aryanna mungkin tak kan berubah, mungkin akan masih ada aku tapi sebagai waktu silamnya. Kan aku cakap, jangan tamak' ujar Daffa Haiyan.

Aiden Adrien memejam rapat matanya. Sukar untuk menelan kata2 Daffa Haiyan. Apakah cemburu atau sakit hati yang dirasakan olehnya sekarang.

'Ok, kalau kau tak puas hati dan selemah ini aku cari orang lain untuk Aryanna' tokok Daffa Haiyan menyedari raut wajah Aiden Adrien yang bagai menahan marah kepadanya.

'Jangan!!!' laju Aiden menjawab.

Daffa Haiyan tertawa kecil. 'Tahu pulak tak nak!'

'Kau jangan sakitkan hati aku boleh tak?' keluh Aiden.

Daffa Haiyan mencebik. 'Lelaki kena kuat Aiden. Menangis 24jam. Kau tak malu ke depan Aryanna? Dia nak tidur pun tak tenang'

'Kau ingat aku tak tahu kau menangis jugak? Masa aku kat alam kau, kau ingat aku tak nampak kau menangis, mengadu rindu Aryanna kat Dahin. Kau ingat aku buta? pekak? Tiktok aku...kau buat ape? Macam2 lagu kau nyanyi. Kau pun sama je gila macam aku' balas Aiden Adrien geram.

Daffa Haiyan menggetap gigi geram. Mukanya merah menahan malu 'Kau diam! Jangan sampai aku hantar kau kat alam lain!' gertak Daffa.

'Cakap orang, dia pun sama' gumam Aiden perlahan hampir tidak kedengaran suaranya. Hatinya sedikit gentar untuk terus berlawan cakap dengan lelaki dari alam lain itu.

Dahin Haiyan yang hanya memerhati dari balik hijab mengeluh. Abangnya dan Aiden Adrien bagai lelaki yang sama cuma berbeza dimensi seperti drama yang pernah ditontonnya bersama Aryanna. 'Hahh!! Dua2 gila, dua2 bodoh dan hopeless' bisiknya sendiri menggeleng kepala.

'Dah! Kau pergi la balik, biar aku jaga Aryanna' ujar Aiden menjeling Daffa tajam.

'Hahh!! Kau ingat aku nak sangat duduk sini dengan kau? Kau jaga lah kat sini. Aku boleh jaga dia kat sana lah' balas Daffa Haiyan tersenyum sinis.

'Apa maksud kau??' Aiden terkejut

Daffa Haiyan hanya mencebik dan angkat bahu.

'Daffa! Daffa!' panggil Aiden namun lelaki sudah hilang dibalik hijab.

Daffa Haiyan tertawa. 'Loser!!'

'Dah la tu, jom balik. Kau masih boleh nak cari psa dengn Aiden! Jom balik, Nanti Walid cari kita. Walid dah pesan jangan lama2 kt sini' desak Dahin Haiyan.

'Ye..ye. Aku geram je dengan budak Aiden tu'

'Kau geram ke cemburu? Kau dengan dia sama je perangai!' keluh Dahin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience