Daffa Haiyan merenung ke syiling. Tilam empuk empunya Aiden Adrian yang mengalas tubuhnya ketika itu tidak mampu membuatkan dia melelapkan mata. Sudah berhari2 dia tinggal dirumah keluarga Aiden, rasa rindu pada keluarganya mula terasa meskipun dia ada pulang ke rumahnya setelah bergaduh dengan Aryanna di menara tinjau semalam namun kehidupan manusia yang berbeza dengan kehidupannya membuatkan dia merindui kampung halamannya.
Keluarga Aiden Adrian juga berbeza dengan keluarganya. Kedua ibu-bapa Aiden sibuk, sudah berhari2 tidak pulang kerana urusan kerja. Dia harus menjaga adik Aiden, Amelia. Mujurlah dia juga ada adik perempuan jadi tidak lah terlalu kekok untuknya.
Dia kemudian memandang bingkai2 gambar dimeja sisi katil Aiden. ‘Aku harap kau kembali pulih dan dapat pulang kepada keluarga kau sepertimana kehendak Aryanna’ bisiknya pada gambar Aiden dan keluarganya.
Bingkai gambar yang terisi gambar Aryanna dan Aiden pula diangkat dan direnungnya lama. Gambar itu mungkin ketika mereka berusia 14 atau 15 tahun. Didalam gambar itu Aiden duduk bersebelahan dengan Aryanna, dimeja cafe sekolah mereka. Aryanna tersenyum dengan jarinya menunjukkan isyarat 'peace'. Namun reaksi Aiden yang tidak memandang kamera malah merenung Aryanna itu bagai membakar hatinya. 'Aishhh...’ keluhnya lalu meletak semula ke meja namun diterbalikkan.
‘Abang!’ sergah Amelia dari balik pintu.
‘Ape??’ soalnya malas melayan kerenah Amelia yang saling tidak tumpah seperti Dhia Ayasya.
Amelia melangkah masuk dan membetulkan semula kedudukan gambar Aiden dan Aryanna. ‘Nape? Gaduh ke?’
‘Sibuk je!’ getusnya.
‘Ermmm...orang kepala angin macam abang ni tak sesuai dengan Kak Aryanna!’
‘Ape??’ dia bangun dari baringnya.
Duduk menghadap Amelia yang sudah duduk disisi katilnya.
‘Yela. Kepala angin, ego, perasan handsome je!’ tambah Amelia lagi.
‘Pastu sape yang sesuai?’ dia menjengilkan mata.
Amelia bangun sambil menjawab ‘Park Bo Gum ke V Bts ke Hwang In Yeop ke, baru sesuai. Ni setakat muka macam ni...ermmm...terlalu banyak kat tiktok!' ujar Amelia sambil memutarkan jari telunjuknya ke muka abangnya itu. Sambil menjelirkan lidah, dia keluar dan menutup kuat pintu bilik Aiden.
Daffa Haiyan menahan nafas geram ‘Wahhh....wahhh....mana2 alam pun adik perempuan memang menyakitkan hati!’ rungutnya.
Dicapai telefon bimbit Aiden dan membuka whatsapp. Dia mula menaip.
‘Assalamualaikum Aryanna’
‘Walaikumussalam’
Lega hatinya Aryanna tidak blue tick lagi
‘Dah tidur ke?’
‘Kau pun dah banyak tengok kdrama ke tanya soalan macam tu? Kalau dah tidur takkan aku balas message kau’
‘Haha’
‘Nak ape’
‘Garang sangat la kau ni. Aku minta maaf sebab siang tadi. Dan maafkan Dahin. Macam aku bagitahu siang tadi, kau jangan fikir sangat apa Dahin cakap’
‘Hmmm’
‘Hrmmm je?’
‘Pastu kau nak macamane? Nak aku tak maafkan ke?’
‘Taknak2. Aku terima hrmm kau tu’
‘Aku tak tahu plak makhluk macam kau ni pandai guna hp, whatsapp, tik tok’
Daffa Haiyan mengeluh seketika mengingat kembali bagaimana dia mengikut apa yang Farid suruh dia buat.
‘Kau ingat kami kolot sangat ke?’
‘Mana aku tahu, tengok cara kau dengan adik kau tu pakai macam zaman2 tok nenek je’
Daffa Haiyan menggigit bibirnya geram.
‘Kami maju je, lagi maju dari manusia cuma kami tak ubah peradaban kami je. Bangsa kau yg pelik’
‘So kat alam kau ada hp jgk?’
‘Hahaha...kami tak perlu hp. Kenapa kau ingat aku mengadu pasal kau kat Dahin guna whatsapp ke?’
‘Mana la aku tahu. Sebab tu aku tanye. TV? Internet? Kereta?
‘What?? Hahaha...kau ni memang banyak soalan nak tanye ni. Tanya esok je, kita jumpa’
‘Buat ape aku nak jumpa kau’
‘Bogosipda??’
‘Idiot!!!’
Daffa Haiyan tertawa sendiri. Sekadar membalas dengan emoji senyum.
‘Lagi satu macamana kau boleh nyanyi lagu dalam bas hari tu’
‘Aku rakam suara kau nyanyi malam sebelum tu dalam kepala aku’
‘Macam tu je kau hafal?’
~Voice~
Aryanna mendengar voice yang dihantar Daffa Haiyan. Lelaki itu menyanyikan rangkap lagu My First Love.
‘Senang nya kau hafal’
‘Tu la aku cakap kau cheossarang aku, kau tak percaya’
‘Ok bye!!’
‘Aryanna’
‘Aryanna??’
Tiada jawapan dari Aryanna.
‘Aishh...bluetick balik’ rungutnya.
Daffa Haiyan tersenyum sendiri. Hatinya berbunga2 mengenangkan Aryanna seakan sudah mula menerima kehadirannya. ‘Ini ke yang macam Farid cakap like butterfly in my stomach?’
Dia memejam mata, wajah Aryanna muncul. ‘Semoga kau akan mengingati aku, Aryanna. Aku akan tunggu dengan sabar’
Kringggg......
Loceng yang menjerit kuat itu menandakan waktu rehat sudah tiba. Pelajar2 mula berebut keluar dari kelas dan menuju ke cafe.
'Aryan. Kau nak makan tak?' soal Damiya.
'M.A.L.A.S' jawab Aryanna mengeja perkataan itu.
'Ok la, aku pergi makan dulu dengan Fauzee'
'Ermmm...syohh...syohh' jawabnya bagai menghalau kedua2 rakannya itu pergi.
'Oushhh...' Fauzee merengus. Sudah faham perangai Aryanna yang tidak suka bersesak2 di cafe.
Aryanna mencebik, kemudian memasang earphone di telinga. Kepalanya direbahkan ke meja. Matanya dirapatkan. Kebanyakan waktu rehatnya dihabiskan begitu didalam kelas. Tidak mahu berpusu2 di cafe.
Daffa Haiyan melangkah masuk ke dalam kelas itu. Dia menghampiri Aryanna. Lalu duduk dan turut meletakkan kepala ke meja, merenung wajah Aryanna yang sedang leka mendengar muzik ditelinga.
Aryanna membuka matanya perlahan. Wajah Daffa Haiyan betul2 didepannya. Membalas seketika pandangan lelaki itu yang tersenyum. Dia kembali duduk seperti biasa. Enggan bertentang mata lama dengan lelaki alam lain itu. Air wajah Daffa Haiyan yang tenang dan matanya yang cantik menggoyahkan hati.
'Kau buat ape kat sini?' soalnya pada Daffa Haiyan.
'Saja. Nak tengok kau'
'Kacau lah. Pergi la makan!'
'Kan aku dah cakap aku tak makan berhari2 pun tak pe. Tengok kau pun dah kenyang dah'
'Eiiii....ayat. Berdarah telinga aku dengar!'
Daffa Haiyan ketawa. Dia mencapai sebelah earphone ditelinga Aryanna dan diletakkan ke telinganya.
'Kau memang suka dengar lagu ye?'
'Hrmm..' jawab Aryanna pendek. Tidak selesa dengan situasi itu, dia mencabut earphone nya lagi satu dan meletakkan ke telinga Daffa Haiyan.
'Kau dengar la sorang2!'
'Laa...aku baru nak tiru macam drama2 kau tu! Romantik skit!'
'Kepa...' Aryanna menutup mulut, tidak jadi menyebut perkataan 'kepala hotak kau' yang sering dia gunakan pada kawan2 lelakinya yang lain.
Daffa Haiyan tertawa. Meletakkan earphone dimeja. 'Kenapa? Nak kontrol ayu depan aku ke?' soalnya menyedari apa yang ingin keluar dari mulut gadis itu.
Aryanna sekadar menjeling. Kalau didepannya itu Fauzee dah lama dia tunjal kepala lelaki itu.
'Tutup mata'
Aryanna bingung. 'Tiberr??' soalnya.
'Tutup je la' desak Daffa Haiyan.
Aryanna menutup kedua matanya. Daffa kemudian meletakkan tapak tangannya dimata Aryanna.
Aryanna yang terkejut dengan tindakan Daffa Haiyan, cepat2 membuka matanya. Aiden Adrien disisinya. Dalam keadaan terbaring diatas tilam nipis. Dia memandang sekeliling, seperti didalam sebuah bilik tidur.
'Aiden, aiden!' panggilnya sambil mengoncang tubuh Aiden yang tidak sedarkan diri.
'Dia bukan dengar pun suara kau!'
Aryanna menoleh kesisi kearah suara itu. Dahin Haiyan.
'Aku kat mane ni?'
'Rumah aku dengan Daffa la!'
'Macamana aku ada kat sini?' dia terpinga2.
'Kau bukan betul2 kat sini. Ini bayangan je. Macam kau mimpi. Daffa la nak kau tengok budak yang kau risaukan sgt ni. Dia ok je kat sini. Walid dah rawat dia. Tunggu dia sedar nanti kami pulangkan dia'
Aryanna memandang Aiden. 'Kenapa Aiden jadi macam ni?'
'Panjang cerita. Dipendekkan dia masuk alam kami dan diganggu makhluk jahat lain. Jadi Daffa selamatkan dia. Walid rawat dia sekarang'
Airmatanya tumpah. 'Aiden, aku tak pasti apa yang berlaku ni realiti atau imaginasi aku tapi aku nak kau cepat pulih dan balik la Aiden' suaranya sebak.
Dahin Haiyan diam seketika. Ya, dia juga mahu Aiden segera pulih dan dikembalikan. Dia mahu Daffa Haiyan juga kembali.
Aryanna mengesat airmatanya dan memandang Dahin Haiyan tajam.
'Ape??' soal Dahin.
'Kau jangan buat yang bukan2 ye kat Aiden. Jaga dia elok2' ujar Aryanna.
'Oushhh...budak perempuan ni. Oii Daffa, dah! kau bawa budak perempuan ni pergi. Semak la dia ni. Nak cari gaduh je. Dah la kau. Pergi...syoh..syoh' seloroh Dahin.
'Kau tu yang dari semalam nak cari gaduh!' balas Aryanna.
'Oii...Daffa, kau tidur ke? Bawa la budak perempuan ni pergi. Nah, kau ambik bunga ni. Daffa suruh bagi kau. Dia kata kalau sedar nanti takut kau tak percaya plak. Dah...pergi...pergi. Woii...Daffa!!' pekik Dahin.
Daffa Haiyan ketawa melihat telatah Dahin dan Aryanna. Bila bertemu bagai anjing dengan kucing. Perlahan dia menarik tangannya yang menutupi mata Aryanna.
Aryanna membuka matanya. Dalam keadaan masih terkejut dia sempat mengeluh kuat 'Ishhhh!!!' rungutnya.
'Kenapa? Bergaduh lagi dengan Dahin?' soal Daffa.
Aryanna memandang Daffa Haiyan yng didepannya. Dia kemudian membuka genggaman tangan bila merasakan ada sesuatu. Bunga anggerik ungu. Dia tahu apa yang dilaluinya sebentar tadi bukan mimpi.
'Dah tengok Aiden?'
'Hrmmm...' angguknya perlahan. 'Aku harap kau jaga Aiden baik2 dan pulangkan dia bila dia pulih'
'Ye Aryanna. Aku dah janjikan. So kau dah tengok dia, kau dah tahu aku tak tipu kan?'
'Macamana aku boleh kesana?'
'Macam Dahin cakap, kau bukan kesana. Cuma bayangan'
Dahi Aryranna berkerut. Dia tidak memahami kata2 Daffa Haiyan.
'Kau kan tanye kat alam kami pakai hp ke tak? Itu la jawapannya. Kami tak perlu hp pun. Kami communicate dari jauh macam tu je'
'Tutup mata je?'
Daffa Haiyan mengangguk. 'Sebab tu apa pun teknologi alam kau, kami tahu. Apa sahaja bahasa manusia, kami tahu. Kami hidup di kalangan manusia, manusia je tak nampak kami'
'Hrmmm...senang nye'
Aryanna kemudian meletakkan tangannya menutupi mata Daffa Haiyan.
'Kau buat ape?' soal Daffa Haiyan pelik dan kaget.
'Send message' jawab Aryanna selamba.
Daffa Haiyan ketawa besar. 'Mana sama. Kau manusia la'
'Cuba je' Aryanna mencebik.
'Ape message kau nak send? Jap aku teka. Daffa Haiyan, I love you...saranghae? Macam kau cakap malam kita first jumpa tu?' tebak Daffa Haiyan.
'Blah! Kau pergi balik kelas kau! Pergi!' badan Daffa Haiyan ditolaknya. Aryanna merah muka mengenang peristiwa ke 1000 itu.
'Ok2...aku balik kelas. Nanti balik tunggu aku!' ujarnya sebelum melangkah.
'Kenapa aku nak tunggu kau plak?'
'Please...aku akan ada disini sampai Aiden pulih je. Itu je masa aku ada dengan kau. Please!'
'Ye la...yela'
'Yess! Bye' Daffa Haiyan menguntum senyum. Menghadiahkan mini love kepada Aryanna. Aryanna menggelengkan kepala. 'Entah spesis makhluk ape la die ni' bisik hatinya melihat lagak Daffa Haiyan yang saling tidak tumpah seperti manusia.
'Daffa!' panggilnya sebelum Daffa Haiyan keluar. Daffa Haiyan menoleh.
'Terima kasih'
'Untuk??'
'Apepun yang kau buat untuk aku dan Aiden'
'Oppss...aku tak buat untuk Aiden. Aku buat untuk kau. Anyway...kasih kau diterima!' balasnya tersenyum dan terus melangkah keluar.
Aryanna geleng lagi. Adakalanya tingkah laku Daffa Haiyan itu mengingatkannya pada Aiden Adrien. Kehadiran Daffa Haiyan bagai mengusik hatinya. Terasa bagai tersepit Antara Mimpi Dan Realiti
Share this novel