Daffa Haiyan memandu keluar dari rumah banglo 2 tingkat itu. Setelah agak jauh, dia memberhentikan kereta ketepi. Kepalanya direbahkan ke stereng. 'Arghhhhhh!!!!!!' jeritnya sekuat hati. Dia menangis dan meraung. Pertemuan dengan Aryanna petang itu mencengkam jiwanya. Sejak akhir2 ini dia sudah sukar mengawal dirinya. Entah bila kali terakhir dia sewaras ketika bersama Aryanna tadi, dia tidak pasti.
'Aku semakin hilang diri aku, Aryanna' suaranya dalam tangis. Sudah beberapa kali dia terfikir ingin mati setiap kali dia berada dalam keadaan waras seperti sekarang. Bimbang dirinya akan menyakiti Aryanna. Namun untuk melanggar hukum alam, dia tidak berani. Membunuh diri bukan jalannya.
'Dahin, tolong jaga Aryanna. Jangan biar sesiapapun menyakiti dia termasuk aku' bisiknya sebelum darahnya mula terasa membakar ke seluruh tubuh.
'Aku bagi kau masa, Aryanna. Tapi aku takkan tunggu lama. Kau adalah hak aku' Daffa Haiyan meraup wajahnya yang basah. Dia sudah hilang kembali akan dirinya.
***
Suasana kolej pagi itu agak tenang. 'Mungkin tak banyak sessi kuliah lain pagi ini' keluh Aryanna. Kuliahnya juga adakala sering dibatalkan dan diganti dengan kelas online. 'Bayar mahal2 tapi kelas online' rungutnya sendiri. Dia lebih suka kelas secara face to face berbanding online. Bagai tidak puas menerima ilmu melalui online.
'Bebel apa sorang2 ni?' sapa Aiden Adrien.
'Eh...Aiden. Kata tak de kelas hari ni?' soal Aryanna. Dia lantas tersenyum kepada Adan yang berada disisi Aiden. Adan kemudian beralih berjalan disebelah Dahin Haiyan.
'Saje. Rindu. Cuti pun tak jumpa kau. Kat kolej pun kau busy je. So aku datang la. Lepak kat studio je. Habis kelas kita pegi makan ye?'
'Ermm ok. Kau ok ke?'
'Ok? Maksud kau? Daffa?' soal Aiden mengagak yang Aryanna ingin tahu ada masalah antara dia dan Daffa Haiyan.
'Hrmm..'
'So far ok je. Paling tidak pun dia pandang aku dengan pandangan membunuh' jawab Aiden selamba.
'Kau tak perlu react. Biar je' Aryanna mengingatkan Aiden.
'Kau risaukan aku ke Daffa?' soal Aiden menduga.
'Dua2'
'Why kau nak risau dia?' wajah Aiden berubah
Aryanna malas menjawab sekadar mengeluh kecil. Sukar untuk diterangkan pada Aiden.
'Hah...panjang umur dia. Nampaknya dia pun ke kolej sebab kau!' Aiden menghentikan langkahnya melihat kelibat Daffa Haiyan bersama dua rakannya menghampiri mereka.
'Aiden, kau pergi studio dulu. Habis kelas aku text kau' ujar Aryanna.
'Why? Kenapa aku tak boleh stay dan tengok apa dia nak dari kau?!' Aiden mempersoalkan kata2 Aryanna.
'Aiden, aku pesan apa? Please' desak Aryanna.
'Ok, i trust you' Aiden mengalah dan melangkah lemah meninggalkan Aryanna. Saat berselisih dengan Daffa Haiyan, lelaki itu sempat berbisik padanya, 'She is mine'
'What? Say it again?' Aiden bertindak balas. Hilang sabarnya melihat reaksi muka Daffa Haiyan.
'I said she is mine! Are you clear?' Daffa Haiyan meninggikan suaranya dan mengerling ke arah Adan. 'Kau ingat ada orang jaga kau, kau akan selamat dari aku? Dia bukan lawan aku!'
Aiden berkerut dahi 'What the hell are you talking about?'
'Aku cakap Aryanna Delara milik aku, kau faham tak?!' jerkah Daffa Haiyan.
'Kau...' Aiden hilang pertimbangan, menggenggam penumbuknya.
'Aiden, sudah la. Pergi studio dulu. Nanti aku text kau' Aryanna menghampiri mereka.
'Dia ni..' Aiden menahan nafasnya.
'Its ok. Just go, Aiden' Aryanna menolak perlahan bahu Aiden, memaksanya untuk beredar. Aiden melepaskan keluhan dan berlalu dengan rasa marah yang belum padam. Dia tidak mahu mempersoalkan perkara itu pada Aryanna. Namun tipu jika dia tidak terasa hati dengan tindakan Aryanna yang seolah2 mengenepikannya.
'Apa lagi Daffa? Kau boleh tak jangan cetuskan perkara yang buat aku dipandang serong? Semua orang pandang kau tahu tak?' soal Aryanna.
'Daffa tak suka budak tu ada dengan kau. Kau tak faham ke? Kau jangan sampai kami ambik nyawa dia!' celah Uzza.
'Kau diam makhluk hina! Aku cakap dengan Daffa Haiyan, bukan kau!' ujar Aryanna perlahan namun geram, dia tidak mahu didengari oleh mereka yang lalu lalang.
Uzza tersenyum sinis melihat keberanian Aryanna berlawan cakap dengannya sambil gadis itu menunding jari telunjuk tepat ke mukanya.
'Kau rasa kau istimewa ke sebab kau keturunan Syed Mubhasyir?' tokok Uzza.
'Kalau aku tak istimewa, kau takkan datang menumpang dunia aku semata2 nak dapatkan aku!' tempelak Aryanna.
Uzza diam, lidahnya kelu. Gadis itu betul2 mencabar sabarnya.
'Aku malas nak layan korang. Aku ada kelas' Aryanna kemudian merenung Daffa Haiyan tajam sebelum dia angkat kaki.
'Aryanna!' Daffa menarik lengannya.
Aryanna berpaling dan menyentap tangannya 'Aku dah ingatkan kau Daffa, jangan datang dekat aku dengan makhluk 2 ekor ni. Dan jangan bercakap dengan aku kalau kau tak sedar diri kau siapa' Aryanna terus berlalu. Tidak mahu menimbulkan kekecohan di kolej itu.
Daffa Haiyan memejam rapat kedua matanya. Menarik nafas dalam. 'Aku dah cakap, kau jangan masuk campur urusan aku dengan Aryanna, kau faham tak Uzza?'
'Berapa lama kita nak tunggu?' soal Uzza.
'Kau sendiri boleh bawa dia ke alam kita ke? Tak boleh kan? Jadi kau jangan banyak cakap! Dia dah ok dengan aku semalam, kau rosakkan balik! Bodoh!' bentak Daffa Haiyan dan berlalu.
Nafas Uzza turun naik. Sakit hatinya dengan Daffa Haiyan namun untuk melawan dia tidak berani. Silap2 nyawanya melayang.
Selesai kuliah, Aryanna mencapai handphone didalam bag. Pesanan dihantar kepada Aiden.
'Aiden Adrien, merajuk lagi?'
'Merajuk pun bukan kau nak pujuk'
'Ye la. Jom makan, aku belanja'
'Itu bukan pujuk, itu memalukan aku. Boy should pay'
'Pastu? Nak bunga?'
'Kau nak belikan ke?'
'Hrmmm...kalau kau nak'
'Merepek la kau ni. Tunggu jap aku datang'
'Ok'
Aryanna menyimpan kembali handphone didalam poket jeans. 'Aku dah rasa macam perempuan apa dah ni, Dahin'
'Kenapa?' soal Dahin pelik.
'Yela, Daffa nak jaga. Aiden nak jaga. Dah macam orang kahwin dua kau tau tak? Serabut kepala aku!'
'Ok la tu. Madu tu kan manis'
'Haha...kau ingat kelakar? Belum campur nak jaga kau lagi. Pening kepala aku!'
'Nape aku masuk dalam list pulak? Aku yang jaga kau, bukan kau jaga aku' bantah Dahin.
'Yela. Aku nak kene jaga nk bercakap dengan kau nk kena buat bercakap dalam handphone. Lama2 aku rasa aku memang btul2 jadi gila la!'
'Jangan merepek. Tu madu no 2 kau sampai!' Dahin menunding ke arah Aiden yang tersenyum2 dari jauh sambil melambai2.
'Idiot Dahin Haiyan!' Aryanna mengumam sambil senyum balas kepada Aiden.
'You nak makan kat mane bagitahu je? I bawak' soal Aiden.
'Hehh? You? I? Kau dah giler ke?' soal Aryanna kembali kepada Aiden.
'Ye la. Eddy pun cakap tadi, kita bahasa diri aku kau. Cari la yang sweet skit. Ke nak panggil baby? sayang?'
'Oushh...giler ke? Dah la, aku dah kenyang. Aku balik je la!'
'Ok2. Aku main2 je! Jom la pergi makan'
Dahin dan Adan yang mendengar kata2 Aiden tu rasa bagai nak muntah. 'Eii...jiwang betul manusia ni' ujar Dahin.
'Kau belum jaga dia seharian. Aku dah rasa nak hempuk je kepala dia. Kat mana2 pun Aryanna. Menyanyi sebut Aryanna. Dalam kereta cakap sorang2 pasal Aryanna. Kejap jerit rindu, kejap muka nak nangis. Kalau dapat message Aryanna macam orang giler. Satu katil berguling2. Ishhh....seram aku tengok!' rungut Adan panjang lebar.
Aryanna buat tak dengar kata2 Adan. Dahin Haiyan ketawa terbahak. Keadaan Aiden yang diceritakan Adan itu sama symptomnya dengan Daffa Haiyan. Mabuk cinta. Dia betul2 rindukan Daffa Haiyan yang begitu. Abangnya itu sentiasa ceria, tersengih2 dengan muka bahagia bila bercerita tentang Aryanna dan alam persekolahan ketika dia menggantikan Aiden Adrien.
***
'Apa yang kau tengok diri sendiri lama2 dalam cermin tu?' soal Damiya setelah agak lama dia memerhatikan Aryanna yang duduk dimeja solek.
'Kau rasa kalau aku pakai tudung cantik tak?' soal Aryanna kembali.
'Hahh?' Damiya seakan tercengang.
'Kalau aku pakai tudung, cantik tak?' Aryanna mengulang soalannya.
'Kenapa tiba2?'
'Cantik tak?'
'Kau pakai apa pun cantik. Tapi tiba2 je'
'Tak delah. Aku tanya je. Aku nak cuba slowly'
'Hrmmm...should we?' soal Damiya.
'Serius lar? Kau pun nak?' wajah Aryanna teruja.
'Hrmmm...why not?'
'Thanks babe. Saranghae' Aryanna senyum meleret.
'Nape bodyguard kau suruh ke?' soal Damiya lagi memaksudkan Dahin Haiyan.
'Dah kenapa dia pulak. Saja la aku sendiri nak'
'Alhamdullilah, marilah kita kembali ke pangkal jalan' seloroh Damiya.
'Bodoh la kau ni!' Aryanna membaling bantal kecil ditangannya kearah Damiya yang berbaring dikatil.
'Mana bodyguard kau tu?' soal Damiya sambil memerhatikan disekeliling bilik.
'Kau giler ke? Dia kat luar la. Dia tak pernah masuk bilik ni'
'Dia tak pernah tidur ke?'
'Ishh..kau ni. Tidur je. Cuma aku tak tahu la bila dia tidur. Aku dah bgth dia, abah suruh dia guna bilik abang je. Tapi dia bukan sama macam kita so aku tak nak tanya banyak'
'Tak penat ke dia jaga kau?'
'Entahlah, aku dah suruh dia balik je, dia tak nak!'
'Ker dia pun suka kau!'
'Weyyy!! Mana ada. Kau ingat dia macam manusia ke? Senang2 nak suka orang?' Aryanna menerjah kearah Damiya dan menutup mulut sahabatnya itu. Bimbang didengari Dahin Haiyan.
'Gurau je la. Daffa ok?'
'Belum'
'Aku risau kat kau la, Aryan'
'Kau tak payah la risau sgt. Doa yang baik2 je. Kau ni bila nak balik UK?'
'Kan aku dah ambik break 2minggu lagi'
'Kau tak payah la macam tu, jangan sebab risau aku, pelajaran kau terganggu, aku ok je'
'Ala nanti aku balik la'
'Hahh...baru ingat..aku nak ajak kau pegi glamping Sabtu ni, ok tak? Ke kau dating dengan Fauzee lagi?'
'Sabtu? Ermmm...ok boleh. Diaorg panggil jadi fasi ke?'
'Tak la. Gym aku ade training program. Kau teman la. Aku dah ajak Aiden sekali'
'Ok, boleh. Lama tak pergi sanakan?'
'Nice!' Aryanna memeluk tubuh Damiya.
'Kau betul2 dah ok ke?' soal Damiya.
'Hrmmm...aku tunggu walid jumpa cara pulihkan Daffa'
'Kau sendiri macamana? Perasaan kau pada Daffa?'
'Aku masih sama, Dami. Tak ada apa yang berubah'
'Aiden macamana? Maksud aku perasaan kau pada Aiden'
'Aku masih mencuba, Dami. Dan akan terus cuba. Kau jangan risau. Aku tahu Daffa bukan untuk aku'
'Kalau aku jadi kau, aku tak tahu nak buat apa' Damiya tahu kepayahan yang dihadapi Aryanna.
'Kau doakan aku je' Aryanna cuba menyakinkan Damiya.
Aryanna masih belum memberitahu tentang kewujudan Wangsoo pada keluarganya. Malah kerambit yang diterimanya juga masih dirahsiakan. Bimbang mencetus persoalan yang bukan2. Sedangkan dirinya sendiri masih sukar menerima apa yang berlaku pada dirinya akhir2 ini.
Share this novel