Aryana masuk ke khemah yang disediakan untuk fasilitator. Selalunya khemah itu dikongsi dengan Damia. Tapi kali ini dia hanya sendiri. Dia merebahkan tubuhnya ketilam. Meletakkan lengan didahi.
Pertemuannya dengan Daffa Haiyan sebentar tadi menerjah ingatan.
Wajah Daffa Haiyan kini lebih jelas dapat dilihatnya berbanding pertemuan mereka di hutan simpan lalu, mungkin kerana lampu menara tinjau yang terang. Dua kali pertemuan sebelum ini hanya disaksikan cahaya dari bulan dan unggun api. Jantungnya berdegup laju ketika wajah Aiden perlahan berganti wajah Daffa Haiyan tadi. Wajah tenang dan anak mata Daffa Haiyan yang kehijauan seakan memukau matanya.
Dia menyelak helaian buku nota ditangannya. Melihat setiap potret Daffa Haiyan yang dilakarnya. Semenjak pertemuan pertama dengan lelaki itu dihutan simpan yang lalu, rasa rindu yang begitu berat sebelum ini kepada Aiden Adrian bagai hilang seketika. Diingatannya hanya ada Daffa Haiyan. Berhari2 hanya potret lelaki misteri itu yang dilakarnya. Tiba di satu helaian, Aryana merenung lama lakaran itu. Dilukisan itu tergambar Daffa Haiyan sedang berpeluk tubuh dan bersandar dipohon kelapa. Latar belakangnya bagai sebuah perkampungan. Bingung memikirkan mengapa dia melukis sebegitu. Bagai semua itu memori yang terlukis diingatannya.
Sejak beberapa hari lalu dia bagai dapat merasakan kehadiran Daffa Haiyan. Seolah lelaki itu ada berhampiran dengannya. Banyak juga perkara yang dicurigai mengenai Aiden Adrian sejak mereka pulang dari program perkhemahan. Bermula kotak anggerik ungu, bagaimana Aiden tahu mengenai kotak itu. Aiden Adrian juga berperangai agak aneh. Dan yang paling ketara adalah pandangan matanya. Mata Aiden Adrian sentiasa penuh dengan keyakinan namun sejak beberapa hari ini pandangannya sayu seperti pandangan mata Daffa Haiyan pada pertemuan kedua mereka. Kejadian misteri mengenai dia dilihat bersama Aiden Adrian ditapak perkhemahan menambah curiga dihatinya.
Malah sejak 3 hari yang lalu dia juga mengalami mimpi yang agak pelik. Mimpi yang sama berulang kali, mimpi melihat Aiden Adrian berjalan kearahnya namun semakin menghampiri dirinya, wajah Aiden Adrian berubah menjadi Daffa Haiyan dan tersenyum memandangnya.
Malam itu dia sudah nekad untuk menanyakan perihal itu dan tidak diduga telahannya benar. Aiden Adrian bukan Aiden Adrian. Dan Daffa Haiyan bukanlah dari bangsanya, manusia. Bulu romanya meremang. Sesekali dia mengetuk kepalanya sendiri mengenangkan keberaniannya yang tidak bertempat. ‘Bodohnya kau ni Aryanna’ rungutnya pada diri sendiri.
Dan malam itu sukar untuknya melelapkan mata. Rasa takut memang tidak dapat dinafikan namun kerisauan memikirkan dimana Aiden Adrian lebih meresahkan hatinya. Jika dia menceritakan perkara itu kepada sesiapa, apakah mereka akan percaya sedangkan Aiden Adrian ada didepan mereka. Dia juga harus berhati2 bimbang tindakannya tersalah langkah, membahayakan dirinya dan Aiden Adrian kerana apa tujuan sebenar Daffa Haiyan dia tidak pasti.
****
Aryanna mengambil bekas makanan yang sudah disediakan untuk minum pagi fasilitator di meja urusetia. Lalu dia duduk di meja dimana Afsyal, Aidil dan Rika sedang makan.
‘Morning. Sorry lambat’ ujarnya.
‘Its ok. Masih awal. Kau tak cukup tidur ke? Sembab je muka’ balas Rika.
‘Lebih kurang la’ jawabnya.
‘Kenapa? Tak lena tidur memikirkan cheossarang kau join kita ke?’ usik Aidil.
‘Kau diam Aidil, aku sumbat mulut kau dengan ayam goreng ni kang!’ bentak Aryanna. Dia seakan tidak ada mood untuk bergurau pagi itu.
‘Pagi2 lagi dah garang. Ehh sebut pasal cheossarang kau tu, mane dia? Motor dia ada aku tengok. Tapi malam tadi macam tak de masuk khemah pun tidur. Ni pagi pun x nampak bayang dia. Kau halau dia balik jalan kaki ke?’
‘Kau ni memang nak kena ek Aidil! Mana la aku tau dia kat mana!’ Aryanna bangun mengacahkan sudu ditangannya ke kepala Aidil yang duduk berhadapan dengannya.
Aidil cuba mengelak. ‘Ehh Aiden! Sini! Sini!’ jeritnya melihat Aiden Adrian berjalan ke arah mereka. Aryanna tidak menoleh. Dia kembali duduk dan perlahan meneguk nescafe panas yang dibancuh Rika untuknya.
‘Duduk la Aiden. Breakfast dulu. Jap lagi kita nak kene pantau aktiviti mereka dah’ ujar Afsyal beralih sedikit memberi laluan Aiden Adrian duduk.
‘Nah ni makanan kau, aku dah ambilkan tadi’ Aidil menghulurkan bekas makanan berisi nasi lemak ayam goreng itu kepada Aiden yang sudah pun duduk.
‘Terima kasih’ jawab Aiden. Suara itu membuatkan Aryanna mengangkat sedikit mukanya memandang kearah Aiden Adrian. Namun bukan Aiden didepannya tetapi Daffa Haiyan yang turut memandangnya. Aryanna segera mengalihkan pandangan.
‘Kau nak coffee ke Aiden?’ soal Afsyal.
‘Tak. Aku minum mineral je’ jawab Daffa Haiyan sambil meletakkan ayam goreng kedalam bekas makanan Afsyal.
‘Eh kau tak makan ayam ke?’ soal Afsyal.
‘Tak, aku tak makan daging kecuali ikan’ jawab Daffa Haiyan. Ye, bangsanya cuma makan ikan dan sayur-sayuran. Haiwan2 hutan sudah jadi sebahagian dari kehidupan mereka.
‘Alamak. Menu kita banyak daging dan ayam je hari ni’ tambah Afsyal lagi.
‘Its ok. Aku boleh kadang2 tak makan berhari2 pun tak pe’ jawabnya tenang memandang Aryanna seakan mahu Aryanna mula kenal akan dirinya.
Afsyal dan Aidil ketawa besar menganggap Aiden Adrian bergurau.
Aryanna masih dengan sikap acuh tak acuhnya. Meskipun jauh dalam sudut hatinya merasa lega melihat Daffa Haiyan masih ada disitu. Belum habis makanannya, Aryanna bangun. Berjalan menuju ke lokasi ATV diletakkan.
‘Korang gaduh ke malam tadi?’ soal Rika pada Aiden yang ekor matanya mengekori Aryanna.
Daffa Haiyan tidak menjawab, dia bangun lalu mengekori Aryanna.
‘Aryanna!’ panggilnya sambil berlari.
‘Kau nak ape?’ soal Aryanna bila Daffa Haiyan tiba disebelahnya.
‘Aku minta maaf tak dapat jelaskan pada kau malam tadi’
Aryanna menghentikan langkah lalu memandang Daffa Haiyan. ‘So kau nak jelaskan sekarang ke?’
Daffa Haiyan menggelengkan kepala ‘Belum. Tunggu selesai urusan disini’
‘Ok. So kau boleh pergi sekarang. Tak perlu datang kat aku’
‘Aryanna!’ panggil Daffa Haiyan melihat gadis itu berlalu begitu sahaja.
‘Aryanna!’ dia melajukan langkah kemudian menarik tangan Aryanna. Saat Aryanna berpaling, Daffa Haiyan kaget. Mata gadis itu berkaca bagai menakung airmatanya. ‘Aryanna...kau..’
‘Live me alone’ Aryanna menyentap tangannya dan terus berlalu.
Daffa Haiyan diam. Tidak lagi menghampiri Aryanna. Sekadar memerhatikan tingkah Aryanna yang bagai sengaja menyibukkan diri memeriksa satu persatu keadaan ATV.
‘Kau biar je dia. Dia kalau tengah marah memang tak suka bercakap. Kalau tak melukis, tu la kerja dia. Buat2 sibuk. Nanti dia ok la tu’ Rika menepuk bahunya sambil turut sama memerhatikan Aryanna.
Aryanna memeriksa kesemua 12 ATV yang ada, memastikan selamat untuk ditunggang pengunjung. Dia tidak mahu menunjukkan perasaan takut, marah, keliru yang melanda dirinya saat itu. Kewujudan Daffa Haiyan kini benar2 menguji dirinya. Sebelum ini, apa jua masalah dia akan hadapi dengan tenang dan penuh yakin. Tidak sedikit pun dibiarkan hatinya goyah malah dia akan sentiasa tersenyum dan ceria seperti selalu. Namun kali ini dia bagai hilang arah dan langkah.
Masih memikirkan dari bangsa apakah lelaki itu. Malam tadi malah pagi ini juga bila berhadapan dengan Daffa Haiyan sudah pelbagai ayat dan surah dibaca didalam hati tapi bagai tidak ada satupun yang memberi kesan pada Daffa Haiyan.
Melihat sekumpulan pelajar menghampirinya, dia segera menarik nafas dalam2 dan kembali berlagak seperti biasa. Tersenyum penuh ceria menyambut mereka. Riuh rendah pelajar2 itu akibat teruja melihat ATV yang sudah siap untuk ditunggang mereka.
Aryanna berdiri tegak dihadapan mereka dan bersedia untuk memberi taklimat, Rika yang berada disisinya memerhatikan Aryanna atas bawah. Dia tersenyum sendiri. Gadis tinggi lampai itu menjadi tumpuan pelajar2 didepan mereka, berbisik2 sesama mereka memuji kecantikan Aryanna. Pagi itu dia kemas berbaju tshirt fasilitator didalam, berjaket kulit hitam diluar, seluar cargo hitam slim fit, berkasut sneaker highcut. Rambutnya diikat kemas dan bertopi baseball.
‘Assalamualaikum semua. Saya Aryanna dan ini Rika. Saya akan terangkan keselamatan menggunakan ATV. Sila beri tumpuan dan dengar arahan bagi mengelak sebarang kecederaan. Selain saya dan Rika, Afsyal, Aidil dan Da...’ dia berhenti seketika memandang Afsyal, Aidil dan Daffa Haiyan yang berdiri dibelakang pelajar2. Hampir menyebut nama lelaki itu.
‘Aiden akan turut membantu anda’ sambungnya. Kemudian dia menyambung memberi penerangan mengenai cara penggunaan dan keselamatan menggunakan ATV.
‘Ada apa2 soalan?’ soalnya sejurus selesai memberi penerangan.
‘Cik Aryanna dah kahwin?’ usik salah seorang siswa di situ. Diikuti sorakan pelajar2 lain.
Aryanna hanya tersenyum dan menggeleng.
‘Single? Taken?’ tambah yang lain.
‘Ermm...alhamdulillah so far saya belum kahwin, belum ada boyfriend so boleh dikatakan saya masih single’ jawabnya sambil mengenyitkan sebelah mata, sengaja melayan kerenah pelajar2 itu.
Riuh sebentar mereka melihat reaksi nakal Aryanna itu. Rika, Afsyal dan Aidil hanya tertawa. Suasana itu sudah biasa dilihat mereka. Daffa Haiyan pula hanya menggeleng2 kepala.
‘But...’ Aryanna tiba2 bersuara membuatkan kecohan itu terhenti. ‘But not available. So u all fokus pada aktiviti disini, please dont waste your time, gunakan masa riadah ini sebaik mungkin and bawa balik a good memories dari sini, ok?’
‘Okkkk’ jawab mereka teruja.
Daffa Haiyan tersenyum sendiri. Aryanna dimatanya saat itu penuh dengan karisma. ‘Budak kecik tu membesar dengan baik dan cantik’ bisik hatinya mengingati pesanannya pada Aryanna Delara ketika dia kecil. Menurut ayahnya, Aryanna mungkin mudah menebak kehadirannya kerana keistimewaan gadis itu sebagai keturunan Syed Mubasyir.
Aktiviti kembara menyelusuri kawasan glamping resort itu dengan ATV diketuai Aryanna. Daffa Haiyan menunggang bersama Aidil kagum menyaksikan gadis itu mengendalikan kenderaan ATV, kecekapannya ketika jalan berbukit dan merentas anak sungai. Dia dan Aidil berada dibelakang sekali mengawasi pelajar2 lain didepan. Manakala Rika dan Afsyal pula bertindak merakam video aktiviti itu.
Setelah hampir 45min kembara, mereka kembali ke lokasi asal ATV diletakkan. Mereka semua bertepuk tangan dengan sorak gembira. Masing2 bercerita mengenai pengalaman mereka sebentar tadi. Ada yang berterima kasih kepada fasilitator yang terlibat dan mengambil gambar bersama.
‘ok guys, u have 15min for rest then we gonna have flying fox before we stop for lunch and zohor’ ujar Afsyal kepada pelajar2 itu. Mendengar pengumuman dari Afsyal itu, mereka mula beredar untuk berehat seketika.
Aryanna membuka jaketnya dan mengikatnya dipinggang lalu melabuhkan punggung kerusi berhampiran. Kemudian membuka sarung tangannya. Mengusap wajah yang dibasahi peluh.
‘Nah’ Daffa Haiyan menghulurkan air mineral kepadanya. Pantas dia menepis dan botol itu jatuh ketanah.
‘Aku dah kata jangan datang dekat aku kalau kau tak ada apa2 nak jelaskan pada aku’ Aryanna merenungnya tajam lalu bangun meninggalkan Daffa Haiyan begitu sahaja. Daffa Haiyan hanya memerhatikan langkah Aryanna dengan sebak didada.
‘Wey Aryanna! Kenapa kau treat Aiden macam tu?’ tegur Aidil saat Aryanna melewatinya. Dia menyaksikan mereka dari tadi.
‘Itu antara aku dengan dia’ jawab Aryanna.
‘But that’s to much!’ suara Aidil lantang bila melihat Aryanna dengan tiada perasaan terus berlalu.
Dan suasana tegang antara mereka itu berlansung sehinggalah selesai aktiviti flying fox. Malah ketika makan tengahari juga Aryanna menyendiri. Hanya mengambil sebekas makanan dan berlalu pergi. Puas Rika memujuknya untuk makan bersama namun Aryanna hanya menggeleng.
Aryanna membawa dirinya ke menara tinjau, duduk ditangga dan bekas makanan ditangannya direnung lama. Seleranya bagai hilang. Dia kemudian meletakkan bekas itu kesisi. Sambil mengeluh panjang dia memejam matanya. Airmatanya menitis lagi, kerisauan pada Aiden Adrien makin tebal. Keseronokan yang selalu dia rasai ketika berada di glamping resort itu bagai dirampas.
‘Aryanna Delara’ satu suara memanggilnya agak keras.
Aryanna membuka matanya, dilihat Daffa Haiyan berdiri dihadapannya. Tapi lelaki itu berpakaian sepertimana pertemuan pertama mereka, pakaian seperti pahlawan serba hitam. Aryanna berasa cemas melihat wajah serius lelaki itu dengan anak matanya yang kini sudah bertukar biru. Aryanna cuba bangun dan angkat kaki namun tangan lelaki itu lebih pantas menggengam kuat lengannya dan menariknya turun dari tangga menara itu dan masuk ke pinggir hutan berhampiran.
‘Lepaslah...lepaskan aku’ Aryanna sedaya upaya cuba melepaskan tangannya namun lelaki itu tidak mengedahkan malah menariknya lebih kuat dan agak jauh dari menara tinjau itu.
‘Sakitlah!! Lepas!’ jerit Aryanna kuat. Saat itu baru tangannya dilepaskan. Aryanna segera cuba melarikan diri namun gerak langkah Daffa Haiyan lebih pantas memintasnya. Aryanna terhenti dan melangkah beberapa tapak ke belakang.
‘Kau nak apa hah Daffa Haiyan!? Tempelaknya.
‘Aku bukan Daffa. Aku Dahin Haiyan’ Dahin Haiyan merenung Aryanna dengan tajam.
‘Dahin???’ suara Aryanna bergetar.
‘Ye, Adik kembar Daffa. Nampaknya kau memang tidak ingat satu pun’ ujar Dahin Haiyan.
‘Ingat apa maksud kau?’ soal Aryanna kehairanan.
‘Atau kau buat2 lupa!’
‘Lupa ape? Ingat ape?’
‘Mudah bagi kau tapi tak mudah bagi Daffa. Dari jumpa kau sampai sekarang Daffa bersedih melawan perasaan dia. Dan ini yang kau balas. Walaupun Daffa menghalang tapi aku sudah hilang sabar dengan sikap sombong kau! Manusia yang lupa janji’
‘Apa kau cakap ni?’
‘Kau yang mula buat janji itu kau!, bukan Daffa. Yanh seksanya Daffa tapi kau masih boleh hidup dengan lagak sombong kau!'
‘Aku janji ape? Bila?? Kau dan Daffa ni ape hah? Apa urusan dengan aku!!’
‘Kalau aku tahu begini la sikap kau, aku takkan biarkan Daffa selamatkan budak lelaki tu dan gantikan tempat dia!’
‘Budak lelaki?? Aiden? Kau maksudkan Aiden? Mane Aiden? Mane Aiden!!!’ Aryanna sendiri bagai hilang sabar, menerpa ke arah Dahin Haiyan dan menolak2 bahu lelaki itu.
‘Dia selamat cuma dia tak boleh kembali ke alam kau buat masa ni!’ Dahin Haiyan mula mengendurkan suaranya. Dia sendiri sebenarnya agak terkejut melihat reaksi Aryanna yang seakan hilang arah itu. Malah hatinya juga sedikit gerun setelah mendengar cerita walid malam tadi. Gadis itu dari keturunan hebat yang disegani.
Aryanna merasakan kakinya lemah, dia lantas terduduk ditanah. ‘Aiden tak dapat kembali ke Alam Ni? Ape maksud kau? Aiden mana? Bagitahu aku Aiden mana? Sebab aku ke Aiden hilang? Sebab aku ke kau ambik dia?’ dia mula menangis melepaskan galau sebenar yang terpendam di hatinya. Dia menyalahkan dirinya atas kehilangan Aiden.
‘Kau boleh ambik aku kalau kau nak tapi pulangkan Aiden pada family dia!’ sambung Aryanna dengan esak semakin kuat.
Dahin Haiyan mula kaget. Rasa marahnya kini bertukar panik. ‘Aduhh ape aku nak buat ni’ bisiknya sendiri.
‘Weyy! Kau jangan nangis boleh tak? Bukan sebab kau la kami simpan Aiden!’ dia cuba menenangkan gadis itu. Dia mula mundar-mandir. Namun Aryanna masih tidak berhenti menangis.
‘Dahinnnn!’ Daffa Haiyan muncul tiba2.
‘Da...Daffa!’ suara Dahin tergagap2 melihat Daffa Haiyan menghampiri mereka.
‘Kau buat ape ni?’ berkerut dahinya melihat situasi itu.
‘Aku risau kau. Tu aku datang. Budak ni buat aku sakit hati. Aku tahu apa kau rasa, kau ingat aku tak tahu apa dia buat pada kau dari malam tadi sampai ke hari ni’ jelas Dahin Haiyan.
‘Kau nii!’ Daffa Haiyan mengangkat tangannya hendak memukul Dahin Haiyan namun adiknya itu cepat mengelak.
‘Aryanna, bangun!’ Daffa Haiyan memegang bahu Aryanna dan membantunya bangun. Tubuh gadis itu dapat dirasakan bergetar. Esak tangisnya masih tidak berhenti. Melihat keadaan Aryanna itu, dia memandang Dahin Haiyan tajam.
‘Ape??’ soal Dahin Haiyan menjeling.
‘Kau dah takutkan dia!’
Dahin Haiyan mencebik.
‘Aryanna, maafkan adik aku ni’
‘Korang ni nak ape sebenarnya? Kalau nak aku ganti tempat Aiden, aku akan ikut. Tapi pulangkan Aiden. Tolong lah’ suara Aryanna tersekat2 akibat esaknya.
‘Bukan2. Kami bukan sorok Aiden dengan sengaja. Aiden sakit dan takkan pulih kalau dia pulang ke alam kau sekarang. Kau akan tahu nanti. Sekarang kau kena percaya kami. Kalau kami berniat tak baik pada Aiden, aku takkan gantikan tempat Aiden’ Terang Daffa Haiyan.
Aryanna berhenti menangis, hanya esakan kecil masih kekal. Dia memerhatikan dua lelaki didepannya. Wajah yang saling tidak tumpah kecuali mata mereka.
‘Demi Allah Aiden selamat? Mane dia?’ soal Aryanna.
Daffa Haiyan dan Dahin Haiyan angguk serentak 'Ayah kami jaga dia'
‘Korang ni ape? Bunian?’ soal Aryanna lagi.
Daffa Haiyan dan Dahin Haiyan saling berpandangan lalu menggelengkan kepala serentak. Mereka sendiri tidak tahu apakah istilah tepat yang digunakan manusia untuk golongan mereka.
‘Lepas tu apa? Hantu?'
Daffa dan Dahin menepuk dahi. 'Bukan!'
'Vampire? Werewolf?’ soal Aryanna lagi bertalu2. Kali ini suaranya sudah sedikit tenang sambil mengesat airmatanya.
Dahin Haiyan mengeluh. 'Bukan!!!' tempiknya geram. Daffa hanya geleng.
'Pas tu ape? Goblin?'
‘Go...goblin? Ousshh....budak ni! Kau ni banyak sgt tengok drama pelik kau tu kan?’ Dahin Haiyan menepuk dahinya lagi. Daffa Haiyan hanya tersenyum.
‘Budak ni dari kecil sampai besar tak betul otak dia!’ tokok Dahin Haiyan, mengacah mahu menarik anak panahnya dari belakang.
Daffa Haiyan menepuk belakang kepala adiknya itu.
‘Lepas tu apa?’ Aryanna masih mengharapkan jawapan.
‘Kami makhluk tuhan juga. Bangsa yang menjaga hutan dan hidupan didalamnya. Kami bukan jahat, Aryanna’ jawab Daffa Haiyan tenang.
‘Entahnya kalau jahat dah lama aku angkut kau bawak balik tadi. Menyakitkan hati!' tambah Dahin Haiyan. Daffa Haiyan merenung tajam adiknya itu sambil menggelengkan kepala.
‘Islam?’
‘Aishhhh dia ni banyak tanya la. Yela! Kalau dah makhluk tuhan dan baik macam ni islam la!’ bentak Dahin Haiyan. Daffa Haiyan mencubit lengan Dahin. Dahin Haiyan menggosok2 lengannya yang sakit.
‘Al-fatihah!’
‘Apa???’ bulat mata Dahin Haiyan mendengarkan Aryanna.
‘Baca!’ desak Aryanna.
Daffa Haiyan dan Dahin Haiyan sekali lagi berpandangan. Mengeluh perlahan sambil serentak membaca surah itu.
‘Dah? Puas hati? Ke nak aku azan kat telinga kau!’ Dahin Haiyan menjeling tajam.
Daffa Haiyan tertawa kecil. Reaksi muka Aryanna saat itu menghiburkan hatinya. Dia tahu dengan rasa takut, resah bercampur baur, gadis itu tetap cuba memberanikan diri. Kerana itu dia semakin mengagumi gadis itu.
‘Aku tak boleh jumpa Aiden ke?’
'Kenapa? Kau rindu dia ke?' soal Dahin Haiyan namun matanya melirik Daffa.
‘Tak perlu. Kau tak boleh masuk alam kami. 30hari lagi kami pulangkan Aiden. Aku dah tengok dia malam tadi. Dia dah makin pulih. Kalau Aku cerita pun Kau takkan faham' jawab Daffa Haiyan tenang. Tidak mahu melayan usikan adiknya itu.
Aryanna angguk lemah. Rela atau terpaksa, dia tetap perlu akur dan percaya kedua2 makhluk didepannya.
‘Kau! Kenapa kau kata aku tak ingat janji aku? Dan kenapa kau kata sejak dari kecil?’ Aryanna menunding jarinya kepada Dahin Haiyan.
Dahin Haiyan terpinga-pinga lalu memandang Daffa Haiyan. Daffa Haiyan menggetap giginya ‘Ishhh kau ni! Baru terjawab soalan dia semalam. Ni kau buat dia tanya soalan lain plak!!!’ bisiknya pada Dahin Haiyan. Dahin Haiyan sekadar tersenyum simpul.
‘Good Luck! Oppa fighting’ balasnya berbisik pada Daffa Haiyan sebelum berlari pantas menyelinap dicelah2 pohon hutan itu meninggalkan Daffa Haiyan dan Aryanna Delara.
'Aishhhh! Dahinnnn!!’ jerit hatinya dan tersenyum kelat memandang Aryanna yang setia menanti jawapan.
'Haha...Dahin merepek je tu. Dia memang macam tu. Ignore him' agak tergagap Daffa Haiyan menjawab soalan Aryanna kepada Dahin Haiyan tadi. Dia tidak mahu bercerita kisah yang belum kembali dalam ingatan Aryanna Delara.
Share this novel