Suasana Glamping Resort itu riuh rendah dengan suara para pelajar berbual satu sama lain. Dahin Haiyan dan Adan berdiri agak jauh, tidak mahu mendengar hiruk pikuk suara manusia. Sekadar memerhati Aryanna, Damiya dan Aiden yang berada bersama kumpulan pelajar itu.
Di resort inilah juga kali pertama dia bertemu Aryanna di alam manusia. Kali pertama dia melanggar larangan Walid kerana terlalu marahkan Aryanna yang melayan Daffa Haiyan dengan dingin. 'Arghh...bodohnya aku masa tu' keluhnya sendiri.
'Kenapa?' soal Adan melihat Dahin tiba2 mengeluh.
'Aku teringat kat resort ni la first time aku langgar pesan Habib sebab aku marah sangat dengan Aryanna. Aku tak tahu rupanya janji dia dan Daffa tu Hijazi yang rancang. Aku heret dia masuk ke hutan tu sampai dia menangis' Dahin Haiyan mengeluh lagi.
'Oo sebab tu yang kau kena marah dan belasah dengan Walid dulu tu?' soal Adan lagi sambil tertawa kecil.
Dahin Haiyan menyiku perut Adan. 'Kau tak payah nak ingatkan aku benda tu'
'Aku takut fikir apa yang bakal berlaku, Adan' tambah Dahin Haiyan.
'Walid masih belum ketemu cara ke nak pulihkan Daffa?' soal Adan ingin tahu. Setahu dia Habib bukan calang2 ilmunya.
'Ini bukan kes kerasukan, Adan. Dari datuk aku dulu cuba cari jalan nak pulihkan Hijazi tapi gagal' jawab Dahin dengan keluhan yang berat. Dia sebenarnya bimbangkan kenyataan itu. Andai tiada cara pulihkan Daffa Haiyan, apakah yang akan terjadi?
'Aku kesal kita terperangkap dengan Hijazi dulu. Kalau tidak Daffa tak jadi macam sekarang' giliran Adan pula mengeluh. Galau hatinya memikirkan Daffa Haiyan yang merupakan sahabat baik dan juga Ketuanya.
'Jangan ingat yang dah berlaku, Adan. Tak mungkin kita dapat ulang semula masa' tutur Dahin menyedapkan hati meskipun dia turut menyesali perkara itu.
'Kenapa tidak Walid paksa saja Daffa balik. Kita heret saja dia'
'Walid lebih tahu. Kau rasa andai Daffa dicabar dan dia sepenuhnya menjadi seperti Uzza, kau dan aku boleh hadapi ke? Walid curi masa, kalau Daffa sepenuhnya bertukar jadi seperti mereka, habis alam kita dan alam manusia. Kau tahukan dia waris 7 Tenrog. Kalau dia bukan waris 7, dia sudah sekelip mata jadi seperti mereka seperti Hijazi dulu. Tapi sebab kelebihan dia tu lah dia masih boleh bertahan masih ada sisa jiwa dia yang sebenar'
'Hrmmm...betul cakap kau. Tapi kau tak rasa ke seolah sejarah Hijazi dan Lufiya yang Walid ceritakan tu macam akan berulang?' Adan meluahkan curiga dihatinya.
'Ya. Aku memikirkan perkara yang sama. Tapi aku lebih takut kali ni' balas Dahin.
'Kenapa?' soal Adan ingin tahu.
'Kalau dulu Hijazi, kini Daffa. Kalau dulu Lufiya, kini Aryanna. Tapi dalam masa yang sama Aryanna itu bagai bayang Syed Mubhasyir. Aku tak mampu bayangkan andai benar ia berulang, bagaimana Aryanna akan berdepan semua ni? Apa pilihan yang dia akan buat?' tambah Dahin Haiyan sambil merenung ke arah Aryanna.
Aryanna Delara menoleh kearah Dahin Haiyan dan Adan yang bersandar disebuah pohon rendang agak jauh sedikit dari tempat dia berada. Dia senyum sendiri. Dengan pakaian serba hitam mereka dan Dahin lengkap dengan busur panahnya dibelakang, Adan pula dengan pedang. Bagai pahlawan yang mahu turun berperang. Aryanna menggeleng kepala, entah apa yang dirisaukan Dahin dan Adan sehingga kembali berpakaian sebegitu.
'Kau tengok apa?' soal Aiden melihat kearah pohon yang dipandang Aryanna.
'Aku nampak ada makhluk kat pokok tu' jawab Aryanna.
'Ishh...kau ni siang2 buta mana ada hantu. Jangan takutkan aku' balas Aiden. Wajahnya berubah.
Damiya tertawa. Dia tahu Aryanna maksudkan Dahin dan Adan. Pasti mereka berada disitu. 'Tak yah takut, bukan hantu, diaorang tak seram pun.. handsome je'
Aryanna pula tertawa mendengar Damiya mencelah. 'Stupid la kau, Dami'
'Korang berdua ni jangan macam2. Ni kawasan hutan tau tak!' tegur Aiden melihat Damiya dan Aryanna yang sedang tertawa.
'Yela' jawab Damiya menutup mulut. Aryanna turut berhenti tertawa.
'Aryan. Let's go. Nak start training' panggil Faisal. Pelajar-pelajar sudah menanti untuk memulakan program.
'Aku dan Aiden pergi jumpa Rita ngan Aidil dulu tau' ujar Damiya. Sudah lama dia tidak berjumpa mereka. Sejak dia keluar negara, dia sudah tidak turut serta menjadi fasilitator bersana Rita dan Aidil. Jika tidak disini la dia dan Aryanna menghabiskan cuti sekolah.
Aryanna memandang pelajar2 dan beberapa orang guru yang berkumpul didepannya. Seramai lebih kurang 20 orang. Mereka semua leka mendengar penerangan yang diberikan jurulatihnya. Menurut jurulatihnya, Faisal pelajar2 itu adalah pengawas sekolah dan kem yang mereka hadiri hari ini adalah kursus kepimpinan. Aryanna tersenyum, dia betul2 rindukan zaman persekolahan.
'Ok, faham tak tentang self defense yang saya terangkan? Berapa ramai sini yang ada tali pinggang hitam?' soal Faisal. Hanya seorang pelajar yang mengangkat tangan.
'Mari ke depan. Nama siapa?' panggil Faisal kepada pelajar lelaki yang mengangkat tangan itu.
'Syafiq' jawab pelajar itu dan berdiri disebelah Faisal.
'Syafiq Kyle?' usik Faisal. Semua pelajar ketawa. Syafiq hanya tersengih2.
'Aryanna, come' Faisal memanggilnya. Aryanna melangkah menghampiri Faisal.
'Syafiq, awak rasa kalau penyerang awak macam trainer Aryanna ni. Boleh awak selamatkan diri? Awak ade black belt kan?' soal Faisal.
Syafiq memandang Aryanna. Cuba mengagak. Gadis itu kurus sekitar 56kg, tinggi 170cm, lebih rendah darinya. Berbaju t-shirt, jeans, sneakers dan bertopi.
'Akak ni cantik sangat la coach, tak sampai hati' jawapan Syafiq mengundang riuh rendah pelajar lain.
Aryanna senyum senget, menarik topinya ke belakang. Walaupun geram dengan usikan pelajar lelaki itu, dia kena kekal in character. 'Kau tunggu jap lagi' bisik Aryanna sendiri.
'Ok, Aryanna. Culik budak ni. Syafiq, pandai2 awak selamatkan diri' arah Faisal.
Aryanna senyum, matanya tajam merenung Syafiq. Dia kemudian berjalan menghampiri Syafiq. Pelajar itu nampak gelisah namun mula memasang kuda2 nya. Aryanna tertawa kecil. 'Black belt taekwondo' duganya dalam hati.
Saat Aryanna menghampirinya, Syafiq cuba pertahankan diri. Cuba melepaskan beberapa tumbukan. Namun Aryanna mengelak dengan tenang. Dengan kedua tangannya dibelakang, dia hanya mengelakkan kepala sahaja. Aryanna kemudian mengeluarkan tali dari poket jeansnya.
Syafiq mula geram bercampur panik. Entah kenapa wajah cantik tadi kini sudah bertukar ngeri pada pandangannya. Dia mula menghalakan side kick, back kick namun semua ditepis mudah oleh Aryanna. Syafiq bagai mula hilang fokus, Aryanna pantas berpusing ke belakang Syafiq. Memeluk kuat tubuh lelaki itu dari belakang, kedua tangan Syafiq bagai terkunci. Dia gagal bergerak. Aryanna menghentak perlahan belakang lutut Syafiq, terduduk lelaki itu ke tanah. Direbahkan tubuh Syafiq dengan pantas dan mengikat kedua tangan Syafiq ke belakang. Aryanna kemudian bangun dan menepuk2 tapak tangannya yang ada kesan tanah. 'Done!' ujarnya.
'Dah, awak dah kene culik dah, Syafiq. Sape nak tolong Syafiq?' soal Faisal berseloroh. Semua pelajar diam. Kalau Syafiq yang ada black belt dah tersungkur macamana pula mereka? Masing2 tidak berani bangun.
'Telefon polis!' jerit seorang pelajar perempuan.
'Bijak! Betul! Dah nampak kawan kena culik, telefon polis segera. Bukan tolong pergi lawan penculik, nanti dengan awak sekali kena culik' balas Faisal sambil membuka ikatan tangan Syafiq dan meminta Syafiq masuk semula kedalam kumpulan.
'Self defense bukan tentang betapa hebat awak mampu melawan. Awak takkan tahu siapa lawan awak. Apa tujuan mereka. Contoh, Trainer Aryanna ni' Faisal memaut bahu Aryanna.
'Nampak kurus, cantik macam baik tapi ni trainee untuk jadi MMA Figther dalam akademi saya. Jadi kalau lawan awak lebih hebat macamana awak nak melawan? Apa saya pesan tadi perkara paling penting dalam self defense?' sambung Faisal dengan suara agak keras.
'Run!!!!!' jawab mereka.
'Ya. Run! Syafiq, waktu saya kata Aryanna culik dia, patut awak buat apa?' soal Faisal.
'Lari!!' jawab Syafiq dan pelajar2 lain.
'Kalau awak di grab dari belakang macam ni' Faisal menyarungkan head safety dikepala dan mula melakukan demo, memeluk kuat Aryanna dari belakang. Aryanna yang sudah biasa dengan demo itu terus bertindak, menghentak kaki Faisal dengan kakinya dan menghentak kepalanya kebelakang, mengenai muka Faisal. Pegangan tangan Faisal terlerai dan Aryanna pura2 berlari.
'Faham tak?? Jangan tunjuk hero dengan penjenayah!' jerkah Faisal.
'Faham Coach!!' jawab mereka semua.
Setelah hampir 3 jam sessi demo self defense itu, mereka berhenti berehat. Aryanna duduk disebelah Dahin dan Adan dibawah pohon rendang itu. Membelek2 lengan dan kakinya. Pelajar perempuan lebih cepat panik. Habis kesan cakaran kuku dilengannya dan kakinya sakit dipijak berkali2.
'Kau tak sakit ke buat benda tu?' soal Dahin.
'Sakit lar. Tu nasib aku pakai safety gear, kalau tak lagi teruk mahu patah hidung aku ni' rungut Aryanna tapi dia sudah biasa mengikuti Faisal melakukan demo itu.
'Buat ape kau nak ajar diaorg benda tu?' soal Adan pula.
'Safety la. Zaman sekarang dunia aku ni, kes culik, rogol, macam2 kau tahu tak? Ni ikhtiar kerajaan bagi ilmu kat pelajar' jawab Aryanna.
'Berapa lama lagi kau kena buat tu?' tanya Dahin risau.
'Habis dah. Kami punya session 3jam je. Budak2 ada kem kepimpinan. Program kami di selit je. Tapi cikgu minta kami stay sampai malam, ada dinner bbq malam ni. Aku stay, korang nak balik pergi la' balas Aryanna.
'Kau buat lawak ke? Nak kami tinggalkan kau dengan Aiden kat sini?' keluh Dahin.
Aryanna sudah mengagak jawapan itu keluar dari mulut Dahin. Dia cuma bimbang Dahin dan Adan bosan berada disitu. Dari jauh kelihatan Aiden dan Damiya menghampirinya.
'Kau ok ke? Coach Faisal kata kau luka2' soal Aiden dengan wajah risau dan menarik lengan Aryanna. Mengeluarkan handsaplast dari emergency kit yang diberikan Faisal kepadanya tadi dan menampal pada luka2 dilengan Aryanna.
'Sikit je la. Kecoh la kau ni. Aku dah biasa dah' balas Aryanna.
'Ni sikit je Aiden. Abang Dani pernah hantar gambar dia sampai berdarah bibir, lebam2' tambah Damiya sambil membuka kasut dan stokin Aryanna. Memeriksa kaki gadis itu.
'Arghh...argh...sakit la, Dami. Slow2 la' rungut Aryanna. Damiya menjeling tajam.
'Cari pasal..Kau tak ada hobi lain ke? soal Aiden pula meletakkan ice dikaki Aryanna.
'Tak de!' jawan Aryanna selamba. Membuka topi dikepala dan mengikat rambut hadapannya yang kini mula panjang menutupi mata.
'Comel!' Aiden tersenyum memandang Aryanna. Damiya buat muka pelik. Aryanna sekadar menggeleng kepala.
'Hahh???!!...Oushhh!!' Adan mengeluh. Mengacah mahu menumbuk kepala Aiden. Sakit hatinya melihat telatah Aiden Adrien. Dahin ketawa melihat muka Adan yang bagai tidak puas hati.
***
'Aku rindu zaman sekolah, Dami' ucap Aryanna sambil memerhati pelajar2 yang bergelak-tawa sambil sibuk membakar hidangan makan malam itu, ayam, kambing, daging dan pelbagai seafood. Mereka bergurau senda satu sama lain.
'Ermmm...aku pun. Sekarang study kau tak ada dengan aku. Aku rindu nak belajar dengan kau, pergi sekolah dengan kau' balas Damiya dengan suara seakan mahu menangis.
'Aku pun rindu nak tengok kau tepi padang, dengan rambut kau yang panjang lurus kena ditiup angin. Ayu sangat nampak. Tapi tiba2 bila masa main bola, musnah terus ayu kau...Weyyy Aiden...kau giler ke hahh?....bodoh ke?....nak mati ke?' Aiden mengejek gaya Aryanna yang masih segar dalam ingatannya itu.
'Kau giler heh??' balas Aryanna.
'Hahh...tengok tu' Aiden menunding jari ke muka Aryanna. Aryanna menjeling tajam.
Damiya tertawa kecil 'Cuba la kau lembut skit dengan Aiden. Bagi beza sikit dengan orang lain'
'Kann Dami. Aku suh bahasa I, you tak nak..Baby...sayang..tak nak. Oppa tak nak!' rungut Aiden bergurau.
Aryanna buat tak dengar. Malas melayan kerenah Aiden.
Semakin galak Damiya ketawa 'Lambat lagi la kau nak dapat tu?'
'Bila?' soal Aiden.
'Tunggu kalau kau kahwin dengan dia nanti' jawab Damiya.
'Will you marry me?' soal Aiden pada Aryanna sambil berpura2 melutut.
'No!' jawab Aryanna selamba.
'Hrmmm...kena reject lagi' seloroh Aiden lalu kembali duduk.
'Kau tunggu kena reject 1000 kali dulu' tokok Damiya.
'Kau jangan ungkit benda tu. Tu zaman tak matang aku' ujar Aiden. Mukanya merah mengingati kebodohan permintaannya pada Aryanna dulu.
Dua orang pelajar perempuan menghampiri mereka. Menghulurkan 2 pinggan berisi makanan yang siap dibakar.
'Terima kasih, dik' ucap Damiya.
Kemudian kedua pelajar itu memandang Aiden lama. Aiden terpinga2.
'Ermm...oppa, boleh tak nak mintak IG dengan TikTok? Kalau boleh bagi no phone pun lagi ok' soal salah seorang dari mereka.
'Oppa??' bisik Damiya pada Aryanna. Aryanna buat muka loya.
Aiden tergamam dan pantas memandang Aryanna. Aryanna mengeluh dalam lalu bangun dari duduknya. Kemudian memandang kedua pelajar perempuan itu atas bawah.
'Excuse me. Awak tak tahu ke? Oppa ni boyfriend I. Awak jangan nak jadi penyondol pulak. Awak tahu kan ounnie ni ada black belt' ujar Aryanna dengan suara mengada sambil mengibas rambutnya, cuba meniru aksi2 Sofeya.
Terkebil2 kedua pelajar perempuan itu. Damiya menepuk kuat belakang bahu Aryanna. Dia tahu Aryanna sengaja mengusik. Aryanna kemudian ketawa tak sampai hati melihat wajah cuak dua pelajar perempuan itu. Aiden menggetap gigi geram.
'Sorry2 gurau je. Nah IG ngan tiktok oppa ni' aryanna menunjukkan handphonenya. Kedua pelajar itu mencari dihandphone masing2 akaun IG dan tiktok Aiden Adrien.
'No handpnone tak boleh tau. Nanti girlfriend oppa marah' tokok Aryanna.
'Ooo oppa dah ada girlfriend ke?' soal pelajar itu kepada Aiden. Aiden memandang Aryanna lalu mengangguk.
'Ounnie pun dah ada boyfriend ke?' soal mereka pada Aryanna pula.
'Hahh??? Ermmmm...ada kot...haha! Ok, dah pergi makan. Belajar dulu pandai2 ye' balas Aryanna. Dia kemudian menarik nafas lega lalu kembali duduk.
'Oppa...ounnie plak budak2 ni. Aduhai kpop jugak macam kau Damiya' rungut Aryanna.
'Ehhh...aku pulak. Hah..sape boyfriend kau? Kata kata ada boyfriend tadi' Damiya sengaja mengusik.
'Diam lah, Dami' bentak Aryanna. Memandang Aiden lalu tersengih bila melihat Aidem buat muka serius.
'Suka2 bagi IG TT aku kan?' keluh Aiden.
'Ehh...artis kan. Kena kumpul follower dari sekarang' jawab Aryanna sambil tersengih lagi.
'Aiden, Aryanna, Damiya' panggil Faisal.
Mereka bertiga kemudian menghampiri Faisal yang duduk bersama kumpulan pelajar dan guru.
'Ni diaorang tengok tiktok kau. Ada video kau nyanyi dengan Aryanna ni. Diaorang nak you all nyanyi' pinta Faisal.
'Pleaseee!!!!' rayu pelajar2 itu serentak.
'Ok!' jawab Aiden tersenyum. Dia kemudian berlari anak mengambil guitar yang ditinggalkan dimeja dia, Damiya dan Aryanna duduk tadi. Dia memang jarang berenggang dengan guitarnya. Sering membawa ke mana sahaja. Sambil berjalan semula kearah mereka, dia memetik guitarnya sambil mula menyanyi. Pelajar2 mula bersorak. Aryanna mengeluh seketika. 'Rewrite The Star'
~You know I want you
It's not a secret I try to hide
You know you want me
So don't keep sayin' our hands are tied
You claim it's not in the cards
And fate is pullin' you miles away and out of a reach from me
But you're hearin' my heart
So who can stop me if I decide that you're my destiny?
What if we rewrite the stars?
Say you were made to be mine
Nothin' could keep us apart
You'll be the one I was meant to find
It's up to you, and it's up to me
No one could say what we get to be
So why don't we rewrite the stars?
And maybe the world could be ours, tonight~
'Why pilih lagu susah?' bisik Aryanna pada Aiden yang sudah duduk disebelahnya.
'Revenge' bisik Aiden membalas.
Aryanna memejam mata. Menarik nafas dalam sebelum key untuknya masuk.
Aryanna tunduk bila usai rangkap terakhir lagu itu. Dadanya sebak. Lagu itu mengingatkan dia apa yang berlaku antara dia dan Daffa Haiyan. Dan entah kali ke berapa dia menahan airmata dari jatuh. Suara2 pujian dari mereka disekelingnya membuatkan dia menggagahkan diri tersenyum. Kemudian dia meminta izin untuk beredar ke tandas. Tidak mahu airmatanya mengalir didepan mereka. Damiya mengekorinya.
Dia membasuh wajahnya. Merenung seketika cermin.
'Kau ok ke?' soal Damiya.
'Hrmmmm....ok je. Jom balik'
'Ok. Jom ambik bag kau dan panggil Aiden' balas Damiya. Mereka kemudian kembali ke tempat makan malam.
Aryanna mencapai bagnya dan menggalas dibahu. Guitar dan bag Aiden Adrien masih ada disitu. Dia cuba mencari kelibat Aiden. Tiada.
'Aku tanya coach kau sekejap kalau dia nampak Aiden' ujar Damiya lalu pergi mendapatkan Faisal.
Aryanna menoleh ke arah Dahin yang berada tidak jauh darinya. 'Adan mana?'
'Tadi dia ikut Aiden' jawab Dahin.
'Aryan, coach kata Aiden pergi cari kita tadi' ujar Damiya sekembali dia selepas bertanya kepada Faisal.
Darahnya berderau. Dia memandang Dahin Haiyan. Dahin menggeleng kepala, dia sudah cuba berhubung dengan Adan, namun gagal.
'Dami. Kau dengar cakap aku. Kau pergi tunggu dengan Rita. Kau jangan keluar dan pergi mana2. Tunggu sampai aku datang. Kau suruh Rita minta mereka semua stay dalam kumpulan. Kalau ada apa2 yang pelik, kau terus call polis. Faham tak?' arah Aryanna kepada Damiya. Dia sudah tidak sedap hati.
'Kenapa ni, Aryan?' soal Damiya cemas.
'Aku dan Dahin nak pergi cari Aiden. Kau dengar tak apa aku pesan?' tanya Aryanna lagi.
'Tapi kau macamana?' Damiya enggan berganjak.
'Aku ada Dahin. Kau pergi sekarang' suara Aryanna keras.
Damiya akur. Dia mengangkat bag dan guitar Aiden dan berlalu menuju ke bilik urusetia Rita.
Setelah melihat Damiya masuk ke bilik itu, baru Aryanna menghampiri Dahin semula.
'Daffa?' tanya Aryanna pada Dahin .
'Mungkin. Aku tak dapat berhubung dengan Adan. Aku kena bagitahu Walid' Dahin resah.
'Nanti. Kita cari dulu' larang Aryanna.
Mereka mencari disekitar kawasan berhampiran namun tidak ada kelibat Aiden. 'Aiden, kau kat mana?'' bisik Aryanna sendiri. Peristiwa kehilangan Aiden setahun lalu mengganggu fikirannya. Jantungnya berdebar kencang.
Share this novel