Bab 27 : Pemilik Hati

Fantasy Completed 1367

Aiden Adrien merenung siling dibiliknya. Melihat kipas yang berpusing perlahan. Sesekali mengeluh. Dia bosan terperuk dirumah. Kakinya masih belum sembuh, menyukarkannya untuk bergerak ke kolej. Semalam Aryanna memaklumkannya bahawa dia sudah ke kolej. Hatinya meronta ingin ke kolej juga. Dan hari ini sudah seharian gadis itu masih tidak membalas whatsappnya.

Handphonenya berbunyi, dia segera mencapai. Namun hampa, pesanan itu bukan dari Aryanna. Tapi dari Sofeya yang menghantar beberapa keping gambar. Aiden memerhatikan satu persatu. Hatinya terbakar. Gambar Aryanna menarik tangan lelaki yang mereka jumpa di cafe tempohari, Daffa Haiyan. Malah beberapa keping gambar lagi menunjukkan mereka sedang berbual tentang sesuatu. Dan salah satunya ada gambar Daffa Haiyan memegang bahu Aryanna. Meskipun agak jauh, namun dari gambar itu dia tahu antara Aryanna dan Daffa Haiyan bagai ada sesuatu.

Aiden membaca text yang dikirim Sofeya.

'Aiden, perempuan macam ni ke yang you nak sangat. Budak lelaki ni baru je masuk kolej kita, dah dilayan perempuan tu. Tak boleh tengok lelaki handsome sikit, dia mula nak dekat. You suka perempuan macam tu ke?'

'Aiden! You faham tak I cakap ni? Reply me. Why you tolak I untuk perempuan macam ni? Worth it ke?'

Hatinya pedih. Dia tidak mahu membalas text itu. Handphonenya dicampak ketepi katil. Dipejamkan rapat matanya. Hatinya mula curiga.

Tuk...tuk...bunyi pintu biliknya diketuk. Dibiarkan sahaja. Malas untuk bangun. Moodnya sudah mati.

'Along!! Along!! Buka la pintu ni. Pekak ke?' tempik Amelia dari luar.

'Diamlah!!' jeritnya membalas.

'Ok fine. Duduk je dalam bilik tu. Adik bagitahu Kak Aryanna along tak nak jumpa dia. Adik suruh dia balik je!'

'Hahh??' Aiden bingkas bangun mendengar nama Aryanna. Dia terlompat2 ke pintu dek kerna kakinya yang masih sakit dan daun pintu dibuka. Amelia tercegat disitu.

'Sebut Kak Aryanna baru nak bukak!' tempelak Amelia.

'Adik tipu kan!' duga Aiden.

'Tengok la sendiri' jawab Amelia malas. Dia kemudian menuruni tangga ke bawah.

Aiden menjengah kepalanya ke bawah. Kelibat Aryana kelihatan berdiri diruang tamu sambil melihat2 gambar2 dirak televisyen. Jantungnya berdegup laju. 'She is here? Why?'

Dia kemudian berlari semula ke bilik. Melihat2 dirinya dicermin. Membetulkan rambutnya yang kini sudah dipotong pendek. Membelek seketika tshirt dan seluar yang dipakainya. Setelah berpuas hati baru la dia perlahan2 turun dengan kakinya yang masih terhencut2.

'Assalamualaikum' sapanya pada Aryanna yang leka melihat gambar2 dia dan keluarganya.

'Walaikumussalam' Aryanna menoleh dan wajahnya terkejut 'What happen to your hair?'

'I cut it. Kau suruh. Why? Tak ok ke?' soal Aiden mendekati Aryanna.

'Tak de lah. Terkejut je. Aku main2 je suruh kau gunting tu. Tapi kan rambut kau pendek macam ni teringat kau zaman sekolah, muka playboy' Aryanna tertawa.

'Bila masa aku playboy? Aku suka kau sorang je dari dulu' balas Aiden lalu duduk.

'Ermm...ye la tu. Kaki kau masih tak ok ke?' soal Aryanna pula sambil duduk di sebelah Aiden.

'Belum boleh jejak lagi. Tapi aku nak pergi kolej dengan kau' rungut Aiden.

'Boleh je. Naik wheelchair la, aku tolak' Aryanna tertawa.

'Kau ni, bukan nak kesian kat aku'

'Aku kesian la aku datang ni. Nak tengok kau'

'Kau tak de kelas ke?'

'Habis kelas tadi, aku terus kesini'

'Kak Aryanna, Along. Minum la air ni. Along, ni cookies Kak Aryanna bawak, try la, sedap' Amelia meletakkan dulang air dan sepiring cookies diatas meja kopi.

'Kau buat sendiri ke?' soal Aiden sambil mencapai cookies chocolate didalam piring.

'Hrmmm' Aryana mengerutkan wajahnya. Pertama kali dia membakar cookies. Damiya menyuruhnya jangan pergi melawat Aiden dengan tangan kosong. Buat sendiri lebih baik. Dan seperti biasa, dia tak berani membantah Damiya.

'Pandai kau buat cookies' puji Aiden.

'Kau dengan Amelia serius lar..betul ke sedap. Tu first time aku buat tu' soal Aryanna.

'Hahh? First time Kak Aryanna? Serius? Tapi sedap. Aaa...mungkin sebab letak banyak sangat kasih sayang ni' usik Amelia.

'Haha...ye ke?' wajah Aryanna merah. Aiden tersenyum.

'Borak la dulu, adik kat dapur jap. Minum ye Kak Aryanna' ujar Amelia sebelum berlalu.

'Terima kasih, Amelia' balas Aryanna.

'Kau datang sebab rindu aku ye?' usik Aiden.

'Ye. Aku rindu kau' jawab Aryanna tenang.

Aiden Adrien telan liur. Jantungnya berdegup laju. Darah bagai laju mengalir ke wajahnya. Dia terkedu.

Aryanna ketawa. Lucu melihat reaksi wajah Aiden Adrien mendengar jawapannya. Dia tahu Aiden mengusiknya. Cuma kali ini dia ingin membalas dengan cara yang berbeza.

'Kelakar la muka kau. Blushing kenapa? Tiberr sgt. Usik aku lagi' ujar Aryanna.

'Kau ni. Ingat betul2 rindu aku' Aiden buat muka hampa.

'Iye la. Betul la. Kau kata kalau teringat tu rindu. So betul la tu' seloroh Aryanna.

Aiden menguntum senyum. Namun tiba2 pesanan whatsapp Sofeya tadi menerjah mindanya. Dia memandang Aryanna yang juga tersenyum memandangnya. Apa yang disembunyikan gadis itu?

'Aiden, aku nak cakap sesuatu ni' Aryanna bersuara.

'Cakap lah' balas Aiden. Hatinya berdebar. Sedikit bimbang.

'Daffa Haiyan. Kau ingat tak dia?' Aryanna cuba menduga.

Aiden menggeleng. Arhh...kenapa nama lelaki disebut Aryanna. Dalam hatinya berharap jangan Aryanna meluahkan yang lelaki itu telah mencuri hatinya atau pernah ada dalam hidupnya. Dan jangan lah lelaki itu yang dimaksudkan Aryanna pada Daniyal dihospital tempohari.

'Dia lafaz 1000' ujar Aryanna. Hanya itu mampu dia luahkan menyedari ingatan Aiden Adrien pada Daffa Haiyan sememangnya telah tiada. Telah dihapuskan oleh Daffa sebelum Aiden pulang ke alam mereka.

Aiden mengerutkan dahinya. Baru dia teringat nama itu yang disebut Aryanna dalam video yang ke 1000. Ya, Daffa Haiyan, kini dia ingat dimana dia pernah mendengar nama itu. 'Ok, aku ingat. Kenapa dengan dia?' soal Aiden dengan suarayang mendatar.

'Dia ...' Aryanna bingung. Tidak tahu apa yang harus dijelaskan pada Aiden. Namun dia tidak mahu menjadi salah faham pada Aiden. Dia sudah berjanji akan menjaga perasaan lelaki itu.

'Jangan cakap dengan aku, kau ada relation apa2 dengan dia or kau nak tolak aku dan pilih dia, Aryanna. Please!' Aiden tunduk. Hatinya merasakan ada yang tidak kena dengan lelaki bernama Daffa Haiyan itu. Cara dia memandang Aryanna ketika di cafe tempohari bukan pandangan lelaki2 biasa yang sebelum ini ada saja cuba mendekati gadis itu. Dadanya berdebar menanti jawapan dari Aryanna, tidak sanggup menatap wajah Aryanna.

'Tak. Bukan. Aku tak tahu macamana nak jelaskan pada kau. Tapi kalau aku bagitahu kau dia adalah masa lalu aku, yang sukar untuk aku ceritakan, boleh tak kau jangan persoalkan? Aku tak nak kau fikir bukan2 sebab tu aku bagitahu kau sendiri' jelas Aryanna.

'Aku takkan tanya perkara yang boleh menyakitkan kau. Cuma aku nak tahu antara aku dan kau, tak merubah apa2 kan walaupun dia datang semula?' soal Aiden.

'Ya...aku takkan ubah apa2. Aku dah janji dengan kau kan!' balas Aryanna.

'Ok. Itu cukup untuk aku. As long as kau masih dengan aku. Aku tak mahu tahu perkara lain. Thanks you told me about him' Aiden menarik nafas lega. Dia tidak mahu ungkit kisah lalu Aryanna meskipun hatinya ingin tahu. Dia tidak mahu keiginannya itu merosakkan apa yang dia ada hari ini. Cukup baginya Aryanna masih berpegang pada janji. Dan dia lega dan syukur gadis itu jujur dengannya. Segala tanggapan Sofeya terhadap Aryanna kini terpadam.

'Terima kasih, Aiden' ujar Aryanna.

'Kasih diterima' balas Aiden tersenyum.

'Ishhh...' keluh Aryanna. 'Hahh...ni aku nak bagitahu. Semalam girlfriend fake kau tu marah2 aku. Konon kau sakit sebab aku. Memang la aku tahu sebab aku. Tapi perempuan tu... eiii..Geram betul aku. Aku rasa nak tumbuk muka dia' Aryanna cuba mengubah topik. Tidak mahu berbicara lebih lanjut soal Daffa Haiyan.

Aiden ketawa, gembira suasana yang agak suram tadi kembali ceria dengan riak wajah Aryanna yang menahan geram sambil menggumam itu. 'Kenapa kau tak tumbuk je?' soalnya.

'Giler ke? Anak orang lar?' jawab Aryanna, suaranya mengendur. Kalau ikut perangai zaman sekolahnya, memang Sofeya itu sudah makan penamparnya.

'Kau kata dia girlfriend fake. So girlfriend original aku sape?' Aiden tersengih2.

'Malas nak jawab soalan kau!' Aryanna mencebik.

'Jawab la, please' rayu Aiden.

'Malas!'

'Hrmmm...' Aiden mengeluh. Masih susah untuk dia mendengar pengakuan Aryanna walaupun dalam gurauan, apatah lagi mahu mendengar gadis itu berkata sayang padanya.

Aryanna kemudian menyoal 'Kau percaya aku kan? Walau apapun kau percaya aku kan?'

Aiden terpinga seketika dengan soalan Aryanna yang secara tiba2. 'Sure! Why?'

'Mulai hari ini kau dengar apa yang aku cakap je. Tolong jangan dengar dari orang lain. Tolong jaga dan kawal diri kau. Daffa Haiyan akan satu kelas dengan kau. Kau tolong hanya dengar dari aku saja. Dan jangan babitkan diri dengan dia. Boleh?'

'Kau cakap macam ni buat aku curious' Aiden bersuara bimbang.

'Janji dengan aku. Kau faham tak ni, Aiden?' desak Aryanna dengan lembut.

'Ya, aku faham. Aku dengar kau je' Aiden mengalah.

'Ok. Thanks' ujar Aryanna menghembus nafas lega walau hakikatnya dia bimbangkan keselamatan Aiden. Tidak tahu apa yang berada dalam perancangan Uzza. Mampukah dia dan Dahin Haiyan melindungi Aiden Adrien. Aryanna bagai dapat merasakan Aiden akan digunakan oleh Uzza untuk mendapatkannya.

Selesai berbual sekitar hampir 2 jam, Aryanna meminta diri untuk pulang. Aiden hanya memerhatikan Aryanna meninggalkan perkarangan rumah dengan motorbikenya. Gembira dengan kedatangan Aryanna namun banyak persoalan dalam dirinya. Aryanna dilihat bagai risaukan dirinya. Meskipun dia merasa bahagia melihat sikap Aryanna yang semakin mengambil berat akan dirinya namun gadis itu masih bagai menyembunyikan sesuatu. 'Arghh...susahnya membaca kau Aryanna' kesah hatinya.

Aryanna memberhentikan motorbikenya di tepi tasik buatan tidak jauh dari rumahnya. Membuka helmet dan menoleh ke arah Dahin Haiyan yang baru sahaja melompat turun dari kudanya, Wardu. Lelaki itu sudah menjadi bayang2nya sejak akhir2 ini. Dia turun dari motorbike dan berjalan ke tepi tasik lalu duduk dipinggir. Suasana tasik tenang petang itu, sesekali beberapa pasang manusia yang berjogging melewatinya.

'Apa yang kau fikirkan sampai jauh termenung?' soal Dahin Haiyan yang duduk disebelahnya.

'Aku risaukan Aiden' jawab Aryanna jujur.

'Hrmmm...aku pun. Kau pun rasa apa yang aku rasa?' soal Dahin lagi menduga.

'Mungkin. Aku rasa mereka akan gunakan Aiden untuk aku mengalah' keluh Aryanna lalu mencapai seketul batu kecil dan dilemparkan ke tasik.

'Jika Daffa gagal pujuk kau, mungkin mereka akan gunakan Aiden' tokok Dahin Haiyan. Dia juga menjangkakan perkara yang sama.

'Apa perlu aku buat, Dahin?' Aryanna memeluk lututnya. Pandangannya di arahkan ke tengah tasik.

'Kau betul2 sayangkan Aiden?' soal Dahin tanpa menjawab pertanyaan Aryanna.

'Ya' jawab Aryanna pendek.

'Seperti kau sayangkan Daffa?' duga Dahin lagi.

Aryanna mengeluh, perlahan dia menggeleng. 'Aku sayang dia macam aku sayang Damiya. Mungkin belum sampai masanya. Mungkin suatu hari nanti aku mampu sayang dia macam Daffa. Aku tak tahu, Dahin. Aku tak ada jawapan'

'Kau terima Aiden sebab apa Aryanna?'

'Aku tak tahu, Dahin. Hati aku rasa macam tu. Mungkin juga sebab Daffa izinkan Aiden untuk aku' Aryanna hanya menebak.

'Ya. Maaf apa yang aku akan cakap ni tapi hakikatnya sebab Daffa, Aryanna. Kerana kalau ikut janji kau dan Daffa, hati kau tak mudah untuk terima sesiapa. Tapi Daffa mungkin sudah dapat agak benda ni jadi waktu kejadian dengan Hijazi dulu, Daffa sudah lafaz izinnya pada Aiden' suara Dahin perlahan. Diingatannya terbit peristiwa hitam itu. Dan wajah lemah Daffa Haiyan ketika berbicara dengan Aiden ketika itu.

'Salahkah apa aku buat pada Aiden? Aku ikhlas untuk terima dia. Tapi hati aku masih ada Daffa'

'Tak salah Aryanna. Daffa dan aku tahu Aiden memang sayangkan kau. Sebab itu Daffa relakan. Mungkin satu hari nanti kasih sayang Aiden akan buat kau betul2 sayangkan dia. Apapun janji kau dan Daffa, Allah lebih kuat lagi janjiNya. Kau yakin itu'

'Ya. Aku pegang itu. Tipu kalau aku tidak ada keinginan untuk hidup dengan Daffa. Tapi aku tahu hukum alam yang dah ditetapkan. Memang terlalu sakit untuk aku terima hakikat tu tapi aku harus terima apa sekalipun. Tak mungkin aku boleh hidup dengan Daffa' suaranya sebak, airmata dibiarkan mengalir. Hatinya merindui Daffa Haiyan. Rindu yang sukar difahami sesiapapun.

'Aku kagum dengan kau, Aryanna. Menurut Walid, moyang kau, Lufiya juga sama seperti kau. Wajah yang saling tidak tumpah. Dan pendirian yang sama. Meskipun Lufiya juga mencintai Hijazi namun dia masih pegang hukum alam' ujar Dahin mengingati kata2 Walid memuji kecantikan Aryanna yang diwarisi dari nenek moyangnya.

'Apakah sejarah tu akan berulang kembali, Dahin? Aku tak mahu Daffa menjadi seperti Hijazi. Mampu ke kita Dahin, untuk pulihkan dia?'

Dahin Haiyan diam seketika. Tiada jawapan yang mampu diberikan. Sekadar memandang wajah Aryanna yang kebasahan dek airmata. Sejak dia menemani gadis itu, belum ada hari yang gadis itu tidak menangis. Lagaknya tenang di depan semua orang disekelilingnya namun tangisannya bersendiri.

'Kadang2 aku berharap aku betul2 gila, Dahin. Aku betul2 sakit jiwa dan kau, Daffa betul2 hanya imaginasi aku. Biarlah aku sakit jiwa dan semua ini hanya mimpi aku sendiri. Daffa tidak terseksa sebab aku. Dan kau tidak menyesal kenal Aryanna Delara'

'Aku tak pernah kesal kenal kau, Aryanna. Dan aku yakin Daffa pun sama. Golongan aku yang memulakan sengketa ni. Bukan kau' ujar Daffa. Dia sedar punca kekusutan 2 alam ini adalah berpunca dari keturunannya sendiri.

'Aku nak jumpa Walid' Aryanna bersuara, menyeka airmatanya dan memandang Dahin Haiyan dengan pandangan serius.

'Untuk apa? Tiba2 kau ni..' Dahin bingung. Aryanna sering saja begitu. Sering mencetuskan situasi penuh tanda tanya. Apa yang bermain difikiran gadis itu terlalu misteri. Dia adakala tiba2 menangis, dan beberapa ketika tiba2 berubah emosi. Bagaikan fikirannya sentiasa berfikir meski dalam emosi yang tidak stabil.

'Aku rasa Walid pasti tahu apa yang aku boleh lakukan. Pasti Lufiya juga melakukan sesuatu hingga moyang aku, Syed Mubhasyir menemui Lufiya yang Hijazi sembunyikan. Betul tak?' soal Aryanna dengan riak wajah yang beria2.

'Kau ni...ishhh aku tak faham la. Kau fikir apa ni?' Dahin mengalihkan pandangannya dari Aryanna. Walid sudah berpesan untuk dia hanya menjaga Aryanna sehingga Walid menemui jalan memulihkan Daffa. Jangan sesekali membahayakan nyawa gadis itu.

Melihat Dahin Haiyan yang bagai sengaja enggan menjawab pertanyaannya, Aryanna kemudian menarik tangan lelaki itu dan meletakkan tapak tangan lelaki itu menutupi matanya. 'Cepatlah, bagi aku cakap dengan Walid kau!'

Dahin Haiyan bertambah bingung. 'Ishhh...kau buat apa ni? Orang lalu lalang ni tengok kau. Kau nak orang ingat kau gila ke?'

'Biarlah...memang semua orang anggap aku gila pun. Cepatlah aku nak cakap dengan Walid, dulu Daffa pernah buat macam ni untuk aku tengok Aiden dan cakap dengan kau kan?' desak Aryanna.

Dahin Haiyan menyentap tangannya 'Ishhh...aku tak sehebat Daffa lah. Tak boleh!' Dahin Haiyan berdalih. Bukan dia tidak boleh tapi dia tidak mahu dimarahi Walid.

'Ok, kalau kau tak nak tolong aku jumpa dengan Walid, aku akan ikut Daffa ke alam kau, dan aku akan cari Walid sendiri' ugut Aryanna.

'Oushhhh....susah la dia ni. Degil. Yela...yela...bagi aku jumpa Walid dulu untuk tanya Walid. Malam ni aku balik, kau jangan keluar dari rumah masa aku tak ada. Faham tak?!' wajah Dahin Haiyan seakan berang.

Aryanna angguk dan senyum sinis melihat wajah Dahin yang sedang marah. Dia tahu Dahin Haiyan tidak mahu melibatkan dirinya namun dia tidak sanggup membiarkan hanya Dahin yang memikul beban itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience