Aryanna mengelap peluh diwajahnya dengan tapak tangan. Baju jersey hitamnya juga sudah dibasahi peluh. Dia melompat keluar dari gelanggang tinju itu. Kemudian duduk bersandar di tepi gelanggang, meneguk air dari botol minumannya. Sudah beberapa minggu dia tidak ke gym. Terlalu banyak yang bermain difikirannya beberapa hari lalu sejak kedatangan Habib. Dan digym inilah dia melepaskan lelah otaknya berfikir.
'Tahu lah lama tak kesini tapi jangan push diri macam tu' tegur seorang lelaki sambil melemparkan tuala kecil kearahnya.
'Thank you coach' ucap Aryanna sambil tersengih melihat lelaki yang merupakan jurulatihnya, Faisal.
'Next saturday, you free tak?' soal Faisal.
'Ermmm...free kot. Why?'
'Glamping Resort. Ada self defense program request dari PPD untuk student sekolah menengah. You join jadi trainer boleh? Yang lain semua lelaki, kesian student perempuan'
'Hrmm...ok coach' jawab Aryanna.
'Ok, nicerrr. Saranghae' ucap Faisal sebelum berlalu untuk meninjau anak didiknya yang lain.
'Nado!' balas Aryanna.
'Nado...nado. Semua orang kau saranghae!' jerkah Dahin Haiyan.
'Kau kenapa? Memang aku sayang semua orang, dah kenapa? Kau Nak jugak ke? Saranghae!' balas Aryanna dan menunjukkan isyarat mini love pada Dahin Haiyan.
'Giler!'
'Kau sejak duduk alam manusia Ni makin tak de adab kau kan? Aku ngadu ngan Walid Nanti, Kau asyik cakap Aku bodoh la, giler la' Komen Aryanna.
'Dah perangai kau tu macam giler. Macam bahasa kau cantik sangat bila cakap dengan aku' balas Dahin pula. Sememangnya pening kepala menjaga gadis itu. Tambah lagi sejak akhir2 ini, gadis itu bagai tidak peduli untuk bercakap dengannya. Tidak peduli mata2 yang memandangnya pelik.
'Siapa yang buat Aku nampak gila? Bukan kau ke? Ke hulu ke hilir ikut aku. Mujur kau tak ikut dalam bilik dan bilik air je, kalau tak memang tak bernyawa dah kau!' bentak Aryanna.
'Kau ingat...' baru hendak menjawab tapi Aryanna pantas memotong cakapnya.
'Kau ingat aku nak sangat jaga kau...kalau Walid tak suruh aku bla..bla...bla' ejek Aryanna.
'Oushhh....budak ni! Bila la aku boleh berhenti jaga kau!' rungut Dahin Haiyan.
'Nanti kau akan berhenti jugak. Aku akan cuba pastikan aku mampu jaga diri aku supaya aku tak susahkan kau lagi. Jangan risau' ujar Aryanna tersenyum hambar memandang Dahin.
'Arghh...Aryanna memang suka tiba2 merubah emosi' getus hatinya sendiri. Matanya dilarikan dari pandagan Aryanna.
'Nanti kau rindu aku bila kau balik kat alam kau' tokok Aryanna lagi.
'Buat apa aku nak rindu kau' perlahan suara Dahin Haiyan menyatakan ayat itu.
'Kita dah jadi best friend, kau tak rasa ke? Aku mesti rindu kau nanti. Mesti kosong aku rasa bila kau tak ada dengan aku nanti' Aryanna melepaskan keluhan berat. Dahin sudah bagai bayang2nya. Dan hanya Dahin yang memahami apa yang dirasakannya. Hanya depan Dahin dia boleh menangis semahu hatinya.
Dahin Haiyan hanya diam. Yang pasti Aryanna bagai pengganti kekosongan Daffa, yang sebelum ini selalu ada dengannya. Bergurau, gelak tawa dan adakala menangis bersama. 'Aku takkan jumpa teman sesempurna kau, Aryanna. Kegilaan kau tak jauh bezanya dengan Daffa' akui Dahin Haiyan dalam hati.
'Dah lah. Jom!' Aryanna bingkas bangun. Menarik hoodie Dahin Haiyan kedepan hingga menutup mata lelaki itu. Lalu dia mencapai bag galasnya ditepi gelanggang.
Dahin geleng kepala dan tertawa kecil. 'Stupid girl!' getusnya.
'Aku nak mandi. Kau tunggu jap. Lepas tu aku nak pergi cari Tok Penghulu' ujar Aryanna sambil berjalan menuju ke locker room.
'What? Tiba2? Kau ingat dekat ke?' mata Dahin Haiyan terbeliak.
'Dah berhari2, berjam2 atas gelanggang tadi. Aku habis fikir dah. Nanti aku call abah. Dah la. Kau tunggu luar gym, aku nak mandi' jawab Aryanna dan meninggalkan Dahin Haiyan terpinga2.
Dahin Haiyan mundar mandir disisi Wardu, hatinya resah memikirkan Aryanna mahu mencari Tok Penghulu. Entah apa lagi dalam kepala gadis itu. Sebentar tadi dia sudah berkomunikasi secara ghaib dengan Walid berkenaan perkara itu tapi Walid berpesan untuk membiarkan Aryanna berjumpa Tok Penghulu. Gadis itu memang perlu berjumpa Tok Penghulu kampung yang pernah menjadi ketua kampung manusia berhampiran hutan kediaman mereka.
'Kau kenapa resah semacam je?' tegur Aryanna sebaik dia tiba dimotorbike miliknya.
'Kau dah bagitahu abah?'
'Dah!'
'Abah Kau bagi Kau pergi?'
'Hah la. Dia tahu kau ada' jawab Aryanna tersengih.
'Kau ni...aishhh!' keluh Dahin Haiyan.
Aryanna hanya tersenyum. Wajah resah Dahin Haiyan itu bagai melucukan.
'Degil kau ni dengan Daffa sama je!' rengus Dahin lalu melompat naik keatas Wardu.
'Soulmate memang la. Macam kau tak degil. Mmm..aku ikut naik Wardu boleh tak? Kau kata kau balik kampung kau sekelip mata je. So cepat sikit kita sampai'
'Kau giler ke??'
'Ye..ye aku tahu. Aku kena masuk alam kau if nak tunggang Wardu. Aku gurau je pun tak boleh!' rungut Aryanna lalu menyarung helmet dan menghidupkan enjin.
Sepanjang di highway, otaknya masih ligat berfikir apa tujuannya berjumpa Tok Penghulu. Dia sendiri tidak pasti cuma mengikut gerak hatinya. Dia menoleh kearah Dahin Haiyan yang menunggang Wardu di sebelah kirinya. Kagum dengan ketangkasan Wardu. Kuda berwarna coklat keemasan itu lebih besar dari kuda dialam manusia. Tubuhnya tegap malah Wardu mampu berlari sepantas kilat. Perjalanan ke rumah Tok Penghulu mudah saja bagi Wardu. Namun Dahin enggan untuk mendengar cakapnya, dia menyuruh Dahin pergi dahulu dan menunggunya dirumah Tok Penghulu tapi lelaki itu enggan.
Aryanna berhenti seketika di kawasan rehat, solat dan membeli air kotak coklat serta secawan buah potong.
'Kau tak makan ke? Dah pukul 2 ni. Pagi pun kau minum soya je' tegur Dahin melihat Aryanna duduk diatas motorbike sambil menyedut air kotak coklatnya.
'Aku tak ada selera' jawab Aryanna.
'Aku tengok dah berapa hari kau makan sikit je'
'Aku diet' selamba Aryanna menjawab.
'Diet apa dah kurus tinggal tulang je' keluh Dahin Haiyan.
'Tak adalah. Aku tak ada selera je. Nanti la malam aku makan'
'Kau banyak sangat fikir ni'
Aryanna hanya tersenyum hambar. 'Jom la, aku nak sampai sebelum asar'
Mereka kemudian meneruskan perjalanan. Sekitar jam 4petang mereka sampai ke pintu masuk sebuah kampung yang tertulis 'Kampung Sulha' yang tidak jauh dari sebuah hutan simpan. Menurut abah, Tok Penghulu telah kembali menghuni rumahnya di kampung itu sejak beberapa bulan lalu. Sebelum itu dia tinggal sementara bersama anaknya di Salah sebuah bandar di Johor.
Aryanna menghalakan motorbike yang ditunggangnya masuk ke jalan kampung yang berturap itu. Tidak banyak rumah di kampung itu dan beberapa rumah yang sudah ditinggalkan penghuninya. Mungkin sudah berhijrah. Namun suasana bening kampung itu menyamankan. Tenang dan aman dari kesibukan kota. Setiba di sebuah rumah kayu dengan rekaan tradisional yang tersergam indah diatas bukit itu, Aryanna memberhentikan motorbike. Lalu turun dan membuka helmet.
'Assalamualaikum' ucapnya lantang. Halaman rumah itu sangat bersih dan dihiasi dengan pasu2 bunga yang mekar bunganya. Tiada jawapan setelah berkali2 dia memberi salam.
Dahin Haiyan memerhatikan sekitar rumah itu, kawasan itu tidak jauh dari perkampungannya. Mungkin kerana itu Walid tidak risau untuk Aryanna ke sini. Pasti Walid juga tahu Aryanna berada berhampiran ketika ini.
'Waalaikumussalam' satu suara menyahut salam Aryanna. Seorang wanita tua muncul dari atas rumah dan perlahan menuruni tangga kayu ke bawah.
Aryanna segera menghampiri wanita itu dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
'Maaf la lambat Makcik menjawab salam. Di dapur tadi, dah tua2 ni berjalan pun perlahan' ujar wanita itu menyambut tangan Aryanna.
'Saya Aryanna, makcik. Nak berjumpa dengan Tok Penghulu' balas Aryanna.
'Assalamualaikum. Tok Penghulu tu dulu, sekarang dah tak penghulu lagi' satu suara menyapa dari belakang rumah. Aryanna menjengah. Seorang lelaki tua muncul dari hutan kecil dibelakang rumah sambil menjinjing seekor ayam hutan yang sudah siap disembelih.
'Tok Penghulu?' soal Aryanna.
'Ya tapi dulu, Aryanna. Ini isteri tok, panggil je Nek Yah. Habib ada beritahu kamu mahu datang kesini. Tu tok masuk hutan cari ayam untuk kita makan malam nanti' jawab lelaki tua itu.
'Mari la naik' jemput Nek Yah.
'Tak apalah. Kamu pergi la masak ayam ni. Aku mahu berbual dengan Aryanna dibawah ini sahaja. Masuk asar nanti, kami naik ke rumah. Mari Aryanna kita duduk dipangkin sana' Tok Penghulu menyerahkan ayam hutan ditangannya kepada Nek Yah kemudian dia berjalan menuju ke pangkin kayu di halaman rumah itu. Aryanna sekadar mengekori langkah lelaki itu. Begitu juga Dahin Haiyan.
Aryanna yang baru duduk disisi Tok Penghulu melemparkan pandangannya ke bawah bukit. Lereng bukit yang menuju ke rumah Tok Penghulu itu ditanam dengan sayur-sayuran. Dan ada anak sungai kecil mengalir dikaki bukit itu. Aryanna senyum sendiri, angin petang yang meniup wajahnya terasa lembut dan nyaman. Menenangkan jiwa yang resah.
'Cantik rumah Tok' puji Aryanna.
'Iya sebab tu la Tok balik kesini. Tok rindu kampung ini. Waktu ayah kamu cari tok dulu, tok tinggal bersama anak Tok sebab sakit jantung. Tapi Tok pujuk anak mahu balik kesini. Biarlah habis nyawa disini' balas Tok Penghulu.
Aryanna angguk dan senyum 'Saya suka tempat macam ni Tok. Tenang, damai'
'Rumah ini sebenarnya tapak rumah moyang kamu Syed Mubhasyir yang diwariskan kepada Qhaleed, suami Lufiya'
Aryanna tergamam seraya memandang Tok Penghulu. 'Tapi kenapa saya tak pernah tahu sejarah keluarga saya Tok?'
'Ibu kamu juga tak tahu, Aryanna. Untuk menjaga keturunanannya, Lufiya menghantar anak sulung perempuannya keluar dari kampung ini setelah anaknya berkahwin. Dia tidak mahu dendam yang dituntut Hijazi mengganggu keturunannya. Tapi takdir tak boleh kita lari darinya. Hari ini kamu sendiri datang kemari. Ke tanah asal keturunan kamu' Tok Penghulu menepuk bahu Aryanna perlahan.
'Patut lah ibu tak pernah bercerita apa2' keluh Aryanna.
'Habib juga tak banyak tahu perihal kamu kerana yang selalu kesini bersama Syed Mubhasir adalah Hijazi. Lepas peristiwa itu, barulah Habib yang berhubung dengan kami. Itupun jika ada masalah dihutan simpan sana tu. Yang menjaga rumah ini adalah adik beradik Qhaleed selepas Qhaleed dan Lufiya tiada'
'Moyang Lufiya tidak ada anak lelaki ke Tok?' soal Aryanna.
'Tak ada. Satu2nya anak perempuan. Dari Lufiya sehinggalah ibu kamu, keturunan Lufiya hanya melahirkan anak tunggal perempuan. Dan umur mereka tidak panjang. Sama seperti Lufiya. Tidak lama selepas anak perempuannya kahwin, dia meninggal dunia. Dan Qhaleed hidup sendiri hingga akhir hayatnya. Dan rumah ini diwariskan kepada moyang kami'
Aryanna diam seketika. Terlalu rumit kisah susur galurnya. Bagai ada kisah penuh yang tidak terungkai.
'Tok betul2 tak tahu kamu keturunan Syed Mubhasyir masa kamu hilang di hutan masa kecil dulu. Bila Habib datang berjumpa Tok setahun lalu baru Tok tahu'
Aryanna mengeluh perlahan 'Sudah tertulis takdir saya Tok'
'Ya. Begitulah. Tapi gambaran tentang kamu dari moyang2 Tok ternyata sama'
'Maksud Tok?'
'Pesanan dari Qhaleed ke moyang2 Tok hingga la pesan ayah Tok pada Tok. Satu hari keturunan 7 Syed Mubhasyir akan balik kesini. Lagaknya bagai lelaki tapi jiwanya wanita. Kamu betul2 seperti tu!'
'Aishhh...Tok ni. Memang semua ingat saya lelaki. Tok perli saya ke?' rungut Aryanna menarik muncung.
Tok Penghulu tertawa besar. 'Tidak lah. Kamu cantik. Maksud tok kamu tu nampak kuat macam lelaki'
'Ermmm...Tok pun sama macam orang lain? nak cakap badan saya ni tak macam perempuan la ye?' Aryanna sengaja mengusik.
'Ishh kamu ni. Bukan macam tu' Tok Penghulu menarik telinganya.
'Gurau je Tok!' Aryanna terjerit kecil menahan sakit ditelinga.
Dahin Haiyan ketawa berdekah2. 'Padan muka kau!'
Aryanna memberikan jelingan tajam kepada Dahin. 'Idiot' ujarnya tanpa suara.
Tok Penghulu melepaskan tangannya dari telinga Aryanna, 'Kamu datang berteman ke?'
'Ooo...Tok nampak ke dia?' soal Aryanna sambil menunding kearah Dahin Haiyan
'Tak. Bukan semua orang macam kamu. Anak Habib?'
'Hrmmm...Dahin. Weyyy Dahin, kau tak boleh muncul ke?' Aryanna menyepak kaki Dahin perlahan.
'Kau ingat aku boleh suka2 ke muncul? Kau nak suruh aku kena marah dengan Walid ke?' balas Dahin
'Dia tak boleh la Tok. Tak pelah Tok kalau dia muncul pun nanti Tok pengsan. Muka dia tak handsome lansung. Menakutkan' Aryanna mencebik kepada Dahin.
'Kamu ni merepek je dari tadi. Kamu ingat Tok tak tahu keturunan Habib tu semuanya kacak2 dan cantik2' Tok Penghulu kembali menarik telinganya.
Dahin tersenyum sinis, mengangkat kening sebelah.
'Tok ni gurau pun tak boleh' rengus Aryanna menggosok2 telinganya yang sakit.
'Kamu jangan pelik2. Jangan cakap bukan2 pasal alam lain. Nanti marah mereka' pesan Tok Penghulu. Dia sebenarnya agak gerun dengan golongan Habib. Penjaga hutan yang terkenal dengan ilmu ghaib mereka.
'Tak adalah, Tok. Dahin dah tahu perangai saya. Habib pun baik orangnya. Lemah lembut bercakap dan penyayang. Tapi tak tau la kenapa anak dia tak sebaik tu' perli Aryanna kepada Dahin. Dia bagai tidak mahu mengalah.
Dahin Haiyan menggetap gigi geram. Tidak ada sehari yang Aryanna lekang dari mencari pasal dengannya.
'Aryanna...Aryanna. Tok harap kamu bersabar lah, Dahin' ucap Tok Penghulu sambil mencari arah duduknya Dahin Haiyan.
'Bukan situ Tok, sini...sini' ujar Aryanna menunjukkan yang Dahin sudah berdiri betul2 menghadap dirinya. Memeluk tubuh dengan wajah merah menahan geram.
Suara Azan yang berkumandang menghentikan perbualan mereka. Mereka naik ke atas rumah dan mengerjakan solat Asar. Usai solat, Aryanna membantu Nek Yah memasak di dapur.
Malam itu Aryanna akan bermalam dirumah yang dikatakan peninggalan arwah nenek moyangnya. Dia sebenarnya sudah menempah hotel dibandar tetapi terpaksa akur dengan pujukan Nek Yah yang berkali2 meminta dia bermalam disitu. Katanya sudah lama mereka tidak menerima tetamu.
Selesai makan malam, Aryanna turun ke halaman rumah. Duduk dipangkin. Halaman rumah itu diterangi lampu jalan. Menjadikannya terang benderang. Dahin Haiyan duduk disebelahnya.
'Apa kau rasa balik ke tanah keturunan kau?' soal Dahin.
'Aku tak merasakan apa2, Dahin. Cuma aku sukakan tempat ni. Mungkin aku bukan sehebat yang disangkakan oleh nenek moyang aku sebab tu aku tak dapat rasa apa2' balas Aryanna.
'Mungkin masa kau belum tiba' Dahin cuma menyakinkan Aryanna yang kelihatan seperti agak hampa.
'Aku masih tidak ada jawapan macamana nak pulihkan Daffa walaupun aku dah mendengar semua cerita tentang susur galur aku' suara Aryanna seakan hampa.
'Sabarlah. Kita sama2 usahakan. Walid juga sedang berusaha. Kau kena terus kuat' pujuk Dahin lagi.
'Aku risaukan Daffa dan Aiden' luah Aryanna.
'Aryanna!' suara Tok Penghulu memanggilnya dari belakang. Dia menoleh melihat Tok Penghulu berjalan kearahnya sambil memegang sebuah kotak kayu.
Tok Penghulu meletakkan kotak itu diatas peha Aryanna. Aryanna seakan terpinga2.
'Itu amanah peninggalan Syed Mubhasyir buat kamu. Kotak ini kami pegang dari satu generasi ke satu generasi. Tiada yang dapat membukanya' tutur Tok Penghulu.
Aryanna membelek2 kotak kayu itu. Ukiran bunga disekeliling kotak itu sangat teliti hasil tangannya. Kotak itu tidak berkunci dimana2. Puas Aryanna mencari punca untuk membukanya namun gagal. Dia kemudian hanya merenung kosong kotak itu. Seketika dia melihat ukiran bunga kecil yang berbeza dari bunga2 yang lain, ukiran itu sedikit timbul. Dia kemudian menyentuh ukiran bunga itu dengan lafaz bismillah. Kotak itu merenggang. Aryanna membuka lapisan atas kotak itu yang seperti penutup dan meletakkan kesisi.
Tok Penghulu terdiam. Begitu juga Dahin Haiyan. Tertanya hak itu sudah dikembalikan kepada pemiliknya.
Aryanna mengeluarkan kain sutera berwarna putih yang seakan membalut sesuatu itu dari kotak. Kemudian kain itu dibuka perlahan. Dahinya berkerut, didalam lipatan kain itu terdapat seakan dua pasang pisau kecil berbenytuk seperti bulan sabit yang tersarung elok dengan sarung yang berukir bunga yang sama dengan kotak itu.
'Kerambit minang' Tok Penghulu tiba2 bersuara.
'Kerambit Minang?' soal Aryanna hairan.
'Ya. Tapi Syed Mubhasyir dikatakan hebat dengan senjata kerisnya. Tidak pula ada cerita tentang kerambit ini' Tok Penghulu seakan hairan. Apakah dia terlupa sesuatu akan pesan arwah ayahnya. Namun tidak mungkin, pesanan itu ditulis rapi dan disimpan dengan baik olehnya.
Aryana membelek2 ulu pisau yang dikatakan Kerambit Minang itu, seperti ada ukiran jawi di kedua2 ulu itu. Dadanya berombak kencang. Bulu romanya berdiri. Tangannya menggeletar hingga terlepas kedua kerambit itu ke tanah. Wajahnya pucat lesi.
Tok Penghulu segera mengutip kedua2 kerambit itu dari tanah. Dia cuba membaca ukiran jawi di kedua2 ulu kerambit itu. 'Ar...ya..na..de..la..ra'
Wajah Tok Penghulu juga berubah. Tangannya juga agak menggigil. Kedua kerambit itu segera dikembalikan kepada Aryanna.
Dahin Haiyan menggoncang bahu Aryanna berkali2 bila melihat wajah gadis itu yang bagai hilang darah.
'Aryanna! Aryanna!' panggilnya. Aryanna seakan hilang dalam lamunan.
Seketika kemudian dia bersuara 'Dahin, macamana nama aku ada disini?'
'Kau bertenang dulu. Walid sudah kata Syed Mubhasyir bukan sebarangan orang. Dia sangat tinggi ilmunya. Tu ada kertas didalam kotak tu. Kau baca dulu, mungkin ada yang dia sampaikan pada kau' ujar Dahin Haiyan sambil memerhatikan kertas yang berlipat kemas.
Aryanna membuka lipatan kertas itu. Tulisan jawi itu seperti ditulis dengan dakwat khat. Walaupun sedikit sukar namun dia dapat juga membacanya dengan jelas. Ayat itu tersusun cantik bak puisi.
Kasih bertinta rindu
Cinta bernaskah sadar
Hati berpegang janji
Jiwa berpandu Iman
Aryanna Delara Kasihku
Dunia pasti tidak mudah untukmu
Alam pula seakan meragut warasmu
Namun jalan itu akan senantiasa ada doaku
Yang memohon pada Tuhan tanpa henti
Hingga dihujung nyawaku
Agar kisah luka ini tidak melemahkan kamu
Moga sakitnya dendam ini tidak membunuhmu
Biar kau sendiri dimata manusia
Demi Tuhan pelindung terbaikmu
Jaga hatimu, pelihara akhlakmu, perbaiki iman jiwamu
Namamu ku pilih setelah izin Tuhan kau hadir dalam mimpiku
Aryanna Delara....Sejahtera Suci Cinta
Maka cinta lah kau kerana Tuhan
~Syed Mubhasyir~
Airmatanya menitis, entah kenapa warkah itu dirasakan begitu sayu, bagai menitipkan rindu, kasih dan kerisauan Syed Mubhasyir kepadanya. Dan selama ini tidak pernah terlintas olehnya akan makna disebalik namanya. Aryanna Delara.
Menulis bab ini adalah yang paling susah untuk aku setakat ini. Tapi cerita ini bagai berlari sendiri. Makna nama Aryanna Delara juga aku sendiri baru tahu bila puisi yang aku tulis aku ingin tamatkan dengan makna nama Aryanna. Maka Aku mencari2 makna nama watak ini. Cantik rupanya makna dia. Kalau nama2 yang lain seperti Daffa dan Dahin memang dicari maknanye dari awal. Aku berharap dapat terus berkarya demi mengisi kekosongan jiwa. Aku bukan penulis aku cuma ingin menulis sesuatu
Share this novel