Bab 6 : Pertemuan

Fantasy Completed 1367

Malam itu malam terakhir mereka di tapak perkhemahan itu. Semua pelajar berkumpul mengelilingi unggun api. Selepas magrib tadi, mereka sudah menjalani solat Isyaq berjemaah dan diikuti bacaan yassin dan solat hajat. Jam meunjukkan pukul 10.30. Aryanna yang kehilangan mood hanya duduk bersila jauh dibelakang. Sekadar menjadi saksi pelajar-pelajar saling bertukar hadiah dan akaun media sosial. Daniyal bermain guitar sambil menyanyi ditengah2 bulatan yg dibuat pelajar2. Aryanna menolak saat Daniyal mengajaknya turut serta.

‘Kenapa tak join mereka?’ satu suara menyapanya.

Aryanna menoleh kesebelah, melihat seorang lelaki sudah duduk bersila disisinya. Berhoodie putih dan berseluar hitam.

‘Daffa Haiyan’ sapa Aryanna.

‘Assalamualaikum. Ingat pun nama saya’ ucap Daffa Haiyan tersenyum.

‘Waalaikumussalam. Pergi mane? Tak nampak dari semalam?’

‘Ade je. Aryanna je tak nampak’ Daffa Haiyan tersenyum lagi memandangnya.

‘Memang hobi senyum ye?’ soal Aryanna mengusik.

Daffa Haiyan tertawa.

‘Sekolah mane satu ye? Boleh ye rambut panjang macam ni kat sekolah?’ soal Aryanna melihat rambut panjang Daffa Haiyan disebalik hoodienya.

‘Saya dah 21tahun. Mane sekolah macam Aryanna’

‘Hehh?? Pastu buat ape kat sini? Cikgu ke?’

Daffa Haiyan senyum, menggeleng kepala dan menjawab dengan tenang ‘Saya jaga tempat ni’

‘Ooo...ranger?’ soal Aryanna lagi.

Daffa Haiyan ketawa lagi ‘Ermmm...lebih kurang la’

Aryanna mengerutkan dahi ‘Pastu dengan macam hwarang malam semalam? Buat show ke apa?’

Daffa Haiyan menahan tawa, menutup mulutnya dengan belakang tangannya. ‘Bukan show Aryanna Delara, saya kerja’

Aryana terkebil-kebil. Daffa Haiyan mendekatkan wajahnya kepada Aryanna ‘Kenapa tak percaya?’

Aryanna kaku, hatinya bagai luruh melihat wajah Daffa Haiyan yang hanya sejengkal dari wajahnya. Anak mata lelaki itu cantik kehijauan. Dia perlahan menolak dahi Daffa Haiyan ke belakang. Daffa Haiyan tertawa lagi.

‘Wahhh...tak tahu plak ranger shift malam pakai macam tu haha’ ujar Ayanna menahan suara yang sedikit gugup.

‘Ermmm...mana better saya pakai macam ni ke macam hero korea tu?’ usik Daffa Haiyan.

‘Hahh??? Boleh larr...so...so’ seloroh Aryanna mencebik.

‘Bukan 10/10?’

Aryanna segera menoleh kehairanan mendengar soalan itu dari mulut Daffa Haiyan, mengingat kembali jawapannya mengenai Daffa Haiyan bila ditanya Damia siang tadi.

‘Tak de la, saya selalu dengar pelajar yang datang sini buat rating macam tu’ dalih Daffa Haiyan bila melihat reaksi Aryanna.

‘Oooo...ermmmm no komen’ Aryanna mengalihkan pandangannya kedepan.

‘So boleh panggil saya Oppa la kan?’

‘Tiberr!!’ jerit kecil Aryanna

‘Yela saya lagi tua dari Aryanna’

‘Malas layan. Spesis romeo ek?’

Daffa Haiyan ketawa lagi dan menggelengkan kepala.
‘Malam ni tak menyanyi ke?’

‘Malas’ jawab Aryanna pendek. Memang malam itu dia tidak ada mood menyanyi.

‘Nak tengok kelip-kelip tak?’

‘Hah? Kat mane? Ishh tak nak la. Nanti kau culik aku macamana?’

‘Haha...tak terfikir plak saya sampai kesitu. But good idea. Nak saya culik pun boleh. Nak ke?’ Daffa Haiyan memandangnya serius.

‘Yargghhh!!!’ tempik Aryanna.

Daffa Haiyan ketawa lebih kuat. Geli hatinya melihat wajah Aryanna yang kemerahan menahan geram.

‘Saya bukan orang jahat la. Kalau nak culik awak, saya tak datang kat tempat ramai orang ni. Jom la’ Daffa Haiyan cuba menyakinkannya.

‘Eiii seram la. Dah pukul berapa ni. Kot awak ni vampire ke? Tak nak la’ Aryanna menolak lagi

‘Vampire?? Haha...banyak sangat tengok drama ni. Tak de taring kan?’ Daffa Haiyan menunjukkan baris giginya yang putih bersih.

Daffa Haiyan mencuit bahu pelajar lelaki yang duduk didepannya. Pelajar itu menoleh.

‘Kau nampak aku tak?’

‘Lawak ke bro?’ tempelak pelajar lelaki itu mendengar soalan Daffa Haiyan kemudian kembali menoleh ke depan.

‘See dia nampak saya so hantu pun bukan’

Aryanna pantas menepuk mulut Daffa Haiyan membuatkan lelaki itu terkaku seketika.

‘Mulut tu jaga’ Aryanna memandang sekeliling. Geli hati Daffa Haiyan melihat telatah Aryanna.

‘Okla kalau takut sangat nak ikut, tadah tangan’ Daffa Haiyan menghulurkan gengagaman tangannya bagai ada sesuatu didalamnya.

Aryanna menadah tapak tangannya. Daffa Haiyan membuka genggamannya ketapak tangan Aryanna. Dua ekor kelip-kelip berterbangan diatas tapak tangannya. Sedikit pun tidak berganjak. Hanya berlegar-legar disitu. Aryanna terpukau dengan cahaya kebiruan yang keluar dari badan kelip-kelip itu.

Mata Aryanna berkaca, dia menoleh memandang Daffa Haiyan.
Lelaki itu tersenyum dan bertanya ‘Kenapa?’

‘Cantik. Cantik sangat’ Aryanna dilihat bagai hendak menangis. Ye, reaksi itulah yang ingin dilihat Daffa Haiyan. Sama seperti saat pertama kali dia melihat Aryanna ketika gadis itu baru tiba ditapak perkhemahan itu.

‘Tak secantik Aryanna Delara’ bisiknya kepada Aryanna.

Aryanna merenungnya dan menjeling ‘Oushhh....Romeo sangat’

‘Hahaha...takla. Ikhlas. Ok la saya kene jadi ranger sekarang, sudah hampir 12. Jangan duduk lama2 diluar ni terutama after 12, nanti ada vampire’ Daffa Haiyan ketawa kecil. Aryanna mencebik.

‘Boleh saya ambil semula kelip2 tu? They belong to this jungle’ Daffa Haiyan bangun dari duduknya. Aryanna menghulurkan tapak tangannya. Daffa Haiyan menggenggam kedua kelip2 itu.

‘Anyeong!’ ucap Aryanna tersenyum.

Daffa Haiyan menundukkan sedikit badannya dan berbisik kepada Aryanna. ‘Aryanna Delara, awak cheossarang saya’ dia kemudian memberikan senyuman manis melihat Aryanna yang terpinga2.

Aryanna memerhatikan kelibat Daffa Haiyan yang semakin hilang.

Aryanna mengeluh 'Cheossarang?’ ‘Arghh kenapa la semua orang nak mengejek aku...cheossarang ... cheossarang’ rengusnya geram.

Dia melihat jam ditangan, lagi 2 minit pukul 12. Matanya mencari2 kelibat Damia. ‘Dami nikan sejak jumpa oppa2 sekolah lain ni asyik tinggalkan aku je’

Aryanna memanjangkam leher menjengah ketengah, mencari kelibat Daniyal. Melihat Daniyal menoleh kearahnya Aryanna memberi isyarat dia ingin kembali ke khemah untuk tidur. Daniyal mengangguk2 tanda faham.

Aryanna berjalan menuju ke khemahnya. Matanya meliar melihat sekeliling, Gurauan Daffa Haiyan mengenai vampire tiba-tiba menerjah diminda. ‘Ishhh...mamat ni!’ rungutnya sendiri. Sambil memegang lehernya.

‘Aryanna, Aryanna’ kedengaran namanya dipanggil. Dia menoleh ke belakang. Dia memerhatikan kelibat seorang pelajar lelaki yang berlari anak mendekatinya. Pelajar lelaki yang disapa Daffa Haiyan tadi.

‘Nah’ pelajar itu menghulurkan sekuntum bunga.

Aryanna mencapai bunga itu dan membelek-belek bunga berwarna ungu tu. Anggerik hutan, bisik hatinya.

‘Siapa bagi?’ tanye Aryana

‘Lelaki dengan awak tadi la tapi dia kata kalau awak tanya suruh cakap cheossarang’ pelajar itu buat muka sinis.

‘Hahaha....ok. Thank you’ ucap Aryanna tersengih.

Aryanna masuk kedalam khemah, membaringkan diri. Anggerik ungu ditangannya direnung. Seketika Damia menerjah masuk.

‘Wahhh cantiknya bunga’ dia merebahkan badan disebelah Aryana. ‘Sape bagi? Aiden? Nak pujuk kau ke’

‘Tak la’

‘Pastu?’

‘Daffa Haiyan’

‘What?? Bila? Bila? Aku nak sangat tengok dia’

‘Ade tadi duduk dengan aku’

‘Larr...yang berhoodie tu? Aku nampak dari jauh, mati2 ingat Aiden so aku tak nak kacau. Aduhhh rugi2’

‘Apa yang ruginya?’

‘Mane tahu boleh jadi future husband’

‘Aah...ye la tu’

‘Ape? Tak boleh ke? Hahh?’ Damia menggeletek pinggang Aryanna. Aryanna menggeliat geli.

‘Tido. Tido! Mengilai la tengah malam ni’ suara Daniyal dari luar menegur mereka.

Aryanna dan Damia cepat2 menutup mulut.

‘Mehh aku peluk kau kuat2 malam ni. Bagi hilang sedih kau sebab Aiden. Esok tau la aku nk ajar dia!’ Damia memeluknya erat.

‘Aku ok la. Dun worry’

Aryanna cuba melelapkan mata. Namun wajah Daffa Haiyan tiba-tiba muncul. ‘Huhh..shu..shu...’ dia menepis-nepis tangannya seakan menghalau bayangan itu.

‘Nyamuk ke?’ soal Damia melihat telatah Aryanna. Aryanna hanya mengangguk sambil tersenyum. Seketika kemudian keduanya lena diulit mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience