Aryanna membelokkan motorbike nya memasuki kawasan hutan simpan yang pernah dikunjunginya lebih setahun dulu. Dahin Haiyan mengeluh kecil lalu mengarahkan Wardu mengikut sahaja gadis itu. Sedari bangun subuh tadi Aryanna tidak banyak bicara. Sarapan pagi juga tidak dijamah. Hanya meneguk sedikit Kopi o yang dibancuh oleh Nek Yah. Selesai bersalaman, mereka bergerak untuk pulang namun kini dia terpaksa mengekori Aryanna yang tiba2 singgah dikawasan hutan simpan didaerah perkampungannya.
Dahin membiarkan sahaja Aryanna turun dan berjalan masuk ke kawasan hutan simpan itu. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup gadis itu sejak kebelakangan ini. Pasti berat dan penuh persoalan dibenaknya.
Aryanna turun ke sungai, meniti batu2 ketengah sungai yang cetek itu. Lalu duduk dipinggir sebuah batu besar. Tempat yang sama dia duduk ketika perkhemahan setahun lebih yang lalu. Dan kawasan hutan simpan itu masih dikunjungi ramai orang hari ini. Kerana itu dia cuba menjauh sedikit dari orang2 lain.
Matanya kemudian memerhatikan Dahin Haiyan meniti batu2 menuju kearahnya. Dipinggir sungai itu lah dia bertemu Daffa Haiyan, saat dia mengucapkan lafaz 1000. Lafaz yang dikira biasa baginya namun tidak terlintas peristiwa malam itu memberi kesan pada dirinya sehingga ke hari ini. Wajah tenang Daffa Haiyan pada malam itu yang hanya disimbahi cahaya bulan muncul dibenaknya. Pandangan mata lelaki itu yang bersinar menggetarkan hatinya. Dan semua itu masih dirasakan hingga ke hari ini. Dia mengeluh berat, memeluk lutut dan menangkup mukanya.
'Kau ok tak ni? Dari pagi diam je. Kenapa kau singgah sini kalau kau tahu akan buat kau teringat Daffa?' soal Dahin bagai sudah mengerti tindak tanduk gadis itu bila dia merindui Daffa Haiyan.
'Aku rindu dia, Dahin. Terlalu. Dan aku tak tahu apa aku patut buat untuk tolong dia' suara Aryanna tenggelam timbul.
'Kan aku dah kata, Walid juga sedang berusaha. Banyak perkara yang beri kejutan buat kau akhir2 ni. Kau tak boleh tambah lagi beban di fikiran kau' tokok Dahin.
'Aku tak faham apa yang berlaku pada aku. Apa yang ditinggalkan nenek moyang aku untuk aku. Aku tak faham semuanya. Aku cuma mahu faham, Dahin' jawab Aryanna mengangkat wajahnya. Memandang Dahin Haiyan dengan wajah penuh persoalan.
'Beri masa pada diri kau Aryanna. Jangan paksa diri untuk kau terima semua dalam masa yang sama. Bagi ruang, doa banyak2. Satu hari kau akan faham'
'Aku takut Dahin. Aku takut apa yang diwariskan nenek moyang aku merosakkan akidah aku. Aku keliru. Tapi dalam masa yang sama aku tahu aku perlu berdepan masalah yang wujud antara aku dan Daffa. Dan tak mungkin aku mampu kalau dengan diri aku sekarang'
'Kenapa kau fikir nak merosakkan akidah? Bukan nenek moyang kau meminta kau memuja apa2. Yang diberikan pada kau cuma 2 kerambit itu dan surat. Surat suruh kau perbaiki diri dan ingat tuhan. Apa yang kau risaukan ni?'
'Malam tadi aku mimpi' suara Aryanna mengendur memikirkan mimpinya malam tadi.
'Mimpi apa?' soal Dahin.
'Mimpi harimau putih yang besar, berkali ganda besar dari aku dan lebih besar dari Wardu. Aku duduk bersandar dibadannya. Dan ada masa aku berjalan dengan dia. Aku takut Dahin'
'Mungkin hanya mimpi kau sebab kau terlalu banyak terkejut akhir2 ni' sangkal Dahin cuba untuk mengelakkan Aryanna berfikir lebih jauh.
'Ya aku harap hanya mimpi. Tapi dia ada disitu. Dari awal subuh aku bangun dia ada disebelah aku. Dan masih mengekori aku. Aku berimaginasi lagi ke Dahin?' jawab Aryanna menunjukkan kearah pinggir sungai.
Dahin berpaling melihat kearah pinggir sungai. Ya dia nampak harimau putih besar yang dimaksudkan Aryanna. Dia sudah menyedari hal itu malam tadi lagi. Sejak Aryanna masuk tidur, haiwan ghaib itu datang dan menunggu diluar bilik.
'Bukan imaginasi, Aryanna. Memang dia ada disitu' jawab Dahin perlahan. Dia tidak menjangkakan gadis itu nampak haiwan itu.
'Maknanya kau nampak? Apa tu Dahin? Saka? Aku takut Dahin! Aku nak selamatkan Daffa tapi aku tak mahu ada saka, aku tak mahu ada pendamping' suara Aryanna terketar2. Sudah banyak dia dengar cerita tentang perkara itu. Malah membaca banyak novel2 thriller yang menjadi minatnya juga menceritakan hal2 sebegitu.
Dahin tunduk seketika. Kerana itukah Aryanna berdiam diri sepanjang pagi itu. 'Kenapa la kau suka diam dan pendam sampai menyusahkan diri kau? Kenapa kau tak tanya aku awal2?
'Aku takut kalau kau cakap kau tak nampak then apa aku nak buat? Kalau dia tu jelmaan macamana?'
'Itu bukan saka, Aryanna. Bukan jelmaan. Itu haiwan dari alam aku. Aku sudah bertanya Walid malam tadi. Aku nampak dia dari kau masuk tidur lagi. Syed Mubhasir pernah selamatkan dia dari kecil. Dan bela dia hingga Syed Mubhasyir meninggal. Dia duduk dirumah itu sebab rindukan Syed Mubhasyir. Dia sama seperti kami, usia lebih panjang dari manusia. Tiada kena mengena dengan saka, itu haiwan biasa Aryanna, macam Wardu' jelas Dahin.
Aryanna sedikit lega namun masih ada resah dihatinya 'So dia ikut aku kenapa? Dia nak apa dari aku?'
'Mungkin dia dapat hidu kau keturunan Syed Mubhasyir. Sebab tu dia ikut kau'
'Tapi takkan aku nak bawak dia sampai rumah. Bela macam kucing. Ada kau pun orang dah cakap aku gila. Nanti apa lagi lepas ni. Dah la aku tak tahu apa tujuan 2 kerambit tu. Ni tambah lagi satu. Aku bukan hebat macam moyang2 aku. Aku hidup zaman moden, Dahin' Aryanna meluahkan yang terbuku didada.
'Lepas tu kau nak aku halau dia ke? Kau tak kesian ke kat dia?' soal Dahin.
Aryanna memandang kearah harimau putih itu. Tidak. Tidak mampu untuk dia menerima begitu banyak perkara tidak logik diakal. Cukuplah apa yang sudah sedia ada.
'Tak. Aku tak boleh. Kau cakap la kat dia pergi balik dulu. Tunggu la aku dah kuat sikit dan dah faham semua ini baru aku fikirkan' pinta Aryanna kepada Dahin.
'Setidak-tidaknya kau pergi la jumpa dia. Beratus tahun dia tunggu di rumah tu. Kau tak kesian ke?'
'Aku takut'
'Dia bukan makan orang. Kalau dia nk makan Kau, dia dah makan kau dari Malam tadi. Kau tengok Wardu pun boleh rileks je kat sebelah tu'
'Kau jangan la samakan aku dengan kuda kau. Dia dari alam kau. Aku dari alam ini!' rungut Aryanna.
'Ok, maaf. Aku gurau je. Jom aku teman kau, jumpa la dia sekejap' Dahin masih tidak berputus asa. Dia yakin banyak rahsia yang dipegang harimau putih itu. Hanya tinggal haiwan itu sahaja yang masih bernyawa yang pernah hidup dengan Syed Mubhasyir.
Aryanna akur. Dia mengekori langkah Daffa Haiyan. Mereka menghampiri harimau putih itu yang bagai sedang duduk berehat. Aryanna menyembunyikan dirinya dibelakang Dahin Haiyan. Harimau putih itu menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan seakan teruja melihat kelibat Aryanna Delara.
'Kau jangan la berdiri belakang aku. Dia tak makan orang la'
'Kau paksa2 aku, kau ingat aku pandai bercakap dengan binatang ke?' Aryanna menolak tubuh Dahin Haiyan kedepan, hampir tersungkur Dahin di kepala harimau putih itu.
'Oushh...kau ni. Jangan la takutkan dia!' jerkah Dahin. Tangan Aryanna ditarik dan dibawa betul2 didepan muka harimau putih itu.
Aryanna kaku. Kepala harimau putih tu lebih besar dari tubuhnya. Mata haiwan itu memandangnya sayu kemudian menundukkan kepalanya. Aryanna memberanikan diri menghampiri harimau putih itu dengan lebih dekat. Entah kenapa gerak hatinya membuatkan dia meletakkan kepalanya di kepala haiwan ghaib itu. Dan dipejamkan matanya. Dahin sekadar memerhati. Gelagat dua makhluk itu ibarat dua sahabat yang sudah lama tidak bersua.
Beberapa ketika Aryanna membuka matanya. Membelai lembut kepala harimau putih itu. 'Dahin, aku bawa je dia balik'
'Tiba2 ubah fikiran?' soal Dahin.
'Aku kesian plak kat dia ni. Macam nak nangis je muka dia. Tapi dia makan apa? Bukannya aku boleh beli royal canin untuk dia' rungut Aryanna sambil menggaru kepala.
Dahin menunjal kepala Aryanna, 'Dia pandai la cari makan sendiri. Dia bukan harimau alam kau. Dia tak makan berhari2 berminggu2 pun tak pe. Kau fikir diri kau je'
'Ermm...ye la. Jom Wangsoo ikut aku!' ujar Aryanna sambil menepuk2 kepala harimau putih itu.
'What??? Wangsoo kau panggil dia?' Dahin Haiyan terkebil2 mendengar panggilan nama yang digunakan Aryanna.
'Habis tu takkan nak panggil Puteh plak! Kau ingat ni zaman dulu2 ke? Biarla nama dia lain skit. Kau tengok tu... dia pun tak kisah, kau pulak yang react lebih2' Aryanna menjeling Dahin tajam. Harimau putih itu mengekori langkahnya bagaikan taat.
'Memang nama dia Puteh. Walid bagitahu aku. Habis semua benda kau nak anggap Wangsoo!' bentak Dahin.
'Hahh...aku dah agak dah. Puteh?? Itu nama zaman dulu, beratus tahun dah. Biarlah aku bagi nama lain. Kau jangan nak start cari gaduh boleh tak? Ada banyak lagi masalah dalam kepala aku ni nak fikir'
'Oushhh!!' Dahin menyepak dahan2 kering ditanah bagaikan protes. Susah bersoal jawab dengan Aryanna.
***
Aryanna duduk di gazebo didepan rumahnya. Sejak dia tiba dirumah petang tadi, dia hanya bersendiri. Ditemani Dahin yang leka berlatih dengan panahnya dihalaman.
Aryanna membelek2 kerambit yang diberikan Syed Mubhasyir kepadanya. Tuala kecil ditangan digunakan untuk mengelap senjata itu perlahan. Mata kerambit itu seakan ditempa dari perak. Cantik berkilau.
'Wangsoo, kau rasa apa guna benda ni? Kenapa tak diwariskan keris dan kenapa di buat benda ni khas untuk aku? Kau kan hidup dengan moyang kepada moyang kepada....arghh...susah la.. Anggap je la Tok Moyang? Tok Nyang? Hahh....kau kan hidup dengan Tok Nyang aku, mesti kau tahu...kau tahu tak kenapa?' dia berbicara kepada harimau putih yang kini digelarnya Wangsoo itu. Mengharapkan haiwan itu faham soalannya.
'Itu kau fikir la sendiri' satu suara garau menjawab soalannya. Dia segera menoleh terkejut.
'Ishh...bodoh la dia ni!' sumpahnya bila melihat Dahin Haiyan berdiri dibelakangnya. Entah bila lelaki itu berada disitu dia tidak sedar.
Dahin Haiyan tertawa kuat. Meletakkan busur dan anak panahnya ke lantai gazebo. 'Aduhai...kesian kau ni. Makin serius kegilaan kau ni!'
Aryanna menepuk kuat belakang Dahin, melepaskan geram dihati.
Deruan enjin kereta yang kedengaran dari luar pagar rumah menghentikan gurauan mereka. Mereka saling berpandangan. 'Daffa!' ujar Dahin. 'Kau pergi masuk dalam, Aryanna'
'Tak. Aku tak kan lari dari Daffa. Biarkan dia' balas Aryanna. Dia turun dari gazebo dan sekadar menanti.
Kereta dipandu Daffa Haiyan memasuki perkarangan rumah banglo milik Haris. Daffa Haiyan keluar dari perut kereta. Dia berseorangan. Tidak berteman seperti biasa. Langkahnya agak laju meluru ke arah Aryanna. Dahin terlebih dulu berdiri dihadapan Aryanna, menghalang Daffa Haiyan yang seakan ingin menerpa Aryanna. Aryanna kaget, tangannya menahan Wangsoo yang seakan ingin mara kepada Daffa Haiyan.
'Kau nak apa, Daffa? Berani kau datang sini!' jerkah Dahin walaupun hatinya bagai dihiris2 melihat wajah Daffa yang kusut dan tidak terurus.
'Tolong lah, Dahin. Aku nak jumpa Aryanna. Aku rindu dia, Dahin. Aku rasa nak mati, Dahin!' suara Daffa Haiyan lemah.
'Kau tahu tempat kau bukan disini. Kau pergi. Aku tak nak bertelagah dengan kau kat alam ni. Pergi Daffa!'
'Aku nak bercakap dengan Aryanna, bukan kau!' suara Daffa Haiyan mula meninggi.
'Kau pergi dari sini, kau dengar tak?!' Dahin Haiyan masih membiarkan Aryanna dibelakangnya. Tangannya didepa sedikit melindungi gadis itu.
Daffa Haiyan mula naik berang, kolar baju Dahin Haiyan ditarik dengan kedua tangannya. 'Kau tahu aku mampu bunuh kau, Dahin! Tapi aku masih bertahan. Jangan sampai nyawa kau hilang ditangan aku!'
'Ya. Aku lebih rela mati kalau itu boleh sedarkan kau. Balik lah, Daffa! Walid, Umi, Ayasha semua tunggu kau!' Dahin cuba memujuk bila melihat wajah abang yang disayangi itu bagai sudah hilang tenangnya. Wajah itu sudah tidak sesejuk dulu. Malah hari ini semakin kusut. Hatinya pedih, sebak, jika benar nyawanya boleh mengembalikan Daffa, dia rela.
'Aku tak perlukan yang lain! Aku mahukan Aryanna! Kau faham tak?' cengkamannya semakin kuat.
'Sudah Daffa! Lepaskn Dahin. Kalau aku yang kau cari' Aryanna cuba merungkaikan tangan Daffa dari Dahin. Perlahan Daffa melepaskan kolar baju Dahin.
'Kau buat apa ni Aryanna? Pergi masuk!' jerkah Dahin.
'Dahin, Aku tahu apa aku buat. Biar aku bercakap dengan Daffa' balas Aryanna. Dia tidak mahu Daffa dan Dahin bertelagah. Tidak mahu mereka menyakiti satu sama lain.
'Tak. Aku takkan tinggalkan kau dengan dia'
'Ok, tapi kau pergi kesana dulu. Biar aku dengan Daffa. Please, Dahin'
Dahin mengalah. Dia menepuk tubuh Wangsoo supaya harimau putih itu mengekorinya. Mereka kemudian berdiri tidak jauh dari gazebo. Dahin masih tidak berani meninggalkan Aryanna begitu sahaja.
'Kau ikut aku!' Daffa menarik tangan Aryanna. Namun Aryanna hanya membatu. Mengeraskan tubuhnya.
'Kau nak jumpa aku kan? Kau ikut aku!' Aryanna kemudian menarik tangan Daffa dan membawanya duduk di gazebo.
Aryanna membuka paip air yang berada ditepi gazebo. Tuala kecil yang tersangkut dibahunya ditarik dan di basahkan. Lalu, dia duduk disisi Daffa Haiyan dan mengelap wajah lelaki itu. Cuba menahan airmatanya dari gugur. 'Aku juga rindu kan kau Daffa' bisik hatinya.
Daffa Haiyan hanya membiarkan Aryanna memperlakukannya sebegitu. Matanya tidak lari dari memandang gadis itu. Wajah yang terlalu dirinduinya.
Aryanna kemudian menggambil getah kecil hitam di poket hoodienya dan mengikat kemas rambut Daffa Haiyan. 'Now i can see your face' ujar Aryanna dan tersenyum. Meski suaranya bagai tersekat, dia cuba menahan emosinya.
Daffa Haiyan mencapai tangannya dan menggenggam erat. 'Aku rindu kau Aryanna!'
'Aku tahu!' perlahan Aryanna menarik tangannya dari genggaman Daffa Haiyan lalu duduk disebelah lelaki itu.
'Kau tahu tapi kau tak peduli aku dikampus. Aku datang ke dunia ini untuk kau. Aku tahu kau rindu aku. Aku dapat rasa setiap perasaan kau pada aku. Tapi kau tak pandang aku. Kau hanya dengan Dahin dan Aiden. Aku macam dah tak wujud dalam hidup kau' keluh kesah Daffa Haiyan.
'Kau dalam hati aku, Daffa. Sampai bila2. Mustahil aku lupa kau. Mustahil aku lupa kenangan kita masa dihutan simpan, disekolah. Walau sekejap semua tu, tak ada satu pun aku lupa' balas Aryanna. Andainya lelaki itu tahu betapa sakitnya dia merindu.
'Tapi kau tak nak terima aku. Satu kolej tahu kau dan Aiden. Kau buang aku, Aryanna'
'Satu hari nanti bila kau pulih, kau akan tahu kenapa aku dengan Aiden. Kau yang pilih dia'
'Aku tak nak tahu itu. Aku nak kau dengan aku!'
'Kalau kau berkeras macam ni, aku tak nak jumpa kau lagi. Baik kau balik!' Aryanna berbunyi seakan merajuk.
'Ok. Aku bagi kau masa. Tapi aku tak kan tunggu lama'
'Hrmmm...bagi aku masa. Bagi walid, dahin juga masa. Dah lah aku tak nak berbual pasal tu lagi. Boleh tak kita cakap benda lain?' Aryanna cuba mengalih topik. Dia masih meneka2 bagaimana harus mengawal Daffa Haiyan yang kini bagai memiliki 2 jiwa yang berbeza.
'Apa bezanya aku dengan Aiden? Aku nampak kau juga ikat rambut dia dihospital?' suara Daffa Haiyan mula rendah. Sinar matanya juga sudah kembali tenang.
Aryanna tertawa. 'Ikat rambut? Dekat hospital? Ooo...stalker! Kau curi2 tengok aku ye?'
'Aku tanya serius ni'
'Hrmmm....kalau pasal ikat rambut, tu adik kau tu pun aku ikatkan rambut dia' jawab Aryanna sambil menunding kearah Dahin Haiyan yang tercegat memeluk tubuh tidak jauh dari mereka. Wajah seriusnya membuatkan Aryanna cepat2 mengalihkan pandangan.
Daffa Haiyan mengeluh. Aryanna seakan sengaja tidak mahu menjawab soalannya. 'Kau takut dengan aku ke sampai tak cukup Dahin, kau bawa harimau putih tu?'
'Kalau aku takut kau, aku tak duduk dengan kau. Tu anggap je macam a big cat yang seseorang hadiahkan untuk aku. Comelkan?' Aryanna cuba berseloroh
'Siapa? Syed Mubhasyir?' nama itu terpacul dari mulut Daffa Haiyan.
Aryanna angguk. Benar kata walid, Daffa Haiyan memiliki ilmu yang berbeza dengan Dahin. Dengan mudah meneka apa yang berada dalam fikirannya.
'Cuba kau teka nama dia' Aryanna cuba mengelak dari perbualan tentang moyangnya itu.
'Wangsoo??' teka Daffa Haiyan.
'Hahh??' Aryanna terlopong. Begitu mudah Daffa Haiyan meneka.
Daffa Haiyan tertawa melihat reaksi Aryanna. Gadis itu bagai tidak percaya dia dapat meneka dengan mudah. 'Kau dan hero korea kau tu tak habis2'
Aryanna terdiam. Merenung Daffa Haiyan lama. Jantungnya berdegup laju.
'Kenapa kau tengok aku macam tu?' Daffa Haiyan meraba2 wajahnya. Apakah ada yang tidak kena.
'Nothin' jawab Aryanna pendek, kemudian menyambung dengan berseloroh bernyanyi petikan lirik dari Bruno Mars.
'When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause boy, you're amazing
Just the way you are'
Aryanna tertawa kecil dan menghentikan nyayiannya. Melihat wajah Daffa Haiyan yang tersenyum sambil menggeleng kepala.
'Kenapa kau tak habiskan nyanyi?'
'Hahh?? Tak nak!'
'Nak aku sambung ke? Kau ingat aku tak tahu ke lirik dia? Her lips...her lips...I could...' nyayiannya terhenti bila Aryanna menepuk mulutnya.
Daffa Haiyan kembali tertawa 'Lain kali pilih lirik lain'
'Aku nak ambik part tu je. Yang kau pergi ke lain nape?' rungut Aryanna.
'Gurau je'
Dahin Haiyan yang memandang mereka dari tadi hanya mampu mengeluh nafas berat. Hatinya sedih melihat Daffa dan Aryanna meskipun kedua2 itu nampak sedang asyik berbual, tersenyum dan kemudian ketawa bersama.
'Dah lewat petang ni, baliklah' ujar Aryanna setelah agak lama mereka berbual.
'Hrmmm...jumpa dikolej esok' balas Daffa.
Aryanna angguk. Membiarkan Daffa Haiyan berjalan ke kereta dan memandu keluar dari pagar rumah. Aryanna kemudian terduduk semula. Menahan kedua tangannya dibirai gazebo. Menundukkan wajah dan membiarkan airmata yang ditahan bercucuran jatuh ke tanah. Dahin yang menghampirinya hanya duduk dan membiarkan gadis itu menangis semahunya.
'Dahin, tolong jaga Aryanna. Jangan biar sesiapapun menyakiti dia termasuk aku' sayup suara sayu Daffa Haiyan berbisik di telinganya. Pasti abangnya itu dapat merasakan perasaan Aryanna diketika itu.
Start bab ni agak lebih fantasi sikit coz aku kena match dengan dunia Daffa Haiyan lebih lagi. Banyak kali gak lar aku fikir patut tak tambah watak Wangsoo tapi bila fikir next2 bab akan lebih serius untuk Aryanna so aku masukkan je watak Wangsoo, harimau putih. Itu pun aku ambik dari experience sendiri esp bab mimpi tu.
Share this novel