Aiden Adrien meletakkan guitarnya dimeja. Lalu duduk seketika. Resah memikirkan riak wajah Aryanna Delara yang berubah bila mereka selesai menyanyi tadi. Gadis itu nampak muram tiba2.
'Aiden Adrien!' satu suara memanggil namanya. Dia menoleh.
'Daffa Haiyan, kau buat apa kat sini? Macamana kau tahu kami ada kat sini?' soal Aiden. Dia menarik lengan Daffa Haiyan menjauh dari kawasan ramai orang itu.
'Aku datang nak jumpa kau!' jawab Daffa Haiyan.
'Jumpa aku untuk apa?' soal Aiden lagi.
'Aku tak nak cakap disini. Mari bercakap disana. Aku tak mahu Aryanna tahu aku jumpa kau' balas Daffa sambil menunjuk kearah menara tinjau yang berada agak jauh dikawasan belakang resort itu.
'Ok!' jawab Aiden. Dia juga ingin menyelesaikan masalah antara Daffa Haiyan dan dirinya. Bosan dengan perangai lelaki bermata hijau itu.
Mereka kemudian berjalan menuju ke menara tinjau. Adan mengekori dari belakang. Daffa Haiyan hanya membiarkan sahaja Adan.
Ketika hampir sampai dimenara itu, Daffa Haiyan menghentikan langkah. Dia menoleh ke arah Adan. 'Kau tunggu disini. Aku nak bercakap dengan dia je' arah Daffa Haiyan.
'Aku bukan lagi pengikut kau, Daffa. Aku tak kan dengar cakap kau. Kau cakap saja dengan dia disini' jawab Adan.
'Kau tahu kau bukan lawan aku, Adan!' jerkah Daffa Haiyan.
'Jadi, kau nak bunuh aku?' soal Adan
'Kalau perlu. Kau fikir aku tak berani?' jawab Daffa Haiyan merasa tercabar.
Aiden terpinga2. Dia memandang ke arah Daffa Haiyan. Lelaki itu sedang bercakap dengan siapa?
'Kau giler ke? Kau cakap dengan siapa?' sergah Aiden.
'Kau diam!' balas Daffa Haiyan keras.
Uzza dan temannya, Salbi yang selalu bersama Aiden muncul dari balik gelap malam.
'Kau bawa pergi dengan budak tu, Daffa. Kami selesaikan Adan' ujar Uzza.
Kemunculan Uzza dan Salbi menambah kehairan pada Aiden Adrien. Dia benar2 tidak faham apa yang berlaku. Daffa Haiyan menarik kolar baju Aiden Adrien, memaksa Aiden mengikut langkahnya.
'Kau nak pergi mana, Adan!' Uzza dan Salbi menghalang Adan yang mahu mengekori Aiden.
'Lepaslah! Aku boleh jalan sendiri!' bentak Aiden. Namun Daffa Haiyan tidak peduli. Dia terus menarik Aiden Adrien hingga ke menara tinjau resort itu. Hampir tersungkur Aiden ditangga dibuatnya.
Setiba diatas menara, Daffa Haiyan menghempaskan tubuh Aiden Adrien ke lantai.
'Kau memang dah gila ke Daffa?' soal Aiden Adrien lalu cuba bangun. Daffa Haiyan menendang perut Aiden, tidak mengizinkan lelaki itu bangun. Aiden menekan perutnya yang sakit akibat tendangan itu.
'Kau memang betul2 nak mati kan?' soal Daffa Haiyan. Wajahnya merah. Penuh amarah. Mata hijaunya bernyala terang.
'Apa kau nak hah??' soal Aiden.
'Apa aku nak? Aku dah bagitahu kau, Aryanna hak aku. Kau tak faham2. Kau ikut dia sampai sini? Ini tempat aku dan Aryanna!' tempik Daffa Haiyan.
'Kau masa lalu Aryanna, Daffa. Kau dah tak ada kaitan dengan dia!' balas Aiden lalu bangun.
Daffa Haiyan ketawa dan kemudian melepaskan satu keluhan berat. 'Kau berani cakap aku masa silam, Aryanna? Aku tak ada kaitan dengan Aryanna? Kau tahu tak kau punca aku jadi macam ni! Aku patut biar kau mati!'
'Apa kau merepek ni?' soal Aiden. Seribu tanda tanya mula terbit difikirannya.
'Arghh..kau memang tak sedar untung. Kat menara ni aku tengok Aryanna menangis sebab kau. Dan kat sini Aryanna tahu aku bukan kau dan dia terima aku seadanya. Dan sebab dia aku selamatkan kau. Aku tak patut selamatkan kau. Kau patut mati!' Daffa Haiyan bagai tidak keruan. Tindak tanduknya bagai orang hilang akal.
'Dari tadi kau ulang benda yang sama. Benda yang aku tak faham! Kau dah macam orang gila!' bentak Aiden.
'Gila?? Baik, kita tengok siapa yang gila nanti. Kau tak faham? Kau nak fahamkan? Baik, aku bagi kau faham' Daffa Haiyan bagai kilat menerpa kearah Aiden Adrien. Mencengkam leher Aiden dengan sebelah tangannya.
Aiden meronta2 kerana nafasnya yang bagai tersekat. Tangannya cuba melepaskan cengkaman Daffa Haiyan. Namun kekuatan Daffa Haiyan gagal ditandinginya.
Daffa Haiyan meletakkan sebelah lagi tangannya ke dada Aiden. 'Aiden Adrien, pulangkan memori aku dan ambil semula semua memori kau!' jeritnya penuh amarah.
Beberapa ketika kemudian Daffa Haiyan melepaskan cengkaman tangannya. Dan merenung Aiden Adrien dengan senyuman sinis.
Aiden Adrien terduduk memegang dadanya. Terasa perit dan pedih menjalar didada dan kepalanya. Satu persatu memori yang tidak pernah dia tahu ada kini muncul.
Dadanya berombak kencang bila mula mengingati satu persatu peristiwa yang telah dihapuskan dari ingatannya. Bagai flashback yang silih berganti. Peristiwa dia dibawa ke alam lain oleh makhluk yang mengerikan. Lehernya dijerut sehingga tubuhnya terjuntai dari dahan pohon yang tinggi. Dan Daffa Haiyan serta lelaki bernama Adan menyelamatkannya.
Juga kejadian Daffa Haiyan mengorbankan diri sekali lagi menyelamatkan dia, Dahin dan Adan. Malah lelaki itu sanggup mati demi janjinya pada Aryanna Delara. Hatinya bagai dirobek, hancur berderai. Apatah lagi menyedari lelaki yang berdiri dihadapannya itu lah yang dirindui Aryanna, yang ditangisi dan dicintai gadis itu. Dan lelaki itu lah sebenarnya cinta pertama Aryanna, bukan dia Aiden Adrien....tetapi lelaki bernama Daffa Haiyan.
'Arghhh.....' Aiden Adrien menjerit sekuat hatinya. Sukar menerima kenyataan itu.
'Sekarang kau faham? Siapa adalah masa lalu, Aryanna? Aku atau kau? Dia terima kau kerana aku. Dan dihati dia hanya ada aku...Daffa Haiyan' tokok Daffa Haiyan.
Aiden Adrien hanya diam. Dadanya masih berat untuk menerima semua itu. Sinar kasih yang gagal dicarinya dari mata gadis bernama Aryanna Delara ternyata sudah dimiliki Daffa Haiyan. Pedih...hakikat itu terlalu pedih untuknya.
'Selain aku tiada siapa yang akan memiliki Aryanna!' tegas Daffa Haiyan.
***
Dahin dan Aryanna segera berlari apabila melihat jasad Adan terbaring ditanah.
'Adan! Adan!' Dahin memangku tubuh Adan yang longlai dan dibasahi darah.
'Aiden...' suara Adan bagai tidak kedengaran.
'Mana Aiden, Adan?' tanya Aryanna cemas.
'Sa..na' Adan cuba mengangkat tangannya kearah menara tinjau.
'Adan, kau balik pada Walid' ujar Dahin kemudian bersiul memanggil Wardu dan kuda tunggangan Adan. Kedua2 haiwan itu berlari laju menghampiri mereka. Tubuh Adan di papah naik ke atas Wardu. 'Kalian bawa Adan pulang kepada Walid segera' arah Dahin. Wardu yang seakan faham mula bergerak laju diikuti kuda tunggangan Adan.
'Aryanna, kau pergi pada Damiya. Biar aku tengok Aiden. Bahaya untuk kau!' desak Dahin.
'Tak. Aku tak kan tinggalkan Aiden. Semua ni sebab aku' balas Aryanna. Lalu terus berlari ke arah menara tinjau.
Dahin terpaksa akur. Dia mengejar langkah Aryanna dengan pantas.
Aiden menggagahkan diri untuk bangun. Dia memandang Daffa Haiyan. Lelaki itu berbeza perwatakannya. Apakah yang telah terjadi kepada Daffa Haiyan setelah peristiwa itu? Apakah Hijazi dan Uzza sudah berjaya merubah lelaki itu?
'Tapi Daffa yang aku kenal bukan seperti ni' ujar Aiden memberanikan diri.
'Kau jangan berlagak seperti kau kenal aku! Kau punca semua ni! Kau yang menjadikan aku seperti ini' tempik Daffa Haiyan. Amarah memuncak mendengar kata2 Aiden itu.
'Dahin dan Aryanna sudah kesini, kau bawa Aiden dulu.' ujar Sabil sebaik dia sampai diatas menara itu. Uzza sedang mengawasi dibawah.
'Apa kau nak buat pada Aryanna, Daffa! Kau dah hilang akal ke?' soal Aiden apabila mendengar kata2 Sabil.
'Kau...kau...jangan tunjuk muka kau risaukan Aryanna. Aku tak suka!! Tak perlu!! Aku lebih tahu nak jaga dia. Kau diam dan tunggu masa kau sampai!' jerkah Daffa Haiyan. Dia kemudian menerpa ke arah Aiden, memaut tubuh Aiden dan melompat turun dari menara tinjau itu. Aiden menjerit sepenuh hati, terkejut dengan tindakan Daffa Haiyan yang membawanya turun dengan melompat dari ketinggian menara itu.
Suara jeritan Aiden itu membuatkan Dahin Haiyan segera berlari lebih laju. Terpaksa meninggalkan Aryanna dibelakang. Dia tidak mahu terjadi apa2 pada Aiden. Aryanna mengeluarkan kedua2 kerambit didalam bag galasnya dan disisipkan ke pinggang. Bag galasnya dicampak ke tepi lalu melajukan langkahnya mengekori Dahin.
Daffa Haiyan mendaratkan kakinya ke tanah menyebabkan tubuh Aiden terjelepuk. Dia kemudian mengheret Aiden masuk ke pinggir hutan.
'Kau nak bawa dia kemana, Daffa?' Dahin menjerkah dari belakang.
Daffa melepaskan cengkaman tangannya dari baju Aiden. Dia tersenyum sinis lalu menoleh.
'Dahin. Adik kesayangan aku, kau sekarang sudah berani melawan aku. Mana Aryanna?' soal Daffa Haiyan tertawa kecil.
Uzza dan Sabil muncul bersama Aryanna. Mereka memegang kedua2 lengan gadis itu.
'Aryanna!!' jerit Aiden bila melihat Aryanna tiba. Dia cuba bangun mendapatkan Aryanna. Namun Daffa Haiyan sekali lagi menendang perutnya.
'Kau lepaskan Aiden, Daffa!' Aryanna memandang Daffa Haiyan tajam. Mata lelaki itu sudah tiada jiwa. Lelaki itu sudah hilang dirinya. Pertimbangan warasnya juga turut hilang sehingga mampu menyakiti Aiden sebegitu.
'Arghh....kau masih risaukan lelaki ni?' nafas Daffa Haiyan turun naik menahan marah. Daffa menerpa ke arahnya. Dahin cuba menghalang.
'Lari Aiden!!' tempik Aryanna. Serentak dia menendang kuat ke kaki Sabil. Dan menghentak kepalanya ke arah Uzza. Pegangan tangan kedua lelaki itu terlerai.
Aryanna mencabut kedua2 kerambit dipinggangnya. Menggenggam kemas kedua2 ulu kerambit. Meskipun dia tidak pasti cara menggunakannya namun dia hanya akan mengikut sahaja gerak hatinya. Dia tidak pasti mampukah dia menggunakan seni pertahankan diri moden yang dia ada utk berdepan dengan makhluk2 ghaib itu. Namun dia tidak ada pilihan lain.
Aiden cuba bangun untuk berdiri namun Uzza lebih dulu pantas melayangkan tubuhnya ke arah Aiden dan memijak belakang lelaki itu.
Daffa dan Dahin beradu tenaga bagai sudah lupa ikatan antara mereka.
Sabil yang berang dengan tindakan Aryanna menyerang gadis itu. Aryanna cuba bertahan. Didadanya hanya ada ilmu MMA. Namun dia bertekad tidak akan sama sesekali tunduk kepada mereka. Melihat Sabil hampir kepadanya, dia mara kedepan, tidak menunggu lalu melompat dan menghentak lutut kanannya kedada Sabil kemudian dengan pantas kaki kirinya menendang sisi tubuh lelaki itu.
Sabil terdorong ke belakang. Dia tidak menjangkakan tindakan gadis didepannya itu. Dia semakin berang. Kuku panjangnya keluar dari celah jari2 nya. Dia kemudian menghayun tangannya kearah Aryanna. Aryanna tunduk mengelak sekaligus pantas menghayunkan dua tumbukan bertalu2 ke dada Sabil. Akibat tumbukan itu, kerambit yang kemas ditangan Aryanna menghiris tubuh lelaki itu.
'Arghh....' Sabil mengerang kesakitan. Dadanya bagai terbakar akibat hirisan mata kerambit Aryanna.
Tidak tahu dari mana kekuatan yang datang, Aryanna pantas melompat dan mendarat diatas tubuh Sabil.
'Yarghh...' jerit Aryanna dan menghayun kerambit ditangannya ke leher Sabil. Tubuh lelaki itu berderai bagai debu.
Uzza tergamam, kakinya diangkat dari tubuh Aiden. Dahin dan Daffa turut terhenti pertelingkahan mereka lalu memandang ke arah Aryanna. Debu dari tubuh Sabil berterbangan disekeliling tubuh gadis itu. Dari mana datang keberanian gadis itu sehingga dapat menewaskan Sabil.
Aryanna bangun. Wajahnya tegang, matanya merenung tajam ke arah Uzza.
'Merasa kau lebih mulia dari manusia adalah satu kebodohan. Giliran kau!' tempik Aryanna, tangannya yang masih memegang kerambit minang itu menunding kearah Uzza.
'Arghhhh....celaka!' Uzza yang marah dengan kematian Sabil menghayun kakinya laju menuju ke arah Aryanna. Gadis itu bagai sudah bersedia menerima serangannya.
Melihat situasi itu, Dahin Haiyan berlari pantas dan kemudian menghayun tendangannya ke badan Uzza. Uzza terperosok jatuh ke pangkal pokok.
'Aryanna! Aryanna!' Dahin menggoncang bahu Aryanna. Bimbang melihat keadaan Aryanna yang nafasnya turun naik dengan laju menahan kemarahan.
'Aryanna!' jerit Dahin kuat.
Aryanna tersentak. Memandang wajah Dahin seketika.
'Kau ok?' soal Dahin.
Aryanna angguk. Dia terpinga seketika. Kerambit ditangannya disarungkan semula ke pinggang.
Dahin segera meluru ke arah Uzza. Tidak mahu Uzza kembali menyerang Aryanna.
Daffa Haiyan menghampiri Aryanna. 'Kau ikut aku, Aryanna atau Aiden akan mati!'
'Aku lebih sanggup mati dari ikut kau pergi kepada Hijazi. Pulanglah Daffa!' Aryanna memegang tangan Daffa, cuba mengembalikan jiwa lelaki itu seperti sebelum ini. Namun pandangan mata Daffa Haiyan tetap tidak berubah.
'Kenapa kau degil, Aryanna? Kau untuk aku, Aryanna. Hak aku!' tegas Daffa tidak mahu mengalah.
Dengan tubuhnya yang lemah, Aiden Adrien menghampiri Aryanna dan Daffa.
Sekuat tenaga dia menolak tubuh Daffa Haiyan menjauh dari Aryanna. Dan menarik gadis itu ke belakangnya. 'Cukuplah Daffa. Aryanna dan kau berbeza dunia'
'Kau diam!!!!' marah Daffa Haiyan memuncak. Kuku yang panjang keluar dari jari2nya. Dia meluru kepada Aiden.
Aryanna dengan spontan menolak Aiden Adrien ketepi. Hayunan tangan Daffa Haiyan mendarat ke tubuh Aryanna. Kuku panjang lelaki itu tembus ke perutnya. Dia cuba menahan kesakitan yang dirasai. Tangannya berpaut dibahu Daffa. Darah membuak keluar dari perut dan mulutnya.
'Aryanna!!' jeritan Dahin dan Aiden hampir serentak. Uzza yang panik melihat keadaan itu segera lari menyelinap masuk ke dalam hutan.
'Ar...Aryanna' suara Daffa Haiyan terketar2. Dia bagaikan tersedar dari lena. Tubuh Aryanna rebah kedadanya.
Dipangku gadis itu.
'Aryanna...Aryanna. Ya Allah, apa aku buat, Dahin!!!! Aryanna!!' airmata Daffa Haiyan mengalir deras. Sebelah tangannya memaut bahu Dahin yang terduduk di sisinya. Aiden kaku, hilang bicara. Kekuatan didalam dirinya hilang melihat keadaan Aryanna.
Dengan baki tenaga yang tinggal sisa, Aryanna cuba tersenyum memandang Daffa Haiyan. Sinar mata lelaki itu sudah kembali. Tangannya memegang pipi lelaki. 'Walaupun aku bukan untuk kau tapi aku sayang kau, Daffa Haiyan' usai ucapan itu, tangannya jatuh terkulai.
'Arghhh......' jerit Daffa Haiyan. Suaranya memecah hening malam.
Dahin menguatkan diri, terketar2 tubuhnya menunduk cuba mendengar nafas Aryanna. Masih berbunyi perlahan. Dia menekan luka diperut Aryanna. Cuba menghalang darah dari terus mengalir. 'Kita bawa Aryanna ke Walid' ujar Dahin kepada Daffa.
'Jangan! Hijazi akan dapat menghidu Aryanna. Kau tak tahu perancangan mereka, Dahin. Mereka makhluk tanpa pertimbanhan. Kau munculkan diri kau, Dahin. Bawa Aryanna ke hospital, cepat!! Aku akan jumpa Walid!' balas Daffa Haiyan.
Dahin menembusi hijan dan segera menggendong tubuh Aryanna. Dengan sepantas kilat dia berlari meninggalkan Daffa Haiyan dan Aiden.
'Aiden, kau pergi hospital sekarang. Dahin mungkin sudah sampai disana' ujar Daffa Haiyan sambil membantu Aiden bangun. Wajah Aiden masih jelas dalam keadaan terkejut.
'Aiden!!' jerkah Daffa Haiyan melihat Aiden yang masih bagi kaku.
'Aryanna akan selamat kan, Daffa?' soalnya dengan suara yang lemah.
'Ya. Aku akan pastikan dia selamat. Kau pergi hospital sekarang' jawab Daffa Haiyan.
Aiden Adrien mengangguk. Dia melangkah lemah. Daffa memerhatikan langkah Aiden hingga hilang. Dia kemudian terduduk melutut ke tanah. Airmatanya kembali mengalir deras bila melihat tangan dan tubuhnya yang dibasahi darah Aryanna Delara. Dia memejamkan matanya rapat. 'Walid, tolong Daffa' bisiknya sendiri. Seketika kemudian bunyian deruan tapak kuda menghampirinya. Qawas muncul disebalik kabus malam. Daffa Haiyan bangun lalu melompat naik ke atas Qawas.
'Aku rindu kau, Qawas ' bisiknya saat mula mengatur langkah. Qawas berdengus seakan membalas kata2 Daffa. Leher Qawas dipeluk erat sepanjang mereka pulang, bagai mengadu berat beban yang menghimpit dadanya.
Share this novel