Bab 9 : Dunia Kita Berbeza

Fantasy Completed 1367

Daffa Haiyan menarik rambutnya ke atas, mengikat kemas lalu melilitkan kain pengikat kepalanya ke dahi. Baju hitam tanpa lengan disarung ke badan. Kemudian mengenakan jubah hitamnya yang labuh keparas lutut. Jubah itu terletak elok mengikut bentuk tubuhnya yang tinggi dan tegap. Lilitan dipinggang dikemaskan. Dua bilah pedang disisip rapi dibelakangnya.

Sejurus dia ingin melangkah keluar, masuk seorang lelaki seusianya berdiri tegak berhadapan dengannya. Bagaikan pantulan imej nya dicermin, dia merenung lelaki itu. Dahin Haiyan, adik kembarnya.

‘Haha...tak perlu cermin kan?’ seloroh Dahin Haiyan ketawa kecil.

‘Hrmm...kau pendek sikit’ usiknya sambil menolak Dahin Haiyan ke tepi sebelum melangkah keluar dari biliknya.

‘Mane ada. Sama je tinggi kau dengan aku’ Dahin Haiyan mengekori abang kembarnya itu ke ruang tamu rumah.

Benar kata Dahin Haiyan, tiada beza antara dia dan Daffa Haiyan kecuali anak mata Daffa Haiyan yang kehijauan manakala Dahin Haiyan kebiruan. Selain daripada itu tiada lansung perbezaan mereka. Malah suara dan gaya bercakap mereka juga sama.
Lantai rumah yang diperbuat dari kayu itu berbunyi mengikut rentak langkah kaki mereka berjalan. Diruang tamu telah menanti seorang lelaki agak berusia berambut putih separas bahu yang diikat sebahagiannya ke belakang, Habib, ayah mereka. Wanita yang sedikit muda dari Habib, berwajah putih bersih dan bersanggul rapi, Abiyah, ibu mereka dan seorang gadis cantik berambut ikal hingga ke paras pinggang, Dhia Ayasya, adik bongsu mereka.

Daffa Haiyan menghulur tangannya kepada Habib, mencium tangan ayahnya itu. Tingkahnya itu diikuti Dahin Haiyan. Kemudian mereka bersalam dan mencium tangan ibu mereka. Daffa Haiyan kemudian sekadar mencebik kepada Dhia Ayasya. Dahin Haiyan pula memaut leher gadis itu. Dhia Ayasya berusaha melepaskan diri.

‘Jangan buat adik macam tu’ tegur Abiyah lembut. Dahin Haiyan segera melepaskan Dhia Ayasya.

Habib menggelengkan kepala ‘Ingat atau tidak pesan walid?’ soalnya kepada kedua anak lelakinya itu.

Daffa Haiyan dan Dahin Haiyan menggangguk. Kemudian meminta izin untuk keluar. Habib sekadar memerhatikan dua anak lelakinya itu menuruni tangga dan sejurus kemudian berlari kejar-mengejar masuk ke hutan.

‘Saya risau. Hari ini tak rasa sama seperti biasa’ bisiknya pada Abiyah.

Abiyah mengurut belakang suaminya perlahan ‘Mereka akan jaga satu sama lain, walidnya janganla risau. Mereka dah cukup dewasa’ ujarnya cuba menenangkan Habib.

‘Dewasa apa ibu. Macam budak2’ Dhia Ayasya mencebik. Habib tertawa mendengar keluhan anak perempuan bongsunya itu. Dia mengusap perlahan kepala Dhia Ayasya. Benar adakalanya kembar itu seakan masih kanak2 bila bergurau terutama bila kerap mengusik adik mereka.

Daffa Haiyan berlari laju memintas Dahin Haiyan. Melihat kelibat kembarnya melepasi lariannya Dahin Haiyan melajukan larian dan berlari seiring Daffa Haiyan. Mereka saling berpandangan dan tersenyum. Dahin Haiyan kemudian menyelinap masuk diantara pohon2 pokok. Daffa Haiyan mengejarnya, pedang yang tersarung dibelakang di cabut. Melihat tindakan abangnya itu, Dahin Haiyan berlari lebih jauh dan kemudian menyembunyikan diri dibalik batang pokok.

Hutan itu adalah tempat membesar membesar. Bagai sudah sailing mengenali. Bermain kejar2 dari kecil hinggalah mereka kejar-mengejar berlatih ilmu pertahankan diri dari ayah mereka ketika mula remaja hingga kini. Daffa Haiyan hebat menggunakan pedang merupakan waris kepada ayah mereka yang mengetuai bangsa mereka manakala Dahin Haiyan cekap memanah. Kehebatan kembar itu sememangnya di akui dan dikagumi oleh bangsa mereka.

Daffa Haiyan memberhentikan larian, mencari kelibat Dahin Haiyan. Dia memejam mata, cuba mendengar gerak geri adik kembarnya. Dahin Haiyan perlahan menarik anak panah dibelakangnya dan menarik perlahan panahnya itu mengacukan kearah Daffa Haiyan. Mendengar bunyi anak panah menuju kearahnya, dia mengelak ketepi. Dia membuka mata dan melihat anak panah yang meluncur didepan matanya. Cuba menangkap namun gagal.

Mereka kaget seketika melihat arah anak panah itu meluncur dengan laju. Dengan segera mereka berlari pantas mengejar. Daffa Haiyan menyarung pedangnya kebelakang. Melompat tinggi menyeberangi sungai dihadapannya. Dahin Haiyan mengikut dari belakang.

Dia menangkap dan menggenggam erat anak panah itu lalu mendarat ketanah. Jantungnya bagai mahu pecah, anak panah itu hanya sejengkal sahaja dari seorang gadis yang berdiri disitu. Dahin Haiyan yang baru sahaja menjejak tanah menghampiri abangnya.

Daffa Haiyan kaku memerhatikan wajah gadis didepannya. Dengan mata yang berkaca memerhatikan alam disekeliling mereka, seketika kemudian gadis itu memejam kelopak matanya seolah bercakap dengan alam kemudian airmatanya mengalir dipipi. Daffa Haiyan tersenyum, waktu bagai terhenti saat Daffa Haiyan melihat tingkah laku gadis itu. Pertama kali dia melihat reaksi sebegitu dari bangsa manusia yang sering berkunjung kesitu.

‘Cantik. Cantik sangat’ begitu suara gadis itu memuji kecantikan alam sekeliling mereka. ‘I’m in the right place’ tambah gadis itu sebelum pergi. Suara gadis itu menusuk ke jiwanya bagai panah mengenai jantung.

Ketika Dahin Haiyan mengambil anak panah ditangannya barulah dia bagai tersedar dan mengalih pandangannya kepada Dahin Haiyan.

‘Apa dalam fikiran kau?’ soal Dahin Haiyan

‘Tak ada apa’ dia berdalih.

‘Kau lupa ke kita kembar?’ Dahin Haiyan menduga.

Daffa Haiyan menjeling. Dia tahu setiap perasaan dan pemikiranya dikongsi dengan Dahin Haiyan. Sukar sekali menipu kembarnya itu.

‘Kau la. Main2’ dia cuba mengalih topik.

‘Salah aku pulak. Kau yang gagal tangkap’ Dahin Haiyan menolak belakang kepala Daffa Haiyan.

‘Takdir mungkin’ jawab Daffa Haiyan tersenyum.

‘Takdir ape? Ape?’ matanya membulat menyedari apa difikiran abangnya itu.

‘Jodoh?’ jawab Daffa Haiyan selamba.

‘Bodoh! Bodoh!’ sekali lagi Dahin Haiyan menolak belakang kepalanya.

‘Kenapa? Tak boleh?’ soal Daffa Haiyan sambil senyum sinis.

‘Tu manusia. Bodoh!!’ Dahin Haiyan menarik keluar pedang Daffa Haiyan. Dia kemudian melibasnya kearah Daffa Haiyan.

Daffa Haiyan mengelak sambil tertawa. ‘Iye...iye. Aku gurau je. Aku bagitahu Walid, kau main2 sebab tu la panah kau nyaris nak kena kat budak tu’

Dahin Haiyan menggetap bibir menahan geram dengan ugutan abangnya. Sikap Daffa Haiyan adakalanya kebudakan dan acuh tidak acuh . ‘Aku tak tahu la. Kau sebenarnya abang ke aku sebenarnya’ keluhnya.

Daffa Haiyan ketawa lebih galak kemudian berlari meniti batu-batuan menyeberangi sungai untuk kembali ke hutan. Dahin Haiyan menggelengkan kepala sambil mengekori dari belakang.

Selesai memeriksa kawasan hutan itu, mereka berhenti dipinggir sungai, menadah air ditapak tangan dan membasuh wajah masing2. Seketika mereka duduk memerhatikan kelompok manusia yang berada diseberang.

‘Kenapa la manusia2 ni selalu sangat datang kesini?' soal Dahin Haiyan tiba2.

‘Healing’ pendek jawapan Daffa Haiyan.

‘Ape? Hahaha’ dia tergelak mendengar jawapan Daffa Haiyan.

Daffa Haiyan juga turut ketawa. Itulah istilah yang sering mereka dengar dari manusia2 yang datang ke situ.

‘Kenapa kita datang sini weyy??’ Daffa Haiyan mengajuk percakapan manusia yang sering didengarnya.

‘Healing’ mereka menjawab serentak kemudian kembali ketawa.

Tiba2 mata Daffa Haiyan menangkap kelibat gadis yang ditemui mereka sebentar tadi sedang duduk diatas batu dipinggir sungai itu. Dia cuba bangun namun Dahin Haiyan pantas menarik lengannya.

‘Kau nak pergi mane?’ soalnya curiga.

‘Sekejap je’ jawab Daffa Haiyan.

‘Ishhh...kau pergila. Aku tak nak’ Dahin Haiyan melepaskan tangan abangnya itu. ‘Kau jangan bukan2. Ingat had kita’

‘Aku tahula. Aku tengok je’ dia menanggalkan sarung pedangnya dan di letakkan kesisi Dahin Haiyan. Adiknya itu menepuk2 dahi seakan protes. Daffa Haiyan hanya tertawa.

Dia meniru gaya duduk gadis itu. Turut mendongak keatas melihat apa yang diperhatikan gadis itu, langit dan awan. Dia bagai terkesima saat gadis itu tersenyum dan memejam matanya menghayati keagungan tuhan. Nyanyian kecil gadis itu membuatkan dia merapatkan telinganya cuba mendengar muzik apa yang sedang bermain ditelinga gadis itu. Dia mengerutkan dahi, ‘Bahasa ape ni?’

‘Aryanna!’

Dia menoleh saat mendengar suara kuat seorang lelaki menghala kesitu.

‘Hmm...Aryanna nama dia..’ bisiknya tersenyum mengetahui nama gadis itu.

‘Daffa!!!’ kedengaran kuat suara Dahin memanggilnya. Dia mengeluh kecil ‘Kacau la dia ni’

‘Ok selamat tinggal Aryanna’ ucapnya meninggalkan gadis itu kembali sendiri.

Dia mendapatkan Dahin Haiyan yang sudah merah muka seakan menahan marah. 'Ape kau buat?'

'Kecoh la kau ni' rungutnya.

‘Beri tumpuan tugas kita boleh tak?’

Daffa Haiyan menarik nafas dalam dan angguk. Dia berdiri tegap, meletakkan kedua tanganya kebelakang. Wajahnya kembali serius mengingat semula apa yang dimaklumkan Walid subuh tadi. Hari ini bulan akan penuh, malam tidak akan sama seperti biasa. Tugas mereka adalah menjaga ketenteraman hutan itu dari gangguan makhluk jahat yang lain termasuk menjaga ketenteraman makhluk yang diperhati mereka sekarang, manusia.

‘Kau ingat pesan Walid, ketika bulan penuh kau jangan berada diseberang sana, biar aku dan orang2 aku yang menjaga mereka’ Dahin Haiyan menunjuk ke arah manusia2 diseberang ‘Kau dan pengikut kau kekal disebelah sini’

Daffa Haiyan angguk. Ya, pesanan walid masih segar dikepalanya. Namun walid tidak memberitahu apa alasan atas arahan itu. Tapi dia akan akur meskipun hatinya lebih bimbang melepaskan adiknya keseberang sana malam ini. Aura manusia menarik lebih banyak makhluk2 yang tidak sepatutnya datang ke hutan itu terutamanya ketika bulan penuh. Meskipun bimbangkan keselamatan Dahin Haiyan. Namun dia harus akur.

Malam ini saat bulan penuh, dia dan Dahin Haiyan akan genap 21 tahun, usia mereka hanya terpisah 1 saat. Usia itu yang dijanjikan kedewasaan buat golongan mereka. Dia dan Dahin Haiyan akan menggantikan walid yang mengetuai hutan ini. Dan malam ini juga ujian buat mereka. ‘Mampukah aku dan Dahin menggalas tanggungjawab ini?’ bisiknya sendiri.

‘Aku tahu apa kau fikir tapi aku tak nak kau banyak risaukan aku. Aku akan jaga diri aku’ Dahin Haiyan memeluk erat bahu Daffa Haiyan menyedari kerisauan abangnya itu.

~Kekal baik sangat sukar saat kau sudah letih berusaha menjadi baik untuk sekian lamanya namun tidak pernah dihargai~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience