Bab 18 : Popcorn

Fantasy Completed 1367

Pagi itu dia tersedar saat azan subuh berkumandang. Entah bila dia terlelap diatas sejadah itu. Segera bangkit, mandi dan solat subuh.

Baju T-shirt hitam lengan panjang disarung ke badan. Dan cargo pants slim fit. Kemudian menyarungkan baseball jacket berwarna putih biru. Mencapai headphone dan disangkutkan dileher. Sambil menyarung topi dikepala, dia berlari anak menuruni tangga.

'Abah, morningggg!!!' jeritnya melihat Daim sedang menyiapkan sarapan dimeja. Ayahnya itu bagai terkejut. Dia buat tak endah dengan reaksi ayahnya itu. Dia tahu Daim terkejut dengan gelagatnya. Ya, sudah lama dia tidak seperti dulu. Tapi mulai hari ini dia nekad ingin mengembalikan 'Aryanna Delara' sepertimana dulu kepada ayahnya. Dia memeluk Daim dari belakang.

'Morning' Daim tersenyum. Hatinya lega namun bercampur bimbang dengan perubahan tiba2 anaknya itu.

'Wahhh...bihun goreng. Sedapnya' pelukannya dilepaskan dan dia duduk dikerusi.

'Awalnya siap ke kolej?'

'Hrmm...kelas awal hari ni pukul 9' jawabnya sambil menciduk bihun goreng ke pinggan.

'Macamana kolej?'

'Everything nice. Besar, cantik. Lanskap dia cantik giler abah'

'Itu abah tahu, abah yang register adik kat situ. Maksud abah dah jumpa kawan baru ke?'

Aryanna Delara tersengih sambil menggeleng 'Not yet..hope today'

'Sampai bila la anak abah ni nak pakai macam ni. Bila nak pakai macam perempuan?' gurau Daim sambil mengusap bahu Aryanna Delara.

Aryanna Delara sengih lagi. Tidak mahu menjawab soalan itu. Dia lebih selesa begitu. Dan lebih selesa dengan motorbikenya dari memandu kereta. Baginya semua itu bagai tembok yang dibina untuk dirinya dengan dunia luar.

'Abah dengar Aiden belajar kat kolej sama. Tak jumpa dia?' Daim cuba mengalih topik bimbang anaknya itu terasa dengan gurauannya.

Aryanna Delara angguk sambil mencebikkan bibirnya. 'Ooo....Abah daftar adik kat situ sebab Aiden ye?'

'Ishhh....mana ada. Ok la tu. Ada kawan. Ada jumpa dia?' Daim cuba berdalih.

Aryanna Delara angguk lagi. 'Arghh kenapa la pagi2 topik Aiden keluar' keluhnya dalam hati. Peristiwa Aiden Adrien menyanyi di cafe semalam muncul dibenaknya.

'Lama abah tak jumpa dia. Mesti makin handsome budak tu. Apa Damiya cakap? Adik suka Aiden sebab muka dia macam siapa? Jang Ki...apa?' Daim Cuba mengingat nama artis Korea yang sering digunakan Damiya bila merujuk kepada Aiden Adrien saat dia mengusik Aryanna Delara.

'Yong' jawab Aryanna Delara pendek.

Daim tertawa kecil 'Hahh...Jang Ki Yong'

'Sikit pun tak. Dun trust Dami, abah. Mata dia something wrong' Aryanna Delara mencebik. Entah apa yang sama antara Aiden Adrien dan Jang Ki Yong, dia sendiri tak faham dengan Damiya. Daim ketawa kecil.

Selesai sarapan, dia mencium tangan abah dan segera menunggang motorbikenye ke kolej. Hari ini dia tidak mahu lambat lagi.

Helmet dicabut. Topi disarungkan di kepala. Kemudian berjalan laju menuju ke dewan kuliah. Headphone dipasang ke telinga. Mulutnya bernyanyi perlahan mengikuti lagu2 OST kdrama terbaru yang ditontonnya 'Lovely Runner'.

Langkahnya terhenti seketika tatkala terasa headphone ditarik
dari telinganya. Aiden Adrien berjalan disisinya sambil tersenyum.
'Morning'

Tidak mahu mengendahkan Aiden Adrien, dia terus melangkah. Aiden Adrien Cuba menghalang jalannya. Dia merenung tajam lelaki itu.

'Kau nak ape? Tepi la'

'Saje'

'Aku ada kelas ni!'

'Aku tahu. Tp lg setengah jam kan?'

Aryanna Delara mengeluh. Dia tetap melangkah. Aiden Adrien masih tidak mahu mengalah. Dia berjalan secara mengundur, menghadap Aryanna Delara yang bagai tidak mahu melayannya.

'Habis kelas, lunch sama' pintanya.

Aryanna Delara menggeleng. Dia mempercepatkan langkahnya. Aiden Adrien menjadi tidak stabil, langkah cepat Aryanna memaksa dia menapak kebelakang lebih cepat. Melihat Aiden Adrien yang hampir terjatuh ke belakang, Aryanna Delara pantas menarik bahagian dada t-shirt Aiden Adrien. Hampir terjatuh namun dia dapat mengimbangi tubuhnya. Berterima kasih dalam hati pada rajinnya dia ke gym sejak beberapa bulan lalu.

'Ko giler ke?' tempelaknya pada Aiden Adrien dan melepaskan baju lelaki itu yang kini hanya setapak jaraknya dari dirinya. Dia mendongak sedikit memandang Aiden Adrien tajam. Lelaki itu sedikit tinggi darinya.

'Fuhh...nyaris nak jatuh. Kuatnya kau!' getus Aiden Adrien. Suaranya agak gementar bila direnung sedekat itu oleh Aryanna Delara.

'Oushh!!' Aryanna Delara mengangkat penumbuk. Aiden Adrien menutup mukanya.

Menolak Aiden Adrien kesamping dan dia terus melangkah tidak mempedulikan Aiden Adrien. Sebelum dia melangkah masuk ke dewan, dia menoleh ke arah Aiden Adrien yang masih tercegat disitu.

'Abah kirim salam'

'Ape??' Aiden Adrien sengaja buat tak dengar

'Abah kirim salam. Pekak ke?' tempelak Aryanna Delara dan terus masuk ke dewan.

'Waalaikumussalam' jawab Aiden Adrien sambil memusingkan badannya dengan girang. Tidak mempedulikan mata2 yang memandang kearahnya.

'Macamana?' soal Eddy bila Aiden Adrien melabuhkan punggung di kerusi yang sering menjadi tempat mereka melepak sebelum kelas bermula. Wajah Aiden Adrien dilihat berseri2.

'Weyhh...Aku tanye Ni!' perut Aiden Adrien disiku bila Aiden Adrien hanya tersengih seperti kerang busuk tanpa menjawab apa2.

'Abah kirim salam' jawab Aiden Adrien sambil menepuk bahu Eddy.

'Hehh??' Eddy buat muka pelik.

'Abah dia kirim salam kat Aku. Kau faham tak apa maksud dia?'

'Ape? Kau nk cakap Aryanna bercerita pasal jumpa kau kat ayah dia la? Macam tu? Konon kau Jadi topik perbualan penting la?' soal Eddy menduga apa yang Ada dikepala sahabatnya itu.

Aiden Adrien angguk dan tersenyum lebar. 'Pandainya kau....anak siapa la ni'

'Berangan. Entah2 dia bgth ayah dia macam ni 'abah, tadi ada budak giler tak cukup akal, tiber2 nyayi kat saya dalam cafe'. Pastu ayah dia cakap 'Kesian, muda2 dah giler. Kirim salam kat budak giler tu' Eddy angkat kening sebelah.

Raut wajah Aiden Adrien berubah. Senyumannya hilang. Dia mengetap gigi menahan geram. Merenung Eddy tajam. Eddy segera bangun dan berlari menyedari muka Aiden yang mula Merah padam.

'Bodoh!! Pagi2 kau rosakkan mood aku. Sini kau! Nak tengok Aku giler ke tak!' Aiden Adrien pantas mengejar Eddy.

Hari itu penuh dengan kuliah. Sekitar jam 4.30 baru selesai. Setelah siap solat asar disurau, Aryanna Delara berjalan menuju ke padang kolej. Hatinya rindu zaman sekolah yang banyak dihabiskan dipadang.

Dia memerhatikan pohon rendang ditepi padang. Dan senyum sendiri. Seperti dugaannya pasti ada pohon cantik ditepi padang sepertimana sekolahnya dulu.

'Anyeong! Aku Aryanna. Kau akan jadi best friend Aku mulai saat ini' ucapkan dan menepuk2 dahan pokok itu lalu duduk dan bersandar disitu.

Drawing padnya dikeluarkan dari beg. Membelek2 setiap helaian lukisan yang dilakarnya. Dan terhenti pada helaian yang terlukis wajah Daffa Haiyan yang tersenyum. Potret itu dilukis sehari sebelum lelaki itu hilang.

'Kau memang pandai melukiskan' puji Daffa Haiyan sambil membelek2 lukisan Aryanna Delara.

Aryanna Delara angkat kening sebelah.

'Berlagak!' Daffa Haiyan menolak bahu Aryanna Delara perlahan.

'Tapi kenapa semua lukisan kau ni banyak relate dengan aku? Kau suka aku heh?'

Muka Aryanna Delara merah mendengar kata-kata Daffa Haiyan. Pantas merampas kembali buku lukisannya.

'Susah sangat kan kau nak cakap. Aku dah cakap banyak kali dah aku suka kau. Aku sayang kau' Daffa Haiyan merenungnya penuh yakin.

Aryanna Delara mengerutkan dahinya. 'Sayang??' ujarnya. Perkataan itu meremangkan bulu romanya. Dia ketawa.

'Aku serius ni'

'Ishh...Nak pitam aku dengar perkataan tu. Kat alam sana, kau memang spesis Romeo ek?' dia cuba bergurau bila melihat wajah Daffa Haiyan yang serius. Warna hijau matanya seakan berkaca.

'Tak. Dalam hidup aku ni, kalau aku hidup seribu tahun, aku akan sayang kau sorang je sampai seribu tahun. Sampai Aku Mati' jawab Daffa Haiyan serius.

Aryanna Delara diam. Seketika dia kembali ketawa. 'Agak lar wei. Tak kelakar'. Malas melayan kata2 Daffa Haiyan yang dianggap gurauan, dia mencapai pensel dan mula melakar wajah Daffa Haiyan ketika itu.

'Senyum' pintanya pada Daffa Haiyan. Dan perlahan mengalihkan sedikit rambut Daffa Haiyan yang menutupi dahinya.

Daffa Haiyan tersenyum dan hanya menurut. 'Aku takkan pernah kesal dengan takdir ni, Aryanna. Aku memang sayang kau. Bukan sebab janji kita semata-mata'

Itulah kata-kata akhir dari Daffa Haiyan yang sering tergiang ditelinganya. Yang ketika itu tidak difahami maksud janji yang dikatakan oleh Daffa Haiyan.

Dia kemudian membelek kembali helaian2 sebelum. Semua lukisan itu adalah kisah dia dan Daffa Haiyan. Kisah yang dimimpikan berulang kali sejak Daffa Haiyan hilang. Dan beberapa bulan lalu, kisah itu menjadi jelas.

Dia merenung dalam salah satu Lukisan itu. Lukisan dia, Daffa Haiyan, Dahin Haiyan dan Dhiya Ayasha bermain dihalaman rumah. Kemudian memejam rapat kedua matanya. Airmatanya menitis.

Ya, dia sudah lama mengingati kisah itu sejak beberapa bulan lalu. Dia juga faham janji yang dimaksudkan Daffa Haiyan selama ini. Kisah dan janji yang hanya kembali diingatannya setelah Daffa Haiyan tiada lagi bersamanya. Pelbagai soalan yang timbul juga tiada tempat untuk di ajukan. Apakah gambaran dan memori itu benar atau apakah sekadar imaginasinya.

Airmatanya mengalir deras mengenangkan seandainya semua itu benar, bagaimana keadaan Daffa Haiyan saat ini. Janji itu mengikat Daffa Haiyan hingga akhir hayat, dimana dia? Tidakkah dia merasa rindu yang sama yang dirasai aku sekarang? Apakah aku menyesali tidak memberitahu perasaan aku sebenarnya pada dia?

Namun semua memori dan persoalan itu disimpan sendiri. Tidak diketahui sesiapa meskipun abah, Daniyal malah Damiya. Dia lebih memilih berdiam kerana dia sendiri masih keliru. Apakah perasaannya kepada lelaki dari alam berbeza itu adalah perasaan sebenar atau kerana janji itu. Dan rasa rindu yang sering menghimpit perasaan itu adakah datang dari lubuk hatinya atau hanya kerana sebuah janji.

Dan kerana itulah dia hanya menurut apa sahaja yang abah dan abangnya, Daniyal Hakimi mahu lakukan. Kemana sahaja dia turut untuk berubat. Dari utara hingga selatan. Malah hingga ke negara seberang.

Ketika abah dan Daniyal membawa dia mendapatkan rawatan pakar psikiologi, dia juga pasrah. Namun tiada apa yang berubah. Rasa rindu pada Daffa Haiyan masih menyeksa dirinya.

Rawatan psikiologi dari Doktor Haiqal sedikit sebanyak membantu dia kembali kuat untuk melawan sakitnya yang tidak nampak di mata zahir. Masa yang dihabiskan di gym dan MMA menjadi tempat dia melepaskan beban fikiran.

Airmatanya dikesat, tidak mahu terlalu jauh dibawa perasaan, matanya dialihkan ke arah siswa2 yang sedang bermain bola sepak. Dia senyum sendiri mengingati zaman sekolah, dia juga sering bermain bola sepak bersama rakan2 lelakinya termasuk Aiden Adrien.

Bila difikirkan semula, zaman sekolah adalah waktu terindah baginya. Dikenali disekolah dengan sikap ceria, bersahaja bagai tiada apa yang menghalang dirinya. 'Mampukah aku kembali menjadi diri aku yang dulu?' hatinya berbisik.

'Kenapa pandang macam nak tembus tiang gol tu? Nak join diaorg ke?'

Aryanna tergamam mendengar suara yang muncul tiba2 dari belakang. Dia menoleh. Aiden Adrien tersenyum memandangnya.

'Ishhh...'

Ketawa kecil Aiden Adrien mendengar keluhan Aryanna dengan kehadirannya.

'Tak nak join diaorg ke?' soal Aiden Adrien sambil duduk disebelah Aryanna. Tiada jawapan dari gadis itu. Dari wajahnya Aiden Adrien tahu Aryanna baru lepas menangis.

'Ok, jom kita join!' Aiden buat2 menarik lengannya.

'Kau giler ke? Kau ingat kita ni budak sekolah lagi?'

Lengan Aryanna dilepaskan. Dia ketawa lagi. Dia sengaja mengusik Aryanna. Akhirnya gadis itu bersuara juga.

'Kau memang suka betul duduk bawah pokok besar kan' ujar Aiden Adrien. Puas dia mencari Aryanna bila kuliahnya tamat tadi. Motorbike Aryanna masih ada diparkir. Dan tekaannya tepat gadis itu pasti akan berada di situ. 'Favourite spot' gadis itu masih sama ketika zaman sekolah.

'Mana kau tahu aku ade kat sini?'

'Tak sengaja je. Aku nak tengok diaorg main bola la. Hehh...kau ingat aku cari kau ke? Ooo...kau tengah fikir pasal aku ke?' Aiden Adrien mengecilkan matanya dengan senyum nakal.

'Idiot!' tempelak Aryanna.

Aiden ketawa 'Ye...aku cari kau. Sebab jodoh kot ketemu jua'

'Kau blah!'

Makin menjadi ketawa Aiden Adrien. Perangai Aryanna masih sama. Tidak pernah nak cuba kontrol ayu. Lebih selesa menjadi diri sendiri. Tidak sama seperti gadis2 lain yang selalu menjaga tutur kata didepannya. Bercakap lemah lembut dan manja. Yang adakalanya bagai dibuat2.

'Ala...aku gurau je. Tak habis2 garang kau tu. Kau buat apa sorang2 kat sini?'

'Buat bodoh!'

'Ye ke? Tak nampak bodoh pun. Aku nampak cantik je'

'Malas aku cakap dengan kau!'

'Ke kau tengok keindahan ciptaan tuhan... tu ramai2 tu' Aiden Adrien menunjukkan ke arah siswa2 yang sedang bermain bola.

'Bodoh la dia ni!' Aryanna mengacah hendak memukul Aiden. Ternyata Aiden Adrien masih ingat kata2 yang pernah dia cakap pada lelaki itu dulu.

'Aku minta maaf' suara Aiden mengendur.

'Tiberr??' Aryanna buat muka pelik.

'Apa yang aku pernah cakap dekat kau masa camping dulu. Aku minta maaf'

'Dah lama la tu. Aku dah lupakan pun'

'Aku tak pernah dapat cakap dengan kau betul2. Sejak balik dari camping, kau asyik elak aku, bluetick'

'Dah la. Aku tak nak cerita benda yang dah lepas. Macam aku cakap aku dah lupa pun'

'Kalau kau dah lupa kenapa kau tak reply aku? Setahun ni aku macam nak giler cari kau. Cikgu, Abah kau semua tak nak bagitahu aku apa2. Damiya pun'

'Tak ada apa. Personal. Bukan sebab kau'

'Aku tak faham kenapa kau tiba2 menjauhkan diri sedangkan kita agak rapat balik dari camping'

Aryanna diam seketika. Tidak tahu bagaimana untuk dijelaskan bahawa memori yang ada pada Aiden itu adalah memori dia dan Daffa Haiyan. Bukan memori Aiden.

'Aiden, kita jangan cakap lagi benda dah lepas boleh tak?'

'Ok. Sorry..So kau maafkan aku?'

Aryanna anggguk. Dia sudah lama melupakan peristiwa itu. Malah dalam hatinya sedikit pun dia tidak pernah menyalahkan Aiden Adrien. Dia sendiri rasa bersalah pada Aiden. Seolah2 mengheret Aiden antara kisah dia dan Daffa Haiyan. Aiden yang dianggap menyelamatkannya ketika kecil itu adalah Daffa Haiyan. Dan kerana rasa bersalah itu dia menjauhkan diri dari Aiden.

'Kenapa kau ambik animation? Kenapa tak ambik music macam aku? Kau kan suka menyanyi' Aiden mengubah topik.

'Aku lebih suka seni lukis dari menyanyi. Tu hobi je'

'Hrmm...kau dan buku lukisan kau' akui Aiden. Aryanna memang suka melukis. Kemana pun dia, buku lukisannya pasti dibawa.

'Kau nak jadi artis ke?' giliran Aryanna bertanya.

'Yes! Kau kan suka kpop. So mana tahu one day kau jadi fan aku'

'Hah??? Bila masa aku suka kpop?'

'Pastu dengan lagu2 korea kau tu'

'Tu ost kdrama la'

'BTS?' duga Aiden menyebut boy band yang menjadi fenomena dunia.

Aryanna geleng 'I'm not kpop fan. Yang aku suka lagu diaorg. Lirik lagu diaorg'

'Ermm...indeed. So Wangsoo?'

'Still in my heart' jawab Aryanna selamba.

Aiden Adrien kembali ketawa. Teruja Aryanna sudah mula banyak bicara.

'Ok, ada satu lagu baru korea yang aku suka muzik & senikata dia. Tak tau kau tau ke tak. Tapi trending kat tiktok. Nak dgr?' soal Aiden. Menarik guitarnya ke depan.

Aryanna mengangguk. Dia memeluk kedua lututnya, kepala di rebahkan ke lengan sambil memandang ke arah guitar Aiden Aiden.

Aiden mula melarikan jejari di dawai guitar. Dilihat Aryanna tersenyum dan seketika menutup mulutnya. Enggan menghentikan petikan guitarnya dia bertanya tanpa suara 'Why?'

Aryanna kemudian berbisik di telinganya. 'Popcorn D.O. MV dia comel giler'

Aiden Adrien senyum dan angguk. Dia meneruskan nyanyian dengan hati yang berbunga.

Aryanna sesekali dilihat ketawa. Mungkin mengingati aksi D.O didalam music video penyanyi itu. Dan ada tikanya Aryanna turut menyanyi perlahan mengikut nyanyiannya. Wajah yang tadi sugul kini berseri, ceria. Pandangan mata gadis itu juga bercahaya saat memandangnya. Dan hati Aiden Adrien saat itu meledak seperti mana lagu itu ibarat 'Popcorn'. Petang itu dirasakan bagai popcorn yang berguguran dari langit.

~Love is strange~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience