Motorbikenya meluncur masuk ke perkarangan Kolej itu. Dipintu masuk tertera besar tulisan ''Universiti Antarabangsa Art & Multimedia Malaysia'. Setibanya diparkir motorsikal, dimatikan enjin, wizer ditarik keatas. Keluhan berat dilepaskan. Bagai tidak mahu berada disitu.
Perlahan membuka helmet turun dari motorbike. Seketika menjeling ke cermin, membetulkan rambutnya.
Bag hitamnya digalas silang ke bahu. Sambil berjalan, dia membelek2 helaian surat ditangan. 'Fakulti Creative Multimedia' bisiknya sendiri sambil matanya melilau mencari bangunan itu. Setelah matanya melihat bangunan tertera tulisan 'Fakulti Multimedia' yang tidak jauh dari situ, dia segera melangkah ke sana.
Sepanjang perjalanan mata begitu banyak tertumpu padanya. Terutamanya mata2 siswi yang turut berjalan di laluan ke fakulti itu. Rimas melihat pandangan itu, dia menarik headphone dileher dan dipasangkan ke telinga. Menyeluk kedua tangan ke poket ripped jeans hitamnya.
Sudah lama dia tidak berada ditempat ramai begitu.
Jam ditangan dibelek, dia sudah lewat 10minit. Kakinya dipercepatkan melangkah. Setiba di dewan kuliah kecil yang tertera 'Creative Multimedia & Animation's, dia menolak daun pintu. Segera menarik headphone dan diletakkan semula ke leher bila melihat dewan itu sudah dipenuhi pelajar2 lain dan seorang lelaki berusia likungan 40an berdiri didepan. 'Arghh lecturer dah sampai' bisiknya sendiri.
Semua mata tertumpu padanya. Perwatakannya benar2 mencuri Perhatian dengan potongan rambut wolfcut diatas bahu, berhoodie putih, ripped jeans yang sekadar ripped di bahagian luar tetapi tidak menampakkan kulitnya dan highcut sneakers dikenakan dikaki.
'Hey K-pop boy, come here' panggil pensyarahnya.
'Dia melangkah longlai menghampiri pensyarah itu. Dan berdiri disebelah.
Pensyarah itu membelek helaian kertas diatas mejanya.
'Are you got the wrong class? Ni kelas saya, Sir Lokman, animation'
Dia menggeleng kepala tanda dia tidak salah dewan.
'So what's your name? Dekat I ni tinggal nama girl je. I dah ambik attendance td'
Dia tersenyum kelat sambil mengangguk. 'That's me, Sir'
'Aryanna Delara? Ni you?' sambil jarinya menunjuk kertas senarai pelajar.
Aryanna Delara angguk lagi sambil tersengih. 'Maaf Sir, Saya lambat'
Serentak itu terdengar keluhan dari siswi2 didalam dewan itu. Lokman tertawa kuat.
'Sorry girls make you disappointed. I pun tertipu. Ingat Oppa tadi' selorohnya kepada pelajar perempuan. Mereka semua tertawa.
'So peluang utk boys la' usik Lokman lagi.
Pelajar2 lelaki bersorak. Aryanna Delara mengetap gigi. Mukanya merah.
'Ok you boleh ambil sit. Make sure jangan lambat lg'
'Baik, sir'
Melihat kerusi barisan paling hadapan masih banyak kosong, dia segera duduk. Hatinya sangat berharap hari ini berlalu dengan cepat. Hari pertamanya di kolej. Setahun sudah berlalu selepas dia tamat pengajian disekolah menengah. Janjinya pada abah untuk kembali menyambung pelajaran selepas setahun harus ditepati. Abah dan Daniyal sudah menurut kehendaknya untuk berehat dari belajar setahun.
Kelas itu tamat selepas 2jam. Hari ini jadualnya hanya 1 kelas disessi pagi. Dia menggalas beg dan melangkah keluar dari dewan. Kemudian berjalan disekitar kampus. Cuba mengambil tahu selok belok disitu. Headphone masih ditelinga. Dia tidak mahu disapa atau menyapa sesiapa. Lebih senang mendengar muzik. Moodnya untuk bergaul belum tiba.
Sampai di sebuah cafe, dia melangkah masuk. Tidak endahkan pandangan2 orang kepadanya, dia laju menuju kaunter, membeli cafe latte dan duduk dihujung cafe sendirian 'Please anybody...just don't come here' bisik hatinya.
Lagu yang bermain ditelinga tiba2 berhenti. 'Arghh lupa caj Malam td' keluhnya. Dicabut headphonenya yang kehabisan bateri dan disimpan didalam bag.
Latte panas ditangannya dihirup perlahan. Pandangannya dilempar keluar. Seketika lamunannya terhenti mendengar bunyi petikan guitar. Dia menoleh sekilas. Alunan itu datang dari kumpulan pelajar lelaki yang duduk agak jauh darinya. 'Student art & music mungkin' tekanya sendiri.
'Cinta Luar Biasa-Andmesh' dia senyum sendiri mengenali alunan petikan guitar itu. Dipejamkan mata menikmati alunan indah itu. Tenang.
Matanya segera dibuka saat mendengar suara yang mula menyanyikan bait lagu itu. Dia kembali menoleh. Pemilik suara itu yang sebelum ini membelakangkannya bangun dari duduk dan berpusing kearahnya. Mata mereka bertemu. 'Aiden Adrien'
Menyedari Aiden Adrien yang terus menyanyi sambil melangkah ke arahnya, Aryanna Delara segera bangun dan cuba untuk keluar dari cafe itu. Namun Aiden Adrien lebih pantas menghalang dipintu. Badannya disandarkan dipintu dan meneruskan nyanyiannya. Kedengaran suara2 berbisik melihat tindakan Aiden Adrien itu.
Aryanna Delara kaku. Tidak tahu apa harus dilakukannya. Itu satu2nya pintu keluar. Akhirnya dia hanya memandang kosong ke luar pintu. Membiarkan Aiden Adrien menghabiskan nyanyiannya. Sudah setahun lebih dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Malah bukan sahaja Aiden tetapi semua teman2 nya.
Setelah petikan terakhir, Aiden Adrien menolak guitarnya ke belakang. Dia merenung Aryanna Delara yang sedari tadi mengelak memandangnya.
'Aryanna' panggilnya lembut.
Aryanna akhirnya perlahan mengalihkan matanya kepada Aiden Adrien. Tak banyak yang berubah pada lelaki itu. Cuma rambut yg dulu pendek kini panjang separas bahu. Dan mata hazel cerah lelaki masih lagi membuat jantungnya berdegup pantas. Dan mata itu juga mengingatkan dia pada seseorang. Matanya mula berkaca.
'Please...' ujarnya meminta Aiden Adrien tidak menghalang jalannya.
'Lama tak jumpa'
Aryanna Delara hanya mengangguk perlahan dan mengulang semula permintaannya 'Please..'
Aiden Adrien mengalah. Dia membuka pintu untuk Aryanna Delara keluar. Dan hanya memandang langkah gadis itu hingga hilang. Dadanya sebak namun hatinya lega bertemu semula dengan Aryanna Delara selepas lebih setahun.
Sebentar tadi dia dan rakan2 duduk di cafe itu membincangkan assignment yang perlu disiapkan. Sudah setahun dia di kolej itu. Sedang sibuk berbincang, tiba2 bahunya disenggol Eddy yang duduk disebelahnya.
'Habis la ranking kau jatuh lepas ni. Tu...pesaing baru. Lari la peminat kau semua. Dengan wolfcut dia, giler arr' ujar Eddy sambil menunjuk dengan muncungnya pelajar yang baru masuk ke cafe itu. Wajah pelajar baru itu betul2 mencuri perhatian Eddy.
Aiden Adrien menoleh ke belakang ke arah yang ditunjuk Eddy. Jantungnya bagai terhenti. Wajah itu yang dicarinya selama ini. Wajah yang dirinduinya. Yang tidak pernah hilang dari ingatannya. 'Aryanna Delara' bisik hatinya.
'Giler la, ingat lelaki macam tu kat Korea je. Tu kalau perempuan, cantik giler kot' tambah Eddy.
'Perempuan la tu' balas Aiden Adrien.
'Heishhh...lelaki la tu. Kau tengok dengan tinggi dia, badan pun tak mcm perempuan, kurus, flat je'
Aiden Adrien menunjal2 kepala Eddy 'Bodoh la kau ni. Kau kene tengok dekat2'
'No way..'
'Nak bet?' Aiden Adrien angkat kening.
'Ok!'
'Meh sini' dia mencapai guitar ditangan Eddy. Tali guitar disangkut dibahunya. Matanya dipejam rapat. Memetik dawai2 itu mengalunkan lagu yang sudah lama ingin dinyanyikan untuk Aryanna Delara.
'Dia pandang tadi' Eddy mencuit bahunya.
'Apakah suara aku masih ada dalam memori kau, Aryanna?' detak hatinya.
'Weii...dia pandang lagi. Dia pandang la'
Eddy mencuit bahunya lebih kuat.
Aiden Adrien senyum terharu menyedari suaranya masih dikenali Aryana Delara. Dia lantas bangun, berpaling kearah Aryanna. Tidak mampu menyembunyikan perasaannya yang bahagia bertemu gadis itu. Perlahan dia menghampiri Aryanna Delara. Dan segera menghalang pintu menyedari gadis itu Cuba lari darinya.
'Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cinta ku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Terimalah cintaku yang luar biasa tulus padamu'
Saat bait kata itu dilagukan, dia merenung wajah Aryanna Delara. Bagai menyampaikan perasaannya dan mahu difahami Aryanna Delara meskipun mata gadis itu hanya kosong memandang ke arah lain.
'Weyy Aiden!' Eddy menepuk bahunya kuat. Lamunannya tersentak. Air jernih mengalir dipipi. Cepat2 dikesat. Rakan2nya kaget melihat Aiden Adrien. Tidak memahami apa yg berlaku.
'Dia ke?' soal Eddy.
Aiden Adrien mengangguk perlahan. Eddy diam seketika mengingati cerita yang tiada henti mengenai gadis itu dari mulut Aiden Adrien. 'Aryanna Delara'...nama yang sering disebut rakannya itu. Malah gadis itu seolah berada dalam setiap lagu yang dinyanyikan Aiden Adrien.
'So ape kau nak buat?'
'Aku tak tahu Eddy. Dia masih macam nak lari dari aku. Setahun lebih tak satu pun message aku di reply. Setahun jugak aku tak tahu dia kat mane'
'Dia lari kau kejar la. Aishh...selama ni Romeo je kau kat sini'
'Kau ingat dia sama macam girl lain ke? Hati dia bukan setakat batu tau, Besi...Besi kau tau x!'
'Kau cari dia setahun lebih, tiba2 dia muncul hari ni, kat kolej kita plak. Berjalan masuk kat cafe ni, kat kita yang tengah lepak ni'
'So?'
'Ishh.. kau ni. Dia tu mungkin takdir kau. Fate. Unmyeong'
'Unmyeong hotak kau!' kepala Eddy ditunjal. Mengerti maksud unmyeong (takdir). Gara-gara gadis bernama Aryanna Delara itu lah dia kini sudah pandai menonton kdrama. Dan memahami beberapa perkataan dalam bahasa asing itu.
'Pastu kau nak lepaskan peluang yang ade ke? Aku rasa skit masa lagi memang ramai try tu! Cantik kot. Kau tak nak, aku anggap dia unmyeong aku je'
'Kau rasa kau nak mati hari ni ke?' ugut Aiden Adrien sambil menumbuk perlahan perut Eddy.
Peristiwa terserempak dengan Aiden Adrien sedikit menganggu fikirannya. Keluar sahaja dari cafe tadi, dia terus menuju ke parkir motor. Dan segera meninggalkan kolej.
Kini dia duduk ditepi padang. Padang sekolah yang pernah meninggalkan banyak memori dalam hidupnya. Hanya itu destinasi yang terlintas dikepala ketika itu. Jauh dilemparkan pandangan ke tengah padang bola itu. Satu demi satu memori singgah diminda.
'Aryanna!'
Dia yang leka berlari anak mengelilingi padang, menoleh ke belakang. Daffa Haiyan berlari menghampirinya.
'Training ke?' soal Daffa Haiyan
'Hrmmm'
'Mlm tadi kenapa tak balas WhatsApp?' suara Daffa Haiyan sedikit tercungap mengikuti lariannya.
'Message ape?'
'Aku cakap aku rindu kau. Kau Palau! Kau selalu palau kalau aku cakap macam tu!'
Aryanna Delara menghentikan lariannya. Dia tertawa mendengar perkataan Palau yang disebut Daffa Haiyan. Dia kemudian duduk dirumput.
'Kenapa ketawa?'
Wajah Daffa Haiyan yang kebingungan direnung. Sepasang mata kehijauan itulah yang dilakar selama ini pada potret Aiden Adrien.
'Kenapa?' soal Daffa Haiyan lagi.
'Tak de ape. Aku just amaze mcmane cepatnya kau adopt dunia aku. Sampai pandai guna 'palau' jawab Aryanna Delara melarikan matanya ke tanah. Bertentangan mata dengan Daffa Haiyan bagai menggugat hatinya.
'Ada banyak lagi perkataan yang aku tahu. Kau nak dengar tak?' soal Daffa Haiyan sambil tunduk mendekati wajah Aryanna Delara. Dia tahu gadis itu cuba mengelak memandangnya. Dia senyum sendiri.
'Ape??' tempelak Aryanna Delara. Cuba mengelak situasi kekok yang dirasakan dengan reaksi Daffa Haiyan.
'Saranghae!' muncul perkataan itu dari mulut Daffa Haiyan.
Aryanna Delara menoleh. Pantas mengangkat penumbuk, mengacah kearah Daffa Haiyan. Daffa Haiyan spontan menggenggam tangannya. Aryanna Delara kaget. Cuba melepaskan tangannya.
'Lepaslah!'
'Jawab dulu!'
'Jawap ape?' tangannya masih enggan dilepaskan Daffa Haiyan.
'Macam kau jawab kat yang lain2'
'Ape??! Ishhh lepaslah'
'Jawab 'Nado' pinta Daffa yang bermaksud 'me too'.
'Itu lain!!' Aryanna Delara telan liur. Situasi itu tidak sedikit pun sama seperti mana dia selalu melayan kerenah kawan2nya baik lelaki mahupun perempuan yang sering menyebut 'saranghae' padanya.
Daffa Haiyan melepaskan tangan Aryanna Delara. Dia senyum lebar. 'So aku lain la dari diaorg?'
Aryanna Delara segera bangun dan menyambung lariannya. Kini lebih laju. Daffa Haiyan memegang dadanya. Hatinya berbunga. Jantungnya berdegup laju.
'Aryanna!! Saranghae!' jeritnya sekuat hati.
Aryanna Delara melajukan lagi lariannya. 'Ishhh...stupid! memalukan!' bisiknya menyedari semua pelajar yang ada dipadang itu memandang mereka. Pelajar2 lelaki yang sedang bermain bola bersorak dengan riuh.
Airmatanya mengalir mengingati semua itu. Perlahan dikeluarkan kotak berwarna biru dari begnya. Dikeluarkan dua bunga anggerik ungu pemberian Daffa Haiyan dan diletakkan diatas tapak tangannya. Airmatanya semakin deras mengalir.
Daffa Haiyan hilang tanpa sebarang kata. Hari ke 30 sepertimana yang dijanjikan untuk Aiden Adrien dikembalikan, Daffa Haiyan tidak lansung muncul bertemunya. Wajah itu terus hilang. Daffa Haiyan memungkiri janji untuk bertemunya sebelum dia pulang ke alam nya. Kehadiran Aiden Adrien pagi itu disekolah selepas genap 30hari itu juga mengejutkannya. Aiden Adrien yang sebenar sepertimana rakan2 yang lain nampak. Bukan lagi Daffa Haiyan yang sebelum ini hanya terlihat olehnya.
Dia tidak memahami hatinya, apakah dia mengharap kehadiran lelaki itu sedangkan dia tahu dunia mereka berbeza. Apakah lelaki itu telah membawa bersama hatinya. Dia tidak tahu apa yang dirasakan sudah hampir setahun lebih, lelaki itu masih ada didalam fikirannya. Lelaki itu merentap segenap rasa dalam jiwanya. Rasa sakit yang sama dirasakan, sakit yang selama ini difikirkan untuk Aiden Adrien.
'Daffa Haiyan, dimana kau'
Share this novel