Aryanna yang duduk di gazebo dihalaman rumahnya leka merenung ke langit yang terang dilimpahi cahaya bulan dan bintang. Beberapa hari ini dia banyak memikirkan Aiden Adrien. Sudah hampir seminggu dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Sudah seminggu juga Aiden tidak ke kuliah. Eddy sekadar memberitahu Aiden pergi bercuti, membawa perasaan. 'Oushhh..' getus hatinya, menghentak2 kaki ke tanah.
'Fikir Aiden ke?' sapa Damiya sambil menghulurkan secawan hot chocolate kepadanya.
'Biarlah dia. Macam budak2. Nak merajuk!'
'Kau tak message dia ke?'
'Dah! 1 tick. Biarlah dia!'
'Biar la dia. Biar la dia. Tapi dah seminggu kau termenung kat sini. Rindu ke?'
'No!'
'Ye ke? Macam rindu je'
Aryanna diam. Rindukah dia pada Aiden Adrien? Sedangkan malamnya adakala masih berendam airmata mengingati Daffa Haiyan.
'Aku dah cakap, kau kene belajar buka hati kau, Aryanna. Menghargai apa yang ada depan mata' ujar Damiya. Dia sedar Aryanna masih menyimpan seseorang dalam hatinya. Seseorang yang tak patut wujud dalam hidup gadis itu.
'Entahlah, Dami'
'Sampai bila kau nak simpan dia dalam hati kau. Abah dah cerita semua. Aku tahu abah tak nak bagitahu kau, tapi aku terpaksa bagitahu kau hari ni, aku nak kau lupakan semua tu'
Aryanna memandang Damiya. Apakah abah menceritakan kisah 10 tahun lalu pada Damiya?
'Aryanna, lelaki yang kau rindu tu terikat dengan kau sebab janji. 10 tahun dulu...'
'Aku tahu, Dami' Aryanna memotong bicara Damiya.
Damiya diam. Terkedu. 'Selama ni kau dah ingat semua?'
Aryanna angguk dan tunduk. Airmatanya luruh. 'Aku masih rindu dia, Dami'
'Kau sakit, Aryanna. Kau sakit. Kau bukan rindu dia. Kau faham tak?'
'Tapi Dami...'
'Aryanna! Face realiti. Kalau Daffa Haiyan datang pun, kau dan dia takkan boleh bersama. Kau sedar tak? Kau jumpa dia hanya masa kita kecil dan di tapak khemah tu je Aryanna. Tak mungkin rasa rindu dan sayang kau pada dia tu betul. Kau sakit, Aryanna'
'Tak, Dami. Daffa Haiyan ada dengan aku sejak Aiden hilang dalam hutan lagi' Aryanna sudah tidak mampu menahan beban itu sendirian. Dia meluahkan semuanya pada Damiya. Kini dia mahu ada yang memahaminya. Ada yang tahu bahawa Daffa Haiyan itu bukan ilusi dan rasa rindu pada lelaki itu bukan hanya kerana janji dan pertemuan yang hanya sekali dua. Memori2 ketika lelaki itu menjadi Aiden Adrien masih segar dan tiada satu pun yang luput dari ingatannya.
'Aryanna..' suara Damiya bergetar. Kisah yang diceritakan Aryanna Delara itu meruntun hatinya. Begitu lamakah sahabatnya itu menyimpan sendri semua itu. Tubuh Aryanna dipeluk erat.
'Aku tak gila kan Dami' soal Aryanna hiba.
Damiya menggeleng kepala. Satu persatu memori lama menerpa. Kini jelas semua persoalan kenapa Aryanna sesakit itu. Kenapa terlalu banyak keraguan tentang Aiden Adrien selepas peristiwa Aiden hilang dihutan.
'Aku minta maaf, Aryan. Aku leka dan tak jaga kau. Aku lalai baca hati kau'
'Tak Dami. Betul cakap kau. Aku mungkin sakit. Aku nak pulih Dami. Sakit ni aku dah tak mampu'
'Tak apa. Aku, abah, papa akan bantu kau. Kami takkan biarkan kau. Dan aku tahu Aiden juga ikhlas sayangkan kau. Kau kena belajar tengok realiti, Aryanna. Please'
Aryanna angguk lemah, seakan akur. Meskipun dia tidak pasti mampukah dia. Namun demi Abah, Daniyal, Damiya dan Papa, dia akan terus bertahan. Dia akan menganggap Daffa Haiyan adalah cinta yang telah hilang. Dan dia perlu melupakan lelaki itu.
***
Dia memandang Damiya yang sudah lena di katil. Sahabatnya itu berkeras ingin menemaninya tidur malam itu. Mungkin masih bimbangkan dirinya. 'Dia nak jaga kita, dia yang tidur dulu' bisik Aryanna sendirian.
Dia mencapai kotak yang terletak diatas almarinya. Dibuka kotak besar yang masih kosong itu. Lalu mengambil buku2 lukisan dan memasukkan kedalam kotak itu. Menahan airmata dari jatuh.
'Daffa Haiyan, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku. Terima kasih mengajar aku erti rindu yang mungkin tidak akan aku rasakan pada sesiapa. Aku ingin sembuh dari sakit ini. Dan berharap kau juga akan sembuh dari sakit yang mengikat kau dan aku'
Perlahan dia menutup kotak itu. Riben yang terlekat di kotak itu diikat rapi. Kemudian diletakkan semula diatas almari. Lalu mencapai gelas air dimeja, ubat ditelan. Dan membaringkan diri disebelah Damiya.
'Terima kasih, Dami. Kau selalu ada untuk aku' bisiknya sebelum melelapkan mata.
****
'Have fun!' ucap Damiya ketika menurunkan Aryanna diperkarangan kolej.
'Jangan lupa ambil aku malam ni' ucapnya sebelum menutup pintu kereta. Damiya angguk sambil mengenyitkan mata.
Aryanna melambai2 kearah kereta Damiya sehingga hilang. Cuma lagi seminggu Damiya akan pulang ke UK. Dia harus terus kuat agar tidak mencetuskan kerisauan Damiya.
Dia melangkah longlai menuju ke dewan kuliah. Kolej itu terasa kosong tanpa Aiden Adrien. 'Merajuk la kau sampai bila2' getusnya sendiri.
Kelibat Aiden Adrien tiba2 melewatinya. Tidak sedikit menoleh kepadanya malah menegurnya. 'Oushhh....' rungutnya sambil mengacah 'double jab'. Aryanna membiarkan sahaja Aiden Adrien berlalu, tidak mahu menegur orang yang masih merajuk. Namun hatinya lega lelaki itu sudah kembali ke kolej.
Hari ini kolej mereka mengadakan Karnival Kerjaya. Setiap fakulti akan bergilir mengadakan pameran berkaitan kerjaya yang melibatkan jurusan masing2. Aryanna dan kumpulannya sudah menyediakan lakaran bagi projek animasi mereka. Dia membelek setiap lukisan komik yang dihasilkannya bersama teman satu kumpulannya.
Komik itu akan dijadikan ke bentuk animasi kelak bagi projek akhir mereka. Dan komik itu adalah inspirasi dari Daffa Haiyan. Lelaki itu menjadi watak utama komik mereka. Lakaran Daffa Haiyan dalam costume serba hitam itu adalah sepenuhnya dari hati Aryanna.
Dia merenung lakaran yang kini dijadikan poster besar bertajuk 'Sakti Rindu' itu. Dia senyum sendiri. 'Aku akan simpan kau dalam dunia animasi nanti. You are still one of the best thing happen in my life' bisiknya perlahan.
'Uitt...are you fall for your own character?' tegur Lokman melihat Aryanna yang bersendiri melihat poster itu.
'Yes. I love him very much, sir!' Aryana tertawa sendiri. Dia kini mahu Daffa Haiyan menjadi kenangan indah buatnya bukan lagi sakit yang perlu disimpan sendiri.
'Sir, bukan Aryanna je. Kami pun fall in love with him. He looks real' sampuk Laila, salah seorang rakan sekumpulannya.
Lokman tertawa. Sememangnya lukisan Aryanna itu bagai bernyawa. Kerana itu dia terus setuju dengan projek paper yang dihantar kumpulan Aryanna.
***
Eddy menyapa Aiden Adrien yang baru saja melangkah masuk ke studio muzik mereka. 'Habis dah rajuk kau?'
Aiden Adrien menjeling tajam. 'Diamlah!'
'Rugi kau merajuk sampai seminggu. Beratur budak lelaki try adjust Aryanna. Aku dengar ada senior final year yang dah mula rapat dengan dia'
'What?? Sape??' soal Aiden dengan raut wajah terkejut.
Eddy geleng kepala. 'Kata merajuk. Pergi la merajuk lama2. Dengan aku pun kau palau!'
'Ishh...cakap la. Sape!' tubuh Eddy digoncang2.
'Gurau je la. Tahu kau cuak! Kau ingat Aryanna nak layan ke semua tu?'
'Idiot!'
'Hahh...kenapa tiba2 balik ni. Kenapa tak merajuk sebulan ke setahun ke?' perli Eddy.
'Aku rindu dia la'
Eddy ketawa besar 'Loser!!'
'Aku serius lar. Susah la merajuk ni. Lagi sakit aku rasa'
Makin besar gelak Eddy. 'Pastu kau dah jumpa dia belum?'
'Aku masuk je kolej, dia betul2 depan aku. Nak gugur jantung aku'
'Kau tegur dia tak?'
'Tak. Aku cepat2 jalan, tak pandang pun dia. Nak tercabut lutut aku giler!'
'Teruk la tahap angau kau ni!'
'Ishhh...kau rasa dia rindu aku tak?'
'Mungkin'
'Mungkin??' wajah Aiden mengukir senyum.
'Ye la. Banyak kali jugak dia tanya kau pergi mana. Kau tak on hp lagi ke? Tak baca message ke? Dia cakap message kau 1 tick je'
'Alamak...aku lupa la' Aiden mencari telefon bimbitnya didalam beg.
'Merajuk tutup hp sampai seminggu pastu lupa on' Eddy menunjal kepala sahabatnya itu.
Saat telefon bimbitnya di hidupkan, bertalu2 bunyi notification message yang masuk. Aiden Adrien segera menekan pesanan dari Aryanna yang sudah berhari2.
~day 1~
'Assalamualaikum'
~day 2~
'Assalamualaikum Aiden'
'Aiden! Kau marah lagi ke?'
~day 3~
'Assalamualaikum Aiden!!!!'
~day 4~
'Kau kat mane Aiden?'
'Weyyy...kau off kan hp ke hah??'
~day 5~
'Yarghhhh....Aiden Adrien!!!'
~day 6~
'Aiden!!!!! Aiden!!!!!'
'Yarghhhhhhh......pabo!!!'
~day 7~
'Aiden Adrien!!!!!'
'Ok fine! Merajuk la kau sampai planet mars pun. Who care!'
Aiden Adrien ketawa melihat message2 Aryanna. 'Aduhh...comel la dia ni'
'Hehh??? Comel??'
'Kau tengok la message2 dia ni...comel giler. Kau rasa dia rindu aku tak?'
'Apahal teruk sangat blushing kau ni?' soal Eddy melihat muka Aiden yang merah dan tersenyum2.
'Kau tengok la ni message dia' Aiden menghulurkan telefon bimbitnya kepada Eddy.
Eddy melihat message yang dihantar Aryanna. Dia senyum sendiri. 'The weird girl' bisiknya sendiri.
'Comel kan??'
'Comel ye? Ni kau tengok message dia yang baru masuk ni. Kau rasa comel jugak ke?' ujar Eddy melihat text yang baru dihantar Aryanna.
Aiden mencapai telefon bimbitnya dari Eddy.
'Yarghhh! Kau baru nk on hp ke?'
'Kau buat tak nampak aku tadi kan?'
'jug-eullae???' (do you want to die)
Aiden menelan liur. 'Weyyy...apa aku nak jawab ni?'
'Jangan jawab'
'Nape?'
'Kita lelaki kena play hard to get jugak sesekali'
'Hotak kau! Kau ingat berkesan ke untuk Aryanna?!'
'Tak ekk?? Lama2 dia cut off terus kau ni'
'Tau pun. Camne ni??'
'Kau rileks dulu. Jangan reply dulu. Try dulu sampai esok je. If tak jugak, kau surrender je la'
Aiden angguk. Terpaksa.
****
'Oushhh...berani dia palau aku lagi. Teruk sangat ke level merajuk dia ni?' bisik hati Aryanna. 'Arhh...lantak!'
Aryanna menyimpan hp didalam poket hoodienya. Fokusnya dikembalikan kepada pameran fakultinya. Karnival Kerjaya kolej nya itu dijalankan secara bergilir2. Dan kurang sejam sahaja lagi adalah jadual bagi fakulti animasi, mereka akan menerima kunjungan dari tetamu yang terdiri daripada pelajar2 sekolah menengah yang bakal menduduki SPM, beberapa syarikat penerbitan dan juga pelajar2 dari fakulti lain. Dia dan rakan2 nya perlu melakukan pembentangan nanti. Kemudian mereka akan melawat pameran fakulti2 lain.
Dewan pamerannya mula dipenuhi dengan pengunjung. Zipper hoodienya dibuka dan disangkut di kerusi. Meninggalkan kemeja biru pastel dibadan. Lengan bajunya dilipat hingga siku. Seluar yang dikenakan hanya jeans hitam. Dan high cut boots hitam.
Laila membetulkan sedikit rambutnya yang hampir menutup mata. Klip rambut berbatu diselitkan ke rambutnya.
'Ishhh...tak nak aku pakai klip ni' bantah Aryanna.
'Pakai je la. Kau tengok gaya kau ni, dah macam lelaki. Rambut wolfcut kau ni dah tutup mata dah. Tak nampak muka cantik kau!' bentak Laila.
'Oushhh...yela. Yela!' dia mengalah. Tidak mahu bertekak, pameran sudah hampir bermula.
Sir Lokman memulakan acara pameran fakultinya. Bermula dengan hasil kerja pelajar tahun akhir hingga lah ke giliran Aryanna dan teman2nya, pelajar tahun 1.
Aryanna dipanggil untuk menerangkan tentang character yang dilukisnya. Semua mata memberi tumpuan padanya. Dia dapat melihat kehadiran Aiden Adrien disitu, dia senyum sendiri walau wajah Aiden kelihatan kelat.
Sessi soalan mula dibuka. Poster character Aryanna mendapat perhatian ramai pengunjung.
'Kak Aryanna, bagaimana dapat inspirasi untuk character ni? soal salah seorang pelajar.
'From my first love' jawabnya berseloroh. Riuh sekejap dewan itu. Aryanna tertawa kecil.
'Kenapa pilih tajuk 'Sakti Rindu'?' soal yang lain pula.
'Hero ni kan dicipta karektor nya yang dia dari demensi lain. Dan dia hanya akan muncul bila ada jiwa betul2 yang memerluka. Ibarat bila kita rindu pada seseorang, kita akan sepenuh hati mengharapkan orang tu ada depan kita, betul kan??'
'Yes!!' bergema jawapan dari mereka.
'What make you choose this career?'
'Saya suka melukis, saya suka dunia multimedia creative. Sesuatu mustahil anda boleh realisasikan di sini. Semuanya, mimpi kita, imaginasi kita even our hope'
Pameran mereka akhirnya tamat setelh hampir 2 jam. Aryanna menyarung kembali zipper hoodienya. Kemudian mengemas barang2nya. Seketika dia berdiri semula berhadapan poster Daffa Haiyan.
'Siapa tu?'
Aryanna menoleh ke arah suara yang dikenalinya, Aiden Adrien.
'Karakter yang aku cipta'
'Aku tahu tapi dari mana datangnya?'
'Imaginasi?? Handsome tak?'
'Hrmmmmm...'
'Macam kau kan?'
'Part mana yang macam aku?'
Aryanna menarik lengan Aiden berdiri dekat dengan poster Daffa Haiyan. 'Laila, sama kan?'
Laila memandang Aryanna dan Aiden lalu menghampiri mereka. 'Wait!! Tak exactly sama but Somehow you look almost the same. It is him?? Your first love?' soal Laila.
Aryanna ketawa kecil melihat reaksi muka Aiden yang merah mendengar kata2 Laila. Aiden buat tidak endah, dia melangkah keluar.
'Tak habis lagi ke merajuk kau tu?' jerit Aryanna dan kembali tertawa.
'Dia ke?' soal Laila.
Aryanna mengjungkit bahu. Membiarkan soalan Laila tidak berjawab.
'Pukul 8.30 nanti diaorg punya show Kan? Budak muzik? Kau tak pergi tengok ke?'
Aryanna angguk. Memang sudah dalam perancangan nya kerana itu dia suruh Damiya menjemputnya malam.
Malam itu tepat jam 8.30 malam, dia masuk ke dewan besar kolejnya. Dewan itu sudah penuh. Sememangnya show dari pelajar theatre dan muzik menjadi perhatian. Semua menanti giliran pelajar2 fakulti itu membuat persembahan. Aryanna sekadar dibelakang.
Suasana dewan itu riuh rendah bila Aiden dan kumpulannya membuat persembahan. Mereka turut menyanyi bersama. Sedari dulu Aryanna memang mengagumi suara Aiden Adrien. Aryanna senyum sendiri mengingati nyanyian Aiden Adrien didalam bas bila dia cemburukan Aryanna dan Daniyal. 'Stupid' bisiknya sendiri.
Satu demi satu lagu dinyanyikan. Termasuk lagu duet yang dinyanyikan Aiden dam Sofeya yang juga dari jurusan yang sama dengan Aiden. Cuba mencari rasa cemburu dalam dirinya namun gagal. Yang dia tahu ketika itu, tumpuannya diberikan pada Aiden dan nyayiannya. Kehadiran Sofeya tidak mengundang ape2 rasa. Dia mengeluh sendiri, dia juga ingin memahami perasaan yang dikatakan Aiden itu.
Usai lagu duet itu, Aiden bersuara 'Guys, should we do something stupid tonight?'
'Yeahhh!!!'
Kemudian music yang dimainkan buat satu dewan itu menjerit. 'Marry You-Bruno Mars'
Aiden melompat turun dari pentas. Dan berlari ke belakang sambil terus menyanyi. 'Noo....dun come here' bisik Aryanna. Dia segera menarik hoodie nya ke atas kepala dan menutup sebahagian wajahnya bila mata mula tertumpu kepadanya.
Aiden Adrien menarik tangannya hingga ke depan pentas. Hoodienya di turun kan kebelakang oleh Aiden. Aryanna hanya senyum serba salah melihat semua memandangnya. 'Kau giler heh?' bisiknya pada Aiden yang leka menyanyi sambil memandangnya.
'Just say I do!' teriak mereka yang dalam dewan bila Aiden menamatkan nyayiannya. Eddy yang diatas pentas hanya menggeleng kepala. 'Aku suruh tunggu esok. Kalau kena reject padan muka kau!' getusnya sendiri.
Aryanna menutup wajahnya. Dewan diam seketika. Bagai menanti reaksi balas Aryanna. Aryanna kemudian mengalihkan tangannya dari wajah. Memandang ke arah dewan dan kemudian ke arah Aiden Adrien. 'Cari masalah la kau ni' bisik hatinya. Seketika dia terlihat Sofeya yang memandangnya tajam dari tepi pentas.
'No!' jawabnya pendek.
'Arghhh...' satu dewan mengeluh.
Aiden kaku. Wajah yang sedikit kecewa. Dia hanya mengharapkan Aryanna just play along dengan persembahannya. Tapi gadis itu bagai masih keras hati.
Aryanna mengambil guitar dari Aiden, lalu dia naik ke pentas kemudian duduk di depan pentas berhampiran Aiden yang berada dibawah pentas. Kakinya disilangkan untuk mengampu guitar.
'Here my answer' ucapnya. Dewan itu kembali bergema dengan sorakan.
Sebelum memetik guitar, secara acapela dia mula menyanyi...
'Dear future husband
Here's a few things
You need to know if you wanna be
My one and only all my life....'
Bertambah kecoh dewan itu. Aryanna ketawa seketika sebelum memandang Eddy dan kumpulannya seakan meminta mereka juga play along.
Aryanna memetik guitar dan mula menyanyi. Eddy dan kumpulannya turut memainkan lagu Meghan Trainor itu.
Aiden Adrien yang bersandar dipentas sesekali menoleh kearah Aryanna dan tertawa melihat Aryanna yang turut memandangnya dengan pelbagai reaksi wajah mengikut lirik lagu itu. Tidak terlintas lansung yang Aryanna akan menyanyikan lagu yang agak nakal itu. Dia senyum sendiri.
Sofeya menahan rasa marah yang meluap di hatinya. Dia memang tidak menjangkakan gadis tomboy itu pandai menyanyi malah turut mencuri perhatian satu dewan yang turut menyanyi bersamanya. Apatah lagi melihat reaksi gembira Aiden.
Selesai nyanyiannya Aryanna turun semula dari pentas. Menyarungkan semula guitar ke leher Aiden sambil mencebikkan bibirnya. Dia kemudian tunduk hormat, kekecohan dewan itu buat dia agak malu. 'Thanks guys. Saranghae! Good night!' tuturnya sebelum berlari keluar dari dewan itu. Dia sudah tidak sanggup untuk duduk lama disitu.
Aiden, Eddy dan kumpulannya ketawa. Malah satu dewan ikut tertawa dengan gelagat Aryanna itu. Mereka kemudian meneruskan persembahan dengan dua buah lagu lagi sebelum menamatkan program malam itu.
Jam di telefonnya menunjukkan jam 11malam. 'Mana Damiya ni. Kata otw tp x sampai2' rungutnya.
'Kau tunggu siapa?' Aiden menyapanya.
'Dami' jawabnya pendek.
'Aku dah bagitahu aku hantar kau balik. Jom!' Aiden mencapaai beg Aryanna yang terletak dibahu gadis itu.
'What?? Why??'
'Nape? Your future husband nak hantar tak boleh?'
'Yarghhh...giler ke?' soal Aryanna sambil terkial-kial mengikut langkah Aiden dan cuba merampas begnya semula. Aiden memeluk erat beg itu.
'Memang aku giler. Aku rindu kau separuh giler seminggu ni. So mulai sekarang aku just be the way i want untill u accept me!'
'Ishhh...semua orang tengok la!'
'Biarlah. Semua orang dah tahu dah aku suka kau. So who care babe...i think i want a married you' Aiden menyanyi kembali bait lagu tu.
Aryanna menarik nafas dalam. Geram melihat tingkah laku Aiden itu. 'Kau pergi tempat ape seminggu ni sampai kau tak betul macam ni?'
Aiden tidak menjawab. Mereka sampai di parkir, pintu kereta di buka untuk Aryanna. 'Masuk!'
'Oushhh...' tangannya pantas mengacah hendak memukul Aiden. Namun terhenti, Aiden tidak mengelak. Hanya menadah mukanya.
'Tak pe, kau nak pukul pun tak pe. Aku rela je'
'Idiot!' getus Aryanna. Dia akhirnya akur. Masuk kedalam kereta dan wajahnya membukam. 'Siap kau balik ni, Dami'
Aryanna diam membisu dalam kereta.
'Cantik klip rambut kau! Sejak bila pandai pakai macam tu?'
Aryann teringat klip rambut yang dipakaikan Laila. Dia segera mencabutnya. Aiden ketawa.
'Kau rindu aku tak?'
'Shut up, Aiden Adrien. Enough with that kind of joke'
'Aku tak gurau. Aku nak tahu. Kau rindu aku tak?'
'Macamana aku nak tau?'
'Teringat aku tak seminggu ni?'
'Hrmmmmm sebab aku ingat kau marah'
'Ok. Risau aku tak?'
'Hrmmmm...'
'Marah tak aku tak reply message?'
'Hrmmmmm...'
'Happy tak bila nampak aku hari ni?'
'Hrmmm...'
'Sayang aku tak?'
'Hrmmm....ehhh....ape??'
Aiden tertawa galak. Sudah agak Aryanna akan terus leka menjawab 'hrmmm'
'Giler la dia ni!' bentak Aryanna.
Aiden menghentikan kereta diperkarangan rumah Aryanna.
'Aryanna'
'Ape lagi, Aiden Adrien?'
'Aryanna Delara, I love you'
'What??' bulat mata Aryanna.
'Terlalu lambat ke untuk aku bagi jawapan pada kau? Lafaz ke 1001 yang patut aku luah setahun lebih yang lalu?'
Aryanna membalas renungan Aiden. 'Kenapa kau nak ungkit yang lepas, Aiden?'
'Itu yang aku nak cakap dari dulu tapi kebodohan aku buat aku tak tercakap'
'Sudah lah Aiden. Aku tak nak cakap pasal tu lagi'
'Tapi aku nak kau tahu, aku suka kau lama dah Aryanna. Dari kecil sampai sekarang'
Aryanna diam seketika. Tidak tahu apa harus dikatakan.
'Boleh tak kau buka hati kau untuk aku? Tak ada ke sedikit pun perasaan pada aku...hrmmm?'
'Jujurnya aku tak tahu, Aiden'
'Why dont you try? Bagi ruang kat aku? Aku dah tak mampu nak simpan sendiri. Aku sayang kau. Terlalu. Please trust me'
'Ok'
'Ok...what?? ok? You just say ok rite? Aiden memandang Aryanna meminta kepastian.
'Hrmmm...'
'Hrmmm? or ok?'
'Hrmmm...ok! Puas hati?'
'Ok? Ok ape?'
'Ok, Aiden Adrien. Aku terima perasaan kau pada aku dan aku cuba jaga perasaan kau tu. Ok?'
Aiden senyum meleret. Dan angguk.
'Dah la. Pergi balik. Dah lewat ni. Text me bila dah sampai rumah' Aryanna keluar dari kereta.
'Go!' dia mengetuk cermin kereta bila melihat Aiden bagai kaku memegang stereng.
Aiden kemudian bergerak keluar dari situ. Jantungnya masih berdegup kencang. Bagai mimpi yang menjadi realiti. 'Text me bila sampai rumah' pesanan Aryanna dengan suara yang lembut itu bagai auto rewind dalam kepalanya. 'Arghhhh....aku makin rindu dia!' jerit hatinya.
Share this novel