Bab 24 : Demi Kau Yang Kukasihi

Fantasy Completed 1367

Setahun yang lalu...

Dahin Haiyan memandang wajah Daffa Haiyan yang jauh mengelamun. Dia tahu apa yang bermain diminda dan hati abang kembarnya itu. Malam tadi, Aiden Adrien sudah sedar. Lelaki manusia itu sudah pulih sepenuhnya. Maka mereka harus mengembalikan Aiden Adrien ke alam manusia. Bermakna Daffa Haiyan juga harus kembali ke alam mereka.

'Daffa!' panggil Dahin Haiyan

'Hrmmm..'

'Kalau hati kau berat, kita biarkan je budak lelaki Aiden tu kat alam kita. Kau hidup je kat sana sebagai dia. Kau boleh hidup dengan Aryanna' ujar Dahin.

'Aku memang nak buat macam tu. Tapi Aku boleh tipu yang lain tapi kan Aku bagitahu kau sejak Aryanna tahu kehadiran aku, aku dah tak boleh menyerupai Aiden depan dia. Jadi aku tak boleh tipu dia' jawab Daffa dengan nada tenang.

Dahin Haiyan diam seketika. Wajah Daffa Haiyan yang serius berkata itu buat bulu romanya berdiri. Dia hanya bergurau dengan kata2 nya sebelum itu. Tidak bermaksud begitu. Namun jawapan Daffa Haiyan itu menakutkannya.

'Kau...Kau terfikir...' suara Dahin Haiyan bergetar.

Daffa Haiyan tiba2 ketawa besar. Wajah cuak Dahin Haiyan itu menggeletek hatinya. 'Muka Kau...aduhh...kelakar!'

'Bodohhh!!!!' tempik Dahin Haiyan geram. Menepuk kuat belakang kepala Daffa Haiyan yang tidak berhenti ketawa.

Daffa Haiyan berhenti dari tawanya. Dia tahu Dahin Haiyan risaukannya. Dan dia tidak mahu kembarnya itu merasakan betapa berat dadanya saat itu. Dan betapa resah dan sedih hatinya.

'Aku dah janji pada Aryanna akan pulangkan Aiden. Biar apa sekalipun aku akan tunaikan janji aku. Demi Aryanna, perlu menyerah nyawa pun aku akan buat, Dahin'

Dahin Haiyan diam. Perasaan abang kembarnya pada gadis alam manusia itu sememangnya sudah terlalu dalam. Jika tidak kerana ajaran baik yang walid berikan kepada mereka sedari kecil, Daffa Haiyan sudah pasti akan melanggar hukum alam. Andai rasa cinta manusia itu sudah cukup besar, rasa cinta golongan mereka jauh lagi berat. Mereka dicipta dengan sifat setia hingga akhir nyawa.

'Kami akan ada dengan kau, Daffa. Kita akan lalui semua ni sama2. Aku akan teman kau sampai akhir hayat kita. Aku takkan kahwin dengan sesiapa. Aku akan teman kau' pujuk Dahin kepada abangnya.

'Hehh??? Tak payah! Boring aku kalau aku tengok kau sampai aku mati. Aku suruh Walid kahwinkan kau esok. Semak!'

'Bodohh la dia ni. Aku serius ni!'

Daffa Haiyan tertawa kecil. 'Tak perlu kau risau aku sampai macam tu, Dahin. Apa takdir di depan kita tak tahu'

'Kau dah sedia ke nak tinggalkan Aryanna?'

Daffa Haiyan geleng perlahan 'Tak. Aku takkan bersedia sampai bila2. Tapi aku terpaksa'

'Aryanna macamana? Boleh ke dia?'

'Walid kata dia manusia. Mungkin takkan sesakit aku. Dia mungkin masih boleh hidup dengan lelaki manusia cuma rasa rindu dia pada aku takkan hilang selagi aku dan dia hidup'

'Macamana kalau dia dah ingat kisah antara kau dan dia dan dia tak boleh lupakan kau. Macamana dia nak hidup dengan orang lain'

'Macamana kita ada Walid, Ummi dan Ayasha, sama la dia. Dia ada family yang akan pastikan dia hidup dengan baik. Kita doakan dia akan bahagia suatu hari nanti' ujar Daffa Haiyan, airmatanya mengalir dipipi.

'Aku cuma nak dengar dia cakap dia sayang aku sebelum aku tinggalkan dia. Dan aku akan teruskan hidup aku dengan lafaz tu' sambungnya dengan suara yang sebak.

Dahin Haiyan memeluk bahu abangnya erat. Keputusan berat yang Daffa Haiyan ambil atas kewarasannya itu bagai menghukum diri sendiri.

Aiden Adrien berjalan menghampiri dua lelaki yang sedang duduk dihalaman rumah kampung itu. Sejak dia kembali sedar malam tadi, dia sudah dimaklumkan apa yang terjadi. Dia disesatkan oleh makhluk ghaib semasa perkhemahan. Salah seorang lelaki itu telah menyelamatkan nyawanya. Dan dia akan di kembalikan ke alam manusia semula.

'Daffa Haiyan?' soalnya memandang dua lelaki yang tiada beza rupa paras mereka itu.

'Ape??' jawab Daffa Haiyan sambil menjeling tajam. Dahin Haiyan menepuk peha Daffa melihat reaksi balas yang agak kasar dari abangnya itu. Daffa Haiyan mencebik.

'Terima kasih selamatkan aku' ujar Aiden.

'Aku buat tu sebab Aryanna!' balas Daffa

Sekali lagi Dahin Haiyan menepuk pehanya. 'Haha...abang aku buat lawak je'

'Aryanna? Kau kenal Aryanna?'

'Off course' getus Daffa Haiyan. Kali ini Dahin hanya mampu geleng kepala.

'Kau boleh cakap bahasa inggeris??' soal Aiden Adrien pelik.

'Hahhh!! Apa kau ingat kitaorg cakap bahasa alien ke? Kitaorang cakap bahasa yang manusia boleh faham, kau faham tak? Kau nak aku cakap bahasa german ke?'

'Aku tahu bahasa German' jawab Aiden Adrien.

'Oushhhh...dia menjawab pulak!' Daffa menggenggam penumbuk.

'Macamana kau kenal Aryanna?' Aiden merenungnya tajam

'She is my first love' jawab Daffa selamba.

Dahin Haiyan menggetap bibir 'Dia start dah' rungutnya.

'What??!' Aiden Adrien seakan terkejut.

'What??? What??' balas Daffa Haiyan.

'Alam kita lain. Mustahil kau kenal dia'

'Itu kau tak perlu tahu!'

'Fine. Tapi aku first love dia!'

Daffa Haiyan tertawa kecil 'Siapa? Kau? Sejak bila?'

'Dari kecil lagi' jawab Aiden dengan wajah yakinnya.

'Bila? Yang selamatkan dia masa kecil? Itu aku. Daffa Haiyan!' Daffa Haiyan mengangkat sebelah keningnya. Dia kemudian berdiri menghadap Aiden Adrien sambil berpeluk tubuh.

'Woiii....giler ke kau bagitahu semua tu?' Dahin Haiyan menyepak kaki Daffa Haiyan.

'Biarlah. Nanti bukan dia ingat pun nanti'

'Kau yang selamatkan dia?' soal Aiden bingung.

'Yes. Exactly. Indeed! So choesaarang tu aku, bukan kau'

'Hahaha...tak kelakar. Aku tak percaya' Aiden tertawa sinis.

'Arhh...tak percaya pun tak ape. Bukan kau ingat pun nanti. Yang pasti kau takkan dapat mengatasi sayang aku pada Aryanna Delara' Daffa Haiyan senyum sinis.

'Gilerrr' getus Dahin Haiyan melihat gelagat abangnya yang bagai tak cukup umur.

Aiden Adrien menggetap gigi. Tidak berani berlawan cakap. Takut salah cakap dia akan disimpan di alam lain itu.

'Aku akan bagi kau memori aku dengan Aryanna sepanjang aku gantikan kau. Tapi memori itu hak aku faham??'

'Kau ingat dia akan ingat ke semua kau cakap ni?' soal Daffa Haiyan sambil menyepak lagi kaki abangnya itu.

'Biarlah dia tak ingat. Aku nak cakap jugak!' getus Daffa Haiyan.

Aiden Adrien mengeluh dalam. 'Fine. Aku nak naik bersiap. Aku nak kembali ke alam aku. Aku nak jumpa Aryanna. I miss her like crazy' tuturnya dan cepat2 angkat kaki.

'Oushhh...oushhh..wahhhh...berani dia!' Daffa Haiyan mengacah mencabut pedang dibelakangnya.

Dahin Haiyan ketawa. 'Padan muka kau!'

Suasana hutan itu agak bening petang itu. Daffa Haiyan memerhatikan sekeliling dan sesekali matanya beralih kearah Adan yang menunggang bersama Aiden Adrien dan Dahin Haiyan yang menunggang Wardu disisi mereka. Daffa Haiyan mengekori dibelakang bersama 3 lagi pengikutnya. Dia akan menghantar Aiden Adrien dan kemudian akan bertemu Aryanna buat kali terakhir.

'Dahin, gerak lebih pantas. Ayuh!' bisiknya.

Dahin Haiyan menoleh ke belakang, memandang Daffa Haiyan bila bisikan suara abangnya itu singgah ditelinganya.

'Cepatt!!' jerit Daffa Haiyan.

Mendengar arahan Daffa Haiyan mereka semua memacu dengan lebih laju. Qawas segera berlari laju menghampiri Adan dan Dahin Haiyan.

'Adan, kau dan Dahin pergi dulu, cepat!!' arah Daffa

Dahin angguk, seakan mengerti Daffa Haiyan menyedari ada yang mengekori mereka. 'Harghh....' dia mengarahkan Wardu bergerak lebih laju. Begitu juga Adan. Aiden Adrien terpinga2, dia menutup kedua matanya bila kuda yang ditungganginya bersama Adan memecut bagai kilat.

Daffa Haiyan memerhatikan kelibat Dahin dan Adan hingga mereka hilang dari pandangan.

'Keluar kalian!' jerit Daffa Haiyan. Suaranya memecah kesunyian hutan itu.

Uzza turun dari dahan pokok yang tingginya hampir 40 meter itu. Di ikuti oleh pengikut2nya.

'Daffa Haiyan, nampaknya kau memang menepati janji. Kau nak pulangkan budak tu?' soal Uzza sejurus mendarat ditanah.

'Itu bukan urusan kau. Apa kau datang hari ini untuk mati?' suara Daffa Hairan keras sekali.

'Wooo....tenang. Aku tak kan halang kau pulangkan budak tu. Budak tu tak menjadi hal untuk aku'

'Jadi kau nak apa? Mati ditangan aku?'

'Jangan begitu, Daffa. Kita masih ada masa yang panjang' Uzza senyum sinis.

Daffa Haiyan menarik keluar kedua2 pedangnya dan melompat turun dari Qawas. Pengikutnya ikut bersiaga.

Uzza memberi isyarat kepada pengikutnya supaya menyerang Daffa Haiyan. Makhluk2 bertaring itu mara ke arah Daffa Haiyan dan pengikutnya. Apa yang diperlukan Uzza ketika itu hanya mencuri perhatian Daffa Haiyan.

Daffa Haiyan sudah bersedia menentang mereka. Dia menundukkan sedikit tubuhnya kedepan, kakinya dibuka. Tangan kirinya menghunus pedang ke hadapan dan pedang di kanannya di angkat tinggi ke belakang.

'Yarghhh...'

Pertempuran yang berlaku menyebabkan satu persatu pengikut Uzza rebah ke tanah. Mata Daffa Haiyan kini teralih pada Uzza yang berdiri tidak jauh darinya. Dia memusingkan badannya dengan pantas. Zass..zass pedang2nya mencantas kepala dua pengikut Uzza dihadapannya.

Dia melompat tinggi sambil menghunus pedangnya ke arah Uzza. Makhluk siung itu tidak berganjak malah tersenyum sinis bagai tidak takut maut yang semakin menghampirinya.

'Daffa, maafkan aku' suara Dahin Haiyan menerpa halwa telinganya. Pantas dia mendarat, melutut dan menahan pedangnya ke tanah, betul2 di hadapan Uzza. Wajahnya diangkat. Wajah Uzza masih tersenyum sinis.

'Apa kau dah buat pada adik aku, iblis!!' tempik Daffa Haiyan lalu berdiri.

'Jangan risau, adik kau tak apa2'

'Apa yang kau nak? Aiden?'

Uzza ketawa dengan kuat. 'Manusia tu tak de gunanya untuk aku'

'Jadi apa yang kau nak?' tempik Daffa kuat. Suaranya menggegarkan pohon2 hutan.

'Daffa!!'

Daffa Haiyan menoleh ke arah suara Dahin Haiyan. Dilihat Dahin, Adan dan Aiden dikelilingi lebih ramai pengikut Uzza. Dileher mereka diacukan kuku yang panjang. Seorang lelaki yang agak berusia berdiri ditengah2 mereka.

'Walid??' Daffa Haiyan kehairanan.

Lelaki itu berjalan menghampirinya. 'Daffa Haiyan, akhirnya kita bertemu juga' ujar lelaki yang menyerupai ayahnya.

'Siapa kau?' soal Daffa Haiyan menyedari lelaki itu bukan Habib, ayahnya.

'Sekarang kau percaya darah yang mengalir dalam kau dan aku sama?' ujar Uzza.

'Aku Hijazi, abang kembar ayah kamu. Jadi kau juga adalah anakku'

Daffa Haiyan bingung seketika. Namun dia teringat kisah yang diceritakan walid. Kisah Hijazi dan Syed Mubhasyir.

'Aku tidak ada talian darah dengan iblis. Jangan kau panggil aku anak. Aku tak kan jadi anak iblis!!' jerkah Daffa Haiyan.

Hijazi tertawa. 'Kau akan tetap jadi anak aku'

'Apa yang kau nak?? Lepaskan mereka!' tegas Daffa Haiyan.

'Kami cuma mahukan kau!' sampuk Uzza.

'Apa kau nak dari aku?' soal Daffa. Dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan musuhnya itu.

'Kau akan jadi pemimpin kami. Bawa Aryanna Delara ke sini. Kau akan hidup dengannya disini' jawab Hijazi sambil dengan tawa yang bergema.

'Apa kau merepek iblis!!' Daffa Haiyan berang.

'Kau fikir pertemuan kau dan Aryanna 10 tahun dulu dan setahun yang lalu satu kebetulan? Itu semua dibawah aturan kami. Termasuk janji yang kau lafaz kepada gadis itu. Itu semua perancangan kami. Dan sekarang kami menanti penyatuan keturunan ke 7 Tenrog dan keturunan ke 7 Syed Mubhasyir yang akan melahirkan keturunan yang paling agong. Yang akan menguasai kedua-dua alam' Hijazi tersenyum menampakkan taringnya.

Daffa Haiyan terdiam seketika. Semua yang berlaku selama ini adalah permainan makhluk jahat itu buatnya. Dan Aryanna adalah mangsa dendam dari golongannya sendiri. Dia menggetap giginya, menahan amarah yang menjalar disetiap saraf.

'Aku tidak akan sesekali melanggar hukum alam. Apatah lagi mengikut kehendak kau' tegas Daffa lagi.

'Aku bukan bagi kau pilihan. Aku sudah memutuskan begitu. Kau ingkar, nyawa mereka gantinya' mata Hijazi merah menyala.

Daffa Haiyan memandang ke arah Dahin. Kuku panjang yang mencengkam leher adiknya itu sudah ada darah yang mengalir. Dahin menggelengkan kepala 'Jangan dengar cakap mereka, Daffa!' bisik Daffa Haiyan.

'Dahin, aku tidak akan sesekali bahayakan nyawa kau dan Adan. Dan juga janji aku pada Aryanna untuk pulangkan Aiden ke asalnya' jawabnya berkomunikasi secara ghaib dengan Dahin.

Daffa Haiyan melepaskan kedua2 pedang. Dua pengikut Uzza memegang lengannya dengan kuat.

'Daffa!! Jangan!!' jerit Aiden. 'Aku rela mati dari Aryanna di ambil mereka!'

'Hahh??? Berani kau menyimpan rasa pada yang jadi milik kami??' tempik Uzza sambil melayangkan tubuhnya ke arah Aiden Adrien.

'Kau memang betul2 nak mati?!' soal Uzza menunjukkan taringnya kepada Aiden.

'Ya! Jangan kau berani apa2 kan Aryanna!' jawab Aiden. Dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian itu namun kini dia sudah faham kisah Aryanna dan Daffa Haiyan. Meski pedih mengetahui bahawa selama ini lelaki alam ghaib itu lah yang dirindui gadis itu. Namun menyerahkan Aryanna tidak sesekali.

Uzza ketawa dengan lantang. 'Kau mati pun, Aryanna Delara tetap milik kami'

'Lepaskan mereka!' tempik Daffa Haiyan tatkala melihat Uzza mengeluarkan kukunya ke arah Aiden. Pantas melepaskan dirinya dan mencapai semula pedangnya.

'Uzza!' panggil Hijazi.

Uzza segera melayangkan semula tubuhnya menghampiri ayahnya, Hijazi dan Daffa Haiyan.

'Mereka tak ada ertinya bagi kami. Kami akan lepas mereka kalau kau dengar cakap kami!' desak Hijazi.

'Jangan Daffa!!!' jerit Dahin Haiyan. Dia meronta2 cuba melepaskan diri.

Daffa Haiyan akur, pedangnya dicampakkan ke tepi.

'Pegang dia!' arah Hijazi.

Kedua pengikut Uzza kembali memegang Daffa Haiyan dengan kuat.

'Uzza. Sekarang!' arah Hijazi.

Uzza senyum meleret sambil menghampiri Daffa Haiyan. 'Kau adalah sebahagian dari kami' bisik Uzza dan membenamkan taringnya ke leher Daffa Haiyan.

'Daffa!!!!!' jerit Dahin dan Adan.

'Daffa Haiyan' Aiden hanya mampu menyebut nama lelaki itu dengan perlahan, matanya berkaca. Daffa Haiyan mengorbankan dirinya demi mereka, demi janji kepada Aryanna. Sehebat itu lelaki yang dirindui Aryanna Delara. Aiden memejam rapat kedua matanya, apakah benar kata Daffa Haiyan bahawa sayang lelaki itu pada Aryanna tidak akan dapat ditandinginya.

'Arghhhhhhh.....' suara jeritan Daffa Haiyan bergema didalam hutan itu membuatkan unggas2 hutan terbang bertempiaran. Angin yang kuat menerpa dahan2 pokok. Badannya terasa panas. Bagai ada lahar api yang mengalir di urat sarafnya.

'Hijazi!!!!' Habib melompat turun dari kuda tunggangannya. Meluru ke arah Daffa Haiyan.

'Wa...wa..walid' Daffa Haiyan cuba menggapai tubuh ayahnya. Kesakitan yang menjalar ditubuhnya ibarat memakar tubuhnya.

'Apa kau buat pada anak aku?' tempik Habib pada Hijazi.

'Dia anak aku sekarang! Kau masih seperti dulu, Habib. Selalu lebih lambat dan lemah dari aku. Aku datang menuntut balas apa yang Syed Mubhasyir berhutang denganku. Lufiya dan aku saling mencintai tapi Syed Mubhasyir menjadi penghalang. Sekarang aku akan tuntut keturunan Lufiya'

'Benar Lufiya cintakan kau tapi dia tidak akur kau bawa dia ke alam ini. Kau yang melanggar hukum alam'

'Tidak!!! Luka yang aku rasa akan aku tunjukkan akibatnya pada Syed Mubhasyir biarpun orang tua itu sudah mati!'

'Kau iblis, Hijazi!' jerit Habib. Kesal dengan kebodohan abang kembarnya itu.

'Aku tidak peduli apa pun kau nak gelar aku. Sudah tidak menjadi kesan buat aku. Ayuh Uzza, kita pergi!' jawab Hijazi.

'Tapi Daffa?' soal Uzza.

'Dia sendiri akan mencari kita!'

Hijazi dan Uzza terbang tinggi ke dahan pokok dan menghilang bersama pengikut2 nya.

Habib memapah tubuh Daffa Haiyan yang terjatuh ke tanah. Badan anaknya itu panas bagai dibakar. Dahin, Adan dan Aiden menerpa ke arah mereka.

'Daffa!' panggil Dahin. Airmatanya mengalir deras.

'Dahin! Kamu dan Adan pergi hantar Aiden balik ke alam asalnya. Walid akan bawa Daffa pulang'

'Tapi Walid....' sangkah Dahin.

'Pergi sekarang!' tegas Habib.

'Baik, Walid' Dahin melepaskan tangan Daffa Haiyan dan perlahan bangun.

'Aiden...' panggil Daffa lemah.

Aiden Adrien menghampiri Daffa Haiyan dan duduk disisi lelaki itu. Wajah lemah Daffa Haiyan ditatap.

'Demi janji aku pada Aryanna, pulang lah ke alam kau. Tolong jaga Aryanna. Jangan buat dia menangis lagi. Hanya kau yang aku izinkan untuk Aryanna. Aku tahu kau sayangkan dia' ujar Daffa kemudian tangannya diletakkan ke dada Aiden. 'Tolong simpan memori aku dan Aryanna sebagai memori kau'

Usai Daffa Haiyan berbicara, Aiden Adrien jatuh dan tidak sedarkan diri.

'Bawa dia sekarang, Dahin' ucap Daffa Haiyan dan dia rebah dipangkuan Habib.

Habib segera mengendong tubuh anaknya itu dan diletakkan diatas kuda tunggangannya. Airmatanya mengalir laju sepanjang perjalanan pulang. Sungguh dia tidak menduga perancangan jahat abang kembarnya selama ini. Dan Daffa Haiyan adalah sasaran mereka. Sejak Hijazi menjadi makhluk jahat, semua perhubungan mereka bagai terputus, dia tidak lagi dapat merasai apa2 dari abang kembarnya itu. Tidak lagi sepertimana hubungan Daffa dan Dahin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience