Mereka tiba di tapak perkhemahan setelah hampir 3jam perjalanan, beberapa bas dari sekolah lain turut tiba pada masa yang sama. Guru-guru dari setiap sekolah sibuk bersalaman. Pelajar2 pula mula bergerak ke lokasi yang diarahkan. Aryanna menggalas beg dibahu mengekori langkah Damia dan Fauzee. Aiden Adrien yang berada dibelakang membantu membawa peralatan perkhemahan bersama Farid dan teman-temannya. Kemudian mengekori langkah Aryana dan beberapa rakan sekelasnya yang sudah sedikit jauh dihadapan.
Aryanna memerhatikan keadaan sekeliling, hutan simpan itu begitu segar dengan pohon-pohon hijau yang merimbun. Bunyi air sungai yang mengalir menenangkan jiwanya. Dia berhenti seketika. Menutup matanya rapat, menarik nafas dalam. Bau dedaunan bercampur haruman tumbuhan lain serta bau air sungai menusuk masuk ke dada. Damia yang memerhatikan tingkah laku Aryanna sekadar diam dan membiarkan temannya itu hilang dalam dunianya seketika. Aryanna sememangnya menyintai alam semulajadi. Dia lebih gemar berada ditempat sebegini dari pusat membeli belah dan taman tema.
Perlahan Aryanna membuka mata, melihat kearah Damia dan Fauzee yang berdiri disebelah. Airmatanya mengalir. Fauzee kaget seketika. Damia sekadar mendengus lembut ‘Dia buat dah’
‘Wei apahal kau nangis ni?’ suara Fauzee agak cemas. Aiden yang melewati mereka melihat ke arah Aryanna. Ada air jernih dipipi gadis itu, wajahnya juga kelihatan sayu.
‘Cantik. Cantik sangat’ jawab Aryanna kembali melemparkan pandangan ke arah sungai yang mengalir. Damia pula serentak tadi membuat mimik kepada jawapan Aryanna. Dia sudah tahu itulah kelakuan Aryanna setiap kali dia berada ditempat2 seperti itu. Aiden melepas nafas lega curiganya melihat gadis itu menangis terpadam. Dan terus bergerak membiarkan Aryanna Delara yang leka menikmati kecantikan hutan simpan itu.
‘Ahh...tengok hutan ngan sungai pun nangis? She's totally weird’ bisik Farid ke telinga Aiden.
Aiden sekadar senyum. 'Weird & Pretty'
'Uwekkkk!' Farid buat seakan mahu muntah. Aiden Adrien ketawa.
‘I’m in the right place’ Aryanna menepuk bahu Fauzee yang terkebil2. Dia kemudian kembali berjalan mengikuti rakan-rakan lain. Matanya meliar melihat kumpulan pelajar-pelajar dari sekolah lain. ‘9 will be easy’ getus hatinya.
Dia mendekati Damia dan berbisik ‘Mission will end very soon’ bisiknya pada Damia. Damia tersenyum sipu memerhatikan ramai pelajar lelaki dari sekolah lain yang turut hadir di kem itu.
‘So many oppa’ bisiknya perlahan.
Fauzee menggelengkan kepala mendengar kata-kata nakal Damia. Dua gadis itu memang bagai beban yang memang dia dengan rela menggalasnya. Berkawan rapat dengan Aryanna Delara dan Damia Alisya yang penuh ceria bagaikan dunia tanpa masalah baginya. Gelagat kedua gadis itu sering menghiburkan hatinya. Kadang seakan terlalu matang kadang seakan kanak-kanak kecil. Meskipun adakala perangai mereka berdua mendatangkan kepayahan dan memeningkan kepalanya.
‘Dami, lets do it’ ajak Aryanna sambil menunjuk dengan ekor matanya ke arah seorang pelajar lelaki yang bersandar disebatang pokok dihadapan mereka.
‘Ok, lets go’ Damia membuka kamera telefon bimbitnya.
‘Fauzee, kau pegang beg aku ni jap’ tali beg galasnya disaukkan ke kepala Fauzee. Aryanna berlari menuju kearah pelajar lelaki itu. ‘Tercekik aku doo’ jerit Fauzee membetulkan semula kedudukan beg galas Aryanna kebahunya.
Damia berlari mengikuti langkah laju Aryanna sambil merakam gerak langkah Aryanna. Aryanna berhenti dihadapan pelajar lelaki itu. ‘Anyeong!’ sapanya. Pelajar itu memandangnya kehairanan.
‘Kau budak sekolah kan?’ soalnya
‘Yup. Why?’ soal pelajar itu kembali
‘Confirm tak kahwin lagi kan?’ dia cuba mendapatkan kepastian bila terkenangkan peristiwa dibas tadi.
‘Hehh??’ pelajar itu bertambah hairan. Kepalanya digelengkan.
‘Ok...nicerrr. Name?’ soal Aryanna lagi
‘Adam’ jawab pelajar itu ringkas.
‘Ok, bye!’ Aryanna kemudian meninggalkan pelajar bernama Adam itu terpinga-pinga.
Damia yang mengekor dari belakang menarik hoodie Aryanna.
'Weii...kau tak cakap lagi la’
‘Jap...bagi aku sembilan langkah. Kau rakam je’ Aryanna mengira langkahnya ke depan. Sampai langkah ke sembilan, dia berhenti, berpaling semula ke arah Adam. 9 langkah itu tanda baki bilangan video janjinya pada Aiden.
‘Adam!’ jeritnya kuat.
Adam yang sedari tadi masih bingung memandang ke arah Aryanna.
‘Adam! I love you! Thank you! Sorry!’ jeritnya dan kemudian berlari laju ke depan. Pelajar bernama Adam itu terus dengan kebingungan. ‘Apehal perempuan tu’
‘Sorry ye bro. Ignore je. Diaorang ade masalah jiwa skit....mental issue. Personality Disorder’ Ujar Fauzee selamba ketika melewati pelajar bernama Adam itu.
Aiden yang mendengar jeritan Aryanna tadi segera menoleh ke belakang. Dilihat Aryanna sedang berlari menuju ke arahnya. Damia turut berlari dibelakang. Kedua gadis itu tertawa sambil memandang satu sama lain. Ketika melepasi Aiden, Aryanna senyum sinis, dia menunjukkan isyarat 8 dengan jarinya. Damia pula mengangkat telefon bimbitnya kepada Aiden sebagai syarat meminta Aiden memeriksa telefon bimbitnya.
Beep...bunyi whatsappnya.
Aiden memeriksa telefon bimbitnya. Message dari Damia tertulis ‘992’
Dia senyum sendiri melihat video yang diterimanya. Aryanna memang terkenal dengan sikap nakal dan gila2 nya. Farid disebelah menepuk bahu Aiden sambil menggeleng kepala sendiri ‘She is really crazy right?’
‘Indeed’ Jawab Aiden. Matanya memerhatikan Aryanna yang masih berlari didepan sambil bergurau dengan Damia.
Setiba ditapak perkhemahan, semua pelajar sibuk memasang khemah masing-masing. Selesai memasang khemah, Aryanna turun ke pinggir sungai, duduk diatas batu. Mencecahkan kakinya ke air sungai yang cetek, jarinya menguis2 air yang sejuk itu. Headphone yang disangkut dileher di letak ditelinga. Dia mendongak memandang langit biru, cerah dengan sedikit awan yang bergerak perlahan. Dia tersenyum sendiri, merapatkan matanya dan menyanyi mengikuti muzik yang berlagu diheadphone. Seakan bersatu dengan alam, membiarkan angin sejuk yang bertiup menerjah wajahnya. Menikmati setiap udara segar yang dihirup.
‘Aryanna!’ Daniyal berkali-kali memanggil Aryanna namun suaranya tidak didengari gadis itu.
Damia lantas menegur Daniyal 'Cikgu, jangan kacau. Dia dah bersatu dengan alam tu memang takkan bergerak tu. Biar je. Sekejap lagi dia naik la tu. Cikgu nak suruh dia buat ape?’
‘Dia dah unpack ke? Minum petang kan jadual dia dengan Fauzee kene sediakan, kene join team bertugas dari sekolah lain. Diaorg tengah tunggu tu’
‘Tak pe saya ganti. Nanti Aryanna ganti saya esok pagi. Barang dia saya dah unpack dah’
‘Ok. Awak ajak Fauzee pegi dekat khemah urusetia sana tu diaorg tahu nak suruh buat ape. Behave. Jaga nama sekolah’ pesan Daniyal.
‘Yes sir!’ Damia memberi tabik. Daniyal membalas tabik itu sebagai melayan kerenah Damia.
‘Wangsoo’ bisik Ariana saat track lagunya tiba di lagu Ost Scarlet Heart, My Love. Wajah Lee Joon Gi sebagai Wangsoo muncul. Dia menyanyikan rangkap lagu itu dan tergelak kecil mengenangkan betapa watak itu memberi kesan kepadanya. ‘Paboo (idiot)’ menyumpah diri sendiri. Usai lagu itu, Aryanna membuka matanya lalu bangun menuju ke khemah.
‘Cikgu, mana Damia’ dia menegur Daniyal yang sedang sibuk menyusun stok makanan segera diatas meja lipat yang dibawa mereka.
‘Kat khemah urusetia sana. Ganti kamu yang mengelamun la. Tak ingat jadual ke?’ perli Daniyal
‘Aah la..lupa. Miane (maaf) Ahjussi(pakcik)!’ usik Aryanna sambil berlalu untuk mendapatkan Damia.
‘Ahjussi??’ Daniyal membulatkan matanya. ‘Ni siapa nak tolong saya?’
Aryanna mengangkat bahu tidak mengendahkan pertanyaan Daniyal.
Malam tiba, kesemua mereka berkumpul di tapak camp fire. Suasana kecoh dengan bisikan pelajar-pelajar sekolah lain tentang Aryanna. Aiden di meja makan leka melihat video-video yang dihantar Aryanna. Video yang dihantar Aryanna siang tadi. Didalam video itu Aryanna membilang setiap langkah mengikut baki misi dan melaungkan dengan kuat lafaz ke 992 hingga 999.
Perlakuan Aryanna itu telah mencetuskan kekecohan dikhemah urusetia ketika menyediakan minum petang siang tadi. Entah apa dalam fikiran gadis itu, fikirnya. Jiwa gadis itu bagai bebas tanpa sebarang beban dimindanya. Sekenal Aiden, sejak mereka sama2 disekolah rendah, sikap ceria Aryanna tidak pernah berubah. Malah ketika dia kehilangan ibunya, Aryanna dilihat tenang ketika majlis tahlil malamnya. Hanya Damia yang dilihat Aiden menangis ditepi sudut ruang tamu rumah sambil matanya tidak lepas dari Aryana yang sibuk menghidangkan makanan kepada tetamu yang hadir.
Lamunannya terhenti seketika, dia kembali membelek telefon bimbitnya, menanti video akhir dari Aryanna. Dia mencari kelibat Aryanna namun tidak kelihatan. Janjinya pada Aryana 1000 dalam masa 100 hari. Hari ini hari terakhir sebelum jam mencecah 12 malam.
‘Kau pulak yang terlebih risau, bukan Aryanna’ usik Farid.
‘Mane ada!’ nafi Aiden
‘Tengok muka kau tu aku tahu. Aku harap Aryanna x hantar video akhir. Padan muka kau. Bagi syarat ntah ape2’
‘Aku mane tahu dia serius macam tu. Aku main2 je tapi bila dia start hantar video tu aku rasa macam seronok pulak menyakat die’
‘Tak pe tengok jap lagi kau seronok ke tak kalau dia tak hantar last video. Gara2 kau la aku pun jadi yang ke 110. Bodoh giler syarat kau!’
Ayat Farid itu membuatkan dia resah dan terus mencari kelibat Aryanna. Tidak kelihatan.
‘Aiden!’ sergah Damia dari belakang.
‘Damia! Mane Aryanna?’ soal Aiden
‘Ehh tadi dia bersiap2 untuk show malam ni. Lepas siap dia nak ajak aku buat video last tapi bila aku masuk khemah tengok dia dah tak ada. Aku ingat dia kat sini dah’
‘Tak ada. Aku dari tadi cari dia, tak nampak bayang pun’ balas Aiden lagi.
‘Tak pela, sekejap lagi dia ade la tu. Nape? Risau? Cemas?’ usik Damia sambil berlalu.
Aiden menghentikan langkah Damia seketika ‘Damia, Lagu yang Aryanna nyanyi dalam bas tadi tajuk ape ye?’
‘Kau cari dalam youtube OST Extraordinary You, First Love’ ujar Damia sambil tergesa-gesa meninggalkan Aiden.
Aiden membuka akaun youtube dan mencari-cari lagu yang dimaksudkan Damia. Mencari maksud lirik lagu itu.
Aryanna menjengah kedalam khemah, Damia masih tiada.
‘Alahai...aku pegi ambil guitar sekejap je tertinggal kat khemah cikgu Daniyal, Si Damia ni dah hilang plak’ rungutnya.
Jam ditangannya dibelek. Hampir 10.00 malam. Selepas ini dia ada persembahan. ‘Mane sempat nak last video lepas tu. Aishh mana Damia ni’
Aryanna berjalan perlahan menuju ke tapak pelajar2 lain berkumpul. Dari jauh kelihatan nyalaan unggun api dan lampu sportlight menerangi kawasan itu. Tika leka membetulkan beg guitar di bahu dia seakan tersandung sesuatu dan terjatuh. ‘Arghh’ dia menjerit kecil, disapu2 pasir dilutut seluarnya.
‘Awak ok ke?’ tiba-tiba satu suara menyapanya. Aryanna perlahan mendongak. Seorang lelaki berdiri dihadapannya. Dia memerhatikan lelaki itu atas bawah, perlahan dia bangun.
‘Saya ok je. Sikit je’ Aryanna tersenyum. ‘Mesti nak buat show jugak ni’ bisik hatinya melihat pakaian lelaki itu. Rambutnya panjang ikal melepasi bahu. Berpakaian serba hitam seperti costume warrior. Dua bilah pedang tersisip kemas dibelakangnya.
‘Ade show jugak ke? Sekolah mana?’ soal Aryanna sambil menggalas kembali guitar yang terlepas dari bahunya ketika dia jatuh tadi.
Lelaki itu seakan pelik, cuba memahami soalan Aryanna. Tanpa sebarang jawapan, dia hanya tersenyum.
‘Ermmm rahsia ke show? Ape? Hwarang?’ Aryanna meneka sambil tergelak kecil cuba mengusik. Lelaki itu tidak menjawab tapi terus tersenyum.
‘Ok fine. Good luck. Fighting!’ ujar Aryanna. Melihat reaksi kaku lelaki itu Aryana terus melangkah namun dia berhenti dan menoleh kembali, lelaki itu masih berdiri dengan kedua tangannya diletakkan ke belakang sambil memerhatikannya.
Aryanna kembali menghampiri, telefon bimbit di keluarkan, camera dibuka. Aryanna memandang ke langit, bulan sedang mula penuh. ‘Fuhh...last. Moga cahaya bulan membantu aku’ bisiknya.
‘Ermm...nama awak siapa’ soal Aryanna. Dia sudah tekad 9 terakhir dia akan menyebut nama mereka. Dan ini yang terakhir.
‘Daffa Haiyan’ jawab lelaki itu seakan akur.
Aryanna terkedu ‘Wahh...sedapnya nama'
Daffa Haiyan masih hanya tersenyum. Aryanna menghampirinya. Kedudukan gadis itu yang hanya satu langkah darinya membuatkan jantungnya berdegup pantas. Aryanna pula masih merakam wajah Daffa Haiyan.
‘Terima kasih sebab kau jadi yang terakhir’ ucap Aryanna.
‘Hrmm??’ Daffa Haiyan hairan.
Aryanna memandang Daffa dan tersenyum. ‘Sorry tau awal2’
‘Sorry?’ soal Daffa Haiyan pelik.
‘Daffa Haiyan, I love you’ lafaz Aryanna. ‘Ok sebab awak yang terakhir ... saranghae. Thank you’ sambung Aryanna dan memberi mini love kepada Daffa Haiyan.
Daffa Haiyan kaku. Kakinya bagai dipasak kebumi, cahaya bulan seakan turun perlahan ke wajah gadis itu ‘Aryanna Delara’ bisiknya perlahan. Nama itu terlafaz dibibirnya.
‘Ok, Thank you Daffa Haiyan. And sorry. Lets go’ Aryanna segera berlari sambil menarik lengan Daffa Haiyan bila menyedari dia sudah lewat untuk persembahannya. Daffa Haiyan yang bagaikan dipukau sekadar membiarkan Aryanna membawanya ke kawasan berunggun api itu.
Dari jauh Aryanna terdengar suara Daniyal memanggil namanya. Dia segera melepaskan tangannya dari lengan Daffa Haiyan. ‘Sorry, my turn dah sampai. Saya kedepan dulu’ Daffa Haiyan ditinggalkan. Mata Daffa Haiyan sekadar mengekori kelibat Aryanna. Riuh rendah menjerit nama Aryanna membuatkan dia perlahan-lahan menghampiri kumpulan pelajar itu.
Aryanna memetik guitar dan mula menyanyi bersama Daniyal lagu yang telah mereka rancangkan. Daffa Haiyan merenung bulan yang penuh, cahaya bulan membasahi wajah Aryanna yang sedang berlagu merdu.
‘Ok. Now Aryanna will sing her favourite song’ Daniyal bangun dan meninggalkan Aryanna sendirian.
Mendengar kata-kata Daniyal, Aryanna lantas mengeluarkan hp nya. Memandang ke arah Damia sambil tersenyum. Kemudian beralih ke arah Aiden. Video terakhir itu dihantar kepada Damia dan Aiden.
‘To all guys yang kene face my crazy and stupid action siang tadi, maafkan saya. Im really sorry guys. Please dont fall for me...haha...just joking. Really2 sorry...miane. This song lead me to my action. ‘My First Love from Sondia. Oh...for my 1000, Daffa Haiyan, Sorry again’ Dia mencari kelibat Daffa Haiyan. Dan terlihat lelaki itu sedang bersandar di pohon berhampiran mereka berkumpul. Dia tersenyum melihat lelaki itu masih dengan gaya tenangnya, memeluk tubuh sambil memandangnya.
Aiden dan Damia membuka video akhir dari Aryanna. Wajah lelaki yang dirakam Aryanna agak kabur. Hanya suara lelaki itu yang terdengar menyebut ‘Daffa Haiyan’
Aiden mendengar nyanyian Aryanna sambil mengingatkan maksud bait lagu itu. Dia senyum sendiri.
~Cinta imaginasi itu lebih indah kerna sakitnya tidak sesakit cinta yang dianggap realiti namun hakikatnya palsu~
Share this novel