Cahaya matahari pagi yang masuk melalui tingkap biliknya memaksa Dahin Haiyan membuka matanya. Memegang kepalanya yang masih berbalut. Badannya masih terasa sakit. Dia menggagah diri untuk duduk. Melihat Dhia Ayasya bersimpuh disebelah dengan wajah yang masih basah dengan airmata. ‘Daffa?’ soalnya.
Dhia Ayasya hanya diam. Seketika kemudian Abiyah masuk kedalam biliknya membawa segelas air.
‘Ibu, Daffa mana?’ Dahin Haiyan cuba bangun.
Abiyah menahan sebak didada. ‘Ada dihalaman’ balasnya lemah. Anak sulungnya itu dari malam tadi tidak melelapkan mata, tidak makan dan juga minum. Hanya terbaring beralas lengan diatas pangkin kayu dihalaman rumah. Puas sudah suaminya memujuk untuk masuk kerumah namun Daffa Haiyan hanya membatu. Dia hanya masuk ketika solat subuh dan sempat memeriksa keadaan Dahin Haiyan kemudian kembali duduk dihalaman.
Dahin Haiyan menuruni tangga rumahnya menuju dimana Daffa Haiyan dilihatnya duduk merenung ke arah hutan berhampiran. Wajah abangnya itu kelihatan murung dan tidak bertenaga.
Bahu Daffa Haiyan ditepuk perlahan lantas duduk disebelah.
‘Kau dah sihat ke? Kenapa tak baring kat dalam je’ tegur Daffa Haiyan melihat wajah Dahin Haiyan yang masih pucat.
‘Aku lebih risaukan kau. Maaf sebab aku, kau terpaksa lalui semua ni’ Dahin Haiyan mengeluh kesal.
‘Kau akan buat benda yang sama kalau kau jadi aku’
Dahin Haiyan mengakui itu. Dia juga lebih sanggup mengorbankan nyawanya dari membiarkan Daffa Haiyan dalam bahaya.
‘Dada aku sakit Dahin. Aku terlalu rindu dia’ Daffa Haiyan menundukkan pandangan. Airmatanya jatuh ketanah.
Dahin Haiyan menahan sebak, dia hanya dapat merasa sebahagian dari perasaan Daffa Haiyan ketika itu. Tidak sepenuhnya seperti biasa kerana perasaan Daffa Haiyan kini sudah terikat. Namun sebahagian itu sudah cukup berat bagi Dahin Haiyan. Bagaimana peritnya Daffa Haiyan tidak dapat dibayangkan.
‘Mampu ke aku bertahan untuk seribu tahun, Dahin?’ soalnya, suaranya sudah tersekat-sekat.
Dahin Haiyan memeluknya erat. ‘Aku akan ada dengan kau seribu tahun tu, Daffa’ Dia bagai kesal tidak memberitahu perkara sebenar kepada abangnya semalam. Daffa Haiyan masih tunduk, airmatanya tanpa henti jatuh ketanah.
8 tahun yang lalu, dia dan Daffa Haiyan yang ketika itu berusia 13tahun pertama kali mengikut Habib keluar mengawasi kawasan hutan. Hari itu mereka perlu mula belajar dari Habib dan pengikutnya bagaimana menjaga kawasan hutan itu dari gangguan makhluk-makhluk jahat yang sering mengganggu ketenteraman diantara dua alam.
Malam itu bulan akan penuh. Habib yang mendapat berita ada sekumpulan manusia berada dikawasan itu segera bersiap-siaga. Dari petang selepas asar tadi mereka sudah keluar mengawasi hutan itu. Habib tidak pasti mengapa masih ada manusia yang mengunjungi tempat itu sedangkan dia sudah pun membuat perjanjian dengan Tok Penghulu kepada kampung kediaman manusia yang berhampiran supaya tidak membenarkan sesiapa masuk kedalam hutan itu pada hari ini.
Dari jauh dia melihat begitu ramai anak2 kecil membuatkan hatinya makin resah. ‘Daffa, Dahin, ingat pesan Walid jangan sesekali kamu izinkan mereka nampak kamu. Jangan campuri urusan yang tidak perlu’
‘Baik Walid’ jawab mereka serentak.
‘Walid akan keseberang sana. Daffa ikut Walid. Dahin dan Adan jaga disini dengan Widad’ Habib memberi isyarat berhati2 kepada Widad, pembantunya. Widad angguk. Dahin Haiyan dan Adan hanya menurut.
Awal malam itu tiada apa2 yang mencurigakan berlaku sehinggalah bulan semakin penuh. Tapak perkhemahan manusia itu riuh rendah dengan suara teriakan beberapa wanita. Kemudian diikuti suara cemas memanggil beberapa nama.
Habib segera berlari menghampiri mereka. ‘Daffa, ikut Walid’ Dilihat 3 wanita sedang menjerit2 seperti kerasukan. Beberapa wanita lagi melaung-laung memanggil anak mereka. Habib segera menyuruh salah seorang pengikutnya memanggil Tok Penghulu kampung berhampiran.
Habib memegang kedua bahu Daffa Haiyan ‘Kamu nampak kan makhluk jahat yang mengganggu mereka?’
Daffa Haiyan angguk. Memandang makhluk2 bertaring yang bertenggek dibahu 3 wanita yang sedang menjerit2.
‘Walid terpaksa munculkan diri tapi kamu jangan sesekali buat perkara yang sama walau apa sekalipun, faham?’Jangan duduk jauh dari Walid’
‘Baik Walid’ Daffa Haiyan mengangguk.
Melihat Tok Penghulu tiba disitu, Habih menampakkan dirinya.
‘Tok, saya dah pesan jangan bagi sesiapa masuk kesini hari ini’
Tok Penghulu mengeluh kuat ‘Maaf Habib, ada ranger disini yang membawa mereka tanpa izin saya’
‘Arghh...manusia dan ketamakan mereka’ rungut Habib.
‘Minta semua berkumpul dalam khemah tok. Orang2 saya akan menjaga mereka dan yang lain akan mencari budak2 yang hilang. 3 wanita tu bawa dalam pondok ranger’ arah Habib.
Mereka perlu segra dirawat dan dijumpai sebelum bulan mengambang penuh. Tok Penghulu menyuruh penduduk kampung yang datang bersamanya mengikut arahan Habib.
Daim memeluk isterinya, Aishah bila tangisan wanita itu semakin kuat ‘Rian!!!!’ jerit Aishah tanpa henti.
Haris mendukung Damia dengan erat. Matanya meliar mencari2 Aryanna Delara.
Tok Penghulu dan Habib menghampiri mereka ‘Tuan, beberapa kanak-kanak yang hilang?’ soal Habib.
‘5 Tok’ jawab Haris lemah. Hari itu adalah sambutan Hari Keluarga syarikatnya. Salah seorang kakitangannya yang mencadangkan lokasi itu. Tidak jauh dari lokasi bandar yang mereka didiami. Keseronokan dan keterujaan mereka siang tadi kini bertukar mimpi ngeri.
Habib berbisik sesuatu kepada pengikutnya yang tidak terlihat dimata manusia ‘Jangan leka, awasi khemah mereka, jangan ada yang dirasuk lagi’
Habib kemudian berjalan masuk kedalam pondok ranger, dia merenung tajam kearah setiap ekor makhluk yang bertengkek itu. Mata mereka merah menyala seakan marah dengan kehadiran Habib.
Daffa Haiyan yang mengekori ayahnya dari tadi memerhatikan tindak tanduk Habib dengan tekun. Mengagumi kehebatan ilmu Habib yang menjadi ketua golongan mereka. Namun ketekunannya itu terganggu seketika apabila dibalik pohon dihadapannya ada seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis memanggil ‘Ibu...Ibu’ sambil memandang kearah wanita yang sedang teresak2 menangis dan hampir kehabisan suara menyebut ‘Rian!! Rian!!’
Daffa Haiyan menghampiri wanita itu kemudian menunjuk ke arah budak perempuan tadi ‘Makcik, tu anak makcik!’ Namun suaranya dari sebalik hijab itu tidak didengari wanita itu. Daffa Haiyan resah, ingin memaklumkan Habib namun ayahnya sedang sibuk merawat tiga wanita tadi.
Dia cuba menghampiri budak perempuan itu, namun dari sebalik pokok itu muncul seorang wanita yang cantik berbaju serba putih, dari golongannya memegang tangan budak perempuan yang dipanggil Rian. Daffa Haiyan merenung wanita itu tajam. Kini dia tahu mengapa ibu budak itu tidak dapat melihat anaknya.
Kemudian wanita itu memimpin tangan budak perempuan itu berjalan perlahan menuju pinggir sungai. Daffa Haiyan berkali-kali menoleh kearah Habib. Dia teragak2 seketika namun dia tidak mampu berdiam diri. Dia pantas berlari mengejar. Dilihat wanita berbaju putih itu sedang memimpin Rian menyeberangi sungai. Dia pantas mencabut pedang dibelakangnya lalu melompat tinggi dan mendarat diatas batu sungai.
‘Kau nak bawak dia pergi mana?’ soal Daffa Haiyan. Cahaya bulan yang semakin terang menyerlahkan anak matanya yang memancar kehijauan.
‘Itu bukan urusan kau. Budak ini memang hak kami dari awal’ jawab wanita itu.
‘Dia hak alam manusia. Bukan alam kita’
‘Jangan ganggu urusan aku’ suara wanita itu mula keras.
‘Aku kata lepaskan budak tu sebelum aku cantas kepala kau’
Makhluk itu menyeringai, wajah cantiknya bertukar ngeri. Tangisan Rian makin kuat melihat wajah yang menakutkan itu.
‘Kau dan ayah kau sama. Sentiasa rasa kau lebih baik dari kami’
‘Itu sudah pasti berbanding kau yang sesat dan khianat! Lepaskan budak tu. Amaran akhir aku!’ lantang suaranya.
Menyedari budak lelaki di hadapannya itu adalah Daffa Haiyan, waris sulung dari ketua golongan mereka, dia sedikit gentar. Kehebatan Habib bukan calang2. Sudah berapa banyak makluk2 sepertinya dipenggal oleh lelaki itu.
‘Baik! Kalau dia tidak menjadi hak kami, dia tak kan jadi hak sesiapa!’ wanita itu menolak budak bernama Rian itu kedalam sungai sambil ketawa mengilai lalu terbang menyelinap kedalam hutan.
Daffa Haiyan cemas. Disarungkan semula pedangnya. Tubuh Rian tenggelam timbul dipermukaan air sungai itu. Saat makhluk tadi melepaskan Rian, dia sudah dipisahkan dari alamnya. Daffa Haiyan mengingatkan diri akan pesan walid ‘Jangan sesekali menampakkan diri’ tapi tanpa munculkan diri tidak mungkin dia mampu selamatkan budak itu, ilmunya belum sehebat Walid.
Dia memejamkan mata, menarik nafas dalam. ‘Arghh aku kene selamatkan dia’ Daffa Haiyan kemudian terjun kedalam sungai, berenang selaju mungkin mengejar budak perempuan itu. Air sungai malam itu lebih deras dari biasa, hanya cahaya bulan yang membantu.
Setelah tangannya dapat mencapai tangan budak itu, dia berenang ketepi sungai. Ditariknya tubuh kecil yang tidak sedarkan diri itu ketepi, membaringkannya ketanah. Dia cuba mencari bunyi nafas budak itu namun tidak kedengaran. Dia mendongak melihat cahaya bulan. Sudah hampir penuh, dia perlu kembali kepada walid segera. Dia memangku kepala budak perempuan itu, mengetuk2 dadanya. Seketika kemudian budak itu terbatuk-batuk, menyembur keluar air sungai dari mulutnya.
Budak perempuan itu membuka mata perlahan dan memandangnya. ‘Aiden’
Daffa Haiyan mengerut dahi. Aiden???
Menyedari cahaya bulan semakin penuh, dia meletakkan kembali kepala Rian ketanah. Saat dia ingin bangun, Rian menarik tangannya.
‘Jangan tinggalkan saya, saya takut Aiden’
‘Saya bukan Aiden’
‘Awak siapa?’ soal gadis kecil itu lemah.
‘Awak tak perlu tahu. Anggap saja saya Aiden’
‘Aryanna Delara’
‘Ape?’
‘Nama saya Aryanna Delara’
‘Saya kena pergi. Mereka akan jumpa awak nanti’ ujar Daffa Haiyan.
‘Jangan tinggalkan saya. Saya takut’ Aryanna menangis, kawasan hutan yang gelap dan trauma hampir lemas membuatkan dia menggigil ketakutan. Dan saat budak lelaki yang menyelamatkan nya itu ingin pergi, ketakutannya bertambah terkenang saat abangnya Daniyal dipisahkan darinya.
Daffa Haiyan serba tidak kena namun akhirnya mengalah. Tidak sampaj hati melihat Aryanna Delara menangis dalam ketakutan dan lemah ‘Baik, jangan menangis. Saya tunggu sampai mereka jumpa awak’
‘Janji?’ Aryanna Delara mengangkat jari kelingking.
Daffa Haiyan yang sedikit hairan hanya mengikut perlakuan Aryanna Delara. Turut menghulurkan jari kelingking lalu kedua jari mereka saling bertaut.
‘Janji jangan tinggal saya sampai bila2’ suara Aryanna masih dalam tangis ketakutan
‘Ye saya janji!’ tegasnya, dia mahu gadis kecil itu bertenang. Dan berhenti menangis.
Saat itu cahaya terang bulan menyuluh wajah mereka. Wajah kecil Aryanna Delara direnung seketika, gadis kecil itu tersenyum sebelum kembali tidak sedarkan diri.
Daffa Haiyan meletakkan Aryanna Delara ketanah setelah memastikan tubuh kecil itu masih bernafas. Dia cuba angkat kaki dari situ namun hatinya bagai dihiris-hiris. Kakinya berat untuk terus melangkah. Airmatanya tumpah. Bagai dipukau dia tunduk lalu mengangkat Aryanna Delara dalam dukungannya.
Habib menarik nafas lega, ketiga2 wanita yang dirawatnya sudah kembali pulih. Namun kebimbangannya terbit semula mengenangkan kanak-kanak yang hilang hanya 4 yang dijumpai. Dia mencari kelibat Daffa Haiyan namun tidak ditemuinya. Pengikutnya juga tidak melihat Daffa Haiyan sejak tadi. Habib mula resah.’Pergi cari Daffa’ ujarnya kepada pengikutnya.
Dia kemudian mendekati Daim dan isteri ‘Tuan, kami akan mencari sepanjang malam ini. Jangan bimbang. Doa banyak2’
Daim mengangguk ‘Terima kasih tuan’
Setelah meminta pengikutnya meneruskan pencarian, Habib berjalan pulang. Mengharap Daffa Haiyan sudah berada dirumah.
Sesampai dihalaman rumah, Dahin Haiyan dan Abiyah sedang menanti kepulangannya. Daffa Haiyan tiada bersama mereka.
‘Mana Daffa?’ dia duduk seketika, badannya keletihan.
‘Bukan dia dengan Walid ke?’ soal Dahin Haiyan.
Habib menghembus nafas panjang. Hati berkata sesuatu sudah terjafi pada anaknya, Daffa Haiyan. ‘Mari kita cari dia, Dahin’
‘Baik, walid’ Dahin Haiyan mengekori langkah ayahnya.
Baru Habib ingin bangun, pengikutnya kelihatan dari jauh keluar dari pinggir hutan. Bersama mereka Daffa Haiyan yang sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan. Habib segera berlari mendapatkan anak sulunngnya itu. Dahin Haiyan turut serta.
Habib melihat budak perempuan yang didukung Daffa Haiyan.
‘Daffa, kenapa bawa dia kesini? Soal Habib sambil menyambut tubuh kecil yang masih tidak sedarkan diri itu.
‘Daffa dah janji takkan tinggalkan dia’ jawab Daffa Haiyan.
‘Kau buat ape ni?’ bisik Dahin Haiyan kepada abang kembarnya.
Daffa Haiyan hanya membisu dengan wajah kaku tanpa sebarang perasaan.
Habib segera membawa Aryanna Delara naik keatas rumah. Meminta Abiyah dan Dhia Ayasya menukarkan pakaian Aryanna yang basah. Kemudian dia mendapatkan Daffa Haiyan. Anak sulungnya itu terduduk diam diruang tamu dengan pakaiannya yang basah. Wajah anaknya itu sayu.
‘Pergi mandi dan masuk tidur’ ujarnya mengusap belakang Daffa Haiyan. Daffa Haiyan hanya menurut kata.
‘Tengokkan Daffa’ ujarnya kepada Dahin Haiyan.
Dari keadaan Daffa Haiyan dia sudah tahu apa yang berlaku. Janji yang mengikat seribu tahun. Dia mengeluh dalam. Dia kemudian masuk kebilik memeriksa keadaan Aryanna Delara.
‘Abang’ Abiyah memandang suaminya. Inginkan kepastian tentang apa yang bermain difikirannya.
Habib mengangguk lemah seakan memahami persoalan dibenak isterinya. Abiyah menundukkan kepala, menahan tangisan.
‘Jangan risau, saya tahu apa perlu buat’
‘Budak ni macamana abang?’
‘Saya akan bawa Daffa untuk pulangkan semula hak ibu-bapanya’ jawab Habib tenang.
‘Tapi kalau abang pulangkan dia mcamana dengan Daffa?’
‘Awak nak bertindak seperti mereka yang sesat tu ke? Jangan pernah terfikir walau sebesar zarah’
‘Tapi abang..’
‘Sudah! Saya kata saya tahu nak buat apa!’
Abiyah tidak berani lagi bersuara. Dia tahu Habib memang tegas mengenai hak setiap makhluk, dia taat dan tidak akan sesekali melanggar batas mereka. Malah lebih sanggup mengorbankan diri.
Share this novel