BAB 2 : I Love You

Fantasy Completed 1367

Aryanna dan Damia melangkah masuk ke kelas. Hiruk pikuk rakan-rakan berbual membingitkan telinga. Masing-masing teruja berbicara mengenai kem kecemerlangan esok, kem yang diadakan bagi meraikan pelajar2 yang memperolehi keputusan cemerlang pada peperiksaan pertengahan tahun yang lepas. Aryanna melabuhkan punggung ke kerusi. Menyumbat telinganya dengan earphone. Damia pula yang duduk selang 2 meja dari Aryanna telah turut serta dengan rakan-rakan lain berbual mengenai kem esok.

Aryanna menguatkan lagi volume earphonenya bila menyedari suara rakan-rakannya semakin kuat. Dia menarik hoodienya ke atas, meletakkan tangan ke atas meja dan melabuhkan kepalanya ‘Bising betul la’ getus hatinya lalu memejamkan mata.

Kelas Add Math pagi itu dibatalkan kerana guru-guru sedang bermesyuarat akhir untuk program esok. Kelas 5 Exora itu diam tiba-tiba bila seorang lelaki melangkah masuk ke dalam kelas. Fauzee sebagai ketua kelas memberi salam dan diikuti rakan-rakan lain.

‘Waalaikumussalam’ jawab Daniyal Hakimi yang merupakan guru Add Math juga guru kelas mereka.

Menyedari Aryanna yang masih tidak menyedari kehadirannya, Daniyal meletakkan jari telunjuknya ke bibir mengisyaratkan tanda diam kepada pelajar lain. Dia berjalan perlahan menghampiri meja Aryanna dan duduk dikerusi sebelah yang kosong. Mata Aryanna tertutup rapat namun dia tahu gadis itu tidak tidur. Pelajar lain diam menahan ketawa melihat gelagat guru mereka. Earphone Aryanna ditarik perlahan. Aryanna yang menyedari earphonenya ditarik, mengeluh keras. Matanya dibuka. Terkejut melihat gurunya disebelah, dia pantas berdiri.
‘Cikgu! Assalamualaikum! I love you!’

Pecah tawa rakan-rakannya melihat gelagat Aryanna. Daniyal yang agak kaget dengan reaksi Aryanna itu turut berdiri kemudian ketawa besar. Earphone yang ditarik dari telinga Aryanna tadi diletakkan ditelinganya. Lagu berbahasa korea kedengaran kuat. Dia segera menjauhkan earphone itu.

‘Sorry cikgu’ Aryanna tunduk.

Daniyal memberi renungan agak tajam. ‘Dunia mana awak pergi Aryanna? Kusyuk sangat dengar lagu kuat2’

‘Wangsoo Cikgu!’ jawab rakan kelas nya serentak. Aryanna menggetap gigi sambil merenung geram rakan-rakannya.

Daniyal tersenyum dan berjalan kembali ke meja guru didepan kelas sambil memberi isyarat duduk kepada pelajarnya.

Aryanna memandang kearah Damia yang paling kuat ketawa sebentar tadi. ‘You die!’ ujarnya tanpa suara.

‘Ok kelas. Saya just masuk sekejap ni nak inform kamu semua kelas selepas ni pun akan dibatalkan, kita akan buat taklimat akhir program esok selepas rehat then u all boleh balik awal untuk buat persiapan. Fauzee pastikan lepas rehat semua hadir didewan, jangan ada yang tertidur pulak ye’

‘Baik cikgu’ jawab Fauzee. Aryanna tersenyum sinis. Tahu dia diperli gurunya.Daniyal kemudian berdiri menulis sesuatu dipapan hitam. WANGSOO

‘Arrghh cikgu!!’ jerit Aryanna Delara.

‘Ok, ade 5min sebelum saya masuk meeting semula. Nak mengajar pun x cukup ni. Saya nak dengar pasal ni’ Daniyal menunjuk ke papan hitam sambil duduk disisi meja Fauzee.

‘Tu ahjussi crush Aryanna tu’ Damia menyampuk. Pelajar lain ketawa. Aryanna sudah merah muka.

‘Aryanna, kamu penyebab saya tengok Scarlet Heart. Nak jugak saya tahu apa hebat sangat Wangsoo tu sampai mukasurat buku kerja kamu ade nama dia, kamu lukis muka dia. Lagu pun dengar lagu ost die. Taste kamu macam tu ye? Mystery guy?'

Aryanna menggaru kepala yang tidak gatal. Dia lantas bangun dan berjalan ke papan hitam, memadam tulisan Daniyal. ‘Cikgu ni! Dah la gi meeting’ bentaknya perlahan.

‘Saya kalau pakai macam Wangsoo, ade rupa wangsoo tak agak2?’ soal Daniyal sambil memandang pelajar2 nya.

‘Takkk!!!’ jawab pelajar 5 Exora serentak.

‘Pastu sape yang boleh jadi Wangsoo Aryanna ni?’

‘Aiden!!’ sekali lagi mereka menjawab serentak.

‘Aiden?? Aiden Adrian?’ Mata Daniyal membulat.

Semua pelajarnya mengangguk. Aryanna menahan geram. Dia menunjukkan jam ditangannya kepada Daniyal ‘Time’s up’. Daniyal tersenyum lalu bangun dari duduknya. ‘Ok2. Jumpa lepas rehat semua’

Sebelum melangkah keluar dari pintu, Daniyal berhenti dan menoleh ke arah Aryanna. ‘Aryanna, sorry saya tak dapat nak jawab ‘I love you 2’ sebab saya dah ada ‘yoja jingu (girlfriend)’

Aryanna memejam mata, menggetap gigi lagi. Berderai lagi tawa rakan-rakannya. Daniyal tersenyum dan terus berlalu keluar.

‘Its ok Aryanna, its normal to be dumped for the first time in your life’ ujar Fauzee menepuk bahunya. Aryanna mengacah penumbuk ke muka Fauzee. Segera Fauzee menutup mukanya.

Aryanna kembali duduk ditempatnya. Damia menghampiri. 'So 991 la termasuk cikgu. Tinggal 9 lagi’ Damia menunjukkan video yang dirakamnya saat Daniyal berjalan perlahan kearah Aryanna sebentar tadi.

Aryanna menjeling Damia tajam. ‘Ishh...cikgu kan...eii..’

‘Yang kau pun pegi I love you kat dia depan semua buat ape?’

‘Aku terkejut doo’

‘Okla tu jimat 1. Nasib baik aku sengaja nak rakam masa cikgu kejutkan kau tadi. Tak sangka keluar I love you 991...aduhh lawak’

Aryanna merengus. ‘Aku habis kan je la 9 tu sekarang’

Aryanna bangun dan bersuara ‘Guys, who not receive my love lagi? Put your hand up’

Semua rakan lelakinya memandang Aryanna. Masing-masing menggelengkan kepala melihat perilaku gadis itu. Jika ada anugerah pelajar paling tidak normal disekolah itu, pasti Aryanna Delara lah pemenangnya.

‘Ooo tak de dah ye. Ok chill!’ dia mengeluh dan kembali duduk.

‘Kau memang dah tak waras ye? Dah lupa. Diaorg ni mangsa pertama kau. Kau suruh diaorg beratur. Kau cek balik video kau’

Aryanna tersengih memandang Damia. Telegon bimbitnya di scroll mencari memori beberapa bulan lalu. Dia berhenti disatu video. Memori itu menerjah kembali. Rakan-rakan lelaki 5 Exora berbaris seramai 12 orang. Damia yang merekod video ketika itu.

‘What the hack Aryanna. Apehal nak beratur2 ni?’ wajah Fauzee muncul dalam video itu. Fauzee berbaris yang paling hadapan.

‘I love you’ ujar Aryanna Delara.

‘What??’ Fauzee terkejut.

‘Arhh...tak yah terkejut sangat. Jalan lar’ Aryanna menolak Fauzee keluar dari barisan. Fauzee terpinga2. Aryanna ulang ayat yang sama kepada semua rakan lelaki kelasnya yang berbaris. Kesemua mereka turut terpinga-pinga.

'Thank you guys. Love you all' Aryanna tersengih sambil menunjukkan minilove dengan jarinya. Rakan2 lelaki sekelasnya bercakap sesama sendiri 'Gila dah dia ni'

Mengenangkan peristiwa itu, Aryanna ketawa. Damia menunjal kepalanya. ‘Seronok ke kau?’

Tawa Aryanna bertukar keluhan apabila wajah Aiden Adrian yang menjadi punca semua itu muncul difikirannya. Earphone kembali diletakkan ditelinga. Kembali merebahkan kepala ke meja.

Damia turut mengeluh perlahan. 4 bulan lalu, Aryanna Delara tiba-tiba mula melukis potret Aiden Adrian. Dia tahu Aryanna menyukai Aiden Adrian. Namun sebelum itu, Aryanna seperti biasa gadis yang ceria, penuh gelak tawa. Sering menyebut Aiden Adrien adalah cinta pertamanya bila mereka sering bergurau ketika melihat drama korea dan bergurau mengenai cheossarang (cinta pertama). Namun Aryanna tidak pernah melukis potret jejaka itu.

‘Kenape Aiden Cheossarang kau?’

‘Ermmm...sebab aku dah janji’

‘Hehh?? Janji?’

Damia masih ingat wajah Aryanna ketika itu. Aryanna tersenyum dengan wajah ceria sambil mengangguk kepala.

‘Kan aku cakap masa Aiden selamatkan aku dulu, kitaorang janji nanti kitaorang takkan tinggalkan satu sama lain sampai bila2 maknanye aku kena kahwin dengan dia la kan’

Damia ketawa besar ‘Yarrghh...itu masa umur kita 10 tahun, girl. Yang kau hampir nak lemas masa kau lari merajuk waktu kita camping. Tu pun sebab baju frozen pink abah bagi kat aku. Weyyy....lawak la. Tu masa kecik doo. Aduhai bodoh jugak kawan aku ni. Belajar pandai, bab ni tiber bodoh’

Aryanna menepuk kuat belakang Damia. Geram diketawakan. ‘Ikut suka aku la. Dah itu je yang aku ingat’

‘Aku tahu la kau macam tomboy. Susah nak suka budak lelaki. Macam2 syarat kau. Yang handsome pun kau tolak. Tapi jangan la bagi reason ni weii. Desperate sangat weii bunyi die’

‘Diam Damia Alisya. Idiot!’

‘Kau jangan cakap ngan aku korang buat pinky promise’ Damia buat muka curiga sambil menunjukkan jari kelingkingnya.

Aryanna diam dan memandang Damia lemah seakan membenarkan kenyataan Damia.

‘Yarghhh...giler bodoh kawan aku ni’ ketawa Damia makin besar sehingga berair matanya. Aryanna headlock Damia. Tapi tawa Damia semakin menjadi.

Namun kini Damia sudah tidak mampu gelak tawa lagi mengenai perkara itu bila Aryanna mula melukis potret Aiden Adrian dan mula diikuti tangis teresak hingga bagai hilang nafas. Dan Aryanna akan tertidur dalam tangisan hingga pagi. Namun keesokannya, Aryanna akan bangun seperti biasa dengan kebiasaannya yanh ceria dan penuh tawa. Setelah beberapa kali melihat keadaan pelik Aryanna, Damia mencadangkan Aryanna memberitahu tentang perasaannya kepada Aiden. Mengharapkan Aryanna akan lebih tenang.

Pertemuan Aryanna Delara dan Aiden Adrien petang itu masih segar dalam ingatan Damia. Puas dipaksa Aryanna untuk berjumpa Aiden.

Petang itu mereka menanti Aiden selesai berlatih bola dipadang. Damia mundar mandir dibawah pokok yang sering menjadi tempat dia melepak sambil menemani Aryanna berlatih bola jaring.

‘Kau ni dah kenapa, berpusing2 pening kepala aku. Duduk boleh tak? Kau yang nervous kenapa, aku tak de ape pun’ Aryanna menarik tangan Damia untuk duduk.

‘Aku risau la’ ujar Damia berwajah runsing.

‘Risau ape. Aku dah la penat ni habis training. Bukan aku nak pergi perang pun. Kau yang paksa2 aku jumpa Aiden kan. Aku tak yah jumpa pun x pe la. Kau dengan teori confession kau tu serabut aku‘

‘Yela. Aku ni yang tengok kau macam angau sangat. Sekarang kau rilek lar, kang nk malam je nangis tibe2. Confess je la. Tu je bleh buat kau ok. Kau nak nangis2 lagi ke. Aku rindu dia la sampai tetido’

‘Yargghh...tu kejap je kan. Aku pun tak tahu kenapa. Aku ok je kan pas tu’

‘Tak de. Kau kene sumpah ni’

‘Sumpah apenye!’

‘Sumpah pinky promise’

‘Bodoh!!’ ditunjal kepala Damia. Damia ketawa.

Dari jauh kelihatan Aiden berjalan menuju ke arah mereka. Damia menepuk2 peha Aryanna. Serabut melihat reaksi Damia, Aryanna menunjal kepala sahabatnya itu ‘Duk diam la Cik Damia’

Aryanna bangun dari duduknya. Berjalan menghampiri Aiden. Aiden tersenyum melihatnya. Bola ditangan dibaling ke arah Aryanna. Aryanna menangkap bola itu dan diletakkan ke sisi.

‘Hahh...Aryan, kenapa nak jumpa. Nape tak join main bola. Selalu kau menyelit je masuk’

‘Aku busy training. Nak pergi peringkat negeri ni. Kau ingat aku ada masa ke nak join korang’

‘Ye ke? Ke malu dengan aku?’ usik Aiden Adrian.

Aryanna senyum sinis ‘Aku suka level confident kau tu. Confident level perasan’

Aiden Adrian ketawa. ‘So ade ape nak jumpa ni? Nak bagitahu kau dah jatuh hati kat aku ke?’ Aiden sengaja terus mengusik.

‘Yup. Aku rasa aku suka kat kau. Mungkin dari kecik sampai sekarang. So aku just nak bagitahu tu’ tenang suaranya saat melafazkan barisan ayat itu dengan wajah bersahaja. Sesekali dia menoleh ke arah Damia.

Damia menepuk2 dahinya mendengar kata-kata Aryanna. ‘Ape??’ soal Aryanna tanpa suara sambil mengangkat dagu. Damia memejam mata seketika rambutnya ditarik2 ‘Stress aku budak ni’ bisiknya sendiri.

Aiden yang mendengar luahan Aryanna itu kaku, menelan liur. Tidak menyangka kata2 gurauannya tadi benar. Dia bagai tidak sangka ayat itu keluar dari mulut Aryanna Delara, gadis yang menjadi pematah hati teman-temannya. Aryanna Delara bukan gadis biasa, dia tomboy, pakaiannya hanya hoodie, ripped jeans dan sneakers. Tingkah bukan seperti gadis lain yang ayu dan manja. Namun gadis cantik itu menjadi bualan teman-temannya. Betapa susah memenangi hati Aryanna Delara, begitulah dakwaan teman-temannya. Malah ada yang merasakan gadis tomboy itu lesbian. Aiden memandang tepat ke mata Aryanna. Mata hazel itu berkaca namun Aiden gagal mencari perasaan sebenar gadis itu.

‘Kau prank aku ke’ soal Aiden gugup.

‘Prank ape plak. Aku mana ade masa nak buat semua tu’ balas Aryanna serius.

Aiden masih mencari perasaan sebenar Aryanna diwajah gadis itu namun tetap gagal. ‘Sejak kecik tu dari bila?’

‘7 tahun lepas. Masa kau selamatkan aku. Kau cheossarang aku la kot’

Aiden terundur setapak ke belakang mendengar jawapan Aryanna ‘Hahh?? Kot?? Cheo..choe ape?

‘Yela...cheossarang. First love?!’ Aryanna mengangkat keningnya.

‘First Love?? Woww...Masa aku selamatkan kau?? Masa umur 10 tahun? Woww...kecik betul tu. So maksudnya selama ni kau tolak semua budak lelaki tu sebab kau suka aku?’ Aiden menunding jari ke arah diri sendiri masih gagal menyembunyikan wajah terkejutnya.

‘May be’ Aryanna jawab pendek.

Damia menepuk dahinya lagi. Kepalanya terasa berpusing melihat perilaku Aryanna ‘Ape kau buat Aryan. Kau confess ke kau baca skrip ke kau nak cari gaduh’ keluhnya dalam hati.

‘May be...may be eh...ok...may be. Ermm bila aku selamatkan kau? Aku tak ingat’ Aiden Adrien menggaru kepalanya, cuba mengingati memori itu.

‘Tak ingat tak pe. Aku tahu otak budak lelaki memang slow skit. So memori tu kau download balik nanti2 la’ Aryanna Delara mengembalikan bola dipegangnya kepada Aiden yang masih seakan-akan tidak memahami situasi ketika itu.

‘Hahh...ok. aku download kemudian so ni kira kau confess la’ soal Aiden minta kepastian.

Aryanna mengangguk ‘Lebih kurang la.....kot’

Aiden ketawa kecil ‘Kot lagi! So kau nak aku buat ape? Balas la ni?’

‘Better la kan?’ soal Aryanna semula.

‘Kdrama kau memang ajar kau cara confess macam ni ke?’ usik Aiden Adrien.

‘Aishhh...apehal kdrama plak masuk dalam isu ni?’ Aryanna menarik hoodienya ke belakang. Getah rambut dilengannya di tarik, rambut lurusnya yang dibiar lepas tadi di ikat. Aiden tersenyum dan mengalihkan pandangan ke rumput ‘Cantik’ bisiknya perlahan.

‘Ape?’

‘Tak de ape. So Wangsoo yang kau maksudkan tu...aku la?’

‘Hehh??’ Aryanna buat muka pelik

‘Yela selama ni aku dengar bila ade yang confess kat kau...kau reject sbb reason kau dah ade Wangsoo. So Wangsoo tu aku ke?’ Aiden menutup sebelah wajahnya seakan meniru watak Lee Jong Gi dalam Scarlet Heart.

Aryanna mengeluh ‘Aishh...apesal Wangsoo plak ni. He is in another world. Jauh sangat kau buat comparison tu. Kalau dia wujud, tak de nye aku nak suka kau’

Aiden bagai tersedak mendengar jawapan Aryanna. ‘Wahhh...jujur kau ni memang tak boleh brain. Aku tak tahu kau ade side ni Aryanna’

‘Cepat la jawab. Aku nak balik ni’ desak Aryanna.

‘Ok.....so Ibarat Wangsoo terpisah mungkin 1000 tahun dari dunia kau kan. Kau kene buktikan kat aku yang aku memang...cheo..cheo...arhh...first love kau setanding Wangsoo’

‘Kau buat lawak ke? Nak suh aku buat ape doo?’ Aryanna merenung tajam Aiden.

‘Say 1000 I love you’

‘What? 1000? Kat kau?’

‘Bukan’

‘Pastu?’

‘Kat 1000 lelaki’

‘What?? Giler ke?’

‘Pastu baru aku balas confess kau’

‘Giler ke? Tak nak aku!’

Damia segera berlari ke arah Aryanna dan Aiden. Bahu Aryanna dipaut.

‘Ok deal’ ucap Damia

‘Yarghh!!’ jerit Aryanna ke telinga Damia. Damia menepuk2 bahunya minta bertenang ‘Rileks. Kau diam je’ bisiknya.

‘Ok, Aiden, Deal!’ Damia menunjukkan isyarat ok kepada Aiden.

‘Bagi hp kau’ Aiden menghulurkan tangannya.

Damia mengambil telefon Aryanna dari poketnya dan menyerahkan kepada Aiden. Aiden menekan sesuatu dan mengembalikan hp kembali kepada Aryanna.

‘Aku dah save no aku. 1000 I love you tu, kau rakam dan hantar video kat aku’ Aiden mengangkat kening, tersenyum dan terus berlalu meninggalkan Aryanna dan Damia terpinga-pinga.

Aryanna memandang Damia ‘Kau punya pasal la ni’

‘Sorry chingu’ Damia merapatkan kedua kedua telapak tangannya dan menggosok2 tanda memohon maaf.

Aryanna membelek telefon bimbit nya. Melihat no yang disimpan Aiden. Tertera di screen ‘Your 1001’. Dia menggetap giginya. ‘Yarghhh Aiden!!’ jeritnya kuat menoleh kearah Aiden yang sedang meninggalkan mereka. Aiden buat tidak dengar, senyumnya meleret dipipi. ‘She is something...what should i say...pretty weird? No..no..weird yet pretty’ Aiden menangguk kan kepala membenarkan kata-katanya sendiri.

~rindu itu sebahagian dari bahagia namun seringkali menyakitkan~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience