Bab 34 : Tidur Yang Lena

Fantasy Completed 1367

Damiya menangis teresak2 tanpa henti. Haris memeluk anaknya itu erat. Daim sudah dibasahi airmata, begitu juga Daniyal, tangan ayahnya digenggam erat. Mereka menanti diluar bilik bedah dengan seribu resah. Debaran didada saat itu hanya tuhan yang tahu.

Aiden terduduk di tepi dinding memeluk lutut. Kepalanya tersandar kebelakang. Matanya terpejam rapat. Airmatanya mengalir. Kejadian tadi bagai terulang2 didalam mindanya. Aryanna menolak dia ke tepi untuk menyelamatkan. Darah merah mengalir dari tubuh gadis itu. Bergetar tubuhnya mengingati perkara itu. Entah ke berapa kali orang lain berkorban untuk nyawanya. 'Aku yang sepatutnya berada ditempat kau sekarang, Aryanna' bisiknya sendiri.

Amelia berlari mendapatkan abangnya bila melihat keadaan Aiden Adrien itu. Dipeluk tubuh abangnya erat. Aiden menangis semahu-mahunya. Sarah turut memeluknya. Aidil menghampiri Daim, Damiya dan Haris. Bersalaman kemudian duduk disisi mereka. Suasana pilu itu turut meruntun hatinya. Dia membiarkan sahaja isterinya, Sarah dan Amelia memujuk Aiden.

Setelah hampir 4 jam mereka menunggu, akhirnya doktor keluar dari bilik pembedahan. Mereka segera bangun dan mendapatkan doktor itu.

'En Daim?' soal doktor itu kepada Daim Anding.

'Ya, doktor. Saya ayah Aryanna' jawab Daim.

'Kami sudah cuba merawat Cik Aryanna. Lukanya agak parah. Dia kehilangan banyak darah. Buat masa ini apa yang saya mampu maklumkan, Cik Aryanna sudah berjaya melepasi tahap bahaya. Tapi Cik Aryanna dalam keadaan koma sekarang. Berdoalah semoga Cik Aryanna kembali sedar. Polis akan mengambil keterangan dari En Daim nanti. Kami akan menghantar laporan perubatan kepada mereka' terang doktor yang bertugas itu.

Damiya terjelepuk ke lantai. Dan kembali menangis. Haris memujuk anaknya agar lebih kuat dan sabar. Daim hanya mampu berpaut pada bahu Daniyal.

'Ini semua salah Aiden' ujar Aiden dengan wajah penuh kesal.

'Jangan salahkan diri, Aiden. Kita semua kena kuat. Kene banyak berdoa agar Aryanna sedar dari komanya' Daim memeluk Aiden. Dia mahu mereka semua kuat demi kesembuhan Aryanna.

***

Kepalanya terasa berat. Dia membuka kelopak matanya lalu memegang perutnya yang terasa sakit. Dia cuba untuk duduk. Bajunya diangkat dan memeriksa perutnya, dia hairan tiada kesan luka. Seketika dia memerhatikan sekeliling bilik itu. Seperti sebuah bilik rumah kampung dan seakan pernah berada disitu.

Seorang gadis muncul dari pintu bilik. Dan memandang ke arahnya. 'Abang Dahin! Kak Aryanna dah bangun!' jerit gadis itu dan berlari keluar dari bilik.

Aryanna bangun lalu berjalan keluar dari bilik itu. Badannya yang lemah membuatkan dia hampir rebah. Dahin Haiyan yang baru masuk ke rumah bergegas memapahnya.

'Kenapa kau bangun? Kau masih lemah lagi' rungut Dahin.

'Aku kat mana, Dahin?' soal Aryanna.

'Rumah aku' jawab Dahin. Aryanna didudukkan di kerusi kayu diruang tamu rumahnya.

'Daffa? Mana Daffa?' soalnya lagi.

'Dia ok je. Dia keluar dengan Walid sekejap cari ubat untuk kau' balas Dahin.

'Aiden? Dia ok tak, Dahin? Aku risau Aiden' soal Aryanna.

'Aiden ok, dia cedera sikit je. Kau ni banyak risaukan orang lain, Kau tengok diri kau dulu!' getus Dahin.

'Macamana aku ada kat sini?' soal Aryanna lagi, masih banyak yang ingin ditanya.

'Aryanna jangan banyak bercakap, Nanti makin lemah. Jangan risau, Walid yang bawa Aryanna kesini' Abiyah yang muncul dari dapur mencelah. Ditangannya ditatang dulang berisi mangkuk makanan dan segelas air.

Aryanna menoleh. Abiyah, ibu Dahin dan Daffa itu tersenyum memandangnya. 'Makcik' Aryanna menghulurkan salam. Abiyah menyambutnya. 'Panggil ibu je'

'Dhia Ayasha?' soal Aryanna kepada gadis disebelah Abiyah.

Dhia Ayasha angguk. Lalu duduk disebelah Aryanna. 'Kak Aryanna, makanlah ni, Ayasha masak bubur nasi untuk akak'

'Sedap ke Ayasha masak? Abang risau keracunan je Aryanna nanti' Dahin mencebik.

Dhia Ayasha menjeling Dahin tajam. 'Sibuk je, dah la pergi la kat sana. Ayasha dengan ibu boleh jaga Kak Aryanna. Pergi...pergi' Ayasha menarik tangan Dahin menyuruhnya keluar.

'Ishhh...dia ni!' Dahin bangun namun sempat dia menolak kepala adiknya itu.

'Ehh...jangan bertekak depan Aryanna. Malu ibu' tutur Abiyah.

'Tak pa, Ibu. Saya dengan abang saya pun selalu macam ni' celah Aryanna sambil tersenyum.

'Kak Aryanna jangan layan abang Dahin. Ayasha suap makan ye?' Dhia Ayasha menyudu bubur didalam mangkuk dan menyuap ke mulut Aryanna.

'Sedapnye Ayasha masak. Pandainya. Akak pun tak pandai masak, Ayasha' ujar Aryanna berbahasa.

Dahin yang duduk di muka pintu membuat mimik muka. 'Kau jangan puji dia lebih2 nanti tiap2 hari dia masakkan kau bubur yang sama'

'Dahinnn...' lembut suara Abiyah menegur.

'Padan muka' Ayasha mencebik.

'Aryanna makan la dulu ye, ibu nak masuk ke dapur' ujar Abiyah.

'Baik, ibu. Terima kasih' balas Aryanna.

Habis bubur didalam mangkuk itu disuap Ayasha kepadanya. Ayasha dengan wajah gembira bangun lalu membawa pinggan dan cawan yang sudah kosong ke dapur.

Aryanna bangun lalu menjengah ke luar rumah. 'Dahin, aku nak duduk disitu' pinta Aryanna sambil menunjukkan pangkin kayu dihalaman rumah.

'Ok tapi baik2 turun tangga' jawab Dahin. Dia mengekori dari belakang akan Aryanna yang perlahan menuruni tangga dan berjalan ke pangkin tempat dia dan Daffa selalu duduk.

'Aku masih ingat masa kecil aku bermain dengan Ayasha dihalaman rumah ni' ujar Aryanna.

'Ya. Masa kau lemas dulu' balas Dahin.

'Tenangnya disini, Dahin'

'Inilah kampung kami. Kami tak suka kemodenan. Alam semulajadi ni lebih berharga buat kami'

'Betul' Aryanna menutup matanya. Fokusnya diberikan kepada udara segar yang dihirup, pada angin pagi yang bertiup lembut. Bunyi unggas2 kecil yang bagai bernyanyi. Lama dia duduk begitu. Berada dalam kedamaian begitu sudah lama dia impikan.

'Aku tak bermimpi kan, Dahin?' soalnya.

'Ermmm...tak!'

Suara yang menjawab itu menyentak hatinya. Perlahan dia membuka mata, wajah Daffa Haiyan betul2 dekat didepan matanya. Lelaki itu tersenyum. Jantungnya berdegup laju. Cepat2 dia menolak kepala lelaki itu. Daffa Haiyan tertawa. Dahin mengeluh kecil.

'Daffa Haiyan...jaga adab tu' tegur Habib.

'Baik, Walid' jawab Daffa Haiyan perlahan.

'Padan muka' bisik Dahin. Daffa Haiyan mencebik.

'Aryanna dah rasa sihat sikit?' soal Habib sambil memegang ubun kepala Aryanna.

'Dah ok sikit, Walid' jawab Aryanna.

'Uishh...belum apa2 dah panggil Walid. Risau ni' usik Daffa Haiyan.

'Daffa Haiyan!' jerkah Habib lagi.

Daffa Haiyan tersengih 'Sorry, Walid. Gurau je'

'Dah, kamu tolong Walid. Walid nak siapkan ubat untuk Aryanna'

'Ala...Walid, Dahin la pulak. Daffa nak berbual dengan Aryanna sekejap' pujuk Daffa.

'Hah..Dahin. Mari' tutur Habib. 'Kamu jangan banyak kacau Aryanna, Daffa!'

'Ok sir!' jawab Daffa.

'Budak ni..' Habib mengetuk kepala anak sulungnya itu sebelum berlalu pergi. Daffa tertawa sambil menggosok kepalanya.

Dahin menunjukkan ibu jari kepada Daffa. 'Perangai macam budak2'

Aryanna hanya tersenyum melihat telatah anak beranak itu. Tiba2 rasa rindu pada abah, papa, Damiya dan Daniyal menerpa.

'Walid dah bagitahu family kau. Jangan la risau. Kau sihat nanti, dah boleh balik' ujar Daffa mengerti keresahan diwajah Aryanna.

'Walid bawa aku ke sini macam kau bawa Aiden dulu ke?' soal Aryanna.

'Hrmmm...lebih kurang macam tu la. Tapi kau luarbiasa sikit' jawab Daffa Haiyan.

'Apa yang luarbiasa?' soal Aryanna hairan.

'Luarbiasa di hati dan jiwa aku' balas Daffa Haiyan tersenyum.

'Walid!!!!' jerit Aryanna. Pura2 mahu mengadu pada Habib.

'Ok2. Kau ni..' wajah Daffa Haiyan seakan merajuk.

Aryanna tertawa kecil. 'Aku rindu kau, Daffa Haiyan' ucapnya perlahan.

Daffa Haiyan menoleh, melihat Aryanna yang memandangnya. Wajah gadis itu pucat dan lemah. Rasa bersalah menular ke dalam diri.

'Aku rindu kau, Aryanna. Maafkan aku apa aku dah buat pada kau' ujar Daffa perlahan lalu tunduk memandang tanah.

'Aku tak kesal apa aku buat, Daffa. Aku happy kau dah balik pada family kau. Kau betul2 dah pulih kan?' soal Aryanna.

Daffa Haiyan tidak menjawab. Dia sekadar mengangguk.

'Aku disini realiti atau mimpi?' soal Aryanna lagi. Dia dapat merasakan bahawa semua itu bukan realiti. Tiada lansung kesan luka ditubuhnya. Namun rasa sakit yang dirasakan jelas bukan mimpi.

'Antara mimpi dan realiti' jawab Daffa Haiyan, dia tidak mahu menyembunyikan perkara itu dari Aryanna.

'Maksud kau?' Aryanna menuntut penjelasan lanjut.

'Maafkan aku, Aryanna. Kau koma sekarang, Aryanna. Walid bawa jiwa kau ke sini. Walid akan rawat kau sehingga jiwa kau kembali kuat dan kau bersedia untuk balik ke alam kau' terang Daffa Haiyan.

Aryanna Delara diam seketika. Dia cuba menahan airmatanya dari gugur. Dia tidak mahu Daffa Haiyan dihuni rasa bersalah yang berterusan.

'Ok' jawab Aryanna pendek. Menarik nafas dalam dan tersenyum.

'Ok? Ok je? Kau tak ada rasa marah kat aku?' soal Daffa Haiyan.

Aryanna geleng. 'Kenapa aku nak marah kau. Aku anggap ini takdir aku. Sekurang2nya aku dapat jumpa kau. Cuma aku ada rasa sesuatu'

'Kau rasa apa? Sakit kau makin teruk?' soal Daffa Haiyan cemas.

'Aku rasa aku sayang kau, Daffa Haiyan' balas Aryanna.

'Walid!!!!' jerit Daffa Haiyan. Mereka kemudian sama2 tertawa.

'Apa yang dibual kan budak berdua tu?' soal Abiyah memandang ke arah Aryanna dan Daffa yang asyik berbual dan sesekali tertawa.

'Biar je, Ibu. Dua2 tu gila. Memang padan la tu!' sampuk Dahin Haiyan.

Habib menepuk kuat peha Dahin Haiyan. 'Ibu tanya walid, dia pulak yang jawab. Bahasa tu jaga, Dahin'

'Sorry...eh..maaf Walid' ujar Dahin perlahan.

'Duduk kat alam manusia alam sangat macam tu la jadinya' usik Ayasha.

'Lama saya tak tengok Daffa macam tu' tutur Abiyah.

'Hrmmm' Habib mengiyakan.

'Aryanna akan pulih ke, Walid?' soal Dahin. Dia risaukan gadis itu.

'Dia jauh lebih kuat dari kamu sangka, Dahin. Dia akan sihat dan akan balik ke alam dia' jawab Habib tenang.

'Daffa macamana Walid? Hijazi dan Uzza?' soal Dahin lagi.

'Daffa kamu jangan risau. Dia lebih tahu apa dia perlu buat. Kamu tu, belajar betul2 dengan Daffa. Jangan leka dan ingat abang kamu tu akan jaga kamu sentiasa. Kamu kena bersedia apa sekalipun, Dahin'

'Baik, Walid' Dahin akur. Apa yang terjadi pada Aryanna baru2 ni benar2 merentap jiwanya. Dia gagal melindungi gadis itu.

'Hijazi dan Uzza akan datang cari kau lagi ke Daffa?' soal Aryanna. Persoalan itu sudah berlegar2 difikirannya sejak tadi.

'Mungkin. Mungkin tidak. Kau tak perlu fikir semua tu. Aku dan Walid akan uruskan. Kau fokus kesihatan kau je, Aryanna' balas Daffa Haiyan.

Perbualan mereka terhenti seketika. Bunyi ngauman harimau begitu kuat kedengaran. Aryanna memandang ke arah pinggir hutan berhampiran. Seekor harimau putih besar muncul dari situ.

'Wangsoo!!!' Aryanna bangun lalu berlari ke arah harimau putih yang juga turut berlari ke arahnya. Dia lupa seketika akan sakitnya.

Wangsoo menundukkan kepalanya kepada Aryanna. Aryanna turut merebahkan kepalanya. Mereka bagai membaca fikiran satu sama lain. 'Aku rindu kau, Wangsoo. Maaf aku tinggalkan kau' ucap Aryanna menggosok2 kepala haiwan itu.

Habib turun dari beranda rumah bila melihat Aryanna berjalan bersama seekor harimau putih kearahnya.

'Puteh!' Habib bersuara. Harimau putih itu tunduk seperti tanda hormat kepada Habib.

'Jauh perjalanan kamu, Puteh. Beratus tahun baru kamu mahu pulang ke sini' ujar Habib membelai kepala harimau putih itu.

'Aryanna dah tukar nama dia, Walid. Wangsoo dia panggil. Obsess dengan hero pakai topeng tu!' celah Dahin.

'Obsess? Oushhh!!' Aryanna mengangkat tangannya mahu memukul Dahin namun menghentikan perbuatannya. Terlupa seketika dimana dia berada. Dia kemudian terkebil2 memandang Habib dan Abiyah silih berganti.

'Tahu takut. Pukul la...pukul. Buat la perangai gila dan degil kau tu kat sini. Nape nak kontrol ayu pulak!' cabar Dahin.

Aryanna menggetap giginya. 'Idi...'

'Cakap la. Idiot...bodoh...giler. Lagi? lagi? Biar Walid tahu perangai kau tu!' tambah Dahin lagi.

'Oushh!!!' Aryanna gagal menahan geram. Dicapai ranting kayu ditanah. Dahin kelam kabut lari sambil tertawa. Aryanna mengejarnya sambil menghayun2kan ranting kayu ke arah Dahin.

'Ibu...' Daffa Haiyan melabuhkan kepalanya ke bahu Abiyah.

'Kenapa?' soal Abiyah memandang anak sulungnya itu.

'Jealous la macam ni. Tengok la Dahin dan Aryanna tu' jawab Daffa Haiyan dengan suara manja.

Habib pantas menunjal kepala Daffa Haiyan. 'Perangai tu!'

Daffa Haiyan ketawa 'Walid ni serius sangat la. Gurau je'

'Ayasha tengok Kak Aryanna dengan abang Dahin dah macam Abang Daffa dengan Abang Dahin. Bergaduh, baik, bergaduh, baik' komen Ayasha pula.

'Dahin! Aryanna! Sudah tu, kamu tu masih sakit, Aryanna!' panggil Habib.

Aryanna Delara mencampakkan ranting kayu ke tanah. 'Ishhh!!' bentaknya. Dahin mencebik. Mereka berjalan kembali kearah Habib. Namun masih saling tolak menolak.

'Aryanna, pergi naik mandi. Nanti sebelum makan tengahari, Walid nak ubatkan kamu' Habib mengusap kepalanya lembut.

'Baik, Walid' balas Aryanna. Dia melambai2 ke arah Wangsoo sebelum mengikuti langkah Abiyah dan Ayasha naik ke atas rumah.

'Kenapa kamu layan Aryanna tu macam budak lelaki, Dahin. Dia tu perempuan. Tak baik buat macam tu' Habib memberi nasihat kepada anaknya.

'Perempuan? Ermmm...Walid tak tengok perangai dia. Lelaki pun tak macam tu. Budak ni je yang nampak Aryanna macam perempuan' jawab Dahin sambil menolak kepala Daffa Haiyan.

'Ehh...kenapa nak marah aku pulak?' Daffa Haiyan membetulkan rambutnya.

'Kamu berdua ni, tak jumpa rindu menangis. Dah jumpa bertekak je!' rungut Habib.

'Maaf, Walid' jawab Daffa dan Dahin hampir serentak.

'Kalau keadaan Aryanna sudah sedikit kuat, kamu perlu tunjuk ajar Aryanna dan Dahin. Puteh juga ada disini, Aryanna kena terima takdir dia' ujar Habib.

'Wangsoo...wangsoo nama dia, Walid' celah Dahin.

'Menyampuk je dia ni!' Daffa menyinggung pinggang Dahin.

'Ye. Wangsoo. Puas hati kamu? Siapa yang obsess ni? Aryanna ke kamu?' soal Habib dengan nada bergurau.

Dahin menggigit bibir. Daffa Haiyan ketawa terbahak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience