Damiya menyikat rambut Aryanna kemas setelah selesai membersihkan tubuh Aryanna. Dia menekan butang disisi katil, meninggikan sedikit kedudukan Aryanna.
'Sampai bila kau nak tidur, Aryanna? Bangunlah, dah dekat sebulan Kau macam ni. Kau tahu tak aku ambik semester break semata2 untuk kau. Bangunlah. Kau tengok aku order banyak barang untuk kau kat tiktok. Hari tu kau kata nak kita sama2 belajar pakai tudung kan? Aku dah beli banyak. Semua warna aku dah beli' Damiya menahan sesak didada sambil menunjukkan handphonenya kepada Aryanna meski mata gadis itu terpejam rapat.
'Ooo sekejap ye. Aku ada beli kan kau dress, mesti cantik kau pakai' Damiya membuka pintu almari kecil disisi katil dan mengeluarkan dress berlengan panjang dan labuh, berwarna peach dan berbunga putih kecil. Dileher baju itu terdapat ikatan riben dan sedikit lace beropol didada.
'Cantikkan? Nanti kau bangun, kau tukar baju ni. Color baju hospital ni tak sesuai untuk kau' airmatanya gugur juga. Haris bangun dan mendapatkan anaknya itu. Membawa Damiya duduk di sofa dan memeluknya erat. Daim mengusap kepala Damiya. 'Sabarlah. Habib kata beberapa hari saja lagi. InshaAllah. Kita sama2 terus berdoa' bisik Daim padanya.
Daniyal dan Dahlia yang turut ada didalam bilik itu hanya diam. Begitu juga Aidil, Sarah dan Amelia. Wajah mereka semua sugul.
Aiden yang duduk disisi katil Aryanna mencapai guitarnya. Suasana hiba itu tidak mahu dibiarkan berlanjutan.
'Heyy Aryanna..Si Pencuri' ucapnya mula memetik guitarnya.
~Jangan tinggalkan auramu di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi-mimpikan kita
Jangan biarkan wangianmu mohon memahami
Ia melekat di hidung yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku
Kan kucuri hatimu
Menyamun senyummu
Kan kuculik cintamu, wo-wo
Macam kularikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi, kau simpan hatiku
Dari darjah satu, darjah satu
Jangan senyum bila di depanku, fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga bila kau tertawa
Pa-pa-pa-ram, pam
Pa-pa-pa-pa-ram
Pa-pa-pa-pa, pa-pam
Mmm, uh-uh-uh
Pam-pa-pam, pa-pam, pa-pam
Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji tuk sehidup semati, yeah
Kan kucuri hatimu
Menyamun senyummu
Kan kuculik cintamu, wo-wo
Macam kularikan lirikmu
Kau, kau, kau, kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi, kau simpan hatiku
Dari darjah satu, darjah satu
Dari darjah satu, aku suka kamu (uh)~
Damiya yang tadi menangis tiba2 tertawa mendengar lagu Mark Adam, Pencuri yang dinyanyikan Aiden Adrien.
'Kau giler heh??' soal Damiya bila selesai Aiden menyanyi.
'Kenapa?' soal Aiden hairan.
'Agak2 la dari darjah satu' balas Damiya.
'Betul la!' jawab Aiden.
'Heyyy...no way!' Damiya tidak percaya.
'Betul la Kak Damiya!' celah Amelia.
'Hehh???' mata Damiya terbeliak. 'Habis tu kau buat apa selama ni?'
Mereka yang lain tertawa melihat reaksi Damiya.
'Pastu takkan masa darjah 1 kau suruh aku confess plak. Agak2 lar' balas Aiden Adrien.
'No. I means its 13years punya crush??' soal Damiya lagi.
'Ye. So?' Aiden Adrien memandang Damiya dengan wajah tidak puas hati dengan reaksi sahabat baik Aryanna itu.
'Loser!!' balas Damiya.
'Aryanna kau tengok kawan kau ni. Merendahkan aku. Aku dah tunggu kau 13 tahun ni, Aryanna so please wake up and.....' tutur Aiden kemudian sambung menyanyi.
~Ku tulis namamu di pintu
Ku ukir namamu di atas jalanan
Meskipun kita berbeza
Ada sesuatu yang perlu ku jelaskan
I love you
I love you oh
Ku mencintaimu
Marry me
Marry me oh
Sudikah kau menjadi isteri~
'Wake up and marry me, Aryanna' ucap Aiden pada petikan akhir guitarnya.
'Weyy...along. Giler ke? Depan family Kak Aryanna buat macam tu?' soal Amelia menggigit bibirnya.
'Aiden!' panggil Sarah. Merah mukanya menahan malu.
'Maaflah, En Daim dengan perangai Aiden' tokok Aidil. Ada2 saja perangai anak sulungnya itu.
'Tak apa la. Lama sangat dah simpan perasan tu. 13 tahun. So saya nak kena terima lamaran kena macamana ni?' jawab Daim berseloroh.
Serentak mereka semua tertawa. Kecuali Daniyal yang mengecilkan matanya memandang Aiden. 'You're dead!' ucapnya tanpa suara.
Aiden mencebik. Dia sudah tidak termakan dengan ugutan abang Aryanna itu. Hampir setiap hari Daniyal akan memandangnya begitu setiap kali dia menyanyi untuk Aryanna. Tapi dia tidak peduli, dia mahu meluahkan semua isihatinya pada Aryanna melalui lagu setiap hari sehingga gadis itu bangun. Dia sudah bersedia. Ibarat kata orang musuh paling sukar untuk ditawan adalah abang kepada wanita yang kita cintai. Dia juga kelak akan jadi seperti Daniyal untuk adiknya, Amelia. Dia tertawa sendiri.
***
Aryanna menggeleng kepala. 'Idiot!'
'Kau fikir apa? Siapa idiot?' sapa Dahin
'Tak ada apa' jawab Aryanna.
'Aiden??' soal Dahin menduga.
'Hrmmm'
'Dia nyanyi apa pulak hari ni?' soal Dahin lagi. Aryanna selalu bercerita padanya tentang keadaan keluarganya dan Aiden dari suara mereka yang didengarinya.
'Entah la dia. Tak betul dah tu'
'Dia rindu kau la tu'
'Ermm...hari ni aku dengar suara semua. Semua ada dengan aku hari ini' Aryanna cuba ubah topik. Dia tahu Aiden merinduinya namun dia tidak mahu membicarakan soal itu dengan sesiapa. Dia kini tahu betapa besar perasaan Aiden Adrien pada Aryanna Delara. Dan dia akan menghargainya bila dia kembali nanti. Itu janjinya. Cuma di alam ini dia tidak mahu memikirkannya dahulu.
'Alhamdullilah. Bagus lah. Lagi dua hari je kau akan balik'
'Mana Daffa?'
'Ada kat atas tu. Jap lagi turun la tu. Dah jumpa hari2 pun rindu?'
'Oushh!!'
Tertawa Dahin melihat muka Aryanna yang merah. 'Kau rindu family kau?' soal Dahin.
'Hrmmm' Aryanna angguk, rasa mahu menangis bila mendengar suara Damiya dan abah tadi.
'Esok lusa kau balik dah Aryanna' balas Dahin.
'Ya. Dan nanti aku akan rindukan alam ini pula. Tapi memang lumrah kita tak dapat memiliki semua perkara' Aryanna melepaskan keluhan.
'Hrmmm...aku pun akan rindu semua yang aku lalui dengan kau kat alam sana' balas Dahin dengan nada perlahan.
'Kau nak rindu siapa?' sapa Daffa Haiyan sambil menunjal kepala adiknya itu.
'Ishhh! Sibuk lar' rungut Dahin.
'Kenapa kau nak rindu2 Aryanna pulak. Sayang la...rindu la korang berdua ni. Sengaja nak menyakitkan hati aku ke?' seloroh Daffa Haiyan.
'Sayang dan rindu aku pada kau lain!' jawab Aryanna bersahaja.
'Ahh...kau ni selalu buat aku speechless. Sweet sangat lately ni...susah la macam ni' Daffa Haiyan tersenyum2 sambil memegang dadanya sendiri.
Aryanan geleng kepala sambil memandang Dahin yang sekadar angkat bahu. Daffa Haiyan tertawa kecil lalu menyertai Aryanna dan Dahin yang berdiri menumpang tangan dibidai beranda sambil merenung ke halaman.
'Cepatnya masa berlalu kan? Sekejap je malam bertukar siang' ujar Aryanna.
'We're only gettin' older, baby
And I've been thinkin' about it lately
Does it ever drive you crazy
Just how fast the night changes?' Dahin Haiyan tiba2 menyanyikan rangkap lagu Night Changes.
Daffa Haiyan dan Aryanna Delara berpandangan satu sama lain dengan masing2 mulut terlopong. Itu pertama kali mereka dengar lelaki itu menyanyi.
Dahin Haiyan memandang Daffa dan Aryanna lalu mereka bertiga tertawa kemudian mereka menyambung bernyanyi bersama.
'Everything that you've ever d of
Disappearing when you wake up
But there's nothing to be afraid of
Even when the night changes
It will never change me and you'
Usai rangkap itu mereka kembali ketawa. 'Kau buang tabiat ehh?' soal Aryanna kepada Dahin Haiyan.
'Haha...asyik korang je nyanyi...aku la pulak tunjuk bakat' Dahin ketawa lagi.
'Boleh jadi idol dah kita bertiga' celah Daffa Haiyan turut tertawa.
'Bergurau tu bergurau juga, hari ini dah cukup 1000 ke belum? soal Habib.
'Dah, Walid' jawab mereka serentak memahami maksud Habib mengenai amalan selawat 1000 kali sehari. Pesan Walid, amalan itu juga yang sering Syed Mubhasyir ingatkan padanya dulu. Amalan yang menguatkan hati dan jiwa.
Habib dan Abiyah tersenyum sama sendiri. Sejak dari semalam mereka bertiga hanya ketawa dan bergurau bersama. Tidak lagi membicarakan soal perpisahan atau perjuangan yang bakal mereka hadapi. Bagai sudah berjanji untuk menggunakan masa yang ada dengan rasa gembira dan bahagia. Tidak mahu menunjukkan perasaan sedih dan galau dihati.
Share this novel