3 minggu sudah berlalu sejak dia bangun di alam lain dibalik hijab itu. Sudah mula merasa perubahan yang besar dalam dirinya. Tubuh dan jiwanya semakin kuat. Detik masa yang berlalu pantas mengingatkan dia betapa hanya sedikit masa yang tinggal untuk dia berada disitu. Banyak kenangan yang tercipta sepanjang tempoh itu. Kasih sayang dari keluarga Habib terlalu bernilai untuk dibandingkan. Namun tipu jika dia tidak merindui keluarganya di alam manusia.
Aryanna membetulkan lilitan dikepalanya. Dua pedang kayu terletak kemas dibelakangnya. Sepasang kerambit kayu juga tersisip dipinggang. Peralatan itu digunakannya untuk berlatih bersama Daffa dan Dahin. Kini didadanya sudah ada ilmu persilatan Syed Mubhasyir. Habib mengatakan mudah ilmu itu melekat padanya ibarat sirih pulang ke ganggang.
Dia merenung Daffa Haiyan yang berdiri memeluk tubuh di depannya. Wajah serius lelaki itu mengentarkan. Namun dia menarik nafas dalam. Hari ini Daffa Haiyan mesti ditundukkan. Itu kata Walid padanya jika ingin tahu bahawa dia sudah bersedia atau belum untuk berdepan Hijazi dan golongannya. Sudah berhari2 dia gagal. Daffa Haiyan terlalu kuat fizikal dan mentalnya. Dan Aryanna harus cepat, waktu untuk bulan gerhana di alam Tenrog itu sudah semakin hampir. Dan waktu itu adalah waktu terbaik untuk mengesan Hijazi kerana golongan itu akan keluar mencari korban. Mereka akan memuja pemimpin baru yang bakal menggantikan Hijazi.
Aryanna memejamkan matanya. 'Uzza!' bisik hatinya. Lelaki itu pasti akan diangkat menjadi pemimpin baru mengganti Hijazi. Dia membuka kelopak matanya, membayangkan Uzza yang berdiri didepannya kini dan bukan Daffa Haiyan.
Pergelutan bermula. Tiada simpati. Baik Daffa Haiyan mahupun Aryanna. Beberapa kali tubuh Aryanna terhumban ke tanah tanpa belas. Dan beberapa hentakan kerambit juga menerjah ditubuh Daffa Haiyan.
Daffa Haiyan menahan nafas yang tercungap. Lain sekali serangan Aryanna hari ini. Mata gadis itu tajam dan bagai menyimpan dendam yang sekian lama. Gadis itu mara lagi dengan hayunan dua pedang kayu. Pergerakan ilmu persilatan yang bagai disulam Aryanna dengan ilmu pertahanan moden. Tubuh gadis itu melayang dan berpusing. Daffa segera mengelak kesamping. Pedang kayunya menahan serangan pedang Aryanna. Seketika bunyi pedang kayu berlaga2 itu bagai bergema dihalaman rumah.
'Aryanna tu betul ke sayang Daffa?' soal Adan yang duduk dipangkin bersama Dahin dan Habib. Pelik melihat kesungguhan gadis itu menyerang Daffa.
'Sayang...cinta itu bukan batasan, Adan. Kalau orang yang kamu sayang sekalipun berada di jalan yang tidak benar, dia tetap musuh kamu' jawab Habib tenang.
'Sehebat itukah Syed Mubhasyir, Walid?' soal Dahin pula melihat keadaan Daffa yang sesekali terdorong ke belakang menahan serangan Aryanna.
'Itu baru sebahagian, Dahin. Kalau kamu tengok sepenuhnya kamu pun akan segerun Walid dulu. Aryanna akan perlahan2 menguasainya. Semua itu akan ambil masa. Kamu perlu kuatkan lagi diri kamu. Satu hari kamu akan galas tugas yang sama. Ini mudah sangat Walid tengok kamu kalah dengan Aryanna' balas Habib.
'Walid! Mudah? Aryanna dah separuh nyawa berdepan Dahin' Dahin bagai tidak berpuas hati dengan kenyataannya ayahnya.
'Dia separuh nyawa. Kamu kalah bermakna kamu hilang nyawa terus. Faham??' jerkah Habib.
Dahin menarik muka muncung. Adan tertawa.
'Kau gelak? Kau pergi la cuba' cabar Dahin.
'Ehh...kenapa aku pulak!' Adan mencebik.
Tubuhnya tercampak lagi ke tanah. Kali ini agak jauh akibat tendangan kuat Daffa Haiyan. Dan dia terguling beberapa kali sebelum mampu duduk melutut. Dia memegang sisi kanannya yang sakit akibat tendangan itu. Dia memerhati Daffa Haiyan dengan wajah Uzza diingatannya. Makhluk yang pernah merubah Daffa Haiyan menjadi sebahagian darinya.
'Wangsoo!!' jerit Aryanna. Wangsoo mengaum dan menapak kearah Aryanna. Aryanna berlari dan melompat tinggi dan mendarat dibelakang Wangsoo.
Daffa Haiyan bersiul memanggil Qawas. Pantas Qawas berlari kearahnya.
Mereka saling memandang satu sama lain dari jauh. Keadaan itu mendebarkan dada Dahin dan Adan. Habib hanya tenang. Dia leka memerhatikan Aryanna.
'Let's kill him, Wangsoo' ucap Aryanna. Dan berbisik sesuatu ditelinga Wangsoo.
Wangsoo mula menapak semakin laju. Begitu juga Qawas. Aryanna mencabut dan menggenggam kemas kedua kerambitnya. Daffa Haiyan mencabut kedua pedang kayunya. Apabila semakin hampir Daffa Haiyan menghayun pedang kayunya. Aryanna pantas tunduk mengelak. Kemudian dia melompat tinggi. 'Wangsoo!! Now!''
Wangsoo segera berpaling dan tubuh Aryann yang sedang melompat itu disondol kuat dengan kepalanya. Gadis itu bagai terbang. Mendarat dibelakang Daffa Haiyan dan dengan pantas kakinya mengunci tubuh lelaki. Kedua pedang kayu Daffa Haiyan jatuh ke tanah dan kedua2 merek jatuh ke tanah. Tangannya segera mengunci pula leher Daffa Haiyan. Ketika itu juga dia menikam kerambit kayunya ke dada Daffa Haiyan. Tubuh Daffa Haiyan dibalikkan. Dan sekali lagi dia menikam kerambit kayunya ke dada lelaki itu.
Nafasnya lelah sudah. 'You are dead' ucapnya lalu beralih kesamping. Menepis2 debu dibajunya.
Daffa Haiyan tergamam seketika. Dia duduk. Dadanya berombak kencang menahan kepenatan 'Kau memang nak bunuh aku ke?'
Aryanna mengangkat kening dan kemudian tertawa. 'Kau dah lama bunuh aku Daffa!'
'Bila?? Oo kau balas dendam yang hari tu ke?' soal Daffa.
'Tak la!' balas Aryanna.
'Pastu?'
'Cintamu membunuhku..chia..chia' jawab Aryanna tertawa kecil.
Daffa Haiyan menahan dari tersenyum, mukanya merah. 'Oushh!!' rungutnya seakan merajuk.
'Laa...kalah merajuk ke?' soal Aryanna. Dia bangun lalu menghulurkan tangannya kepada Daffa.
Daffa mengeluh kecil dan mengalah. Menyambut tangan Aryanna lalu bangun.
'Aku sayang kau' bisik Daffa.
'Uitt...tadi merajuk' Aryanna mencebik. Dia kemudian berlari ke Habib. 'Nado!!' jeritnya tanpa menoleh sambil membuat isyarat love dengan kedua tangannya di kepala.
'Crazy' bisik Daffa sendiri tersenyum.
Aryanna tersenyum memandang Habib bila lelaki itu menepuk bahunya tanda berpuas hati dengan kemenangannya kepada Daffa Haiyan.
'Adan? Giliran kau pulak' seloroh Aryanna.
'Hehhh?? Kenapa plak? Ooo kau berlagak la ni?' soal Adan.
Aryanna mencebik. 'Dahin, kau ok tak? Nape muka sedih je? Kau tak puas hati lagi ke? Nak lawan balik ke?'
'Oushh!! Kau ingat aku takut ke?? Jom larr!!' Dahin menyinsing lengannya.
'Jom larr!!' balas Aryanna. Turut meniru lagak Dahin.
'Aishh...budak berdua ni. Sehari tak bertekak tak boleh ke?' jerkah Habib.
'Kau la punya pasal!' ujar Dahin menjeling Aryanna tajam.
'Eii...aku korek biji mata kau tu kang!' balas Aryanna.
'Ya Allah. Dia berdua ni!' Habib mengetuk kepala Dahin dan Aryanna.
'Oushh!!' keluh Dahin perlahan. Bahu Aryanna disinggung. Kali ini Aryanna diam, tak membalas bimbang dimarahi Habib.
'Kau berdua ni musuh ke apa?' soal Adan.
'Mana ada!!' jawab Aryanna dan Dahin serentak.
Adan dan Daffa ketawa. Habib mengeluh panjang. 'Sudah2 la bergaduh'
'Tak la,Walid. Aryanna gurau je. Aryanna sayang Dahin la!' balas Aryanna.
Adan memandang Daffa Haiyan. Wajah lelaki itu berubah. Dari tertawa tadi kini terdiam memandang Dahin.
'What?? Kau sayang siapa?' soal Daffa.
'Dahin la. Kenapa? Betul la. Aku sayang Dahin macam Walid, Ibu, Ayasha. Kau kenapa buat muka panik?' soal Aryanna dengan wajah berkerut.
'Entahnya. Trigger sangat. Kan Aryanna? Dah la. Jom kita naik, ibu ngan Ayasha mesti dah siap masak' tokok Dahin.
'Kan? Jom la, Dahin' Aryanna mengekori langkah Dahin.
'Hehh?? Macam tu je? Yarghh...Dahin Haiyan! kau tak sayang aku dah ke? Kau lupa ke yang kembar kau..aku la bukan Aryanna! Yarghh!!!' jerkah Daffa Haiyan.
Aryanna dan Dahin buat tak dengar. Adan hanya terkebil2. Pening melihat kerenah Dahin dan Aryanna. Bergaduh macam tak cukup hari. Tapi baik tak kena masa.
Habib tertawa dan menggosok kepala Daffa Haiyan. 'Dah la. Kamu pun pergi naik mandi..Adan, mari naik, sekejap lagi boleh makan sama2'
***
Bulan terang dilangit direnung lama. Berapa lama lagikah gerhana akan berlaku? Apakah dia benar2 sudah bersedia? Daffa Haiyan menarik nafas dalam. Airmatanya tumpah. Dia cuba memujuk hatinya. Rasa takut, bimbang bercampur aduk.
'Kenapa kau menangis?' soal Aryanna menghampiri Daffa Haiyan.
Daffa Haiyan segera menyeka airmatanya. 'Tak ada apa. Aku fikirkan bila kau dah balik ke alam kau nanti' Daffa Haiyan berdalih.
'Kan nanti aku akan datang semula dengan jasad aku. Kita akan sama2 berdepan dengan Hijazi dan Uzza' jawab Aryanna.
'Kau sudah bersedia?' soal Daffa.
'Ermm...aku perlu. Aku tak mahu mereka mengambil kau lagi dari keluarga kau. Aku mahu tamatkan kisah dendam beratus tahun ni. Aku nak kau hidup bahagia dengan keluarga kau' balas Aryanna.
Daffa Haiyan terdiam. Terlalu banyak ingin dikatakan kepada Aryanna Delara namun lidahnya kelu. Sejurus dia hanya tersenyum.
'Aku nak bawa kau ke suatu tempat. Tunggu sekejap, aku minta izin Walid' Ujar Daffa kemudian masuk ke dalam mencari Habib. Seketika kemudian kembali semula.
'Walid izinkan. Jom' tangan Aryanna ditarik menuruni anak tangga.
'Nak pergi mana?' soal Aryanna.
'Rahsia!' jawab Daffa tersenyum.
Daffa Haiyan melompat naik ke atas Qawas. Dan menghulurkan tangannya kepada Aryanna. Aryanna kemudian naik dan duduk didepan.
'Mari Qawas!' arah Daffa Haiyan. Qawas melajukan langkah dan memasuki kawasan belantara.
Angin malam yang bertiup terasa sejuk dipipinya. Suara unggas2 kedengaran di telinga. Sesekali dia menoleh melihat kearah Daffa dibelakang. Lelaki itu tersenyum.
Qawas kemudian memperlahankan langkahnya apabila mereka tiba ke tengah belantara. Daffa Haiyan menutup kedua mata Aryanna Delara. Kemudian langkah Qawas terhenti.
'Surprise!!' ujar Daffa Haiyan lalu menurunkan kedua tangannya yang menutupi mata Aryanna Delara lalu turun dari Qawas.
Aryanna terpegun. Sebuah tasik kecil berada didepan matanya. Sebuah pohon rendang berada ditepi tasik itu. Dahan dan daun2 nya berkilau dengan ribuan kelip2 yang berterbangan. Air di tasik itu juga bercahaya dengan kehadiran kelip2 itu. Bunga anggerik berwarna ungu tumbuh didahan pokok2 kecil di tepi tasik.
Daffa menghulurkan tangannya membantu Aryanna turun. Aryanna kemudian berjalan ke tepi tasik. Permandangan itu benar2 memukau mata dan hatinya. Dia kemudian memandang Daffa Haiyan. Airmatanya mengalir dipipi.
'Kenapa? Cantik?' soal Daffa sudah menduga. Reaksi gadis itu masih sama seperti kali pertama dia menemui Aryanna di hutan simpan itu. Reaksi wajah yang telah menawan hatinya.
'Terima kasih bawa aku kesini' ucap Aryanna.
'Inilah tempat yang aku nak sangat bawa kau. Disini juga aku duduk bila aku terlalu rindu kau' balas Daffa Haiyan.
'Anggerik ungu ni..'
'Hrmmm...yang aku bagi dekat kau. Kau tahu tak apa perasaan aku malam aku bagi kau bunga tu?' soal Daffa Haiyan.
'Ermm...mesti kau rasa cantiknya budak ni secantik bunga ni' Aryanna berseloroh sambil tertawa.
'Betul la tu' Daffa Haiyan turut ketawa. 'Aku rasa masa tu syukur dan bahagia sangat kau dikembalikan dalam ingatan aku. Bila aku tengok kau, aku rasa aku mampu rindu dan sayang kau sampai seribu tahun pun'
Aryanna diam seketika dan melabuhkan punggung di tepi tasik itu. Cahaya biru yang terbit dari kelip2 di tengah tasik direnung lama. 'Aku sangat berharap aku boleh berada disini dengan kau sampai bila2, Daffa'
'Jika di izinkan, aku nak kau jadi milik aku Aryanna. Aku nak hidup dengan kau sampai mati' suaranya sebak.
'Kenapa takdir adakalanya terlalu sakit untuk kita telan, Daffa?'
'Setiap makhluk itu ujiannya berbeza. Dan ini ujian yang Tuhan pilih untuk kita' jawab Daffa cuba menguatkan jiwanya.
'Dan setiap ujian itu akan ada kelebihannya nantikan?' soal Aryanna.
'Hrmmm...kita kena percaya tu. Bukan semua cinta itu untuk memiliki. Aku masih rasa bahagia walaupun kita hanya akan ada memori je. Tapi yang pasti aku akan cinta kau sampai aku mati'
'Kenapa kau cakap macam tu? Kat alam kau ni ramai yang gadis cantik2. Siapa je nak reject kau?' Aryanna bergurau.
'Tak kelakar, Aryanna. Kau ingat janji tu aku boleh ubah? Hati aku takkan boleh terima sesiapa. Dan di alam aku ni pun semua dah tahu hati aku dah terikat. Tak kan boleh terungkai!'
'Mungkin aku boleh tolong kau, macam aku pulihkan kau dari Uzza'
'Tak boleh. Ada satu je ubatnya'
'Apa? Bagitahu aku. I'll do it for you'
'Will you marry me?' soal Daffa.
'Tak kelakar! Kau tahu kalau boleh aku dah terima' jawab Aryanna menarik muka. Dia tahu Daffa tidak bermaksud begitu.
'Ok2. Sorry2. Betul, ada satu je lagi'
'Hrmm...ape?'
'Mati!' jawab Daffa tenang.
'Kau ni asyik ulang benda yang sama. Aku tak suka dengar. Ok, kalau macam tu kita sama2 tak payah ada orang lain sampai bila2'
'Aiden Adrien?'
Aryanna Delara diam seketika. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan lelaki itu nanti. Aiden kini sudah mengingati semuanya.
'Aiden dah tahu semuanya. Aku tak nak seksa hati dia' jawab Aryanna perlahan.
'Kau tahu dan boleh dengar dia kan sepanjang kau disini?'
'Hrmm'
'Kau tahu macamana sakitnya kau dan aku dengan takdir kita. Kau dan aku tahu sakitnya rindu pada orang yang tak boleh kita miliki'
'Hrmmm aku tahu'
'Jadi kau patut tahu perasaan Aiden. Tuhan jadikan hati manusia lain Aryanna. Belajarlah menerima Aiden seadanya. Kalau di alam ini kau ada aku yang betul2 sayangkan kau, di alam kau pula ada Aiden'
Aryanna diam, setiap hari dia mendengar Aiden berbicara dengan jasadnya. Setiap pagi suara lunak Aiden membaca yassin untuknya. Dan setiap hari lelaki itu menyatakan rindu dan sayang padanya, merayu untuknya bangun dari koma. Malah adakala turut bermain gitar dan menyanyi disisinya.
'Aku tak mampu nak sayang dia macamana dia sayang aku. Dan macamana aku sayang kau' balas Aryanna.
'Beri masa, Aryanna. Hargai apa yang ada dengan kau. Keluarga kau mesti nak tengok kau bahagia'
'Kenapa mudah kau cakap semua ni, Daffa?'
'Sebab aku mencintai kau sepenuh hati aku, Aryanna. Dan aku juga mahu lihat kau bahagia'
'Kenapa aku perlu bahagia kalau kau tak mampu bahagia?'
'Kalau kau nak aku bahagia, kau perlu bahagia. Kau lupa janji kau pada Aiden?'
Aryanna diam. Ya, dia sudah menerima Aiden dalam hidupnya kerana dia ingin sembuh dari sakit merindui Daffa Haiyan. Dan kerana kehadiran Aiden juga banyak memberinya kekuatan.
'Janji pada aku yang kau akan cuba untuk bahagiakan diri kau. Jangan menangis lagi kerana aku. Aku akan lebih seksa. Setiap kali kau bersedih, aku akan lebih sakit. Jadi kalau kau nak aku tenang, kau jaga diri kau sebaiknya. Janji dengan aku!' tambah Daffa Haiyan. Dia menangkat jari kelingking nya kepada Aryanna.
'Cepat. Janji macam kita janji 10 tahun dulu'
Aryanna akur. Jari kelingking mereka bertaut lagi. Daffa Haiyan tersenyum lega. Meski berat hatinya untuk melepaskan Aryanna namun dia pasrah.
'Ok, aku mahu dengar kau nyanyi terakhir untuk aku. Dan lepas ini aku mahu semua lagu kau hanya untuk Aiden Adrien' pinta Daffa menahan sebak yang membebani dada.
Aryanna tunduk seketika. Airmatanya tumpah. Mencari keberanian untuk menerima hakikat takdir dia dan Daffa. Dengan suara yang dalam tangisan, dia cuba mengalunkan 'Sonata Musim Salju' sebagai lagu terakhir untuk lelaki bernama Daffa Haiyan yang akan menjadi memori dalam hidupnya. Daffa Haiyan tersenyum pilu, menggenggam tangan Aryanna erat dan turut sama mengalunkan lagu itu.
~Saat 'ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau kudamba
Oh, gerhanalah seluruh
Pancaindra
'Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua
Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahya purnama
Tanpamu tiada arti hidup berdua
Ke akhir masa kau kucinta
Bagaikan surga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini kupasrah menanti
Dikau bak salju ditiup bayu
'Kan rebah di pangkuan bumi
Kuyakini kasih
Restui Ilahi
Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahya purnama
Tanpamu tiada arti hidup berdua
Ke akhir masa kau kucinta
Bagaikan surga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini kupasrah menanti
Kudoa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama
Sayang ...
Tanpamu tiada arti hidup berdua
Ke akhir masa kau kucinta
Bagaikan surga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini kupasrah menanti~
Share this novel