Bab 36 : Waris

Fantasy Completed 1367

Aryanna bersandar dibadan Wangsoo yang sedang duduk dihalaman rumah. Kedua tangannya di letakan ke belakang kepala. Mereka menikmati suasana pagi yang tenang dan damai di situ. Habib sekeluarga pula hanya memerhatikan tingkahnya.

'Wangsoo, aku ada lagu untuk kau. Kau dengar ye..I got the eye of the tiger, a fighter..Dancing through the fire..Cause I am a champion, and you're gonna hear me roar..Louder, louder than a lion..Cause I am a champion, and you're gonna hear me roar...ooo...ooo' Aryanna kemudian ketawa sendiri dengan nyanyiannya, petikan lirik dari Roar Katty Perry. Wangsoo menggeleng kepalanya perlahan.

'You don't like it?' soal Aryanna. 'Hrmmm... macamana hidup kau dengan Tok Nyang aku, Wangsoo? Handsome tak dia..haha. Betul ke aku mampu jadi seperti dia? Mustahil kan? Siapa aku sebenarnya, Wangsoo dan apa takdir hidup aku? Kenapa kau ada dengan aku dan kenapa aku ada disini?' dirinya penuh persoalan, mengharapkan ada yang mampu memberikannya penjelasan.

Aryanna kemudian berpusing, memeluk tubuh Wangsoo. Dia sangat berharap harimau putih itu mampu faham apa yang dilaluinya ketika ini. Hatinya rindu pada Abah, Damiya, Daniyal, Papa, Aiden dan kolej.

Aryanna memanjat keatas tubuh Wangsoo. Mengikut gerak hatinya. Wangsoo berdiri dengan tegap. Aryanna pantas memeluk tubuh Wangsoo kerana ketinggian tubuh haiwan itu buat dia hampir terjatuh. Wangsoo mula menapak perlahan. Aryanna melepaskan pelukannya, dan cuba duduk mengimbangi badannya. 'Wangsoo, go!' bisiknya. Wangsoo yang menapak perlahan itu mula melangkah lebih laju dan semakin laju. Aryanna menutup matanya, dia agak ketakutan namun masih cuba memberanikan dirinya.

'Dahin, Daffa, ikut Aryanna!' arah Habib.

Daffa dan Dahin pantas turun dari rumah dan melompat ke atas Qawas dan Wardu. Kuda tunggangan mereka berlari laju mengekori Wangsoo.

Aryanna membuka matanya perlahan. Dahin dan Daffa berada dikedua sisinya. Wardu dan Qawas berlari seiringan Wangsoo. Aryanna tersenyum memandang Dahin dan Daffa.

'Kau giler ke? Kalau jatuh macamana?' jerit Dahin.

'Berhenti, Aryanna!' desak Daffa.

'Wangsoo akan jaga aku' balas Aryanna. Dia melihat sekeliling, perkampungan itu sangat cantik dengan rumah2 kampung yang dibuat dari kayu dan berukir. Orang2 kampung tersenyum mesra melihat Dahin dan Daffa.

'Wangsoo, selaju mana kau boleh lari?' bisik Aryanna pada Wangsoo. Wangsoo melajukan kayuhan kakinya. Aryanna tunduk memeluk Wangso kuat. Sepantas kilat Wangsoo sudah memasuki kawasan hutan. Daffa dan Dahin mengekori rapat, bimbang akan keselamatan Aryanna.

'Dia dah gila ke?' jerit Dahin pada Daffa.

'Aku tak tahu! Aryanna!!!!' jerit Daffa. Qawas melajukan lagi lariannya.

Mereka merentasi hutan belantara yang tebal itu. Aryanna kembali cuba duduk, mengimbangi semula tubuhnya. Agak sukar dengan kelajuan sebegitu itu. Jarak larian Wangso dari sebatang pohon besar ke pohon yang lain bagai hanya sesaat. Dia menundukkan sedikit tubuhnya dan memegang bulu leher Wangsoo yang lebat.

'Cukup dulu Wangsoo, mari balik!' bisiknya didalam hati. Wangsoo memperlahankan sedikit lariannya dan mematuhi arahan Aryanna. Saat menghampiri perkarangan rumah Dahin dan Daffa, Wangsoo berhenti dari lariannya dan hanya menapak perlahan lalu menghampiri Habib yang berdiri ditengah halaman menanti mereka.

Wangsoo merendahkan tubuhnya ke tanah. Aryanna menggelungsur turun. Agak terhoyong-hayang tubuhnya ketika berdiri kerana terbuai2 semasa menunggang Wangsoo. Habib memegang bahunya.

Daffa Haiyan melompat turun dari Qawas dan meluru kearah Aryanna.

'Kau cuba buat apa? Kau belum betul2 sihat, Aryanna' ujarnya cemas.

'Kau giler ye?? Jasad kau belum sembuh, kau nak sakitkan jiwa kau ke?' celah Dahin pula.

Aryanna hanya tunduk diam. Dia cuma ikut gerak hatinya. Dan dia tidak mahu hanya duduk diam tanpa mencari jawapan pada setiap persoalan didalam dirinya.

'Sudah, jangan marah Aryanna. Dia tahu apa dia buat. Sekarang dia ada Wangsoo yang boleh jaga dia. Pergi naik atas, Walid nak bercakap dengan Aryanna' sampuk Habib.

Daffa dan Dahin akur. Aryanna mengekori langkah Habib yang menuju ke pangkin.

'Semakin lama kamu dengan Wangsoo, kamu akan semakin tahu sejarah keluarga kamu. Dan lambat laun kamu akan dapat berkomunikasi dengan Wangsoo. Sekarang Wangsoo boleh faham kamu tapi kamu akan ambil masa untuk dapat bercakap dengan dia. Kuatkan diri kamu, ilmu, hati, iman' ujar Habib.

'Aryanna cuma mahu faham tentang apa semua ini, Walid' balas Aryanna. Pesan Habib itu sama seperti pesanan Syed Mubhasyir didalam Surat yang ditinggalkan untuk Aryanna.

'Tugas yang bakal kamu pikul itu berat. Walid risau pada awalnya tapi bila tengok kamu dengan mudah menguasai Wangsoo, Walid yakin kamu mampu. Kamu tahu tak harimau putih alam ini sangat istimewa. Kehebatan mereka tiada tandingan dengan lain2 haiwan di alam ini. Mereka hidup dalam kumpulan mereka sahaja. Dan sangat sukar memunculkan diri. Mereka tinggal di pergunungan sana tapi tak siapa pernah jumpa mereka. Wangsoo satu2nya yang kami dapat lihat kerana Syed Mubhasyir sering membawa dia ke mari. Dan tak siapa tahu bagaimana dan dimana Syed Mubhasyir jumpa dia. Kami cuma tahu Wangsoo di selamatkan Syed Mubhasyir' terang Habib panjang lebar.

'Aryanna tak tahu Aryanna mampu atau tidak, Walid' balas Aryanna.

'Walid akan bantu kamu sepanjang kamu di sini. Kamu perlu belajar ilmu pertahankan diri dari Daffa dan Dahin. Asal ilmu itu juga dari Syed Mubhasyir. Dan kita sama2 belajar baiki solat dan mengaji. Jiwa kamu kena kuat sebelum kamu balik ke jasad kamu' tokok Habib.

'Apakah tugas yang Walid cakapkan tadi berkaitan Hijazi dan Uzza?' soal Aryanna.

Habib diam seketika sebelum menjawab 'Ya. Hanya kamu sebagai keturunan Syed Mubhasyir akan dapat mengakhiri dendam ini. Bagaimana Syed Mubhasyir menemui Lufiya yang disorokkan, begitu juga kamu yang boleh menemui dimana Hijazi bersembunyi. Daffa sendiri tidak dapat mengingatinya bila dia sudah sedar' Habib melepaskan keluhan berat. Berat untuk menyatakan tanggungjawab yang besar itu kepada Aryanna namun dia tidak ada pilihan. Takdir telah memilih perjalanan hidup gadis itu.

'Kalau itu yang akan menjadi keamanan untuk 2 alam ini, Aryanna akan pikul tanggungjawab itu, Walid. Aryanna akan belajar dari Walid, Daffa dan Dahin' jawab Aryanna akur. Dia mahu menghentikan lukisan duka takdir antara dia dan Daffa. Dan dia mahu kembali kepada keluarganya. Dia sedar tempatnya bukan disini.

***

Usai solat Asar, Aryanna melipat telekungnya. Kemudian menyarung sepasang baju dan seluar hitam yang diberikan Habib kepadanya. Rambut hadapannya diikat dengan kemas. Sepasang kerambitnya disisip dipinggang. Kemudian dia turun ke halaman. Abiyah sudah memaklumkannya bahawa Habib, Daffa dan Dahin akan pulang setelah selesai pertemuan dengan orang kampung sebelum jam 6 petang. Namun tidak mahu menunggu mereka, dia ingin memanaskan badan.

Dia mencabut kedua2 kerambitnya. Memasukkan jari telunjuknya ke ruang yang tersedia. Meskipun Habib mahu dia belajar ilmu persilatan dari Daffa dan Dahin tapi dia mahu mencari kesesuaian kerambit pemberian Syed Mubhasyir itu dengan dirinya. Dia yakin ada sebab kenapa kerambit itu dihadiahkan untuknya.

'In...out...jab...cross...jab...cross...jab... jab...cross' dia cuba menyusun cara pergerakan yang sesuai antara ilmu MMA nya dengan kerambit ditangannya. Setelah agak selesa, dia mula cuba membuat pergerakan lebih laju. Cuba mengimbau kembali pergelutannya dengan Sabil. 'Neck!' dia sudah ingat titik kelemahan makhluk itu.

Aryanna mula selesa dengan pergerakannya dan kerambit itu. Dia kemudian mencuba satu demi satu pergerakan yang baru. Ada ketika dia berguling di tanah. Dan ada ketika dia bangkit, berpusing di udara. Setelah dapat menyesuaikan beberapa lagi gerakan dia mengulang2nya supaya lebih baik dan sempurna. Tubuhnya sudah dibasahi peluh.

Wangsoo berdehem beberapa kali melihat aksi gadis itu. Aryanna memandang Wangso. Dia menyarung semula kerambitnya dan kemudian berjalan ke arah haiwan itu, memanjat ke atas badan Wangsoo. 'Ok, move'

Wangsoo bangun dan menapak, Aryanna mencabut semula kerambitnya. 'Laju sikit Wangsoo'

Sambil Wangsoo berlari, Aryanna cuba berdiri. Ketinggian dari atas tubuh Wangsoo itu agak tinggi untuknya. Dia memejam matanya seketika, menarik nafas dalam lalu melompat turun dan cuba mendarat dengan kemas namun tubuhnya berguling ke tanah. 'Arghhh...arghh' dia bangun dan terdencut2.

'Tak jadi la, Wangsoo. Aduhh sakit..sakit' dia memegang pinggangnya.

'Lagi sekali Wangso' dia memanjat lagi ke atas Wangsoo. Mereka mencuba berkali2. Tubuh dan wajahnya sudah berdebu dengan tanah. Entah berapa kali dia jatuh mencium bumi.

'Kak Aryanna, ok tak? Kenapa tak tunggu Walid balik?' jerit Ayasha dari beranda rumah.

'Ok2. Sikit je' Aryanna tersengih2.

Aryanna terus mencuba lagi beberapa kali. Akhirnya dia mendarat dengan kemas sekaligus menyambung pergerakan yang diaturnya. Lancar dan teratur. Dia senyum sendiri. Kemudian kembali naik ke atas Wangsoo. Kali ini dia mencuba lagi dengan melompat sambil berpusing dan menghayun kerambit di tangannya silih berganti dengan laju dan mendarat dengan kemas. Nafasnya laju. Peluhnya menitis ke tanah. Wangsoo menolak tubuh Aryanna dengan kepalanya. Aryanna terduduk ke tanah. 'Ok2. Aku rehat dulu. Next kita buat, kau kena lari lagi laju. Lawan aku nanti bukan biasa2, Wangsoo. Aku tak boleh leka' Aryanna merebahkan tubuhnya kebadan Wangsoo. Ayasha berlari kearahnya membawa segelas air.

Habib hanya tersenyum memandang dari jauh. Daffa dan Dahin tergamam, sepantas itu Aryanna dapat menguasai pergerakan dengan kerambit itu. Ketika mereka hampir tiba di kawasan rumah, Aryanna dilihat beberapa kali terjatuh ke tanah. Daffa dan Dahin cuba ingin mendapatkan Aryanna namun dilarang Habib. Jadi mereka sekadar memerhatikan dari jauh.

'Syed Mubhasyir lebih tahu kemampuan keturunannya' ujar Habib.

'Tapi Dahin kesian pada Aryanna. Dia perempuan, Walid. Kenapa dia kena pikul tanggungjawab seberat itu?' soal Dahin.

'Manusia itu istimewa, Dahin. Sedangkan zaman Rasulullah lagi ada pahlawan wanita' jawab Habib.

'Mampu ke dia, Walid?' soal Daffa pula sambil memandang Habib sayu.

Habib terdiam. Dia mengerti maksud Daffa Haiyan. Namun dia tidak mahu menjawabnya. Dia melompat turun dari kuda tunggangnya dan berjalan perlahan memasuki perkarangan rumah.

'Assalamualaikum' ucap Habib.

'Waalaikumussalam' jawab Aryanna dan Ayasha serentak.

'Walid, Kak Aryanna dah berlatih seorang diri. Tengokla penuh tanah dah muka dia' tutur Ayasha.

'Haha...Aryanna bosan la Walid' sampuk Aryanna sambil tangannya mengelap wajah.

Habib menarik selempang di bahunya. Wajah Aryanna dilap dengan perlahan. Kemudian menggosok kepala gadis itu 'Kaamu berehatlah. Tengok saja Daffa dan Dahin berlatih. Lepas solat magrib nanti kita mengaji'

'Baik, Walid' jawab Aryanna lalu melabuhkan punggung dipangkin.

Dahin mengangkat kedua ibu jarinya kepada Aryanna 'Daebakk!! Memang tak macam perempuan kau ni'

Aryanna mencebik. 'I.d.i.o.t' dia mengeja kepada Dahin.

Habib mengetuk kepalanya perlahan. 'Ingat Walid tak tahu ke kalau kamu buat2 mengeja macam tu?'

'Arkk...Sorry, Walid' Aryanna menggosok2 kepalanya.

Dahin ketawa 'Padan muka'

Daffa Haiyan duduk disebelahnya. 'Comot2 pun comel' bisiknya pada Aryanna.

'Siapa suruh duduk? Pergi salin baju dan berlatih!' Habib menarik telinga Daffa Haiyan.

'Aar..aar..sakit2 Walid. Ok2' Daffa Haiyan mengadu sakit.

Ayasha dan Aryanna tertawa. Daffa bingkas bangkit dan naik ke rumah.

'Tunggu jap tau Aryanna, saranghae' jerit Daffa Haiyan.

'Ishhh....budak ni!' jerkah Habib.

'Macamana la Aryanna boleh suka kat abang Daffa. Perangai macam budak2' keluh Ayasha.

'Sebab...' Aryanna menghentikan kata2nya. Matanya terkebil2 memandang Habib. Cepat2 dia menggelengkan kepala.

'Bagitahu lah. Walid pun nak tahu jugak' seloroh Habib.

'Hahh??' Aryanna tergamam.

'Bagitahu la kenapa suka Daffa?' soal Habib.

'Ermmm...sebab Daffa macam lukisan'

'Hehh??' bunyi Ayasha pelik.

'Cantik!!' jawab Aryanna.

'Hehhh?' ayasha semakin pelik.

'Cantik zahir dan batin' sambung Aryanna.

'Uwekkkkk...' Ayasha tidak mahu menerima jawapan itu.

'Paling cantik, mata dia' tambah Aryanna lagi.

'Jadi kamu tak kesal sayang Daffa tapi kamu tak dapat hidup dengan Daffa?' soal Habib serius.

Aryanna senyum dan menggeleng. 'Its like a magic, Walid. Keajaiban yang Tuhan hadiahkan untuk Aryanna. Rasa rindu yang mungkin tak dirasa manusia lain tapi Tuhan bagi Aryanna rasa. Walaupun terlalu sakit. Anugerah Allah tu tak semestinya datang dalam bentuk indah je, betul kan Walid?' soal Aryanna kembali.

Hampir menitis airmata Habib mendengar jawapan Aryanna Delara. Beruntungnya manusia yang dikurniakan hati yang boleh dibolak-balik. Hati yang boleh diubah dengan izin Tuhan. Hati yang boleh menahan segala kesakitan andai Tuhan dijadikan pemilik abadinya. 'Alhamdullilah, cantik pemikiran kamu Aryanna. Apa sekalipun berlaku kamu tetap akan jadi anak Walid sampai bila2' balas Habib.

Aryanna tersenyum. Biar pun apa yang dilaluinya bagai sukar diterima akal namun baginya ia bagai satu lukisan yang terlukis indah dalam hidupnya.

'Kak Aryanna pandai nyanyikan?' soal Ayasha tiba2.

'Hah?? Ermm..bleh la sikit2' jawab Aryanna.

'Ok. Ayasha ambik guitar abang Daffa jap. Biar diaorg berlatih. Ayasha nak dengar kak aryanna nyanyi' tokok Ayasha lalu berlari naik ke atas rumah.

Daffa dan Dahin yang lengkap berpakaian serba hitam turun ke halaman. Aryanna sekadar memerhatikan mereka mula berlatih.

'Esok kamu mula belajar persilatan pula, Aryanna' ujar Habib sambil memeluk tubuh mengawasi setiap pergerakan Daffa dan Dahin.

'Baik, Walid. Ermmmm....Walid..erm' Aryanna teragak2 untuk bertanya.

'Cakap saja Aryanna' tutur Habib.

'Sepanjang Aryanna disini sehingga Aryanna pulang, boleh tak Aryanna sayang Daffa sepenuh hati? Hanya di alam ini saja, Walid. Izinkan Aryanna ada memori yang boleh Aryanna simpan sampai bila2' tanya Aryanna sambil memandang sayu Daffa Haiyan yang sedang tekun berlatih.

Habib mengangguk lemah. Dia juga turut memandang Daffa Haiyan. Airmatanya mengalir di pipi. Dia juga ingin memberikan memori yang baik2 buat anaknya itu. Hanya Tuhan yang tahu hatinya saat itu. Rahsia hati seorang ayah.

'Terima kasih, Walid' ucap Aryanna.

Ayasha menghampirinya sambil membawa sebuah guitar.

'Ishh...mana Daffa dapat ni?' soal Aryanna pada Ayasha.

'Dia bawak balik sini masa dia jadi Aiden dulu. Dia kata guitar ni banyak lagu yang dia nyanyikan untuk Kak Aryanna so dia tak nak tinggalkan pada Aiden. Childish kan?' terang Ayasha.

Aryanna tertawa kemudian berfikir. 'Ermmm...ayasha nak lagu apa?'

'Apa2 je' jawab Ayasha teruja.

'Ermmm...ok jap. Fikir lagu yang sesuai dengan permandangan indah depan mata' balas Aryanna mengangkat kening kepada Ayasha sambil melirik ke arah Daffa dan Dahin. Habib menoleh dan merenungnya tajam. Aryanna tertawa kecil.

'Ok, Ayasha. We are making hero video music now' ucap Aryanna dan mula memetik dawai guitar. ~Sia Unstopable~

I put my armor on, show you how strong I am
I put my armor on, I'll show you that I am
I'm unstoppable
I'm a Porsche with no brakes
I'm invincible
Yeah, I win every single game
I'm so powerful
I don't need batteries to play
I'm so confident
I'm unstoppable today

Ayasha sekali memandang antara Aryanna yang leka menyanyi dan kedua abangnya. Lagu itu bagai bergerak mengikut rentak pergerakan Daffa dan Dahin yang sedang beradu tenaga. Meremang bulu romanya. Aryanna hanya tersenyum melihat reaksi Ayasha. Gadis itu bertuah memiliki ayah dan ibu yang penyayang dan dua saudara lelaki yang hebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience