Bab 5 : Hatimu milik siapa

Fantasy Completed 1367

Pagi itu Aryanna bangun lebih awal dari jadual aktiviti mereka. Selesai subuh, dia duduk merenung jauh kedalam hutan dihadapannya. Seketika kemudian pelajar2 lain mula bangun. Suara riuh rendah mereka tidak sekali diendahkannya. Dia menanti cahaya matahari terbit dari celah2 pohon hutan. Merakam detik itu diminda sebagai kenangan.

Selesai minum pagi Aryanna kembali duduk diatas batu dipinggir tempat dia menikmati keindahan hutan simpan itu semalam. Menongkat dagu di guitar yang dipegangnya. Pagi ini aktiviti bebas. Rakan2 lain mengambil peluang bermandi manda. Namun dia memilih bersendirian disitu, tidak selesa turun mandi bersama teman2nya. Damia kemudian melabuhkan punggung disebelah Aryanna.

‘Kau tak nak mandi ke’

‘Malas la’ Aryanna menggeleng. Dia memetik2 tali guitar.

‘So mission accomplish’ Damia menyinggungnya

Aryanna senyum meleret ‘So kau rasa aku boleh ok ke lepas ni? Tak sakit lg?’

‘Mungkin tapi yang ke 1001 tu kau kena dengar dari Aiden. Aku tengok dari malam tadi Aiden tak senang duduk. Baru dia tahu. Ingat senang nak confess’

Aryanna tergelak kecil ‘Kau kalau sakit aku tu tak hilang lepas 1001 tu, aku cekik kau’

Damia turut ketawa ‘Dah kalau Aiden dah cakap dia suka kau takkan kau nak nangis lagi, rindu..rindu’ ejek Damia

‘Bodoh ek kau!’ Dia menolak Damia jatuh ke pinggir sungai.

Damia terjerit kecil. Aryanna ketawa lagi melihat tubuh Damia yang basah dek air sungai . ‘Miane’ ujarnya

‘Ehh aku lupa nak tanye. Oppa yang 1000 kau tu mane? Aku nak tengok jugak. Suara dia sedap giler. Daffa Haiyan’ Damia mengejek suara Daffa Haiyan yang agak dalam.

‘Tula. Aku cari jugak tapi tak nampak pun. Mungkin dia ikut geng tracking kot. Tunggu dia buat show pun tak de jugak malam tadi. Ke aku yang terlepas show dia’

‘Sebelum kau tu memang ade 2 show lain’

‘Oo ye ke? Ade show macam Hwarang tak?’ soalnya merujuk kepada babak tarian pahlawan dalam siri kdrama ‘Hwarang’

‘Ade. Mane kau tau’ soal Damia hairan

Aryanna menutup mulutnya menahan tawa yang kuat ‘Dah agak dah. Tengok cara dia pakai tu’

‘Aku tak fokus sangat masa tu. Aku risau kan kau tak muncul2. Handsome tak?’

Aryanna mengangguk laju ‘10/10’ ujarnya memberi markah kepada Daffa Haiyan.

‘What?? Alaaa...macamane kau rakam gambar dia tak jelas’

‘Bulan tak tolong aku la’ dia mengeluh mengingatkan dalam keadaan kelam kabut malam itu dia hanya mengharapkan cahaya bulan membantunya merakam video akhir itu.

‘Hehh...membazir je. Tak dapat tengok indahnya ciptaan Tuhan’

‘Bengong! Nanti kita tengok la masa video program siap. Mesti ada rekod hwarang tu kan’

‘Betul2. Ade tak handsome macam Wangsoo?’

‘Ermm......tak sama la. Wangsoo lain. Tp handsome level tu la...haha'

Damia senyum sambil menepuk2 peha Aryanna ‘Ommo...ommo. Oppa sangat’.

‘Banyak kau punya oppa. Semua orang kau nak jadikan oppa’

Damia sengih seperti kerang busuk ‘Tapi kan the best part bila dia sebut nama kau perlahan sangat....Aryanna Delara.... Meremang bulu roma aku, suara dia best giler’

‘What?? Nama aku?’ Aryanna memandang Damia meminta kepastian.

‘Hahh..tapi slow sangat. Jap’ Damia memanjat naik keatas batu dan duduk semula disisi Aryanna. Dia menunjukkan video dari hpnya. Volumenya dikuatkan ke tahap maximum.

Wajah Daffa Haiyan didalam video itu tidak jelas, hanya kelihatan kelibatnya berdiri dengan tenang dengan tangan di letak ke belakang. Bila tiba dibahagian yang dimaksudkan Damia, Aryanna merapatkan telinga ke hp Damia cuba mendengar suara Daffa Haiyan.

‘Aryanna Delara’ suara itu perlahan namun dalam dan berat.
Jantung Aryanna bagai terhenti seketika. Wajah bagai hilang darah. Menyedari Aryanna seakan terkejut, Damia menyinggung lengan Aryanna. ‘Weii...nape?’

‘Aku tak de bagitahu dia nama aku’ jawab Aryanna panik.

‘Lahhh...lembab la kau ni. Satu kem ni kecoh kau buat hal masa siang semalam, takkan la diaorg semua tak tahu nama kau’ Damia merengus

‘Aishhh...fuhhh..seram aku’ Aryanna mengurut dadanya lega.

‘Mental la dia ni. Kau fikir ape?’ kepala Aryanna ditunjal. Aryanna berdekah mengetawakan diri sendiri.

Aiden Adrian yang sedari tadi memandangkan kearah Aryanna dan Damia masih berkira-kira untuk mendekati mereka. Buntu memikirkan apa harus dikatakannya pada Aryanna.

‘Kau nak pergi jumpa dia ke tak?’ tanya Farid melihat Aiden bagai serba tidak kena sejak bangun dari tidur.

‘Aku macam tak confident lagi’ Aiden mengeluh resah

‘Tak confident dengan sape? Diri kau? Aryanna?’

‘Aryanna’ jawab Aiden sambil memerhatikan tingkah laku Aryanna dari jauh. ‘Arghh...dia terlalu tenang dan rileks je, aku tak dapat baca hati dia’ bisik hatinya

‘Kenape? Dia dah buat apa kau suruh. Kau tak yakin lagi?’

‘Sebab dia buat semua yang aku suruh la aku jadi lagi risau’

‘What??’ suara Farid agak tinggi

‘Aku dari malam tadi tengok video2 Aryanna hantar selama ni. Aku tiba2 jadi tak faham macamana dia mudah saying I Love You’ dengan rileks, cool, gelak2 kat 1000 lelaki’

‘Weyy...bodoh ke kau. Kau yang suruh’ Farid seakan tidak faham Aiden Adrian saat itu.

‘Aku tahu tapi aku tak boleh lari dari rasa macam tu. Kau tengok tu dia rileks je gelak2. Patutnya sebagai perempuan kan mesti nervous sebab tahu aku akan jumpa dia bila misi dia tu settle. Ni gaya dia macam nothing happen je’ Aiden menggosok2 kepala hingga serabut rambutnya.

‘Kau cakap ape ni? Tu....that girl?’ Farid menundung jari ke arah Aryanna dan menyambung ayatnya ‘Aryanna Delara la. Kau expect dia nervous macam perempuan lain ke? Memang tak la. Tapi punya susah dia nak suka kat siapa2 sebelum ni. Tak pernah siapa pun dapat curi hati dia. Sebab ape?? Sebab macam kau cakap, dari kecik dia suka kau. Pastu dia bagitahu dia suka kau, kau suh dia buat ape? Wahhhh...hati besi dia tu ikut je cakap kau, sekarang kau cakap macam ni. Giler ke kau?’

Aiden melihat wajah Farid yang sudah bertukar merah. Dia mengeluh lagi. ‘Aku takut la Farid’

‘Takut?? Takut ape??’

‘Aryanna bukan serius. Mungkin sengaja mengusik aku’ hatinya masih curiga

‘Arghhh..lantak la kau!’ Farid mula rimas.

‘Ok2. Aku pergi’

Aiden menarik nafas dalam, mula mengambil langkah namun terhenti bila dilihat Daniyal meniti batu2 kecil menuju ke arah Aryanna. Dia memandang Farid. Farid mengangkat kening ‘Just go’

‘No..no’ Aiden duduk seketika dikerusi batu berhampiran, seketika bangun semula memaut lengan dibahu Farid. Sambil menoleh kembali kearah Aryanna. Daniyal sudah duduk disebelah Aryanna. Damia pula sudah meninggalkan mereka. Kemesraan Daniyal dan Aryanna itu masih belum mampu dihadamnya.

‘Cafe latte for you’ Aryanna menyambut minuman yang dihulur Daniyal. Dia membuka minuman yang masih panas itu. Dia tergelak kecil melihat latte art berbentuk hati.

‘Cinta ni tak tulus ni’ katanya.

‘Dont judge book by its cover. Ikhlas 100%. Tu je bentuk pandai buat’ Daniyal berbisik perlahan.

‘Not suit your look’ ejek Aryanna.

‘Why? Why? Am i too handsome to compare with my latte art?’

‘Yeahhh!’ jawab Aryanna selamba.

‘Wahh...pujian dari Aryanna Delara. Something new ni’ dia menggosok kepala Aryanna yang berhoodie.

Aiden Adrian mengibas kolar bajunya berkali-kali, merasa panas dari dalam, darah mengalir ke kepala. Sesekali menyelak rambutnya yang menutupi dahi ke belakang. Farid menggosok belakang Aiden cuba menenangkan kawannya itu sambil ketawa kecil.

Aksi gelak tawa Aryana dan Daniyal menambah beban hatinya. ‘Bukan cikgu tu dah ada girlfriend ke macam dia cakap dalam bas semalam, kenapa dengan Aryanna macam tu?’ dia memandang seakan meminta jawapan pasti.

‘Itu kau sendiri kena tanya Aryanna. Tapi semua orang tahu kot. Boyish macam Aryanna tu memang treat all people around her like that. Kau macam tak biasa tengok dia macam tu. Sekarang ni kau je yang insecure sangat’

Mendengar jawapan Farid seakan membakar ego lelakinya. Entah kenapa kawan baiknya itu tidak berhenti menyebelahi Aryanna Delara. Dilihat Daniyal dan Aryanna berjalan seiring menuju ke khemah mereka. Dia hanya mengekori langkah mereka dengan ekor mata.

‘Good luck. Figthing Oppa!’ Farid menepuk bahunya sambil meniru mimik Aryanna bila menyebut ayat itu. Aiden Adrian menahan geram dihatinya.

‘What was inside your mind and heart, Aryanna Delara’ bisik hatinya.

Aryanna menyapa Damia yang sedang sibuk bersama rakan-rakan sekelasnya menyediakan makan tengahari,
‘Babe, aku nak buat ape?’

‘Kau tak payah. Hancur nanti. Mati tercekik nanti kitaorg kalau kau yang masak’

‘Kurang ajar!’ tempelak Aryanna bila mendengar Damia memerlinya.

‘Kau tolong duduk nyanyi je untuk kitaorg’

‘Betul! Betul!’ sahut teman-teman mereka. Daniyal pantas menghulurkan guitar kepada Aryanna. Aryanna duduk dikerusi, menarik topi kebelakang dan mula memetik guitar. Dia melihat Aiden yang duduk selang dua khemah dari khemah mereka. Dia senyum dan perlahan dia menundukkan wajah dan menyambung nyanyiannya.

Melihat Aryanna memandangnya sebentar tadi dan tersenyum, Aiden memberanikan diri bangun berjalan kearah gadis itu. Namun sekali lagi langkahnya terhenti bila melihat sekumpulan pelajar lelaki dari sekolah lain menghampiri Aryanna.

Riuh rendah seketika tapak khemah 5 Exora bila kehadiran pelajar lelaki dari sekolah lain yang membawa kuntuman bunga mawar dan coklat untuk Aryanna. Masing-masing meminta Aryanna menyanyi lagu mengikut permintaan mereka. Aryanna pula tersenyum lebar menerima kuntuman2 bunga itu dan menyanyi menurut kehendak mereka. Ada antara mereka yang rancak berbuka dan selfie bersama Aryanna.

‘Pergi je la’ Farid menolak Aiden dari belakang. Namun wajah Aiden hanya kaku bagai hilang emosi. Kali ini tiada keluhan, dia sekadar memandang kosong ke arah Aryanna.

‘Its to complicated for me’ dia kemudian berpaling dan masuk ke dalam khemah. Membaringkan tubuhnya. Menutup wajah dengan lengan. Farid menyelak pintu khemah. Meninjau kedalam.

‘Kau ni belum ape2 dah mengalah’ ujar Farid melihat keadaan Aiden.

‘Shut up. Live me alone’ balas Aiden perlahan.

‘Ok. Jangan cakap aku tak remind’

‘Shut up!’ kali ini suara Aiden agak keras.

Farid geram melihat gelagat kawannya itu ‘It suits you! Childish!’ pintu khemah ditutup semula dengan menyentapnya agak kuat.

Dan Aiden hanya mengurungkan diri sehingga tiba waktu asar, baru dia keluar dan menuju ke surau.

Selesai solat asar, Aiden berjalan sendirian di laluan pejalan kaki yang tersedia didalam hutan simpan itu bagi aktiviti jungle tracking. Farid yang memerhatikannya sejak dari surau tadi hanya membiarkan Aiden ‘Grow up Aiden Adrian’ getusnya sendiri.

Aiden sesekali menguis daun-daun kering yang gugur diatas laluan itu dengan kakinya. Diperhatikan alam disekeliling, dahan-dahan pohon bergerak lembut ditiup angin. Matanya terhenti seketika pada tubuh yang dikenalinya tidak jauh dari tempat dia berjalan. Aryanna Delara. Gadis itu bersendirian, duduk di atas meja batu yang disediakan ditepi laluan pejalan kaki itu. Dengan membelakangkan laluan pejalan kaki, gadis itu menghadap hutan yang menghijau. Kakinya diletakkan diatas kerusi batu. Menongkat tangannya kebelakang. Wajahnya sedikit mendongak keatas dengan mata terpejam rapat. Headphone ditelinga, rambut lurusnya dibiar lepas. Tiada topi dikepala seperti kebiasaannya.

Aiden memperlahankan langkah menghampiri Aryanna tanpa membuat sebarang bunyi. Dia duduk dikerusi tempat Aryanna melabuhkan kaki. Kasut sneakers berlukis tangan yang dipakai Aryanna ditenung, cantik lukisan tangan itu. Corak ape dia tidak pasti. Ripped jeans hitam dan hoodie kelabu, itulah pakaian Aryanna saat itu. Wajahnya yang sedikit mendongak menyerlahkan lagi kecantikan gadis itu. Dia cuba menangkap bait lagu yang dinyanyi Aryanna perlahan.

Telefon bimbit Aryanna yang berada diatas meja dilihat. Spotify sedang memutarkan lagu bertajuk ‘Wind’. Aiden senyum sendiri sambil menggeleng kepala ‘Korea lagi’ bisiknya. Patut dia tidak memahami nyanyian Aryanna. Dia kembali merenung wajah Aryanna yang masih menutup matanya bagai tenggelam bersama lagu yang bermain ditelinga.

Semakin lama dia merenung gadis itu semakin laju jantungnya berdegup. Peluh terbit didahi. Dia cepat2 menepuk pipinya agar sedar dari terpukau. Dia lalu bingkas bangun.

Menyedari bagai ada benda yang bergerak disebelahnya, Aryanna cepat2 buka mata. Dia kaget melihat Aiden Adrian berdiri disebelahnya. ‘Aiden’ panggilnya

‘Hai’ suara Aiden agak gugup.

‘Dah lama ke kat sini?’ Aryanna turun dari meja dan berdiri menghadap Aiden.

'Tak la, baru je. Kau tak takut ke sorang2 kat sini?’ soal Aiden.

‘Nak takut ape?’

‘Bahayakan perempuan sorang2 dalam hutan’

Aryanna ketawa kecil lantas duduk dikerusi. ‘Duduk la. Kau nak berdiri je ke?’ pelawanya apabila melihat Aiden bagai teragak2.

Aiden perlahan duduk disebelah. Suasana diam seketika masing2 sekadar melemparkan pandangan kehadapan.

‘Kau tengok tak video 1000 tu?’ Aryanna cuba menamatkan situasi kekok itu

‘Ermmm’

‘Suara dia sedap kan? Imagine if dia menyanyi mesti best’

‘Hehh?’ bunyi Aiden. Kejujuran bicara Aryanna itu seakan tidak sesuai ditelinganya ‘Kau duduk dengan aku tapi cakap pasal lelaki lain?’

Aryanna terpinga-pinga ‘Why? Salah ke?’

‘Salah tu tak la tapi kau tak rasa pelik ke? Cuba imagine aku duduk dengan kau ni aku cakap pasal perempuan lain?’

‘Kau nak cakap pasal siapa? Cakap je, aku ok je’ Aryanna tersenyum

‘Aku confius la. Kau ni memang betul suka aku ke?’ kini renungannya lebih tajam kepada Aryanna

‘Yela’ Aryanna angguk.

Aiden mengeluh dalam, susah betul untuk membaca perasaan Aryanna. Wajah itu kekal bersahaja.

‘Takkan kau lansung tak de perasaan marah, cemburu kalau aku cakap pasal perempuan lain. Bercakap dengan perempuan lain’

‘Tengok topik kau cakap ape la. Contoh kalau kau cakap perempuan lain cantik, takkan aku nak marah? Cantik tu kan anugerah tuhan bagi’ jawab Aryanna selamba.

‘So kalau sepuluh lelaki datang kat kau, handsome, semua tu anugerah tuhan la kat mata kau?’

‘Yup. Sebahagian dari kejadian alam. Tengok je pun’ Aryanna mengerutkan dahi. Tidak memahami apa yang cuba dibahaskan Aiden Adrian.

‘Wahhh senangnye jadi seorang Aryanna Delara kan?’ perli Aiden.

‘Kenapa? Tak faham aku?’ soal Aryanna.

Telefon bimbit Aryanna tiba-tiba berdering. Aryanna mencapainya. Aiden sempat menjeling melihat nama yang tertera. ‘Oppa Daniyal’ ‘Oppa? Why bukan cikgu?’’ bisik hatinya.

Panggilan oppa itu sering didengar dikalangan pelajar perempuan yang merujuk kepada lelaki2 yang berpenampilan menarik selain drpd idol2 kpop dan kdrama yang menjadi trend.

‘Boleh tak kau jangan angkat call dia?’ Aiden mengeluh berat.

‘Kejap je’ Aryanna menjawab panggilan Daniyal. ‘Ye...ye...why? Weyoo?’

Cara Aryanna menjawab panggilan itu seakan sudah biasa menerima panggilan dari Daniyal. Aiden mula rimas.

Terdengar sayup suara Daniyal dari dalam hp ‘‘Mana? Merayap mane?’

‘Kat tepi hutan ni je. Kenape?’

‘Balik khemah sekarang. Saya kira sampai 100. Stop buat orang risau boleh tak?’

‘Aishhh ye ye!’ Aryanna menekan butang off call.

‘Sorry’ dia memandang Aiden. Aiden memejam mata sebentar.

‘Aku tak faham kau dengan cikgu tu. Rapat mana pun, ade had nya relation cikgu dengan anak murid‘ muka Aiden merah

‘Ape kau cuba nak sampaikan ni’ suara Aryanna mendatar. Mula tidak selesa dengan kata-kata dan tingkah Aiden.

‘Aku masih tak boleh hadam yang kau betul2 suka aku’ Aiden bangkit dari duduknya.

‘Maksud kau?’ Aryanna mendongak memandang tepat ke mata Aiden.

‘Kau dengan semua lelaki sama je. Tersenyum, ketawa, menyanyi2, bergurau sakan. Especially Si Daniyal tu’

‘Whats wrong with Daniyal?’ kali ini suara Aryanna lebih keras. Pandangan matanya lebih tajam.

Wajah serius Aryanna saat itu menguatkan lagi sangkaan Aiden yang antara Daniyal dan Aryanna bukan sekadar guru dan murid.

‘Reaksi muka kau sekarang bila aku cakap pasal Daniyal jelas Aryanna..jelas. Kau je yang x sedar’ suara Aiden pula semakin tinggi.

‘Sedar ape?’ dada Aryanna terasa berat. Marah, sakit hati bercampur baur seakan sudah memahami apa yang dimaksudkan Aiden, dia sudah masak dengan reaksi sama yang diberikan pelajar2 lain juga mengenai dia dan Daniyal. Malah reaksi pelajar2 yang memandang serong pada dia yang berperwatakan seperti lelaki.

‘Kau suka dia. Kau bukan suka aku. Kau sedar tak dia dah ade girlfriend. Kau biarkan die mengekor kau ke hulu ke hilir. Usap kepala kau. Menyanyi sama2. Sibuk jaga makan minum kau. Ni sibuk cari kau dengan alasan risau. Tak habis2 risau pasal kau dari semalam, apa dia ingat kau tak boleh jaga diri sendiri ke? Yang kau pun ikut je cakap dia’ Aiden meluahkan semua yang terbuku dihati.

‘Dah habis kau cakap? Aku nak balik khemah dulu. Kau ambil masa fikir balik apa kau cakap’ Aryanna bangun cuba untuk meninggalkan Aiden. Namun Aiden menarik lengannya.

‘Kau nak tinggalkan aku macam tu je? Kau tak sabar nak pergi dekat Daniyal?’

‘Aku tak nak dengar kau merepek, aku bagi masa kau bertenang then we talk’

‘Hahh..so memang penting la Daniyal tu?’

‘Kau dengar tak aku cakap aku nak bagi kau masa bertenang’ Aryanna menyentap lengannya.

‘So kau pilih Daniyal dari aku?’

‘Ape kau merepek ni Aiden Adrian. Sudah la’ Aryanna mula angkat kaki. Hatinya pedih. Sebelum bertambah pedih, dia mahu pergi dari situ. Memberi Aiden Adrien ruang kembali waras.

‘So ape buat kau yakin kau betul2 suka aku. Apa beza aku dengan budak lelaki lain? Ape beza aku dengan Daniyal? Dengan 1000 lelaki yang kau cakap I love you dengan senang?’ jerit Aiden kuat.

Aryanna melepas keluhan berat, menahan airmata yang bertakung. Dia menoleh dan menghampiri Aiden, merenung mata lelaki itu seketika.

‘Aku dengan mudah cakap 1000 kali I love you sebab kau. Sebab aku yakin aku suka kau. Dan itu yang kau nak. Ye Daniyal ada tempat dalam hati aku, ye aku sayang dia, kalau langit ini nak runtuh dan aku kene pilih kau dengan Daniyal, aku akan pilih Daniyal. Kau cari sendiri jawapannya. You know my name, you dun know my story’

Aiden menahan nafas mendengar kata-kata Aryanna. Pedih tapi dia cuba menelannya. Sepenting itukah Daniyal Hakimi bagi Aryanna Delara.

‘Tapi apa buat aku yakin aku suka kau? ape beza kau dengan lelaki lain? Ape beza kau dengan Daniyal? Itu yang kau nak tahu?’ sambung Aryanna lagi. Suara nya kini bagai terketar2.

Aiden diam. Angguk tidak, geleng pun tidak. Mata Aryanna yang berair itu membuatkan dia hilang bicara.

‘Aku tak pernah rindu mereka dan Daniyal sepertimana aku selalu rindu kau, Aiden Adrian. Rasa rindu yang aku tak faham. Rasa rindu itu sakit. Rasa sakit yang aku tak pernah rasa. Sakit sangat. Sakittt!!!' jerit Aryanna geram.

Aiden mengangkat muka, memandang Aryanna, disebalik mata Aryanna yang berkaca dia mula nampak perasaan Aryanna Delara.

‘Tapi kau anggap semua tu tak betulkan jadi mulai hari ini aku akan berhenti rindu kau. Aku akan padam semua apapun yang ada dalam kepala aku pasal kau! Puas hati?!'

Aryanna melangkah laju meninggalkan Aiden tanpa menoleh sedikit pun. Membiarkan airmata akhirnya jatuh kepipi. Dia mengesatnya berkali-kali.

Aiden terduduk di kerusi . Kedua tangan memegang kepalanya ‘Arghhh...stupid! Stupid!’ bentaknya pada diri sendiri. ‘Apa aku buat ni’ bisiknya kesal. Farid tiba-tiba muncul dari belakang.

‘Weyyy...apa jadi doo. Aku nampak Aryanna macam menangis je’ Farid menoleh2 melihat kelibat Aryanna yang sudah hilang.

‘Ape aku dah buat, Farid’ suara Aiden kedengaran perlahan dan dalam.

‘Kau buat ape? Kau jangan cakap kau buat kepala angin kau’

Aiden mengetuk2 kepalanya berkali-kali. Farid mengeluh panjang menyedari Aiden pasti sudah melakukan sesuatu yang menyakiti Aryanna.

‘Aku tak pernah lagi dengar dan tengok Aryanna nangis. Kau buat ape doo. Aku cari kau merata-rata sebab nak bagitahu kau something’

‘Ape?’ soal Aiden lemah

‘Aku tahu ikut kepala angin dan ego kau, kau takkan ambil tahu dulu sebelum kau cakap or bertindak. So aku duduk lama dengan Damia tadi’

Aiden melepaskan tangannya yang mencengkam kepala. Memandang Farid memohon kepastian.

Farid mengeluh lagi sebelum mula bicara perihal perbualan dia dan Damia sebentar tadi.

‘Daniyal tu abang Aryanna. Arghh aku nak cakap abang macamana hehh....macam ni... masa ayah dia kahwin dengan mak Aryana, masing2 dah ada Daniyal dan Aryana. Kau faham tak? Maksudnya ayah Aryanna sekarang bukan ayah betul Aryanna. Ayah tiri and ayah Daniyal. Dia kahwin dengan mak Aryanna masa Aryana umur 1 tahun lebih, Daniyal 11 tahun. So diaorg lain mak, lain ayah. Daniyal tinggal dengan ayah dia dan Aryanna sampai umur 14 tahun je pastu dia ikut emak dia ke US. They are siblings’

Aiden mengerutkan dahi mendengar cerita dari Farid. Dia tidak tahu kisah itu, Aryanna berpindah ke kawasan tempat tinggalnya ketika mereka berusia 5 tahun. ‘Tapi nama dia...’

‘Kau tak perasan ke nama dia tak berbinti, Aryanna Delara Daim Anding. Ayah dia register dia as anak angkat. Dengar kata ayah betul dia bukan dari Malaysia. Dan meninggal masa dia dalam perut mak dia lagi. Aku pun tak perasan nama Cikgu Dainyal sebenar. kau faham tak aku cerita ni?’ tanya Farid melihat Aiden masih kebingungan.

Aiden angguk dalam resah.

‘Patut la Cikgu Daniyal tu mcm tu dengan Aryanna. Giler kau tak rapat. Kau imagine ye Aryanna 1 tahun lebih, Daniyal 11 tahun. Weyyy...sah2 la Aryanna tu baby, Damiya kata Daniyal sayang giler adik die. Daniyal yang menjaga Aryanna bila mak ayah diaorg kerja. Mesti dia dukung dia, mandikan dia, buat susu dia, semua tu. Arghhh...meremang bulu roma aku bila bayangkan semua tu’

Aiden memejamkan mata ‘Kau dengan imiginasi kau. Bukan membantu aku, menambahkan lagi serabut aku’

‘Sebab tu aku cakap kat kau...tanye dulu. Kau ikut kepala kau. Kau ada cakap kau cakap pelik2 ke pasal Daniyal dan Aryanna?' Farid menundingkan jarinya ke muka Aiden. Aiden sekadar diam membenarkan telahan Farid.

‘Weyyy bodoh! Tu yang dia nangis ke?’

‘Iye kot’ Aiden mengangguk lemah.

‘Arghhh...kau dengan childish kau!’

‘Mana aku tahu’ jawab Aiden lemah.

‘Tak tahu la tanye. Idiot! Damia cakap diaorg tak nak orang tahu relation diaorang. Mak Daniyal tak suka Daniyal jumpa ayah dia. Apa lagi rapat dengan Aryanna yang tak de ape2 relation darah. So mak dia masih kat US and tak tahu Daniyal mengajar disekolah kita. Sebab ape mak dia tak suka tu..Damia tak cerita la kan. Sebab tu masa mak Aryanna meninggal, sikit pun dia tak menangis depan orang lain, tak nak ayah Daniyal risaukan dia. Mungkin jugak memikirkan dia tak tempat lain selain ayah Daniyal. Maknanya Aryanna yatim piatu la kan?’

Mata Aiden berkaca, merasa dirinya bagai kejam. Bertindak melulu tanpa fikir panjang. Dia kini faham kenapa Aryanna sentiasa ceria. Aryanna sentiasa memberi masa untuk diri sendiri memahami setiap pedih kehidupan. Tenang dan sentiasa menggembirakan orang disekelilingnya. Dia tidak mahu kekurangan hidupnya menghalang dia menikmati hidup.

‘Dia dah cakap bagi aku masa bertenang tapi aku bodoh la Farid’

‘Kau memang bodoh. Tunggu sekejap pun susah! Aku dah remind kau’

‘Aku nak buat ape weyy?’ Aiden serius memandang Farid.

‘Buat ape lagi. Kau mintak dia 1000 i love you kan? Kau pergi la 1000 sorry plak’ jawab Farid selamba. Aiden melepas nafas dalam2.

‘Dah la, jom la balik khemah. Dah nak masuk magrib ni’ Farid menarik tangan Aiden bangun lalu berjalan balik ke khemah mereka. Sepanjang perjalanan itu Aiden hanya membisu mengenang kebodohan tindakan tidak matangnya.

Balik dari pertemuannya dengan Aiden Adrian tadi, Aryanna duduk lama dimeja dihadapan khemahnya sambil merenung Daniyal yang sedang menyalakan unggun api. Daniyal yang menyedari renungan Aryanna itu memandang sekeliling dan membuat isyarat love dengan kedua tangannya dikepala setelah memastikan tiada siapa melihat.

Aryanna menggeleng kepala ‘Stupid!’ bisiknya pada Daniyal dari jauh. Daniyal tertawa. Wajah kusut Aryana buat dia tertanya apa yang sedang difikir adiknya itu.

‘Sebab tu la orang salah faham’ bisik Aryanna sendiri melihat reaksi Daniyal. ‘Dia yang beria2 nak berahsia, dia yang lebih2’ rungutnya lagi. Adakala nya Daniyal masih melayannya seperti dia masih kecil. Banyak mengusik dan mengambil berat. Kata-kata Aiden sebentar tadi membuatkan dia terfikir peristiwa pagi tadi bila Daniyal datang membawa minuman kesukaannya, cafe latte dan duduk dengannya dibatu sungai.

‘Rian’ panggil Daniyal tiba-tiba. Aryanna merenung lelaki itu, sudah lama panggilan itu tidak didengarnya. Hanya keluarganya yang memanggilnya Rian namun selepas ibunya pergi dia tidak mahu lagi dipanggil begitu, panggilan itu mengingatkan dia pada panggilan lembut ibunya. Mengingat itu hatinya sering luluh.

‘Suddenly?’ soal Aryanna mendengar panggilan Daniyal.

‘Family matter’ jawab Daniyal. Dia menghulurkan hp nya kepada Aryanna menyuruh Aryanna memeriksa message yang tertera di screen. Aryanna ternganga seketika. Wajah bertukar menjadi teruja.

‘Tutup mulut tu’ Daniyal merapatkan dagu Aryanna.

‘Video call. Video call’ gesanya kepada Daniyal.

Daniyal senyum manis, matanya berkaca. Nama yang tersimpan sebagai ‘My Flower’ ditekan. Beberapa detik kemudian, panggilan video itu dijawab. Muncul seorang wanita cantik bertudung. Aryanna melambai2 mesra. Wanita itu tersenyum malu. Daniyal mengeyitkan matanya.

‘Aryanna, buat ape tu dengan bakal tunang saya?’ soal wanita itu.

‘Dating hahaha’ jawab Aryanna

‘Nasib baik Aryanna. Kalau orang lain tadi I dah lari dah’ seloroh wanita itu.

‘Dahlia, dun worry love you more dear’ jawab Daniyal. Muka wanita bernama Dahlia itu merah.

‘What??’ Aryanna menyiku perut Daniyal. Kemudian tertawa kecil ‘You should thank to me sebab I’m the one yang rakam lagu tu semalam’

‘Ye thank you my baby sis. Mission melamar berjaya.’

‘Im not baby! Annoying brother!’ balas Aryanna.

‘I dun believe you Dan. I know you love Aryanna more’ sampuk Dahlia.

‘Hahaha...i can't control her...crazy girl’ ujar Daniyal kepada Dahlia.

‘Why? Aryanna buat hal ape pulak?’ soal Dahlia ingin tahu

‘She’s running around kat kem ni then saying I Love You kat pelajar lelaki sekolah lain. Kecoh dah semua’ Daniyal menjeling Aryanna tajam.

‘What?? Why? ramai yang handsome2 ke?’ Dahlia mengangkat kening kepada Aryanna. Aryanna mengangguk laju.

‘Dear, u jangan macam2. U tu jauh, kat korea plak. Jangan oppa2 sangat’ ugut Daniyal pada Dahlia.

‘Uwekkk...’ loya tekak Aryanna mendengar Daniyal seakan sengaja memanjakan suaranya. Dahlia tertawa.

‘Elehhh...dear you tahu tak adik kesayangan saya ni dah ade crush level maut’

‘Serius la? Handsome?’

‘Handsome I lagi. Betulkan?’ Daniyal memandang Aryanna meminta kepastian.

‘Ermmm...jujurnya kalau bab handsome...handsome lagi oppa malam tadi’ jawab Aryanna.

‘Sape? Oppa ape? Semua pelajar yang datang ni sebaya awak je’

‘Usia tu tak kira, asal handsome then Oppa! Kan Kak Dahlia?’
Dahlia yang masih dalam talian angguk membenarkan.

Daniyal mencebik ‘Oppa mane agaknye’

‘Daffa Haiyan’ nama itu muncul dari mulut Aryanna.

‘Sekolah mane?’ soal Daniyal lagi

Aryanna angkat bahu tanda tidak tahu. Hampir 20min perbualan mereka sebelum Daniyal mengakhirkan panggilan. Dia kemudian mengajak Aryanna ke khemah untuk persiapan makan tengahari.

‘Harghh!’ sergah Daniyal.

Aryanna terkejut dari lamunannya berkenaan peristiwa itu.

‘Stop it!’ keluh Aryanna.

‘Why? Why?’ soal Daniyal duduk mencangkung menghadap Aryanna yang duduk dikerusi.

Aryanna menggeleng2 kepala. ‘Sebab ni la orang salah faham ni’

Daniyal mengubah duduknya, duduk disebelah Aryanna ‘Alahh gurau sikit tak boleh. Nape? Orang cakap ape?’

‘Tak de ape’

Mereka diam seketika merenung unggun api yang dihidupkan Daniyal. Pelajar mula sibuk mandi dan bersiap menanti azan magrib.

‘Abang’ panggil Aryanna

‘Hahhh..lama tak dengar tu. Nape?’ Daniyal memandang Aryanna. Dengan panggilan itu pasti ada yang berat dihati Aryanna.

‘Kita bukan mahram kan?’ soal Aryanna perlahan.

Daniyal mengeluh kecil kemudian menggelengkan kepala.

‘Jadi kita bukan adik beradik kan? Rian bukan adik abang ke?’ ada sebak disuara Aryanna.

Daniyal terdiam, tidak tahu apa yang perlu dikatakan untuk menyedapkan hati Aryanna.

‘Rian memang betul yatim piatu ke?’ sambung Aryanna. Wajah arwah ibunya muncul dibenak fikiran. Saat itu rindu pada ibunya mencengkam jiwa.

‘Ape Rian cakap ni? Abah, abang...Rian nak campak mane?’ suara Daniyal mula serius. Dia tidak mahu Aryanna menbangkitkan perkara itu.

Aryanna senyum tawar. ‘Saje’

‘Jangan cakap pelik2 boleh tak?’ Daniyal menegaskan suaranya.

‘So kalau bukan mahram, kita boleh kahwin la?’ Aryanna cuba mengubah topik untuk menceriakan kembali suasana yang agak suram.

‘Harus. Nape? Nak kahwin dengan abang ke?’ soal Daniyal mengelip2kan matanya kepada Aryanna.

Aryanna buat muka lalu berdiri ‘Hehh?? No. Never, ever!!' balasnya. Sambil menggelengkan kepala Aryanna segera berlalu.

‘Why? Why not me?’ jerit Daniyal. Aryanna buat pekak. Daniyal tertawa sendiri. Namun dadanya terasa bagai dihimpit batu. Ini kali pertama Aryanna menanyakan status mereka. Aryanna masih bayi ketika abah berkahwin dengan ibu Aryanna. Tidak pernah sedikit pun dia merasakan Aryanna bukan darah dagingnya. Walaupun hanya 4 tahun membesar bersama Aryanna banyak memori yang disimpannya. Aryanna pernah didukung kehulu kehilir, dimandikan, didandan rambut dan bermain bersama. Meskipun tiba2 mama merampas semua itu, Daniyal tidak pernah lupa mendapatkan berita Aryanna. Abah sering menghantar video2 Aryanna melalui emailnya agar tidak diketahui mama. Dia juga sering menghubungi Aryanna melalui email dan Instagram apabila Aryanna sudah besar. Aryanna juga selalu menghantar video nyayiannya. Setiap kali pulang ke Malaysia, dia akan mencuri2 berjumpa abah dan Aryanna. Summer breaknya selalu diluangkan bersama Aryanna. Tiba2 rasa kesal terbit dihatinya apabila dia meminta Aryanna merahsiakan hubungan mereka disekolah. Bimbang mama tahu dan akan memaksa dia pulang ke US semula. Sekali lagi Daniyal melepaskan nafas berat.

~Cinta. Apakah ada terjemahan makna perkataan itu~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience