BAB 1 : FIRST LOVE

Fantasy Completed 1367

Angin yang bertiup lembut menggugurkan daun-daun kecil ke rambutnya. Sesekali dia menepis daun-daun itu sambil mengeluh kecil. Seketika dia mendongak ke atas memerhatikan pohon tempat dia berteduh itu. Sinar matahari dari celah-celah dahan membuatkan dia mengecilkan matanya sambil menahan dengan telapak tangannya.

‘Wahhh..cantiknya’ dia mengagumi kejadian alam yang indah. Batang pokok tempat dia bersandar ditepuk perlahan. Pokok itu sudah bagai sahabat yang menemaninya. Dia kembali membelek buku nota bersaiz A4 ditangan sambil mencatat sesuatu.

‘Fuhh...990. Aishhh 10 to go’ dia mengeluh panjang sambil menghentak2 perlahan belakang kepalanya ke dahan pokok.

Tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang dengan agak kuat. Buku nota ditangan terpelanting. Hoodie yang menutupi kepalanya tadi terjatuh ke bahu. Dia menoleh ke belakang sambil menarik semula hoodie ke kepala.

‘Weyyy Dami...sakit doo’ tempelaknya kepada seorang gadis yang sedang berdiri ditepi.

Gadis kecil molek yang menepuk kepalanya itu senyum sinis sambil mengutip buku nota yang jatuh ketanah. Membelek-belek helaian nota itu lalu duduk disebelahnya.

‘Ish...ish...mental kau ek Aryan. 990 dah ye? Memang gile kau ni, bodoh pun ade’

‘Damia Alisya, bahasa tu jaga sikit’

‘Aryanna Delara, kepala otak tu sedar sikit. Be normal person boleh tak?’ ujar Damia sambil mencebik.

‘Diam la kau’ Aryanna headlock sahabat baiknya itu.

Damia ketawa kecil. Wajah Aryanna Delara direnung.

‘Ape?? Nak cakap ape lagi?’

‘Kesian kawan aku ni, Nak kata tak cantik, dah cantik. Muka glowing macam idol dah. Kira no 2 paling cantik la kat sekolah ni. Tapi sayang otak tak berapa betul’

‘Bodoh la kau ni. Sape no 1 yang cantik?’ soalnya curiga.

‘Aku la’ balas Damia sambil mengibas rambutnya yang melepasi bahu.

‘Betul dah tu. Injeong!’ Aryanna ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Damia. Damia sengih mendengar perkataan ‘injeong’ disebut Aryanna yang membawa maksud ‘indeed’ ‘sahih’.

Dia mudah merasa terhibur setiap kali Aryanna menyebut sesuatu dalam bahasa korea. Sahabat baiknya itu dikenali sejak mereka berusia 5 tahun lagi. Aryanna Delara seorang gadis yang sentiasa ceria. Mata hazelnya berkaca setiap kali dia ketawa. Dan ketawa itu selalu menjadi penghibur Damia Alisya.

‘Aku tak faham la Aryan. Kenapa kau suka sangat kat Si Aiden tu. Aku sakit hati betul dengan dia bila fikir apa dia suruh kau buat’ Damiya acah menggenggam penumbuk,

Aryanna senyum. ‘Dia kan my cheossarang’

Damia menggeleng-geleng kepala ‘Tak habis2 dengan cheossarang dia tu, first love. Kau ni banyak sangat tengok kdrama sebab tu la’

Aryanna ketawa lagi melihat reaksi Damia. Damia menggelengkan kepala berkali2. Adakalanya sukar memahami sahabatnya itu. Gadis yang susah sekali untuk melihatnya bersedih. Hidupnya bagai tiada masalah. Aryanna Delara terkenal disekolah mereka sebagai gadis cantik yang berperwatakan tomboy. Wajahnya berbentuk jantung, bermata bulat dengan anak mata berwarna hazel, kulitnya kuning langsat. Tahi lalat kecil disisi matanya menambah lagi seri diwajah gadis itu. Namun kecantikan itu bagai tenggelam dengan sikap tomboy nya. Dia sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti disekolah malah padang bagai rumah keduanya.

‘Kira ok dah la kan. Masa aku tak suka sape2 kau complaint banyak sangat. Cakap aku gay la. Ni kurang2 aku dah pilih satu dah, handsome pun handsome. Chill je la’

‘Ye a handsome macam Jang Ki Yong oppa....hehe. Hahh tapi sebab tu la lagak Aiden tu macam tu. Kau tu bukan tak de orang nak, Aryanna Delara cheossarang semua student kat sini tapi Aiden tu jugak kau suka...badboy!’

‘Ape? Cheossarang semua orang? Kau pun sama kan...kdrama sangat statement kau!’

‘Ye la, sebelum ni dah ramai peminat. Ni sejak misi 1000 kau ni makin parah aku tengok. Nah ni penuh atas meja kau tadi, tak cukup meja kau, meja aku pun jadi mangsa’ Damia membuka zip beg galasnya, plastik penuh berisi coklat dan kotak hadiah diletakkan dipeha Aryanna.

Ketawa Aryanna semakin besar kali ini. ‘Rezeki kau la tu’

‘Bodoh la dia ni. Appreciate sikit fan bagi’ kepala Aryanna ditunjal.

‘Ye la..ye la! Kau ingat aku kpop idol ke nak ade fan?'

Damia mencuihkan bibir 'Bila nak habis misi kau ni. Aku serabut dah tengok kau tak bape normal ni’

‘Lagi 10. Rileks la. Lagi 2-3 hari habis la’ Aryanna menghitung dengan jari jemarinya.

‘Kau nak cari mane? Sekolah kita ni dah habis dah kau tapau ikut barisan. Sekolah sebelah tu pun dah takmde calon dah, sampai mengamuk girlfriend2 orang’

‘Rileks! Chill! Masa kem nanti ade ramai calon’ Aryanna angkat kening dengan pandangan nakal.

‘Aishh!!’ Damia merengus sambil angguk kepala perlahan. Malas melawan cakap dengan Aryanna tentang itu.

‘Dah la. Jom gi cafe minum. Haus la’ Aryanna bangun dari duduknya. Menggalas beg dan menarik tangan Damia untuk turut bangun.

‘Kau belanja’ ujar Damia

‘Ye’

Cafe sekolah agak lengang ketika mereka sampai disitu. Hanya sekumpulan dua pelajar yang masih duduk makan berhampiran. Aryanna meletakkan beg diatas meja, nota ditangan dimasukkan kedalam beg. Hoodie yang menutupi kepalanya ditarik ke belakang. Rambut lurus yang melepasi bahu di ikat ke atas.

‘Aku pergi beli air, kau tunggu sini’ ujar Damia. Turut meletakkan beg dimeja. Aryanna mengangguk dan menghulurkan note RM10.

Dia menarik kerusi lalu duduk. Matanya memerhatikan sekeliling cafe. Lagi beberapa bulan dia, Damia dan rakan-rakan lain akan meninggalkan sekolah ini. Kemudian perjuangan baru akan bermula di kolej pula. Cabaran dunia yang berbeza. Pastinya akan merindui banyak perkara disekolah ini. Malah nasi ayam cafe ini yang menjadi kegemarannya. Lamunannya terhenti bila melihat kelibat seorang pelajar lelaki. Berpakaian lengkap jersey bola sepak sambil mengepit bola ditangan. Berjalan semakin menghampiri cafe sekolah. ‘Aiden Adrian’ bisik hatinya. Aryanna segera mengalihkan pandangannya ke Damia yang sedang menunggu air di kaunter. Tangannya ditongkat ke pipi. Berharap Aiden Adrian tidak perasan dia disitu.

‘Ehh Aryanna Delara' suara Aiden Adrien menyapanya.

Aryanna mengeluh perlahan. ‘Ishhh’ keluhnya dalam hati.
‘Hahh..Aiden. Anyeong!’ mukanya kemerahan saat Aiden menarik kerusi dan duduk di sisi.

Aiden tergelak kecil melihat reaksi gadis di depannya. Gadis yang terkenal bersikap agak tomboy disekolah mereka itu kini seakan berbeza bila berhadapan dengannya.

‘Tak berlatih netball ke hari ni?’ soal Aiden.

‘Ermmm...esok. Hari ni ade kelas’ suara Aryanna bergetar.

‘I cant wait untuk video ke 1000’ Aiden menundukkan kepala mencari wajah Aryanna yang dari tadi tunduk merenung meja.

‘Sure!’ Aryanna segera mengangkat kepala, dengan suara penuh keyakinan dia menyambung ‘Very soon..’ Aiden tertawa lagi melihat wajah Aryanna yang semakin kemerahan.

‘Qwiyeopda’ ujar Aiden sambil bangun dan menarik hoodie Aryanna ke atas kepala hingga menutup mata gadis itu.

Aryana lantas menangkupkan wajahnya ke meja. Damia yang menyaksikan adegan tu ketika menghampiri mereka segera menjeling tajam ke arah Aiden Adrian. ‘Blah!!’ ujarnya tanpa suara memberi isyarat menyuruh Aiden Andrian pergi. Aiden menjelirkan lidah sambil mengejek lagak Damia . Dia lalu bangun dan sebelum berlalu sempat berbisik kepada Aryanna ‘Oppa pergi dulu ye’

‘Wahhh...sejak bila pulak mamat tu pandai cakap2 korea ni. Ape? Qwiyeopda?? Opaa? Wahhh...panas aku. Nak drama ala2 oppa plak. Yang kau ni tangkup kepala macam tu buat ape? Syok lar die cakap kau comel tu’

‘Diam...diam Damia Alisya’ Aryanna menghentak kepala dengan perlahan beberapa kali ke meja.

Damia menggeleng-gelengkan kepala. Minuman ditangan dihirup laju. ‘Nah minum ni lagi bagus dari kau pecahkan kepala kau tu’

Aryanna menolak kembali hoodie ke belakang, milo ais yang dihulur Damia segera dicapai dan diteguk. Habis air diteguk, dia mencapai beg dan terus bangun ‘Jom balik’

Damia terkial-kial menghabiskan air ditangannya dan segera mengekori Aryanna yang sudah laju mengatur langkah menuju ke tempat parking motorsikal. Setiba dimotorsikal, Aryanna lantas menyarung helmet dikepala, Damia juga. Kedua-duanya menunggang CBR150 mereka keluar dari perkarangan sekolah. Motorsikal itu hadiah dari bapa Damia kepada mereka ketika menyambut ulangtahun kelahiran Damia sebulan yang lalu.

Langit mula merah ketika mereka tiba di perkarangan sebuah rumah banglo satu tingkat yang agak jauh dari kediaman yang lain. Aryanna dan Damia memberhentikan motorsikal dan mematikan enjin. Helmet dibuka dan dijinjing masuk ke dalam rumah.

‘Assalamualaikum’ serentak mereka memberi salam.

‘Waalaikumussalam’ sahut dua suara dari dapur.

Mereka pandang satu sama lain. Suara yang amat dikenali mereka dan bau masakan menusuk ke hidung. Mereka segera berlari ke dapur. Dua lelaki separuh usia yang sedang memasak tadi tersenyum melihat mereka.

‘Abah! Papa!’ mereka memeluk erat kedua-dua lelaki itu.

‘My babies’ balas lelaki yang dipanggil Papa, Haris ayah kepada Damia.

‘My princess’ balas Abah pula, Daim ayah kepada Aryanna.

‘Could both of you please stop calling us that’ Aryanna melepaskan pelukan mereka, tangannya mencubit telur dadar diatas meja makan.

‘Why?? I like that’ Damia mencebik.

‘Coz you never grown up’ Aryanna merengus.

‘Ooo...so anak papa yang ni dah besar sangat la ni’ Haris mengusap kepala Aryanna. Aryanna mengangguk sambil tersenyum. Daim sekadar ketawa kecil.

‘Aah...dah besar la sangat sampai dah ade cheossarang!’ usik Damia.

Aryanna lantas menutup mulut Damia dengan tangannya.

‘Hah? Anak abah dah ade buah hati?’ sampuk Daim.

Aryanna menggeleng laju. Damia pula mengangguk kepala beberapa kali sambil cuba mengalihkan tangan Aryanna yang menekup mulutnya. Haris dan Daim tertawa.

‘Dah tu, pergi mandi. Lepas tu boleh makan. Nanti nak masuk magrib plak’

Aryanna dan Damia akur. Mereka berjalan masuk ke bilik dan mandi. Usai mandi mereka kembali ke meja makan. Haris dan Daim sudah menanti. Aryanna menyenduk nasi ke pinggan untuk mereka. Damia menuang air kedalam gelas-gelas. Daim kemudian membaca doa makan.

‘Papa dengan abah kata outsation sampai esok’ Aryanna memula bicara.

‘Papa habis meeting awal pagi tadi, abah kata dia masih larat nak drive balik so kami balik, rindu kat my babies ni’ jawab Haris.

‘Aishh...papa!’ Aryanna bagai malu masih digelar begitu. Damia senyum sambil meletakkan kepala ke bahu Haris.

‘Kita sambung pasal buah hati’ usik Haris menjeling Aryanna.

‘No...nothing’ Aryanna mengerakkan jari telunjuknya sebagai isyarat tidak.

‘Aryan kan papa..abah...’ belum sempat Damia menyambung ayat, Aryanna menyumbatkan nasi kemulutnya.
Haris ketawa besar. Daim tersenyum memerhatikan gelagat tiga beranak itu. Melihat layanan Haris kepada anaknya membuatkan dia bersyukur. Aryanna sudah bagai anak sendiri bagi Haris, majikannya itu. Sejak kehilangan isterinya, Aishah 2 tahun yang lalu, dia tinggal bersama Haris. Damia adalah orang yang paling gembira bila dia buat keputusan tinggal dirumah majikannya itu.

Aryanna perlukan Damia seperti mana Damia memerlukan Aryanna ketika Haris kehilangan isterinya dalam kemalangan jalanraya 12 tahun lalu. Damia membesar dengan kasih sayang isterinya, Aishah dan Aryanna sebagai teman. Sehingga lah Aishah pergi selamanya kerana kanser. Meninggalkan Aryana dan Damia bergantung antara satu sama lain. Menjadikan mereka pengubat satu sama lain.

Haris yang seakan memahami apa yang dalam fikiran Daim menyeduk daging masak merah yang dimasaknya kepinggan Daim sambil tersenyum. Tanpa Daim dan Aryanna dia tidak tahu bagaimana dapat diteruskan hidup dengan Damia yang masih terlalu kecil ketika kehilangan ibunya. Hampir 2 bulan Damia diam tidak bersuara dan makan juga kena paksa. Kemalangan yang dialami mereka meragut nyawa isterinya, Khadijah. Haris yang memandu dan Damia yang dalam pelukan ibunya ketika itu hanya cedera ringan. Sejak kematian isterinya Haris bagai hilang arah bila Damia menjadi bisu akibat terkejut sehinggalah Daim datang bekerja dengan dia. Menjadi pemandu peribadinya. Aryanna membuatkan Damia kembali bersuara dan mula bermain bersama. Aishah, isteri Daim pula menjadi pelepas rindu Damia pada ibunya.

Sesudah makan malam tadi, Aryanna duduk di gazebo dihalaman rumah sendirian sambil melukis potret seseorang didalam notanya. ‘Aiden Adrian?’ dia merenung lukisan itu. Ye potret itu milik Aiden Adrian. Cuma bezanya dipotret itu Aiden Adrian berambut panjang separas bahu. Matanya juga sedikit berbeza. Hatinya bagai pedih, rasa rindu yang semakin lama semakin perit menghimpit dada. Diketuk dadanya beberapa kali. Damia yang sedari tadi memerhatikan Aryanna dari balik tingkap bilik segera berlari keluar memdapatkannya. Situasi itu sudah beberapa kali dialami Aryana sejak beberapa bulan ini. Dan semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Papa dan abah pula sudah ke surau sejak magrib tadi.

Damia mengurut2 belakang Aryanna. Seperti biasa, Aryanna akan menangis tanpa suara. Nafasnya bagai tersekat dan airmatanya akan mengalir deras. Sehingga lah hilang tenaga baru lah Aryanna akan diam, lemah. Tangan Aryanna digenggam erat dan dipimpin masuk ke bilik. Aryanna dibaringkan kekatil, Damia menarik selimut menutupi tubuh Aryanna. Beberapa ketika kemudian, Aryanna tertidur. ‘Kenapa dengan kau Aryanna? bisik hatinya, tidak memahami keadaan sahabatnya itu. Apakah serius itu perasaan Aryanna Delara pada Aiden Adrien' bisiknya sendiri.

Perlahan Damia menarik buku nota yang dipeluk erat Aryanna. Potret yang dilukis Aryanna direnung dalam. ‘Aiden Adrian’. Tergiang ditelinganya ayat biasa yang Aryanna akan sebut sebelum dia tertidur selepas penat menangis.

‘Damia, aku rindu dia’

~Mencintai seseorang yang nyata bukan ditakdirkan untuk kita adalah satu luka yang dicipta oleh diri sendiri. Dan luka dari diri sendiri itu takkan pernah pulih~ Tulisan ini dah lama aku simpan. Berkali2 ulang ubah, baiki sampai bertahun terperuk dalam otak. Lagak je macam penulis handalan tapi hakikatnya Aku bukan siapa2 pun. Menulis sebab nak kurangkan otak yang tak mahu berhenti fikir perkara2 lain yang membebankan. Menulis bagai mengembalikan jiwa aku. Maka aku hanya menulis suka2. Arghh...banyak kekurangan tapi maafkan lah kelemahan. Izinkan aku terus menulis agar aku rasa seperti hidup. Terima kasih pada yang sudi membaca hasil tulisan ini. Korang kekuatan aku. Aku suka Lagu. Kau boleh bercerita dalam penulisan dan Lagu. Sebab tu aku banyak guna lagu. Korang rajin korang cubalah macam aku, baca sambil dengar lagu berkaitan. Baru aku rasa lebih bernyawa atau aku sorang je Rasa macam tu ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience