Damiya merebahkan badannya disebelah Aryanna. Novel ditangan Aryanna ditarik dan disorokkan dibawah bantal.
'Kau ni aku balik jauh2, kau baca novel plak!'
'Siang tadi kan dah keluar dengan kau!'
'Heyy gurlll...bukan dengan aku, dengan Aiden'
'Habis tu yang kita dinner dengan Aiden, Fauzee tu ape?'
'Tu makan. Aku nak borak la' Damiya memusingkan badannya mengadap Aryanna.
'Semalam pun dah borak!'
'Aku nk borak hari2 sampai aku balik UK balik. Aku rindu kau la'
'Ye la...ye la. Nak borak ape?'
'Cerita la pasal kolej kau, pasal Aiden'
'Hehh?? Kolej aku biasa je. Kau nak tengok, esok kau datang je. Aku nak cite ape? Tak reti la'
Damiya buat muka meskipun dia tahu Aryanna bukan banyak bercakap. Dia sentiasa tiada topik untuk berbual. Damiya selalunya yang memulakan perbualan. 'Susahla introvert macam kau ni. Introvert kau ni level maximum tau tak!' rungutnya.
'Ye la...aku nk cerita apa? Cuba kau tanya!'
'Ok...apa perasaan kau jadi junior Aiden?'
'Tak de rasa ape2. Biasa je. Bukan satu course pun'
'Lecturer ade yang handsome2 tak?'
'Ahjussi semua!'
'Memang la tapi ahjussi macam Wangsoo ade?'
'Ermmmm....x de!'
'Oppa2 handsome?'
'Ermmm....aku tak sempat nak tengok'
'Ishh...boring la die ni!'
'Aku dah kata tak de ape nak cerita pun life kolej aku. Kau pergi je la esok, kau tengok sendiri'
'Ok. Esok aku datang'
Aryanna senyum merenung Damiya. Haruskah dia meluahkan apa yang ada dalam hatinya pada Damiya? Tak boleh. Dia tidak mahu mengganggu Damiya. Gadis itu sudah seperti darah dagingnya. Kasih sayang Damiya padanya terlalu besar untuk ditafsirkan. Damiya tidak akan berdiam dan membiarkan dia sendiri seandainya Damiya mengetahui hal sebenar. Damiya akan tinggalkan segala-galanya termasuk pelajarannya. Dia tidak mahu Damiya berkorban demi dirinya. Malah tidak mahu abah, Daniyal dan papa susah kerananya.
'Nape tengok aku macam tu?'
'Saje. Rindu kau'
Damiya tertawa kecil 'Kannn'
'Dami, terima kasih'
'Kenapa? Tiber?? Kau jangan takutkan aku!'
'Tak de la. Cuma bila kau tak ada aku terasa sangat sunyi. Terima kasih sebab kau jadi adik aku, best friend aku!'
'Adikk?? Yarghhh...aku lahir dulu. Unnie'
Aryanna ketawa. Sudah agak itu jawapan Damiya. 'Ye...unnie'
'Ok, cuba cite kat unnie ni about...Aiden Adrien'
'Nape ngan die??'
'Cinta berputik kembali?'
'Bila pulak aku bercinta dengan die?'
'Dulu...cheossarang kau!'
'Ishh...itu apa...itu konfius je.'
'Tapi kau tak rasa ke dia memang betul2 suka kau..Aku tengok cara dia pandang kau, layan kau makan tadi pun dah tahu'
Aryanna diam seketika. Wajah Aiden yang tersenyum memimpin tangannya saat dia diserang panic attack siang tadi muncul. Tenang dan tersenyum. Sesak di dadanya bagai hilang saat itu. Namun dia masih terlalu takut dengan dirinya. Apakah bayang Daffa Haiyan yang dirasakannya saat Aiden berada dengannya.
'Kau kena belajar menerima orang lain, Aryan. Aku mahu kau lupakan Daffa. Kau tahu dia cuma imaginasi kau'
'Aku pun berharap dia hanya imiginasi aku, Dami' jawabnya hanya dalam hati.
'Aku risaukan kau. Tak de hari yang aku tak risaukan kau sepanjang aku kat sana. Tapi aku lega kau sudah mula ke kolej, keluar. Aiden banyak beri kesan kat kau sekarang. Kau mesti cuba, Aryan. Kau tahu aku sayang kau kan?'
Aryanna angguk dan tersenyum. Mata Damiya yang berkaca membuatkan dia turut sebak. 'Aku sedang cuba, Dami'
'Elok la tu. Sekarang ada Aiden, kurang sikit risau aku. Maknanya tak salah aku bagitahu abah suruh register kau belajar kat situ'
'Yargghhh...kau rupenye' Aryanna mencapai bantal peluk dicelah kakinya fan dihempukkan ke badan Damiya.
Damiya ketawa berdekah2. 'Yela...aku ajak belajar kat UK kau tak nak. Bukan kau tak boleh dapat sponsor pun'
'Bodoh la dia ni!'
'One day kau akan berterima kasih kat aku'
'One day?? One day bila?? Bila??'
'Bila Aiden cakap 'Aku terima nikahnya Aryanna Delara Daim Anding'
'Bodoh! Bodoh giler!'
Damiya segera melompat turun dari katil dan berlari ke bawah. Aryanna mengejarya dengan bantal peluk ditangan.
'Abah...abah! Tolong Dami' Damiya menyorok dibelakang Daim.
Haris yang duduk di sofa geleng kepala melihat telatah kedua anak perempuannya itu.
'Dah malam2 masih bergurau macam ni?' soal Daim. Meskipun begitu dia seolah2 cuba melidungi Damiya.
'Papa, tengok Dami' adu Aryanna pada Haris. Dia mengalah dan duduk disebelah Haris. Tangan Haris dipeluk.
'Nape? Dami buat ape? Tell me' balas Haris.
'Mane ada. Dami cuma cakap one day dia kena terima kasih kat Dami sebab Dami suh abah hantar die kat kolej tu. So dia dapat jumpa Aiden' Damiya mencebik bibir.
'Ok. Whats wrong with that?' soal Haris memandang Aryanna.
'Tapi papa...Dami..'
'Dia marah Dami cakap one day Aiden gonna say this..Aku terima nikahnya Aryanna Delara Daim Anding' sambung Damiya sambil buat2 bersalaman dengan Daim.
Daim dan Haris ketawa besar dan serentak berkata 'Sah!'
Aryanna menggetap gigi. Matanya tajam memandang Damiya.
'Ok. Papa and Abah ok je. Dekat pun dekat. Senang kata orang. Balik raya tak gaduh' usik Haris.
'Betul' sampuk Daim.
'Malas la nak cakap. Sama je papa, abah ngan Dami' ucap Aryanna buat muka merajuk dan bangun dari duduknya.
'Anak dara memang macam tu. Malu tandanya mahu' sambung Haris masih mengusik. Aryanna buat tak dengar, dia menutup telinganya sambil menyanyi kuat menaiki tangga.
Damiya ketawa. Dan kemudian duduk disebelah Daim.
'Kuat mengusik la kamu ni Dami' ujar Haris.
'Saja..Rindu nak tengok dia macam dulu, papa' jawab Damiya.
'Hrmm...papa pun sama'
'Dah banyak juga perubahan dia. Alhamdullilah' balas Daim.
'Dengar kata siang tadi kena panic attack lagi. Betul ke Dami?' soal Haris.
'Ye, pa. Tapi mujur Aiden ade. Dami tinggalkan dia dengan Aiden. Sorry papa, abah. I dun expect that. Masa Dami sampai Aryanna dah start kena attack. Dami nak masuk tapi tengok Aiden dah pergi kat Aryanna. Dami ada ambik video diorg if abah nak tunjuk pada Doktor Haiqal'
Damiya mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket baju tidurnya. Video itu dihantar kepada Daim dan Haris.
Daim dan Haris menyaksikan video itu dengan teliti. 'How did he think to do that?' soal Haris perlahan bila melihat Aiden meletakkan earpohone ditelinga Aryanna.
'Ye. Its not easy nak tenangkan Aryanna bila dia kena panic attack. Abah pun tak mampu secepat itu boleh tenangkan dia' sambung Daim.
'I think he know Aryanna better, papa, abah. Mungkin jugak Aiden tu sendiri memang penyebab besar untuk Aryan'
Haris dan Daim angguk membenarkan kata2 Damiya.
'Wow...Dr Damiya, baru setahun belajar dah hebat ni' puji Daim kepada Damiya yang sememangnya mengambil jurusan psikologi. Damiya senyum bangga.
'I think you can share this video dengan Dr Haikal' ujar Haris pada Daim. Daim angguk.
*****
Aryanna melabuhkan punggung dikerusi. Cafe petang itu agak lengang. Hanya beberapa kumpulan kecil pelajar sahaja ada di situ. Dia menanti Damiya yang berjanji untuk datang ke kolej nya. Caffe latte ais diteguk. Matanya sesekali melihat ke luar. 'Mana Dami ni' getusnya sendiri.
'Excuse me' seorang gadis menyapanya. Aryanna sedikit mendongak memandang gadis itu, cantik. Berambut ikal panjang melepasi bahu. Bersamanya ada 2 gadis lain.
'Yes?' jawabnya.
'Aryana Delara?' tanya gadis itu.
'Yup!'
'Saya Sofeya' sambung gadis itu lagi sambil menyelak rambutnya ke belakang.
'Ok. Hi Sofeya' Aryanna 'blur'. Mula merasakan ada yang tidak kena.
'You tak kenal I?' soal Sofeya.
Aryanna geleng. Masa kan dia kenal sesiapa dikolej itu kecuali rakan sekelas nya. Dia tidak bergaul atau ambil tahu hal2 lain yang tiada kaitan dengan urusan pelajarannya.
'Junior?'
Kali ini Aryanna angguk. 'Ye. Kenapa?'
'Patut la tak kenal I. I Sofeya Hani, girlfriend Aiden Adrien'
Aryanna agak tersentak dengan kata2 gadis bernama Sofeya Hani itu. Dia bangun dari duduknya. Rasa agak kurang adab jika dia terus duduk dan membiarkan tiga gadis itu berdiri.
''Kau dengar tak? Sofeya ni girlfriend Aiden. Kau faham tak?' tempelak gadis disebelah Sofeya.
'Ok. Sofeya ni girlfrien Aiden. Faham. So?' soal Aryanna pelik.
'So kau jangan la nak jadi penyondol pulak. Aku tahu la zaman sekarang penyondol tu jadi trend. Tapi kau jangan kacau Aiden. Kau faham tak?' sambung Sofeya pula.
'Fuhh..' Aryanna menghela nafas dalam. 'Penyondol? Who? Me??' soalnya pelik.
'Kau jangan buat2 pelik pulak. Kau ingat aku tak tahu kau ke hulu ke hilir dengan Aiden. Makan, lepak, menyanyi tepi padang. Then aku dengar semalam kau keluar dengan Aiden!' suara Sofeya bagai bergema satu cafe itu. Semua mata tertumpu pada mereka.
'Damn...apa hal pulak ni' bisik Aryanna dalam hatinya. Situasi itu agak asing baginya. Sepanjang hidupnya belum pernah drama begitu terjadi. Dia tidak tahu bagaimana untuk beri reaksi balas. Patut ke aku tiru je aksi2 dalam drama. Aryanna menggaru kepala yang tidak gatal.
'Are you deaf?' soal kawan Sofeya.
'Apa masalahnya sebenarnya ni? Aiden is my friend. I know him since we are 6 years old!' itu sahaja yang terfikir di kepalanya saat itu.
'Friend? Satu kolej dah tahu yang Aiden suka kau. Kalau tak sebab kau, Aiden takkan tinggalkan Sofeya. Kau ingat kau cantik sangat ke?'
'Lahhhh....bila pulak aku rasa aku cantik?' Aryanna mula rimas. Berinteraksi dengan orang tidak dikenali sahaja bagai satu beban buatnya apatah lagi interaksi sebegitu.
'And 1 more, if you gurls think Aiden suka aku then you should ask him. Why you ask me?' tambah Aryanna.
'Kau memang kurang ajar kan? Mak ayah kau tak ajar hormat orang ye?' Sofeya mencapai cafe latte dimeja, cuba mencurahkan ke wajah Aryanna. Aryanna pantas mengelak ke sisi. Air itu tumpah ke lantai.
Melihat situasi itu, rakan Sofeya mengangkat tangan, cuba menampar Aryanna. Namun pantas Aryanna menahan tangan itu dan memusingkan tangan gadis itu ke belakang.
'You got wrong person gurl. You can insult me as many as you want but not my mother or my father' dengan keras Aryanna melepaskan semula tangan rakan Sofeya.
Ketiga2 gadis itu kelihatan terkejut. Reaksi Aryanna itu sangat tidak diduga. Gadis ala tomboy itu dikatakan pendiam dan agak sukar untuk bercakap dengan sesiapa. Tetapi karektar Aryanna sekarang buat mereka kaget seketika.
'Well...you better run babe. She have black belt' sampuk Damiya yang baru melangkah masuk ke cafe. Dia kemudian menghampiri Aryanna. Menepuk belakang Aryanna menenangkannya.
'By the way. I Damiya, her sister' Damiya melirik tajam kearah ketiga2 gadis itu. Kau ok ke?' soalnya pada Aryanna.
'Oushhh...main mak bapak pulak' rungut Aryanna sambil menguak rambutnya ke belakang. 'Nasib baik perempuan je, kalau tak..oushhhh!!'
Aiden dan Eddy tiba2 menerpa masuk ke cafe. 'Kenapa ni? Kau buat ape ni Sofeya?' soalnya keras pada Sofeya.
'Perempuan ni cuba pukul I' jawab Sofeya.
'Oushh...kang aku belasah kau betul2 kang' Aryanna geram mendengar tuduhan itu.
'Rileks2' bisik Damiya.
'Aku tanya kau, kau buat apa pada Aryanna!' tempik Aiden.
Sofeya bagai mahu menangis 'You menangkan perempuan ni? Dia nak rampas you dari I!'
'Rampas ape? U siapa dengan I yang u nak cakap macam tu?'
'Aiden! You tahu I suka u. Sejak perempuan ni datang, u dah jarang dengan I. Asyik dengan tomboy ni!'
Aryanna senyum senget mendengar kata2 Sofeya. 'Yarghh Aiden. Kau bawak girlfriend kau ni blah. Korang pergi bincang jauh skit. Semak la. Bawa sekali ni dua2 ni blah sekali' jarinya ditunding kearah kedua2 kawan Sofeya.
Aiden mengeluh, dia menarik tangan Sofeya untuk keluar. Kedua rakan Sofeya ikut dari belakang.
'Stop!' Aryanna tiba2 bersuara.
Aiden dan Sofeya menoleh. Aryanna berjalan menghampiri mereka. Dan menadah tangannya kepada Sofeya.
'What??' soal Sofeya kasar.
'RM10.90!' jawab Aryanna. Wajah Sofeya dan rakan2nya berkerut. Begitu juga Aiden.
'What???'
Aryanna merengus dan menjawab dengan muka selamba. 'The price for my latte'
Sofeya menahan bengkak dihati. Dia mengeluarkan note RM20 dan menyerahkan pada Aryanna. 'Keep the change'
'Its ok. I have change' Aryanna mengeluarkan note RM10 dari poket hoodie nya dan menarik tangan Sofeya lalu meletakkan note 10 itu. 'Aku cut 90cents sebab aku dah minum skit. So gurl next time make sure u use mineral water ok. Thats lagi jimat' perli Aryanna lalu meninggalkan mereka. Namun dia sempat berbisik kepada Aiden 'You always have bad taste'
Aiden menggetap gigi dan terus menarik tangan Sofeya untuk beredar. Eddy yang berdiri di sebelah Damiya ternganga melihat tindakan Aryanna itu. 'She is crazy' ujarnya perlahan.
'Thats my gurl!' Damiya menepuk bahu Eddy.
Aryanna menarik nafas dalam dan menghampiri Damiya dan Eddy. Melihat Aiden sudah hampir keluar pintu dia menjerit kuat 'Sofeya, by the way I hate boys. If Aiden let you down, u can come to me, babe!'
Sofeya dan rakan2 menelan liur mendengar kata2 Aryanna. Bulu roma mereka meremang. Aiden hanya menggeleng kepala. 'Aryanna dan kegilaannya' rungutnya dalam hati.
Eddy melopong mulutnya. Damiya pantas menunjal kepala Aryanna. 'Bodoh la die ni! Giler!! Orang pandang la!'
Aryanna ketawa lalu memandang sekeliling. Semua mata di cafe itu memandangnya. 'Haha...i'm just joking guys. I love man, dun worry'
'Kau memang giler macam ni ye?' soal Eddy.
Aryanna mencebik dan menyerahkan note 20 tadi kepada Eddy 'Nah! Kau pergi belikan balik latte aku. Aku dengan Damiya nak round2 kolej'
'Aku ikut!' pinta Eddy.
'Yela. Cepat la pergi beli, aku dengan Damiya tunggu kat luar, rimas semua pandang2'
'Kau cari pasal buat ape!' sampuk Damiya.
Aryanna menghirup latte nya sambil menunjukkan kawasan sekeliling kolej kepada Damiya. Eddy hanya mengekori mereka.
'Tu la fakulti aku' ujar Aryanna.
Selesai mengelilingi bangunan kolej, Aryanna membawa Damiya dan Eddy ke tepi padang. Di bawah pohon yang menjadi temannya hampir setiap petang di kolej itu.
'Nama pokok ni Dami'
'Weyy....kau bagi nama aku kat pokok?' Damiya muncung.
'Ye la. Dia best friend aku kat sini. Bila aku duduk bersandar macam ni, aku rasa kau macam ada dengan aku' Aryanna tersenyum dan bersandar pda pokok itu.
'Kau tak kenalkan pun kawan2 kau' soal Damiya lalu duduk disebelahnya.
'Ni la kawan aku, Eddy'
Eddy tersengih. Ya, memang Aryanna hanya rapat dengan dia dan Aiden sahaja di kolej itu. Ramai mengatakan Aryanna sombong. Namun hanya dia dan Aiden sahaja tahu Aryanna tidak mudah bercampur gaul.
'Ni? Sorang ni je selain Aiden?' soal Damiya lagi.
Aryanna angguk 'Ade je kawan2 kelas tapi selalu time group assignment je aku dengan diaorg'
'Assalamualaikum' sapa Aiden.
Mereka menjawab salam Aiden. Suasana diam seketika bila Aiden melabuhkan punggung bersama mereka. Agak kekok untuk berbicara setelah kejadian tadi.
'Aryanna, sorry for what happen' Aiden bersuara.
'Its ok. Biasalah budak2' jawabnya.
Damiya dan Eddy tiba2 tertawa mendengar jawapan Aryanna.
'Ape??' soal Aryanna.
'Kau ingat kau tua sangat ke?' soal Eddy.
'No...I mean budak perempuan biasala kan?'
Damiya dan Eddy ketawa lebih kuat. 'Kau lelaki ke?' soal mereka lagi serentak. Aiden hanya diam memerhatikan mereka. Moodnya sudah hilang dari tadi.
'Pastu aku nak jawab ape?'
'Jawab its ok cukup la. Kau tambah2 lagi buat ape' jawab Damiya.
'Tak la. Kau tak tengok gaya dia tadi' Aryanna lantas berdiri, cuba meniru lagak Sofeya sambil mengibas rambutnya ke belakang. 'I Sofeya Hani, girfriend Aiden'
Damiya dan Eddy terus tertawa hingga berair mata. Aryanna juga tertawa. 'Serius aku ingat dalam drama je macam tu. Blur kejap aku. Uishhh...btul macam drama'
Aiden Adrien merenungnya tajam. Hatinya bagai dirobek melihat gaya Aryanna itu. Dia tidak mampu ketawa.
'Kau rasa kelakar ke?' soal Aiden dengan nada serius.
Damiya dan Eddy berhenti ketawa. Menelan liur melihat wajah serius Aiden Adrien.
'Kenapa kau ni? Kau marah ke aku buat macam tu kat girlfriend kau?'
'Bukan masalah itu!' Aiden bangun dari duduknya.
'Habis tu? Kau nak marah aku ke ape?' soal Aryanna lagi.
Suasana yang agak mulai tegang itu buat Damiya dan Eddy cuba angkat kaki.
'Korang nak pergi mane? Duduk situ!' Aryanna melarang dengan keras. Mereka kembali duduk.
'Kau tak rasa ape2 ke?' soal Aiden
'Rasa ape?'
Aiden Adrien mengeluh berat. Pandangannya dilempar ke tengah padang. 'Sikit pun kau tak rasa apa2 bila Sofeya kata dia girlfriend aku?'
'Rase ape? Ape patut aku rasa? Takkan kau nak aku marah dia pulak?'
'Kau tak de rasa nk tanye betul ke tak?'
'Why should me? Aku malas argue. Untuk apa?'
'Untuk apa?' Aiden Adrien kembali memandang Aryanna. Wajah itu bagai tidak memahami maksudnya. Sekeras inikah hatimu Aryanna?
'Aku tak nak gaduh dengan kau, Aiden. Kalau aku salah, aku minta maaf. Kau nak aku cakap apa sebenarnya? Kau nak aku minta maaf pada Sofeya?'
Damiya dan Eddy hanya mampu diam. Dapat menduga apa ada dalam pandangan mata Aiden yang mula berkaca. Namun Aryanna tidak memahami. Bukan sengaja tapi Damiya tahu memang Aryanna tidak akan dapat menduga perasaan Aiden saat itu. Sekeras2 Aryanna, gadis itu terlalu lurus dalam bab itu.
Aiden Adrien menghampiri Aryanna. Mata gadis itu sememangnya menunjukkan dia tidak faham apa2.
'Aku tak nak kau minta maaf pada Sofeya. Aku nak kau marah dia. Aku nak kau marah aku. Aku nak kau rasa sakit hati. Kau faham tak?'
Aryanna memandang Damiya dan Eddy. Mereka hanya tunduk memandang tanah. Dia merenung Aiden keliru.
Airmata Aiden mengalir di pipi. Sukar digambarkan perasaannya ketika itu. Mata Aryanna Delara masih kosong. Masih kosong untuknya. Dia berpaling mencapai begnya ditanah.
Aryanna segera menarik lengan Aiden. Sungguh dia tidak memahami situasi itu. Namun dia tidak mahu ada selisih faham dengan Aiden Adrien lagi seperti setahun yang lalu. Dia sangat takut mengingati peristiwa Aiden Adrien hilang dan cedera.
'Aiden, please. Aku tak faham. Explain. Aku tak nak gaduh dengan kau'
Wajah Aiden yang basah dengan airmata itu direnung. Mohon penjelasan.
'Aku mencari perasaan kau untuk aku, Aryanna. Aku mencari rasa cemburu kau pada Sofeya. Rasa cemburu yang aku selalu rasa bila tengok kau dengan lelaki lain. Aku cari rasa sayang kau pada aku. Tak ade ke? Walau sedikit?'
'Bertahun Aryanna. Bukan baru sekarang. Bertahun perasaan aku pada kau. Aku separuh giler tunggu kau. Tapi reaksi kau hari ni dari dalam cafe tadi buat aku sedar, aku memang tak ada lansung dalam hati kau. Even dalam mata kau sekarang, kosong. Tak ada aku. Kau tahu tak apa aku rasa sekarang? Ibarat aku di tolak tanpa perlu kau kata2 apa!'
Aiden menarik nafas dalam. Genggaman tangan Aryanna dileraikan. 'Aku sayang kau separuh giler, Aryanna. Kau faham tak? Susah ke untuk kau sayang aku? Siapa yang ada dalam mata dan hati kau?'
Aiden Adrien kemudian meninggalkan mereka. Eddy bergegas mengejar Aiden. Aryanna bingung, kaku, hilang kata2. Damiya bangun dan memeluknya erat.
Share this novel