Pagi itu suasana menjadi suram. Tidak seperti hari2 sebelum2nya. Wajah Dhia Ayasha juga bagai menahan tangis. Sewaktu minum pagi juga diselubungi sunyi, tidak lagi penuh dengan gurau tawa dan usik mengusik. Mereka hanya diam menjamah makanan yang tersedia. Bagai hilang selera, mereka hanya menjamah sedikit sahaja.
Aryanna yang resah melihat keadaan itu mula bersuara 'Kenapa semua muka sedih ni? Takkan nak bagi Aryanna balik bawa memori muka sedih Ibu dan Ayasha?'
Dhia Ayasha yang tadi menahan tangisanny, mula tersedu sedan. Abiyah pula menyeka airmata yang mengalir dipipi.
'Walid, cakap la sesuatu. Tengok la Ibu dan Ayasha ni' Aryanna memegang lengan Habib.
'Betul cakap Aryanna tu. Kita patut gembira Aryanna dah betul2 pulih dan boleh balik pada keluarga dia. Mereka dah lama tunggu dan rindukan Aryanna' balas Habib.
Ayasha segera mengesat airmatanya. 'Ayasha ada hadiah untuk Kak Aryanna' ujarnya lalu menyerahkan bungkusan pada Aryanna.
Aryanna membuka bungkusan itu, sehelai selendang berwarna putih didalamnya. Aryanna lalu menyarung dikepalanya. 'Cantik tak?' soalnya pada Ayasha.
Ayasha tersenyum dan mengangguk kepala beberapa kali dengan mata berkaca.
Habib dan Abiyah tersenyum. Wajah Aryanna menjadi lebih lembut dengan mengenakan selendang putih itu.
'Cantik rupanya kau ni. Baru nampak macam perempuan' tokok Dahin Haiyan. Aryanna menarik muka lalu mencebik. Dia kemudian memandang Daffa Haiyan meminta pandangan lelaki itu.
'Ok. Tak payah balik. Ibu, Walid...Daffa nak kahwin je la' seloroh Daffa Haiyan sambil tertawa.
Aryanna menjeling tajam. Habib memepuk belakang Daffa Haiyan. Dahin, Abiyah dan Ayasha ketawa dengan reaksi Daffa Haiyan.
Aryanna mengeluh lalu mencabut semula selendang tu dari kepalanya. 'Siapa nak kahwin dengan kau' balas Aryanna.
'So kau reject aku la ni?' soal Daffa Haiyan meskipun dia tahu hati sebenar Aryanna Delara kala itu. Yang turut menyembunyikan rasa sedih untuk berpisah dengan mereka.
'Hrmmmm' jawab Aryanna lalu tersenyum hambar memandang Daffa Haiyan. Daffa Haiyan turut tersenyum sayu. Biarlah hanya mereka berdua yang mengetahui perasaan satu sama lain.
Usai minum pagi, mereka duduk bersama diruang tamu. Aryanna memerhatikan wajah mereka silih berganti.
'Aryanna sangat berterima kasih pada Ibu dan Ayasha yang sentiasa menjaga Aryanna. Kasih sayang Ibu dan Ayash akan Aryanna ingat sampai bila2. Walid, terima kasih atas semua ilmu yang Walid berikan. Aryanna akan gunakan sepanjang hidup Aryanna. Dahin, terima kasih sebab kau menjadi kawan yang sentiasa ada untuk aku dan selalu menjadi saksi aku sakit dan menangis. Kau selalu buat aku kuat' ucap Aryanna menahan sebak yang menghimpit dada.
'Daffa, terima kasih kau mengajar aku apa erti sayang dan cinta yang sebenar. Kau ajar aku menerima takdir dengan rela. Kau mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik. Demi Tuhan aku sayangkan dan demi Tuhan juga aku terima kau dan aku bukan takdir yang kekal. Aku akan pegang pada janji kita yang aku akan bahagiakan diri aku dan orang sekeliling aku' tambahnya memandang Daffa Haiyan yang sedari tersenyum memandangnya. Airmatanya mengalir di pipi.
'Aryanna Delara...Walid, Ibu, Dahin dan Ayasha jadi saksi yang aku sayangkan kau sepenuh hati dan jiwa aku. Kau perkara yang terindah berlaku dalam hidup aku. Walau Tuhan jadikan kau bukan untuk aku, tapi aku bahagia sebab diberikan perasaan ni. Sampai aku tutup mata kau yang pertama dan terakhir untuk aku. Janji dengan aku, kalau cinta kau tulus untuk aku kerana Tuhan yang satu, kau takkan berganjak dari pendirian tu biar apa sekalipun. Apa sekalipun, janji dengan aku' balas Daffa Haiyan. Airmatanya tumpah dalam senyuman.
Aryanna mengangguk perlahan 'Aku janji'
Mereka diam seketika. Membiarkan Aryanna menangis dan kembali tenang.
'Ibu, Walid, halalkan makanan minum Aryanna' suara Aryanna kembali.
'Ibu dah halalkan semuanya, Aryanna' jawab Abiyah.
Habib angguk dan berkata 'Aryanna, tiada hadiah yang terbaik selain daripada apa yang kamu miliki dan jalani sekarang. Yakinlah Allah selalu memberikan yang terbaik buat hambaNya'
'InshaAllah, Walid' jawab Aryanna.
'Kak Aryanna, Ayasha harap kita akan berjumpa lagi nanti. Ayasha sayang Kak Aryanna' ujar Ayasha memeluknya erat.
'Aryanna, ini baju Ibu buat untuk kau. Sama macam aku dan Daffa. Aku dan Daffa akan datang pada kau bila masa untuk kita cari Hijazi tiba. Kau jaga diri kau baik2' ucap Dahin sebak sambil menghulurkan sepasang baju berwarna hitam. Aryanna menyambut huluran Dahin Haiyan dan tersenyum.
'Ini untuk kau, Aryanna' Daffa Haiyan menyerahkan kedua-dua pedang yang sering digunakannya kepada Aryanna.
'Kenapa kau bagi aku pedang kau?' soal Aryanna kehairanan.
'Ini tanda aku serahkan jiwa aku pada kau. Aku ada yang lain boleh digunakan' suara Daffa Haiyan bergetar namun dia kelihatan tenang. Aryanna menerima pemberian Daffa Haiyan dengan seribu tanya.
'Aryanna, sekarang masa untuk kamu pulang ke keluarga kamu. Jaga diri kamu dan kuatkan jiwa' ujar Habib.
Aryanna angguk dengan deraian airmata. Habib memegang ubun kepalanya. Aryanna memejamkan matanya rapat. Bagai angin yang menyapa, bayang Aryanna hilang dari pandangan mereka.
Daffa Haiyan terduduk kaku. Airmatanya deras mengalir. Esak tangisnya mula kedengaran. Dahin memeluknya erat, turut mengalirkan airmata. Habib mengeluh berat.
'Mampukah dia Dahin?' ujarnya dalam tangis.
'Kau dan aku tahu dia mampu, Daffa. Habib juga tahu dia mampu. Aryanna tahu kau sayang dia. Dan kau ada dalam hati dia. Dia akan mampu, Daffa. Aku sayang kau Daffa, Walid, Ayasha dan Ibu pun sama' balas Dahin. Meskipun dia tahu apa yang bakal berlaku akan meragut kekuatan dan kegembiraan keluarganya, dia tetap yakin pada takdir.
***
Aryanna memejam matanya lama. Suara Damiya yang sedang leka bercerita kedengaran di telinganya. Suara abah, papa dan Daniyal juga silih berganti berbalas cakap dengan Damiya. Airmatanya mengalir. Kini dia sudah kembali ke dunianya. Kembali pada keluarganya.
'Bisinglah kau ni, Dami. Aku dah tak boleh nak tidur dah' ucapnya.
Damiya terdiam. Begitu juga Daim, Haris dan Daniyal. Aryanna membuka matanya lalu tersenyum memandang mereka yang sedang duduk di sofa. Wajah2 kesayangannya itu kelihatan terkejut. Lalu mereka menyerbu kearahnya.
'Aryan!!!!!!' jerit Damiya memeluknya erat dan menangis teresak2.
'Arghh...arghhh....tak boleh nak bernafas lar' ujar Aryanna bila tubuhnya dipeluk erat oleh mereka semua.
'Ooo...sorry2' ujar mereka hampir serentak lali melepaskan pelukan.
'Just kidding. Come here!' Aryanna mendepakan tangannya. Memeluk ke empat2 dengan erat.
'Oo...papa call doktor sekejap' ujar Haris lalu berlari keluar.
'Kau ada sakit2 lagi tak?' soal Damiya.
'Adik ok ke ni? Tak ada rasa pelik2 ke?' soal Daniyal pula.
'Betul tu, anak abah ni betul2 ok ke n Kepala pening tak? Perut tu rasa sakit lagi tak?' giliran Daim pula menyoal.
Aryanna tertawa 'Mana satu nak jawab ni? Ok je alhamdullilah. Cuma badan je rasa lemah sikit. Nanti ok la ni. Jangan risau'
'Kau ni buat aku seksa tau tunggu kau. Buat aku takut' Damiya masih memeluknya erat.
'Allah masih bagi aku peluang, Damiya. Aku akan sayang kau, Abah, Abang dan papa lebih lagi kali ni...hrmmm? So jangan nangis dah. Just say alhamdullilah aku dah kembali' ucap Aryanna.
'Alhamdullilah. Terima kasih sebab anak abah kuat bertahan' tutur Daim mencium dahi Aryanna.
'Alhamdullilah. Kita boleh sambung bergaduh lagi' tokok Daniyal pula.
Aryanna ketawa sambil menjelirkan lidah. Hatinya bahagia melihat ahli keluarganya didepan mata. Meskipun hatinya sedih berpisah dengan keluarga Daffa Haiyan namun dia harus menghargai apa yang dimilikinya ibarat pesan Habib kepadanya.
Mereka kemudian membiarkan doktor memeriksa Aryanna dengan lebih lanjut. Aryanna diminta cuba berdiri dan berjalan. Walaupun agak kekok kerana tubuhnya lama terbaring namun pengalaman didunia Daffa Haiyan membantu fizikalnya lebih kuat.
Doktor yang memeriksa memaklumkan keadaaannya sudah pulih sepenuhnya. Malah satu keajaiban dia boleh sedar hari itu.
'Aiden?' soalnya pada Damiya.
'Pagi tadi dia ada. Tapi dia ke kolej sebab ada kelas. Pukul 2 habis katanya. Nape? Rindu? Nak aku call dia ke?' soal Damiya sambil tersengih2 lalu memeluknya lagi.
Aryanna melihat jam didinding, 12 tengahari. 'Tak pela, sekejap je lagi kelas dia habis. Aku tak nak kacau dia belajar'
'Kau tak tahu macamana dia jaga kau. Dengan kejap2 menangis. Kejap nyanyi. Tu guitar dia tu la dia dok guna nyanyi tepi kau. Dah nyanyi, nangis balik. Teruk betul' Damiya mengomel.
Aryanna hanya senyum. Dia tahu keadaan Aiden Adrien itu. Mungkin benar kata Daffa dan Dahin bahawa lelaki itu betul2 sayangkan dirinya. 'Maafkan aku, Aiden Adrien' bisiknya sendiri.
Aryanna bersyukur kini berada disamping keluarganya. Mereka makan bersama, ketawa dan bercerita. Sudah lama tidak duduk bersama2 maka banyak yang diperbualkan.
Aiden menggalas begnya ke bahu. Kuliah hari itu sudah tamat. Dia berjalan menuju ke parking. Menyarung helmet dikepala. Telefonnya berbunyi. Dia membaca pesanan yang masuk, daripada Damiya.
'Alhamdullilah. Aryanna dah sedar. And she asking about you soon she open her eyes'
Jantungnya berdegup laju. Matanya berkaca. Enjin motorbike miliknya di hidupkan. Dia segera memecut laju ke hospital.
Setiba dihospital, dia tergesa2 berlari ke lif. Hatinya berdebar kencang. 'She's back' bisiknya sendiri.
Setiba dipintu wad yang menempatkan Aryanna, dia menolak pintu itu dengan teruja. Namun katil itu kosong. Daim dan Haris muncul dari belakangnya.
'Uncle, mana Aryanna? Is she ok? Doktor bawa dia ke mana2 ke? ujarnya cemas.
'Tenang dulu. Tarik nafas tu betul2. Tercungap2 tu kenapa? Kamu berlari ke? ' soal Haris.
Aiden menarik nafas dalam2. 'Aryanna mana uncle?'
'Ada tu, nurse minta dia menyanyi kat pesakit2 cancer kat wad Anggerik hujung sana tu. Mereka ada program kesedaran cancer, mereka berkumpul kat wad tu. Aryanna kamu tahu je la. Mana nak duduk diam. Bangun je dia merayau satu hospital ni. Semua dah kenal dia kan pesakit koma lama kat sini. Itu yang nurse panggil tu. Semua terkejut dia dah sedar. Pergilah cari dia kat sana tu' jawab Daim.
Aiden menanggalkan beg dan meletakkan di sofa. 'Aiden keluar dulu uncle' ujarnya.
Dia berlari ke wad Anggerik seperti yang dinyatakan Daim. Dari luar pintu dia mendengar bunyi tepukan dan suara2 memuji Aryanna. Dia kemudian berdiri bersandar dipintu. Melihat Aryanna yang duduk di kerusi ditengah wad itu sambil memegang guitar miliknya. Dikeliling pesakit2 dan beberapa orang jururawat. Damiya dan Daniyal turut duduk disisi Aryanna.
Dia merenung Aryanna, matanya berkaca. Gadis itu cantik memakai dress yang dibelikan Damiya. Pertama kali dia melihat Aryanna berpakaian sebegitu, wajah ayunya terserlah dengan senyuman yang terukir kepada pesakit2 dan jururawat disitu.
'Aiden Adrien' bisik Damiya kepada Aryanna.
Aryanna memandang ke pintu masuk wad itu. Aiden Adrien bersandar disitu sambil memeluk tubuh memandang ke arahnya dengan pandangan yang sayu. Aryanna melemparkan senyuman kepada lelaki itu. Kemudian memetik dawai guitar, menyanyikan bait lagu sambil memandang Aiden Adrien, Damiya dan Daniyal silih berganti.
~When You Tell Me That You Love~
I wanna call the stars down from the sky
I wanna live a day that never dies
I wanna change the world only for you
All the impossible, I wanna do
I wanna hold you close under the rain
I wanna kiss your smile and feel the pain
I know what's beautiful looking at you
In a world of lies, you are the truth
And baby, every time you touch me
I become a hero
I'll make you safe, no matter where you are
And bring you everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
I wanna make you see just what I was
Show you the loneliness and what it does
You walked into my life to stop my tears
Everything's easy now I have you here
And baby, every time you touch me
I become a hero
I'll make you safe, no matter where you are
And bring you everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
In a world without you, I would always hunger
All I need is your love to make me stronger
And baby, every time you touch me
I become a hero
I'll make you safe, no matter where you are
And bring you everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me
You love me
When you tell me that you love me.
Aiden Adrien menyeka airmata yang mengalir saat lagu itu berakhir. Senyuman Aryanna buat dia bersyukur dan gembira tidak terkata. Gadis itu sudah kembali. Hari yang sebelum ini terasa seperti kelam kini kembali bersinar.
Aryanna bersalaman dengan semu pesakit di situ dan jururawat. Kemudian meminta diri. Dia menghampiri Aiden Adrien yang masih kaget berdiri dipintu.
'Aiden Adrien, Anyeong!' ucapnya.
'Anyeong, Aryanna Delara...Aku rindu kau' balas Aiden Adrien.
'Nado' balas Aryanna Delara dengan senyuman. 'Terima kasih, Aiden' bisiknya dalam hati.
'Kau nangis lagi ke?' soal Damiya kepada Aiden Adrien.
'Aku menangis sebab happy la' balas Aiden Adrien. Dia lalu memeluk Daniyal erat. Dan mencium pipi lelaki itu.
'Oushhh...giler apa kamu ni, Aiden' Daniyal menolak tubuh Aiden dan mengesat pipinya.
'Nak peluk Aryanna tak boleh so peluk abang dia je la' jawab Aiden sambil tertawa.
'Berani kamu cuba la. Tengok sape pulak nak jadi penghuni hospital ni' ugut Daniyal.
'Hahaha...abang kau hari2 marah aku' adu Aiden pada Aryanna.
'Jom la, abang Dani. Bagi Aiden bercakap dengan Aryanna' Damiya menarik tangan Daniyal untuk meninggalkan Aryanna dan Aiden.
Mereka diam seketika sambil berjalan menuju ke bilik Aryanna. 'Cantik kau pakai macam ni' puji Aiden memecah sunyi.
'Sebelum ni tak cantik la?' soal Aryanna.
'Sebelum ni nampak maskulin' jawab Aiden selamba.
'What?? Kau dah lama hidup ke?' Aryanna menghentikan langkahnya. Merenung Aiden Adrien tajam.
Aiden tertawa 'Reaksi ni la aku rindu sangat2 nak tengok'
'Stupid!'
'Aku tak kisah, Aryanna Delara. Macamana pun reaksi kau, apa pun kau nak cakap. I don't care who you are...Where you're from...What you did
As long as you love me' jawab Aiden sambil menyanyi rangkap lagu itu.
'Teruk dah kau ni' Aryanna menggeleng kepala.
'Kau baru tahu ke? Memang aku sayang kau sangat2'
'Sejak dari darjah 1?'
'Hahh?? Mane kau tahu? Damiya la ni!'
'Ermmm...aku tahu la'
'So sekarang kau percaya aku betul2 sayang kau?' soal Aiden Adrien memandangnya.
'Hrmmm...ya. Dan aku akan sayang kau, Aiden' jawab Aryanna tenang. Dia yakin dia yang di harus lakukannya. Aiden berhak untuk diberi ruang dihatinya.
'Kau cakap apa?' soal Aiden seakan tidak percaya.
'Tak dengar tak pelah'
'No...no. Come again...I want to hear ot more' pinta Aiden.
'Aku sayang kau. Dah? Dengar?'
'Yes! Clear!' Aiden senyum. 'Macam kau sayang Daffa Haiyan?'
Aryanna diam. Lidahnya kelu. 'Kenapa kau tanya soalan tu, Aiden Adrien' bisik hatinya sendiri.
'Its ok. Aku tahu semuanya. Dan itu tak penting untuk aku. Aku takkan tamak, Aryanna. Cukup kau cakap kau sayang aku, dah sangat berharga untuk aku. Aku tahu Daffa Haiyan ada tempat istimewa dihati kau. Terima kasih sebab kembali pada keluarga kau dan kembali pada aku' tutur Aiden Adrien tersenyum.
'Maafkan aku, Aiden. Aku banyak buat kau susah hati. Terima kasih sebab bersabar dengan aku' balas Aryanna.
'Sama2 kasih. So will you marry me?'
'Hahh? Kau giler ke? Kita baru 20 tahun' Aryanna terperanjat mendengar soalan Aiden Adrien.
'Laaa....aku bukan cakap sekarang. Aku nak cakap lagi 5 tahun ke 6 tahun. Belum habis cakap lagi. Ishh...kau ni. Apa dalam kepala kau ni. Kau nak kahwin sekarang ke?' Aiden menutup mulutnya. Mengusik gadis itu.
Aryanna menggetap gigi. Geram melihat Aiden bergurau begitu.
'Sabar la. Jangan gelojoh sangat. Aku tahu la aku ni husband material. Handsome, tinggi, jadi rebutan. Jangan risau aku tak lari ke mana' Aiden menyambung gurauannya sambil tertawa.
Aryanna menggenggam jari jemarinya. 'Kau memang dh lama tak kene tumbuk dengan aku'
Aiden segera lari dari Aryanna 'Uncle! Aryanna ajak Aiden kahwin sekarang' jeritnya sambil melangkah masuk ke bilik wad Aryanna.
'Yarghhh!!! Aiden!!' pekik Aryanna. Hilang sudah keayuannnya. Dia menerpa masuk ke biliknya. 'Kau giler ke? kau....' kata2 nya terhenti bila melihat keluarga Aiden ada didalam bilik itu.
Aryanna bersalaman dengan Sarah dan Amelia. 'Assalamualaikum Uncle, Auntie' ucapnya.
'Tengok tu mummy, tiba2 dia jadi sopan depan mummy. Malu la tu depan MIL' usik Aiden. Aryanna menjelingnya tajam.
'Sudah la, Aiden. Mengusik je kamu ni' balas Sarah.
'Betul tu, Aryanna. Uncle rasa baik kamu fikir masak2 dengan Aiden ni. Cari lah yang matang sikit. Nak uncle cari kan tak?' giliran Aidil pula mengusik.
'Ermm....boleh la, uncle' jawab Aryanna mencebik kearah Aiden.
'Yarghh Aryanna! How could you. Arh...Daddy ni!' Aiden menarik muka muncung.
'Jangan risau, Aiden. Uncle dah simpan Aryanna untuk kamu' sampuk Daim.
'Hrmmm...betul tu' tokok Haris pula.
Aiden meleret senyum. 'See...abah and papa is with me. So kau jangan mimpi nak cari calon lain'
'Confident je kamu ye? Abang dia ada lagi' balas Daniyal.
'Diorang gaduh2 kan Aryan. Kau ikut je aku gi UK. Kita cari Mat Saleh' sampuk Damiya.
'Yarghhh Damiya!!' bentak Aiden. Mereka semua tertawa. Aryanna senyum sendiri. Bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarganya dan dapat melihat kegembiraan mereka. Sudah berapa lama mereka berduka kerananya. Dan gelak tawa mereka hari ini adalah kebahagiaan yang tidak ternilai.
Share this novel