Bab 42 : Sendiri

Fantasy Completed 1367

Kelepok matanya dibuka perlahan. Airmatanya menitis. Dadanya terasa berat. Nafasnya bagai tersekat. Jauh dalam sudut hatinya berharap semua itu mimpi.

'Aryanna' Damiya memegang tangannya erat. Wajah sahabatnya itu sayu. Aryanna memandang sekeliling.

'Kau kat rumah' tokok Damiya melihat Aryanna yang bagai mencari sesuatu.

Daim, Daniyal, Haris dan Aiden berdiri dihujung katil. Memandangnya dengn wajah sayu.

Aryanna melihat tubuhnya yang berbaju hoodie dan seluar panjang. Dia cuba duduk. Airmatanya makin deras mengalir. Dipegang bahunya yang terasa sakit. Maka dia sedar bahawa semua yang dilaluinya bukan mimpi. Dan Daffa Haiyan sudah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Kini, mereka tetap dipisahkan dengan dua alam yang berbeza. Dan alam Daffa Haiyan kini terlalu jauh.

'Kau dah dua hari tak sedar, Aryanna' ujar Damiya memeluk Aryanna yang bagai tidak mampu menerima apa yang berlaku.

'Dami, beritahu aku semua ini mimpi. Dari awal aku kenal Daffa Haiyan, hingga hari ini, bagitahu aku semua ni mimpi. Bagitahu aku, aku sakit Dami. Semua itu ilusi aku. Tolong la, Dami. Bagitahu aku, aku sakit Dami. Semua ni bukan realiti' suara Aryanna bersulam esakan yang kuat.

'Maafkan aku, Aryanna' tangisan Damiya juga semakin berat. Dia tidak mampu mengatakan apa yang dipinta Aryanna. Kenyataan itu terlalu pedih namun itulah hakikat yang dilalui Aryanna Delara.

Daim dan Haris menghampiri Aryanna. Dipeluk erat gadia itu. Daniyal terduduk dihujung katil. Hatinya berderai mendengar tangisan adik kesayanganya itu.

'Abah, papa. Why? Kenapa Aryanna perlu lalui semua ni?' soal Aryanna.

'Setiap yang berlaku itu pasti ada sebabnya. Daffa juga tahu sebab itu dia buat pilihan ni' jawab Daim perlahan. Tiada kata dapat diucapkan untuk memujuk hati Aryanna Delara.

'Tapi Aryanna sayang Daffa, abah. Aryanna sudah terima hakikat kami tidka ditakdirkan. Tapi kenapa Aryanna masih perlu hadapi semua ni. Aryanna bunuh dia, abah. Dengan tangan ni Aryanna...dengan tangan ni, abah' tangisannya semakin berat.

Aiden Adrien melangkah keluar dari bilik Aryanna. Duduk bersandar didinding. Airmatanya turut mengalir. Daffa Haiyan menepati janjinya memulangkan Aryanna Delara semula kepadanya dengan nyawa lelaki itu sebagai ganti. 'Kenapa kau pulangkan dia dalam keadaan ini, Daffa' bisiknya sendiri. Hatinya terlalu pedih mendengar tangisan Aryanna. Tidak mampu digambarkan perasaan gadis itu. Perlahan dia bangun lalu turun meninggalkan rumah Haris dengan beban hati yang tak terungkap.

Tubuh Aryanna kini lemah setelah dia menangis tanpa henti sedari tadi. Daniyal meletakkan kepala Aryanna ke bantal. 'Adik rehat la dulu. Jangan menangis lagi. Abang tahu bukan mudah untuk adik terima semua ni. Ambillah masa yang adik perlukan. Tapi selalu ingat Allah. Setiap ujian itu ada hikmah disebaliknya. Abang yakin Daffa tahu adik mampu lalui semua ni, dia percaya adik sebab itu dia yakin dengan pilihan dia. Dia pergi dalam keadaan dia masih dirinya. Kita bersyukur itu ya sayang' pujuk Daniyal. Aryanna Delara mengangguk. Hakikat itu harus diterimanya. Dia hanya memandang kosong langkah Daniyal yang keluar dari biliknya.

Matanya dipejamkan seketika. 'Tuhan, beri aku kekuatan. Beri aku keyakinan' bisiknya.

***

Perlahan dia menuruni anak tangga. Daim, Daniyal dan Damiya dilihat sedang duduk di sofa. Aryanna tersenyum hambar melihat mereka memandang ke arahnya.

'Abah, adik nak keluar sekejap' ujar Aryanna.

'Dah magrib ke? Adik nak pergi mana?' soal Daim.

'Dah, abah. Adik nak ke sana. Sekejap je' balas Aryanna.

'Hrmmm...tapi jangan lama' pesan Daim. Mereka tidak mahu menghalang. Sudah banyak yang dilalui gadis itu. Tidak mahu menambah lagi luka dihati Aryanna.

'Terima kasih, abah' ujarnya sambil melangkah keluar.

'Wangsoo' panggilnya perlahan. Wangsoo muncul dan menghampirinya. Kepala Wangsoo diusap lembut, airmatanya menitis. Harimau putih itu menggosokkan kepala ke tubuhnya seakan memahami kesedihan hati Aryanna.

Aryanna menarik hoodienya menutupi kepala. Lalu melompat naik ke atas tubuh Wangsoo. Dan mereka hilang disebalik hijab. Ahli keluarganya sekadar memerhati dari jauh.

Wangsoo menghentikan langkah di tepi tasik. Aryanna turun lalu duduk memandang tasik yang bercahaya. Kelip2 yang terbang disekelilingnya bagai mengenali dirinya. Dia menyeka airmatanya. Mencapai anggerik ungu yang terjuntai dari dahan pokok dan direnung lama.

'Kau buat apa kat sini, Aryanna?'

Dia menoleh kearah suara itu. 'Dahin' ucapnya perlahan. Dahin Haiyan duduk disebelahnya. Wajah Dahin direnung, wajah yang mengingatkannya pada Daffa Haiyan.

'Aku rindu Daffa' ujar Aryanna kembali merenung anggerik ungu ditangan.

'Daffa memang betul2 kenal kau. Betul cakap dia, kau akan kesini' balas Dahin.

'Hrmmm...dia kenal aku sehingga dia tahu aku mampu bu...' katanya tersekat dikerongkong. Menahan sebak didada.

'Aku tahu perasaan dia, Aryanna. Dia tak menyesal apa yang terjadi. Berkali2 dia cakap pada Walid dan aku, dia tak mahu hilang dirinya. Dia mahu pergi dalam keadaan dia masih ingat kita semua. Dia tak mahu menyakiti kau dan mengkhianati keluarga. Aku, Walid, Ibu dan Ayasha sudah bersedia sejak kau bersama kami masa kau koma. Maafkan aku merahsiakan hal itu dari kau. Daffa mahu kita semua ada memori yang indah. Kau perlu kuat Aryanna. Aku tahu tak mudah tapi kau kena terus mencuba. Kita terus cuba sama2, Aryanna' ujar Dahin lagi.

'Aku harap aku sekuat kau, Walid, Ibu dan Ayasha' balas Aryanna.

'Hrmmm...' Dahin angguk. Bahu Aryanna ditepuk perlahan.

'Aku akan selalu kesini. Boleh kan, Dahin?' soal Aryanna.

'Hrmmm...dan aku akan selalu teman kau disini'

'Terima kasih, Dahin'

Dahin angguk dan tersenyum. 'Nah. Ni untuk kau dari Daffa'

Aryanna memandang rantai yang ditunjukkan Dahin padanya. Rantai itu berloket bunga anggerik ungu. Aryanna tersenyum, matanya berkaca. Dia mengambilnya lalu menyarungkan ke leher.

'Aku dah suruh dia bagi sendiri tapi dia minta aku bagi kau ditasik ni. Dan dia pesan...ermm...' Dahin teragak2.

Aryanna memandangnya, 'Apa?'

'Ishh...ermm...kau secantik anggerik ungu dan sedamai tasik ni. Sebab tu dia buatkan loket tu' Ucap Dahin. 'Ishh...aku tak tahu kenapa dia suruh aku yang cakap'

Aryanna tersenyum. 'Dia tahu kau akan cari aku disini. Terima kasih, Dahin'

'Hrmmm...'

'Lepas ni aku tak boleh jumpa kau lagi kat dunia aku kan?'

'Kita tak tahu apa yang ada dihadapan, Aryanna. Tapi aku harap kau jaga diri dan terus kuat'

'InshaAllah. Aku pulang dulu, Dahin. Aku bagitahu Abah tadi sekejap je. Sampaikan salam aku pada Walid, Ibu dan Ayasha'

'Hrmmm...kirim salam pada keluarga kau' balas Dahin.

'Kau akan tahukan kalau aku ada disini?' soal Aryanna lalu bangun.

'Ya. Aku sudah boleh merasa kehadiran kau di alam kami' jawab Dahin.

Dia memerhatikan sahaja Aryanna naik ke atas Wangsoo dan melambai ke arahnya sebelum hilang dari pandangan matanya. 'Jaga diri kau Aryanna Delara' bisiknya sendiri.

***

Sesudah solat subuh, Aryanna Delara bersiap. Sudah lama dia tidak ke kolej. Hari ini dia ingin kembali ke rutin hariannya. Sessi kuliah tiada hari ini namun dia tetap mahu ke kolej. Mahu kembali sibuk dengan pelbagai aktiviti. Malah selesai kolej nanti, dia mahu ke gym semula. Dia merindui semua itu.

Saat menuruni tangga, Daim, Haris dan Damiya sudah bersedia di meja makan. Dia tersenyum, lalu menarik kerusi dan duduk.

'Adik nak ke kolej ye, abah' ujarnya sambil mengambil roti bakar yang dihulur Damiya. Daim mengangguk dan senyum.

'Elok la tu. Banyakkan aktiviti ye' celah Haris.

'Ok, papa. After that adik nak ke gym' balasnya.

'Aku ikut kau ke kolej dan gym boleh? Kau tak de kelas kan hari ni?' tanya Damiya.

'Yup. Boleh. Nice. Jom!' Aryanna meneguk coklat panas dicawan hingga habis.

'Lets go. Aku drive la. Bahu kau tu belum betul ok lagi'

'Ok'

Mereka kemudian keluar setelah bersalaman dengan Daim dan Haris.

'Dami, Aiden ada text kau tak? Dah dekat seminggu dia tak jawab whatsapp aku' soal Aryanna.

'Tak ada' jawab Damiya.

'Dia ok tak? Aku risau la' luah Aryanna.

Damiya kemudian membelokkan kereta masuk ke stesen minyak berhampiran. Dia mengeluh berat.

'Kenapa ni?' soal Aryanna.

'Aku tak tahu nak cakap macamana, Aryan. Aiden suruh aku bagitahu nanti. Tapi aku rasa tak adil untuk kau' Damiya mengeluh lagi.

'Apa maksud kau?' soal Aryanna lagi. Air wajahnya berubah.

'Aiden dah tukar study ke oversea. Dia akan fly hari ni. Dia tak nak aku bagitahu kau sampai la dia dah sampai sana. Tapi aku tak boleh, Aryan. Aku tahu dia sayang kau. Dan kau...'

'Dia pergi mana? Dan kenapa?'

'Korea. Dia tak bersedia nak berdepan dengan kau lepas apa yang jadi'

Aryanna melemparkan pandangannya keluar tingkap. Dia melepaskan keluhan berat.

'Ni surat dia tinggalkan untuk kau' Damiya menyerahkan padanya sampul surat berwarna biru muda.

Aryanna membuka sampul biru itu, saat menarik keluar helaian surat itu keluar, ada sesuatu jatuh ke ribanya. Aryanna memejam matanya seketika lalu mencapai rantai yang jatuh dirinya itu. Rantai berloket bentuk guitar.

Kedua2 lelaki yang hadir didalam hidupnya, Daffa Haiyan dan Aiden Adrien bagai tidak jauh bezanya. Hadir memberi kekuatan dan pergi meninggalkannya tanpa diduga.

Aryanna membuka helaian surat dari Aiden Adrien.

~Aryanna Delara, aku mencintaimu sepenuh hati aku. Dan akan terus mencintaimu. Tapi aku tidak mampu dan cukup kuat untuk berdepan dengan kau dalam keadaan sekarang. Terlalu besar cinta dan sayang kau buat dia. Dan terlalu hebat cinta dia untuk kau.

Dan aku tak mahu kau memaksa hati kau untuk aku. Dia terlalu hebat untuk aku berhenti membayangkan dia bila kau ada bersama aku. Bayang dia akan terus menghantui aku. Dan aku akan bertanya setiap hari pada diri aku, apakah kau benar2 sayang pada aku. Mungkin benar kata Daffa, aku terlalu lemah untuk kau. Maafkan aku pergi tanpa bicara. Maafkan aku andai aku menyakiti hatimu.

Aryanna Delara, kau adalah lagu yang sentiasa bermain di fikiran dan hatiku selamanya~ Aiden Adrien.

Aryanna melipat semula surat itu. Rantai pemberian Aiden Adrien digenggam erat.

'Kau nak kita ke airport? Aku rasa masih sempat' ujar Damiya.

'Hrmmm' Aryanna angguk.

Sepanjang perjalanan itu dia hanya merenung ke luar. Pelbagai persoalan timbul. Wajah Aiden Adrien muncul silih berganti dengan wajah Daffa Haiyan. Mengapa dua lelaki itu memberi kesan yang berbekas dihatinya? Cuba memahami namun sukar.

Damiya segera menarik tangan Aryanna berlari ke arah pintu perlepasan antarabangsa. Damiya mencari2 kelibat Aiden Adrien.

Aryanna menarik tangannya dari pegangan Damiya. Dia memandang kearah Aiden Adrien yang tidak jauh dari mereka. Aiden sedang bersalaman dan memeluk ahli keluarganya. Dia kemudian menarik tangan Damiya ke samping.

'Why?' soal Damiya sambil memandang ke arah Aiden Adrien.

Aryanna menggeleng kepalanya. Dia kemudian menarik Damiya kesudut lain. 'Aryanna, jangan macam ni. You know he love you. And i know only him can heal you. Please Aryan, kau jangan berkeras macam ni. Dia mungkin takut, keliru' tutur Damiya.

'Aku tak mahu dia takut dan keliru sepanjang hidup dia, Dami. Dia buat keputusan ini dan aku menghormati keputusan dia' balas Aryanna.

'Tapi Aryan, kita ke sini untuk jumpa Aiden kan...'

'Dami, aku tak mahu Aiden terbelenggu dengan apa yang terjadi antara kami. Aku mahu Aiden terbang bebas. Aku cuma mahu lihat dia sebelum dia pergi' tambah Aryanna. Damiya mengeluh perlahan. Tangan sahabatnya itu digenggam.

Aryanna Delara memerhatikan Aiden Adrien yang melambai2 kearah keluarganya. Kemudian menuruni escalator menuju ke pintu masuk perlepasan antarabangsa. Dia hanya memandang sayu lelaki itu hingga Aiden Adrien hilang dari mata pandangan matanya.

'Fly high, Aiden Adrien. Kau akan selalu ada dalam doa aku' bisiknya sendiri. Melepaskan Aiden Adrien pergi, mungkin itu lah yang terbaik untuk dia dan lelaki itu. Airmatanya menitis lagi untuk entah untuk yang ke berapa kali.

~Tamat~

Aku akhiri novel Ni sebegini. Maaf tiada happy ending. Tapi aku berfikir banyak sebelum memilih ending ni. Kalau aku jadi Aryanna, aku pun rasa Aku akan ambil keputusan yang sama. Korang bleh je support bagi pendapat U all. Aku appreciate. Maaf ATA's kekurangan. Aku berterima kasih kepada yang membaca dan Aku akan Cuba yang lebih baik next. Mungkin aku boleh fikirkan novel sambungan nanti... mungkin. Thanks ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience