Bab 19 : Waktu Bagai Terhenti

Fantasy Completed 1367

Aiden Adrien resah. Sekejap dia menaip sesuatu di telefon bimbitnya, sekejap dipadam semula. Kemudian turun dari katilnya, mundar mandir tanpa melepaskan telefon ditangan. Setelah beberapa minit dalam keadaan begitu, dia akhirnya memberanikan diri dan mula menaip.

'Assalamualaikum Aryana. Morning' - send.

One tick! Arghh...dia menjerit dalam hati. Kemudian kembali berbaring dikatil. Sambil terbaring itu tangannya masih memegang telefon bimbit dan matanya merenung message yang dihantarnya.

Double Tick tiba2. Dia terkejut, telefon bimbitnya terlepas dan jatuh ke muka. 'Ouchhh!'

'Waalaikumussalam. Hrmm morning. Nape?'

Dia senyum girang. Message dijawab.

'Kau busy ke hari ni'

'Tak. Nape?'

'Jom teman aku pergi beli barang'

'Kenapa aku?'

'Aku nak beli hadiah birthday adik aku. Kau tolong la aku, please'

'Ye lar. Nak pegi mane? Pukul bape?'

Aiden Adrien bangkit dari baringnya. Wajahnya terpancar gembira.

'Pukul 12. Ioi je'

'Ok. Kau ambik aku. Kau boleh bawak kereta kan? Aku malas ride'

'Ok. Aku ambik kau'

'Yess!!!' jeritnya. Dia kemudian berlari turun ke tingkat bawah.

'Daddy! Daddy! Emergency' jeritnya sambil menuruni anak tangga bila melihat ayahnya sedang duduk bersama ibunya dan Amelia di meja makan.

'Ya Allah, perlahan turun tangga tu, Aiden. Macam budak2' tegur ibunya, Sarah.

'Hehe' dia tersengih kemudian duduk rapat dengan ayahnya.

'Macam orang giler perangai. Buang tabiat ke?' Amelia yang duduk disebelah Sarah mencebik. Sarah pantas mencubit peha Amelia. Amelia terjerit kecil.

'Apa cakap macam tu kat along?'

Aiden Adrien mengangkat ibu jari kearah Amelia. 'Padan Muka!'

'Ada ape yang emergency sangat? Sampai nak breakfast pun tak lalu makan' soal ayahnya, Aidil.

'Daddy, Aiden nak pinjam kete. Please' jawabnya sambil memujuk ayahnya, bahu lelaki itu dipicit2.

Sarah hanya ketawa melihat telatah anak lelaki sulung itu. Sejak sebulan lalu Aiden Adrien dilihat lebih gembira berbanding sebelumnya. Lebih teruja untuk ke kolej.

'Nak pergi mana? Selalu boleh je naik motorbike kamu tu?' soal Aidil.

'Tu la emergency nya, Daddy. Aiden tak boleh naik motorbike hari ni. Please..please' pujuknya lagi. Tangannya masih memicit2 bahu ayahnya.

'Ye la. Ape emergency nye? Cuba explain' Aidil bagai sudah dapat agak alasan disebalik permintaan Aiden Adrien itu. Sengaja dia buat2 tanya.

'Aiden nak keluar dengan kawan' perlahan dia menjawab.

'Ehh..selama ni keluar dengan kawan boleh je bawak motorbike'

'Kawan perempuan la, daddy' suaranya hampir tidak kedengaran.

'Ooo...girlfriend?' soal Sarah pula.

'Ehh...bukan' lantang Aiden menjawab.

'Bukan ke belum?' usik Aidil pula.

Aiden hanya senyum 'Complicated la daddy, mummy'

'Kalau complicated tu Kak Aryanna la tu!' sampuk Amelia.

'Diam lah!' Aiden menjengilkan biji matanya.

'Ooo...Aryanna. Dah jumpa orang yang dicari2 selama ni ye? Tak bagitahu mummy daddy pun'

'Ishh mummy ni. Mane ada Aiden cari2'

'Elehh...setahun lebih macam orang giler tu ape?' Amelia menyampuk lagi. Aiden bangun dari duduknya dan menyekeh kepala adiknya itu.

Sarah dan Aidil tertawa. 'Dah tu. Jangan bergaduh kat meja makan'

'Sorry Aiden tak sempat nak cerita. Mummy daddy busy, tak nak kacau. Aryanna study kat kolej Aiden. Baru masuk bulan lepas'

'Ooo...patut la lain macam semangat ke kolej sekarang' ujar Sarah.

Aiden hanya tersengih dan memandang Aidil 'Boleh ke daddy?'

'Ok' jawab Aidil

'Yess!!' Aiden melompat keseronokan.

'Tula daddy suruh tukar motorbike tu dengan kereta awal2 masuk kolej lagi tapi Aiden tak nak. So sekarang dah boleh ke nak tukar ke kereta?'

Laju Aiden Adrien mengangguk kepala.

'Kalau pasal Kak Aryanna semua sanggup. Eiii...menyampah! Macam confirm je Kak Aryanna nak dia. Kesian Kak Aryanna kalau dapat along!'

Aiden bangun lagi tapi kali ni ayahnya menariknya kembali duduk. 'Ehhh...ok ape anak daddy ni. Handsome pun handsome macam daddy. Tinggi lampai. Suara pun sedap'

Aiden angkat kening sebelah kepada Amelia. Amelia balas dengan menjelir lidah.

'Nanti ambik kunci kereta daddy dalam bilik. Baik2 bawak anak dara orang tu'

'Baik, Daddy. Thank you daddy, mummy' wajah terujanya jelas kelihatan.

Aiden kemudian berlari semula naik ke biliknya sambil menyanyi girang dan menari ditangga mengikut lagak tari Popcorn D.O yang trending di tiktok ketika itu.

Cheom gеunalcheoreom
Geudaеl bomyeon haengbokhaejyeo
Tteollimeul ijeossdeon mamdo
Teojil deut seolle machi popcorn
Dalkomhaejin mami maeil
Popcorncheoreom twineun neukkim
Daldidan dangsinui maldo
Teojil deut seolle machi popcorn

Aidil menggeleng2 kepala melihat telatah Aiden. Sarah pula tertawa kecil.

'Datang balik dah giler along tu' keluh Amelia.

'Abang nanti call la En Daim bagitahu Aiden keluar bawa Aryanna' tutur Sarah kepada suaminya.

'Ok. Sekejap lagi abang call'

Sarah teringat setahun lebih Aiden Adrien tak keruan. Berapa kali berulang ke rumah Aryanna mencari gadis yang tiada khabar berita itu. Daim Anding hanya maklumkan Aryanna berada di luar negara menemani Damiya yang sambung belajar di sana. Dia dan Aidil tidak mahu ikut campur bila Amelia maklumkan Aryanna tidak menjawab panggilan dan membalas message anak lelaki mereka itu. Mereka menganggap ada sesuatu berlaku antara Aiden dan Aryanna dan biarlah Aiden menyelesaikannya sendiri. Aiden juga tidak banyak bercerita hal itu.

Aiden Adrien memasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat milik keluarga Damiya itu. Kereta di parkir di tepi halaman, dimatikan enjin lalu turun dari kereta. Seketika memerhatikan dirinya di cermin kereta yang bertinted gelap itu. Membetulkan sedikit rambutnya.

Rambutnya yang separas baju itu diikat sebahagian ke belakang. Dia hanya mengenakan T-shirt putih didalam dan diluar kemeja navy blue tanpa dibutang. Berseluar jeans hitam dan sneakers hitam. 'Ya Allah...siapa la yang handsome sangat ni' ujarnya pada pantulan imej sendiri sambil tersenyum2.

'Hrmmm...dah handsome dah tu' satu suara menyapa.

Muka Aiden merah menahan malu melihat Daniyal Hakimi yang berada tidak jauh darinya. 'Cikgu..' suaranya bergetar.

Daniyal Hakimi menyambut huluran tangan Aiden Adrien sambil tersenyum sinis. Genggaman tangannya sengaja dikuatkan. Aiden Adrien sedikit mengerang.

'Ooo...berani ajak adik kesayangan saya keluar ye!' leher Aiden di paut.

Aiden Adrien hanya tersengih2. Tidak menjangka akan berjumpa Daniyal disitu.

Sambil memaut leher Aiden itu, Daniyal membawanya masuk ke rumah.

'Abah, ni budak yang nk bawak adik keluar ni' ujar Daniyal melihat ayahnya sedang duduk di sofa diruang tamunya.

'Assalamualaikum uncle. Apa khabar?' Aiden menghulurkan tangan. Daniyal masih enggan melepaskan pautannya.

'Aiden, lama tak jumpa. Duduk la. Dani, lepasla Aiden tu. Mengusik tak habis2'

Daniyal menjeling tajam Aiden yang tersenyum serba salah. 'Behave ye!' bisiknya ke telinga Aiden.

'Daddy kamu ada call uncle tadi bagitahu kamu nak keluar dengan Aryanna. Apa khabar daddy mummy?'

'Baik uncle, alhamdullilah'

'Abah, budak ni kan pernah jealous Dani dengan Aryanna abah tau tak? Siap menjeling2 kat Dani dulu' Daniyal menepuk2 bahu Aiden.

Aiden tersenyum malu ' Sorry, Cikgu'

'Kamu pun satu juga. Nak rahsiakan tapi layan adik kamu macam tu kat sekolah, siapa je tak salah sangka' balas Daim Anding.

Aiden Adrien angguk membenarkan kata2 Daim Anding.

'Ehh...berani angguk'

'Sorry, Cikgu'

Daniyal kemudian ketawa melihat Aiden Adrien duduk serba tak kena itu. 'Just Joking'

Tak berapa lama kemudian, Aryanna turun dari tingkat atas.

'Siap dah anak abah. Cantiknya hari ni' puji Daim Anding. Aryanna hanya tersenyum.

Aiden Adrien memandang Aryanna yang duduk disebelah Diam Anding. Gadis itu memang lebih cantik hari ini. Dengan blouse putih dan skirt jeans labuh. Walaupun tanpa make up, Aryanna tetap cantik di matanya.

'Tengok la siapa yang paksa dia pakai macam tu abah. Kalau tak jangan harap dia nak!' sampuk Damiya yang tiba2 muncul dari ruang makan.

'Aiden Adrien, my bff Ex-choessarang, anyeong!' sapanya pada Aiden lalu duduk di sebelah Aryanna.

Aiden Adrien terkebil2, tak tahu nak jawab apa.

'Bodoh la kau ni!' Aryanna menunjal kepala Damiya.

Daniyal dan Daim tertawa. 'Balik je Nak gaduh' rungut Daniyal.

'Sorry ye Aiden, kau kena bawak aku sekali. Boleh kan?' soal Damiya pada Aiden.

Aiden bagai tergagap2 untuk menjawab 'Aaa...boleh je. Off course'

'Macam tak ikhlas je'

'Ishh...mane ade'

'Sudah2 la tu menyakat Aiden. Dah pergi la keluar cepat. Lama dah Aiden tunggu ni'

Mereka lantas bersalaman dengan Daim dan Daniyal sebelum mula bergerak ke destinasi yang dirancangkan.

Di dalam kereta, Aryanna hanya mendiamkan diri. Aiden pula bagai resah mencari topik untuk dibualkan. Damiya yang duduk di belakang memerhatikan Aryanna dan Aiden silih berganti.

'Kau mesti tak selesa aku ada kan?' soalnya pada Aiden.

'Mana Ada. Ok je la. Cuma Aku jarang2 bawa kete so awkward sikit'

Damiya mencebik bila Aiden melihatnya dari cermin. 'On bluetooth' pintanya pada Aiden.

Damiya memutarkan lagu dari telefon bimbitnya. Seketika kemudian suasana kekok itu bertukar, Aiden dan Aryanna turut menyanyi mengikut lagu2 yang dimainkan Damiya. Dan saling tertawa bila sesekali Aiden tersalah lirik. Damiya tersenyum. Dia sudah sedia maklum muzik bagai 'connection' buat Aryanna dan Aiden.

Setelah kereta diparkir, mereka berjalan masuk ke pusat membelah terbesar itu. Agak ramai pengunjung hari itu memandangkan hujung minggu.

'Ok guys. Sampai sini, I dah ada janji' ujar Damiya.

'Hrmm ok, kirim Salam Fauzee' balas Aryanna.

'Bye Aiden. Terima kasih tumpangkan. Good luck. Behave' ucap Damiya sebelum berlalu.

'Dia nak jumpa Fauzee. Dia tumpang je' tutur Aryanna melihat Aiden yang kebingungan.

'Oooo...' senyum Aiden meleret.

'Hah...jom la. so kau nak beli hadiah apa ni?'

'Err... hrmm...ikut kau je la' Aiden sendiri bingung nak jawab apa. Dia mengekori langkah Aryanna dan berjalan bersebelahan.

'Adik kau sorang je kan?'

'Ye la. Macam kau tak tau'

'Pastu adik mana yang kau nak cari hadiah ni?'

'Adik aku la, Amelia'

'Birthday Amelia bukan 2 bulan lepas ke?'

Aiden Adrien menghentikan langkahnya. 'Alamak...salah bagi alasan pulak ajak dia keluar. Mane dia tahu ni'

Aryanna memandangnya menanti jawapan.

'Errrr...hrmmm...'

Aryanna ketawa tiba2. 'Kau ni lawak la. Lain kali cuba la bijak skit. Kau ingat aku tak tau ke kau reka alasan?'

Aiden diam dan memandang wajah ceria Aryanna. Dia memang tidak menjangkakan reaksi itu dari Aryanna.

'Kau ni misteri la, Aryanna'

'Hehhh?? Tiberr' Aryanna meneruskan langkahnya. Pandangan mata Aiden sedikit mengganggunya.

'So kau rela je la ni keluar dengan aku?'

'Well...tak rela nanti kesian pulak!' seloroh Aryanna.

'Ahh...tak kisah la kesian pun kesian la' balas Aiden. Apepun padanya Aryanna ada dengannya hari itu.

'So kau nak buat ape ni?' soal Aryanna.

'Makan. Ice skating. Pastu kita gi kedai guitar'

'Ice skating? Dengan skirt ni?'

'Ala...boleh la. Bukan kau nak buat aksi pusing2 pun kan?'

Aryanna mengeluh 'Ye la'

Aiden senyum lagi. Sebulan di kolej merapatkan semula dia dan Aryanna. Adakala Aryanna makan bersama Aiden dan rakan2nya. Dan ada waktu petang sebelum pulang, mereka akan duduk di tepi padang bermain guitar dan menyanyi.

'Nak makan ape?'

'Oiso?' jawab Aryanna merujuk kepada sebuah cafe makanan korea.

Selesai makan tengahari, Aryanna duduk di kerusi berhampiran Ice Skating. Menanti Aiden yang ke surau untuk solat zohor. Dia cuti hari itu, tidak boleh solat jadi sekadar menanti Aiden sambil memerhatikan mereka yang sedang meluncur didalam gelanggang. Jauh dalam hatinya berharap dengan memenuhi masanya dengan pelbagai aktiviti dapat mengurangkan beban hatinya. Dia tidak menafikan berkawan dan meluangkan masa bersama Aiden Adrien juga membantunya. Meskipun adakalanya malam nya masih bersulam airmata. Daffa Haiyan masih ada dalam hatinya.

'Jauh sangat termenung tu. Jom' Aiden menyapa dari belakang.

'Dah siap solat ke? Kau doa untuk aku tak?' seloroh Aryanna cuba menyembunyikan perasaannya saat itu.

'Doa la. Aku doakan kau dapat jodoh yang baik' jawab Aiden sambil menunding ke arah diri sendiri.

'Hahaha...tak kelakar'

Aiden ketawa melihat mimik muka yang dibuat Aryanna.

Gelanggang Ice Skating itu semakin lama semakin ramai, Aryanna mula merasa kurang selesa. Rasa bagai sukar untuknya bernafas. Dia bersandar di palang yang tersedia disekeling tepi gelanggang itu. Cuba menarik nafas dalam2. Dahinya mula berpeluh.

Aiden yang menyedari keadaan Aryanna itu mengeluarkan earphone dari poketnya dan diletakkan ke telinga Aryanna. Lagu2 di bluetooth dari telefon bimbitnya.

'Pandang aku je!' bisiknya.

Aryanna memandang tepat ke arah Aiden Adrien. Fokusnya dialihkan hanya kepada Aiden dan lagu di telinga. Perlahan Aiden Adrien mengundur, menarik kedua tangan Aryanna dan perlahan meluncur di tepi gelanggang itu.

Hiruk pikuk sebentar tadi perlahan2 hilang, kesesakan yang dirasakan juga beransur hilang. Matanya hanya pada Aiden Adrien yang berada didepannya. Apakah kehadiran kau mampu mengubah hati dan jiwa aku? Apakah kau mampu bawa aku keluar dari sakitnya dunia aku sekarang?

Aiden Adrien hanya tersenyum. Tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Aryanna saat itu yang merenungnya dengan mata berkaca. Dia cuma mahu Aryanna tidak terperangkap dalam dunianya sendiri lagi.

Usai solat zohor tadi, Daniyal ada menghantar message kepadanya supaya menjauhkan Aryanna dari tempat yang terlalu ramai. Gadis itu sudah lama tidak berada tempat2 sebegitu. Menurut Daniyal juga Aryanna sekarang seolah2 memaksa dirinya kembali ke dunia luar dan Daniyal sangat bimbangkan adiknya itu.

'Aku akan bawa kau keluar dari dunia kau dan aku akan sentiasa ada untuk kau' bisiknya sendiri merenung Aryanna yang nampak sudah semakin tenang. Melihat itu tangan Aryanna dilepaskan dan dibiarkan gadis itu meluncur sendiri. Dia sekadar mengekori Aryanna disisi. Sesekali Aryanna menoleh dan tersenyum. Aiden merasakan waktu saat itu bagai terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience