Mereka memberhentikan langkah kuda tunggangan mereka bila tiba dipinggir hutan itu. Daffa Haiyan dan Dahin Haiyan mendongak ke langit. Cahaya bulan yang terang menyuluh wajah mereka. Tinggal lebih 1 jam lagi, bulan akan menjadi penuh. Sahutan bunyi serigala sudah mula sahut-menyahut. Daffa Haiyan mendengar bunyi degup jantung adik kembarnya yang kencang. Dia tahu Dahin Haiyan dalam galau.
Sebentar tadi dia, pembantunya Adan dan pengikutnya yang lain menemani Dahin Haiyan hingga ke pinggir hutan itu.
'Dahin, biar aku je ke sana' ujarnya.
'Kau nak langgar cakap Walid ke?' Dahin Haiyan memandang tempat ke matanya.
'Aku risau la. Hati aku rasa tak sedap' luahnya. Ya, hatinya resah. Entah kenapa khabar yang mereka dengar bahawa makhluk2 jahat yang diburu mereka selama ini akan menyerang kawasan hutan dan kampungnya itu dirasakan bagai ada yang tak kena.
‘Kau jangan fikir yang bukan2. Aku harus bergerak sekarang ke sana’ ujar Dahin Haiyan. Nafasnya mula perlahan2 tenang. Dibelakang Dahin Haiyan, pengikutnya juga sudah bersiap siaga. Termasuk Dahin Haiyan menjadikan mereka seramai 11 orang. Mereka turun dari kuda masing2.
Daffa Haiyan yang akur hanya mengangguk. Dia sempat berpesan kepada pengikut Dahin Haiyan untuk menjaga adiknya itu. Dia kemudian memerhatikan langkah Dahin Haiyan menyeberangi sungai bersama2 pengikutnya. Sudah hampir 5 tahun tugas yang Dahin Haiyan lakukan malam itu adalah tugasnya.
Kata Walid, kelebihan dia sebagai anak sulung adalah berbeza dengan Dahin Haiyan. Adiknya itu tidak sekuatnya. Namun dia masih tidak mengerti mengapa Walid mengarahkan Dahin Haiyan menggantikannya malam ini. Hendak lagi malam ini tenaga makhluk2 lain akan lebih kuat dari biasa.
'Ahh...mungkin kerana berita serangan bakal berlaku di kawasan hutan dan kampung buat Walid mengubah tugas kami' bisiknya sendiri menyedapkan hati. Dahin Haiyan hanya perlu menjaga keamanan seberang sana. Tidak mahu ramai manusia akan diganggu malam ini. Yang akan mendorong mereka hilang ke alam lain. Sesat disembunyikan dihutan dan dilemaskan disungai itu. Peristiwa 8 tahun lalu tidak mahu terulang, itu sahaja pesan Walid.
Setelah beberapa ketika meninggalkan pinggir hutan itu, hatinya makin resah memikirkan Dahin Haiyan. 'Qawas, aku risau Dahin' bisiknya pada kuda tunggangnya, Qawas.
Suasana dikawasan jagaannya tenang tanpa ada kesan makhluk2 lain. Ketenangan itu menambahkan lagi kerisauannya. Dia menoleh melihat pengikutnya. Mereka seramai 8 orang termasuk Daffa Haiyan dan Adan.
‘Kau risau Dahin?’ Adan menepuk bahunya.
Daffa Haiyan angguk ‘Aku rasa seperti ada sesuatu, Aban. Ketenangan dikawasan kita ini terasa pelik’
‘Aku merasakan perkara yang sama’ luah Aban, yang merupakan teman baiknya dan juga pengikutnya yang paling kanan.
'Arghhh...' Daffa Haiyan mengerang tiba2 sambil memegang dadanya. Tubuhnya jatuh ke tanah.
'Daffa!' Adan segera melompat turun dari kudanya dan mendapatkan Daffa Haiyan.
'Dahin....' suaranya terketar2. Telinganya tiba2 menangkap bunyi seseorang sedang berlari laju kearah mereka. Daffa Haiyan gagah bangun dan mencabut pedang dibelakangnya lalu memberi isyarat supaya Adan dan pengikut yang lain berlindung dibelakangnya.
‘Abbas! Abbas!’ mendengar panggilan itu dia lantas menyarung semula pedangnya. Panggilan itu adalah gelaran untuknya yang bermaksud singa sebagai pewaris kepada walid. Dia mengamati susuk yang semakin hampir dengan mereka.
‘Anaqi!!’ jerit Adan apabila melihat susuk yang berlari tadi adalah adiknya.
Anaqi yang tercungap2 menyebut nama Dahin Haiyan berulang kali ‘Dahin...abang Dahin!’
Daffa Haiyan segera memegang kedua bahu Anaqi ‘Kenapa ni?’ dia mula cemas mendengar nama Dahin Haiyan disebut.
‘Mereka semua disana. Menanti abang Dahin. Mereka semua tahu bukan Abbas yang akan menjaga seberang sana malam ini. Kami sempat tangkap satu saja dari mereka. Dia bagitahu mereka akan bunuh abang Dahin malam ni’ ujar Anaqi yang bertugas mengawal pinggir perkampungan mereka.
Daffa Haiyan pucat, wajah Dahin Haiyan muncul dibenak fikirannya. Matanya berkaca. Darah mengalir laju diseluruh tubuhnya. Tepat telahannya, rasa sakit yang dialaminya sebentar tadi adalah apa yang Dahin Haiyan rasa.
Dia pantas melompat ke atas Qawas dan memacu laju. Adan dan pengikutnya mengekorinya dari belakang.
Dia memandang ke seberang. Dahin Haiyan dan pengikutnya tidak kelihatan. Dia melihat bulan diatas kepalanya. Hanya kurang 30min lagi akan menjadi penuh.
‘Adan, kau jaga sini. Aku akan kesana’ suaranya keras. Amarah membakar diri.
‘Tapi Daffa, Walid tak benarkan kau ke seberang. Bulan akan penuh sekejap lagi’ tangan Daffa Haiyan ditarik.
‘Kau nak aku duduk disini dan tunggu adik aku pulang sebagai mayat?!!!’ tempiknya. Dia tahu Dahin sekarang dalam bahaya.
‘Kau tak tahu apa menanti kau. Ada sebab Walid melarang!’ Adan masih memegang kuat tangan Daffa Haiyan.
‘Lepas!! Aku sanggup terima apapun. Biar aku mati dari Dahin! Kau tunggu sini!' dia menyentap tangannya dengan kuat dari pegangan Adan lantas turun dari Qawas, mencabut pedangnya lalu berlari laju dan melompat tinggi menyeberangi sungai.
Kakinya menjejak tanah. Matanya meliar mencari Dahin Haiyan. Tidak jauh dari situ kelihatan Dahin Haiyan dan pengikutnya sedang dikepung 2 kumpulan makhluk. Satu kumpulan tubuhnya besar berbulu dan berkepala serigala. Sekumpulan lagi adalah dari keturunan yang sama dengannya, cuma tubuh mereka seperti mayat dan bertaring.
Separuh dari pengikut Dahin Haiyan sudah kecundang. Darah sudah membasahi tubuh adik kembarnya. Makhluk2 itu sahut menyahut dan mengilai silih berganti, bagai menanti bulan menjadi penuh sebelum mencabut nyawa adiknya.
Dahin Haiyan menahan luka di dada akibat tusukan dan cakaran tajam makhluk2 serigala didepannya. Dia tidak menjangkakan serangan dari mereka.
Ketika tiba kawasan seberang itu, tiada sebarang tanda gangguan. Hanya kedengaran hiruk pikuk suara manusia yang berkumpul tidak jauh dari mereka. Namun apabila dia dan pengikutnya sudah menjauhi pinggir sungai baru dia dapat merasakan ada sesuatu sedang menanti mereka dari atas2 pohon disitu. Sudah agak lewat untuk dia bertindak bila mana makhluk2 itu turun bagaikan hujan mengelilingi mereka. Dan kini dia sedar sasaran makhluk2 jahat itu malam ini bukan manusia tetapi dirinya. ‘Kalau Daffa pasti sudah dapat menghidu lebih awal’ kesalnya dalam hati mengenangkan kekurangan ilmunya berbanding abang kembarnya itu.
‘Dahin Haiyan, nampaknya tekaan kami betul. Kau tanpa Daffa Haiyan hanya kosong' salah satu makhluk yang bertaring itu bersuara.
'Sepertimana sombongnya ayah kau menafikan janji kami dan sepertimana abang kau mengambil hak kami, hari ini kami akan ambil nyawa kau sebagai ganti’ ujar makhluk itu lagi.
‘Makhluk sial!’ getus hati panas Daffa Haiyan mendengar percakapan makhluk itu kepada adiknya.
‘Yarrrghhh.....!!’ jeritnya kuat sambil berlari bagai kilat kearah Dahin Haiyan.
Pedangnya dihayunkan, mencantas satu persatu makhluk yang mengelilingi Dahin Haiyan. Ada yang perut mereka dirobeknya. Amarah bagai gila. Anak matanya yang kehijauan menyala terang.
Terkejut melihat kehadiran Daffa Haiyan, sebahagian makhluk itu mula menyelinap lari ke dalam hutan. Dahin Haiyan melihat bulan, hanya beberapa minit lagi. Dengan tenaga yang masih berbaki, dia menarik anak panahnya, memanah makhluk2 yang cuba menyerang Daffa Haiyan.
Melihat masih ada satu makhluk yang cuba menerkam adiknya, Daffa Haiyan melompat tinggi dan membenamkan pedangnya kedada makhluk itu. Dahin Haiyan sudah terduduk ditanah. Matanya masih membaca cahaya bulan. Rasa sakit yang dialaminya tidak setebal rasa risaunya pada Daffa Haiyan.
Daffa Haiyan memapah Dahin Haiyan bangun. Tubuh itu sudah sangat lemah.
‘Daffa Haiyan, kau jangan ingat semua ni dah berakhir, kami akan tetap menuntut hak kami!’ ujar makhluk yang sudah hampir kehabisan nyawa itu.
‘Tak ada satu pun hak kita didunia ni. Baik kau atau aku!’ balas Daffa Haiyan sekali lagi membenamkan pedangnya ke dada makhluk itu.
‘Daffa, keluar dari kawasan ni. Cepat!’ gesa Dahin Haiyan.
‘Ayuhh...bawa Dahin pulang’ arahnya kepada pengikut Dahin Haiyan.Mereka kemudian memapah Dahin.
Daffa Haiyan yang mengekori masih berjaga2. Matanya masih memastikan keadaan sekeliling.
Seketika kemudian Dahin dan pengikutnya tiba dipinggir sungai. Seorang pengikutnya menaikkan tubuh Dahin Haiyan dibelakangnya.
‘Cepat!!’ jerit Dahin Haiyan pada abangnya dengan tenaga yang tinggal sisa melihat Daffa Haiyan yang tertinggal dibelakang.
Daffa Haiyan memandang lagi ke bulan. Mempercepatkan langkahnya namun dia terlanggar sesuatu.
‘Arghh’
Dia memandang kearah suara itu. ‘Aryanna?’ detak hatinya apabila melihat gadis yang dilihatnya dari balik hijab tadi terjatuh di depannya.
‘Awak ok ke?’ dia hanya berseloroh bertanyakan soalan itu meskipun menyedari Aryanna tidak mendapat melihat dan mendengarnya. Namun gadis itu tiba-tiba melihat tepat kearahnya. Daffa Haiyan kaku, terkejut.
‘Saya ok je. Sikit je’ Aryanna tersenyum kepadanya.
‘Ade show jgk ke? Sekolah mana?’ soal Aryanna lagi.
Daffa Haiyan kehairanan dan hanya mampu senyum ‘Betul ke dia nampak aku?
Melihat dia tidak menjawab soalan-soalan yang tanya, gadis itu meninggalkannya. Daffa Haiyan ingin turut angkat kaki namun Aryanna tiba2 menoleh kearahnya kembali.
‘Ermm...nama awak siapa’ soal Aryanna.
‘Daffa Haiyan’ mulutnya spontan menjawab.
‘Wahh...sedapnya nama’
Daffa Haiyan hanya tersenyum. Telinganya menangkap namanya dilaung berkali-kali oleh Adan dari seberang sungai sana.
Gerak laku Aryanna yang mengundur kebelakang menambah bingung dihati Daffa Haiyan. Cahaya bulan semakin bertambah terang.
‘Sebab awak yang terakhir, saya ambil satu langkah je’
‘Hrmm??’ Daffa Haiyan hairan.
Aryanna memandangnya dan tersenyum. ‘Sorry tau awal2’
‘Sorry?’ soal Daffa Haiyan masih bingung.
‘Daffa Haiyan, I love you’ lafaz Aryanna. ‘Ok sebab awak yang terakhir Saranghae’ sambung Aryanna dan memberi mini love kepada Daffa Haiyan.
Dahin Haiyan menoleh kebelakang melihat Daffa Haiyan masih diseberang sana. Dengan tenaga hampir hilang dia berkata kepada Adan ‘Tolong bawa Daffa kesini cepat. Jangan biar dia bersama gadis itu masa bulan penuh'
Ketika dia tiba dikawasan itu tadi, dia mendengar nama yang telah lama lenyap dari hidup Daffa Haiyan dilaungkan oleh golongan manusia yang berkumpul ‘Aryanna Delara’. Baru dia sedar gadis bernama Aryanna yang ditemui dia dan abangnya Daffa siang tadi adalah Aryanna Delara.
‘Adan!! Cepat!!”
Mendengar jeritan Dahin Haiyan, Adan berlari seperti kilat, melompat dari batu ke batu sungai itu. Dengan pantas cuba menarik Daffa Haiyan namun gagal.
Daffa Haiyan cuba bergerak namun kakinya bagai dipasak kebumi, cahaya bulan penuh turun perlahan ke wajah gadis itu ‘Aryanna Delara’ bisiknya perlahan. Di mindanya bagai terbit satu peristiwa yang sudah terpadam dari ingatannya selama ini. Dadanya berat.
Adan mengeluh meski dia masih tidak memahami apa yang dimaksudkan Dahin Haiyan sebentar tadi. ‘Daffa, ayuh balik’ ujarnya kepada Daffa Haiyan yang masih kaku.
Daffa Haiyan hanya melirikkan matanya memberi isyarat tidak kepada Adan. Dia hanya akur bila Aryanna menarik tangannya ke tempat kumpulan manusia berhimpun. Adan sekadar mengekorinya.
Dahin Haiyan yang menyaksikan suasana itu dari jauh mengeluh lemah, airmatanya mengalir, beban berat didada Daffa dapat dirasakannya. ‘Daffa....’ sebutnya sebelum dia tidak sedarkan diri. Pengikutnya segera membawa Dahin Haiyan pulang.
Adan hanya memerhatikan Daffa Haiyan yang duduk diam bersandar dipohon, matanya tidak lepas dari memandang gadis yang sedang memetik guitar dan menyanyi. Dilihat airmata mengalir dipipi Daffa Haiyan. Dia bingung bagaimana dan mengapa Daffa Haiyan dapat dilihat oleh gadis itu.
‘Aku tak faham apa yang berlaku tapi kenapa dengan kau Daffa. Ini bukan alam kita. Mari balik’ pujuknya.
Suara Aryanna Delara menyanyikan lagu asing itu bagai memutar segala memori yang terpadam.
‘Aku rindu dia Adan. Aku rindu Aryanna Delara. Dada aku sakit macam ditikam, Adan’
‘Mari balik Daffa. Dahin mesti tunggu kau’
Mendengarkan nama adiknya disebut Adan, Daffa Haiyan kembali teringat keadaan Dahin Haiyan yang agak parah lalu dia melangkah lemah meninggalkan kawasan itu. Sepanjang perjalanan pulang kerumah, hanya wajah Aryanna difikirannya. Kini dia mula faham larangan Walid. Larangan Dahin Haiyan. Namun dia bagai tidak menyesali semua itu kerana Dahin Haiyan berada dalam keadaan selamat dan Aryanna Delara dikembalikan didalam ingatannya.
~Sulit untuk pergi, sakit untuk bertahan~
Share this novel