Bab 8 : Who Are You

Fantasy Completed 1367

Aiden Adrian menyandarkan badannya ke tiang gol. Latihan bola lebih dari 2jam baru sahaja selesai. Dia mengesat peluh yang mengalir ke wajah. Sambil mengetuk2 bola dikaki matanya diarahkan ke Aryanna yang berada dipadang berhampiran, masih dalam latihan bola jaringnya. Dia melepaskan keluhan kecil. Sudah seminggu lebih mereka pulang dari perkhemahan. Sejak itu juga Aryanna sering mengelak darinya. Hanya sepatah dua perkataan dijawab bila Aiden menanyakan sesuatu. Pesanan whatsapp pun hanya bluetick.

‘Masih fail?’ Farid mencuit bahunya. Dan turut memandang kearah yang sama.

‘Hrmm’ dia angguk.

‘Aku pun tak faham Aryanna. Complicated giler. Masa kau hilang, dia menangis macam kau dah mati tau tak!’

Aiden pantas menepuk kuat belakang Farid. ‘Mulut kau ni!’

‘Yela. Betul. Tapi sekarang buat tak tahu je. Tak faham doo’

‘Dia marah aku lagi mungkin’ Aiden meneka.

‘Hrmm..susah betul nak pujuk dia ek. Bunga tak layan, coklat tak jalan. Video lagu kau nyanyi dah macam2 dah kau upload kat tiktok kau untuk dia, dah macam2 bahasa dah aku tengok. Kejap melayu, kejap mat saleh, kejap korea. Dah jadi kpop pun ade kau ni. So conclusion nye aku rasa memang tak de harapan dah kau ni’ Farid memandangnya atas bawah.

Aiden mengetap gigi geram ‘Kau nak mati ke? Sape punya idea semua tu?’

Farid mengangkat tangan tanda ‘surrender’

‘Mungkin kau kene cuba bahasa planet zuhal plak kot’ usik Farid sambil ketawa besar. Aiden mencapai bola dikakinya. Farid segera lari melihat Aiden cuba membaling bola itu kepadanya.

‘Aku tak pernah tengok orang kene reject and dapat bluetick banyak kali dalam seminggu macam kau. Mungkin kau deserve kene reject 1000 kali. Hahaha....loser!!’

‘Bodoh!! Sini kau’ Aiden berlari mengejar Farid. Jersey yang dipakai Farid ditarik, leher kawannya itu di headlock. Farid masih tidak berhenti ketawa.

‘Sakit, sakit la weyyy’ jerit Farid. Aiden melepaskan tangannya.

‘Bodoh giler!’ sumpah Aiden. Farid sambung ketawa.

‘Sabar. Perempuan semua betul. Sabar. Love need passion bro. Lelaki sebenar lelaki yang tinggi tahap kesabarannya. Macam aku!’

‘Hell!’ balas Aiden pendek.

‘Hahaha...lawak la kau ni. Sejak sesat hari tu, kau jadi lagi romeo ek. Kalau tak berlagak, ego, kepala angin. Kau salah makan apa dalam hutan tu’

‘Kau main2 hehh’ Aiden menjengilkan matanya.

‘Kau serius lar tak ingat kau bagi bunga ungu tu kat Aryanna sebelum kau masuk hutan?’ tiba2 perkara itu muncul diminda Farid.

Aiden mengalihkan anak matanya ke tanah tanpa sebarang jawapan.

‘Dahla. Jom g cafe. Haus doo..' ajak Farid.

Aiden mencapai bola ditanah lalu mengekori langkah Farid. Setiba di cafe, Aiden perasan sekumpulan pelajar perempuan sedang beratur. Teman sepasukan Aryanna. Dia mencari kelibat Aryanna. Tiada. Aiden menghampiri mereka.

‘Maria’ sapa Aiden.

‘Hahh Aiden. Nape? Aryanna?’ soal Maria seakan sudah faham

‘Mane?’

‘Dia terus balik tadi. Aku rasa tengah jalan ke parking kot’

Aiden segera menyerahkan bola ditangan kepada Farid kemudian berlari ke arah parking motorsikal. Dari jauh kelihatan Aryanna sedang menyarung helmet. Dia cuba memanggil Aryanna tapi tidak didengar gadis itu. ‘Arghh...Aryanna Delara dengan earphonenya’ keluh Aiden. Aryanna terus menghidupkan enjin motorsikalnya dan meninggalkan perkarangan sekolah. Aiden hampa.

Farid datang memaut bahunya ‘Confirm dah kau dah dalam blacklist Aryanna’

‘Ishh!’ Aiden menyentap kuat bahunya membuatkan tangan Farid tergelincir.

‘Alaa...malam nanti kau pergi je jumpa dia kat umah, bukan ayah dia tak kenal kau’

Setelah solat maghrib tadi Aiden mundar-mandir diruang tamu rumahnya, cadangan Farid petang tadi tergiang ditelinga. Sesekali menoleh melihat jam didinding. 8.30 malam. Amelia yang sedang duduk disofa mula rimas dengan gerak laku abangnya itu.

‘Yarghh...along tepi la. Orang tengah tengok tv dia boleh berpusing2 plak kat depan ni. Pening kepala tau tak? Pergi la pusing2 kat tempat lain. Tu kat luar tu luas’ Amelia menunding keluar rumah. Aiden mencapai remote tv dimeja kopi dan menekan butang off.

‘Yargghhh!!’ pekik Amelia kuat.

Aiden mencebik lalu menuju ke pintu, mencapai kunci Aprilia Shiver 750 nya dan terus keluar.

Dia memperlahankan motorsikalnya apabila menghampiri lorong ke rumah banglo milik keluarga Damia. Kelihatan motorsikal Honda CBR meluncur keluar dari pagar banglo itu. ‘Aryanna’ bisiknya. Dia melajukan motorsikalnya. Mengekori Aryanna.

‘Kau pergi mana malam2 ni Aryanna’ rungutnya.

Beberapa minit kemudian mereka masuk ke kawasan hutan kecil. Aiden membaca signboard yang tertera dipintu masuk ‘Wetland Green Glamping Resort’. Jalan yang dilalui mereka agak kecil, sunyi dan gelap sebelum mereka tiba disebuah tapak perkhemahan yang dipenuhi dengan khemah2 yang telah siap dipasang. Cahaya lampu yang unik begitu cantik menerangi kawasan itu. Beberapa ATV diparking ditepi sebuah pondok besar.

Motorsikalnya diletakkan jauh sedikit dari Aryanna. Kelihatan 2 lelaki dan serorang perempuan keluar dari pondok besar yang merupakan pejabat resort itu.

‘Guys...lama tak jumpa’ Aryanna menghulurkan fist bump, disambut oleh mereka bertiga.

‘Babe..kau kalau aku tak ugut tadi kau memang tak datang la kan’ ujar wanita yang berusia sekitar 20 an tu.

Aryanna sengih ‘Aku busy la lately ni, exam nak dekat dah’

Mereka kemudian duduk di kerusi kayu berhampiran. Aryanna membuka sarung tangannya, memasukkan kedalam poket jaketnya.

‘Ehh...tadi aku macam nampak ada satu bike lagi masuk masa kau sampai. Damia ke?’ salah seorang lelaki itu bangun dan menjengah ke tempat parking.

‘Damia tak dapat join, ikut papa dengan abah pergi meeting kat Genting. Aku malas nak ikut, serabut kat sana’

Aiden yang menyedari kehadirannya seakan terbongkar segera keluar dari belakang batang pokok berhampiran. Aryanna yang agak terkejut merenungnya tajam. ‘Aiden! Kau buat ape kat sini?’

‘Anyeong...’ sapa Aiden tergagap2 sambil tersengih seperti kerang busuk.

‘Aku tanye kau buat ape kat sini?’ ulang Aryanna dengan wajah serius.

Mereka bertiga tadi hanya diam melihat suasana yang agak serius itu.

‘Aku pergi rumah kau tadi, nak jumpa kau tapi aku nampak kau keluar, aku ikut la. Mana tahu kau nak datang sini’ jawab Aiden

Aryanna mengeluh panjang. ‘Pergi balik’

Aiden menggeleng. Membatukan diri.

‘Ishh...biarlah. Kau ni tak baik buat macam tu. Dia baru sampai, kau halau plak’ sampuk salah seorang dari mereka. ‘Duduk bro’ pelawanya.

Aiden duduk. Helmet diletakkan ke meja.

‘Saya Afsyal. Ni adik saya Aidil. Ni Rika’ lelaki tinggi dan berkulit sawa matang memperkenalkan mereka bertiga sambil menghulurkan salam.

Aiden tersenyum menyambut salaman Afsyal dan Aidil ‘Saya Aiden Adrian’

Kemudian mereka bertiga memandang Aryanna seakan meminta penjelasan. Rika mencuit2 lengannya

‘Ape??’ Aryanna malas melayan.

‘Siapa? Kawan? Lamcha Jingu?’ tanye Rika mengusik dengan panggilan yang bermaksud teman lelaki.

‘Stalker!’ jawab Aryanna

‘’Weyy!’ Aiden terjerit kecil mendengar jawapan Aryanna.

Mereka bertiga tertawa melihat muka Aiden yang merah padam.

‘Ok...dah kenal2 kan. Pergi balik’ desak Aryanna.

‘Tak nak!’ Aiden berkeras

‘Buat ape nak jumpa aku tadi?’ Aryanna mengangkat dagu.

‘Boggosipda’ jawab Aiden sambil tersenyum.

Pantas tangan Aryanna mencapai helmet dimeja dan mengacah untuk memukul kepala Aiden. Aiden menahan lengannya dikepala. Afsyal, Aidil dan Rika pecah perut ketawa mendengar jawapan Aiden yang membawa maksud ‘I miss you’.

Aryanna mendengus lalu kembali duduk. Rika mengurut2 belakang Aryanna. ‘Rilekss..’

‘Alamak bro. Salah orang la bro. Aryanna ni dah ade cheossarang la’ usik Aidil kepada Aiden.

Aiden tersengih sambil jarinya menunding ke arah diri sendiri memberi isyarat bahawa dia lah cheosssrang itu. Aryanna cuba mencapai kembali helmet, Rika segera melarikan helmet itu dan meletakkan jauh dari Aryanna. Aiden tertawa.

‘Serious la Aryan. N lai cheossarang kau tu?’ soal Afsyal.

Aryanna menggetap bibir ‘Lagi sekali aku dengar perkataan tu, dengan korang bertiga aku hempuk dengan helmet ni’

‘Wooo...woooo...cool down’ Afsyal mengalah. Menghulurkan botol oren soda kepada Aryanna dan Aiden. Aiden menolak dan mencapai mineral dimeja.

‘Team mana?’ soal Aryanna sambil membuka penutup botol oren soda itu dan meneguk perlahan. Matanya terarah ke khemah yang dipenuhi sekumpulan remaja yang sedang berkumpul melakukan aktiviti team building. Resort itu memang terkenal dengan program team building.

‘Student Uniten’ jawab Rika.

‘Program?’ soal Aryanna lagi.

‘Full board cam biasa. Sebab tu kitaorg perlu kau. Tak cukup support. Ingat Damia ada sekali’ jelas Rika lagi.

Aryanna mengangguk faham. Aiden yang masih terpinga2 cuba memahami apa yang diperkatakan mereka.

Melihat Aiden membuat muka pelik, Afsyal bersuara ‘Bro, pandai kayak?’

Aiden angguk.

‘Fishing? Flying fog?’

Aiden angguk lagi.

‘ATV?’

Kali ini Aiden geleng. Terpinga2.

‘Tak pe, ATV kepakaran Aryanna’

‘Kau cuba buat apa ni Af?’ Aryanna seakan dapat membaca niat Afsyal. Afsyal tersengih. Dia duduk lebih rapat dengan Aiden.

‘Bro, join kami jadi fasi untuk esok, pagi sampai ptg je’

Aiden masih terpinga2. Afsyal menarik Aiden masuk ke dalam pondok yang merupakan pejabat urusan resort itu. Rika dan Aidil turut serta dengan Aidil.

‘Weyy Af, kau jgn pelik2 ye’

Mereka tidak menghiraukan amaran Aryanna. Aryanna mengeluh berat. Malas mengekori mereka, dia mencapai beg galasnya dan turun kekawasan perkhemahan.

‘Nah bro, baju fasi kami. Muat kot, lebih kurang je badan kau dengan aku’ Aidil menghulurkan sepasang tracksuit kepada Aiden. ‘Kau tunggu jap, aku ambil jadual esok’

Aiden memerhati kesekeliling pejabat tu. Gambar2 aktiviti yang dijalankan di resort itu memenuhi dinding. Matanya leka melihat gambar2 itu satu persatu. Aidil kemudian menariknya kesudut ruangan gambar yang lain.

‘Sini banyak gambar Aryanna. Yang tadi tu gambar2 sebelum Aryanna join kami’

Aiden melihat gambar2 yang dimaksudkan Aidil. Memang banyak gambar Aryanna disitu.

‘She really look happy in all this kan?’

Aiden mengangguk membenarkan kata2 Aidil. Hampir kesemua gambar Aryanna disitu tersenyum gembira dan ada yang ketika dia sedang tertawa.

‘Dekat 1 tahun dah dia jadi fasi partime kat sini. Even baru nak masuk 17tahun that time, dia dengan Damia memang fast leaner'

Aiden Adrien mendengar dengan kusyuk. Matanya masih leka melihat2 gambar2 Aryanna.

‘Nah. Jadual esok, kalau kau tak faham just tanye ok. Kau akan incharge dengan aku esok’ Aidil kemudian mengajak Aiden keluar mendapatkan Afsyal dan Rika yang sudah keluar dulu tadi.

‘Ok ke bro?’ soal Afsyal melihat kelibat Aiden bersama Aidil.

‘Ok inshaAllah’ jawab Aiden. Aryanna tidak kelihatan disitu. ‘Mane Aryanna?’

‘Favourite spot dia’ Rika menunding ke arah menara tinjau yang berada di tepi tapak glamping. Aiden kemudian meminta izin untuk pergi ketempat Aryanna berada.

Dari bawah dia mendongak melihat keatas menara tinjau itu. Kelihatan kelibat Aryanna bersendirian. Aiden mendaki tangga naik keatas. Hatinya merungut sendiri. ‘Ishh...tak de parasaan takut ke dia ni. Malam2 duduk kat tempat macam ni’

Dia menghampiri Aryanna perlahan sengaja tidak mahu kehadirannya disedari Aryanna. Gadis tu sedang berdiri menghadap kearah kawasan bandar tempat tinggal mereka yang dilimpahi lampu2 rumah yang masih bernyala. Matanya menangkap buku nota Aryanna dilantai. Lakaran wajah yang sama namun kali ini lelaki itu berhoodie dan satu lakaran lagi adalah lakaran dua ekor kelip2. Aiden bagai menahan sesuatu yang berat didadanya.

‘Ade ape Aiden Adrian?’ Aryanna berpaling, perlahan tunduk mengangkat buku nota dilantai lalu menutupnya.

‘Wahhh...kau tahu aku datang ek?’

‘Aku bukan baru hr ni duduk kat menara ni, Aiden’ jawab Aryanna lalu kembali keposisinya sebelum ini.

‘Siapa yang kau lukis dalam buku kau tu?’ soal Aiden.

‘I wish he can tell me who he is' jawab Aryanna.

‘Kenapa kau lukis gambar orang yang kau tak tahu siapa?’

‘Aku akan lukis apa saje yang ada dalam kepala aku. Mungkin aku tak boleh lupa dia atau mungkin dia tak nak aku lupa dia’
jawab Aryanna. Suaranya mendatar.

‘Kau tak takut ke duduk sorang2 malam2 macam ni?’ Aiden berdiri disebelahnya.

‘Kenapa? Kau nak cakap pasal hantu, vampire jugak ke?’ soal Aryanna.

‘Wahhh...berani betul kau ye?’

‘Benda tu semua macam kita je. Makhluk alam. Kenapa nak takut!’

Aiden menguak rambutnya kebelakang saat mendengar jawapan Aryanna. Betul berani gadis itu.

‘Berani kau ni kena ada batasnya Aryanna. Memang la makhluk alam tapi alam ni dengan alam mereka tak sama. Aku risaukan kau Aryanna’ suara Aiden agak serius saat itu

‘Apa bezanya?’

‘Banyak bezanya!’

‘Mana kau tahu? Apa kata kau bagitahu aku supaya aku lebih faham, Aiden Adrian. Atau kau nak aku panggil nama sebenar kau’ Aryanna menoleh ke arah Aiden Adrian.

Wajah Aiden Adrian bagai hilang darah. Dia memandang Aryanna yang merenungnya tajam.

‘Kenapa kau risaukan aku? Bagitahu aku beza alam aku dan alam kau. Kenapa kau ada dialam aku dan dimana Aiden Adrian.....Daffa Haiyan’

~Menulis itu lebih untuk aku kerna saat aku berkata2 tiada yang memahami. Saat aku bersuara aku dianggap egois~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience