Bab 13 : Kerana Aiden Adrien

Fantasy Completed 1367

(sambungan peristiwa Menara tinjau)....

Wajah Aiden Adrian bagai hilang darah. Dia memandang Aryanna yang merenungnya tajam. Tidak terduga soalan itu muncul dari gadis itu. Sebentar tadi niatnya hanya ingin menemani Aryanna Delara dimenara tinjau itu.

‘Kenapa kau risaukan aku? Bagitahu aku beza alam aku dan alam kau. Kenapa kau ada dialam aku dan dimana Aiden Adrian.....Daffa Haiyan’

Wajah Aiden Adrian perlahan menghilang, kini menampakkan wajah sebenar disebalik Aiden Adrian. Daffa Haiyan tunduk memandang lantai. Mencari jawapan yang perlu dijawab kepada soalan2 Aryanna Delara.

‘Aku tanya kau ni. Mana Aiden??’ jerit Aryanna. Tidak sedikit hatinya gentar walau tidak pasti makhluk apa yang ada bersamanya kini.

‘Sudah lewat malam. Kau pergi masuk tidur. Esok je kita bercakap’ Daffa Haiyan mengangkat wajahnya, memandang tepat kemata Aryanna.

‘Aku tanya Aiden mana???!!!’ suara Aryanna semakin keras.

‘Aiden selamat. Jangan risau. Esok je kita cakap. Esok. Tolonglah’ suaranya perlahan. Daffa Haiyan sendiri tidak pasti apakah dia memang tidak bersedia menjawab soalan itu atau adakah hatinya terlalu sakit bila Aryanna hanya memikirkan Aiden Adrien saat itu.

‘Satu perkara lagi aku minta tolong. Selepas ini hanya kau sahaja yang akan nampak aku sebagai Daffa Haiyan, dimata manusia lain aku Aiden Adrien. Jangan tanya kenapa. Esok aku jelaskan semua’

Aryanna memejam matanya seketika, melepaskan keluhan berat. Baru sahaja dia berpaling untuk meninggalkan Daffa Haiyan, namanya dipanggil.

‘Aryanna’ suara Daffa kedengaran sayu. Aryanna menghentikan langkah. ‘Aku rindu kau’

Aryanna hanya membisu seketika kemudian meneruskan langkah tanpa menoleh. Hatinya sedikit gentar, perasaan takut bercampur baur dengan pelbagai persoalan.

Daffa Haiyan melutut ke lantai. Rambut ikalnya yang panjang ke bahu menutup sebahagian wajahnya. Airmatanya bercucuran ke lantai.

‘Arghhhhhhh....’ jeritnya sekuat hati lalu bangun dan melayangkan tubuhnya kebawah menara tinjau itu lalu meniti dari satu dahan pohon ke satu dahan. Seketika kemudian dia berhenti, berdiri didahan pohon yang besar dan merenung bulan.

‘Apa yang harus dijelaskan pada Aryanna esok? Bagaimana harus dijelaskan dimana Aiden Adrian saat ini? Mengapa Aryanna masih tidak mengingati apa2? Apakah janji yang mengikat mereka sudah tidak memberi kesan pada Aryanna dan hanya dirinya sahaja yang terikat kembali pada janji itu?’ Satu persatu persoalan muncul dibenaknya.

Daffa Haiyan melompat turun dari dahan pokok itu sambil bersiul memanggil kuda kesayangannya Qawas, tidak berapa lama kemudian Qawas muncul dari laluan kecil di hutan itu. Dia melompat keatas Qawas dan memacu laju, hilang di balik2 gelapnya malam.

'Assalamualaikum' ucapnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

'Waalaikumussalam' jawab Habib yang menyedari kepulangan anaknya itu.

'Macamana keadaan dia Walid?' ujarnya sambil melangkah masuk ke biliknya. Aiden Adrien terbaring beralaskan tilam nipis. Masih tidak sedarkan diri.

'Masih belum sedar. Lambat sikit dia nak pulih, dia bukan macam kita Daffa. Dia manusia' Habib duduk disisi anaknya yang berwajah agak sugul.

'Lama ke Walid?'

'Mungkin sebulan juga. Kenapa? Aryanna sudah tahu?' duga Habib.

Daffa Haiyan sekadar mengangguk. Dia tahu Walid pasti sudah tahu isi hatinya.

'Apa yang kamu rasa sekarang adalah cemburu, Daffa. Hati2 dengan perasaan tu. Jangan sampai kamu lupa diri' Habib menepuk bahu anaknya itu.

Daffa Haiyan memandang ayahnya, matanya berkaca. Airmatanya mengalir. 'Aryanna tak ingat Daffa, Walid'

'Ingatan dia manusia tak sama dengan kamu. Tapi bukan ke lebih baik Aryanna tidak ingat, kamu dan dia bukan takdir. Dia bukan milik kamu. Jangan lupa tu'

'Kenapa dia tak boleh jadi milik Daffa, Walid? Daffa sayang dia Walid. Daffa tahu bukan sebab janji saja. Tapi andai sebab janji pun Daffa terima, Walid. Tak mungkin Daffa boleh lupa dia'

Habib mengeluh seketika. Menepuk2 perlahan belakang Daffa Haiyan. Hilang bicara seketika untuk memujuk anaknya itu.

'Daffa, kamu kena kuatkan hati dan diri. Sebelum kamu pulang semula ke alam manusia, Walid ada perkara yang perlu dibicarakan. Memandangkan Aryanna sudah sedar kewujudan kamu, Walid rasa sudah sampai masanya Walid beritahu kamu. Walid tunggu di luar' ujar Habib sebelum meninggalkan Daffa Haiyan bersama Aiden.

Wajah Aiden Adrien direnung lama. Peristiwa bagaimana Aiden Adrien di bawa ke situ kembali berputar dimindanya.

Malam selepas dia menyerahkan anggerik ungu kepada salah seorang pelajar dalam kumpulan manusia itu, dia kembali ke pinggir hutan. Adan dan Qawas sudah menantinya. Malam itu mereka memeriksa keadaan hutan selepas kejadian buruk semalam. Kebiasaannya dia bersama Dahin, namun kerana keadaan Dahin yang masih lemah, Adan menemaninya.

Ketika mereka berlegar2 itu, Daffa Haiyan dapat menghidu kehadiran manusia di alam mereka.

'Adan, ada manusia yang dibawa masuk ke alam kita' ujarnya pada Adan.

'Kau pasti?' soal Adan.

'Hrmm...ayuh' Daffa Haiyan memacu Qawas dengan laju. Mereka masuk ke bahagian hutan yang lebih dalam.

Dari jauh Daffa Haiyan dapat melihat satu makhluk yang sedang ii mencengkam leher seorang lelaki. Tubuh manusia itu terangkat dari tanah.

'Uzza!!! Lepaskan dia!' Daffa Haiyan melompat turun dari Qawas, mencabut pedangnya dari belakang dan berlari pantas ke arah makhluk itu. Adan mengekorinya.

Menyedari kehadiran Daffa Haiyan itu, makhluk itu pantas melompat naik ke dahan pokok yang tinggi. Tangannya masih mencengkam leher lelaki manusia itu. Seakan memberi amaran kepada Daffa Haiyan untuk tidak rapat.

'Daffa Haiyan! Waris 7 Tenrog! Lama tak jumpa' ujar Uzza kemudian ketawa dengan lantang.

'Iblis! Lepaskan budak tu' tempik Daffa Haiyan. Darah terasa panas mengalir seluruh badannya. Makhluk yang bernama Uzza itu sudah lama dicari dia dan Dahin. Makhluk yang menjadi punca kekacauan dalam hutan itu selama bertahun2.

'Iblis?? Kalau aku iblis, kau apa? Kau jangan lupa kita dari keturunan yang sama Daffa!'

'Kami tidak ada hubungan dengan makhluk sesat macam kau!'

'Kau jangan terlalu sombong, Daffa. Darah yang mengalir dalam badan kau sama dengan aku!'

'Apa kau merepek, iblis! Lepaskan budak tu!'

'Budak ni? Kau tahu dia siapa?'

'Siapa pun dia, kau lepaskan dia sebelum aku cabut nyawa kau!'

Uzza ketawa lebih besar 'Budak ni? Kau patut berterima kasih pada aku. Budak ni suka gadis yang kau suka, janji kau. Biar je aku bunuh dia. Manusia bodoh! Dia ikut aku sampai ke dalam hutan ni hanya sebab aku menjelma jadi 'Aryanna Delara'. Berani dia terfikir memiliki gadis yang menjadi hak alam kita'

Daffa Haiyan mengamati wajah lelaki itu, meski agak samar namun dia tahu itu 'Aiden Adrien'. Budak lelaki yang membuat Aryanna menangis petang itu. Ketika dia leka memerhatikan Aryanna yang duduk di meja batu dipinggir hutan petang itu, budak lelaki itu lah yang tiba2 muncul dan akhirnya bertengkar dengan Aryanna.

Uzza senyum sinis 'Hrmm...nampaknya kau tahu siapa dia kan? Lelaki yang buat Aryanna Delara menangis. Biar aku habiskan saje nyawa dia untuk kau!'

'Jangan samakan aku dengan kau, Uzza! Dia dan Aryanna bukan hak alam ni. Kau lepaskan dia!'

Daffa Haiyan hilang sabar. Dia melompat tinggi ke dahan pokok tempat Uzza berdiri. Cuba menghampiri dengan berhati2, bimbang akan keadaan Aiden Adrien yang sudah tidak sedarkan diri. Darah mengalir dari kepalanya.

'Kau dekat, aku bunuh budak ni!' ugut Uzza. Kuku yang panjang terkeluar dari jari jemarinya. Wajahnya mula bertukar ngeri.

'Aku kata lepaskan budak itu!!'

'Baik, aku akan tunggu dan lihat berapa lama kau mampu lawan janji kau pada Aryanna Delara. Berapa berani kau untuk lepaskan dia dan mungkin Aryanna akan jadi milik budak ni!'

Uzza kemudian menusukkan kukunya ke perut Aiden Adrien dan melepaskan cengkamannya dileher Aiden. Tubuh kaku Aiden itu melayang ke bawah pohon. Dan sepantas kilat Uzza melarikan diri melompat dari dahan ke dahan pokok.

Daffa Haiyan menyarung pedangnya ke belakang dan dengan pantas melompat turun dari dahan pokok yang tinggi itu. Niatnya mahu mengejar Uzza dilupakan saat melihat tubuh Aiden yang melayang ke bawah.

Adan yang melihat situasi iti turut melompat tinggi ke arah Aiden Adrien. Lelaki itu tidak akan hidup seandainya tubuhnya mencecah tanah. Serentak itu dia dan Daffa Haiyan menyambut tubuh Aiden. Dan perlahan mereka mendarat ke tanah. Tubuh itu sudah dipenuhi darah.

'Cepat Adan, bawa dia ke rumah aku!' Daffa Haiyan memapah tubuh Aiden dan diletakkan di atas kuda tunggangan Adan. Adan segera memacu laju kudanya.

Daffa Haiyan mengekori dari belakang. Matanya masih memerhatikan sekeliling hutan yang tebal dan gelap itu. Bimbang ada musuh yang masih berkeliaran disitu.

Kepulangan mereka di sambut oleh Habib, Dahin dan beberapa pengikutnya. Aiden Adrien dibawa kebiliknya. Habib beberapa kali mengeluh melihat keadaan Aiden Adrien.

'Maaf Walid. Daffa terpaksa bawa dia kesini. Dia hampir hilang nyawa tadi'

'Walid faham. Uzza?' soalnya.

Daffa Haiyan mengangguk. 'Boleh ke kita selamatkan dia, Walid?'

'Walid cuba'

Selesai membantu Walid merawat Aiden Adrien, dia berbaring di katil.

'Daffa, macamana budak tu?' soal Dahin disebelahnya. Mereka kemudian sama2 memandang kearah Aiden Adrien yang terbaring dilantai.

'Walid kata boleh sembuh cuma ambil masa'

'Itu aku tahu. Maksud aku macamana kalau semua manusia tu cari dia?'

'Walid kata tak ada pilihan, terpaksa biar je mereka anggap dia hilang sementara ni. Dah pulih nanti kita hantar dia ke alam manusia semula. Kalau hantar dia pulang sekarang, Walid kata dia tak kan selamat'

Dahin mengeluh panjang. 'Esok pasti huru hara kat seberang sana' ucapnya perlahan.

Dan malam itu dia sukar melelapkan mata memikirkan kata2 Dahin Haiyan. Resah memikirkan pasti keadaan sepertimana 8 tahun lalu akan berulang. Manusia2 itu pasti akan panik, keluarga Aiden Adrien pasti akan cemas. Aryanna? Tiba2 wajah gadis itu muncul difikirannya. Bagaimana dengan reaksi gadis itu nanti?

Pagi tiba tanpa dia mampu melelapkan mata. Usai subuh, dia turun ke halaman dan baring di pangkin.

'Kau tak tido ke, Daffa?' tegur Dahin Haiyan menghampiri abang kembarnya itu.

'Aku tak boleh tidur'

'Apa yang kau risaukan? Budak lelaki tu dah selamatkan!'

'Aku memikirkan reaksi kawan2 dan keluarga dia'

'Kau risaukan Aryanna kan?'

Dia memandang Dahin Haiyan. Dan angguk.

'Tak ada apa yang kita boleh buat sekarang. Kita kena tunggu budak tu pulih dan sedar'

'Aku tahu'

'Budak tu kan budak lelaki yang bergaduh dengan Aryanna petang semalam kan?' soal Dahin tiba2.

'Hrmm...Aiden namanya'

'Oooo...baru aku ingat, Aiden ni ke yang Aryanna keliru dengan kau masa kecik?'

'Ye' jawabnya malas.

'Ooo....ape nama tu...ape aryanna cakap cheo..cheo...hahh...first love dia'

'Diam lah!' rengus Daffa Haiyan menyedari Dahin sengaja mengusiknya.

'Apa Adan bagitahu aku semalam...kau merah muka nak marah bila Aryanna cakap kat budak tu dia tak pernah rindu sesiapa macamana di rindu Aiden kan??'

Daffa Haiyan menggetap gigi 'Kalau tak sebab kepala kau ni masih berbalut, dah lama aku...'

'Yang kau pergi kacau diaorg semalam tu buat apa?'

'Budak Aiden tu yang kacau ye. Aku dulu yang duduk situ dengan Aryanna. Dia yang tiba2 datang'

'Kau duduk dengan dia pun bukan dia nampak kau. Kau giler ke?'

'Wahhh...mentang2 Kau sakit, Kau berani ye cakap macam tu kat aku. Kau tunggu kau sihat nanti!'

Dahin Haiyan mencebik. 'Kau pergi jumpa dia lagi tadi kan?'

'Hrmmm...'

'Kau ni Kan Walid dah pesan jangan!'

'Aku tahu la. Nanti dia dah balik dari camping tu aku pun tak dapat jumpa dia lagi dah. Aku dah bagitahu Walid sementara dia ada kat kawasan ni je aku nak tengok dia' suara Daffa Haiyan mengendur.

Dahin diam. Bukan dia tidak faham perasaan Daffa Haiyan tapi dia bimbang abangnya itu tidak dapat mengawal perasaan.

'Aku tahu batas aku, Dahin. Kau jangan risau' ujarnya bagai mengerti resah hati adiknya.

'Aku rasa sekarang ni mesti mereka sedang mencari Aiden kan?'

'Ye. Aku nak pergi tengok mereka'

'Ishh...kau giler ke?'

'Aku dah bagitahu Walid malam tadi' balas Daffa lantas memanggil Qawas.

'Tunggu, aku ikut' Dahin Haiyan pantas bangun dan turut memanggil kuda tunggangannya,Wardu.

Mereka kemudian memasuki hutan berhampiran tapak perkhemahan. Sayup2 kedengaran suara memanggil2 nama Aiden Adrien. Mereka turun dari Qawas dan Wardu lalu mendekati kumpulan manusia itu.

Daffa Haiyan tergamam seketika melihat Aryanna yang kelihatan resah dan menangis. Gadis itu hanya duduk tersandar di pohon pokok dengan pandangan yang kosong kearah kawasan dia dan Dahin berada.

Kemudian dilihat Aryanna berdiri bergerak sedikit ke hadapan dan menjerit memanggil nama Aiden Adrien sekuat hatinya sebelum gadis itu jatuh terduduk ditanah dan menangis tanpa henti.

Dahin Haiyan segera menarik tangan Daffa Haiyan bila dilihat abangnya itu cuba mendekati Aryanna.

'Jangan, Daffa. Jangan sesekali kau buat apa yang kau fikir sekarang' larang Dahin.

'Tapi Aryanna...'

'Daffa! Kau jangan lupa kita dengan dia berbeza, Daffa!'

Daffa Haiyan kaku seketika. Esak tangis Aryanna itu meruntun hatinya. Dia memandang Dahin mengharap adiknya itu memahami perasaannya ketika itu.

'Kau tahukan Dahin, rindu yang Aryanna katakan pada Aiden itu sebenarnya aku. Aku tak sanggup tengok dia macam tu. Tolong la Dahin'

'Kau nak munculkan diri kau? Mereka akan ingat kau Aiden. Apa akan jadi lepas tu? Kau fikir waras, Daffa!'

'Aku tak tahu. Yang penting aku tak nak Aryanna macam tu sebab budak lelaki tu. Hati aku sakit, Dahin!'

Dahin menggelengkan kepala, tidak sesekali setuju dengan apa yang difikirkan abangnya. Tangan Daffa masih digenggam kuat. Dia sendiri bingung. Perasaan nya juga berbelah bagi. Antara perasaan kasihankan Aryanna dan manusia2 disitu, perasaan Daffa Haiyan dan juga batas yang perlu dijaga.

'Lepaskan Daffa, Dahin' Habib yang mengekori mereka senyap2 sejak tadi bersuara.

Dahin dan Daffa berpaling serentak. 'Walid!'

Habib menghampiri mereka dan memegang kedua bahu Daffa Haiyan. 'Pergilah, gantikan budak lelaki tu sementara dia sembuh. Anggap Walid beri keizinan ini sebagai waktu yang Walid bagi untuk kamu ada dengan Aryanna. Tapi selepas itu Walid tidak mahu kamu macam ni lagi. Kamu harus memimpin golongan kita. Kamu harus lebih kuat Daffa'

Daffa Haiyan angguk. Habib mengesat airmata anaknya itu. Berat dia melepaskan tapi Aiden Adrien bukan lah alasan utama dia membenarkan. Aryanna Delara, budak kecil yang sudah membesar itu perlu dilindungi Daffa Haiyan.

Daffa Haiyan akhirnya munculkan diri dari sebalik pohon sebagai Aiden Adrien.

'Daffa Haiyan!' sergah Dahin melihat abangnya yang sedari tadi merenung Aiden Adrien yang terbaring kaku.

Lamunannya terhenti. Daffa mengeluh lalu kembali berdiri melihat Dahin Haiyan yang tercegat disebelahnya.

'Walid tunggu tu kat luar. Apa yang kau fikirkan sampai pandang budak ni macam nak telan je?'

'Kau rasa kenapa manusia2 tu nampak aku macam dia ni bila aku muncul kat alam diorang? Mereka kata yang beri bunga anggerik biru tu budak ni bukan aku!'

'Bukan kau memang munculkan diri macam dia ke?' soal Dahin keliru.

'Tak! Aku hanya perlu buat begitu dengan Aryanna sahaja. Dengan mereka yang lain walau aku munculkan diri sebagai aku pun mereka masih nampak aku macam budak ni' jawabnya menunding jari ke arah Aiden.

'Ermmmmm aku rasa aku tahu kenapa?'

'Kenapa?' soal Daffa Haiyan ingin tahu. Matanya masih memandang Aiden.

'Aku rasa dia ni memang jodoh Aryanna kat alam diaorg. Sebab tu bila kau masuk alam sana, semua nampak kau macam dia ni. Hrmmm...aku rasa betul dah!'

Daffa Haiyan menarik nafas dalam. Memejam rapat matanya. Jawapan Dahin Haiyan bagai sengaja mengundang sakit hatinya.

'Bodoh!!!' tempiknya pada Dahin.

Dahin senyum sinis. Bahunya di jungkitkan. Dan menarik tangan Daffa untuk keluar. Mengingati kata2 Dahin tadi, 'Eiii...' dengus Daffa dan sempat dengan sengaja menyepak perlahan hujung kaki Aiden.

'Weiii...giler la dia ni. Budak tu sakit la' Dahin geleng kepala dengan reaksi Daffa Haiyan tu.

'Sikit je pun' Daffa mencebik.

'Macam budak2 perangai!' getus Dahin.

Malam itu selepas pulang dari kampung halamannya, Daffa Haiyan hanya baring dimenara tinjau kawasan glamping itu. Tidak mahu mengganggu tidur yang lain2 di khemah fasilitator. Kata2 Walid juga membuatkan dia sukar melelapkan mata. Takdir apakah yang bermain antara dia dan Aryanna.

'Daffa, Dahin. Apa yang Walid bakal cerita ini tolong ambil berat. Walid tidak mahu sampai ke tahap ini tapi sudah tidak punya pilihan. Kerana Aryanna sudah menyedari kehadiran kamu, Walid perlu bercerita hal sebenarnya dari awal' begitulah awalan bicara ayahnya, Habib.

Menurut Walid, Aryana Delara adalah waris Syed Mubasyir. Hampir seratus lebih tahun dulu, nenek moyang Aryanna, Syed Mubasyir yang merupakan seorang yang kasyaf, yang boleh melihat disebalik hijab adalah Penghulu perkampungan manusia berhampiran hutan itu. Dan bersahabat baik dengan golongan mereka, yang digelar oleh Syed Mubasyir sebagai Tenrog. Tenrog adalah gelaran golongan mahluk ghaib yang menjaga kesejahteraan kawasan hutan. Dan ayah Habib, Abbasy merupakan Ketua golongan mereka ketika itu.

Perhubungan baik mereka menjadikan Syed Mubasyir kerap ke kampung mereka, bertukar2 ilmu dengan Abbassy juga sama2 menjaga keamanan kampung dan hutan mereka. Malah Abbasy juga sering membantu Syed Mubasyir meneroka hutan bagi membina perkampungan baru.

Sehingga terjadi kejadian dimana salah seorang dari golongan mereka mencintai anak gadis Syed Mubasyir. Dan membawa lari gadis itu dan disembunyikan dialam mereka. Perbuatan itu mengundang marah Syed Mubasyir. Dan lelaki yang memang dikenali hebat bukan hanya dengan ilmu persilatan malah ilmu agamanya itu telah menjejak anak gadisnya di alam Tenrog.

Akibat takut kehilangan gadis yang dicintainya, lelaki dari golongan Tenrog itu telah membuat perjanjian dengan makhluk jahat di hutan itu dari golongan Siung. Makhluk yang meminum darah manusia. Makhluk jahat itu berjanji bahawa jika lelaki Tenrog itu menjadi seperti mereka, anak gadis Syed Mubasyir akan menjadi miliknya selamanya.

Lelaki Tenrog itu akur dan merelakan dirinya menjadi Siung dengan meminum darah manusia. Namun dia tidak sedar tipu daya makhluk jahat itu. Dia lupa bahawa Syed Mubasyir bukan calang2 orangnya. Dia bukan sahaja disegani oleh golongan manusia malah digeruni di alam ghaib.

Pertempuran berlaku antara golongan siung dan Syeb Mubasyir dan pengikutnya dari golongan Tenrog yang akhirnya meragut banyak nyawa makhluk Siung. Dan lelaki Tenrog yang menyembunyikan anak gadis Syed Mubasyir terpaksa menyerahkan gadis itu dan kemudian melarikan diri. Namun dia bersumpah kepada Syed Mubasyir bahawa dia akan kembali menuntut anak sulung perempuan keturunan ke 7 lelaki itu.

Menurut Walid juga, lelaki Tenrog yang melarikan anak gadis Syed Mubasyir itu bukanlah orang asing tapi adalah darah daging mereka sendiri, adik kembar kepada Habib sendiri, Hijazi. Kerana menghormati persahabatan antara Syed Mubasyir dan Abbasy, Syed Mubasyir membiarkan Hijazi lepas lari. Sejak itu perhubungan antara kedua golongan itu diterhadkan bagi menjaga keamanan bersama. Mereka sekadar membantu satu sama lain bila perlu sahaja.

Dan kemunculan semula golongan Siung dan Hijazi 8 tahun lalu adalah kerana mereka dapat menghidu darah keturunan 7 Syed Mubasyir berhampiran hutan itu, Aryanna Delara. Dan Daffa Haiyan telah menyelamatkan gadis kecil itu dan janji pun terikat.

Habib membenarkan Daffa Haiyan menggantikan Aiden Adrien juga kerana dia dapat merasakan Aryanna Delara dalam bahaya. Kemunculan Uzza yang merupakan anak lelaki sulung Hijazi dan mencederakan Aiden Adrien menguatkan lagi telahannya. Aryanna Delara perlu dilindungi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience