Bab 7 : Kehilangan

Fantasy Completed 1367

Aryanna dan Damia bergegas keluar dari khemah bila mendengar siren kecemasan yang berbunyi pagi itu. Mereka betul-betul baru usai solat Subuh. Semua pelajar berkumpul diperkarangan tapak perkhemahan. Riuh rendah suara pelajar bertanya satu sama lain. Masing-masing terpinga2. Farid menarik tangan Aryanna membawanya jauh sedikit dari pelajar2 lain.

‘Aiden hilang, aku terjaga tengah malam tadi dia tak ada. Aku ingat dia mungkin ke toilet tapi sampai pagi dia tak balik ke khemah. Lepas jumpa kau semalam, dia banyak diam, makan pun tak nak. Kami baru sedar pagi ni dia tak de’ wajah Farid pucat saat menyampaikan berita itu. Aryanna terduduk ke tanah. Daniyal berlari dari jauh, menangkat tubuh longlai Aryanna bangun. Damia datang memeluknya. Aryanna hanya kaku.

‘Aryanna!’ Daniyal menggoncang2 bahu Aryanna dan memanggilnya berkali-kali.

‘Rian!!’ jerit Daniyal kuat. Aryanna tersentak, merenung wajah Daniyal kosong. ‘Rian, dengar ni abang cakap. Sekarang ni semua ranger dah berkumpul. Satu team dah cuba cari dipinggir hutan tapi tak jumpa. Pasukan jpam dan polis akan sampai sekejap lagi. Sekarang ni semua guru dan pelajar lelaki akan bantu cari Aiden. Kita akan cari Aiden sampai jumpa’

‘Rian nak ikut’

‘Tak boleh. Bahaya! Abang tak benarkan’

‘Please! Abang please!’ airmatanya mengalir deras, entah apa perasaan yang dialaminya ketika itu, kesal, risau semua bercampur baur.

Daniyal mengangguk lemah, tidak sanggup melihat Aryanna begitu. ‘Tapi Rian dengan abang, jangan sesekali leka, seorang ranger akan guide kita’

Aryanna angguk akur. Airmata dikesat.

‘Damia, stay dalam kumpulan dengan guru-guru kat sini ye. Farid awak dengan saya. Bawa Aryanna kesana, tunggu saya, saya akan panggil ranger’

Farid menarik tangan Aryanna ke tempat ditunjuk Daniyal. Menanti mereka ada 2 pelajar lelaki lain. Aryanna mencapai hp dipoket mendail no Daniyal.

‘Abang, cari ranger Daffa Haiyan. Dia mungkin boleh tolong kita’ ujar Aryanna mengingati perbualan semalam bersama Daffa Haiyan bahawa dia dan hutan itu sudah sebati.

‘Ok’ Jawab Daniyal sayup dihujung telefon.

Suasana riuh diam seketika bila pasukan ranger memberi taklimat pencarian mereka. Menyedari wajah Aryanna yang sayu, Farid menepuk bahunya ‘Kita pasti jumpa Aiden. Kau jangan salahkan diri kau’

Aryanna sekadar tunduk ke tanah. Hanya tuhan yang tahu galau hatinya saat itu. Selesai taklimat Daniyal menghampiri mereka bersama seorang lelaki yang berbadan tegap dan tinggi.

‘Assalamualaikum. Saya Ranger Remy. Saya akan mengetuai kumpulan Cikgu Daniyal untuk misi ini. Sentiasa kekal dalam kumpulan dan dengar arahan’

Mereka semua mengangguk. Daniyal mendekati Aryanna membetulkan topi gadis itu, menarik hoodienya menutupi topi dan mengikat tali kemas dileher Aryanna. ‘Are you sure dear?’

Aryanna angguk. ‘Abang, Daffa Haiyan?’

Ranger Remy memandang Aryanna ‘Cik, kita tak ada ranger bernama tu’ beritahunya mengingat kembali soalan yang sama ditanya Daniyal. Aryanna diam, kehairanan. ‘Tapi..’

‘Rian. Its ok. Ranger Remy ada. Kita fokus cari Aiden dulu ye’

Aryanna akur. Daniyal menghulurkan tangannya. Aryanna serba salah lalu memandang sekeliling. Semua mata memandangnya.
‘Its ok’ ujar Daniyal. Dia menyambut tangan Daniyal.

‘She is my sister’ beritahu Daniyal kepada mereka yang hampir dengannya.

‘No wonder muka nak sama’ balas Ranger Remy tersenyum.

Mereka berpecah mengikut area pasukan masing2 dan mula masuk ke dalam hutan. Suara berteriak memanggil nama Aiden silih berganti. Suara azan juga berkali2 dilaungkan, Aryanna juga turut memanggil Aiden berkali2 namun tiada sahutan dari Aiden. Hatinya semakin cemas. Daniyal masih menggenggam erat tangannya. Sesekali menoleh melihat keadaan Aryanna.

‘Cikgu Daniyal, kita berhenti sekejap rehat dalam 10min. Dah sejam kita berjalan. Saya bimbang pelajar2 keletihan’

‘Baik’ Daniyal melepaskan tangan Aryanna, mengarahkan Aryanna duduk. Tali hoodie Aryanna dilonggarkan, topinya dicabut dari kepala. Dia kemudian membasahkan tuala, mengelap perlahan wajah dan kepala Aryanna. Kemudian memberikan botol air kepada Aryanna.

‘Sayangnya cikgu dekat adik’ tutur Remy sambil meneguk air ditangan.

‘Nampak je kuat ni, Adik saya tak boleh terkejut nanti dia demam panas’

‘Bertuah ada abang macam ni’

Daniyal membalas pujian Remy dengan senyum. Aryanna memerhatikan sekeliling hutan. Mengharap Aiden muncul dari balik pohon-pohon yang meninggi.

Saat mereka mahu bergerak semula, satu kumpulan lain menghampiri mereka. Seorang dari mereka yang berpakaian seragam Ranger mendekati Ranger Remy. ‘Ranger Remy, kita diarah menukar skala pencarian, pasukan Jpam dan polis sudah tiba, mereka akan bantu kita. Jadi kumpulan kita akan bergabung dan bergerak sama’

‘Baik, berita terima’ balas Ranger Remy.

Aryanna perasan salah seorang dari mereka yang baru tiba itu adalah pelajar lelaki yang menyerahkan anggerik ungu kepadanya malam tadi. Aryanna segera mendapatkan pelajar itu.

‘Awak, awak perasan tak lelaki yang duduk dengan saya semalam? Yang bagi saya bunga?’ soal Aryanna.

‘Mestilah. Dia yang kita cari sekarang kan? Aiden Adrien?’ jawapan pelajar itu buat darah Aryanna berderau.

‘Apa??’ soal Aryanna mencari kepastian.

Pelajar lelaki itu mengeluarkan hpnya ‘Dia la kan? Ni gambar dia yang ranger sebarkan pada kita semua’

‘Maksud awak, awak nampak dia dengan saya semalam?’

‘Iye dah maklumkan ranger yang saya terakhir lihat dia. Dia masuk ke dalam hutan lepas bagi saya bunga tu’

Aryanna bingung seketika. Bunga itu daripada Daffa Haiyan atau Aiden Adrien.

Melihat Aryanna berbual dengan pelajar itu, Daniyal kaget, segera datang kepada mereka dan menggenggam kembali tangan Aryanna. ‘Rian! Fokus!’ dia menarik Aryanna yang kebingungan dan mengekori Ranger Remy. Dia enggan berbicara perkara itu buat masa ini. Fokus mereka Aiden Adrian sekarang. Meskipun dia sendiri bingung bila mendengar penjelasan sama dari pelajar lelaki itu dibilik gerakan pagi tadi.

Aiden Adrian dikatakan terakhir dilihat menyerahkan anggerik ungu kepada seorang pelajar lelaki untuk diberikan pada Aryanna dan terus masuk kedalam hutan. Tapi menurut Farid, Aiden ada bersamanya dikhemah sebelum Farid tertidur. Dan subuh tadi waktu Aryanna keluar membawa anggerik ungu ditangan, dia masih ingat Aryanna menyebut nama Daffa Haiyan bila dia menanyakan siapa memberi bunga itu.

Kerana itu saat Aryanna berkeras untuk mengikut mereka masuk kedalam hutan, Daniyal akur, dia sendiri mahu Aryanna berada dengannya. Selain Aiden Adrian, dia bimbangkan Aryanna.

Aryanna cuba mengingat kejadian malam tadi. Memang Daffa Haiyan bersamanya. Dia pasti. Tapi....macam2 persoalan silih berganti dikepala. Kenyataan Damia mengatakan dia menjangka lelaki yang berhoodie malam tadi adalah Aiden Adrian bermain dikepala. Kenapa mereka menyebut Aiden Adrian sedangkan Aryanna tidak berjumpa Aiden sejak mereka bertengkar petang itu. Kepalanya terasa berat.

Matahari mula tegak dikepala. Sudah berjam2 mereka didalam hutan itu. Ranger Remy mengarahkan mereka berhenti rehat lagi. Aryanna yang keletihan bersandar dibatang pokok yang rimbun. Farid turut bersandar disebelahnya. Daniyal menyerahkan botol minuman kepada mereka.

Ranger Remy berdiri dan memberi maklumat terkini ‘Semua pasukan terlibat masih gagal menemui Aiden Adrian. Kita terpaksa hentian carian sebelum Zohor, cikgu dan pelajar2 boleh berehat lepas ni. Kami akan meneruskan carian dengan pasukan yang lain2’

Mendengar pengumuman itu, semua terdiam seketika. Aryanna yang duduk, terus menangkup muka kelengan. ‘Aiden, kau kat mana?’ bisiknya perlahan berkali-kali. Farid menepuk bahunya. Cuba menenangkan gadis itu.

Aryanna cuba menahan sebak didadanya. Terasa semakin berat beban itu. Dia lantas bangun dan bergerak beberapa langkah kehadapan.

‘Yarghhhh Aiden Adrian!!!!! Kau kat mane???!!! Stop being childish!!!’ jeritnya sekuat hati, suaranya bergema sahut menyahut oleh hutan simpan itu.

‘Aidennnn!!!!’ jeritnya lagi sebelum terduduk ditanah dan menangis teresak. Daniyal berlari mendapatkan Aryanna. Berlutut dan tubuh Aryanna yang sedikit menggigil dipeluk. Nafas Aryanna dirasakan tersekat2. Esak tangisnya semakin kuat.

‘Aiden!!’ jerit Farid saat melihat sosok tubuh yang muncul dari balik pohon-pohon didepan mereka. Daniyal mendongak ‘Aiden!’

‘Aryanna!’ suara Aiden lemah, langkahnya longlai. Aryanna bangun. Dengan masih teresak2 dia sekadar memandang Aiden yang berjalan menghampirinya. Aryanna tidak berganjak. Dia tidak tahu apa harus dilakukan saat itu. Namun hatinya lega. Dia membiarkan semua yang ada mengerumuni Aiden. Ranger Remy memapah Aiden dan diduduk kan dipundak pokok berhampiran kemudian memeriksa tubuh badan Aiden. Memastikan tahap kecederaan Aiden. Seorang ranger lagi melaporkan perkara itu melalui walkie talkie.

Aryanna kembali duduk bersandar dibatang pokok tanpa sebarang bicara. Esak tangisnya sudah berhenti. Sekadar memerhati seketika Aiden yang berada bertentangannya. Aiden masih memakai baju yang dipakainya petang semalam. Rambut jejaka itu sedikit kusut. Bila matanya bertembung dengan mata Aiden, dia mengalihkan pandangan jauh kehujung hutan itu. Aiden hanya kaku membiarkan badannya diperiksa. Matanya sedari tadi tidak teralih dari Aryanna. Hatinya pedih bila melihat Aryanna yang terduduk menangis teresak2. ‘Maafkan aku buat kau menangis’ bisik hatinya.

Selesai memeriksa Aiden, Remy memaklumkan Aiden tiada kecederaan serius cuma luka2 kecil. Setelah diberikan rawatan sepatutnya, mereka bergerak kembali ke tapak perkhemahan. Aryanna berjalan dihadapan, mengekor rapat Ranger Remy. Dia masih enggan mendekati Aiden. Daniyal membiarkan Aryanna begitu sekadar memantau dari belakang.

Farid memapah Aiden. Dilihat mata Aiden hanya pada Aryanna. ‘Kau faham2 je la. Bukan dia tak nak bercakap dengan kau. Aku rasa dia masih terkejut’

‘Aku tahu’ balas Aiden lemah.

‘Kau pergi mana? Kau buat semua orang susah hati’

‘Aku tak ingat. Aku cuma ingat last waktu aku bergaduh dengan Aryanna’

‘Tak pela. Kau jangan paksa diri. Take your time’

‘Aku buat Aryanna menangis’

‘Dahla. Dia yang paling risau tadi. Kau bagi dia masa’

Aiden sekadar mengangguk.

Setiba ditapak perkhemahan, laungan azan zohor menyambut mereka. Semua menyatakan syukur kerna Aiden berjaya ditemui. Aryanna yang bagaikan kosong mindanya segera masuk kedalam khemah. Merebahkan badannya. Kepalanya masih terasa terlalu berat. Damia yang baru masuk kedalam khemah, memeriksa keadaan Aryanna. Dahi Aryanna terasa agak panas. Damia mengambil tuala kecil dan membasahkannya dan diletakkan ke dahi Aryanna.

‘Babe, kau ok tak ni’ soal Damia.

Aryanna mengangguk ‘Aku nak baring sekejap’

‘Ok. Aku kemas semua barang2 kita ye. Kau rehat la. Lepas asar nanti kita gerak balik’

Damia mencapai beg galas Aryanna, memasukkan baju2 yang telah siap dicuci dan dilipatnya semalam kedalam beg itu. Kemudian menyambung mengemas baju2 dan barang2 dia pula. Matanya sesekali menjamah wajah Aryanna yang agak pucat, Temannya itu sudah terlelap. Damia terpandang anggerik ungu yang diletakkan Aryanna diatas kotak hadiah yang diterima Aryanna sebagai cenderahati persembahannya, bunga itu masih segar dan cantik. Sepanjang mereka disitu Damia tidak pernah melihat bunga itu disekitar mereka. Misteri bunga itu membuatkan bulu romanya meremang. Malam tadi dari jauh dia memerhatikan Aryanna memang sedang berbual dengan seseorang, tidak jelas tapi menganggap itu Aiden Adrian melalui susuk tubuh lelaki itu. ‘Aryanna, siapa Daffa Haiyan yang kau maksudkan’ getus hatinya penuh kebimbangan.

Aryanna hanya tersedar dari tidur bila telinga sayup2 mendengar suara Daniyal memanggilnya ‘Rian, rian!’

Matanya dibuka perlahan, kepalanya masih berat, badannya terasa lesu. Dia mengalihkan tuala basah didahinya. Memandang Daniyal yang duduk melutut disisinya. ‘Cikgu’ bisiknya perlahan.

Daniyal merasa dahi Aryanna dengan belakang tangannya. Badan Aryanna masih panas. 'Sakit lagi kepala?'

Aryanna menggeleng. Dia cuba bangun. Daniyal segera membantu Aryanna duduk. Aryanna tersenyum lemah kepadanya.

‘Cikgu, kita balik pukul berapa?’ soalnya.

‘Lepas solat asar. Rian tak solat zohor lagikan? Abang dah bawa air untuk wudhu. Solat dulu, waktu dah nak habis ni. Nanti Rian keluar makan dan makan ubat ye. Sekejap lagi abang nak buka khemah dan kemas2. Ok?’

Aryanna angguk. Dia bangun dari duduknya. Tubuhnya masih terasa lemah. Mencapai getah rambut dan mengikat rambutnya kebelakang. Melihat Daniyal yang hendak keluar dari khemah, Aryanna menarik lengan baju Daniyal.

‘Kenapa? Ada rasa nak pitam ke?’ Daniyal memegang kedua bahu Aryanna

‘Tak la. Dah ok sikit. Cuma boleh tak kita macam selalu’
Daniyal memahami maksud Aryanna itu.

‘Kenapa? Rian tak suka orang tahu Cikgu Daniyal ni abang Rian?’ soal Daniyal.

Aryanna angguk. Daniyal diam seketika dan merenung wajah Aryanna. Sebuah keluhan dilepaskan.

‘Rian tak nak mama tahu abang cikgu disekolah Rian. Nanti mama marah abang’

Mendengar jawapan Aryanna membuatkan Daniyal kelu. Dadanya sebak. Dia mengangguk dan mengusap kepala Aryanna sebelum keluar dari khemah. Dia tahu mungkin Aryanna masih trauma dengan peristiwa ketika mama membawa dia ke US, merampas masanya dengan Aryanna. Betapa mama kejam menolak Aryanna dengan kasar saat adiknya itu menangis teresak2 memeluk kakinya meminta dia tidak pergi. Hak penjagaan yang bertahun2 dituntut mama dari mahkamah akhirnya membuahkan hasil. Maka abah tidak punya pilihan melainkan melepaskan dia. Hampir seminggu lebih Aryanna demam dan terpaksa tinggal dihospital selepas dia pergi ke US. Dan dihospital itu la Aryanna berjumpa dengan Damia yang mengalami kemalangan jalanraya. Dan abah mengenali pakcik Haris.

***

Aryanna memerhatikan sahaja rakan-rakannya bersama Daniyal berkemas. Melipat khemah2 dan membersihkan tapak perkhemahan. Selepas solat dan makan tadi, dia turun duduk di batu pinggir sungai. Kakinya dibiarkan sebahagian didalam air sungai, cuba menurunkan suhu badannya yang masih panas.
Dia kemudian mengalihkan pandangan ke buku lukisan ditangan. Melihat lakaran yang dihasilkannya sebentar tadi. Potret itu diamatinya. ‘Daffa Haiyan’

Wajah lelaki yang kini menjadi misteri baginya itu dilukis dengan rapi. Wajah Daffa Haiyan yang sentiasa tersenyum. Dia melihat sekeliling seakan cuba mencari lelaki itu. ‘Who are you Daffa Haiyan’ bisik hatinya.

‘Aryan!!!’ suara lantang Damia mengejutkannya. Memandang kearah Damia yang melambai2 memanggilnya. Dia bangun lalu meninggalkan pinggir sungai itu.

‘Jom. Nak balik dah’ Damia memaut tangannya.

‘Are you ok?’ Daniyal merasa dahinya.

Aryanna angguk ‘Dah makan ubat tadi, kebah sikit’

Mereka kemudian berkumpul lalu mula berjalan ke tempat parking bas. Saling bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sekolah yang lain. Suasana seketika hiba, seketika riuh dengan gelak tawa.

Aryanna menoleh apabila mendengar namanya dilaung kuat ‘Aryanna!!!’

Laungan itu dari kumpulan pelajar lelaki yang berdiri tidak jauh dari Aryanna. ‘Aryanna! Saranghae!!’

Aryanna ketawa melihat gelagat mereka. Dia lantas menangkat kedua tangannya lalu membuat isyarat love di atas kepalanya ‘Nado!!’ jerit Aryanna membalas.

Pelajar2 itu melambai2 sebelum naik ke dalam bas mereka. Aryanna tersenyum dan membalas lambaian mereka.

‘Wahhh...dah ada fan dah kau ni’ Damia menyiku badannya.

‘Well should I have my own army?’ Aryanna mengangkat keningnya.

‘Ermmm...nak sihat dah kau ni. Dah back to normal kau dah’ Damia menangkat anak matanya ke atas melihat Aryanna sudah kembali kepada sikap kebiasaanya.

‘Kau nak sign aku ke?’ usik Aryanna

‘Blahh! Blah!’ Damia menepis2 tangan Aryanna yang dibahunya. Aryanna ketawa.

‘Kau betul2 ok ke ni?’ sampuk Fauzee yang berada disebelah mereka.

‘Yela. Aku ok. Panas sikit je lagi. Rileks la. Chill!’ Aryanna menunjuk tanda peace.

‘Kalau tak ok, aku boleh dukung kau kat belakang macam kdrama tu’ keningnya diangkat berkali2. Aryanna mengangkat tangan mengacah ingin memukul kawannya itu. Namun tangan Daniyal lebih pantas menampar perlahan belakang kepala Fauzee.

‘Arghh cikgu! Sakit la’ rungutnya menggosok2 kepala, seketika dia teringat hubungan Daniyal dan Aryanna baru diketahuinya. ‘Hyunggg!’ jeritnya melihat Daniyal yang tidak menghiraukannya dan terus masuk kedalam perut bas.

‘Hyung hotak kau!’ Damia menunjal kepala Fauzee sambil melangkah naik ke tangga. Aryanna sekadar menggeleng kepala melihat mereka.

Aryanna duduk disebelah Daniyal, melemparkan pandangan keluar tingkap. Melihat hutan simpan yang bakal ditinggalkan sebentar lagi. Wajah Daffa Haiyan muncul dibenaknya. Dia bingkas bangun.

‘Kenapa?’ soal Daniyal saat Aryanna mengalihkan kakinya untuk keluar.

‘Anggerik ungu aku mane Dami?’ tanyanya pada Damia yang duduk dibarisan sebelah.

‘Ermm...ermm’ Damia tergagap. Kotak hadiah yang menyimpan bunga itu ditinggalkan diatas meja batu didepan khemah mereka atas permintaan Daniyal.

Melihat Damia yang teragak-agak menjawab, Daniyal menarik lengan Aryanna. ‘Let me buy u something else’

‘No! Dami, mane?’ soalnya lagi pada Damia.

‘Aku tinggalkan kat tapak kem’ jawab Damia hampir tidak kedengaran suaranya.

‘Why??’ wajah Aryanna serius memandang Damia dan Daniyal silih berganti.

‘Aryanna!’ panggil Daniyal melihat Aryanna cuba turun dari bas. Dia dan Damia mengekori Aryanna.

Langkah Aryanna terhenti. Aiden Adrian yang baru melangkah naik kedalam bas seakan menghalang laluannya.

Aiden merenungnya ‘Nak pergi mane?’

Aryanna tidak menjawab sekadar memberi isyarat menyuruh Aiden ketepi. Aiden tidak berganjak. Seketika dia mengeluarkan kotak kecil didalam poket sweaternya. Menarik tangan Aryanna dan meletakkan kotak itu ditelapak tangan Aryanna.

Aryanna membuka kotak itu, melihat anggerik ungu yang dicarinya ada disitu. Daniyal segera menarik tangan Aryanna kembali ke tempat duduk mereka.

Bas mula bergerak perlahan meninggalkan hutan simpan itu. Aryanna memandang sayu keluar tingkap. Sedikit kecewa tidak dapat melihat Daffa Haiyan sebelum dia pulang. Dia hanya ingin memastikan kewujudan lelaki itu.

Rakan-rakannya semua sudah terlena kepenatan. Aiden menjengah kebelakang melihat Aryanna yang sedari tadi tidak lekang matanya memandang keluar tingkap. Buku nota putih yang sering dibawanya terletak dipeha dan jelas berlakar bunga anggerik ungu dan wajah seorang lelaki berambut panjang melepasi bahu, lakaran mata yang bercahaya dan bibirnya mengukir senyum. Aiden melepaskan keluhan kecil. Dia bangun dan mencapai guitar Daniyal yang tersimpan diatas tempat peyimpanan barang. Daniyal yang sekadar tidur ayam membiarkan sahaja Aiden Adrian.

Mendengar petikan guitar, Aryanna mengalihkan pandangannya kearah Aiden yang berada didepannya. Farid yang diduduk ditepi tingkap disebelah Aiden sudah lena. Aryanna kembali memandang keluar. Memejam mata seketika, mengenali alunan lagu itu. Lagu yang dinyanyikannya ketika persembahan malam kelmarin. Dia tidak mahu memikirkan bagaimana Aiden boleh mengingati dan menyanyikan lagu ber bahasa korea itu. Hatinya saat itu bagai kosong. Dilemparkan pandangan sejauh-jauhnya diluar dan sekadar mengenang makna bait lagu itu, My First Love, Sondia.

The moment I first met you
I remember I couldn’t breathe
In case you heard me
In case you noticed, I felt so anxious, I remember
Your voice was so nice
It was even better when we walked together
Yes, I remember those times
They were days I loved you till my heart ached
You’re my first love every day
Just like snow in spring, I wait for you
The heart fluttering days, the drunken nights
My heart feels strange whenever the wind blows
You’re my first love every day
Just like snow in spring, I wait for you
On days I sadly cried, on nights I swayed
My heart feels strange whenever the wind blows
Sometimes, love can be so lonely
Life is always hard
I know, days we were together
They were days I loved you till my heart ached
You’re my first love every day
Just like snow in spring, I wait for you
The heart fluttering days, the drunken nights
My heart feels strange whenever the wind blows
You’re my first love every day
Just like snow in spring, I wait for you
On days I sadly cried, on nights I swayed
My heart feels strange whenever the wind blows

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience