Aryanna duduk disofa yang disediakan didalam bilik Doktor Haiqal itu. Matanya memandang sekeliling bilik itu, sudah hampir 2 bulan dia tidak ke situ sejak dia menjejakkan kaki di kolej. Dan pagi ini dia dipanggil untuk sessi kaunseling dengan doktor psikologi yang merawatnya itu.
Haiqal kemudian duduk di sofa yang berada disisi Aryanna. Sepanjang malam tadi dia mengamati video2 yang direkodkan oleh jururawat yang mengawasinya. Sedari bangun Aryanna kelihatan seperti berkomunikasi dengan seseorang sehingga lah di taman dan tingkah lakunya yang dirakam cctv dilobi hospital juga jelas menunjukkan dia bercakap dengan seseorang yang tidak dapat dilihat oleh Haiqal dan orang lain.
'Morning, Aryanna'
'Morning, doc!'
'Macamana hari ni? Are you ok?'
'Hrmmm. Doc, saya nak discharge hari ni, please! Saya nak pergi kolej. I feel suffocated here' pintanya.
'Ok, I boleh bagi you discharge but you need to help me'
'Tolong ape?'
'Aryanna kena tolong saya lukis orang yang Aryanna bercakap beberapa hari ni. Jangan cakap tak ada. You know I know' Haiqal menghulurkan sekeping kertas lukisan dan pensel kepadanya.
'Hahh??' Aryanna buat tak faham.
'Your imaginasi. You nak sembuh kan Aryanna?'
'Hrmmm'
'So can you help me so we can help each other'
'Ok, doc' Aryanna mengalah dan mula melakar. Tak susah baginya kerana jari jemarinya sudah mengenali potret Daffa Haiyan. Dan begitu jugalah wajah Dahin Haiyan. Wajah mereka saling tidak tumpah.
Haiqal melihat lakaran wajah itu. 'He?' soalnya.
Aryanna angguk. Mata dan jarinya leka terus melakar.
'Is he here?' soal Haiqal.
'Hrmmm' Aryanna angguk lagi kemudian angkat muka memandang ke arah Dahin Haiyan yang tercegat berdiri berhampirannya. 'Ape??' soal Dahin. Aryanna menggetap gigi. Dia sudah suruh Dahin tunggu di luar tapi lelaki itu degil.
Seketika kemudian lakaran itu siap. Haiqal mengambil helaian kertas yang dihulurkan Aryanna. Kepantasan Aryanna melukis potret itu membenarkan telahannya bahawa imaginasi Aryanna itu sudah lama ada dalam hidupnya.
'Wahhh...handsomenya' ujar Haiqal melihat potret lelaki itu.
Dahin Haiyan mengangkat kening sebelah. Aryanna Delara merengus perlahan.
'You like him?'
'No!!!' jawab Aryanna keras.
'Is he bad?'
'No! But annoying!'
Dahin Haiyan menjeling Aryanna tajam. 'Aku patut tunggu kat luar tadi' bisiknya sendiri.
'Is he ask you to do anything?'
'No'
'What he want'
'Nothing. Dia cuma kawan Aryanna. Doc, i want to go to college. Please. I ada class lagi 2hrs'
'OK. But jangan lupa next appointment. Makan ubat and please jangan terlalu banyak sorang2 ok. Dani dan Abah risaukan you'
Wajah Aryanna bertukar ceria. 'Sure, doc'
'Ok, you boleh kemas barang dan ke kolej. Nanti Dani datang uruskan discharge. You told him already right? You nak ke kolej naik apa? Grab?'
'Yes, doc' jawab Aryanna lalu segera bangun. Sebelum dia keluar dia menoleh ke arah Haiqal.
'Doc, terima kasih. Jangan risau, Dahin bukan jahat. He is a good friend. Dia teman Aryanna sekejap je. He will leave me soon' ujar Aryanna. Dia lega dapat beranikan diri menceritakan soal Dahin pada Haiqal. Meskipun doktor itu menganggap itu imaginasinya namun dirasakan satu beban bagai lepas.
'Dahin?' soal Haiqal.
'That handsome guy' jawab Aryanna menunding ke arah potret yang masih ditangan Haiqal.
'Kau giler ke bagitahu dia macam tu?' soal Dahin Haiyan. Matanya membulat
'Diam la! Aku tak nak abah dan abang risau. Sekurang2nya bila aku bagitahu, diaorg tahu aku tak simpan apa2 lagi'
Dahin Haiyan senyum. Mengagumi sikap Aryanna Delara. Bijak dalam menguruskan emosinya.
Suasana kolej itu melegakan hatinya. Rasa bagai bernafas semula. Keadaan hospital membuatkan dia merasa lebih resah dan tidak tenang. Apatah lagi dipandang sebagai pesakit yang mengalami masalah mental.
'Kau cari siapa?' soal Dahin Haiyan apabila melihat mata Aryanna bagai mencari seseorang.
Aryanna meletakkan earphone ditelinga berpura2 seolah2 bercakap di telefon. 'Haha...Aku dah cakap dengan kau jangan cakap dengan aku kat sini. Kau nak orang ingat aku gila ke? Kat hospital cukup lah. Kau pergi mana2 dulu boleh tak? Jangan la asyik ikut aku je, rimas tau tak!'
'Kau ingat aku nak sangat jaga kau. Kalau Walid tak suruh aku pun tak nak!'
jawab Dahin Haiyan.
'Ni kan kat kolej, takkan la diaorg nak buat hal kat sini. Kau pergi la Makan ke, tido ke, rehat ke, what ever'
'Ye la. Kalau jadi apa2 jangan salahkn aku' ujar Dahin Haiyan, menarik muka sebelum meninggalkan Aryanna.
'Merajuk pulak!' rungut Aryanna. Dia cuma kasihankan Dahin Haiyan yang tidak lansung lekang dari menjaganya. Dia rasa bersalah bagai mengambil waktu lelaki itu. 'Terima kasih, Dahin' bisiknya sendiri.
'Aryanna!'
Matanya yang leka memandang kelibat Dahin dialihkan kearah suara yang memanggil. Kelihatan Sofeya dan dua rakannya sedang berjalan menghampiri.
'Aishhh...budak ni lagi' getus hatinya.
'Aryanna, aku dengar kau masuk hospital'
'So?' soal Aryanna.
'Kau penyebab Aiden cederakan? Sampai tak boleh ke kuliah'
Aryanna diam, tidak mampu menafikan kata2 Sofeya.
'Kau ni need attention sangat ke sampai nak buat2 pengsan semata2 nak dapat perhatian Aiden?'
'Kau ni kan aku baru menapak je kat kolej, belum pun 10minit kau dah nak ruin my day. Attention apanye?'
'Hey...kau dah ruin my life, sekarang kau nak ruin Aiden life pulak ke?'
'Kau merepek apa ni?'
'Aku tahu kalau perempuan yang memang tak ada mak ayah ni memang lapar attention. Setakat kau menumpang hidup orang lain. Semua orang nak kena pay attention dekat kau!'
Aryanna terkedu. Bagaimana Sofeya mengetahui kisah dia? Kata2 Sofeya benar2 mengguris hatinya. Dia kelu.
'Hey perempuan. Bahasa kau jaga!' tempik satu suara.
Aryanna segera menoleh. Daffa Haiyan berdiri dibelakang bersama dua lelaki yang dilihatnya di cafe tempohari. Uzza kah salah seorang dari mereka? Dia tertanya2 sendiri.
Daffa Haiyan menghampiri Sofeya. Wajahnya merah menahan marah. Sofeya terdorong ke belakang.
'Kau menyakiti Aryanna sama seperti kau menyakiti aku!' ujar Daffa Haiyan dengan nada keras.
'Ooo....kau ni lelaki baru Aryanna pulak ke? Kau memang tak cukup Aiden je ke, Aryanna?'
Daffa Haiyan menggenggam jari jemarinya geram. 'Aku dah cakap jangan sakiti Aryanna!'
'Daffa! Sudah lah' Aryanna menarik lengan lelaki itu.
'Biar aku ajar perempuan yang tak ada adab ni!' Daffa Haiyan mengangkat tangannya. Sofeya menutup wajahnya dengan lengan.
'Daffa Haiyan!' tempik Aryanna.
Daffa Haiyan tersentap. Perlahan menurunkan tangannya dan memandang Aryanna dengan wajah sayu. Aryanna kemudian menarik tangan Daffa Haiyan jauh sedikit dari situ. Tidak mahu menjadi perhatian ramai.
Daffa Haiyan merenung Aryanna Delara. Wajah yang sangat dirinduinya itu. 'Aryanna, kau dah sihat ke?'
'Hrmmm...aku dah sihat'
'Sebab aku ke kau sakit?' soal Daffa lagi.
'Hrmmm..' Aryanna mengiyakan.
'Kenapa? kau tak suka aku datang?' suara Daffa Haiyan lemah. Aryanna masih dapat melihat sinar mata yang sama seperti dulu. Dia yakin sebahagian Daffa Haiyan yang dulu masih ada didalam tubuh lelaki itu.
'Bukan'
'Jadi kenapa?'
'Aku sakit sebab aku terlalu rindu kau' jawab Aryanna, matanya berkaca.
Daffa Haiyan diam seketika. Hatinya mahu menangis. Rasa sebak dan gembira bercampur baur.
'Aku rindu kau bagai nyawa aku sudah tiada Aryanna' balas Daffa Haiyan.
'Aku tahu. Tapi kenapa kau disini? Ini bukan dunia kau, Daffa. Kau tak sepatutnya ada disini'
'Aku datang untuk bawa kau Aryanna. Aku tak boleh hidup tanpa kau. Aku bagai mati!'
'Tapi kau dan aku berbeza, Daffa. Kita tak kan boleh melanggar hukum alam. Balik la pada Dahin, balik pada family kau. Kau buat aku lebih sakit kalau kau macam ni'
'Tidak! Aku takkan pergi selagi kau tak ikut aku. Kau milik aku, Aryanna Delara!' suara Daffa Haiyan kini agak keras. Sinar mata yang dilihat Aryanna tadi bagai hilang. Aryanna menoleh ke arah dua rakan Daffa Haiyan yang memandang mereka sedari tadi. Salah seorang dari mereka tersenyum sinis. 'Uzza' teka Aryanna didalam hati.
'Maaf. Aku tak dapat ikut kau Daffa. Tempat aku disini. Meski berat mana rindu aku pada kau, aku tahu tempat aku dialam ini. Dan aku rela merindu kau seumur hidup aku'
'Aku akan pastikan kau akan pilih aku akhirnya, Aryanna. Tiada sesiapa yang akan boleh menghalang aku dan kau. Aku akan hapuskan semua yang menghalang termasuk Aiden Adrien!' bentak Daffa Haiyan.
'Aku akan mati dulu sebelum kau apa2 kan sesiapa atau Aiden Adrien!' jawab Aryanna.
'Kau sayang sangat ke budak tu hah??' Daffa Haiyan memegang kuat kedua2 bahu Aryanna.
'Kau selamatkan dia, Daffa. Dan kau pilih dia untuk aku. Sepertimana kau pertahankan dia, seperti itu aku akan pertahankan dia. Sebab aku tahu Daffa Haiyan yang aku rindu bukan seperti ini. Kembalilah Daffa. Aku akan tunggu' Aryanna menyentap bahunya. Daffa Haiyan tunduk memandang tanah.
Sebelum berlalu dia menghampiri Uzza. Memandang tepat ke mata lelaki itu 'Aku akan pastikan Daffa tidak mengikut kehendak kau!' ujar Aryanna memberanikan diri.
'Makhluk lemah seperti kau takkan dapat melawan kami. Kau akan tetap jadi milik kami' balas Uzza geram melihat keberanian gadis didepan matanya.
'Kau lupa 1 perkara. Manusia adalah makhluk paling sempurna kejadiannya. Kau perlu cari sebab disebalik kejadian itu. Atau mungkin makhluk hina seperti kau takkan faham!' ujar Aryanna lagi sebelum berlalu.
'Arghhh...tak guna!' rengus Uzza. 'Daffa, kau patut heret perempuan tu ke alam kita'
'Belum masanya' balas Daffa Haiyan. 'Dia akan tetap jadi milik aku!'
Aryanna melangkah dengan laju. Setelah jauh sedikit dia berpaut didinding. Lututnya terasa lemah. Dia tidak tahu dari mana datang keberaniannya berdepan dengan Uzza. Nafasnya turun naik melawan ketakutan yang dirasakan.
'Aryanna, kau ok tak ni?' soal Dahin yang berlari mendapatkannnya.
'Hrmmm...aku ok'
'Aku dah cakap aku tak boleh tinggalkan kau'
'Lambat laun aku kena hadap juga semua ni, Dahin'
'Aku tahu tapi dalam keadaan kau tak bersedia, kau tak boleh terlalu berani'
'Entahlah, Dahin. Aku bertindak ikut naluri aku je. Sebab aku sendiri tak tahu apa yang patut aku buat sekarang. Aku tak sampai hati tengok Daffa macam tu. Aku cuma kuatkan diri. Sekurang2nya tadi aku dapat tengok dia. Aku rindu dia'
'Aku tahu. Tapi kau tak tahu apa yang boleh jadi. Makhluk seperti Uzza tidak ada pertimbangan. Kau jangan lupa tu'
'Ye, aku ingat. Tak pe lah, aku nak ke kelas dulu'
'Aku ikut'
'Hrmmmm' Aryanna angguk. Hatinya juga masih gerun bila teringatkan Uzza. Makhluk itu nampak seperti manusia biasa. Dengan wajah yang tampan dan lagak gaya seperti manusia, tiada siapa yang tahu rupa sebenar Uzza.
Kakinya melangkah lemah masuk ke dewan kuliah. Laila melambai kearahnya.
'Kau dah sihat ke?'
'Dah. Dun worry'
'Kau tahu tak that guy yang kat cafe hari tu. Yang muka macam karakter yang kau buat tu'
'Hrmm...kenapa?'
'Aku dengar diaorg budak program pertukaran kolej. So diaorang akan ada kat kolej kita dalam 3 bulan. Tapi diaorg budak muzik, akan duduk dalam kelas Aiden. Kau pelik tak? Kebetulan?' Laila bagai mencongak2 kemungkinan.
'Entah la Laila' Aryanna mengeluh seketika. Apakah Daffa Haiyan dan Uzza sengaja mensasarkan Aiden? Apakah mereka akan menggunakan Aiden untuk mendapatkan dirinya. Hatinya mula resah memikirkan Aiden Adrien.
Share this novel