Bab 28 : Sejarah Cinta Luka

Fantasy Completed 1367

Daim Anding tercegat dipintu, memerhatikan Aryanna yang duduk di gazebo. Daniyal dan Damiya juga turut sama melakukan perkara yang sama. Damiya menunda kepulangannya ke UK memandangkan berita mengejut yang dimaklumkan Aryanna selepas minum petang tadi.

Daim Anding melepaskan keluhan berat. 'Berapa banyak yang adik sembunyikan lagi dari kita?'

'Harap ini yang akhir, Abah. Mungkin dah tak ada yang adik sembunyikan dari kita lagi sebab Tok Habib sendiri dah nak datang jumpa kita. Abah jangan la risau. Tapi darah Dani masih berderau, abah. Masih tak percaya Kita akan jumpa makhluk dari alam lain' suara Daniyal penuh kegusaran.

'Aryanna sedang bercakap dengan Dahin Haiyan ke, Abah?' soal Damiya memerhatikan lagak Aryanna yang seakan sedang berbual dengan seorang diri.

'Mungkin. Aryanna beritahu tadi Dahin tak boleh munculkan diri sebelum Tok Habib sampai. Hanya Aryanna saja yang boleh nampak dia. Abah tak pernah tahu cerita keturunan Aryanna. Aishah tak pernah bercerita soal tu. Abah tak sedap hati la' luah Daim.

'Kita tunggu dan lihat dulu, abah. Dani pun masih sukar nak percaya. Risau betul dengan Aryanna. Patut ke Kita panggil Haiqal?' soal Daniyal bimbang.

'Jangan. Bukan semua orang boleh menerim semua ini dengan logik akal. Abah dah pernah jumpa Tok Habib, Daffa dan Dahin. Mereka memang wujud cuma abah tak sangka akan jumpa mereka lagi' Daim mengeluh lagi.

Daim kemudian mengajak Daniyal dan Damiya masuk. Pintu dibiarkan terbuka. Mereka kemudian duduk di ruang tamu. Mata Daniyal masih sesekali mengerling kearah adiknya dari balik cermin sliding door besar dirumah tamu mereka.

'Family kau mesti risaukan kau. Dari tadi asyik perhatikan kau' ujar Dahin Haiyan.

'Aku tahu. Aku tidak mahu babitkan mereka tapi walid kau nak jumpa keluarga aku jadi aku tak ada pilihan' balas Aryanna.

'Walid tidak mahu membelakangkan family kau. Mereka kena tahu hal sebenar. Jadi kau tak perlu banyak simpan sendiri lagi' terang Dahin Haiyan. Walidnya sangat menghormati kekeluargaan apatah lagi Aryanna adalah waris Syed Mubhasyir. Aryanna angguk faham.

'Kau kenapa tukar baju hari ni?' soal Aryanna melihat Dahin Haiyan yang mengenakan hoodie hitam dan seluar track bottom. Rambut lelaki itu masih sama, sepanjang rambut Daffa Haiyan dulu, melepasi bahu, diikat kemas dengan gaya pony tail.

'Kau nak suruh aku muncul depan family kau dengan costume yang kau cakap macam samurai tu ke?' Dahin berseloroh.

'Patut lama dah kau tukar pakai macam ni, tak la aku rasa macam ada hantu samurai yang ikut aku 24jam' Aryanna mencebik.

'Oushhh...' Dahin mengacah penumbuknya.

Aryanna tertawa 'Tapi kau dengan Daffa lagi handsome dengan costume korang' sambung Aryanna. Dia tidak tahu apa istilah baju yang dikenakan Daffa dan Dahin. Kalau dizaman moden ini, pakaian itu adalah costume yang dikenakan untuk majlis2 bertema dan juga pada pameran animasi. Baju pahlawan dulu kala atau bagai karakter assasin didalam komik.

Dahin senyum meleret. 'Off course. Kalau tak, tak la kami jadi sebutan gadis2 kat alam kami tu'

'Haha...lebih2 kau. Tapi mesti gurl2 alam kau cantik2 kan? Aku dengar gadis alam lain cantik2 semua'

'Hrmmm...tapi belum jumpa yang cantik macam kau. Mungkin sebab tu Daffa suka kau'

'Heyyy...sweet talk la kau. Nak jaga hati la tu. Hah...You all kembar kan? Kau kata kau boleh rasa apa Daffa rasa. So kau suka aku jugak tak?' soal Aryanna selamba.

'Bodoh soalan kau. Takkan semua perkara aku boleh rasa sama dengan Daffa, pastu takkan kitaorang nak kahwin dengan orang sama. Bodoh la dia ni...oushhh!' jawab Dahin geram.

'Tak menjawab soalan. Aku tanya bab suka bukan bab kahwin!'

'Buat apa aku nak suka kau...oushhh!' bentak Dahin. Soalan Aryanna yang entah dari mana datangnya itu buat dia tergamam.

'Baguslah. Well...aku tak nak jadi rebutan pulak nanti!' Aryanna mencebik.

'Haishhh!!!' Dahin Haiyan menunjal kepala Aryanna. Dalam serius gadis itu masih boleh bergurau yang bukan2.

'Rileks lar. Gurau je. Serius sangat. Jom la masuk. Sekejap lagi dah masuk waktu magrib' ujar Aryanna lalu bangun dan menarik hoodie Dahin Haiyan. Terkial2 lelaki itu mengikuti langkahnya masuk ke dalam rumah.

'Abah, budak ni nak solat jemaah sekali' ujar Aryanna kepada Daim yang duduk bersama Daniyal dan Damiya diruang tamu.

Daim, Daniyal dan Damiya tercengang2. Memandang kearah yang dimaksudkan Aryanna. Ketiga2 mereka terkedu. Tiada sesiapa di situ.

'Ni dia. Kat sebelah adik ni jer. Hah tinggi ni. Pakai hoodie hitam ni' beritahu Aryanna sambil menunjukkan aras ketinggian Dahin Haiyan yang agak tinggi darinya. Walaupun dia memiliki ketinggian 170cm. Namun dia hanya separas bahu Dahin. Begitu jugalah ketinggian Daffa Haiyan.

'Level giler kau dah teruk heh?? Diaorang bukan nampak aku!' sergah Dahin.

'Aku tahu lah diorang tak nampak. Aku saja bagitahu je. Dah la kau pergi ambik wuduk, aku nak naik ambik telekung. Abah, adik ambik telekung jap!' ujar Aryanna lalu menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Damiya turut bangun untuk mendapatkan telekungnya, dia kemudian dengan wajah yang agak takut cuba mengelak ke sisi bila mengingati Aryanna menunjukkan Dahin Haiyan berada disitu.

Dahin yang sudah pun berada diruang makan untuk kebilik air hanya geleng kepala melihat gelagat Damiya. Gara2 kegilaan Aryanna dia kasihan melihat Damiya yang seperti ketakutan berlari menaiki tangga dengan laju.

Daim dan Daniyal pula hanya terdiam mendengar kata2 Aryanna. Sejurus berpandangan satu sama lain mendengar bunyi paip air dibuka dibilik air diruangan dapur. Mereka hanya bangun untuk mengambil wudhuk setelah bunyi air mengalir itu berhenti. Kedua2 mereka berjalan seakan mengiring ke tepi bimbang terlanggar Dahin Haiyan. Sedangkan Dahin hanya berdiri ke samping memberi ruang untuk Daim dan Daniyal lalu. 'Arggh...Aryanna' getusnya sendiri. Gadis itu betul2 mencetuskan suasana yang agak awkward untuk mereka.

'Kau ni kan jangan lah mengusik diaorg. Kesian kawan kau ni. Muka takut dari tadi' tegur Dahin Haiyan melihat Aryanna membentangkan sejadah untuknya. Damiya pula mengekori Aryanna agak rapat. Sesekali gadis itu memegang telekung yang dipakai Aryanna.

Aryanna tersenyum memandangnya. 'Aku gurau je la. Kecoh la kau ni'

Damiya mula cuak 'Aryan, dah lah. Selama ni kau tak tunjuk pun kau nampak makhluk tu nape hari ni kau buat pelik ni. Aku seram sejuk dah ni' ujar Damiya seakan berbisik.

'Makhluk tu??' rengus Dahin mendengar Damiya membahasakan dirinya.

'Sekarang kau seram sejuk la. Kejap lagi dia muncul, kau jangan nak gedik pulak oppa...oppa. Aku sekeh kepala kau nanti!' balas Aryanna sambil menolak perlahan tubuh Damiya. Rimas dengan gelagat sahabatnya itu yang sedari asyik menarik2 telekung dipakainya.

'Handsome ke?' bisik Damiya ditelinganya.

'Ermmmm....boleh la' jawab Aryanna sambil melihat Dahin Haiyan atas bawah.

'Oushhh...' Dahin Haiyan geram melihat pandangan Aryanna dengan mimik muka kepadanya.

'Dah tu. Boleh kita solat?' soal Daim yang akan mengimamkan mereka.

'Baik, abah' jawab mereka hampir serentak.

Selesai maghrib, Daim mengajak mereka membaca yasin. Mencari kekuatan jiwa kerana pertemuan malam itu nanti bukan pertemuan biasa, pertemuan dua makhluk yang berbeza alam. Wajah Habib yang lembut tetapi jelas ketegasannya masih sukar dilupakan meski sudah 10 tahun berlalu.

Selesai membaca yassin, Aryanna dan Damiya melipat sejadah dan menyimpan semula surah yasin di rak. Seketika Aryanna menangkap bunyi derapan tapak kuda memasuki perkarangan rumah. Dia segera ke pintu dan Dahin mengekorinya. Sewaktu pintu dibuka, jelas kelihatan 4 ekor kuda menghampiri halaman rumahnya. Seorang lelaki berusia likungan 60 an menunggang kuda putih manakala 3 lagi lelaki lain berusia sekitar awal 30 an. Dahin Haiyan segera keluar mendapatkan ayahnya.

'Abah, mereka dah sampai' ujar Aryanna memandang Daim dan Daniyal silih berganti. Damiya pula segera menerpa dan memegang lengannya kuat. Aryanna menggenggam tangan Damiya yang dirasakan sedikit menggigil. Daim hanya angguk. Daniyal mula berdiri bulu romanya. Daim dan Daniyal kemudian menghampiri Aryanna.

Mereka memerhati ke halaman rumah. Mencari kelibat yang dimaksudkan Aryanna. Tidak kelihatan. Namun seketika kemudian bagai ada kabus yang menyelubungi halaman rumah itu. Dan dari balik kabus itu muncul 5 lelaki. Seorang agak berusia dan dibelakangnya 3 lelaki lain mengekori rapat. Manakala disisinya pula seorang lelaki muda seperti gambaran yang dinyatakan Aryanna sebelum maghrib tadi, tinggi lampai dan berhoodie hitam. Daniyal dan Damiya berpandangan satu sama lain. Ternyata Aryanna bukan berkhayal, gadis itu tidak berimaginasi selama ini.

'Habib' nama itu muncul dari mulut Daim apabila melihat kelibat lelaki yang hampir seusianya.

'Assalamualaikum' ucap Habib bila melihat kedatangannya disambut keluarga Aryanna.

'Waalaikumussalam. Jemput masuk, Tok Habib' jawab Daim sambil menyambut salam Habib dan yang lain2.

'Panggil saya Habib sahaja, Daim. Itu lebih mesra' balas Habib.

Daim tersenyum dan angguk 'Baik, sila masuk Habib'

'Adan, kamu dan Dahin ikut aku masuk. Minta Adib dan Anaqi tolong berjaga di luar. Aku tak mahu mereka menghidu kehadiran aku di alam ini' bisik Habib kepada Adan. Adan akur dan memaklumkan Anaqi untuk bersiaga diluar.

Aryanna leka memandang kuda putih yang begitu cantik dan tegap yang ditunggangi Habib tadi. Kuda putih itu juga seolah2 memerhatikannya sambil sesekali terhangguk2.

Habib tersenyum melihat Aryanna. Diletakkan tapak tangannya diubun kepala Aryanna yang masih bertelekung. 'Qawas nama dia. Itu kuda Daffa. Dia juga macam kenal kamu, Aryanna'

Aryanna membalas renungan Habib, matanya berkaca. Tangan lelaki itu dikucup. Airmatanya tanpa sedar menitis di tangan Habib. Habib senyum dan menepuk2 bahunya. 'Terima kasih sebab kuat' bisik Habib kepadanya.

Mereka kemudian duduk di sofa. Habib melarang mereka menyediakan makanan atau minuman. Dia sudah lama tidak menjamah makanan manusia sejak hubungan keluarganya dan Syed Mubhasyir terputus.

'Saya minta maaf terpaksa datang berjumpa Daim dan keluarga. Saya tidak mahu Aryanna ke alam kami. Darahnya akan dapat dihidu bila jasad Aryanna melangkah ke alam kami. Saya percaya Aryanna sudah menceritakan semuanya pada Daim' ujar Habib berbahasa.

'Saya yang patut berterima kasih Habib sanggup datang kesini. Kami semua sebenarnya risaukan Aryanna. Kami bimbang dia sakit. Tapi hari ini kedatangan Habib menjelaskan bahawa dia tidak berimaginasi sendiri' balas Daim.

Habib tersenyum 'Syukurlah semua sudah jelas. Oh ya, ini Dahin Haiyan, anak saya, adik kembar Daffa Haiyan. Ini Adan, pembantu Daffa. Dan dua lagi diluar Adib dan Anaqi, pembantu saya dan Dahin' Habib memperkenalkan diri mereka2 yang datang bersamanya.

'Ini anak sulung saya, Daniyal dan ini Damiya, juga sudah seperti anak saya. Ayahnya berada diluar negara urusan kerja' giliran Habib pula memperkenalkan keluarganya.

'Handsomenya bodyguard kau, Aryan. Mata dia biru. Yang sebelah dia pun sama. Uishh..Muka macam bukan manusia' bisik Damiya.

'Memang bukan manusia! Kau giler ke?' bisik Aryanna pula.

'Macam tu ke muka Daffa Haiyan?' soal Damiya lagi masih dengan nada berbisik.

'Ya. Sama. Cuma mata Daffa Haiyan hijau' jawab Aryanna. Terbayang dimatanya warna anak mata Daffa Haiyan yang cantik bagai permata zamrud berwarna hijau. Mata yang selalu memandangnya dengan sayu namun bercahaya. Pandangan yang sering menyatakan perasaan lelaki itu kepadanya.

'Hrmmm...patut la kau suka Daffa'

'Not because of that Damiya. Daffa memang lelaki yang baik. Dahin pun sama. Mereka bukan golongan jahat'

Damiya angguk. Rasa takutnya bagai sudah hilang. Benar kata Aryanna raut wajah mereka semua tampak bersih dan tenang.

'Daim, saya tahu kamu pasti bimbang mendengar tentang keadaan Daffa sekarang. Saya harap kamu dapat beri masa untuk saya cari jalan memulihkan Daffa. Dan maafkan saya terpaksa meminta Dahin menjaga Aryanna sehingga mendatangkan masalah dan pandangan pelik manusia lain pada Aryanna. Saya betul2 tidak jangka Aryanna boleh melihat Dahin. Maafkan kami' Habib memohon maaf atas tindakannya yang membuatkan Aryanna dianggap sakit jiwa.

'Tak apa, Habib. Terima kasih kerana ambil berat tentang Aryanna. Terima kasih Dahin kerana menjaga Aryanna' Ucap Daim sambil memaut bahu Dahin Haiyan yang duduk disampingnya.

Habib melepaskan keluhan berat. Dahin pula hanya tunduk. Dia tidak pasti apakah terima kasih itu wajar untuknya sedangkan apa yang terjadi pada Aryanna adalah punca dari makhluk golongannya. Yang sebelum ini dia sering menyalahkan Aryanna atas apa yang dialami Daffa Haiyan kerana janji mereka.

'Aryanna memanggil kami kerana dia bimbangkan Aiden. Jadi saya akan tinggalkan Adan di alam ini untuk menjaga Aiden seperti mana Dahin menjaga Aryanna. Daffa tidak akan sesekali menyakiti Aryanna dan Aryanna tidak boleh ke alam kami dengan paksaan. Melainkan dengan kerelaan. Jadi mereka tak mungkin dapat melarikan Aryanna. Tapi saya masih berjaga2 kerana itu Dahin mengawasi Aryanna selalu' hujah Habib agak panjang. Dia tidak mahu menerbitkan kebimbangan dihati Daim.

'Saya faham Habib' Daim bagai akur. Dia tidak ada pilihan selain percaya kepada Habib.

'Boleh saya berbicara dengan Aryanna dan Dahin sebentar?' pinta Habib.

Daim angguk. Aryanna kemudian bangun dan membawa Habib dan Dahin ke gazebo diluar rumah. Aryanna duduk ditengah2 antara dua beranak itu.

Daim, Daniyal, Damiya serta Adan dan teman2nya hanya memerhatikan dari jauh.

Tangan Aryanna dipegang lembut. Habib cuba menyembunyikan seribu rasa bersalahnya pada gadis itu. Tidak pernah terlintas olehnya bahawa janji yang terikat antara Daffa dan Aryanna adalah antara perancangan abangnya sendiri untuk mendapatkan keturunan Syed Mubhasyir itu.

'Aryanna, buat masa ini tiada apa yang perlu Aryanna lakukan. Untuk memulihkan Daffa hanya kami sahaja yang boleh. Jadi kamu jangan susahkan diri. Jangan berfikir yang bukan2, biar Walid saja uruskan. Oh ya, Walid bahasakan diri walid boleh kan?' tutur Habib. Dia tidak mahu membabitkan gadis itu apatah lagi membahayakan nyawa Aryanna.

'Boleh, Walid. Aryanna juga lebih selesa panggil Walid' balas Aryanna sambil memerhatikan tangan Habib yang masih menepuk2 lembut tangannya. Kegusaran lelaki itu bagai dapat dirasakan. 'Walid, Aryanna tak pernah terdetik untuk berfikir semua yang berlaku ni salah sesiapa, semua Ni takdir hidup untuk manusia bernama Aryanna Delara' sambung Aryanna.

Habib melepaskan genggaman tangannya, sedikit kaget dengan kata2 Aryanna yang bagai membaca isi hatinya. Mereka bertiga diam buat seketika.

'Walid, mustahil tiada cara untuk Aryanna bantu Daffa. Pasti Lufiya dulu juga lakukan sesuatu' Aryanna memecahkan sunyi. Dia mahu Habib berterus terang dengannya. Baginya mustahil takdir yang sedang berjalan untuk hidupnya itu bagai angin yang hanya singgah menyapa. Pasti ada sebab disebalik ujian itu yang menuntut tindak tanduk balasnya.

Habib melemparkan pandangannya jauh ke luar rumah. Gadis kecil yang pernah singgah di alam mereka seketika dulu kini sudah cukup dewasa. Tingkah dan tuturnya seakan jauh lebih matang dari usianya. Kekuatan jiwa gadis itu juga dapat dirasakan bila dia mula2 melihat Aryanna sewaktu tiba tadi.

'Kamu tak ubah seperti Lufiya. Cantik, nampak lembut diluar tapi jiwa sangat kuat' Habib mula bercerita, wajah Lufiya yang saling tidak tumpah seperti Aryanna muncul dalam bayangan.

'Lufiya anak tunggal Syed Mubhasyir. Dia dibesarkan sangat istimewa. Dia bagai anak lelaki dan juga anak perempuan. Tidak dilayan kerenahnya seperti perempuan tetapi masih diterapkan adab dan sopan sebagai gadis melayu. Dia mewarisi ilmu persilatan Syed Mubhasyir, malah anak murid lelakinya pun tidak dapat mengalahkan Lufiya. Walid dan Hijazi juga sama2 menuntut ilmu dengan Syed Mubhasyir. Ketika itulah, Lufiya dan Hijazi jatuh cinta. Hijazi seperti Daffa. Kelebihan dia melebihi Walid dan dia adalah bakal pemimpin golongan kami yang akan melahirkan keturunan ke 7 kami. Namun kerana gagal mengawal rasa ingin memiliki Lufiya, dia lupa diri. Lufiya pegangannya pada ajaran Syed Mubhasyir sangat kuat, anak yang taat. Menyedari perasaan terlarang antara anaknya dan Hijazi, Syed Mubhasyir mengikat tali pertunangan antara Lufiya dan anak muridnya, Qhaleed. Hal itu membangkitkan kemarahan Hijazi dan dia bertekad menerima pujukan makhluk Siung yang ingin membantunya mendapatkan Lufiya' Habib berhenti seketika. Dibenaknya muncul kekecohan yang berlaku ketika itu, wajah garang Syed Mubhasyir masih segar dalam ingatannya.

Kemudian dia menyambung, 'Tapi ilmu Lufiya juga bukan calang2 kerana itu dia dapat dikesan Syed Mubhasyir. Tapi Walid kurang arif soal itu. Mungkin Tok Penghulu kampung lebih tahu. Dia dari keturunan Qhaleed. Yang meneruskan kesinambungan Syed Mubhasyir. Selepas pertumpahan darah antara 2 makhluk tu, hubungan kami terputus. Itu keputusan Syed Mubhasyir. Kami hanya berhubung dengan manusia Jika ada masalah besar dihutan kami yang membabitkan manusia seperti peristiwa kamu hilang dulu' Habib menamatkan cerita. Sememangnya dia tidak mengetahui banyak kerana dia sama sekali tidak dibenarkan keluar oleh ayahnya ketika pertempuran itu. Bila Hijazi sudah berpaling, dia adalah ganti untuk memimpin golongannya. Maka dia dilarang ikut campur urusan itu.

'Kenapa dengan keturunan ke 7? Dan usia Walid bukan 60 an kalau Walid ada ketika moyang Aryanna ada' soal Aryanna. Masih banyak persoalan di fikirannya.

'Ya, Walid sudah berusia lebih 300 tahun. Kalau kamu tengok Dahin sekarang, dia akan seperti ini hingga usianya menginjak 100 tahun. Kami tak sama seperti manusia, Aryanna' jelas Habib.

Aryanna menarik muka muncung 'Ermmm....jealousnya'

Habib tertawa kecil mendengar gurauan Aryanna. Tenang sungguh gadis itu walau dia sedang duduk bersama mereka, makhluk alam lain. Malah cerita Habib bagai diterimanya bulat2.

'Kamu tanya keturunan ke 7 kan? Menurut kepercayaan kami, setiap keturunan ke 7, dia akan memiliki keistimewaan sepertimana keturunan asalnya, yang pertama. Bermakna, kamu mungkin memiliki kelebihan seperti Syed Mubhasyir' terang Habib. Dan jika benar telaahnya, Aryanna Delara akan lebih hebat dari Lufiya. Meremang bulu romanya seketika. Mampukah gadis itu memikul kehebatan Syed Mubhasyir.

'Daffa?' soal Aryanna pendek.

'Iya. Dia lebih hebat dari Walid malah lebih hebat dari Hijazi. Dan Hijazi tahu perkara itu. Dia cuba mendapatkan keturunan 7 sendiri, sebab itu dia berkahwin dengan manusia yang memuja makhluk siung. Tapi tuhan itu lebih tahu, Daffa lebih dahulu dilahirkan sebelum Uzza. Kelahiran Uzza lebih lewat dari Dahin. Sebab itu Hijazi mahukan Daffa. Penyatuan kamu dan Daffa dipercayai akan melahirkan keturunan baru yang jauh lebih hebat dari kami dan manusia'

Aryanna diam lalu tersenyum 'Mana mungkin, Walid. Sudah tercatat makhluk paling sempurna di alam maya ni adalah manusia'

Kata2 Aryanna itu membuatkan Habib tersentak. Dahin Haiyan yang diam dari tadi menoleh memandang Aryanna. Kata2 Aryanna ada betulnya.

Habib menepuk bahu Aryanna 'Ayat itulah yang sering disebut Syed Mubhasyir dulu' bisiknya sendiri. Apakah permainan takdir yang bakal terjadi? Habib cuba menduga dan hatinya resah memikirkan Daffa Haiyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience