Bab 22 : Rindu Yang Kembali

Fantasy Completed 1367

Pagi itu dia bangun dengan penuh ceria meskipun malam itu matanya sukar dilelapkan. Dia turun dan duduk meja makan. Seketika membelek lagi HP nya. Membaca lagi message dengan Aryanna malam tadi.

'Assalamualaikum. Aku dah sampai rumah'

'Alhamdullilah. Dah lewat ni. Tido la. Aku pun nak tido dah ni'

'Thank you'

'For??'

'Accept me'

'Mane Ada!'

'What??'

'Joking. Ye, sama2. Puas hati?'

'Yess. Esok aku ambik kau ye? Gi kolej sama'

'Ok'

'Yes. Ok, rest la'

'Ok. Good night. Sweet Dream'

'Good night. Sweet Dream'

Dia senyum sendiri. Kegembiraan yang tak dapat disembunyi dari wajahnya.

'Tersengih2 macam angau ni nape?' tegur Amelia.

'Diamlah!'

Hanya dia dan Amelia dimeja makan itu. Daddy dan mummy outstation. Dia meneguk pantas hot chocolate yang dibuat Amelia. Lantas segera mencapai kunci keretanya.

'Along, makan la sandwich ni. Nape kalut sangat ni?'

'Tak lapar la. Nak cepat ni, nak ambik Aryanna'

'What? Kak Aryanna nak pergi kolej dengan along?'

Aiden Adrien senyum ke telinga. 'Yes!'

'Kejap2. Bawakkan sandwich untuk Kak Aryanna' Amelia bangun menuju ke dapur, mengambil bekas dan mengisinya dengan sandwich yang dibuatnya.

'Nah! Bagi Kak Aryanna tau. Kirim salam dia'

'Ok'

'Along tu jaga sikit perangai. Nanti lari lagi dia. Cepat la sikit ambik hati dia'

Aiden senyum melirik memandang Amelia.

'What? Ape makna senyum tu? Already??' Amelia menutup mulutnya terperanjat.

'Yes!'

'Wahh!' Amelia memeluk abangnya. Tumpang gembira. Setelah bertahun melihat Aiden bagai tidak keruan kerana gadis bernama Aryanna Delara.

'Ok, go. Faster' dia menolak Aiden keluar.

Aiden menjeling Aryanna yang duduk disebelahnya. Aryanna lebih cantik hari ini. Gadis itu mengenakan baju kurung moden berbunga kecil yang berwarna krim.

'Ape? Dari tadi tengok2'

'Cantik'

'Hari ni jumpa counselor. Kena la pakai macam ni'

'Ye ke? Bukan sebab aku?'

'Oushh...aku dah agak. Masa tengah pakai baju ni lagi aku dah agak kau punya reaction ni!' Aryanna sudah menebak reaksi sebegitu dari Aiden.

'Ishh...ape kau ni, tengah pakai baju pun nak fikir pasal aku ke? Bahaya...bahaya!'

'Bodoh lar!!' bahu Aiden ditepuk kuat.

Aiden ketawa besar 'Gurau je la. Tu makan sandwich tu, Amelia bagi'

'Serius lar? Amelia buat utk aku?' soalnya sambil membuka tupperware berisi sandwich itu.

'Ye!'

'Kau dah makan ke?'

'Belum'

'Nah!' Aryanna menghulurkan sepotong sandwich ke mulut Aiden.

'Pagi2 dah romantik kau ni. Suap2 makan. Terima kasih'

'Kau ni kan lebih2. Aku memang macam ni kan!'

'Ye. Tahu. Kalau ada 10 org depan kau. 10 10 tu kau suap. Macam masa camping dulu, habis satu khemah tu semua kau suruh buka mulut 'aaaaa...'

'Pastu? Apa masalahnya?'

'Jangan la suka2 suap semua lagi. Nanti Aku jealous macamana?'

'Thats your problem' Aryanna mencebik

'Aku gurau je la, aku happy sgt' Aiden senyum lebar.

Aryanna geleng kepala. Malas melayan kerenah Aiden Adrien. Namun raut wajah lelaki itu jelas menunjukkan dia gembira. Dan Aryanna merasa lapang dada melihatnya. 'Aku harap apa yang aku buat ni betul, Aiden. Dan harap ini yang terbaik untuk kau & aku' bisiknya sendiri.

Setiba dikolej Aryanna segera menuju ke bilik counselor. Aiden pula ke studio muziknya.

Sessi dengan counselor berlansung selama lebih kurang 30minit. Tidak banyak yang perlu dibaiki untuk tugasannya. Aryanna kemudian menuju ke cafe, sessi kuliah yang berikutnya dibatalkan. Jadi dia hanya merancang untuk menyiapkan tugasannya bersama Laila. Dia melangkah menuju masuk ke cafe, kelibat Laila melambai-lambai ke arahnya.

'Settle dah kaunseling kau?' soal Laila

'Yup' Aryanna angguk sambil duduk.

'Nak makan?'

'Tak. Dah makan sandwich Aiden bawa tadi'

'Uishh...Aiden bawa bekalan untuk kau? Sesuatu ni...'

Aryanna hanya senyum.

'So kenyang la ni? Dear future husband masak untuk kau!'

'Not him. His sister'

'Lagi sesuatu...'

'Kau ni lebih2 la'

'Nah ni klip rambut kau. Sampai ke malam aku lupa cabut' Aryanna meletakkan klip rambut yang berbunga batu krystal itu di meja.

'Its ok. Ini untuk kau. Matching dengan baju kurung kau ni' ujar Laila meletakkan klip itu dirambut Aryanna.

'Tak nk la!' Aryanna cuba mencabut namun dilarang Laila.

'Nape? Tak sudi ke terima hadiah dari aku?'

'Ye la' Aryanna mengalah. Sekeras2 Aryanna Delara, dia mudah kalah dengan mereka yang rapat dengannya. Laila satu2nya kawan di kolej itu yang serasi dengannya. Mereka mula rapat kerana tugasan kumpulan.

Beep... notification WhatsApp masuk. Message Dari Aiden Adrien. Aryanna menekan butang message itu.

'ok tak sessi kaunseling?'

'so far ok je'

'next class what time?'

'cancel'

'so where are you now?'

'Cafe. Nak siapkn assignment dengan Laila. After that aku balik dulu la, naik grab'

'Tunggu cafe. Kelas aku habis lagi 30min. Kita pergi lunch ye?'

'Ok'

Aryanna meletakkan hp dimeja, mengeluarkan novel dari begnya. Membuka lembaran terakhir yang dibacanya.

Beberapa ketika suasana cafe menjadi kecoh seketika. Riuh rendah suara pelajar mengatakan sesuatu. Aryanna dan Laila mengalihkan pandangan kearah yang diperhatikan pelajar2 lain. Deruman enjin dari 3 biji kereta kuasa tinggi, Maserati yang baru sahaja masuk ke kawasan parkir berhampiran cafe itu telah menarik perhatian mereka.

'Wooo...student baru ke? Ade intake baru ke?' soal Laila.

'Second intake may be' jawab Aryanna. Dia kemudian menyambung membaca novel ditangan. Tidak berminat dengan apa yang menjadi perhatian pelajar2 lain.

Sekali lagi suasana cafe menjadi kecoh. Laila menepuk2 lengannya.

'Ishh...ape?' rungut Aryanna.

'Kau tengok diaorg tu, Aryan. Turun dari langit ke? Handsome giler!' tutur Laila dengan mulut yang sedikit melopong.

Aryanna angkat muka seketika, dilihat tiga lelaki sedang berjalan dari parkir menuju ke cafe. Lagak gaya mereka bagai model yang sedang catwalk. Dengan sunglass, gaya pakaian, potongan dan warna rambut mereka.

'Hrmmm...kau tengok la. Aku tak salahkan kau. Anugerah tuhan, tengok2' ujar Aryanna menyambung bacaannya. Rimas dengan suasana bising itu, dia menyumbat earphone ditelinga.

Pintu cafe ditolak, ketiga2 mereka masuk ke cafe dan duduk di meja yang tidak jauh dari Aryanna.

'Aryan...aryan!' Laila menggoncang2 lengannya.

'Ape lagi?? Ishhh kau ni. Aku tengah baca novel ni' rungutnya, earphone ditelinga dicabut.

'Kau tengok salah seorang dari diaorg tu. Yang rambut macam Aiden tu'

'Kenapa pulak?' Aryanna bagai malas melayan.

'Dia tengok kau la dari tadi. Kau tengok la tu' Laila memuncungkan mulut ke arah lelaki yang dimaksudkannya.

'Malas aku! Duduk diam la Laila' Aryanna enggan.

'Tapi mu...muka dia' suara Laila bagai gagap.

'Why?'

'Macam karakter kau. Mata dia cantik, Aryan...sama macam kau buat...hijau!'

Darahnya berderau. Dia menoleh kearah yang dimaksudkan Laila. Matanya bertemu dengan mata lelaki itu. 'Daffa Haiyan' nama itu terbit dari bibirnya.

'Siapa??' soal Laila.

Aryanna kaku. Lidahnya kelu. Matanya tidak berganjak dari memandang lelaki itu. Pandangan sayu dimata itu masih sama. Rambutnya diikat kemas kebelakang, sebahagian rambut depan dibiarkan lepas. Sudah tidak sepanjang dulu lagi. Sekadar paras bahu seperti Aiden. Dada Aryanna sebak, matanya berkaca. 'Daffa Haiyankah? Mustahil dia di alam ini'

'Aryan, aryan!'

Panggilan Laila menyentak sedarnya. Dia segera mengalih pandangan, tunduk memandang ke meja. Airmatanya gugur.

'Aryan! Kau ok ke?' Laila panik melihat Aryanna yang tiba-tiba menangis.

Aryanna hanya angguk dan menyeka airmatanya. 'Stop it, Aryanna. Itu bukan Daffa Haiyan' dia mengingatkan dirinya sendiri.

Dia memasukkan novel kedalam beg. 'Laila, aku tak berapa sihat la. Kita sambung assignment nanti boleh? Aku nak balik dulu'

'Kau betul2 ok ke ni?'

'Hrmm aku ok'

Baru dia hendak bangun, Aiden Adrien melangkah masuk ke cafe. Tersenyum memandang Aryanna dari jauh. Aryanna kembali duduk.

'Whats wrong?' soal Aiden lalu duduk disebelah Aryanna. Wajah itu dilihat sedikit pucat dan matanya berkaca seakan baru menangis.

'Tak ada. Just sakit kepala sikit' jawab Aryanna perlahan.

Aiden Adrien bangun dari duduknya 'Sekejap ye. Aku tengok ada uphamol tak kat kaunter'

Aryanna menarik tangannya. 'No need'

'No. Makan ubat then kita balik ok?' Aiden menuju ke kaunter.

'That guy pelik la, the way dia tengok kau. Now the way he looking at Aiden' ujar Laila dengan wajah hairan.

Aryanna menoleh. Dilihat mata lelaki yang menyerupai Daffa Haiyan tajam mengekori langkah Aiden Adrien. Wajahnya kelihatan serius bagai ada amarah yang tersimpan. Aryanna resah seketika. Kepalanya dirasakan makin berat.

Aiden membuka penutup mineral dan sebiji uphamol diberikan kepada Aryanna. 'Makan ubat dulu'

Aryanna menelan ubat yang dihulur Aiden Adrien. Peluh terbit didahinya.

'He is coming here' ujar Laila.

'Who?' Aiden terpinga

'I dun know. But that guy dari tadi pandang Aryanna & kau. Do you know him?' soal Laila

Aiden menggeleng sambil memerhatikan seorang lelaki yang sedang berjalan menghampiri mereka. Cuba mengingati wajah itu seakan menyerupai siapa..bagai pernah dilihat. Namun dia tidak pasti.

Resah Aryanna kian tebal. Rasa pedih mencengkam dadanya. Dia tidak mahu airmatanya menitis lagi.

'Hai!' sapa lelaki itu lalu duduk berhadapan Aryanna.

Enggan mengangkat wajahnya, Aryanna hanya bisu membiarkan hanya Laila dan Aiden yang menjawab sapaan itu.

'Aryanna Delara' panggil lelaki itu.

Suara itu dikenalinya namun Aryanna masih enggan memandang lelaki itu. Dan reaksi Aryanna itu menimbulkan seribu tanda tanya pada Aiden Adrien.

'Sorry bro. Do you know us?' soal Aiden Adrien.

'Aku kenal kau tapi kau mungkin lupa aku, Aiden Adrien' jawab lelaki itu dengan nada serius.

Mendengar nama Aiden Adrien disebut lelaki itu membuatkan nafas Aryanna bagai terhenti. Namun sedaya upaya dia cuba melawan perasaannya saat itu.

'Sorry, aku tak ingat' balas Aiden Adrien.

'Kau masih ingat aku, Aryanna Delara?' soal lelaki itu, matanya merenung tepat wajah gadis yang sedari tadi seakan cuba melarikan pandangannya.

Aryanna menarik nafas dalam. Mencari kekuatan yang masih bersisa didalam diri. Dia mengangkat wajahnya, memandang lelaki itu. Namun dia tidak mampu bersuara. Apakah ini bukan mimpi?

'Masih ingat aku? Mustahil kau lupa aku' ujar lelaki itu.

Situasi Aryanna dan lelaki itu mengundang pelbagai soalan pada Aiden dan Laila. Lebih lagi pada Aiden. Siapa lelaki yang melihat Aryanna dengan penuh sayu ini? Siapa lelaki yang membuat Aryanna Delara yang sekeras besi itu jadi kelu tanpa bicara. Dan siapa lelaki ini yang dipandang Aryanna dengan pandangan yang belum pernah dilihatnya? Hatinya bagai dilanda cemburu.

'Ni aku, Aryanna Delara. Daffa Haiyan' suara itu bernada sayu.

Aryanna memejam matanya seketika. Lalu dia bangun, menggalas beg dibahu.

'Jom balik' tangannya menarik tangan Aiden Adrien. Laila turut bangun mengikuti langkah Aryanna dan Aiden.

Daffa Haiyan hanya memerhatikan kelibat Aryanna yang berlalu. Hatinya pedih namun lebih pedih melihat Aryanna yang memegang tangan Aiden Adrien keluar dari cafe itu. Bagai api yang membakar dadanya. Dia bangun dan sekadar berjalan perlahan sambil anak matanya masih menyeroti langkah Aryanna yang kian hilang.

'Aiden Adrien lagi!!!' getusnya.

'Kau nak kami uruskan budak lelaki tu ke?' soal salah seorang temannya tadi.

'Tak perlu. Belum masanya' balas Daffa Haiyan.

***

Damiya cemas. Pintu bilik Aryanna itu sudah berkali2 diketuk namun tiada jawapan. Sejak Aiden menghantar Aryanna balik dari kuliah tadi Aryanna mengurung dirinya didalam bilik. Damiya hanya membiarkan memandangkan Aryanna masih lagi membalas whatsapp bila ditanya keadaannya. Aryanna sekadar memberitahu kepalanya sakit dan ingin berehat.

Damiya melihat jam di dinding, 9 malam bermakna kini sudah hampir sejam message terakhirnya pada Aryanna tidak berjawab, malah panggilan telefonnya juga tidak berangkat. Hanya kedengaran bunyi ringtone dari luar bilik itu. Papa dan abah tiada dirumah, mereka ke Singapura atas urusan kerja. Dia sudah menghubungi Daniyal dan Aiden. Pintu itu sudah cuba dibuka dengan kunci namun Aryanna menguncinya dari dalam.

'Aryanna! Aryanna! Jangan buat aku takut. Buka la pintu ni'

Daniyal dan Aiden yang tiba hampir serentak berlari naik ke tingkat atas bila mendengar suara Damiya yang hampir hilang dan bersulam esak tangis.

'Abang Dani. Aryanna...' Damiya menerpa ke arah Daniyal.

Aiden cuba membuka pintu itu. 'Aryanna!'

'Kita panggil polis, ambulans?' soal Daniyal. Damiya angguk. Dia mencapai telefon bimbitnya. Dan membuat panggilan.

Melihat Aiden Adrien yang kelam kabut berlari turun ke bawah semula, Daniyal dan Damiya mengikutinya dari belakang.

Dari halaman itu Aiden memerhatikan ke arah bilik Aryanna. Lampu bilik itu terbuka. Rekabentuk rumah banglo itu sama dengan rumahnya. Dan kedudukan bilik Aryanna sama dengan biliknya. Dia kemudian memanjat paip yang menuju ke balkoni bilik Aryanna.

'Aiden, hati2' ujar Daniyal melihat Aiden yang memanjat dalam keadaan tergesa2.

Aiden melompat turun ke balkoni bilik Aryanna. Dia menghampiri sliding door bilik itu. Grill tidak berkunci, hatinya lega. Namun sliding kaca itu berkunci. Dia cuba melihat disebalik ruang kecil diantara langsir. Kelihatan tubuh Aryanna terbaring dilantai. Cemas melihat keadaan itu, dia mencapai kerusi dibalkoni dan cuba memecahkan sliding kaca itu.

Prankkk...Aiden menutup muka dengan lengannya apabila kaca itu pecah dan memercikkan sepihan. Dia kemudian segera berlari ke arah Aryanna tanpa sedar kaca yang menembusi tapak kakinya.

'Aryanna...aryanna' dia menepuk2 pipi Aryanna namun tubuh Aryanna hanya longlai dan dibasahi peluh. Hidungnya ada kesan darah yang hampir kering. Aiden cemas, matanya mula berkaca. Didekatkan telinganya ke wajah Aryanna. Masih mendengar nafas perlahan gadis tu lalu dia mengangkat Aryanna.

Saat pintu dibuka, Daniyal dan Damiya sudah menanti disitu. 'Aryanna!!' Damiya menjerit melihat tubuh longlai Aryanna yang digendong Aiden.

Bunyi siren ambulans memasuki perkarangan banglo itu. Daniyal menyambut tubuh Aryanna dari Aiden Adrien bila dilihat lengan, wajah dan kaki Aiden yang berdarah akibat serpihan kaca. Damiya masih dengan esak tangisnya yang semakin kuat.

Aryanna dimasukkan kedalam ambulans oleh paramedik. Mereka membiarkan paramedik memberikan rawatan awal kepada Aryanna.

'Aiden, kamu ikut ambulans. Kamu luka tu. Saya ikut belakang lepas selesai bercakap dengan polis' ujarnya pada Aiden yang dilihat berdiri kaku memandang Aryanna.

'Encik, dia cedera ni, tolong bawa dia sekali' pinta Daniyal kepada salah seorang paramedik.

Sepanjang perjalanan ke hospital, matanya hanya pada Aryanna Delara. Airmatanya tumpah tanpa dia sedar. 'Kenapa dengan kau Aryanna? Please open your eyes' bisik hatinya.

'Encik jangan bimbang. Keadaan Cik Aryanna dah beransur stabil cuma ambil masa untuk diansedar' ujar petugas paramedik itu seakan tahu resah gelisah hatinya.

'Encik kena tengok keadaan Encik juga. Luka ditangan dan kaki tu kena jahit tu. Bukan kecil lukanya'

Aiden Adrien memandang tangan dan kakinya yang berbalut. Baru dia terasa sakit akibat luka itu. Setiba dihospital, Aryanna dirawat dibahagian kecemasan. Aiden pula terpaksa menerima beberapa jahitan di tangan dan kakinya.

Mereka duduk disofa didalam bilik itu. Haris dan Daim yang baru sahaja tiba, menjenguk Aryanna seketika dan duduk bersama Damiya dan Daniyal. Mereka sekadar memerhati Aryanna yang terbaring dikatil wad itu. Aiden Adrien yang duduk disisi katil Aryanna sudah terlena kerana kesan ubat yang diberikan doktor untuk menahan sakit lukanya.

'Kenapa tak suruh Aiden baring di sofa?' soal Haris.

'Dah suruh, papa. Dia tak nak' jawab Damiya.

'Teruk juga luka dia tu' sambung Daim.

'Dia bukan sedar pun dia luka tu, abah. Dah tegur baru dia perasan' ujar Daniyal.

'Kamu dah bagitahu mak ayah dia?' soal Daim.

'Dah abah. Dani cakap dengan ayah dia tadi. Aiden sendiri dah call dan minta izin tidur sini' jawab Daniyal.

Doktor sudah memaklumkan mereka bahawa Aryanna tiada sakit yang serius cuma tekanan darah Aryanna terlalu rendah, badannya terlalu lemah, dan bermungkinan juga akibat stress yang melampau.

'Kamu dah maklumkan Doktor Haikal?' tanya Haris pada Daniyal.

'Dah, uncle. Esok Haikal datang' balas Daniyal.

Daim mengeluh panjang. Memegang kepalanya seketika. Kerisauannya pada Aryanna kembali berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience