Daniyal Hakimi membuka perlahan daun pintu bilik itu. Bimbang membangunkan Aryanna Delara. Dia kemudian duduk disisi katil. Mengusap kepala Aryanna Delara yang sudah terlena selepas magrib tadi.
Sebak rasa didada memikirkan satu-satunya adiknya itu. Hampir setahun tidur adiknya itu bergantung kepada ubat.
Petang tadi ketika hendak pulang usai dia mengajar kelas tambahan, Aryanna Delara dilihat duduk dibawah pohon ditepi padang sekolah. Sudah kali keberapa Aryanna Delara ditemui disitu dalam tempoh setahun ini dalam keadaan menangis.
Selimut yang membaluti tubuh Aryanna Delara di betulkan. Dipadamkan lampu sambil bangun dan berjalan keluar menutup kembali pintu dengan perlahan.
Sewaktu menuruni tangga, ayahnya kelihatan tercegat dibawah. Seakan memahami riak wajah ayahnya, dia mengangguk, mengakui yang Aryanna Delara sudah terlena.
Mereka berjalan menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa.
'Abah, sudah setahun lebih kita ikhtiar macam2. Moden sudah, traditional sudah tapi adik masih macam tu' Daniyal Hakimi meluahkan apa yang terbenam dihatinya.
'Abah pun dah buntu. Salah abah lupa peristiwa dulu dan benarkan adik pergi ikut rombongan sekolah kamu tahun lepas. Jika tidak, adik tak jd mcm ni'
'Jangan cakap macam tu abah. Dani pun salah, terlepas pandang adik malam tu' Daniyal mengeluh.
'Tok Penghulu kampung tu ada call abah ke?'
'Ada. Tapi dia masih tidak dapat jumpa dengan mereka. Mereka mungkin tidak mahu berjumpa kita'
Daim termenung seketika mengingati betapa sukarnya dia mencari kembali Tok Penghulu Kampung yang mengetahui kejadian yang berlaku kepada Aryanna Delara hampir 10 tahun lalu. Niatnya mahu mengubati Aryanna Delara yang ketika itu lebih kerap menangis dan menyendiri berbanding sebelum. Dan jantungnya bagai terhenti bila Tok Penghulu Kampung memaklumkan dia juga berusaha mencari Daim & keluarga.
'Saya pun puas mencari awak sekeluarga. Umur pun dah macam ni nak bergerak banyak pun X larat dah. Mujur awak jumpa saya. Habib ada datang jumpa saya setahun lalu, tapi sekadar bagitahu yang anaknya dan anak awak sudah terlanggar larangan' suara Tok Penghulu itu masih melekat dikepalanya.
'Abah, tak de cara lain ke?' soal Daniyal melihat ayahnya sudah hilang dalam lamunan.
Daim mengeluh berat 'Habib dah bagitahu dulu. Kalau terlanggar, susah untuk Aryanna dan Daffa. Abah pun dah hilang arah, Dani'
'Daffa tak datang cari adik ke ayah? Dani takut. Dani risau kan Aryanna. Macamana kalau dia datang dan bawa adik ke sana?' Daniyal curiga. Malah dia masih curiga bila mengenangkan pernah ada ketika dia terdengar adiknya itu beberapa kali tersalah memanggil Aiden Adrien dengan nama Daffa Haiyan disekolah dulu, betul2 selepas peristiwa Aiden Adrien hilang didalam hutan.
'Kita tawakal saja Dani. Abah yakin Habib pasti kawal Daffa. Habib dah pesan Tok Penghulu minta kita jaga saja adik. Daffa takkan bawa adik ke sana' Habib cuba menyedapkan hati. Namun dia yakin budak lelaki dari alam lain yang ditemui dia dan isterinya Aishah 10 tahun dulu bukan lah dari golongan yang jahat, malah ketika itu Daffa Haiyan yang baru berusia sekitar 13 tahun nampak sangat taat kepada ayahnya.
'Sampai bila kita nak rahsiakan dari adik, abah'
'Sampai bila2. Abah bimbang adik kamu tak dapat terima. Kita terus ikhtiar apa yang mampu' bahu Daniyal ditepuk beberapa kali.
'Ye la abah. Dani akan pastikan juga adik tak skip jadual rawatan dia dengan Dr Haiqal' akur Dani. 5 bulan yang lalu, mereka mendapatkan rawatan dari pakar psikologi untuk Aryanna Delara.
'Elokla tu. Abah tengok adik pun sudah nak keluar rumah sejak jumpa Dr Haiqal. Kalau tak dari habis SPM, terperuk je dalam bilik terutama bila Damiya sambung belajar ke UK tu'
'Bila Dami balik ayah? Papa mana?' soal Daniyal menyedari ketiadaan Haris dirumah.
'Haris outstation. Dia tak bagi abah ikut, suruh jaga adik katanye. Damiya mungkin balik bulan depan'
'Bulan depan? Ermmm ok la tu. Adik ade teman nanti. Tak la dia asyik di gym je'
Daim hanya mengangguk. Sejak bertemu Dr Haiqal, anak perempuannya itu sudah mula keluar rumah, kembali melihat dunia luar tapi banyak masa dihabiskan di gym dengan belajar martial art, MMA. Hendak dihalang tak terdaya. Dr Haiqal sudah berpesan agar memberi anaknya lebih banyak ruang melakukan aktiviti yang boleh meredakan murungnya.
'Tak pe la, abah. Dani balik dulu' Daniyal bangun dari duduknya, menghulurkan tangan kepada Daim.
'Tak tidur sini?'
'Tak la abah, Dani nak pergi jumpa Dahlia sekejap. Dah janji dinner dengan dia malam ni'
'Yelah. Kirim Salam pada Dahlia'
Daniyal mengangguk dan melangkah berat meninggalkan ayahnya. Bukan tidak mahu menemani abah dan Aryanna tapi kebelakangan ini, ibunya bagai sudah dapat menghidu dia sering berjumpa abah dan Aryanna Delara. Dia tidak mahu ibunya memarahi abah dan adiknya itu.
Daim menutup pintu rumah sejurus kereta Daniyal bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Dia duduk lama di sofa, airmata yang ditahan sewaktu Daniyal ada tadi jatuh juga. Dibuka cermin matanya dan airmata dikesat. Gambar isterinya yang disimpan di dompet ditenung penuh sayu.
'Maaf Abang gagal jaga Aryanna, Aishah. Aryanna dah tak seceria dulu. Sudah sukar melihat dia ketawa dan senyum. Sebagai ayah, Abang gagal lindungi dia. Abang takut, Aishah. Abang takut hilang Aryanna macamana Abang hilang Aishah' matanya dipejam rapat, airmatanya sudah membasahi janggut dan jambangnya yang nipis. Lama kelamaan dia terlelap dalam keadaan duduk di sofa.
Aryanna Delara berjalan perlahan menghampiri ayahnya, meletakkan selimut yang diambilnya sebentar tadi dan menutupi tubuh ayahnya. Lenanya tadi terjaga mendengar bunyi kereta Daniyal meninggalkan rumah. Dia turun perlahan ke ruang tamu dan melihat abah sedang duduk disofa. Niat untuk duduk bersama abah dibatalkan bila melihat ayahnya itu menangis.
Dia hanya diam kaku dibalik dinding yang memisahkan ruang makan dan ruang tamu. Mendengar tiap tutur kata ayahnya kepada potret ibunya. Airmatanya turut mengalir laju. Hatinya diburu rasa bersalah. Meski lelaki itu bukan ayah kandungnya namun dia tidak pernah kurang kasih sayang dari Daim.
'Maafkan Aryanna, abah. Adik janji takkan susahkan hati abah lagi. Adik akan cuba lebih kuat lawan semua ni'
Malam itu dia cuba tidur namun matanya sukar untuk dipejam. Dia masuk kebilik air, mengambil wuduk dan solat. Lama dia menangis di sejadah. Memohon agar tuhan memberi dia kekuatan dan keampunan. Andai sakit ini bukan sahaja membinasakan jiwa dan hatinya tapi hati orang2 yang menyayanginya maka dia harap sakit itu akan pergi.
'Andai sakit ini tidak akan pergi, maka jadikan aku lebih kuat dari sebelum ini' pintanya dalam doa.
~Sakit merindui seseorang yang tidak ketahui pemiliknya adalah terlalu sakit. Sukar untuk dijelaskan, hanya yang pernah melaluinya sahaja akan memahami. Pernahkah kalian melalui rasa ini?~
Share this novel